S.H. Alattas's Blog, page 2
October 13, 2014
MH 370 HILANG KE MANA NAJIB NAK MENGHILANG? BAHAGIAN PERTAMA DARI TIGA BAHAGIAN.
Bukan senang mahu percaya cakap orang politik, kebanyakannya “cakap tak serupa bikin punya” sekadar ‘lips service’, buat sedap mulut untuk melepaskan diri seperti kata pepatah “melepaskan batuk ditangga”, apa lagi janji pemimpin politik ‘one cent no use’ satu sen tak guna. Lebih banyak bohong dari betul satu dari tanda – tanda orang munafk,’ ‘orang kita’ menyamakan “manusia pembohong” seperti ular yang lidahnya bercabang, sedangkan ular mana pandai cakap? “Siakap senohong gelama ikan duri pandai cakap bohong mudah nak jadi menteri”. Sebab itu bila tiba-tiba pesawat Boeing 777 yang beratnya 272 tan bersama 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing boleh hilang macam itu saja? Dan sesudah 17 hari Dato Seri Najib selaku Perdana Menteri mengumumkan semua penumpang mati kerana MH370 terhempas di lautan Hindi. Saya tersenyum sinis! “Betul ke ni?” Terutama kerana yang menjadi jurucakap bagi pihak Kementerian Pengangkutan dia mana ada “authority”, itu kementerian yang dimiliki oleh MCA. Malaysian Chinese Association yang dikosongkan, dia sekadar pemangku. Orang ramai sukar nak percaya, kenapa dia tak bercakap bagi pihak Kementerian Pertahanan? ramai menganggap apa yang mereka tonton itu seperti satu drama. “Gila punya kerja”, madness berhari – hari orang ramai menonton T.V pagi, petang, siang ramai yang menangis tersedu – sedu mengharapkan keluarga yang di dalam MH370 masih hidup, tiba – tiba Najib kata mereka semua sudah mati maka, tak perlu menonton lagi, tutup cerita. Kenapa nak memperbodohkan kita? Why insult our intelligent? Najib ni mengigau ke?Bayangkan apa sebab tiba - tiba MH370 belum sampai satu jam pun penerbangan ke Beijing boleh berpusing balik “Air Turn Back”, terbang menuju ke Lautan Hindi, semua penumpang mati, terhempas di tengah Lautan Hindi tanpa apa – apa bukti. Pasal apa MH370 nak pusing balik ? Cerita pusing, ‘pusing’, inikan pula ‘pusing balik’ nasib baik tidak suruh pusing belakang, memang memeningkan kepala. Kenapa orang tengah susah hati, bawa berita yang terkejut macam ini? Tiba - tiba timbul pertanyaan ada orang mati atas kapal terbang ke? Tiba – tiba juga saya teringat satu peristiwa naik MAS dari Kuala Terengganu beberapa tahun dulu mahu ke Kuala Lumpur, belum pun 5 minit berada di atas udara, seorang penumpang perempuan tiba - tiba mati, anak perempuan disebelahnya terkejut gelabah, saya minta pramugari memberitahu Kapten supaya patah balik, turunkan mayat dan mayat pun diturunkan di Lapangan Terbang Kuala Terengganu.
Ada ke orang mati tertembak dalam pergelutan di atas MH370 kerana kita semua diberitahu ada rampasan berlaku. Pertama kali Najib selaku Perdana Menteri membuat pengumuman, mengenai ada sesuatu yang berlaku tapi masih ‘Rahsia’ walaupun dia kata sidang media ‘telus’. Ia melibatkan Kapten Zaharie Ahmad Shah berumur 53 tahun. Pilot yang sudah terbang 18,000 jam, sudah bekerja selama 33 tahun tiba – tiba menjadi terkenal diseluruh dunia dan co – pilotnya Fariq Abdul Hamid 27 tahun. Kata terakhir darinya kepada Air Traffic Control “All right good night”. Siapa juga yang mempunyai pemikiran kritikal sukar nak telan bulat – bulat cerita yang kami tonton di Astro Awani.Macam-macam peristiwa yang saya alami selaku pengembara yang telah terbang hampir ke 4 penjuru alam, dan macam – macam jenis pesawat dan airline yang saya naiki sejak dulu, bermula dengan MSA Malaysian Singapore Airlines yang bergabung dengan Singapura, kemudian ianya bertukar jadi MAS Malaysia Airlines bila Singapura berpisah dengan Malaysia, satu jadi Singapore Airlines SIA, dan satu jadi Malaysia Airlines MAS, satu-satunya pesawat yang lambangnya Wau Bulan, layang-layang yang lebih banyak rugi dari untung, kebanyakan pesawat di dunia lambangnya burung, maka kita tak terkejut bila MH370 hilang kerana Pesawat MH653 terhempas di Tanjung Kupang pada tahun 1977 dari Penang ke Kuala Lumpur kena hijack 100 terbunuh bila bangkai pesawat dijumpai di Tanjung Kupang, Johor. Ia terjadi seperti ibarat layang-layang putus talinya. Amat sedih dan mengerikan.
Kejadian di Tanjung Kupang.Dulu dari Kota Kinabalu ke Subang, ketika hujan sangat lebat, pesawat yang turun di landasan di Subang Kuala Lumpur kemudian naik balik berlegar, susah nak mendarat, pernah terjadi di Johor, pesawat terpaksa berlegar hingga minyak tinggal sikit, baru mendarat, dan cerita pasal kokpit MAS saya biasa duduk dalam kokpit dalam penerbangan dari K.L. ke Johannesburg beberapa kali.
No big deal.
Bukan mudah jadi penulis untuk mendokumentasi dan mengesahkan pada pembaca bahawa memang benar MH370 jatuh terhempas dilaut Hindi dan semua penumpang mati, selagi saya belum melihat serpihan dan tanda – tanda pesawat itu memang terhempas dilautan Hindi. Cakap Perdana Menteri Australia yang ternampak konon ada tanda – tanda, sekadar cakap orang politik Australia akan buat apa saja yang Amerika suruh buat. Apakah ianya bukan satu sandiwara untuk memperbodohkan kita?
Saya berumur 73 tahun sudah tulis 65 buah buku, kenapa mesti dengar cakap para pemimpin yang dengan mudah jadi budak suruhan Amerika. yang boleh menjejaskan kredibiliti saya. Apa jadi jika pembaca hilang kepercayaan kepada tulisan saya? Saya akan tulis yang benar. “Allah suka kebenaran hanya bila timbul kebenaran yang batil akan gugur dengan sendirinya” kerana cerita tanpa bukti bahawa semua penumpang sudah mati terutama keluarga dari China tidak mahu menerimanya. You can cheat everybody one time somebody some time but not everybody every time. Setiap pembaca mahu cerita yang benar. The truth and nothing but the truth. Nama Najib Abdul Razak sudah buruk di dalam dan luar negara berkaitan dengan kes kematian Altantuya.
Dari buku ‘Questioning Arms Spending in Malaysia: From Altantuya to Zikorsky.’
It took the brutal murder of a Mongolian national, Altantuya Shaaribuu in 2006 to shock the nation and for questions surrounding the purchase of two Scorpene submarines to be asked in this country and in France. Altantuya, a Mongolian translator was shot in the head on October 19, 2006, and the blown up with C4 explosives which are available only from Malaysia’s military.
According to testimony in the trial, Altantuya accompanied her then – lover Abdul Razak Baginda to Paris at a time when Malaysia’s Defence Ministry was negotiating through a Kuala Lumpur – based company, Perimaker Sdn Bhd, to buy two Scorpene submarines and a used Agosta submarine produced by the French government under a French – Spanish joint venture, Armaris, Perimeker at the time was owned by a company called Ombak Laut, which was wholly owned by Abdul Razak. The contract was not competitive.
Ombak laut bermain dikepala saya. Syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak di luar negara. Najib dipanggil dengan nama bapak Abdul Razak. Altantuya mati antara sebab perniagaan Submarine di miliki sepenuhnya oleh Abdul Razak. Cerita Altantuya boleh tutup macam tu saja siapa pun tak berani mempersoalkan. Mahkamah setuju Altantuya mati serupa tak ada pembunuhnya. Apakah cerita 239 penumpang MH370 nya ini kita hendak matikan di lautan yang berombak yang namanya Lautan Hindi? Think?
Allah Maha Kuasa, langit tidak selalu cerah. Pusingan roda hidup, sekali di atas ada masanya berpusing ke bawah. Ingat peribahasa Melayu, sudah jatuh ditimpa tangga, datang ayam berak atas kepala, aduhai sedihnya, siapa agaknnya yang akan kasihan melihat nasib yang menimpa Perdana Menteri kita ketika menemui krisis yang amat dahsyat yang melibatkan nyawa? Bagi mereka percaya pada hukum karma “ Dimana juga kita berada maut pasti mencari kita”.
Di akhir zaman segalanya ‘instance’ pembalasan pada dosa – dosa kita tak tunggu hingga ke anak cucu. Ia terpaksa menerima dengan cepat sebab segalanya berlaku dengan pantas sebab itu selaku seorang Ahli Firasat yang pernah menasihatkan Najib berhenti sebelum terlambat. Baca buku saya KONSPIRASI PAK LAH & SUSILO tahun 2011. Kemudian MEMO UNTUK NAJIB, 2012. Kedua tahun itu saya bukukan semula dalam buku ini.
BERSAMBUNG..
Buku - buku yang mesti dibaca oleh mereka yang cintakan keadilan yang tidak ingin melihat ramainya manusia hilang dan mati, pembunuhnya di rahsiakan.
Boleh dapatkan buku secara online.
Hubungi/ Whatapps : 0172350422
atau email alxsunilife@gmail.com
Published on October 13, 2014 20:10
October 1, 2014
APA KATA DR. AZIZAN
"Orang yang mencapai kejayaan yang luar biasa asalnya adalah orang biasa - biasa yang berfikir dan bertindak secara luar biasa."
Apa yang dikongsikan oleh Abah (panggilan saya untuk “Abah”, S.H.Alattas sebagai orang yang saya anggap bapa dan guru) di dalam buku ini merupakan sesuatu yang sangat saya yakini selama ini.
Ramai orang hari ini “buta mata hati” dan meletakkan keyakinan mereka mencari rezeki dalam dunia ini adalah sangat sangat bergantung kepada sekeping Diploma, Ijazah, Master atau Ph.D serta meletakkan satu “harga” (seperti harga daging atau ayam di pasar) untuk berapakah sepatutnya gaji seseorang apabila ia menjadi graduan dari mana-mana universiti.
Inilah dakyah dan “limited belief system” yang paling “teratur” dalam sejarah manusia. “Limited belief” ini menyebabkan ramai yang “tertipu” dan “salah tafsir” tentang “kebolehan” ataupun “bakat” sebenar anugerah Tuhan yang telah di”installkan” di dalam setiap insan.
Dr. Azizan, Pak Habib dan Billi LimJangan salah faham. Maksud saya ialah tradisi menuntut ilmu di sekolah atau universiti hari ini bukanlah bermatlamatkan peningkatan kecerdasan iman, akal, emosi dan rasionaliti tindakan tetapi ia adalah lebih kepada untuk mendapatkan satu “kelayakan” yang diproses melalui satu sistem teori dan akademik tanpa perlu mereka ini “mengalami” atau “menyelami” maksud teori tersebut secara mendalam. Berapakah nilai Diploma atau Ijazah anda? Adakah ia membina anda menjadi seorang yang berjiwa besar, berminda luar biasa, berani bertindak membina sesuatu yang luar biasa atau ia hanya sekadar koleksi simpanan “feel good” yang aku ada sekeping sijil daripada universiti yang paling diiktiraf di dunia oleh sekelompok manusia yang mengiktirafnya. Dan kau? Tak ada apa-apa “kertas” macam aku? Walaupun aku hanya kerja gaji rendah dan gaji tetap serta ada fasiliti pinjaman bunga rendah, tetapi aku tetap lebih hebat (hebatlah sangaat) daripada “kau” yang tak ada “kertas” tapi menguasai aset lebih berbillion di atas puncak Genting seperti mendiang Tan Sri Lim Goh Tong.
Aku ada “kertas” yang cop mohornya besar dari universiti paling tua bangka di satu lubuk yang berlumpur, sedangkan “kau”? Hanyalah seorang drop-out, “terbuang” dan “dibuang” dari universiti dan setakat jadi billionnaire antara yang terkaya di dunia tapi, kau tak ada “kertas” macam aku kan? Setakat buat duit melalui syarikat bernama Microsoft, budak-budak yang ada “kertas” macam aku, ramai boleh buat (Memang boleh sangaaat!).... Aku ada “kertas” sekeping yang diiktiraf oleh sekumpulan manusia lain yang mempunyai lagi banyak “kertas” mereka. Kau ada?
Setakat mempunyai perniagaan bernama “Boon Siew”, berniaga motor untuk Mat Rempit! Apa klas? Aku ada “kertas” yang diberikan selepas konvokesyen besar-besaran dengan memakai jubah yang aku kena sewa dan bergambar di atas pentas bila diserahkan tabung “scroll” yang kosong kerana aku kena ambil “kertas” sebenar di jabatan pentadbiran kemudian. Kannn.......?
University of Life bagi saya, ia tidak mementingkan “kertas”. Kalau ada, bagus. Kalau tak ada? Ada aku kisah? Apa yang diutamakan di sini adalah pengalaman, iaitu pengalaman “Otak” dan “Hati”. Apa yang diutamakan adalah mengalami atau mempelajari sesuatu daripada pengalaman kehidupan orang sebenar yang melaluinya.
Jika anda nak buat kuih karipap yang sedap, cara paling pantas adalah “berguru” dan belajar secara “talaqqi” (berdepan lutut ke lutut) dengan mereka yang memang dah “terror” buat kuih karipap yang sedap, tapi sekadar belajar, anda belum tentu akan buat karipap yang bagus. Makanya anda perlu buat sendiri, berulang-ulang kali sampai anda boleh buat karipap yang sesedap atau lebih sedap dari guru anda. Tapi, untuk melariskan karipap tersebut, walau bagaimana sedap pun dia, jika anda tidak pandai memasarkannya, jawabnya makan sendirilah! Bab “Marketing Power” tu adalah kekuatan pengalaman saya.
Saya selalu berkongsi di dalam seminar-seminar saya, betapa “bangangnya” saya lebih 15 tahun dahulu kerana saya berniaga tanpa guru, tanpa ilmu dan tanpa pengalaman sebab ego.
Semua orang tak pandai macam saya kerana saya kan ada “kertas” yang menunjukkan saya skor dalam subjek Pemasaran dan Keusahawanan dalam peperiksaan. Siapalah yang boleh “challenge” saya dalam “teori” berniaga. Makanya, melingkuplah saya dengan semua bisnes yang saya cuba lakukan.... Walaupun nama syarikat saya bukan “Lingkup- lingkup Sdn Bhd”. Tapi, itulah yang berlaku untuk beberapa tahun lamanya, sehinggalah saya berjumpa dengan seorang jutawan Cina yang tidak pandai menulis dan membaca, tidak pernah bersekolah serta hanya pandai berbahasa Cina dan lain-lain dialek bahasa yang pasti bukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Nasib baik mak bapak saya pandai dan hantar saya ke sekolah Cina. Maka dapatlah saya belajar daripada beliau rahsia berniaga yang sebenar. Hidup saya mula berubah, bukan kerana koleksi “kertas-kertas” yang saya ada. Malah, kertas tersebut tidak ada nilainya jika kita sendiri yang tidak mempunyai “nilai” di dalam hidup ini. Hari ini, saya mempunyai pelbagai perniagaan di dalam pelbagai industri di Malaysia, Singapura, Indonesia, Australia, London dan Los Angeles. Dari syarikat agensi pengiklanan & perunding pemasaran, syarikat pembangunan hartanah, syarikat pelaburan, syarikat perkhidmatan korporat, syarikat kecantikan dan kesihatan serta banyak lagi.
Dan setelah berhempas pulas membinanya selama lebih sedekad ini, pada satu masa, saya tergerak untuk berkongsi dengan orang; kerana ketika satu ketika dulu bila saya hilang panduan bagaimana untuk memulakan perniagaan saya gagal berulang-kali, saya tidak ada “Mentor” yang menunjukkan jalan.
Semua jutawan Melayu ketika itu terlalu sibuk untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka dan sehingga ke hari ini, tidak ramai orang yang berjaya yang ada masa nak “layan” orang luar sana yang “biasa-biasa” terhegeh-hegeh mencari arah. Sebab itulah saya mulakan seminar pendidikan serta pembangunan usahawan secara percuma.
