S.H. Alattas's Blog, page 11

January 6, 2011

S.H.ALATTAS - 61 - ?

S.H.ALATTAS - 61 - ?

MUKADIMMAH


Berapa orang manusia yang berfikir, kenapa burung terbang, rumput tumbuh, ombak menghempas pantai? Membuat saya teringat kenapa Mohamad Ali juara tinju dunia membelasah orang?

Kalau tukang angkat sampah tak buang dan membersihkan sampah masakan kerja ini dilakukan oleh ‘muazin’, Bilal selaku tukang azan tak salah buat bising di menara masjid. Lu fikirlah bro. "Tulis buku mati, tak tulis buku pun mati." Umur sudah subsidi tunggu kubur panggil mari. Saya pilih mati menulis seperti As Shaied Dr. Ali Shariati.

Mereka yang membaca akhbar, website, facebook atau buku dengan berfikiran dalam ‘kotak’ akan marah pada penulis yang cuba membela manusia yang dizalimi. Kenapa harus prajudis, sentimen hanya melihat kulit buku dan menghukum penulis? Baca dulu yang tersurat dan tersirat. Kurang sopan, mempunyai sikap bercakap hal-hal yang kita tak tahu, mengikut pendapat orang lain, manusia yang ada otak harus guna akal sendiri sebelum mengaku diri intelek.

"Its just a job. Birds fly grass grows waves pound the shore I beat people."Mohamad Ali

Manusia inikan jelmaan Tuhan ke atas muka bumi ini. Kasihan. Mereka yang takut dengan perkara-perkara yang sepatutnya mereka tak takut. Akibat takut dengan bayang-bayang sendiri seperti takutnya ahli sufi yang melarang Hussien Ibnu Mansor Al-Hallaj bila Hallaj mengaku ‘ana alhaq’. Hallaj dibunuh, kisahnya hidup hingga ke hari ini seperti Sheikh Siti Jinar yang tak dapat diterima caranya oleh Wali Songo.

"Sejuta manusia membenci kita, ada sejuta yang meyayangi kita" - Imam Ali.
Kita semua tahu kerja Allah itu kerja Muhammad dan kerja Muhammad itu kerja Allah. Masakan Muhammad itu Allah? Muhammad adalah pesuruh Allah, mengajar manusia pri pentingnya ‘kebenaran’. Allah lebih dekat dari urat leher. Hati mukmin itu singgahsana Allah dan para wali adalah kekasih Allah. Mereka melihat dengan ‘basirah Allah’ dan mendengar dengan pendengaran Allah. Tidak ada yang mustahil dengan kehendak Allah. Tak bergerak sesuatu kalau bukan gerak dari Allah.


Manusia adalah makhluk yang ‘lalai’. ‘Melayu mudah lupa’ kata Tun Mahathir. Kenapa Allah SWT menurunkan surah Rahman dan mengulangi; "Nikmat Tuhan yang macam mana lagi yang mahu kamu dustakan". Hendak dapat nikmat macam mana jika kita tak dengar dan tak taat Tuhan. Suruh baca... bacalah. Ingat tulis buku ini kerja main-main ke?

Tuhan turunkan Al-Quran bukan suruh baca dan dengar saja. ‘Suruh fikir’, fikirlah... siapakah yang menggerakkan tangan untuk menulis kalau bukan perintah Allah? Solat itukan kita berintraksi dengan Allah dan Allah berbicara dengan kita tanpa perantaraan. Bila lagi mahu gunakan akal dan fikiran? Kenapa sudah tulis 60 buku mahu tulis lagi?

Kalau bukan kerana tabiat manusia yang tak tahu berterima kasih dan bersyukur masakan terjadi segala mala petaka di atas muka bumi? Apakah kita buta atau kita tak peduli dengan bencana alam disekeliling kita? Untuk apa Tuhan jadikan manusia sebagai khalifah? Untuk apa Tuhan beri kita akal fikiran dan perasaan?

Tabiat untuk mengingkari, membangkang, dan meremehkan suatu ‘kenikmatan’ adalah penyakit yang selalu menimpa jiwa manusia bukan pada orang Melayu dan Indonesia saja. Kebetulan saya menulis dalam bahasa Melayu mengenai pemimpin Melayu, sama ada Melayu Malaysia, Indonesia atau Melayu Brunei dan Singapura. Bukan niat saya untuk jadikan mereka yang curang sebagai sasaran tapi ia perlu untuk didokumentasikan, ‘yang benar pak’.



Kenapa perlu heran dan resah gelisah? Untuk apa bangun membela pemimpin yang ada bukti rasuah, pecah amanah, melakukan penipuan dan penyelewengan? Tulisan ini bukan omong kosong, 70 tahun hidup sudah banyak makan asam garam. Ini zaman langit terbuka masakan tak mengikuti perkembangan wikileaks. Mahu menjadi ‘best seller’ harus mengambil risiko yang tinggi.

Kenapa Allah ceritakan keburukan Namrut, Firaun, Qarun, bermula dari kekejaman Kabil membunuh saudaranya Habil. Saudara Nabi Yusuf a.s. yang hasad dengki terhadapYusuf membuang Yusuf ke dalam perigi. Kejam, zalim suka menganiayanya itu antara sifat manusia. Bukankah dalam dunia ini cuma ada dua jenis manusia, Habil dan Qabil. Nabi Allah Ibrahim a.s. musuh Namrut, Nabi Musa a.s. musuh Firaun, sebab itu ada pertembungan ‘good vs evil’, yang haq menentang yang batil. Bukan ‘clash of civilisation’ yang direka propaganda Samuel Hotinton. Ini cerita betul bukan dongengan.

Siapa kalau bukan penulis, pemikir dan pengkritik sosial yang berani, yang sanggup menghadapi risiko membela orang yang teraniaya dan dizalimi oleh pemimpin yang ambitious seperti Ceassor? Mata sekadar ‘aksesori’ alat untuk menengok, penglihatan adalah sifat Allah. Siapa kalau bukan Allah yang memerintahkan ‘amar makruf nahi mungkar’. Salah ke mengingatkan manusia tentang kebaikan dan mengajak mereka mencegah kemungkaran?

Kalau pemimpin mengingkari kebaikan yang pernah diberikan oleh rakyat, negara akan hancur jika ditadbir oleh pemimpin yang macam ini. Di mana letaknya integriti pemimpin yang diagung-agungkan jika mereka curang? Harapkan pagar, pagar makan padi. Apakah kerana masyarakat semakin ‘individulistik’ mereka tak memikirkan orang lain maka kita perlu hilang rasa kepedulian?

Bayangkan bila pemimpin jadi seperti lintah darat sama seperti para peniaga yang untung menipu dan bukan untung berniaga. Pemimpin apa namanya bila sama sekali tidak memikirkan halal haram, hilang rasa kemanusiaan, hidup tanpa rasa bersalah dan berdosa semata-mata kerana mereka sudah menjadi Muslim sekular? Apakah kerana agama dipisahkan dalam kehidupan kita biarkan saja pemimpin bersultan dimata, beraja di hati? Sampai bila kita sanggup melihat yang lemah menderita melarat di biarkan tak dibela?

Kuasa, kekayaan, kedudukan yang dimiliki adalah ‘amanah’. Saban hari kita membaca akhbar, menonton berita, terdapat skandal koporat yang bernilai bilion ringgit, rasuah kakitangan kerajaan tak kiralah ikan besar atau kecil dan bermacam-macam kes penipuan akibat manusia menyembah nafsu.

Tulisan ini agar mengingatkan akibat kebendaan yang keterlaluan, cinta dunia, takut mati. Orang Islam terlupa Tuhan jadikan jin dan manusia untuk menyembah Allah, dan manusia berjanji semasa dalam alam roh lagi, Allah yang akan disembah bukan nafsu, akibat mereka leka dan lalai saya ingatkan.

Bila iman kita begitu lemah, kita pun cinta dunia, takut mati, kemungkaran pemimpin dan orang-orang disekeliling menjadi-jadi, mereka yang mencampakkan budi baik rakyat yang mengamanahkan mereka menjadi pemimpin. Wang negara dijadikan milik peribadi, dengan tak ada rasa ‘kepedulian’. Kasihan rakyat bila yang kaya jadi bertambah kaya, rakyat menjadi tambah miskin. Pemimpin Islam apa namanya ini? Salahkah saya menceritakan yang benar?