Konsep perkongsiaan saya adalah merujuk kepada konsep Al-Attas University of Life, di mana, saya berkongsi kepakaran dan pengalaman “hands-on” saya selama lebih 10 tahun ini membina perniagaan saya, apa yang saya kongsikan di dalam aspek strategi pemasaran dan bagaimana membina perniagaan ini telah berjaya membantu lebih 200,000 orang ramai yang hadir ke seminar-seminar saya selama hampir 5 tahun ini dan sehingga beribu daripada mereka yang telah bergelar jutawan.
Ternyata kejayaan seseorang bukan bergantung kepada “kertas” yang dia ada kerana apa yang mereka ambil daripada saya adalah ilmu, pengalaman serta strategi pemasaran mengikut pengalaman saya bukan mengikut buku atau kelayakan “kertas” saya. Malah, “kertas” yang saya ada tidak ada kena mengena dengan keusahawanan dan pemasaran, bukankah ramai yang ada “kertas” lain tapi kerjanya lain?
Apa yang penting sebenarnya adalah berapa cepat dia belajar serta kuasa tindakan yang dipelajari daripada kesilapan hidupnya dan daripada jatuh bangun orang lain serta terus bertindak mengikut sistem atau formula kejayaan orang lain.
“Kertas” ada bagus, tapi kalau tak ada tidak mengapa. Saya percaya, apa yang Abah bawakan di dalam prinsip perkongsian ilmu dan pengalaman Al-Attas University of Life bagi saya adalah untuk membawakan setiap seorang yang telah terbukti berjaya di dalam bidang mereka, kepakaran mereka, industri mereka serta bagaimana mereka mengatasi cabaran hidup mereka untuk berkongsi dan saling menambah nilai, ia mengikut konsep “tarbiah” dan konsep mentor mentee. Cuma bezanya, anda tidak dinilai pada “kertas” anda tetapi pada pengalaman anda.
Saya bersekolah agama di bandar Pontian dan arwah ayah saya selalu baca buku mengenai tauhid dan tasauf serta bawa saya setiap hari ke surau dan masjid untuk solat dan kuliah ilmu.
Arwah atuk saya pengamal Tarikat Naqsyabandiah. Arwah ayah saya pula berguru dalam aspek tasawuf serta pengamal wirid Tariqat Ahmadiah. Tapi saya sendiri tidak dibenarkan untuk belajar dari dia serta tidak berpeluang berguru dengan guru beliau Sheikh Faiz (Negeri Sembilan). Saya sendiri mencari dan berguru dengan beberapa guru serta mursyid untuk memperbaiki hati dan peningkatan tahapan nafsu melalui solat, amalan zikrullah secara khusus, solat daim (zikir yang berterusan 24 jam secara senyap) dan pendidikan hati melalui alami atau kehidupan.
Pada masa yang sama, saya dibesarkan dengan sistem pendidikan sekolah Cina yang mementingkan pembangunan jiwa dan prinsip falsafah yang amat rapat sekali dengan tasauf.
Impian saya ialah, di dalam era ketaksuban manusia kepada dunia serta kelayakan di atas “kertas” dan semakin jauhnya kita daripada Allah swt dan Rasulullah saw, saya ingin “menyampaikan” mesej-mesej mengenal diri serta mendidik diri dan orang lain agar kita wajib berhubung rapat dengan Allah swt serta hidupkan sunnah Rasul saw di dalam kehidupan kita sedikit demi sedikit jika belum mampu lakukan semua. Saya mahu mengajak seberapa ramai orang yang “gilakan dunia” ini untuk belajar bagaimana mendapatkan dunia dengan mudah bila akhirat & Allah swt matlamat kita.
Saya tak mampu buat banyak, tapi mudah-mudahan ianya istiqomah. Saya percaya bahawa hidup adalah satu proses didikan hati yang Dia berikan tapi hanya akan dilihat oleh mereka yang menggunakan mata hati yang sebenar bukan dengan nafsu terendah atau akal yang menipu, insyaAllah. Saya tidak belajar di Al-Azhar, begitu juga Rasulullah saw, pun tidak. Beliau menyampaikan apa yang beliau tahu dan yakini serta amalkan. Saya share apa yang saya amalkan. Itu prinsip dalam “University of Life”.
Belajar bukan dari mereka yang “tahu” atau “tahu atas kertas” sahaja, tapi dari mereka yang hidup serta menghidupkan bukti ilmu dan amal tersebut. Dunia tidak menipu, kita yang tertipu bila kita tidak punyai ilmu, iman dan amal.
Ramai dari kita semakin tidak yakin dengan kuasaNya. Hidup tanpa “Faith” atau “Yakin” kepadaNya. Tahapan keyakinan manusia adalah berbeza, Ilmul Yakin, Ainul Yakin, Haqqul Yakin dan Kamalul Yakin.
Yang paling best adalah Kamalul Yakin. Tapi untuk mencapainya, anda perlukan M.E.S.T.I
M- Mentor/Mursyid yang telah melaluinya berulang-ulang kali samada di atas dirinya atau membawa orang lain.
E- Elmu, memahami ilmu serta mengenal Emosi/ Nafsu diri.
S- Sistem atau formula untuk meningkatkan perjalanan kerohanian kita ke peringkat seterusnya sebab ramai orang makan untuk fizikal tapi tak ramai yang “suap” makanan roh dan akal kepada diri sendiri.
T- Tawajjuh, tunduk melihat ke dalam diri dan menyelami hati supaya kita dapat memperbaiki jiwa serta memberikan tindakan luar biasa untuk menyucikannya walalupun ia adalah proses yang tidak habis sehingga mati dan akhir sekali adalah
I- Ingat, Ingat perjanjian kita di alam roh apabila ditanya, siapakah Tuhan kita, dan semua roh kita menjawab, Qolubala Shahidna. Maksudnya, sesungguhnya Kaulah Tuhan kami. Tetapi bila kita dilahirkan dengan jasad, nafsu dan akal, maka kita pun alpa serta lupa. Kita juga perlu ingat asal-usul diri dari mana kita datang, apa matlamat kita di sini dan ke mana halatuju kita.
Tun Abdullah Ahmad Badawi mengucapkan tahniah kepada Syed Hussein Alattas pengasas Universiti of Life di Wadi Hussein, Janda Baik, Bentong, Pahang.
Inilah yang saya percaya matlamat University of Life ini iaitu membawa manusia mengenal diri dan mengenal Tuhan agar kita hidup berlandaskan hukumNya serta membawa kita hidup luar biasa sehingga bertemu denganNya kembali. Mudah-mudahan sharing ini memberikan kita barokahNya.
Masanya telah tiba untuk kita bina anak bangsa yang bukan sahaja mempunyai “kertas” tapi mempunyai “hotak” dan kecerdikan “mata hati”. Jika nilai dan matlamat hidup seseorang itu mengikut kehendak TuhanNya, maka apa yang dilihat, dipegang, dorongan tindakannya akan mendapat pimpinan Ilahi.
Kembalilah kepadaNya dan berpeganglah kepada tali-taliNya. Insya-Allah kita akan hidup dengan erti kata hidup yang sebenar. Jika tidak, kita hanya akan menilai sesuatu dari pandangan nafsu yang melulu.
Buku ini adalah “hadiah” paling berharga yang diberikan oleh Abah (Pak Habib) kepada kita semua. Baca sehingga habis, cabar minda anda untuk berfikir serta cari jalan untuk belajar dari Abah. Bagi saya, Abah adalah antara manusia yang berfikiran luar biasa yang masih tinggal selepas karya Prof. HAMKA.
Jika mahukan dunia, mestilah dengan ilmu. Jika mahukan akhirat, juga mestilah dengan ilmu dan jika mahu kedua-duanya juga, mestilah dengan ilmu. Wallahu A’lam Azizan OsmanHamba Allah
Dipetik daripada bukuThe University of Life, 2014
Published on October 01, 2014 22:46
September 3, 2013
Pendidikan Ke Arah Memartabatkan Peradaban Melayu
http://www.mobtv.my/talkshow-3847.html Klik Untuk Video
Let's Talk - Pada 27 Ogos lalu,satu kongres Pendidikan Kebangsaan diadakan. Serentak dengan itu, 10 resolusi digariskan bagi menyokong pelaksanaan Pelan Pembangunan Malaysia 2013-2025. Salah satu resolusi tersebut adalah mendesak dan menyokong kerajaan melahirkan rakyat yang menghayati peradaban Melayu dan Islam yang menjadi teras kepada peradaban Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, KPPK berharap Kementerian Pendidikan akan memantau Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam usaha memperkasakan peradaban Melayu dan Islam. Bersama Panel bagi membincangkan resolusi kongres itu.Date added: September 03, 2013
Let's Talk - Pada 27 Ogos lalu,satu kongres Pendidikan Kebangsaan diadakan. Serentak dengan itu, 10 resolusi digariskan bagi menyokong pelaksanaan Pelan Pembangunan Malaysia 2013-2025. Salah satu resolusi tersebut adalah mendesak dan menyokong kerajaan melahirkan rakyat yang menghayati peradaban Melayu dan Islam yang menjadi teras kepada peradaban Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, KPPK berharap Kementerian Pendidikan akan memantau Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam usaha memperkasakan peradaban Melayu dan Islam. Bersama Panel bagi membincangkan resolusi kongres itu.Date added: September 03, 2013
Published on September 03, 2013 17:21
July 18, 2013
ARQAM, PAS & UMNO: Antara Yang Karam Dan Tenggelam
Sabtu 13 hb Julai 2013 bersamaan 4 hb Ramadhan 1413. Saya duduk seorang diri di tepi Sungai Wadi Hussein Janda Baik sambil berfikir “sampai bila kita mesti mendiamkan diri bila mendengar hampir setiap pagi menjelang Hari Raya, mesti ada cerita ramainya orang kita mati dan cedera parah akibat kemalangan di jalan raya?” Ops Sedar dan macam macam Ops diadakan tapi tak berkesan, kenapa? di mana silapnya apakah berpunca dari pendidikan atau rosaknya sebuah negara berpunca dari pemimpin ulama dan wanita yang rosak akhlaknya? Berita anak anak orang kita yang putus tangan dan cacat akibat bermain mercun dan bunga api dan mati di lebuhraya. Apakah kerana Qada’ dan Qadar terjadinya semua ini? Atau orang kita leka berpolitik hingga tak memikirkan bagaimana melahirkan bangsa Melayu yang bijak sana, cemerlang akal budinya dan hidupnya bermasyarakat dengan membudayakan konsep berkasih sayang, hormat menghormati sesama insan yang dianjurkan oleh Islam.
Kita berpuasa dengan tujuan mengawal nafsu, tidak mengikut emosi supaya diri Aqliah kita bebas dari cengkaman nafsu amarah dan mampu bertafaur dan mengenal Tuhannya? Inilah silapnya bila berikan sesuatu jawatan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggu akibatnya, seperti maksud hadith.Air yang keruh di hulu mustahil boleh jernih dihilir, fikir, Think, Tafakkur. Bukankah kita makhluk yang ada akal dan al Quran itu untuk mereka yang berakal? Di bulan puasa di sana sini kita dengar orang membaca Al Quran tetapi berlakukah penghayatan akan makna-makna yang terkandung di dalamnya?. Untuk apa? Bukankah Al Quran itu untuk membawa rahmat untuk sekian alam?
Pesan orang tua-tua, ‘melentur buluh semasa rebungnya’tetapi apa akan berlaku kalau pelenturnya yang bermasalah? Kemana perginya para pendidik, guru, ustaz , ulama serta ibu bapa serta pemimpin dan ketua-ketua agama? Apakah amanah dakwah dan tarbiyah sudah tidak terbayang lagi oleh ulama yang gilakan kuasa dan nak jadi selebriti?
Tegak rumah kerana sendiRuntuh sendi rumah binasaSendi bangsa ialah budi,Runtuh budi, runtuhlah bangsa.
Ramai yang lupa, budi bahasa bukanlah sekadar lemah lembut dan sopan santun dalam pergaulan, tetapi budi bahasa bererti penggunaan akal budi agar supaya perbuatan kita sesuai dengan identiti kita sebagai khalifah.Adab sopan bukan sekadar ungkapan tetapi ianya merupakan satu tatacara hidup orang Islam yang membezakan dengan bukan Islam. Bila lagi kita mahu menyemarakkan dan menyemaikan semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa orang Melayu kerana satunya bangsa yang jiwanya Islam, yang mana bila hilang unsur Islam, hilang pula keMelayuannya.
Berbudi bahasa dan amalan nilai-nilai murni amat penting dalam hidup bermasyarakat. Di mana Melayu itu Islam, tapi apa jadi pada bangsa Melayu bila sebuah pertubuhan politik membuang Melayu, Cuma mahukan Islam sahaja tanpa Melayu. Bolehkah kita pergi ke kedai mamak meminta teh tarik tapi kita tak mahu cawan dan gelas. Lu fikirlah Bro! Jika Hang Tuah hidup semula tentu dia marah gila. Hang Tuah kata Melayu Tak Hilang Di Dunia. Bila Melayu dibuang dari Islam, Hilanglah Melayu di Dunia. Kalau Upin dan Ipin dengar tentu dia akan kata Betul! Betul! Betul!
Bolehkah Melayu dibuang macam itu saja oleh mereka yang berjuang menggunakan Islam? Seperti irama dan lagu, ombak dan pantai begitulah Melayu dan Islam. Sebab itu ramai yang malu jadi Melayu bila Roh Islam, jiwa Islam, hati Islam dimatikan dengan kejam oleh mereka yang yang tidak bertanggung jawab.
Berjubah berserban besar. Sedangkan pakaian bukan tanda keimanan dan sifat taqwa, Mungkin ada gunting dalam serban? Ada agenda tersembunyi.Amalan dan penerapan budi bahasa dan nlai-nilai murni sama ada dalam komunikasi, ucapan, pertuturan atau panggilan dalam perlakuan dan pergaulan dapat dipraktikkan dalam empat institusi iaitu Institusi Kekeluargaan, Institusi Kemasyarakatan, Institusi Pembelajaran dan Institusi Perkhidmatan.Yang terpenting dalam Institusi Kekeluargaan. Semuanya bermula dalam rumah. Hendak kenal ibu tengok perangai anaknya, like father like son. Son of the Gun.
“Saya pelik wajarkah Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang, sanggup meninggalkan negara untuk berkunjung ke Turki dan menyerahkan pentadbiran kepada Dato Husam Musa yang dikalahkan oleh Tengku Adnan di Putrajaya dan lain-lain pemimpin Pas yang terpaksa bertungkus lumus di Kuala Besut. Apakah pucuk pimpinan PAS tak tahu apa yang PAS Kelantan sudah lakukan terhadap Husam Musa, Exco Kanan PAS. Bayangkan, beliau tak dilantik sebagai EXCO, kononnya Sultan tak berkanan, apa agenda mereka? Apakah tujuannya untuk kuburkan politik Husam kerana mereka tahu sukar bagi PAS untuk merebut kerusi di kubu kuat UMNO di bawah pimpinan Dato idris Jusoh. Menteri Pendidikan Tinggi.
Kebetulan Pilihanraya di Kuala Besut berlaku dalam bulan Ramadhan, saya ke Kuala Besut kerana ibu kepada emak saya, Shariffah Zainah Al Attas binti Dato Syed Hasan Al Attas, isterinya arwah Nik Khadijah, dilahirkan di Kampung Raja, waris-waris saya masih ramai di Terengganu.
Bulan yang dikatakan syaitan-syaitan semua kena rantai, apa perlu P.D.R.M hantar 30,000 polis menjaga kawasan pilihanraya, di mana hampir semua penduduk berbangsa Melayu beragama Islam. Pelik, di bulan Ramadhan nak berperang seperti di Syria?Bila lagi mereka yang mengaku sebagai pemimpin Islam mahu bertanggung jawab menghindarkan diri dari nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, kotor, yang melangggar bahasa dan yang tidak mengendahkan tatasusila yang beradab? Idris Jusoh sudah mengingatkan tak payah bertanding “menghabiskan duit, waktu yang sepatutnya digunakan untuk beribadat, pucuk pimpinan PAS lupa ke?
Sibuk hendak berebut kerusi orang mati milik UMNO tak ada pengetahuan farahid ke?
Setiausaha Agong Pas Mustafa yang videoskandalnya tersebar di media massa. Masih hidup dalam ingatan mereka yang mula sangsi dengan sikap pucuk pimpinan PAS yang tak Islamik. Macam mana ketam hendak mengajar anaknya berjalan lurus.Pendidikan Tauhid penting supaya mereka diajar dari kecil lagi tanggung jawab sebagai seorang khalifah. Ini lah yang lakukan oleh pemimpin UMNO di bawah pimpinan YAB Ahmad Said, MB Trengganu. Memberikan keutamaan kepada Pendidikan selain Pembangunan jasad.