Buku ini merupakan satu lagi usaha penulis dalam memperbetulkan keadaan manusia bila berkuasa, mereka menggunakan kuasa untuk menyamun, merompak harta rakyat sesuka hati. Islam ‘hipokrit’ munafik, hidup mereka jauh lebih teruk oleh manusia yang dilabelkan kafir. Apa jadi pada umat Nabi Muhammad SAW yang berbilion banyaknya jika dibiarkan? Apakah ada Tuhan lain selain dari Allah? ‘In god we trust’ tertulis dalam dollar, apakah anda percaya?

Mari kita bercakap tentang bahaya manusia yang hanya mengutamakan syariat dan ritual tapi terlupa betapa pentingnya perhatian kepada kerohanian. Apa yang menyebabkan Islam lemah kalau bukan kerana tidak memberikan keutamaan kepada ‘tauhid’. Nama saja Islam, lebih percaya pada bomoh, kiai dari percaya Tuhan. Kita harus berani mengubah sikap mereka yang sesat supaya mengadakan anjakan paradigma ke paradigma holistik, harus mengadakan satu refomasi diri, melihat ke dalam diri, kenal diri, kenal siapa diri kita, siapa Nabi dan Rasul kita, kenal siapa saudara kita.

Kita buat satu analisis, kita cari perbezaan antara manusia dan haiwan, manusia dan syaitan. Sampai bila mahu kekal dalam alam jahiliah? Bila mahu berubah menjadi orang-orang yang beriman dan orang yang ikhlas? Tuhan tak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri - al-Quran. Kita tengok Jepun dan Korea bukan ramai sangat penduduknya kalau dibandingkan dengan Indonesia, umat Islam terbesar di dunia?

Tanpa kita menyedari ramai yang membenci dan memarahi Yahudi sedangkan jika diteliti tak banyak beza hidup mereka yang pada mykad saja Islam dengan orang Yahudi dan Nasrani. Hari Jumaat masjid penuh, cuba tanya solat subuh penuh atau tidak dan bagaimana solat asar, maghrib dan isyak?

Begitu juga orang kita yang mengutamakan setiap solat Jumaat seperti orang Kristian pergi ke gereja pada hari minggu, meraikan hari raya seperti meraikan Hari Natal sedangkan Hari Raya Aidilfitri disambut selepas berpuasa sebulan Ramadhan dan melawan nafsu. Islam bukan sekadar solat Jumaat dan dua hari raya, selain lima waktu sehari, setiap saat kita mesti mengingati Allah dan menyedari penglihatan dan pendengaran kita adalah sifat Allah. Allah tahu niat kita. Ini yang kita perlukan jika kita mahu menyelamatkan umat Islam yang serba daif di seluruh dunia yang sedang di timpa oleh bermacam-macam mala petaka dan bencana alam.

Apa yang dilakukan oleh penulis adalah menyampaikan, memberikan maklumat terkini, muktakhir dan ingatan seperti tanda yang terdapat di lebuhraya, yang cuba mengingatkan pengguna lebuhraya supaya berhati-hati. Jangan memandu sesuka hati, siapa pun tak peduli akhirnya mati dalam mobil sendiri. Bila berlaku nahas, qadak dan qadar yang disalahkan. Pada hal mereka tak mengindahkan peringatan trafik di lebuh raya. Bila terjadi mala petaka ramai yang mati akibat tak mempedulikan ingatan. Tulisan ini ingatan, ingat pada Tuhan, ‘istighfar’ minta ampun kerana leka dan lalai.

Memang betul jodoh, maut, tanah kubur ketentuan Allah, tapi Tuhan suruh kita guna akal. Tuhan mengirim Nabi Muhammad SAW, Al-Quran, kenapa mengaji tak mengkaji? Kenapa ikut manusia tak ikut perintah Allah dan jadikan Rasulullah sebagai ikon?

Menyampaikan pendapat-pendapat kepada rakyat yang terlupa memang tanggungjawab saya. Ada pemimpin yang macam pemandu bas membawa bas gila-gila, ikut suka hati mereka. Pemilik bas yang tak ada kemanusiaan, peduli apa dengan kecelakaan. Syarikat bas seperti pejabat yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Syarikat memilih pemandu seperti rakyat salah memilih pemimpin dan pejabat yang ternyata mementingkan kebendaan yang mempunyai rekod yang buruk akhirnya berlaku nahas yang ngeri, rakyat yang tak berdosa menjadi mangsa lebuh raya, seperti negara menjadi muflis. Yang benar pak, ini bukan cerita rekaan.

Rakyat tambah hari tambah menderita, pemimpin yang macam perompak, penyamun bertambah kaya raya. Perangai macam hantu raya. Salahkah kalau saya dedahkan siapa mereka sebenarnya?

Bukankah segala punca mala petaka bermula dengan sikap manusia yang tak percaya dan takut pada Allah? Takut mati, cinta duit, harta dan kuasa seperti orang gila biarpun mereka seorang ritulis, hidup mengikut syariat tapi mengabaikan hakikat. Apakah anda lihat atau tutup sebelah mata akibat bersubahat dengan mereka?

Begitu juga yang terjadi pada Johor Corp dan syarikat milik bumiputra yang lain yang rugi berbilion ringgit akibat tersalah pilih CEO dan mereka yang bertanggungjawab mengendalikan amanah kerana tak beriman dan tak ada sifat taqwa. Buku belum terbit saya didenda jutaan ringgit.

Saya mengakui melakukan kesilapan menggunakan bahasa yang kasar dan kesat tapi bukan melakukan ‘kesalahan’ seperti mereka yang berbaju kebal, brutal dan sadist, rompak, samun wang rakyat berbilion dollar. Selaku seorang pengkritik sosial itu tanggungjawab seperti Mohd Ali membelasah orang. Kalau menjalankan tanggungjawab itu satu dosa. Allah yang akan tentukan di mana tempat saya akhirnya nanti, saya reda.

Makin tinggi jawatan yang disandang makin besar ego, makin banyak duit makin kaya, makin angkuh dan sombong, makin bakhil, makin kejam dan zalim. Patutkah anda tutup sebelah mata buat tak tahu? Sampai bila mahu jadi Mr. ‘yes man’, manusia berlidah syaitan?

Pemegang amanah rakyat harus ada kesedaran yang tinggi dikalangan mereka. Saya harus mengingatkan mereka yang mahu jadi orang kaya atau orang yang berjaya. Mereka perlu mengikuti perkembangan dunia. Apa yang sedang berlaku dikeliling mereka. Bagaimana jika terjadi 21 gunung merapi di Indonesia meletup serentak meluahkan lava? Bukankah boleh menyebabkan kehidupan rakyat dalam bahaya.

Allah yang maha kuasa, hanya dengan bantuan dan pertolongan Allah saja bencana alam yang sedang melanda dunia boleh reda. Tapi kita kena berani sabung nyawa menentang kemungkaran yang berluas-luasa. Penganiayaan dan kezaliman terhadap rakyat yang miskin melata.

Allah boleh meminjamkan kuasa, kekayaan, anak, isteri, suami sebagai amanah dan boleh mengambilnya pada bila-bila masa, sebab itu manusia perlu sentiasa peka, ingat Tuhan. Takut hanya pada Allah, tak perlu takut pada manusia kerana kita tak terhutang hidup pada mereka. Hanya Allah yang disembah bukan ‘boss’, bukan bapak-bapak, bukan penyamun dan perompak. Menanamkan semangat supaya sentiasa berhati-hati di mana saja dan tak lupa pada Tuhan yang maha Esa, harus bagi kita yang bernama Muslim. Tuhan lebih dekat dari urat leher. Tuhan maha mengetahui, maha bijaksana lagi maha kuasa. Tuhan nampak kita, Tuhan maha melihat biarpun kita tak nampak Tuhan . Hidupkan ‘mata hati’, jangan buta agama.