Jelas rakyat Terengganu tak mahu Haji Hadi, pemimpin PAS selaku Perdana Menteri Malaysia sebab itu beliau dikalahkan di PRU 13. Antara sebab BN menang di Terengganu, Dato Ahmad Said bertungkus lumus semasa PRU 13 dan beliau telah membawa pembangunan di Terengganu. Janganlah kerana panas setahun hujan sehari, jasa baik orang kita lupakan.Ramai orang bila berada di atas jalan raya lupa diri. Begitu juga Pemimpin bila berada di puncak kuasa kerana lupa diri, tak kenal diri, tak sedar diri , ego, ujub, takabbur, yang berlebih-lebihan terlupa Islam selaku Addin, adlah cara hidup yang paling sempurna.
Orang tua-tua dulu pesan ‘ingat’, ingat siapa? Kalau bukan ingatkan Allah, tanggung jawab terhadap Allah S.W.T. ‘Habluminallah’ dan di waktu yang sama tanggung jawab terhadap sesama manusia. ‘Habluminannas’ .Ramai yang sudah tidak pakai pertimbangan akal tetapi dipengaruhi oleh emosi lupa apa yang diajar oleh Allah dalam hadith, Sesungguhnya aku menerima solat hambaku:1 Yang tawadhu’ dengan keagunganku2 Tidak berterusan dalam bermaksiat padaku3 Yang menghabiskan harinya mengingatiku4 Yang tidak menghina dan merendahkan ciptaanku5 Yang menjaga orang fakir miskin dan anak yatim
Banyak kaum Muslimin yang mengulang ulangi kalimat “Laa ilaaha ilallah Muhamadur Rasulullah” lebih dari dua puluh kali dalam satu hari, tidak mengetahui esensi makna yang terkandung di dalamnya. Kebanyakan mereka mengulang-ulangi kalimat tersebut tanpa merenungi maknanya. Banyak pula yang belum mengenal agamanya sendiri.Yang menimpa minoriti umat Islam adalah fenomena yang wajar terjadi kerana tidak adanya khilafah kaum Muslim. Sementara orang-orang non-Muslin mempunyai semacam kekhalifahan yang mampu menyusun dan mempersatukan semua barisan mereka. Orang-orang Yahudi punya kekhalifahan, yakni zionisme. Orang-orang nasrani juga punya khalifah, yakni Pope Vatikan, Zionis mendukung dan membela kaum Yahudi menuntut hak-hak mereka yang tidak sah. Selama bertahun-tahun mereka mencari lalu mengumpulkan sisa-sisa bangsa Yahudi untuk memelihara eksistensi Yahudi.
Hidup mesti ‘mati’ bila mati yang kita tinggalkan nama baik dan nama buruk. Berapa ramai Tok Guru dan ustaz atau ulama yang namanya seperti Tok Kenali, Tok Ku Paluh, Tok Ku Pulau Besar dan Tok Ku Pulau Manis di Terengganu?Siapa ‘champion’ Mat Rempit di atas jalanraya? Siapa pemegang trophy buang anak dan mangsa dadah, rasuah dan bercerai kalau bukan orang kita? Alangkah baiknya jika mereka yang bernama pemimpin terutama mereka yang melaungkan Islam dari berperang merebut kerusi- setiap masa sepanjang tahun.
Kita nampak dengan mata kepala bagaimana UMNO (BN) telah menjadikan Malaysia dalam infrastuktur, bertaraf world class mereka yang mempejuangkan Islam buat apa di bidang kerohanian dan membangunkan modal insan untuk mengangkat manusia Islam ketaraf Insanul Kamil? Berjayakah melahirkan seorang wali Allah. Keramat Pulau Besar Melaka, Sheikh Ismail Sultan Ariffin Billah.Kekuatan sebenar sesebuah Jemaah Islamiah ialah bila mendapat bantuan Allah seperti apa yang berlaku semasa ‘Perang Badar’ di bulan Ramadhan. Mengalahkan tentera ‘kafir’ musuh yang jauh lebih besar. Sedangkan tentera Badar sekadar 313 orang. Tidak ada musuh yang dapat menghalang bila Allah memberi pembelaan dan pertolongan. Kenapa di Myanmar , umat islam menjadi mangsa? Di mana di dunia ini umat Islam tak menjadi mangsa? Bantuan Allah hanya akan diberikan kepada pejuang Islam yang bertaqwa, Firman Allah: ‘Allah menjadi pembela kepada orang yang bertaqwa’ al Jatsiyah:19.
Untuk mendapat taqwa, hati mesti kena dibersihkan daripada sifat-sifat mazmumah (keji) dan bina kekuatan aqliyah dengan ilmu yang benar. Setelah itu barulah ia mempunyai kekuatan untuk melawan nafsu dan syaitan dua musuh batin yang sangat berbahaya. Tanpa hati yang bersih, cita-cita untuk menegakkan Islam tidak akan tercapai. Islam tidak boleh dihidupkan dengan politik tetapi dengan ilmu dan amal mengikut Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Pejuang Islam selalu dikalahkan oleh musuh lahirnya (orang kafir) akibat mereka menduakan Allah, luaran Islam, hati dan perbuatan menentang apa yang ada di dalam al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.Salah satu cara yang paling berkesan untuk membersihkan hati ialah melalui zikrullah (ingatan Allah) Zikir yang paling berkesan ialah yang dilakukan secara istiqamah, berdisiplin dan dijazahkan oleh guru mursyid yang bersambung salasilahnya kepada Rasulullah s.a.w. menerusi zikir mengikut syarat-syarat itu dinamakan tareqat. Ia merupakahn kaedah latihan rohani yang cukup berdisiplin dan sistematik. Kita tengok betapa berdisiplinnya ahli Arqam.
Jiwa sufi melalui Darul Arqam, yang diperkenalkan oleh Ustaz Ashaari satu pembaharuan yang melibatkan kekuatan lahiriah dan kerohanian. Selain membangunkan ekonomi ahli. Beliau telah menggabungkan pendekatan sufi dan kekuatan lahiriah dan zikir , tapi bila tanpa zikir tanpa fikir telah melahirkan ribuan pengikut Yes Men yang tak mempunyai minda kreatif dan jiwa yang tidak bebas terbelenggu dengan pertubuhan, hanya taat pada ketua. Aku dengar dan aku taat hanya pada guru semata-mata, bagaimana dengan Allah dan Rasulullah?
Bolehkah Insan yang tercipta selaku Haiwanunnatik hidup yakni haiwan yang berkata-kata, tanpa boleh menggunakan akal? Setelah Nabi wafat, para pewarisnya merupakan alim ulama yang menguasai pelbagai bidang ilmu, termasuklah Tasawuf, kalam dan falsafah. Peradaban Islam telah melahirkan ilmuwan seperti Ibnu Sina, Farabi, Ibn Arabi dan Al Ghazali, termsuklah yang dari Tanah Melayu seperti Nuruddin, Raniri dan Hamzah Fansuri.
Darul Arqam mati beragan kerana Ashaari tak meninggalkan buah fikiran yang mampu mencabar dan merubah bangsa Melayu. Tidak juga dia meninggalkan surat-menyurat, ijtihad ekonomi melawan kuasa dunia seperti Dr. Mahathir, mungkin kerana itu tak adaorang yang menulis mengenai The Mind of Ashaari, seperti mereka membuat kajian mengenai ‘The Mind of Mahathir’. Dalam PAS tak ada pemimpin yang mindanya boleh diagung bernilai falsafah seperti Hassan Al Bana, Syed Qutb di Mesir, Syed Mursi di Turki, Syed Muhammad Naquib Al Attas di negara kita.
Pas menang bukan kerana pengaruh dan akhlak pemimpin tapi kerana mereka bekerja keras mengikut era manusia yang mahukan Islam dan mereka punya penceramah yang tak kenal penat akibat terlah menjadi selebriti, macam artis yang tak ada pada pemimpin UMNO.Pemimpin UMNO telah mengamalkan politik chah keting, PAS menang kerana bergabung dengan PKR dan DAP yang mendapat banyak keuntungan seperti sistem Ali Baba.
Berita terbaru saya terima tengok apa jadi pada Kerajaan PAS Kelantan yang dikuasai oleh tiga J, bermula dengan M.B. nya. Orang menyampaikan berita itu tanya saya boleh kah kambing yang cacat disembelih untuk korban dan akikah. Bolehkah mereka yang adakecacatan dijadikan pemimpin?
Alim ulama di Tanah Melayu seperti Raniri dan Abdul Samad di Palembang di samping ulama di Hadramaut yang menyebarkan Islam di Tanah Melayu, yang bermazhab Shafie dan menyokong alim tasawuf Imam Al Ghazali, semua mengajar bahawa seorang sufi boleh menjadi pemimpin, ahli ekonomi, pakar teknologi, doktor atau apa saja tugas dalam masyarakat. Yang penting dia perlu ada sifat kenabian Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah. Dia berani mengamalkan amar maaruf nahi munkar, apakah dalam PAS, ada seorang ahli sufi seperti Tok Kenali yang terkemuka sebagai seorang ahli fikir dan seorang ahli falsafah? Dan mengutamakan pendidikan Syariat Hakikat, Tareat dn makrifat.
Sudikah mereka menuntut ilmu dengan Syed Naquib atau hadir pada majlis Ilmu Habib Ali?
Bagi yang kenal akan Arqam, yang menjadi tanda soal mengapa Arqam terkubur bila hilang pucuk pimpinan tidak seperti UMNO? Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn tiada, Presiden UMNO tinggalkan UMNO, UMNO terus hidup biarpun Dr. Mahathir berhenti menjadi ahli UMNO kerana murka pada Pak Lah.
BN menang juga. Begitu juga bila Hussien Onn, Ku Li, Tunku Abdul Rahman, tubuh Semangat 46, Anwar tubuh Parti Keadilan. namun UMNO tak mati kerana UMNO adalah satu institusi yang telah menyelamatkan Melayu. Ketika peristiwa Malayan Union menyatukan Melayu dan terlalu besar jasa UMNO bukan saja pada bangsa Melayu tapi kepada rakyat Malaysia. UMNO adalah tulang belakang pada politik Melayu. Namun yang mengakibatkan hilangnya kepercayaan kepada UMNO selain pemimpin-pemimpin yang tak layak memegang jawatan adalah apabila PAS mempersoalkan keIslaman UMNO. Hari ini bila timbul isu kalimah Allah dan penolakan terhadap pengajaran Tamaddun Islam, adakah PAS bersuara?
Ketika umat Islam di bahagian dunia yang lain terus dicengkam oleh imperialis Barat, Darul Arqam mengajak umat Islam di sebelah Timur, khususnya di Alam Melayu, bangkit, membina taqwa kekuatan yang Allah khususkan untuk menenangkan umat Islam terhadap ancaman musuh-musuh lahir dan batin. Itulah sebabnya satu waktu dulu saya minta Ashaari dan ahli-ahlinya menyertai UMNO jika dia ingin jadi Perdana Menteri. Jangan jadi seperti Pas.Kita boleh bangga ramainya mereka yang pergi solat jumat, solat taraweh. Cuba tanya apakahmereka mengerjakan solat lima waktu yang lain? Alangkah bahayanya kita mengimarahkan surau dan masjid, bila mengerjakan solat tarawih dalam masa yang sama tidak lupa tanggung jawab terhadap Insan yang miskin papa, anak yatim dan orang tua-tua yang memerlukan bantuan.
Sebagai hamba kita wajib minta pada Allah semua dosa sepanjang tahun diampunkan. Mereka terlupa setiap kali Allah mengingatkan kita tentang solat di mestikan dengan sikap tanggung jawab terhadap sesama insan sama pentingnya dengan tanggung jawab terhadap sesama manusia terutama sesama Islam dan saudara mara kita.
Fikir, Think, Tafakkur, kerana bertafakkur 1 minit sama seperti beribadat setahun.Kita semua mesti melakukan peperangan. Perang yang paling besar mengikut sabda Rasulullah S.A.W. selepas Perang Badar adalah perang nafsu. Ini bukan berperang sesama sebangsa dan seagama. Ini perang untuk menghancurkan berhala besar yang ada dalam diri kita.
Berhala yang dimaksudkan itu adalah sikap ego, kesombongan, keangkuhan bila berkuasa, hilang rasa kemanusiaan, sifat bakhil, tamak, leka, lalai terlalu memberi keutamaan kepada diri, (lupa yang kita ini hamba Allah semulia-mulia manusia adalah yang paling bertaqwa), tidak patuh pada undang-undang (akibat ditakuti oleh manusia yang takut pada manusia tidak takut pada Allah) degil dan lain lain sifat ‘mazmumah’ yang dibenci oleh Allah, hidup subur dalam diri mereka yang kaya dan berkuasa dan mereka seakan-akan menjadi ‘sembahan’ umat Islam yang terlupa. Tiadatuhan yang disembah melainkan Allah.
La illa ha illallah muhammadur rasulullah, diakhiri dengan selawat Allahummasalli ala muhammad waala ali muhammad.
Published on July 18, 2013 20:05
July 10, 2013
Rahsia Menjadi Luar Biasa
Published on July 10, 2013 20:01
May 2, 2013
Melayu Itu UMNO, UMNO Itu Kafir?
Malam itu adalah malam yang syahdu, malam di mana ummat Islam di seluruh pelusuk alam sedang menyambut hari keputeraan seorang manusia agung, seorang insan terpilih, manusia maksum yang telah memberikan cahaya di dalam kegelapan manusia. Malam itu Stadium Negara, Kuala Lumpur turut bergema alunan lagu yang memuja-muji kebesaran Yang Maha Berkuasa dan selawat serta salam sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW memenuhi setiap ruang. Allah SWT dan para malaikat turut berselawat ke atas Muhammad SAW. Nabi yang ummi, Nabi dan Rasul yang terakhir.
Konsert besar-besaran oleh kumpulan nasyid yang pertama yang berjaya mengadakan persembahan secara besar-besaran diiringi dengan band dan musik hebat. Dengan pukulan drum, rabana, kompang dan latarbelakang koir menjadi penyeri dengan suara yang timbulnya dari hati yang menusuk jiwa dan menikam sukma. Tarikhnya pula bertepatan dengan sambutan ini. Ia semacam mengalu-alu dan meraikan kelahiran Muhammad SAW, seorang junjungan besar, seorang rasul dan seorang manusia suci yang jatuh pada 12 Rabiulawal, 1420 tahun yang silam bersamaan 26hb. Jub 1999.Kehebatan dalaman yang ada pada anggota raihan begitu mempersonakan. Mungkin kalau selain dari Raihan yang menjadi penghiburnya tentulah konsert ini tidak semeriah ini.
Farihin Abdul FatahPak Habib mengucapkan syabas buat kumpulan Nasyid popular Raihan yang telah mempersembahkan konsert ini secara percuma sebagai menghargai sokongan peminat terhadap kumpulan itu yang merintis jalan kebangkitan muzik nasyid. Tapi tanpa sokongan daripada peminat siapalah Raihan.Namun sayangnya, pada malam itu Raihan tidak menyanyikan lagu-lagu lama daripada album pertama dan kedua yang telah membawa mereka ke mercu kejayaan. Sebaliknya mereka hanya menyebut beberapa baris daripada lagu lama mereka seperti Sifat 20 dan 25 Rasul, sedangkan Raihan terkenal kerana lirik-lirik dakwahnya di dalam lagu-lagu mereka.
Pak Habib yang memenuhi jemputan dari Farihin, pengurus Raihan itu datang bersama empat orang anak Pak Habib, isteri, menantu dan juga cucu. Pak Habib telah diberikan tempat duduk VIP.
Mungkin ada yang bertanya sejak bila pula Pak Habib menjadi seorang pengkritik seni? Namun, bagi mereka yang sudah biasa membaca buku-buku Pak Habib, Pak Habib sebenarnya memulakan kerjaya penulisan ini di dalam bidang seni dan tulisan-tulisan awal Pak Habib adalah mengenai dunia hiburan, mengenai artis-artis dan tokoh filem. Malah di satu ketika dulu Pak Habib turut terlibat di dalam dunia seni, menjadi model, pelakon filem dan juga pelakon pentas. Tapi itu dulu. Ia telah menjadi satu sejarah.
Anggota-anggota kumpulan Raihan terdiri daripada Azahari Ahmad, Che Amran Idris, Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim dan pengurus mereka, Farihin Abdul Fatah adalah merupakan kumpulan artis yang paling popular dan paling di minati ketika ini. Raihan bukan sahaja dikenali oleh orang dewasa malah kanak-kanak, termasuk mereka yang belum bersekolah turut menyanyikan lagu-lagu Raihan kerana Raihan telah memainkan peranan sebagai pendakwah dan telah berjaya menyampaikan mesej Islam melalui dunia hiburan. Kalau kita pernah membaca sejarah Wali Songo, dakwah dimulakan dengan hiburan sambil mengambil hati rakyat.Walaupun sudah muncul sebagai artis terkenal tapi kumpulan Raihan masih tidak glamor. Mereka masih lagi bersikap rendah diri kepada sesiapa sahaja yang datang mendekati atau menghampiri mereka sama ada para wartawan ataupun peminat-peminat biasa. Walaupun sudah menempa kejayaan yang besar, mereka tetap mengamalkan cara hidup yang sederhana dan mengekalkan identiti Islam mereka.
Bila kita melihat artis yang menyenangkan kita ini tidak sombong, tidak ego, tidak glamor dan tidak meninggi diri dan tidak terlibat dalam maksiat dan mereka masih hidup dalam golongan yang beriman dan bertaqwa, mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya, tidak terlibat dengan dadah, tidak kena dam, tidak kena fit, tidak berdengung, tidak hidu gam, tidak minum dulu sebelum buat persembahan dan setiap kali persembahan tidak bawa awek sama, berpeluk, bercium dengan peminat, maka kita terpaksa bertanya, siapakah yang pernah mendidik anggota-anggota kumpulan ini sehingga mereka boleh jadi tidak sombong bila sudah berjaya? Siapakah anggota-anggota Raihan sebelum mereka menubuhkan kumpulan nasyid ini? Kalau orang yang mendidik anggota-anggota Raihan, malah ada di antara seorang anggotanya yang berasal dari agama Kristian sebelum memeluk agama Islam berjaya mendidik anak-anak ini sehingga menjadi individu-individu yang misali, maka tentulah orang ini hebat.
Almarhum Tan Sri Abdul Hamid Othman
Turut hadir menyaksikan konsert itu adalah Raja Permaisuri Agung Tuanku Siti Aisyah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Abdul Hamid Othman.Konsert Raihan pada malam ini memang cukup menarik, cukup memukau dan cukup indah. Tapi malangnya suasana meriah itu Pak Habib lihat di cemari dengan upacara sembah-menyembah manusia. Setiap kali ada tetamu undangan mahu memula atau mengakhiri persembahannya, maka mereka pun mengangkat tangan menyembah Raja Permaisuri Agung walaupun sebelum ini Tuanku Permaisuri hanyalah seorang rakyat biasa.
Kalau sekalipun, Tuanku Permaisuri adalah dari kalangan mereka yang berdarah dan berketurunan Raja, apakah beliau patut disembah-sembah macam tok pekong? Ini kalau Mahathir ada, mesti marah. Ini kerana yang ada imuniti dan daulat, Mahathir saja. Raja-raja mana ada imuniti lagi. Ini sudah tersalah sembah. Pak Habib rasa, lepas ini Hamid Othman mesti kena panggil dengan Mahathir kerana ada protokol yang tidak kena.
Kita orang Islam atas apa juga sebab, memang tidak dibenarkan sama sekali menyembah sesama manusia. Peristiwa sembah menyembah ini pula berlaku dalam satu majlis yang diwarnai dengan puji-pujian bagi Allah dan Rasulnya dan bertepatan pula dengan sambutan Maulidur Rasul yang sepatutnya mengingatkan kita akan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang telah mendapat wahyu dari Allah SAW bagi menghapuskan segala macam bentuk khurafat dan penyembahan yang selain daripada Allah SWT.
Bukankah Allah SAW telah berfirman dalam surah Az-Zariyat, ayat 56: “Dua tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-ku.”
Itu adalah perintah Allah SAW yang terang dan jelas. Jadi yang kita sembah-sembah manusia, pasal apa? Hamid Othman, selaku Menteri Agama, buat apa? Kenapa dia tidak menegur perbuatan ini? Apakah dia takut? Kalau takut, takut dengan siapa? Tuhan atau tuan?
Kerja sembah-menyembah ini kerja orang kafir. Tapi kalau orang lihat orang Islam pun ada yang jenis sembah manusia. Pak Habib rasa orang kafir pun akan turut terkejut sama. Lainlah kalau sembah-sembah tok pekong untuk dapat nombor ekor. Ini menyembah kerana dulu lagi orang dah menyembah, maka kita turut sama menyembah. Orang Islam tidak ikut budaya, kebiasaan yang bertentagan dengan Al-Quran dan Sunnah.
Tapi, marilah kita tinggalkan cerita Raihan dan soal sembah menyembah. Bila cakap pasal ‘kafir’ ini, Pak Habib teringat kepada peristiwa yang berlaku kepada Pak Habib beberapa minggu terdahulu.
Ustaz Haji HadiSemasa Pak Habib sedang minum kopi di lounge Lapangan Terbang Sultan Ismail Johor Bahru, tiba-tiba Pak Habib teringat berita muka depan akhbar Berita Harian 8hb Jun 1999 dengan tajuk “Amanat Haji Hadi Punca PAS Mengkafirkan UMNO”. Ini cerita lama, cerita sebelum peristiwa Memali. Apakah Ustaz Hadi akan menerima nasib yang sama seperti Ibrahim Libya? Apakah beliau akan ditangkap di bawah ISA? Apakah ini tidak seperti orang bermain bunga api? Kenapa tiba-tiba cerita ini dihidupkan semula?Pak Habib pernah diajar oleh Allahyarham ayahanda Pak Habib, "apabila kita mendengar atau melihat sesuatu, kita hendaklah berfikir, gunakan akal. Betul ke apa yang kita tengok atau dengar itu? Kita tidak boleh main tengok saja dan lepas itu terpengaruh dengan apa yang berlaku di depan mata kita. Kita kene tengok dan pandang dengan teliti sebab boleh jadi apa yang kita tengok itu cuma satu mimpi."
Kebetulan pula kita ini terdiri daripada manusia yang berilmu, berakal dan lebih-lebih lagi kalau kita ini seorang Islam. Islam tidak suruh kita terima sesuatu itu secara bulat-bulat tanpa usul periksa. Dengar, siasat dan fikir terlebih dahulu.
Tuhan sudah mengingatkan kita, jangan sesekali kamu mempercayai berita yang kamu dapati dari orang yang fasiq. Tuhan suruh kita berfikir, apa lagi kalau orang yang berkata itu seseorang yang kita muliakan. Kita kena baca apa yang tersirat kerana orang yang menyampaikan berita itu sudah tidak lagi menjadi ahli PAS.
Kita jangan jadi macam lembu yang nampak rumput, nampak pucuk, nampak daun, terus ragut. Atau monyet yang nampak pisang dan buaya yang terjumpa bangkai, dia ngap tidak kira halal haram. Kalau binatang yang buat kerja macam ini, oklah. Binatangkan. Kalau lembu jumpa pokok dia makan, apa boleh buat, dia lembu. Tapi kita ini manusia yang ada soal jawabnya dengan Tuhan. Bagaimana kalau cerita itu merupakan satu fitnah semata-mata? Maklumlah sekarang inikan kita berada dalam dalam Kurun Fitnah. Orang yang menyampaikan fitnah sudah tentulah berdosa besar dan orang yang mendengar fitnah dan bersuhabat pun berdosa juga. Jadi kenalah kita berhati-hati bila bercakap dan mendengar sesuatu itu.
Prasangka yang salah ini hampir terdapat pada semua manusia. Jika kata-kata atau berita itu datangnya daripada orang yang disanjunginya, maka terus saja ditelan bulat-bulat, sekalipun tidak benar. Kita bukannya monyet atau kera yang tercium belacan. Sebaliknya jika kata-kata itu diucapkan oleh orang yang dihinanya, terus saja ditolak bulat-bulat, sekalipun perkara itu benar. Apakah kita selama-lamanya kenal akan kebenaran semata-mata dengan melihat siapa yang menuturkannya. Apakah kita mahu bersama-sama mereka yang meletakkan nilai kebenaran pada orang, bukan meletakkan nilai orang pada kebenaran. Inilah satu kesesatang yang nyata tiada tandingannya. Dan yang anehnya, ramai di antara kita yang terus membiarkan diri berada di dalam kesesatan.
Kita ada tiga mata: mata kasar, sama macam mata lembu, mata belalang atau mata katak yang melihat dengan nafsu. Selain daripada itu, kita juga ada mata kepala, mata yang boleh melihat dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang berpandukan akal yang berfungsi sebagai penapis atau filter. Beruntunglah manusia yang dapat menggunakan akal fikiran. Mereka ini taklah jadi pengikut yang membabi buta atau blind followers. Dan yang paling istimewa lagi, kita boleh melihat dengan mata hati setelah Allah SWT memberikan hidayah-Nya.
Pak Habib tidak tahu kenapa tiba-tiba saja timbul lagi cerita PAS mengkafirkan UMNO? Ada apa-apa ke? Kalau nak diikutkan cerita ini sudah ketinggalan zaman. Malah dalam kekecohan politik hari ini, dan bahkan dalam politiking antara UMNO dan PAS, isu ini pada mulanya tidak timbul.Hati kecil Pak Habib bertanya apakah ada agenda yang tersembunyi? Pilihanraya umum sudah pun hampir dan apa yang dapat kita lihat hari ini ialah PAS dan parti-parti pembangkang lain mempunyai pengaruh yang lebih kuat terhadap masyarakat jika dibandingkan dengan beberapa pilihanraya yang terdahulu. Peperangan isu-isu antara parti semakin terasa. Pertembungan pendapat, ideologi antara pemimpin dan parti politik semakin mendapat liputan dan perhatian pihak media massa dalam menyebarkan maklumat terkini berhubung isu-isu semasa negara yang hangat lagi sensasi. Sehubung dengan itu kedua-dua belah pihak mengambil kesempatan menggunakan media massa sebagai senjata peperangan antara mereka. Pihak yang sini memburukkan yang sana, pihak yang sana memburukkan yang sini dan begitulah seterusnya.
Perkara yang sama pun berlaku kepada UMNO. Hampir semua media massa memainkan berita yang boleh merugikan UMNO, tapi kenapa pucuk pimpinan membiarkan saja? Hairan. Kesian Dr Mahathir, sudahlah tua, sakit pulak tu. Akibat menjadikan Anwar seorang hero, akhirnya dia yang terpaksa hidup dalam ketakutan. Siapalah agaknya manusia kalut yant menjadi penasihatnya?
Tun Dr Mahathir
Prof Shahnon AhmadTuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak siapapun tahu. Begitulah nasib Tuan Haji Hadi Awang, ulama PAS yang menjadi semakin popular hari ini malah lebih popular dari Shahnon Ahmad (SHIT) hanya melalui amanat yang pernah disampaikan oleh dia. Bukan senang hendak dapat publisiti yang begitu besar. Adalah ‘can’ Haji Hadi nak menang dalam pilihan raya umum sekali lagi. Bagi Pak Habib itu merupakan satu rahmat, satu kurniaan dari Tuhan. Bukankah kita ini sepatutnya bersyukur dengan rahmat dan kurniaan Tuhan?Bintang kalau sudah nak terang, ada saja yang datang membawa keuntungan. Mula-mula kes Anwar kena buang, lepas itu Anwar kena tangkap. Anwar dibicarakan, kemudian Anwar dihumban pula ke dalam penjara. Tak pasal-pasal PAS yang dapat bonus. Mahathir cakap apa-apa pun sekarang ini, rakyat dah tidak percaya, lebih-lebih lagi Mahathir banyak lakukan hal-hal yang di luar jangkaan. Dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini, Mahathir bantai Anwar habis-habisan. Sudahlah hamba Allah itu merengkok dalam penjara. Dulu orang ramai marahkan Rahim Noor sebab pukul Anwar Ibrahim dengan tangan yang terikat dan mata yang tertutup di dalam lokap, sebaliknya hari ini Mahathir pula membantainya dengan kata-kata yang amat menyusuk jiwa. Dan inilah peluang keemasan bagi PAS.
Pak Habib tak mahu menaruh buruk sangka terhadap orang yang baik. Pak Habib percaya Ustaz Hadi seorang yang baik dan berilmu cuma mungkin dia terlanjur kata. Maklumlah kadang-kadang manusia ini ada masanya terpujuk oleh emosi kemarahannya. Dan Pak Habib rasa dia sudah pun bertaubat dan yang paling penting Tuhan tahu niat hatinya dan kita tak pernah dengar pun dari mulutnya sendiri yang menghukum UMNO itu kafir lagi.
Omar KhalidKita tak tahu niat Omar Khalid yang menimbulkan semula cerita Haji Hadi mengkafirkan orang UMNO. Biar bagaimanapun sebagai seorang penulis yang hari-hari terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam manusia terutama para peminat Pak Habib yang menghantar surat, faks, menelefon, apalagi yang datang berkunjung ke rumah dan juga yang Pak Habib jumpa di mana-mana, mahu tak mahu, biarpun cerita ini cerita lama Pak Habib terpaksa menyuarakan pendapat Pak Habib kerana Pak Habib rasa usaha menegakkan Islam ini sepatutnya menjadi kewajipan kita semua.Setiap individu seharusnya berusaha memahami ajaran Islam dan mempraktikkannya dalam kehidupannya setiap masa.
Usaha ini juga merupakan usaha seluruh ummat Islam tidak kira di peringkat dan bidang apa sekalipun mereka berada. Pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, ummat Islam terdiri daripada berbagai-bagai jenis profesion. Tapi dalam masa yang sama mereka semua adalah merupakan para pejuang dan penegak Islam.
Pada ketika itu sebenarnya tidak timbul soal lambang dan slogan, isu sama ada seorang itu ulama atau tidak, malah tidak timbul soal gelaran-gelaran yang tertentu yang boleh dihubungkan dengan jihad dan perjuangan Islam.
Subky LatiffPersoalannya, kalau benar orang UMNO itu kafir misalnya, maka Pak Habib pun terlibat samalah, sebab Pak Habib juga bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin UMNO. Macam Subky Latiff yang bersekongkol dengan PAS dan menjadi lidah rasmi PAS.Antara Pak Habib dan UMNO semacam ada satu ikatan kerana UMNO itu tulang belakang kepada BN, kerajaan yang memerintah hari ini dan kerajaan ini, kerajaan kita. Menyokong UMNO tidak bererti kita tidak boleh menegur dan mengkritik. Kalau perlu kita berperang, kita isytihar perang. Kita berperang dengan individu yang berada di dalam UMNO yang tidak betul. Satu sebab Pak Habib sanjung UMNO adalah kerana mereka yang berada di pucuk pimpinan tidak fanatik, tidak asobiah kerana mereka boleh menerima kritikan dan dari masa ke semasa mereka berubah. Apakah nanti sesudah Pak Habib mengisi borang keahlian PAS, Pak Habib masih boleh menegur pucuk pimpinan PAS?
Al-Mutawakkil Sultan JohorTahun 1946, UMNO lahir di Istana Johor. Tahun 1988 UMNO mati di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Pak Habib telah membacakan talqin untuk UMNO dalam buku Pak Habib, Talqin Untuk UMNO. Tahun 1988 UMNO-BARU sekali lagi lahir di dalam istana yang sama. Kalau UMNO bukan Islam, mahukah Almarhum Sultan Ibrahim dan juga Al-Mutawakkil, iaitu Sultan Johor Darul Takzin memperkenankan kelahiran UMNO di dalam istananya?Pun begitu setakat ini Al-Mutawakkil Sultan Johor nampaknya hanya menyepi apabila isu UMNO kafir ini digembar-gemburkan semula oleh Omar Khalid.
Waktu Haji Hadi kata UMNO kafir dulu, Al-Mutawakkil adalah Yang di Pertuan Agung dan hal elwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasanya. Kenapa baginda tidak panggil Haji Hadi untuk menghadapnya? Kalau baginda tidak lempang pun setidak-tidaknya baginda marah seperti baginda marahkan Musa Hitam sewaktu dia masih jadi Timbalan Perdana Menteri dulu. Apakah Al-Mutawakkil takut dengan PAS atau memang baginda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Haji Hadi?
Sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan Persekutuan, apakah parti itu sanggup mengubah seratus-peratus sistem yang ada termasuk pembayaran gaji, elaun dan sumber-sumber hasil serta cukai yang dikenakan oleh kerajaan sekarang? Kalau PAS berjaya membentuk kerajaan Persekutuan, apakah Haji Hadi yang berkemungkinan dilantik sebagai Perdana Menteri tidak mahu tinggal di Kediaman Rasmi Perdana Menteri yang baru dibina di Putrajaya? Macam mana pula dengan ibu pejabat Kerajaan Persekutuan, apakah ia akan berpindah ke Nilam Puri?