Mungkin dengan ilmu hakikat dan guru yang ‘mursyid’ dapat memberi kesedaran dan mengubah sikap dari tak ada rasa kepedulian menjadi mukmin yang pemurah lagi penyayang, janganlah sekadar namanya saja Islam. Jadilah mukmin yang taqwa. Dengan cara begini kita boleh mengubah nasib bangsa kita yang hidup hina dina kerana ramainya ustaz yang tahu agama tak berani bersuara. Jawatan apa pun yang dipegang samada pemandu bas, Presiden, Perdana Menteri, Menteri, pegawai kerajaan (pejabat) atau ahli perniagaan adalah ‘amanah’ sebab itu mereka perlu selalu diingatkan kerana rahsia mereka ada ditangan orang tertentu.

Jangan fikir rahsia kita tak akan terbongkar. Hati-hati sebelum terkurung dalam sangkar. Apakah kita terlupa rahsia kita itu rahsia Tuhan dan rahsia Tuhan itu rahsia kita. ‘Ingat hati-hati dengan firasat seorang mukmin’. Kasihan. Akibat orang dikeliling mereka sudah menjadikan mereka seperti ‘Tuhan kecil’ mereka akur disembah, akibat kuasa berada ditangan boleh mengkayakan siapa yang mereka suka terutama kaum keluarga dan mereka boleh tambah penderitaan rakyat yang miskin seperti draber bas yang boleh bawa penumpang ketempat yang dituju atau binasakan mereka dalam gaung. Anda tak perlu terkejut manakala menghadiahkan sebatang pena kepada seorang CEO yang bebal, bila ia memakai pena itu untuk menandatangani segala dokumen untuk menjadi milik peribadi dan kuncu. Dan anda tak usah risau bila orang yang anda beri tongkat pada mereka menggunakan tongkat untuk membelasah anda. He.. He.. Heh..

Mereka akan beranggapan bahawa ‘Penulis Politik Semasa’ adalah penabur fitnah. Inilah kencaman label dan fitnah yang menimpa penulis bila dihadapkan ke mahkamah. Siapa sebenarnya yang mencari makan diatas penderitaan rakyat, para politikus dan pemimpin atau penulis? Lu fikirlah bro. Pernahkah mereka terfikir menggunakan akal berfikir ‘kritikal’? Kalau tak ada bukti yang kukuh masakan penulis berani sabung nyawa dan mengambil risiko di heret ke mahkamah. ‘Yang benar Pak’, atau sebutir peluru singgah di kepala. "Pena itukan lebih dahsyat dari senjata, inikan pula zaman internet, langit terbuka, dunia tanpa sempadan". Jika tangan berani mencincang bahu harus berani memikul.

Apa tanda Melayu bermaruah
berani mati memenuhi sumpah
apa tanda Melayu jantan
hidup matinya di atas kebenaran
apa tanda Melayu jantan
hidup matinya membela keadilan
apa tanda Melayu jantan
hidup matinya di jalan Tuhan
apa tanda Melayu bertuah
berani mati memegang amanah

Tenas Effendy
Tunjuk Ajar Melayu

Pemimpin dan ahli politikus dua watak yang berbeza. Politikus jarang guna otak, lebih banyak guna mulut, banyak cakap bohong, omong kosong. Mereka yang lemah semangat yang tolol, goblok, boleh diperdayakan oleh pemimpin tapi bila hati rakyat sudah terbakar apakah kita lupa sejarah buku Senja di Jakarta oleh Bung Mokhtar Lubis dan Bumi Manusia oleh Promedo Anata Toor.

Seorang ayah telah memelihara anaknya dengan baik. la memberinya makan, pakaian dan minum, dan segala kemewahan ayah rela tidak tidur demi anaknya, rela untuk tidak makan asal anaknya kenyang, dan bahkan, mau bersusah payah agar anaknya bahagia. Namun ketika sudah mendapat ijazah, mempunyai pekerjaan yang baik, anak itu bagaikan anjing galak yang bukan sekadar menyalak kepada orang tuanya dengan kesombongan tapi tak segan-segan berani menghina, melecehkan, acuh tak acuh, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

Kalimat tauhid, Lailahail¬lallah adalah pondasi dalam Islam. Semua amalan dalam Islam berdiri di atas pondasi tauhid. Sebagai umat muslim, menegakkan tauhid tak hanya sebatas ucapan tapi juga mengamalkannya dalam setiap perbuatan. Islam adalah cara kehidupan yang paling sempurna bukan sekadar syariat dan ritual semata-mata tapi meninggal dan memisahkan spiritual. Jika kita sesat di hujung jalan mari kita kembali ke pangkal jalan.

"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang shalih dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhan-Nya." (Al-Kahfi: 110)

"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: "Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang¬orang yang merugi." (Az-Zu¬mar: 65).

Barangsiapa yang meninggal dalam keadaan mengetahui bahwa sesungguhnya tiada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah maka akan masuk surga. Inilah sifat orang taqwa melakukan perintah dan amalan semata-mata karena Allah seperti yang diajnjikan didalam solat "Sesungguhnya solatku, hidupku, matiku semata-mata kerana Allah." Apakah kita telah melaksanakannya dalam kehidupan kita?

Islam bermula dengan iman. Iman bermula dengan ‘la illa ha illallah’ tiada Tuhan melainkan Allah. Awal-awal agama kenal Tuhan, keesaan Tuhan, kekuasaan Tuhan, sifat Tuhan dan siapa kita tanpa Tuhan. Tuhan terlalu dekat dengan kita. Saya mengingatkan diri saya dan pembaca ya Tuhan lebih dekat dari urat leher kita. Pendengaran, penglihatan, gerak kita milik Allah yang bersifat Pemurah lagi Penyayang. Itu sebab kita perlu kenal diri kita rata-rata sebelum kenal Tuhan yang nyata. Apakah anda sudah mempelajari ilmu mengenal diri siapa anda sebenarnya? Jasad manusia itu dijadikan dari setitik air mani yang hina dina kenapa tak sedar diri? Dijadikan untuk ikut saja segala perintah-Nya.

"Dan sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memberi syafaat: akan tetapi (orang yang dapat memberi syafaat ialah) orang yang mengakui yang hak (tauhid) dalam keadaan mereka mengetahui(nya)". (QS. Az-Zukhruf : 86)

Untuk apa saya campur adukan cerita politikus, dreber bas, tokoh korporat dan ketuhanan dalam tulisan Selagi Hidup Selagi Melawan? Apakah kekayaan itu duit dan harta benda semata-mata? Memang betul kita mudah kaya jika kita kenal Perdana Menteri, Presiden dan manusia yang berkuasa. Apa sebab terjadi nahas di jalan raya? Kenapa syarikat gergasi rugi berbilion ringgit? Macam mana manusia yang dulunya manusia biasa-biasa bila jadi pemimpin politik yang ‘luar biasa’ ada yang buat kerja ‘luar tabiee’, pecah amanah, lu fikirlah bro? Yang benar pak.

Bukan fitnah, ada mereka yang solat 5 waktu tak tinggal, naik haji, baca Quran, berpuasa selain bulan Ramadhan isnin, khamis, muka selalu nampak di masjid, dalam masa yang sama tak banyak beza dengan Yahudi dan Nasrani yang agamanya sekadar ritual dan berpandukan syariat semata-mata tanpa hakikat dan makrifat. Nauzubillah himinaz zalik.

Kufur dengan Allah; tidak takut kepadaNya dan tidak mengakui ‘Rubibiyah’ dan ‘Uluhiyyah’Nya. Bertitik tolak dari asas tersebut mereka gubalkan falsafah tentang wujud ini dan ‘tasawwur’ mereka mengenai kehidupan. Kesan nyata dari kepercayaan sebegini ialah kezaliman di bumi, sombong diri dan berusaha mengongkong dan memeras orang lain, sebab ‘kufur’ dan kezaliman itu saudara kembar. Al-Quran telah menggambarkan ‘kufar’ dengan sifat bongkak dan zalim di bumi, melalui berpuluh-puluh ayat dan disifatkan pula orang-orang muslimin yang berjaya di akhirat sebagai tiada bongkak, dan tidak merosak di bumi bila diberi amanah, tidak menjadi kaya raya melalui penipuan, merompak wang rakyat, peras ugut dan rasuah, berensek punya manusia.