Seri Perdana, PutrajayaDan apakah PAS akan menjatuhkan hukuman terhadap Barisan Nasional, seperti mana kerajaan BN mengharamkan ajaran-ajaran tarikat kerana dikatakan sesat? Apakah tindakan PAS tentang mereka yang terlibat dalam peristiwa Memali? Apakah mereka akan membebaskan tahanan ISA? Menghapuskan ISA? Menghapuskan enakmen-enakmen tambahan dan bidaah-bidaah dalam perundangan Islam? Bagaimana pula dengan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Majlis-majlis Agama Islam dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri yang bertanggungjawab mewujudkan perundangan-perundangan tambahan itu? Macam mana pula dengan adat sembah menyembah? Rakyat masih dalam keadaan bimbang dan ragu-ragu, takut-takut terkeluar dari mulut harimau, masuk pula ke dalam mulut buaya.Kalau PAS sanggup memikul tanggungjawab ini dan sanggup pula menukar segala sistem yang dianggap tidak berasaskan Islam, maka Pak Habib mengucapkan syabas dan syukur alhamdulillah. Tapi sebelum itu PAS mestilah terlebih dahulu menyenaraikan perkara-perkara yang Pak Habib katakan itu sebagai ‘Manifesto Rasmi Parti’ di dalam pilihan raya umum ini.
Seperti yang Pak Habib katakan, Pak Habib adalah seorang penulis yang sudah biasa bermati-matian mempertahankan UMNO sewaktu UMNO memperjuangkan agama Islam dan hak-hak orang Melayu dan Islam. Tidak mustahil kalau satu ketika nanti Pak Habib mempertahankan PAS di dalam tulisan-tulisan serta buku-buku Pak Habib. Tapi buat masa ini, biarlah Pak Habib secara bermati-matian mempertahankan kebenaran. Kalau UMNO benar, Pak Habib akan katakan benar. Dan kalau UMNO salah, Pak Habib akan tetap dan terus menegur demi kebaikan. Kalau ada di kalangan orang PAS yang menaburkan fitnah dan berkata tidak benar, maka adalah menjadi tugas Pak Habib menegur dan mengkritik dengan cara yang biasa Pak Habib lakukan, biarpun Pak Habib tidak popular di kalangan mereka yang fanatik kepada PAS. Mengkritik PAS tidak bererti Pak Habib tidak sukakan Islam? PAS dan Islam adalah dua entiti yang berbeza. PAS hanyalah sebuah parti politik sekular yang dipimpin oleh mereka yang lebih mirip kepada agama sedangkan Islam adalah satu agama suci yang universal.
Pak Habib rasa masalah yang sebenarnya berlaku yang menjadi punca permusuhan antara UMNO dan PAS perlu diperjelaskan kerana ummat Islam di negara kita terutama generasi muda sedang berada di dalam dilema. Pemikiran mereka bercelaru, jadi tidak tentu arah. Tidak tahu siapa yang hendak diikut.
Ustaz AshaariPara pengikut Al-Arqam yang sudah biasa dengan Ustaz Ashaari, pasti mengatakan bahawa ‘Abuya’ (bapa) mereka itu adalah yang terbaik akhlaknya, kelakuannya, PRnya dan kepimpinannya. Ustaz Ashaari turut melaksanakan perniagaan dan pendidikan yang berbentuk Islamiah. Beliau berjaya mengajak dan mengubah wanita-wanita Islam menutup aurat.Kita kena tanya diri kita sendiri (terutama ahli-ahli UMNO dan juga ahli-ahli PAS), apakah betuk ke kita ini Islam? Kalau Islam, Islam kita ikut kayu pengukur siapa? Ikut kayu ukur PAS atau ikut kayu ukur UMNO atau ikut kayu ukur yang telah ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam hadis-hadis baginda dan wahyu-wahyu Allah yang telah disampaikan menerusi baginda.
Pun begitu kita tidak boleh kata Mahathir tidak memperjuangkan Islam. Kalau nak sebut satu per satu boleh jadi satu buku. Nanti kata nak mengampu Mahathir pula. Yang jelas Mahathir Mohamad adalah seorang Islam melalui namanya, tapi soal hati kita tidak tahu. Orang di Malaysia tumpang mendapat nama baik dan sanjungan kerana perjuangannya dalam mempertingkatkan ekonomi dan industri ummat Islam adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kebanyakkan pemimpin-pemimpin dan Raja negara-negara Islam di dunia ini.
Begitu juga dengan PAS, kegigihan dan ketabahan mereka dalam mengharungi politik yang berada di pihak pembangkang, kita kena salute juga sebab mereka berani menyuarakan kebenaran dan memperjuangkan Islam. Dengan adanya parti pembangkang yang berani seperti ini, barulah UMNO tidak boleh tidur lena.
Asas perjuangannya adalah sama iaitu untuk menegakkan agama Islam sungguhpun platform dan pendekatannya mungking agak berbeza, tetapi matlamatnya adalah satu, iaitu untuk mendaulatkan Islam dan menjadikan Islam satu agama yang terus diperjuangkan hingga ke generasi yang akan datang.
Pak Habib rasa hal ini perlu diperjelaskan kerana ummat Islam di negara kita, khususnya generasi muda, sekarang ini mengalami kekeliruan dan ketidaktentuan fikiran tentang siapakah sebenarnya yang seharusnya memperjuangkan Islam, dan di antara model-model pejuang Islam pula siapakah sebenarnya yang merupakan pejuang-pejuang tulen dan berwibawa.
Oleh itu apakah bezanya perjuangan ini pada seorang jurutera, doktor, peguam, arkitek dibandingkan dengan perjuangan seorang ilmuwan Islam, ulama dan sebagainya? Atau perjuangan antara parti-parti politik yang mempunyai perlembagaan dan program ke-Islaman masing-masing?
Burung Kakak TuaBagi Pak Habib kekeliruan ini tidak seharusnya timbul, kerana seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW bahawa setiap individu dan setiap kumpulan di kalangan ummat Islam adalah merupakan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan harus melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik-baiknya. Malangnya, sistem pendidikan yang ada di negara ini sekadar mampu melahirkan pemikir-pemikir ala ‘burung kakak tua’, yang hanya tahu menghafal saja, tidak pandai menggunakan akal untuk berfikir. Maka lahirlah golongan ‘exam oriented’ yang belajar hanya untuk lulus peperiksaan yang sebenar. Di dunia jugalah tempat dijalankan sesi soal jawab antara manusia dengan manusia, antara Tuhan dengan manusia. Inilah ujian paling besar bagi makhluk bernama manusia.Sungguhpun keadaan pembangunan material sudah berubah pada masa kini disebabkan proses pemodenan dan peningkatan ilmu pengetahuan, tetapi pada dasarnya prinsip perjuangan Islam adalah sama. Oleh kerana pemimpin agama masih berfikir secara jumud, menggunakan agama untuk berpolitik, maka ramai yang tidak menghormati para ulama. Atas sebab yang sama juga Dr Mahathir boleh bubuh otak ulama-ulama UMNO macam Hamid Othman, Zainal Abidin dan lain-lain ulama dalam koceknya. Tidak mustahil perjuangan mendaulatkan agama dan menjadikan ajaran-ajaran Al-Quran dan Hadis sebagai panduan serta sistem yang mengatur kehidupan manusia, hanya akan menjadi satu lip service saja. Sejurus saja berhenti dari memegang jawatan menteri, tugas agama ditinggalkan di pejabat sama sekali.
Oleh kerana tanggunjawab kepada agama adalah merupakan tanggunjawab bersama, mengapakah pula kita perlu memikirkan bahawa tugas memperjuangkan agama hanya menjadi milik individu atau kumpulan yang tertentu saja? Pernahkah kita terfikir bahawa apa yang terjadi di antara ulama PAS dan ulama UMNO ini merupakan dasar ‘pecah dan perintah’ yang telah lama dilaksanakan oleh pihak penjajah ketika menjajah tanahair kita dulu?
Pak Habib tidak berminat hendak berkhutbah dengan panjang lebak mengenai prinsip-prinsip Islam tetapi setahu Pak Habib orang Islam sepatutnya berkasih sayang, ingat-mengingati dan tolong-menolong, mendorong kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sesama saudara Islam.
Sebaik-baik agama (Islam) tidak dijadikan sebagai agenda utama dalam politik. Politik adalah gula, asam dan garam dalam kehidupan manusia. Jika ia berlebihan, boleh membawa mudarat dan penyakit. Macam api, waktu kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan.
Sabda Rasulullah SAW: Orang mukmin itu diumpamakan dalam keadaan saling kasih-mengasihi dan sayang-menyayangi; sebagaimana seluruh badan, apabila satu anggotanya mengahud sakit, seluruh anggota yang lain sama-sama berasa demamnya dan berjaga malam.
Setiap orang Islam hendaklah menyayangi sesama orang Islam sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri. Kalau kita tidak suka orang lain menfitnah kita, samalah juga orang lain tidak suka difitnah. Anak anjing menyalak pada emak dan bapaknya kerana ia telah menjadi perbuatan lumrah, sepertimana yang dilakukan oleh emak dan bapak anjing, teringat Pak Habib kepada Rahim Noor. Nasib baik dia dah bersara, kalau tidak lebam bijik mata Pak Habib.
Apakah kita sebagai manusia juga mempunyai kelaziman yang sama seperti anjing? Kalau kita suka mencari kesilapan dan kesalahan orang lain, jadi jangan marah kalau orang lain pula yang mendedahkan ‘kurap’ dan ‘kudis’ kita. Cerminlah terlebih dahulu diri kita sebelum membuka pekung orang lain. Kesilapan orang lain didedahkan dan kebaikannya diketepikan kerana menurut ideologi - ‘orang lain salah maka akulah yang betul’ - tanpa perlu untuk mereka sendiri menunjukkan contoh yang baik. Pemikiran semacam inilah yang dipenuhi dengan hajat untuk berkuasa dan menjatuhkan orang Islam lain.
Rasulullah SAW bersabda: Di antara seorang mukmin kepada seorang mukmin yang lain adalah ibarat sebuah bangunan, yang sati mengukuhkan yang lain.
Dato Seri Anwar IbrahimSetelah kita tengok apa yang Dr Mahathir dan kuncu-kuncu serta pengikutnya buat terhadap saudara Anwar Ibrahim, kita terpaksa bertanya pada diri kita sendiri: “Bolehkah kita meletakkan kesalahan bulat-bulat terhadap Haji Hadi Awang kerana menuduh UMNO itu kafir? Apakah pemimpin-pemimpin UMNO (termasuk Presidennya) mengikut landasan-landasan serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam seperti yang diperjelaskan di dalam Al-Quran dan Hadis, sewaktu memecat Anwar Ibrahim atas alasan tidak bermoral? Apakah ulama-ulama dalam UMNO sama ada yang bergelar Menteri atau tidak, atau yang memangnya ahli asal UMNO atau melompat masuk ke dalam parti tersebut (setelah meninggalkan PAS) berani menegur Presiden parti? Sebaliknnya ahli-ahli PAS yang masuk UMNO bantai bekas parti mereka habis-habisan, bukannya mereka hendak memperbetulkan keadaan tetapi bertindak sebaliknya.Sepatutnya bagi yang berilmu, mereka mestilah mengajar ilmu yang ada pada mereka kepada masyarakat. Tetapi apa yang Pak Habib lihat berlaku adalah sebaliknya. Terdapat golongan-golongan tertentu yang mempergunakan ilmu demi kepentingan sendiri. Jadi nak salahkan siapa. Memang betul ada ahli UMNO yang berperangai macam kafir, yang perangai lebih dari kafir pun ada. Minum arak, kaki judi, berzina, liwat, skandal dengan isteri orang, rasuah, rogol gadis bawah umur, jumpa bomoh, guna sihir untuk jatuhkan kawan dan lawan dan macam-macam lagi termasuk yang tidak pernah sembahyang pun ada.
Mereka yang mengaku diri Islam ini sanggup melakukan apa saja termasuk menipu orang lain dengan alasan perbuatan itu satu takdir ataupun bohong sunat.
Nampaknya bukan amalan agama yang diperintah oleh Allah SWT yang diamalkan oleh golongan yang dikatakan sebagai ulama dunia. Kita menghina wanita-wanita yang menjual maruahnya, menjual dirinya. Apakah menjual ilmu, menjual kedudukan, menjual nama tidak sama level dengan orang yang menjual maruah? Maruah itu apa? Apakah perempuan yang melacur saja dianggap tidak bermaruah? Bagaimana dengan orang munafik yang menjual agama, bangsa dan tanahair? Mereka sanggip mempergunakan kedudukan dan ilmu yang ada pada mereka demi mengaut keuntungan dunia semata-mata. Jika keadaan seumpama ini masih berleluasa, bolehkah ulama UMNO membuktikan kemampuan mereka menerajui parti yang mempertahankan kedaulatan agama Islam ini? Nampaknya ulama-ulama kita hari ini terperangkap di dalam sistem yang lebih banyak menimbulkan masalah daripada menyelesaikan masalah. Mana tidaknya, ulama-ulama kita hari ini terdiri daripada ulama-ulama siang, malam cari makan tempat lain.
Dalam penerbangan pulang dari Johor Bahru, kebetulan Pak Habib terserempak dengan dua orang kuat UMNO, seorang bernama Osman Safian, Naib Ketua Bahagian Pulai dan yang seorang lagi dikenali sebagai Tengku. Pak Habib ada bercerita sedikit pada Tengku tentang apa yang diperkatakan oleh Haji Hadi Awang mengenai pengkafiran UMNO.
Haji Hadi Awang ada berkata, dia menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO, begitu juga Barisan Nasional tetapi kerana UMNO dan BN mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyyah.
Cuba kita jawab, salahkah kita menentang benda yang tidak salah ditentang? Kitakan sudah merdeka, buat apa lagi nak mengekalkan budaya kafir di dalam sistem pendidikan di sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi?
“Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian. Kita tidak payah masuk Hindu. Kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku.”
Kalau kata-kata ini tidak betul, kenapa tidak bawa saja Haji Hadi ke mahkamah? Maklumlah sekarang inikan musim orang saman orang.
Abul Ala Al-MaududiSaidina Ali karamallahu wajhah pernah berkata bahawa jangan ditanya siapa yang berkata tetapi kita perlu fikirkan apa yang diperkatakan itu, benar atau dusta? Kalau ada sesuatu kebenaran mengenai apa yang kita dengar itu, kita tidak perlu tanya siapa pembawa berita itu. Cuba kita fikirkan apa yang ditulis oleh Abul Ala Al-Maududi dalam bukunya Let’s Be Good Muslim.Kalau diterjemahkan, maka kata-lata Abul Ala Al-Maududi ini berbunyi lebih kurang begini:
“Orang kafir pun macam kita juga. Mereka berasal dari Adam dan Hawa. Mereka itu manusia macam kita juga - ada tangan, ada kaki, mata dan telinga. Mereka minum air yang sama seperti yang kita minum, menghirup udara yang sama dan duduk di muka bumi yang sama. Tuhan yang menciptakan kamu adalah Tuhan yang sama menciptakan mereka. Jadi kenapakah mereka mesti dianggap rendah dan kamu tinggi? Kenapakah kita sahaja yang akan masuk syurga sedangkan mereka akan dilaknat ke dalam neraka?”
“Jika kita merasakan diri kita orang Islam tetapi hakikatnya bodoh dan ingkar seperti orang kafir, bolehkah kita secara realitinya menjadi lebih mulia daripada mereka hanya kerana kita memakai pakaian yang berbeza, memiliki nama yang tidak sama dan makan makanan yang berlainan? Apakah di atas dasar ini kita akan dirahmati Allah di dunia dan di akhirat? Islam bukannya merupakan satu bangsa atau keluarga yang mana keahliannya secara automatik diwarisi oleh anak dari seorang bapa. Seorang anak ulama tidak akan mendapat kemulian di sisi Allah, sekiranya dia mengerjakan perbuatan-perbuatan mungkar kerana dia dilahirkan dan dibesarkan di rumah seorang alim ulama. Tuhan juga tidak memandang rendah kepada seorang lelaku dari keluarga yang papa, tidak menafikan amalan-amalannya hanya kerana dia dilahirkan dalam golongan tersebut.”
Islam itu bukannya satu bangsa tetapi di dalam dunia ini hanya orang Melayu saja yang berani menyatakan bahawa bangsa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Dan secara automatik, anak-anak ketua agama, bila dia jadi Raja dia jadi ketua agama dan dia disembah oleh sekelian rakyat jelata dan rakyat mesti menggunakan ‘patik’ (anak anjing) bila bercakap dengan ketua agama. Adakah cara ini Islamik? Begitu juga UMNO, satu-satunya parti yang percaya bahawa Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu. Apa akan terjadi kepada ahli UMNO yang bukan Islam? Bukankah ucapan ini bercanggah seperti keadaannya di Sabah?