Mudah-mudahan buku ini boleh membimbing umat manusia ke arah kekuatan dan mengingatkan keagongan Tuhan di dunia ini, bukan penyembah manusia yang sudah dijadikan berhala hingga lupa mencari kejayaan hakiki di akhirat. Sampai bila mahu jadi pengampu, kuncu-kuncu yang menggunakan singgah-sana pemimpin akibat mempunyai baju kebal?
Cukuplah pengkhianatan yang dilakukan syaitan bertopengkan manusia yang selalu bertindak merosakkan agama, budaya dan bangsa sendiri akibat rakyat tidak mahu berfikir diluar kotak kerana berpegang pada budaya. Biar mati anak, jangan mati adat. Mana lebih penting, adat atau agama?

Sanggup kita menggadaikan negara tanpa rasa berdosa akibat mahu jadi Mr. ‘Yesman’ budak asal bapok senang untuk hidup dalam ‘comfort zone’. Apakah mereka fikir Tuhan tak nampak mereka sedangkan Tuhan lebih dekat dari urat leher dan Tuhan tahu niat mereka. Lu fikirlah bro.


Kita perlu kepada satu pandangan yang mampu membezakan di antara yang mana musuh, yang mana kawan, yang mana khianat, yang mana jujur bila memilih rakan kongsi niaga atau mencuri dan memilih pemimpin sebab itu kita perlu ada ilmu tentang manusia. Dan kita perlu maklumat yang ada bukti, fakta bukan sekadar cerita yang sensional.

Satu pandangan yang boleh memandu kita mendapatkan senjata yang berkesan bagi menolak permusuhan dan mengembalikan kehormatan dan maruah untuk umat manusia ialah sentiasa mengingatkan diri tentang keagungan Tuhan bukan menagong-agongkan manusia.

Tulisan ini boleh membawa anda keluar dari kotak, kita perlu keluar dari kepompong untuk jadi kupu-kupu jika kita mahu terbang bebas. Akibat tertutup pintu ijtihad kita tak berani menggunkan akal supaya mempunyai pandangan yang terang. Bila lagi mahu menggunakan ‘basirah’ mata hati supaya timbul kesedaran yang cukup terhadap langkah-langkah jahat yang dihadapkan kepada umat manusia yang metarealistik, menyembah kebendaan, tunduk kepada hawa nafsu yang dikuasai syaitan. Dan apa-apa yang diatur termasuk pensyelewengan dan penipuan yang mengutamakan menyembah tidak selain dari Allah hingga bumi menjadi rosak binasa.

Penjajah telah memilih umat Arab sebagai sasaran penipuan dan perangkap mereka, sebab mereka tahu bahawa keagongan Arab bererti Islam sedangkan Arab dan Islam dua benda yang berbeza seperti Melayu dan Islam. Arab dan Melayu itu suku kaum sedangkan Islam adalah cara hidup yang paling sempurna. Arab merupakan kunci umat Islam kerana Nabi kita Rasulullah SAW dari suku Qurais Bani Hashim, lahir di Mekah bumi Arab. Al-Quran dalam bahasa Arab, mengerjakan Haji dan Umrah di Mekah dan Madinah tanah Arab, itu tidak bererti Islam itu Arab.

B. Moor, dalam bukunya; Al-Alam Al Arabi Al Muasir menyebut: "Benar sekali bagaimana catatan sejarah, bahawa kekuatan Arab bererti kekuatan Islam. Maka hancurkan mereka akan hancurlah Islam." B. Moor terlupa Islam akan bangkit dari Timur di akhir zaman bukan di negeri Arab.

"Demikian negeri akhirat yang kami jadikannya untuk orang-orang tidak menghendaki ketinggian di bumi dan tidak merosak" Al-Wasas : 83

Masih banyak orang yang terpelajar yang sering hilang akal dan menjadi kacau bilau bila mendapat kuasa atau kekayaan. Kenapa, kalau bukan mereka memisahkan kehidupan dari agama. Pemikiran mereka saat menghadapi kritikan atau cercaan pedas dari orang¬orang sekitarnya membuat mereka hilang akal, hilang pertimbangan kerana hidup tak ada imbangan sedangkan itulah ‘karma’ yang patut diterima kerana mahu hidup tanpa tauhid tapi mengaku Islam. Apakah mereka belum pernah mendengar ‘wahyu Ilahi’ dari Al-Quran atau hadith Nabi yang menjelaskan tentang perilaku golongan manusia yang selalu mengingkari Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

"Tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (QS. Yunus: 12)

Akibat tak mahu membaca, tak mahu mendengar peringatan akhirnya mereka menjadi resah gelisah bila rakyat memusuhi dan memandang sangat keji dan membenci, sedangkan dulu mereka didewa-dewakan seperti pemimpin dunia yang lain yang diakhir hayat jatuh tersungkur dalam kehinaan. Sebelum kebencian rakyat sampai mendarah daging, sebab merasakan mereka ditipu dan diperdaya sednagkan rakyat telah berbuat baik kepada mereka, diberi bunga dibalas dengan najis. Kalau saja mereka mahu membaca apa yang telah saya dokumentasikan sebagai ingatan "sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak ada guna."

Kenapa orang Islam diseluruh dunia biarpun jumlahnya melebihi satu bilion tapi ibarat buih dipermukaan laut kalau bukan mereka malas membaca. Mereka cinta dunia takut mati. Mereka durhaka pada Tuhannya. Tuhan amanahkan penglihatan untuk membaca dan berfikir. Jika tak ada buku macam mana hendak baca? Nah! sekarang buku berada ditangan anda. Baca bukan sekadar baca buku semata-mata, akal difikirkan untuk membaca apa yang kita lihat dan dengar. Yang benar pak. Lu fikirlah bro.

Penulis penting untuk mengubah masyarakat tapi rakyat harus terus berjuang melawan nafsu marah jika kita cintakan bangsa dan negara. Kita kena berani berfikir di luar kotak berfikir kritis. Cintakan bangsa itu sebahagian dari iman. Habbul Watan Minal Iman. Jangan salahkan mereka yang berani membawa mereka keluar dari ke pompong? Itu kerja pengkritik sosial.
Maka marilah kita terus berjuang menentang musuh-musuh utama yaitu nafsu yang ada dalam diri yang mengajak kita supaya terus hidup dalam zon selesa dan suka marah pada mereka yang sanggup jadi cermin menunjukkan betapa comotnya muka mereka. Marah adalah musuh utama kita. ‘La Tardaf’ jangan marah kata Nabi Muhammad SAW. Itulah kerja saya selagi hidup selagi menulis.

Assalammualaikum.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 06, 2011 03:18

October 15, 2010

S.H.ALATTAS - 60 - Rahsia Menjadi Kaya & Berjaya Dunia & Akhirat - 2010

S.H.ALATTAS - 60 - Rahsia Menjadi Kaya & Berjaya Dunia & Akhirat - 2010


















Raja Berjiwa Rakyat, Rakyat Berjiwa Raja

Pukul 10 malam, 21hb. Ogos 2010 bersamaan11 Ramadhan 1431, saya sampai di Mercure
Johor Palm Resort & Golf setelah menyaksikan Majlis Penyampaian Sumbangan dan Santapan Berbuka Puasa Bersama Rakyat oleh Tuanku Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Takzim di Plaza Angsana, Johor Bahru. Pada mulanya saya mahu memandu terus ke KL, tiba-tiba badan terasa letih, maklum umur sudah lebih. Setahun dua dulu bolehlah, turun ke JB makan mee rebus Lan Janggut dan pulang ke KL semula. Sehari berpuasa masakan kurang tenaga. Ada juga perasaan mahu berehat sebentar, mandi manda, kena ‘kopi panas’ setelah menunaikan ibadat yang diwajibkan bolehlah meneruskan semula perjalanan. Fikir punya fikir di umur subsidi, tidur ajelah semalam. Siapa tahu malam nanti dapat ilham. Apakah sepuluh malam terakhir saja boleh jumpa ‘lailatulkadar’?



Tulis buku pasal orang-orang kaya dan berjaya masakan hendak tumpang tidur di surau atau pun di rumah saudara mara? Di zaman moden ini mana hendak cari surau yang boleh tumpang tidur, kebanyakannya bila lepas Isyak berkunci. Surau, masjid pandai buat bising sebelum dan sewaktu sembahyang. Kerja-kerja ‘bidaah’ yang tak dibuat di zaman Rasulullah SAW mereka buat sesuka hati sendiri. Para imam dan mereka yang menjaga masjid tak ‘user friendly’, tak macam ‘kuil Sikh’ boleh dapat minum dan makan capati free. Islam apa namanya ini? Lu fikirlah sendiri.



Kopi panas yang dihirup mengingatkan peristiwa sewaktu menunggu ketibaan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar. Ramai betul rakyat Johor yang menunggu untuk melihat wajah Tuanku Sultan mereka. Sebelum Sultan tiba, saya sempat hadiahkan buku Tuhan, Politik dan Seks pada Menteri Besar Johor Datuk Seri Ghani Othman dan Pengerusi UDA Dato Norjazlan anak arwah Tok Mat mantan Menteri Penerangan kawan baik saya. Norjazlan budak baik namun seperti anak-anak mantan menteri yang lain yang dibesarkan dalam kemewahan pakai ‘baju kebal bapak’ belum dapat mensesuaikan diri dengan rakyat.



Tuhan, Politik dan Seks buku yang ditulis setelah mengikuti program Dr. Azizan berbeza dengan buku-buku saya sebelum ini, baik dari segi bahasa, pengisian dan ilmu, kalau tak percaya baca dan beri komen selepas membacanya.



Untung ada anak saya Fuaad Alattas sempat ambil gambar untuk mendokumentasikan apa yang berlaku untuk bacaan cucu cicit saya nanti seperti buku Siapa Selepas Musa tahun 1981 yang mendokumentasikan peristiwa Almarhum Sultan Iskandar ketika menggantikan Almarhum Sultan Ismail sebagai Sultan yang baru. Zaman hari ini tak sama seperti zaman semalam begitulah masa depan mereka nanti. Mana tahu 100 tahun lagi dibaca oleh pengkaji sejarah.

Mahu buku laku jadi ‘best seller’ kena pandai promosi. Susah hendak cari pemimpin UMNO yang mahu beli buku, seperti kebiasaan mereka suka buku free dan benda-benda yang dihadiahkan daripada memberi. Apa pilihan yang kita ada selaku penulis dan pemikir? Menghadiahkan buku pada orang tertentu satu cara promosi, produk yang terbaik adalah sebaran cakap yang bertiti dari mulut ke mulut. Selain iklan di TV, akhbar yang popular dan billboard di lebuh raya, tak percaya tanya Dr. Azizan pakar dan konsultan di bidang pengiklanan.

Terima kasih pada Rashid orang kanan YB Norjazlan yang menjayakan majlis ini. Dia mempelawa saya berbuka puasa bersama Sultan, selaku anak Johor yang tahu adat, saya menolak, pertama saya tak pakai baju Melayu teluk belanga apa lagi bersongkok. Terlanjur menerima jemputan perlulah tulis sesuatu untuk bahan renungan pemimpin dan Sultan yang baru. Ayahandanya dulu bersama keluarga minat baca buku saya.




Saya berdiri jauh ketika Sultan masuk dan duduk. Kalau dia nampak saya mungkin dia kenal. Saya seorang saja anak Johor yang menjadi penulis politik yang kontroversial. Lagipun Almarhum Sultan Iskandar pernah kenalkan saya dengan baginda ketika itu baginda sebagai Tengku Mahkota. Semasa krisis istana melanda saya telah mendokumentasikan dalam buku Tuanku Mahathir vs Sultan Mahmud Iskandar.



Kalau anjing gigit orang, itu bukan berita orang ramai hendak baca. Orang hendak baca berita orang menggigit anjing. Kenapa orang itu gigit anjing? Mati tak anjing yang kena gigit itu? Tuanku Sultan menyampaikan sedekah di bulan puasa kerana Tuanku yang sampaikan terpaksa dijadikan berita. Tapi kalau Sultan Ibrahim buka pintu pagar Istana Bukit Serene untuk semua fakir miskin tak kira agama dan bangsa, membantu dengan wang kekayaannya, ini baru berita kerana belum ada mana-mana raja yang melakukannya.



Biarpun kini saya menetap di Kuala Lumpur dan mempunyai rumah rehat ‘istana hinggap’ di Janda Baik, Bentong, Pahang, saya bangga saya anak Johor. Masih ada rumah di Johor Bahru, tanah tumpah darah saya, selain dua rumah, satu No.14, Jalan Sekolah Arab, Kampung Wadi Hana, satu lagi banglo No.1, Jalan Bumiputra, Setulang Laut, pesaka peninggalan orang tua saya.
Saya memerhatikan wajah Sultan Ibrahim, saya teringat Almarhum Datuknya Sultan Abu Bakar mengundang Almarhum Dato saya Dato Syed Hassan Alattas D.K. (Darah Kerabat Tertinggi Johor) untuk membuka bandar Johor Bahru. Johor Bahru yang menggantikan Johor Lama kini digantikan dengan Iskandar.

"Apakah mereka hendak membahagi-bahagikan kurnia Tuhan engkau itu, kamilah yang membahagi-bahagikan penghidupan di antara mereka dalam kehidupan di dunia ini, dan Kami tinggikan sebahagiannya dari yang lain dengan beberapa tingkat, supaya sebahagiannya dapat bekerja untuk yang lain, Rahmat Tuhan engkau itu lebih baik dari kekayaan yang kamu kumpul." - Az-Zukhruf 32

Alangkah baiknya jika Baginda Sultan Ibrahim mengundang para pemikir pakar motivasi untuk membuka minda orang Johor yang tertutup, tidak seperti di zaman Almarhum Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. Johor terkenal sebagai ‘the great’, Johor melahirkan tokoh-tokoh hebat seperti Dato Onn, Ungku Aziz, Tun Dr. Ismail dan ramai lagi.


Kerabat Diraja Johor antara Sultan yang terkaya di Malaysia, siapa tahu Tuanku Sultan Ibrahim boleh tersenarai sebagai seorang lagi billionaire sebaris dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga Tan Sri Robert Kuok.

"Dan carilah dengan kekayaan yang diberikan Tuhan kepada engkau kebahagian kampung Akhirat, dan jangan engkau lupakan bahagian engkau di dunia ini. Dan buatlah kebaikan sebagaimana Tuhan telah membuat kebaikan kepada engkau, dan janganlah engkau membuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Tuhanmu tidak mencintai orang -orang yang membuat bencana." Al-Qasas, ayat 77



Mahu jadi kaya perlu kenal orang kaya, berkawan dengan mereka. Hendak tulis pasal raja mesti tahu adat istiadat dan berkawna dengan raja. Almarhum Sultan Ismail, Datuk Sultan Ibrahim pernah datang ke rumah saya, saya pun pernah ke Istana Bukit Serene. Selain Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Abdul Rahman pernah menghadiri majlis perkahwinan di rumah No.1 Jalan Bumiputra.



Tiba-tiba saya teringat cerita kawan saya, seorang anak muda kerana mahu jadi kaya terpaksa belajar tunggang kuda dan main polo. Di situ dia berkenalan dengan seorang menteri yang memberi dia laluan untuk dapat apa yang dia hajatkan.

Pelik tapi benar. Anak-anak raja dan orang-orang kaya memiliki kuda. Tun Mahathir terkenal sebagai penunggang kuda yang hebat. Kawan saya Uncle Don Medon Tan Sri Taib Andak, teman Mahathir tunggang kuda. Hendak kenal dan berkawan dengan menteri dan orang kaya yang hobinya main kuda.
















Bercampur cicak mengkarung, berkawan dengan biawak, macam mana nak jadi kaya dan berjaya? Orang kaya tak mahu kawan dengan orang miskin. Mereka mahu berkawan dengan mereka yang sama status.

"Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving." - Albert Einstein

Jika mahu bergaul dengan golongan kaya dan berjaya kena tahu apa yang mereka lakukan di masa lapang selain main kuda, go cart, mereka main golf, memiliki motosikal besar seperti hobi Sultan Johor kembara bersama rakyat guna motor besar. Sekadar naik ‘kapcai’, campur dengan mat rempit ajelah. Untuk mencapai matlamat dan impian sanggupkah anda mengambil risiko berlagak seperti mereka ‘the rich’ bermula sebagai jutawan hutang sedangkan ianya sekadar satu lakonan yang kosmatik untuk menarik perhatian.
















Macam mana Almarhum Dato saya boleh berkawan dengan Almarhum Sultan Abu Bakar dan adiknya Almarhum Syed Salim Alattas yang diminta oleh Sultan Abu Bakar menjadi mufti. Cuba baca apa yang ditulis oleh cucu Dato Wong Ah Fook dalam buku Johor 1855-1957.

Sultan Abu Bakar had encouraged the development of an Arab community which gradually gathered in Johor Bahru under the leadership of Syed Hassan bin Ahmad Alattas.

Like many Arabs who came to Southeast Asia, his father Syed Ahmad bin Hassan Alattas and his uncle Syed Zain Alattas were traders. They first went to Pahang where Syed Ahmad married a Bugis princess and had a son Syed Hassan, who was born in 1832. Syed Hassan followed in the footsteps of his father as a trader and had business interests in Singapore, Indonesia and Pahang. On one of his business trips, he met Sultan Abu Bakar who persuaded him to visit Johor and to take part in the development of Johor Bahru and Muar.

When Syed Hassan moved to Johor, he first went to Muar, where he planted cloves and coffee, but eventually moved to Johor Bahru in the 1880s. He built a house in Bukit Timbalan which he gave up in 1910 to Sultan Ibrahim to be used as the unit headquarters of the Johor Military Force. He then moved to his second house at the junction of Jalan Trus and Jalan Dhoby but gave that up to the government as well to be used as the first courthouse. Finally he built a house for himself in Wadi Hassan. The building for the courthouse was subsequently converted into Johor Bahru’s first cinema, the Empire Cinema, which has since been demolished.

Tiba-tiba saya teringat apa yang dianjurkan oleh Dr. Azizan yang saya rasa patut dikongsi bersama dengan mereka yang berminat mahu jadi kaya dan berjaya. Kenapa saya pilih dia sebagai ‘role model’? Pertama dia tak cakap suruh ikut Sunnah Nabi 9/10 peratus rezeki dari perniagaan. Mereka yang beri ceramah agama guna ayat Al-Quran dalam bahasa Arab tapi satu pensel pun tak pernah jual, macam mana minda Melayu boleh terbuka. Mereka yang mengaku ahli agama cakap tak serupa bikin, cakap macam burung tiong, minda rakyat macam burung tiong.

Manusia ikut apa yang kita buat bukan apa yang mentor cakap terutama anak-anak. Jangan pesan buat apa yang saya suruh kamu buat tapi jangan buat apa yang aku buat. Itu sebab sahabat ikut Nabi Muhammad SAW. Khadijah isteri Rasulullah SAW kaya raya berniaga traders, Rasulullah SAW berniaga. Usman ibni Affar kaya raya dan orang kenamaan sahabat dikeliling Nabi bukan cicak mengkarung.
















Nabi Muhammad SAW naik borak di malam Israj mikraj. Baginda mempunyai kuda terbaik isterinya Saidatina Khadijah umul mukminin. Hari ini orang kaya perlu ada ‘private jet’ jadi macam Tony Fernandez ada airline sendiri Air Asia, kereta mewah yang berjenama, baru layak jadi ‘somebody’. Datang naik kancil, kelisa, hendak cerita juta-juta, cakap ‘no body’, siapa yang mahu percaya.

Mahukan isteri yang baik mesti punya tanggungjawab, bagi makan, minum, tempat tingal yang baik. Datok K kaya raya baru dapat kahwin Siti Nurhaliza. Mahukan anak yang baik, mesti hantar ke sekolah yang terbaik ‘private school’. Lebih baik jika menuntut di universiti di luar negeri, semua ini memerlukan wang yang banyak. Tanya pak menteri di mana anak mereka belajar, di Sekolah Kebangsaan atau di Britain?

"Hadapkanlah muka engkau dengan betul kepada agama, ciptaan Tuhan yang dijadikan-Nya manusia sesuatu dengan agama itu. Tiada pertukaran bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Kembalilah kepada Tuhan dan takutlah kepada-Nya dan tetaplah mengerjakan sembahyang dan janganlah kamu masuk ke dalam golongan orang-orang yang mempersekutukan Tuhan." Al-Rum ayat 30-31

Kita jangan lupa, kita disuruh mencari tempat tinggal dan jiran yang baik. Damansara Height, Bukit Tunku, Ampang Hilir bukan rumah teres atau pangsa, rumah murah.
















"Jika kita hidup dikelilingi oleh jiran yang kelaparan, boleh ke kita tidur nyenyak melainkan kita tidak beriman". - Pesanan Imam Ali.

"Tidak akan dapat didirikan agama itu melainkan dengan harta benda dan kewangan. (dinar dan darham)" - Al-Hadis

Pertama, untuk menjadi kaya dan berjaya mesti cepat bertindak dan tak buang masa. ‘Terhegeh-hegeh’ bila nak kaya? Contoh, balik dari mendengar ceramah Dr. Azizan saya terus ‘bertindak’ tulis buku, siapa tahu buku ini boleh jadi international ‘best seller’? Mereka yang mahu berjaya mesti mengambil tanggungjawab terhadap semua, tindakan mereka dalam mencapai impian, tak boleh sekadar berangan-angan, berdoa tanpa ‘tindakan’.

"Kejayaan bukan bermakna tidak melakukan kesilapan tetapi tidak membuat kesilapan yang sama dua kali". George Bernard Shaw

"Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba. Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan". Billi Lim

Ilmu penting, mentor yang menyampaikan jauh lebih penting. Kalau dia pun ‘cakap tak serupa bikin’, masih bocor sana bocor sini, tak ada disiplin, buang masa mahu dengar cerita pasal kaya dan berjaya di bidang bisness. Hidup makan gaji, tunggu kerja 30 hari baru dapat gaji, tak akan dapat lebih dari apa yang sudah ditetapkan. Ijazah kedoktoran dibidang bisness, berapa pendapatan setahun?



Mengukur kekayaan hari ini dengan pendapatan 300 ribu ringgit setahun, rumah bernilai berjuta, ada simpanan tetap dua tiga juta baru boleh kata kaya.

Ada tiga perkara penting tentang wang yang perlu diketahui untuk menjadi lebih kaya. Dengan wang mudah cari wang sebab itu ramai yang pergi ke kelab golf, boleh berkawan dengan orang yang berpengaruh yang sama-sama mahu cari peluang. Mahu tangkap ikan besar perlu ke laut dalam. Kalau guna pancing, umpan cacing, duduk tepi bendang, dapat rezeki sekadar ikan sepat, ikan haruan, masakan boleh dapat ikan kerapu dan yang lain, yang terdapat di lautan luas yang perlukan perahu besar. Betul tak?



"The eye sees only what the mind is prepared to comprehend."Henri L. Bergson

Apa pun semuanya bermula dengan ilmu. Seperti mentor saya Dr. Azizan Osman, saya pernah menjadi ‘sales manager’ dengan Gloria International, biasa jual 10 set American Encyclopedia. Di tahun enam puluhan pakai kereta Ford Falcon minus minyak 14 batu segelen. Bertugas dengan Priston Coporation menjaga 96 jurujual dari Melaka ke Singapura, dengan Holiday Magic East sebab itu saya melihat Azizan dari ‘prospektif’ yang berbeza.

Wang penting, jangan sembah wang. Wang bukan Tuhan biarpun ramai yang menjadikan wang sebagai Tuhan. Ramai yang jadi kuffar kerana ketiadaan dan memerlukan wang, orang bunuh orang kerana wang, terbaru Sosilawati terbunuh ada kaitan dengan jutaan wang. Tipu dan bermacam kejahatan berlaku akibat wang. Manusia jual tubuh, jual anak, ada yang jual isteri kerana wang. Kita semua memerlukan wang untuk mengimbangi kehidupan supaya hidup bahagia. Kita perlu ilmu tauhid, iman, ikhsan dan taqwa. Tuhan suruh kita berusaha untuk jadi kaya raya di atas muka bumi asal kita tidak sesaat melupakan Dia.

"Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk, ketika berbaring, dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata, "Wahai Tuhan kami. Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka." Surah Al-Imran: 191

"The man who acquires the ability to take full possession of his mind may take possession of anything else to which he is justly entitled." Andrew Carnegie



Ada duit lebih kenapa hendak kutuk diri jadi ‘hamba duit.’ Orang yang ‘bakhil’ musuh Tuhan. Tentu Tuhan tak marah kita tidur di hotel mewah, asal saja tidak pernah lupa tanggungjawab bersedekah pada fakir miskin dan mereka yang memerlukan bantuan. Menjadi tanggungjawab orang kaya mencari anak yatim dan mereka yang memerlukan bantuan kewangan, mereka yang mencari ilmu, yang berhutang tak mampu bayar hutang.



"Dan carilah dengan (kekayaan) yang diberikan Tuhan kepada engkau kebahagiaan akhirat, dan jangan engkau lupakan nasibmu di dunia ini dan buatlah kebaikan sebagaimana Allah telah berbuat kebaikan kepadamu, dan janganlah engkau melakukan kebencanaan di muka bumi. Sesungguhnya Tuhanmu tidak mencintai orang-orang yang melakukan kebencanaan." Surat Al-Qasas, ayat 77



Macam mana kita nak ikut orang yang nak ajar kita berniaga, dia sendiri pun hidup sekadar pandai ceramah dan pendapatan mengharapkan ‘belas ikhsan’ orang. Kenapa ustaz, imam, mufti, ulama tak kaya raya seperti di zaman dulu? Apakah kerana sentiasa menerima tetapi tidak memberi? Apakah mereka tak tahu ‘the more you give the more you get’?



Dunia memerlukan siapa juga yang mahu jadi ketua perlu ada keistimewaan yang boleh dijadikan ‘role model’, misalnya Guatama Buddha putera raja, Sultan Idham, Sultan Harun Aminnur Rashid dan ulama seperti Abu Nawas. ‘Sendiri punya diri sendiri mahu ingat’ sebab itu jutaan manusia ternanti-nantikan munculnya Imam Mahdi atau Ratu Adil. Maka alangkah baiknya jika kita dapat raja yang berjiwa rakyat dan rakyat yang bersemangat raja dan yang terpenting ‘roh Islam’ hadir dalam diri.




Dapatkan buku terbaru Pak Habib di Pustaka Mukmin Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 15, 2010 04:58

July 30, 2010

S.H.ALATTAS - 59 - Tuhan, Seks & Politik (2010)



ISI KANDUNGAN
1. Hero Seribu Wajah
2. Siapa Penyelamat Ummah?
3. Mereka Yang Berani
4. Jumpa Lagenda Di Sungai Buaya
5. Ayat-Ayat Tuhan
6. Luar Biasa, Biasa-Biasa
7. Apa Istimewanya 'God Father'?
8. Memo Untuk Tok Guru
9. Depan, Belakang Lain Kira


10. Warkah Untuk Wan Azizah
11. Ilham Di Wadi Hussien
12. Cakap Tak Serupa Bikin
13. Raja Pun Homoseks Juga
14. Saya Bini Punya Belakang Germen Punya Ke?
15. Antara Luar Biasa Dan Luar Tabie..
16. Lu Gian Belakang Ke...?
17. Antara Yang Meliwat Dan Yang Diliwat
18. Pemimpin Dan Seks
19. Dajjal Dari Nuraka
20. Pilih Kaya Dan Berjaya
21. Mesti Pandang Belakang.. Tengok Dia Ada Ke..?
22. Al-Battok, Al-Tut Dan Al-Sodomi
23. Bertemu Al-Liwati Dibuntuti Street
24. Nasi Lemak & The International 'Coffe Boy'
25. Muhyiddin Bidas Tindakan Kaitkan Amerika Syarikat
26. Katak Bukit Dan Putra Katak
27. Kenapa Tuhan Pilih Najib?
28. Musa Hassan VS Anwar Ibrahim
29. Sedapnya Rasa Sup Buntut
30. Nik Aziz Ulamak Nyanyuk
31. Minum Bersama Singa UMNO
32. Faruqi Dan Anwar Ibrahim Di UIA
33. Tak Takut Mati
34. Sanusi Junid Ringgit Malaysia
35. Antara Manusia Luar Biasa
36. 2 Panglima Dari Benua India
37. 1Malaysia Satu Sultan India
38. Pengaruh Media Dan Sains Politik
39. Tuhan Belum Mati
40. Kacang Putih RM1.65 Juta