Kembali kepada cerita Omar Khalid yang sudah terkeluar dari PAS masuk UMNO dan membongkar rahsia parti semasa dia bersama PAS dulu, ianya boleh menimbulkan tanda tanya kepada kita. Betul ke Omar Khalid ini hatinya bersama-sama UMNO atau jasadnya saja?
Maklumlah hari ini ramai yang masuk UMNO untuk dapatkan sesuatu. Tapi kalau kita boleh terima seorang bekas komunis atau sosialis yang boleh mengubah sikap dan minda masyarakat, biarpun jiwanya masih kekomunis-an atau kesosialis-an setelah meninggalkan parti yang berhaluan komunis dan sosialis, apakah tidak mungkin Omar Khalid, bekas aktivis PAS ini turut bermain sandiwara, bermuka-muka, berpura-pura dan menjadi batu api untuk timbulkan kemarahan rakyat terhadap UMNO.
Ibrahim LibyaSebagai contoh, ramai orang yang sudah lupa akan amanat Haji Hadi Awang juga peristiwa Memali dengan terbongkarnya cerita kafir-mengkafir yang dibawa oleh Omar Khalid ini. Luka yang lama berdarah kembali. Rakyat teringat tuduhan yang dilemparkan ke atas Ibrahim Libya sebagai penjenayah. Siapakah yang membunuh orang Islam yang tidak berdosa itu kalau bukan atas arahan pemimpin UMNO yang menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu yang bertanggunjawab.Cuba PAS yang keluarkan isu ini, tentu sekali BN akan menuduh PAS cuba timbulkan huru-hara. Tapi sebenarnya tidak seorang pun tahu niat Omar Khalid. Hanya dia dan Allah SWT sahaja yang tahu. Kita jangan buruk sangka tapi kita ambil iktibar darinya. Firman Allah SWT:
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangakaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan atau keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya dan bertaqwalah kamu kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
(Al-Hujurat:12)
Kita sudah pun tengok apa yang terjadi pada ahli PAS yang masuk UMNO. Tapi kalau mereka nak jadi macam Abdullah bin Ubai, terserahlah!
Omar Mokhtar - Desert Lion of LibyaKalau Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh diperlakukan begitu dan kita lihat apa jadi pada Tok Mat dan Shabarudin Chik, macam mana pula orang yang macam Omar Khalid. Ini Omar Khalid, bukannya Omar Mokhtar, ‘Singa Padang Pasir’ - pejuang dan wira Libya yang menentang kafir dari tiga penjuru. Siapa tahu Omar Khalid cuma singa sarkas UMNO.Kita kena percaya pada hukum karma, pembalasan dari Allah SWT walau sebesar zarah pun kebaikan akan dikira, begitu juga kejahatan. Ingatlah pembalasan dari Allah datang dalam bermacam-macam bentuk yang kita sendiri tidak menyangkanya. Biarkanlah pergaduhan antara Anwar dan Mahathir ini mereka selesaikan sendiri. Kita sebagai orang Islam ada paradigma sendiri. Kalaupun benar Anwar melakukan perbuatan di luar tabii itu, biarkan saja Tuhan yang menghukumnya. Tidak ada seorang pun manusia yang terlepas dari dosa-dosa yang pernah dilakukannya di dunia. Kalau tidak dibalas di dunia pun, di akhirat kelak pembalasannya akan diterima juga.
Cuba lihat apa yang terjadi pada Namrud. Raja yang berkuasa tetapi zalim, akhirnya jadi gila dan memukul kepalanya sendiri dengan kasut hanya kerana seekor nyamuk (yang sudah patah sayap) terbang masuk ke dalam hidungnya dan tidak dapat keluar.
Kalau betul kita merasakan yang kita sudah tersesat, sudah terlanjur disebabkan kita tidak tahu (tidak berilmu), maka apa salahnya kita kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Jangan tahu buat saja, tapi tidak tahu nak bertaubat.
Mari kita minta ampun dari Allah SWT, kita kena taubat nasuha. Kita terima hakikat bahawa kita memang sudah diselewengkan oleh penjajah. Tidak perlu lagi kita nak berlagak bodoh sombong. Satu puak difanatikkan dengan agama hingga menolak perlembagaan dan perkara-perkara yang berbentuk material. Sedangkan satu lagi puak mengejar keduniaan. Kita kena terangkan kepada para pembaca terutama kepada anak muda yang berminat dalam politik yang mahukan agama, siapa sebenarnya yang memperjuangkan Islam?
Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib berkata dalam Nahjul Balagha: Janganlah anda mengenali kebenaran melalui orang yang berkata. Tapi kenal lah kebenaran itu dulu, apa itu kebenaran? Nanti anda sendiri akan tahu siapakah ahli kebenaran itu.
Dengan kata-kata lain, dengarlah apa yang dikata, anda sendiri boleh mengukur sama ada perkataan itu benar atau dusta. Tidak perlu dihiraukan dari mulut siapakah perkataan itu dikeluarkan. Ringkasnya, orang yang lemah akal mengenali kebenaran dengan melihat siapa yang bercakap bukan mengenali kebenaran demi kebenaran.
Orang yang berfikiran waras mengenali kebenaran dengan meneliti perkataan itu sendiri. Kalau benar diterima, sama ada keluarnya dari mulut pendusta atau orang benar. Malah lebih jauh dari itu seboleh-bolehnya ia menapis kebenaran yang datang dari ungkapan orang sesat.
Seorang Badwi berkata kepada Rasulullah SAW: Aku mahu menjadi orang yang paling dihormati. Jawab Rasulullah SAW: Jika kamu tidak mengatakan orang lain atau sebarang makhluk maka kamu adalah orang yang paling dihormati.
Perkara yang diucapkan oleh manusia dengan lidah secara sedar atau tidak adalah timbul daripada budinya. Budi adalah keadaan rohani manusia atau sifat batinya. Di sinilah segala kalimah-kalimah yang mengalir dari mulut dan lidah adalah ungkapan dari makna yang terkandung dalam batin kita.
Lantaran itu bahasa manusia dipengaruhi oleh budi dan pekertinya. Dalam hal ini memilih kata-kata yang baik adalah termaruk budi pekerti yang tinggi. Demikian juga contoh teladan percakapan wahyu Allah SWT kepada nabi-Nya sering memakai bahasa terpilih.
Kalimah-kalimah kotor hanya lahir dari mulut orang yang kotor hatinya. Orang kotor tidak menghasilkan yang bersih, dan orang baik tidak akan menghasilkan yang kotor. Orang yang kotor ialah orang yang imannya kodong di dalamnya. Justeru, kekosongan iman itu akan diisi oleh sifat benci dan dendam oleh iblis.
Think, FIKIR, Tafakkur. Assalamualaikum!
Published on May 02, 2013 17:08
Ramalan calon PRU13
Datuk Wan Farid dan Datuk Reezal Merican mantan setiausaha politik Pak Lah kini mencuba nasib di PR ke-13 menunggu dengan penuh debaran.
Siapa kalau bukan Datuk Idris Jusoh 'Pok Yeh' orang yang paling sesuai untuk menggantikan Datuk Hishamuddin sebagai Menteri Pendidikan?
Kalau saya dipilih bertanding di DUN tidak di parlimen itu bererti saya sudah di restui untuk menggantikan Ghani sebagai MB.
Di petik dari buku Gerhana Raja & Malaysia Today (2008)
I'm back!
Published on May 02, 2013 16:44
April 25, 2013
Pendek Kata, Rakyat Kata
Bomoh kata: “Najib anak Tun Razak, cucu Tan Sri Noh. Bank di jaga oleh adik, duit berbilion di dalam dan luar negara. Duit boleh tabur macam bertih goreng. Pasti selamat punya. Orang nanti kata Najib pemurah, rakyat di dahulukan. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang berbuat baik kepada sebanyak-banyak manusia.”
Rakyat tanya: "Duit yang ditabur itu, duit siapa?"
Pendek kata: “Penipuan dan korupsi tidak ada Pak, yang penting siapa yang lebih pintar.”
Think, FIKIR, Tafakkur.
Published on April 25, 2013 18:43
April 22, 2013
Sampai Bila Mahu Mengkritik?
Jika anda berkesempatan atau telah membaca hanya beberapa saja dari lebih 65 buah buku, ratusan rencana di beberapa tabloid dan majalah, pasti anda tahu minda S.H.Alattas. Hendak kenal penulis perlu mengenali mindanya terdahulu; dengan membaca apa yang tersirat disebalik tulisannya yang berlapis dan berlapik.Apakah anda sanggup menentang arus diketika orang ke depan, anda ke belakang? Itulah yang telah saya lakukan; ketika orang takut dengan Raja saya mengkritik Raja. Ada orang kata saya gila, akan tetapi kerana kegilaan orang-orang mudalah dunia menjadi bertambah maju.
Hidup jangan pandang ke depan saja, sesekali mesti menoleh ke belakang - Anwar Ibrahim menjadi tersohor kerana terlibat dengan kes ‘belakang’. Bila melihat bintang di langit jangan lupa rumput di bumi. Bila lihat mutiara jangan lupa pada kerang yang menyimpannya.Saya tahu ramai yang mengkritik saya terutama mereka yang tidak pernah baca satu pun buku saya. Saya pun tidak kisah, “suka hati mak engkau lah”. Memang tanggungjawab penulis dan pemikir buat kerja mengkritik, lagipun kalau nak marah nak buat macam mana. Jenis macam perangai anjing, bila seekor anjing menyalak semua anjing lain ikut menyalak sama. Jika ditanya kenapa, jawapannya mudahkan; anjing adalah teman manusia terbaik, ‘a man’s best friend’ akan tetapi anjing itukan binatang dan binatang mana ada akal - yang ada hanya ‘animal instinct’. Kita ini makhluk yang ada akal fikiran, mengapa tidak tafakkur?
I think, therefore I am - Rene Descartes
Ramai penulis yang terpaksa melalui hidup seperti ini; mangsa ‘fitnah’ seperti apa yang pernah berlaku kepada sahabat saya Datuk Norza, mantan Setiausaha Politik Pak Lah di Kementerian Keewangan (MOF). Seperti yang dilaporkan oleh Josylen Tan dalam akhbar The Star 1hb Julai 2007. Kebanyakan yang mengkritik, membelasah, belum lagi baca bukunya, dengar cakap-cakap orang saja. Datuk Norza mangsa fitnah, mangsa mereka yang ada PhD dan berjiwa Raja di zaman Singapura di langgar todak.
The Green Dome in Madinah
Singapura di langgar todakJika kita mahu jadi pahlawan, mesti sanggup mati di gelanggang, mahu jadi hero mesti sanggup kena kutuk, kena ujian, kena belasah; kalau tidak jadi pak pacak sajalah. Seandainya sahabat Rasulullah SAW, Abu Dzar Al-Ghifari RA tidak mengkritik khutbah Uthman Ibn Affan kerana membina Istana Hijau dan mengamalkan kronisme dan nepotisme, sejarah dia dibuang di padang pasir dan mati seorang diri di padang pasir, dia tidak akan jadi ‘legend’.
Teh tarik satu boss!Akibat tidak membaca tersirat, apa lagi yang malas membaca, tapi tetap mahu jadi pengkritik di blog, berlagak paling ganas namun tidak berani kritik diri sendiri. Lempar batu sembunyi tangan. Berani mengkritik tapi tidak berani tunjuk muka macam Hishamuddin Rais; blogger tersebut serupa ‘goblok’.Berapa ramai yang tahu dua identiti yang berbeza antara ‘kerajaan’ dengan ‘pegawai kerajaan’, ‘politik’ dengan ‘orang politik’, ahli UMNO dengan ahli politik, menteri dengan pemimpin? Pengkritik dan pemfitnah?
Yang kotor, yang korup ‘pemimpin politik’ bukan politik biar pun ada yang mengatakan ‘politics is dirty’; itu politik Machiavelli atau politik Muawiyyah. UMNO tidak berdosa, Islam tidak salah, yang salah orang Islam. Sebab itu timbul seekor kerbau membawa lumpur terpalit. Nila setitik rosak susu sebelanga. Kerajaan BN tidak berdosa, tidak ada salahnya, yang salah mereka yang menjadi kakitangan kerajaan yang rasuah, yang tidak ada adab, tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab. Yang pelik kakitangan kerajaan pun menyalahkan kerajaan. Satu jari menunjuk ke arah orang, tiga menunjuk ke arah diri sendiri. Lu fikirlah bro.
Saya banyak mengkritik pemimpin UMNO hingga ada yang menganggap saya diperalat oleh orang tertentu di dalam UMNO. Saya di label penulis upahan dan bila saya bela pucuk pemimpin UMNO, di label sebagai penulis upahan UMNO. Saya memang sudah lama tidak peduli dengan label yang diletakkan pada saya. Saya tidak hidup kerana presepsi orang. Saya tidak terhutang hidup dengan manusia.
Jika takut dengan ketinggian, jangan panjat pohon kelapa. Suka tidak suka kita kena terima. Lantak pi lah orang nak kata apa pun. Nabi Muhammad SAW dan Tuhan pun orang kata, inikan pula kita manusia. Memang tidak ada orang yang akan mendirikan tugu untuk seorang pengkritik. Siapa yang mahu menjadi pengkritik mesti bersedia ke penjara, di heret ke mahkamah, hidup keluarga sengsara.
Use your head and think.Sebenarnya saya sudah lama mahu berhenti menulis buku politik, kerjanya penuh dengan bahaya, nyawa sentiasa terancam. Namun alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan; alang-alang mandikan orang, biar dia basah; alang-alang bermain dakwat biar siap satu buku ‘masterpiece’ Masih ada perjuangan yang belum selesai; kata Tun Dr Mahathir, “Siapa kalau bukan penulis dan pemikir yang mesti menulis dengan tulus ikhlas, kita suka tidak suka, kena teruskan juga. Tidak macam Menteri, bila sudah berhenti tidak ada apa lagi tanggungjawab yang mesti dipikulnya. Jauh berbeza dengan seorang penulis kerana 1000 tahun selepas penulis telah mati, orang akan terus membaca karyanya."Setiap orang pasti membuat silap kerana selaku manusia biasa tentu banyak salah silapnya. Lagi besar tanggungjawab yang dipikul, lagi banyak silap. Jadi salahkah penulis mengingatkan kerajaan bahaya yang mendatang? Apakah penyampai berita, pembesar suara rakyat boleh dituduh melakukan kerja tukang cacat pemfitnah dan penghasut?
Menyaksikan sikap orang Melayu sesama Melayu bertempur sesama mereka untuk memenangkan calon MIC, K. Parthiban di Ijok maka terfikirlah saya, apakah selamanya Melayu harus terus bergantung kepada cakap-cakap orang politik sahaja (political animal)?
Hampir setiap pilihan raya kecil atau pilihan raya umum saya perhatikan kerajaan terpaksa mengorbankan sejumlah peruntukan yang besar terutama pilihan raya kecil untuk meraih undi pegundi. Sampai bila BN akan mengulangi tradisi memujuk rayu membeli undi yang paling teruk berlaku di era Dato Sri Najib menjadi Perdana Menteri? Patutkah kesilapan diulangi? Beri tayar kereta pada pemandu teksi, mereka ambil; beri pitis demo ambil, tapi undi belum tentu lagi. Kerana nama Najib dan para Menteri UMNO yang sudah rosak, berhenti sajalah.Apa yang berlaku di Ijok dapat saya saksikan kesedaran pengundi bahawa membawa projek jalan raya, klinik sekolah dan macam-macam lagi adalah tanggungjawab kerajaan Tan Sri Khalid. Yang melawan calon kerajaan BN adalah bekas orang UMNO yang kecewa dengan pucuk pemimpin; setiap yang pandai dipancung. Khalid adalah seorang tokoh korporat. Rakyat sudah semakin sedar dan terbuka minda mereka, hendak sembunyi macam mana lagi? Ceramah pilihan raya yang tidak melahirkan ‘public opinion’; ‘listen, listen, listen’ sampai lapan kali.
Memang ada pihak yang marah dengan Anwar membawa isu peribadi dan isu nasional di Ijok kononnya tidak sesuai dengan aspirasi tempatan. Kita jangan lupa ‘public opinion’ saja yang boleh mengulingkan satu-satu kerajaan dan rakyat mahukan ‘public opinion’ bukan ‘listen, listen, listen, listen.’
Isu yang Anwar bentangkan itu melibatkan isu pemimpin nombor dua kerajaan; ketika itu Najib musuh Timbalan Perdana Menteri. K. Parthiban, calon BN boleh dianggap tidak beza dengan pemimpin nombor dua negara - birds of a feather, flock together. Ia saling kait-mengait dan sehingga kini pun kita tidak nampak Najib Tun Razak mengambil pendekatan membersihkan maruahnya yang tercalat dek Anwar. Bila dia tidak heret ke mahkamah untuk membuktikan apa yang di kemukakan oleh Anwar Ibrahim sebagai fitnah, ia bererti benar. Najib macam pengantin perempuan, diam bererti setuju.
Penulis adalah mata, telinga dan suara rakyat bukan tujuan para penulis untuk melaga-lagakan kedua-dua pemimpin tersebut tapi sekadar mengingatkan sudah sampai masanya pemimpin di bawah kerajaan BN ketika itu diketuai Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) mengamalkan politik tidak sihat dan Pak Lah gagal melakukan ‘pemutihan’ dalam kerajaannya. Ketika dia berhenti baru orang tahu bahawa dia Mr Clean Man, sapu bersih, macam penyamun tarbus dalam filem P. Ramlee. Mr Clean Man cleaned everything macam vacuum cleaner. Seperti Musa Aman di Sabah dan Taib Mahmud di Sarawak.
Sama ada Pak Lah suka atau tidak suka, Pak Lah tidak melakukan rombakan kabinet. Pak Lah gagal mempastikan hanya pemimpin yang benar-benar ikhlas dan amanah sahaja yang di pilih untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri. Mana-mana Menteri sudah terlalu lama dalam kerajaan perlu ditukarkan dan diganti dengan orang baru; tidak banyak beza dengan Najib. Kawan saya Hassan beri tahu saya sepatutnya 80% dalam kabinet dapur Najib di mana Rosmah BN, Bini Najib, berkuasa perlu segera direhatkan; Rais Yatim disuruh pergi main jauh-jauh; sudah bakar jambatan simpan apa lagi?
But I takut main sorang-sorang...
Sheikh Muszaphar - Angkasawan NegaraPemimpin yang sedia ada mesti pergi dan diganti oleh pemimpin baru. Bolehkah pemimpin lama menjadi contoh yang baik kepada rakyat? Pemimpin lama wajib dijatuhkan kerana rakyat benci dan meluat. Air yang keruh di hilir bolehkah jernih di hulu? Maka jangan marah bila Anwar dipilih jadi Perdana Menteri, kuasa memilih ditangan rakyat. Jika rakyat salah pilih, satu penggal saja dia jadi Perdana Menteri. Sapa pun jadi Perdana Menteri, pemandu teksi tetap tidak boleh jadi pemandu lori.Kerajaan telah menghantar angkasawan ke angkasa lepas dalam bersaing dengan negara maju yang sudah lebih awal meneroka bidang tersebut supaya bangsa kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain. Bagaimana dengan para pemimpin, sampai bila hendak simpan kereta yang ‘chasis’nya yang sudah bengkok dan tidak boleh berlumba lagi? “Ingatlah setinggi-tinggi Airbus A380 atau Boeing 747-8 yang berada pada 30,000 kaki di atas langit akhirnya pasti mendarat juga.” Boeing bising masa turun dan memekak masa naik tetapi senyap apabila berada di atas; sangat berbeza dengan ahli politik. Semasa di atas atau di bawah sama saja bising; mereka leka bercakap.
The late 'Iron Lady' Margaret Thatcher (1925-2013)Apakah orang Melayu tidak memerlukan pemimpin yang berwibawa untuk memimpin mereka dengan membuat dasar-dasar yang boleh mencorakkan halatuju mereka? Sampai bila baru kita mampu melahirkan negarawan seperti Imam Khoemini, Ghandi, Churchill, Abraham Lincoln, dan Sukarno? Nasib orang Melayu tidak akan berubah melainkan orang Melayu itu sendiri yang berubah dan menggubah nasib mereka. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka tidak mengubahnya sendiri. Mari kita ubah dan gubah nasib kita sebelum kita rebah. Jika anda membaca buku saya Kabinet April Fool yang diterbitkan pada tahun 2003, cukup ianya menceritakan mengenai Musa Aman, Mr Vacuum Cleaner. Bila Perdana Menteri tidak berani buat apa-apa, tidak mahu tukar orang baru, ‘cacing naik ke mata’. Musa Aman kini di beri jolokan vacuum cleaner oleh orang Sabah sahaja. Jangan marah orang Sabah bila mereka tukar selera dari BN, Bodek Najib, diganti dengan Anwar Ibrahim; Perdana Menteri baru.
Bila lagi mahu menyiasat dakwaan Datuk Dr Jeffrey @ Gapari Katingan @ Geoffrey Kitingan, nombor kad pengenalan 471022-12-5367, Timbalan Pengerusi PKR yang membuat laporan jenayah, pecah amanah, salah laku, salah guna kuasa dan rasuah kepada Musa Aman. Laporan polis dibuat kepada Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah, Karamunsing, 88300 Kota Kinabalu dan yang terbaru rasuah 40 juta yang sudah di bawa ke Parlimen.
Dr Jeffrey KitinganNama penuh dan identiti lengkap Dr Jeffrey Kitingan sudah cukup untuk membuktikan bahawa ini bukan fitnah, bukan surat layang kerana identitinya dirahsiakan. Dr Jeffrey menulis laporan polis ini pun menggunakan letterhead PKR. Bermakna Dr Jeffrey bertanggungjawab dengan dakwaan disabitkan kepada Musa Aman. Kalau Musa Aman sendiri rasa teraniaya, dianiaya dan difitnah, beliau perlu mengemukakan saman kepada Dr Jeffrey. Ini melibatkan maruah dan masa depan rakyat Sabah dan bila nama Musa Aman terpalit dengan dakwaan jenayah ini maka tidak hairanlah ramai menggunakan nama Pak Lah antaranya sebagai kawan baik Pak Lah, pernah membantu politik Pak Lah, untuk mengganti tempat Musa Aman.Kalau benar Anwar Ibrahim menyebabkan fitnah dan dakyah palsu pasal Altantuya dan komisyen pembelian peralatan pertahanan negara, Najib perlu mengambil tindakan mahkamah menyaman Anwar. Mana boleh Najib mendiamkan diri pasal hal ini; ini melibatkan nama baik beliau dan mana baik negara. Anwar sudah mendakwa Najib dan kini Najib kena membersihkan nama baiknya.
Politik tikam belakang dan politik adu domba masih lagi menjadi mainan atau strategi utama dalam UMNO sekarang. Cara politik kotor dan jijik ini ditambah pula dengan taktik rasuah atau dikenali dengan politik wang. Apakah hanya dengan cara ini orang Melayu mampu berpolitik?Bangsa di dunia sudah bangkit dari tidur, lihat di Thailand, Myanmar, Vietnam, mereka sudah bangkit dari lena yang panjang. Singapura mahu menjadikan bangsa berilmu, sayang orang Melayu masih bertempur sesama sendiri kerana fahaman politik. Ada baiknya kedua-dua parti buka Al-Quran dan kaji hadith-hadith Rasulullah SAW, pemimpin yang macam mana Allah SWT mahukan di ketika era Khilafah yang menggantikan Presiden, Perdana Menteri, Raja dan Sultan.
Pelik, para pemimpin Melayu yang sanggup lakukan apa saja hanya semata-mata kerana mahu kekal berkuasa. Apakah mereka tidak tahu bahawa kuasa itu amanah dan hanya Allah yang Maha Kuasa dan boleh memberikan kuasa kepada siapa saja yang dia suka. Pelik, wang sudah menjadi santapan jiwa binatang politik, political animal, yang tamak, bakhil, menyamun, merompak harta rakyat yang di amanah kuasa kepada mereka. Usaha-usaha membangunkan agama, bangsa dan negara sudah tidak lagi penting. Yang penting mereka kekal berkuasa dan mampu membolot sebanyak mungkin kekayaan peribadi dan konco di keliling sebagai contoh tauke lembu, Sharizat, Ketua Wanita UMNO. Inilah yang melemahkan UMNO kerana yang tidak dapat marah-marah, di belakang menjadi gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut.
Gunting dalam lipatan 'kain batik' - Lu fikirlah broPemimpin pelapis seolah-olah diajar supaya berfikir bahawa semangat perjuangan untuk membangunkan bangsa dan negara itu tidak penting. Yang mesti difikirkan adalah macam mana nak dapatkan kuasa, macam mana nak hidup macam anak Menteri dan kerabat diRaja; tidak payah kerja boleh hidup seperti ‘the rich and famous’.Bila rosak pemuda dalam sesuatu negara itu, alamat negara itu sedang menuju kehancuran kerana pemuda itu adalah harapan bangsa. Pemuda adalah tulang belakang satu-satu bangsa. Satu analisa yang terperinci patut dilakukan untuk mengkaji mengenai merosotnya nilai dan etika pemuda terutama muda-mudi Melayu. Apakah perancangan masa depan pemuda yang perlu dikemukakan oleh Najib, bukan beri kepada Agung.
Mat Rempit tumpas di tangkap polisLihat saja apa sudah jadi dengan anak muda di negara kita terutama anak muda Melayu. Kalau baca akhbar, boleh dikatakan apa saja masalah sosial yang terjadi melibatkan anak muda Melayu. Gejala Mat Rempit, Bohsia, penagihan syabu, buang anak dan pengangguran, berhutang dan menghadapi bankrupsi. Semuanya banyak melibatkan anak muda Melayu; anak Melayu yang ‘champion’. Apa sudah jadi? Salah siapa perkara ini berlaku? UMNO sudah diberi 55 tahun untuk menjaga negara; 9 Raja dan 1 Agung, semuanya Melayu. Ketua Hakim, Polis, Tentera, Pegawai Daerah - semuanya bumiputera.Apakah salah anak-anak muda itu sahaja? Benar, mereka harus disalahkan kerana memilih jalan yang salah dalam meneruskan hidup mereka tetapi apakah tidak kita bertanya kenapa dan mengapa mereka memilih jalan begitu? Apakah sebagai pemimpin kita hanya tahu menyalahkan anak muda bila mereka salah memilih jalan? Apa guna jadi pemimpin kalau hanya tahu menyalahkan orang lain sahaja. Kenapa tidak turun padang dan ambil tahu kenapa masalah ini terjadi?
Akibat terlalu mementingkan kuasa dan kekayaan pemimpin yang sedia ada dan pemimpin pelapis hanya memandang segala masalah sosial yang berlaku ini dengan sebelah mata sahaja akibat terlupa bahawa hidup di dunia ini sementara. Kita ada akhirat yang kekal, sebab itu mungkin tidak ada usaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa gejala sosial yang banyak melibatkan orang Melayu ini dapat dibendung atau dikurangkan dengan menggunakan isu kerohanian kerana manusia itu 3 dalam 1: akal, jasad dan roh. Yang penting bagi pemimpin politik hari ini bukan memberi keutamaan kepada ilmu hakikat, tarikat dan ma’rifat. Semua itu bermula dengan agama iaitu dengan ilmu tauhid, mengenal Allah. Akhirnya mereka tidak kenal diri mereka dan tidak kenal akan Tuhan yang di sembah, hanya kuasa dan segala macam projek untuk menambahkan kekayaan peribadi yang diutamakan.
Ketam jalan senget suruh anak jalan lurus boleh ke?Baik pemimpin tertinggi atau pemimpin di peringkat cawangan, semuanya sama sahaja. Cakap saja pandai tapi habuk pun tarak. Kata-kata ‘memperjuangkan nasib bangsa Melayu’, ketuanan Melayu; padahal Melayu hendak dapat rumah P.P.R.T pun amat susah, perlu rasuah. Sampai bila ketuanan Melayu hanya menjadi slogan untuk berkempen dan meraih undi baik semasa pilihanraya atau semasa pemilihan kepimpinan parti. Hendak memimpin bagaimana dengan perangai macam ketam yang jalannya senget suruh anak jalan lurus. Akhlak dalam ajaran Islam adalah bersifat rabbani, iaitu bersumber daripada Allah serta meliputi semua akhlak dan sifat mulia yang diajar Al-Quran.
The Light of the QuranKemajuan dan pembanggunan manusia itu perlu mengambil kira persoalan akhlak, maksiat dan kemungkaran yang dilakukan manusia mampu merosak kemuliaan darjat insan selain ia turut merosakkan struktur masyarakat.Masalah keruntuhan akhlak yang melanda umat Islam hari ini disebabkan kegagalan memanfaatkan akal yang diperlukan untuk memahami Al-Quran dan Sunnah dalam konteks memahami kebaikan yang disogokkan budaya dan pemikiran barat.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang.” (Al-Ahzab:21)
“Sejahat-jahat makhluk ialah mereka yang gagal memanfaatkan akal (surah al-Anfal:22), dan di antara golongan ahli neraka adalah mereka yang tidak menggunakan akalnya.” (Al-Mulk:10)
“Seorang Muslim itu sangat ketat menjaga akhlaknya dan sentiasa melakukan muhasabah diri. Ia menjaga akhlaknya lebih ketat daripada seorang saudagar menjaga harta dan perdagangannya”
Pemuda adalah penerus generasi tua yang akan mengucapkan selamat tinggal tidak lama lagi. Di masa mudalah tertumpu segala sesuatu keberhasilan. Di dalam kitab suci Al-Quran ada menyebut bahawa keberhasilan nabi-nabi sudah terlihat di masa mudanya lagi seperti Nabi Ibrahim AS sewaktu menghancurkan berhala-berhala. Pada waktu itu baginda masih muda. Nabi Yusuf AS tatkala terselamat dari rayuan wanita jelita juga masih dalam keadaan muda. Ashabul Kahfi yang lari pergi ke gua untuk menyelamatkan imannya adalah pemuda-pemuda belaka. Begitu juga para sahabat Nabi SAW seperti yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW tatkala melihat kemenangan Imam Ali. Baginda bersabda:
“Tiada pemuda kecuali Ali dan tiada pedang kecuali Dzulfiqar.”Jadi peranan pemuda sangat penting sekali untuk masa depan bangsa dan Negara. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayang isteri jangan ditinggalkan. Hari ini tukang kebas isteri orang ramai, terutama badut-badut politik yang bukan saja mahu menambahkan segala macam permit tetapi surat nikah pun nak tambah sama.
Almarhum Presiden SukarnoAmanat Almarhum Presiden pertama Indonesia Pak Sukarno, “Berikan aku seratus orang tua, aku cuma boleh mencabut rumput dari gunung, tetapi berikan aku 10 orang pemuda, aku bisa mengugatkan dunia.”Apa akan jadi kepada orang Melayu sepuluh atau dua puluh tahun akan datang? Pertubuhan Hak Asasi Manusia war-warkan menurut hak asasi manusia. Bagaimana dengan kebebasan makan minum saya? Siapa mengirim beras, tepung, gula, ayam, ikan dan keperluan dapur? Bebaskah Melayu yang seperti itik yang mati kehausan di tepi sungai, seperti ayam mati kelaparan di tepi kepuk. Padahal para pemimpin hidup kaya raya.
Seperti dalam buku-buku politik saya sejak di zaman Tun Razak, Hussien Onn, Mahathir, Pak Lah hingga ke zaman Najib, saya sering berkata bahawa buku saya tidak penting, saya sendiri tidak penting. Tun Mahathir tidak penting, Pak Lah tidak penting, Najib tidak penting, Anwar tidak penting tapi yang penting adalah masa depan orang-orang Melayu. 55 tahun merdeka, ramai Melayu yang nasibnya masih macam ayam, kais pagi makan pagi.
Berapa ramai bila melihat kesilapan pemimpin mahu menerima bahawa “lautan mana yang tak bergelombang, bumi mana yang tak timap dek hujan”, gading mana yang tak retak?”
Pak Habib di halau dan di tahan polis di PWTCPelik kenapa bila penulis politik membuat silap, dia menjadi panas setahun hujan sehari. Ini yang mengecewakan penulis, penulis ingin mengingatkan tentang pemimpin UMNO di Perhimpunan Agung mereka menggunakan polis untuk menghalau dan mengugut serta memalukan penulis. Ini yang menyebabkan mula-mula penulis terpaksa membuat ramalan Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri.Think, FIKIR, Tafakkur.
-dipetik dari buku Anwar Ibrahim Perdana Menteri Siapa Mati?
Dah baca ke belum? Kalau belum, tunggu apa lagi!
Published on April 22, 2013 22:30
April 17, 2013
Kontroversi Buku Saya Ada Nilainya
Syed Hussien Al-Attas: Kontroversi Buku Saya Ada Nilainyaoleh Hasnifalinadipetik dari majalah Hawa, Jun 1991Saya sebenarnya datang dari kaki lima. Saya pernah jual ubat, segala jenis ubat! Kadang-kadang untung, kadang-kadang tidak. Saya juga pernah jadi tukang kebun kepada seorang Mat Salleh yang saban hari memanggil nama saya sekadar kebun sahaja.
Saya juga pernah mengambil upah kopek kelapa, jadi salesman, bomoh dan kebanyakan kerja yang orang lain tak pernah buat saya dah buat.
Jadi jangan hairan jika saya kembali semula ke kaki lima. Jatuh bangun saya seperti adanya sekarang semuanya di tangan Tuhan. Saya tidak rugi apa-apa. Lagipun kaki lima kan panjang dan sudah tentu ada ruang untuk saya.
Begituhlah kata penulis buku politik yang kontroversi, Syed Hussien Al-Attas ketika saya menemuinya di pejabat Al-Suhaimi, miliknya di Plaza Pekeliling.“Keluarga saya sebenarnya adalah dari golongan berada. Saya boleh hidup senang jika saya mahu. Saya tidak perlu mengeluarkan setitik peluh untuk mencari kemewahan hidup.”
“Saya mahukan reality dalam hidup sebagai seorang lelaki dan hamba Tuhan. Keperitan hidup adalah satu cabaran buat saya. Tidak ada kejayaan tanpa kegagalan dan tidak ada kesenangan jika tiada kesengsaraan,” kata Syed Hussien tegas.
“Cabaranlah yang meletakkan saya seperti adanya sekarang. Kalau dulu saya sering dipanggil ‘Pak Nujum Moden’ tetapi sekarang ‘Pak Habib Penulis Kontroversi’. Dua gelaran itu memang sedap didengar. Ada class, ada glamour. Tetapi yang menanggungnya adalah saya sendiri!”
Mengapa saudara berkata begitu? Tanya saya. Syed Hussien mencapai sebuah buku sambil berkata: “Buku inilah yang menaikkan seseorang selaku orang penting dalam kerajaan dan menjatuhkan seseorang pula. Tetapi apa yang saya dapat?
Cuba anda jawab sayakah atau ada orang lain yang menjelaskan ganti rugi $100,000 semata-mata kerana buku itu? Tanyanya kepada saya.
“Kalau anda nak tahu, jawapannya ada dalam kandungan (content) buku terbaru saya Perang Parit Raja yang akan terbit hujung bulan ini,” jelas beliau yang tidak pernah menyesal akan apa yang telah berlaku.
“Saya adalah manusia yang tidak pernah menyesal. Itu mungkin sudah takdir,” katanya lagi.
bersama Ros YatimahSyed Hussien adalah penulis yang boleh dikatakan pro kepada kerajaan pemerintah. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa bukunya, Pemuda Di Zaman Mahathir, Bahtera Lama Nakhoda Baru dan Teman Ku Pemimpin-Pemimpin.Namun begitu, buku Syed Hussien berbentuk ramalan adalah yang paling popular dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh ramai pembaca, khususnya mereka yang terlibat di dalam dunia politik Melayu.
Antaranya, Siapa Selepas Musa?, Perdana Menteri Kelima, Tuan Nasib Pemimpin Malaysia, Musa Derhaka?, Siapa Lawan Siapa dan beberapa buku lagi.
Bersama Ros YatimahSyed Hussien tidak lari dari menghasilkan buku-buku berbentuk sindiran sinis kepada tokoh-tokoh politik tertentu yang antaranya, Hantu Bukit Cina, Talqin Untuk UMNO, Revolusi Istana Dan Rakyat, Perang Di Kuala Linggi 1978, Sarawak Kepada Siapa Hendak Diserahkan dan lain-lain lagi.Macam mana saudara menilai seseorang pemimpin politik dan kemudian menghasilkannya hingga menjadi sebuah buku yang sensasi? Tanya saya mencelah.
“Sebelum saya menilai seseorang pemimpin, saya perlu mengenalinya terlebih dahulu. Inilah yang dikenali sebagai firasat.”
“Saya tidak akan sentuh langsung jika saya tahu pemimpin itu macam Ikan Temakul yang hidup dalam dua dunia. Pemimpin seperti ini hanya akan merosakkan bangsa Melayu, kerajaan dan parti politik. Saya gelarkan mereka itu Politikus Ikan Temakul,” jelas Syed Hussien sambil ketawa kecil.Biarpun dengan hanya sebatang pen berharga seringgit saya boleh menjatuhkan seorang pemimpin. Bukan saya sahaja, malah penulis-penulis buku politik lain berkemampuan berbuat demikian.
Saya telah buktikan dan saya tidak pernah melakukannya sesuka hati. Itu bukan kerja saya. Saya adalah penulis yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
Saya bukannya sasterawan negara yang mengambil masa agak panjang untuk menghasilkan sesuatu karya. Saya tidak boleh cari makan kerana periuk nasi saya bergantung kepada jualan buku-buku saya.Jadi jangan hairan jika saya pernah menghasilkan empat buah buku politik dalam masa empat tahun berturut-turut. Masa dan peristiwa adalah penting buat saya.
Saya rasa saya adalah penulis paling cepat menghasilkan sesebuah buku. Buku Siapa Selepas Musa saya siapkan tidak sampai seminggu.
Kebiasaannya saya akan menulis sekiranya ada pertandingan tertentu seperti siapa yang bakal merebut jawatan tertinggi di dalam UMNO atau dalam sebarang pilihanraya.
Saya selalunya sudah dapat meramalkan siapa yang menang dan siapa kecundang. Anda boleh merujuk kepada buku Challenger dalam pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO 1987.”
Syed Hussien juga adalah penulis buku politik yang pertama di Malaysia. Kemudian disusuli pula oleh Subky Latiff dan penulis-penulis lain selepas itu.Mungkin agaknya banyak pengalaman pahit manis yang pernah saudara tempuh apabila mula-mula menceburkan diri dalam penulisan buku politik, tanya saya.
“Saya bukannya orang baru ketika mula-mula menulis. Saya pernah menjadi penulis tamu untuk Majalah hiburan dan majalah Berita Filem ketika di Singapura. Jadi bab menulis itu tidaklah kekok.
Ketika saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan suasana di Chow Kit (yang dianggap sebagai Universiti) sudah tidak hangat lagi, saya terbang ke Sabah dengan penampilan sebagai seorang penulis buku sepenuh masa,” cerita Syed Hussien.
Di sana saya telah berjaya menghasilkan buku politik yang pertama iaitu Teman Ku Pemimpin Sabah 1972. Kemudian ke Sarawak pula kerana suasana politik di situ menarik hati saya.
Dalam suasana politik yang agak panas, saya telah menghasilkan buku kedua iaitu Kenapa Rosli Dhobi dan 3 Hero Sarawak Dihukum Bunuh?
Malangnya buku kedua itu tidak berapa baik. Bukan buku yang tak baik tapi nasib saya yang tak baik. Saya diarahkan mengemaskan barang-barang saya dan meninggalkan Sarawak dengan segera.“Nasib saya tak baik lagi buat kali kedua. Macam nasib buku kedua saya. Kali ini saya ditahan di dalam lokap kerana buku saya Pada Siapa Sarawak Nak Diserahkan. Ketika itu Rahman Yakob menjadi Ketua Menteri,” katanya.
Sehingga sekarang menurut Syed Hussien, beliau sama sekali tidak dibenarkan memasuki Sarawak. Beliaupun tidak tahu sebab musababnya. “Satu hari nanti kalau saya berkesempatan menemui Taib Mahmud di Kuala Lumpur, saya nak tanya dia kenapa.”
Bagaimanapun Syed Hussien merakamkan penghargaannya kepada kesemua kakitangan polis di Limbang kerana selama merengkok di dalam lokap, beliau menerima layanan yang amat memuaskan.
Dilahirkan di Johor Bahru, Syed Hussien tidak lulus tingkatan tiga (school drop-out). Kerana itulah beliau tidak pernah hidup dengan bekerja makan gaji.
“Saya terpaksa berkerja sendiri. Siapa hendak beri kerja yang baik-baik? Berniaga pun saya tidak pernah pinjam bank. Bank pun takut nak beri pinjaman. Jadi nak tak nak, saya kenalah berusaha,” ujar beliau ketawa.
Sememangnya Tuhan telah menguirniakan Syed Hussien ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia lain. Ilmu firasat atau ilmu yang meramalkan masa hadapan orang lain.
Bersama SarimahBeliau mula dikenali sebagai ahli firasat sekitar tahun 1960 ketika berada di Singapura. Ilmu firasat adalah ilmu yang membaca perwatakan seseorang melalui wajah ataupun membaca urat tapak tangan. Astrology dan numology.
“Saya bukannya tukang telek. Itu sudah syirik namanya. Saya mula mempelajari ilmu tersebut setelah melihat orang Melayu diperbodohkan oleh seekor burung yang bertindak menjadi tukang telek.“Setiap kali orang nak tengok nasib, burung itulah yang mencabut kad. Apa yang tertulis di dalamnya itulah nasib orang itu. Ada ke nasib manusia ditentukan oleh seekor burung sarkis yang telah diajar oleh tuannya?” tanya beliau.
“Kita manusia yang telah dikurniakan akal dan fikiran oleh Allah SWT. Jadi mengapa sanggup diperbodoh-bodohkan? Oleh itu saya merasakan tidak salah jika kembangkan pengetahuan ilmu firasat sebagai khidmat kepada orang lain. Lagipun itu adalah pemberian Tuhan kepada saya.
“Tidak keterlaluan jika saya katakana saya adalah anak Melayu yang professional dalam bidang itu dan para pelanggan saya pula terdiri daripada anak-anak raja, raja dan pembesar negara,” ujarnya terus terang.
Mungkin kerana nama saya tersebar luas, penerbit majalah Berita Filem menjemput saya sebagai penulis tamu dan menramalkan nasib bintang-bintang filem Melayu ketika itu, di Studio Jalan Ampas.
Sesiapa pun tidak mengetahui filem Box-Office Nujum Pak Belalang arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah idea daripada pekerjaan Syed Hussien.
“Saya selalu berada di lokasi penggambaran bersama teman-teman sendir seperti Aimi Jarr, Rahim, Raja Redzuan, Hamid Jins Melaka dan Salim Kassin.
“Ketika itu saya juga dianggap sebagai penulis hiburan dan pergaulan saya juga meluas di kalangan bintang-bintang filem. Saya ada juga tumpang sekaki membawa watak tambahan, secara tak langsung saya turut berkongsi popularity dengan mereka. Tetapi saya tak berani hendak berlakon secara serius,” cerita Syed Hussien lagi.
Sewaktu penggambaran filem Penagih dadah tajaan kerajaan negeri Johor, pengarah Mat Sentul dan timbalan pengarah Yasin Saleh tahun 1978Bagaimanapun bidang tersebut tetap diteruskan sekiranya beliau ada masa lapang.“Sekarang ni pun saya baru selesai shooting drama swasta 6 episod bertajuk Amir Haidar yang mengisahkan tentang diri saya sendiri. Penerbit dan penulis skripnya adalah wartawan. Tetapi jangan marah, saya jadi hero,” katanya tertawa.
Syed Hussien telah berjaya menghasilkan tiga buah buku firasat sekitar tahun 1969 terdiri daripada Firasat (Rahsia Mengenal Diri), Melangkah Dan Berjaya dan Rahsia Mimpi Anda. Ketiga-tiga buku tersebut dihasilkan dalam masa setahun.
Tidaklah saudara takut atau bimbang menjadi seorang penulis buku yang kontroversi, tanya saya lagi.
"Jika Takut Dilambong Ombak, Jangan Berumah Di Tepi Pantai"Syed Hussien menuding jarinya kea rah sebuah poster yang tertera tulisan ‘Kalau Takut Dilambong Ombak, Jangan Berumah Di Tepi Pantai’.“Seorang penulis mesti sanggup menanggung risiko dan bertanggung jawab ke atas setiap bahan yang ditulis. Apa yang saya lakukan adalah kerana Allah. Jika saya tersilap, mungkin kerana mengikut gerak hati, saya akan segera merujuk kepada Al-Quran. Saya tidak akan merasa takut sekiranya apa yang saya lakukan tidak bertentangan dengannya,” kata beliau tegas.
Begitu juga dengan wartawan masa kini. Wartawan wajar berpegang kepada etika kewartawanan itu sendiri. Wartawan juga perlu jujur dan boleh menyimpan rahsia.Jika berita yang diperolehi disarankan supaya ‘off record’ janganlah ‘on record’ pula.
Seperti saya, mengapa saya mempunyai ramai rakan di kalangan pak menteri, timbalan dan wakil-wakil rakyat. Tidak lain, saya adalah seorang yang teguh kepada janji dan amanah untuk tidak membocorkan sebarang rahsia.
Sebahagian besar daripada pak menteri mahu dirinya dihormati ketika berada di hadapan public. Mereka sebenarnya cuma mahu menjaga title sahaja.
Tetapi jika bertemu di luar pejabat, pak-pak menteri ini adalah mereka yang boleh diajak bergurau. Sebagai contoh, Datuk Mohamad Rahmat saya panggil Mat Bulat sahaja dan sebaliknya dia memanggil saya Arab.”
Syed Hussien berkata beliau tidak mengaggap pak menteri itu sebagai terlalu besar sehingga takut untuk ditemui. “Sebenarnya merekapun bergantung kepada nasib semata-mata.”
Ini katanya berlaku kepada bekas Menteri Kebajikan Masyarakat, Datuk Mustaffa Mohamad. Kalau dulu dia seorang menteri, kini tidak seorang wartawan pun yang mahu menulis mengenai dirinya.
“Sikap wartawan seumpama itu kalau ada perlulah dielakkan. Jangan masa menteri itu naik sahaja setiap patah perkataan boleh dijadikan bahan berita.“Tetapi kadang-kadang kata wartawan ada betul juga. Ketika menteri itu naik, dia lupa wartawan yang menaikkannya. Jadi tidak hairan bila menteri itu jatuh, wartawan pun buat tak tahu. Jadi saya anggap, kedua-duanya sama tak betul,” tegas beliau.
Saya ajukan semula soalan saya tadi mengenai risiko menjadi penulis kontroversi serta mungkin ancaman yang diterima sama ada dirinya mahupun keluarga.
Syed Hussien mengakui beliau dan keluarga pernah diugut sama ada melalui jampi bomoh Siam, surat layang, telefon dan bermacam lagi.
S.H Al-Attas bersama M. Amin, pengarah dan pelakon filem, pada tahun 1960 di studio Cathay Keris Singapore“Saya tidak takut kena ugut. Hidup dan mati saya adalah di tangan Tuhan. Kalau nak mati, tahun 1941 dulu saya dah mati. Masa itu perang Jepun.
“Emak saya kata saya boleh tersenyum apabila sebutir bom meletup kira-kira tiga ela daripada tempat persembunyian kami.
Saya tetap akan mati juga kalau tidak mati dibunuh. Tapi daripada seribu tahun hidup seperti kambing, adalah lebih baik mati seperti harimau ditembak. Esok sudah tentu jadi headline akhbar,” kata Syed Hussien sambil ketawa dengan nada agak besar.
Syed Hussien juga memberitahu, ketika Perang Telik belum meletus, selang dua hari beliau masih berada di sana kerana ingin menemui Presiden Saddam Hussien.
Menjawab soalan mengenai sejauh mana ujudnya penulis-penulis upahan, Syed Hussien berkata jika tidak ada pemimpin yang mengarut, maka tidak aka nada penulis-penulis upahan.
“Bagi saya yang membezakan seseorang manusia adalah harga diri. Jika seorang pemimpin buat kerja yang tidak elok, di mana harga dirinya?
Sebab itu saya tidak memandang rendah kepada pelacur kerana mungkin ada sebab dia jadi begitu. Orang yang saban hari duduk di masjid pun belum tentu akan ke syurga.
Walaupun memiliki nama yang gah di arena penulisan, namun tidak seorang pun daripada 8 orang anak-anaknya mengikut jejak sebagai penulis lagi. “Saya hanya mendidik. Masa depan mereka biarlah Allah yang menentukan.” Syed Hussien berkata dia tidak akan berhenti menulis. “Mana ada penulis yang mahu berhenti menulis?
“Mungking saya akan berhenti menulis buku politik. Saya berharap satu masa yang sesuai nanti saya akan meriwayatkan kisah hidup saya. Saya juga nak selitkan kisah cinta saya. Penulis pun berjiwa sentimental juga kan,” kata Syed Hussien tersenyum.
Published on April 17, 2013 21:54
S.H. Alattas's Blog
- S.H. Alattas's profile
- 19 followers
S.H. Alattas isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