TUHAN, POLITIK DAN SEKS

12hb. April 2010, sewaktu menunggu penerbangan MAS ke Kuala Lumpur jam 11 malam waktu India, saya berehat dilounge di Lapangan Terbang Mumbai, transit dari Porbandar Gujarat. Terbaca satu berita mengenai Ram Gopal Varma, pengarah filem yang mudah tertarik dengan apa yang sedang berlaku didunia yang boleh mendatangkan inspirasi untuk menghasilkan sebuah filem yang ‘baik’. Pengarah filem yang telah mengarahkan filem mengenai politik, media dan the ‘under world’, tiba-tiba tertarik untuk membuat filem mengenai ‘God & Sex’.
Berapa ramai manusia yang tak tertarik bila kita bercakap mengenai ketuhanan terutama mereka yang cinta dunia, takut mati? Cerita mengenai seks, susah nak cari muda-mudi yang tak suka. Seorang lelaki belum boleh dianggap tua selagi jantungnya berdebar, tergoda melihat punggung. Pepatah Arab ada mengatakan "lebih selamat berjalan di depan harimau dari belakang perempuan."
Ram Gopal mempersoalkan apakah yang diperlukan untuk menjadi tokoh spiritual samada ianya swami, kiai, guru atau ‘godman’? Mungkin Nabi Musa a.s. berkomunikasi dengan Allah diatas bukit TurSina menggunakan ‘wave lenght’ dan frequences. Para Nabi bermula dari Adam hingga ke Nabi Muhammad SAW adalah ‘God man’ kekasih Allah yang sebenarnya selain para awlia Allah.
Manusia memuliakan ‘awlia’, teman Tuhan diatas muka bumi ini. Menjadi ‘wali Allah’ bukan dengan imej luaran yang hebat, ketrampilan tetapi perlu mempunyai ‘aura’ dan ‘karamah’, kemuliaan yang dikagumi dan dimuliakan oleh pengikut.
Buku ini pada mula tajuknya Dajjal kemudian Anwar Biseksual kerana ada Azmin, Azizah, Shamshida dan Saiful. Akibat gagal mengawal hawa nafsu ‘monkey see monkey do’, akhirnya ramai ustaz yang terjerumus seperti swami Nithyanand dan lain-lain guru yang bergelar ‘god man’ akibat Tuhan sudah mati dalam diri akibat bertuhankan nafsu.
Filem yang akan dibikin oleh Ram tidak semata-mata berkisar dari sudut seks tetapi apa yang berlaku didalam asrama, ‘pondok’ tempat belajar hafiz Quran, yoga dan meditasi dari seorang swami. Disitulah banyak maksiat berlaku secara tertutup. Apakah dalam sekolah tahfiz, Al-Quran dan ‘pondok’ tak ada guru yang suka ‘mencelah’ kelangkang pelajar? Kenapa maksiat yang berlaku dalam gereja, paderi meliwat budak lelaki yang kisahnya terbongkar selepas 20 tahun? Bagaimana cerita kemungkaran dalam puak Arqam yang pernah diharamkan?
Politik melibatkan seks, kuasa dan harta membuat Clinton, John Profomo, Anwar dan ramai lagi VIP dan VVIP yang hilang harga diri akibat permainan syaitan dan mereka-mereka yang telah menjual roh pada syaitan akibat gila kuasa, gila seks dan gila kekayaan.
Dalam semua agama ada ‘godman’, sama ada dia benar-benar sudah sampai ke peringkat kesempurnaan ‘insanul kamil’ atau dia masih seorang dajjal? Antichrist cuba membunuh Isa a.s., yang mati bukan Christ, Tuhan menghilangkan Nabi Isa a.s. dan lain-lain manusia dengan kehandalannya dari pandangan ‘mata kasar’ manusia yang tak boleh melihat dengan ‘mata hati’.
Dalam dunia cuma ada dua jenis manusia dari keturunan Adam, sama ada DNAnya dari Habil atau Kabil. Ibrahim atau Namrud. Sama ada Musa a.s. atau Firaun yang mengaku Tuhan. Tuhan memilih bangsa Arab untuk jadi Nabi terakhir. Kaum Quraish terbagi kepada dua kabilah Bani Hasyim atau Umayiah, Muhammad SAW atau Abu Suffian, Ali atau Muawiyah, Husin atau Yazid yang cuba membunuh dengan kejam seluruh keluarga Nabi SAW di peristiwa Karbala. Dengan seorang saja yang hidup Imam Ali Zainal Abidin As-Sajjad, jutaan keluarga Rasulullah SAW hidup diseluruh dunia dan terus mengembangkan Islam. Apa jadi pada keluarga Muawiyah?Nabi Ibrahim a.s. menjanjikan nasab keluarganya bagi siapa pun yang mengikut agamanya. ‘Siapa ikut agamaku dia dari keturunanku’ - Ibrahim 14:3. Nabi Muhammad SAW menambah nasab cinta Allah kepada kita. Nabi SAW kata ‘ikutlah agama aku engkau akan menjadi kekasih Allah.’ - Imran 7:31. Dua manusia yang mendapat pujian Allah dalam solat dan Islam. Ini juga ‘god man’, selain para Nabi kerana manusia itu lebih mulia dari malaikat namun boleh jadi lebih hina dari binatang.
Tasauf dan ilmu kerohanian mendidik manusia mengenai hati sehingga takut buat dosa kepada-Nya. Bila ramai jutawan yang cinta dan takut kepadanya akan bertukar dari sifat bakhil (musuh Allah) bersifat pemurah, suka memberi dan menolong mereka yang memerlukan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Untuk mengubati penyakit sosial yang parah hari ini manusia perlu memperbaiki hati. Belajarlah ilmu tentang hati dari imam Al-Ghazali dan lain-lain buku tasauf atau sufi. Buah daripada ilmu kerohanian melahirkan manusia luar biasa yang baik, yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Mendidik untuk melahirkan manusia seperti ini bukan mudah. Ini kerana manusia itu ada jasad lahir (fizikal), ada jasad batin (akal, roh dan nafsu). Kejayaan mendidik manusia ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak itu. Maka bagi orang yang bercita-cita membaiki diri, guru-guru atau para pendidik mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati manusia kerana sesungguhnya: Pendidikan itu rapat dengan rohanian manusia.
Betul atau tidak ramai ahli politik kita yang pergi kepada guru, swami yang bertaraf kiai, sama ada di Indonesia, India juga Thailand. Selama saya menyiapkan buku ini banyak rahsia pemimpin negara yang terbongkar diceritakan oleh kiai atau swami. Pelik bagaimana ‘godman’, ‘kiai’, bomoh yang hanya manusia biasa boleh diyakini seperti yakinnya mereka pada Tuhan. Itulah yang dipersoalkan oleh Ram Gopal Varma.
Sambil membaca berita itu saya teringat, media terbaik untuk mendekati dan berkomunikasi dengan manusia ialah filem. Kebetulan pada tahun 1960 saya memulakan karya sebagai penulis hiburan di ‘Majalah Filem Malaysia’, ‘Berita Filem’ di Singapura. Saya berkenalan dengan Shami Kapor dan lain-lain bintang filem India yang terkemuka ketika itu yang saya tak akan lupa ialah filem ‘Mother India’ dan Hamhindustane. Filem kisah seorang penulis novel sehebat filem ‘Slum Dog Millionaire’ di Mumbai menjadi jutawan.
Umi Afidah beritahu saya dia minat hendak menceritakan seksanya dia bila mendedahkan siapa Anwar Ibrahim sebenarnya dan ketika dia menulis surat kepada Tun Mahathir setebal 19 muka surat yang menjadi buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tak Boleh jadi Perdana Menteri membuatkan dia ditahan dan diseksa, akhirnya Anwar ke penjara namun Melayu mudah lupa.Filem mengenai Anwar biseksual, di mana Karpal Singh, Lim Kit Siang, Tok Guru Nik Aziz, Azizah, Shamshida, Azmin, Saiful Bukhari, Nallakarupan boleh jadi ‘box office’. Siapa sangka Saiful berjaya memerangkap Anwar tersungkur ke dalam duburnya? Memang hal berkaitan dengan manusia yang diiktiraf oleh mereka yang mindanya tertutup, tak boleh menerima idola mereka yang dianggap ‘god man’ boleh melakukan dosa seberat itu.
Apa yang berlaku pada Swami Nithyanand adalah satu perkara biasa, seperti apa yang berlaku pada padri Pedoflu (paedophile) yang mempunyai misai seperti Hitler yang kisahnya membontoti ramai budak lelaki 20 tahun dahulu akhirnya terbongkar, Pope terpaksa minta maaf. Bila agaknya cerita Umu Jah, isteri kedua Ustaz Ashaari yang menguasai empire Arqam akan terbongkar? Siapa dia sebenarnya?
Ahli agama buat kerja songsang, buat kerja terbalik berlaku di zaman Nabi lagi, Musailamah sanggup mengaku nabi. Musailamah terkenal kerana membuat pembohongan dengan mengaku dirinya merupakan seorang nabi. Musailamah mempelajari ilmu sihir, beliau mengumpulkan para pengikutnya dan membuat perancangan untuk murtad secara besar-besaran. Apa nak heran jika Umu Jah buat gempar Ashaari yang sudah dikuburkan boleh hidup semula, bagaimana kalau jadi zombi?
Hari ini berapa ramai yang keluar dari UMNO bermula dengan Haji Ahmad Fuaad yang kalah merebut jawatan Presiden yang dimenangi oleh Tunku Abdul Rahman. Arwah Ahmad Fuaad tubuh parti lain, bila Tengku Razaleigh kalah, Ku Li tubuhkan Semangat 46, bila Anwar Ibrahim dikeluarkan dari UMNO, Azizah tubuhkan parti keluarganya sendiri.
Kebanyakan masyarakat Arab yang baru memeluk Islam masih lagi belum memahami ajaran Islam secara mendalam terutama yang tinggal jauh dari Hijaz. Mereka ini mudah keluar daripada Islam. Ada yang masih menanggap ajaran Islam mengongkong mereka daripada keseronokkan kehidupan jahilliyah. Kewafatan Nabi memberi kesempatan mereka terus keluar daripasa Islam secara terang-terangan.
Memang ada golongan ini memeluk Islam kerana inginkan harta-harta rampasan, sanjungan dan kedudukan, serta ingin menghindarkan diri dari serangan tentera Islam. Apakah tidak mungkin cerita Ashaari hidup semula ini kerana Umu Jah tidak mahu keseorangan?
Ramai yang masuk UMNO bukan lagi untuk membela nasib golongan yang ditindas atau memajukan mana-mana kawasan akan tetapi orang sekarang masuk politik sebab nak kaya cepat, tak nak kerja, malas, bila tak dapat sesuatu ‘lu fikirlah bro....’
Cara berfikir perlu diubah daripada pemikiran ortodoks ‘kitab kuning’ mendapatkan ilmu menggunakan internet untuk pendekatan baru menghasilkan generasi baru yang minda terbuka bukan jumud, kolot untuk menyelesaikan masalah yang sedang dilakukan oleh Dr. Azizan supaya dapat keluar dari kepompong hidup menjadi manusia ‘mangkuk ayun’.
Bangsa Melayu perlu tegas dengan tidak cuma menerima secara pasif segala desakan yang mendatang. Dalam menangani cabaran ini, Melayu perlu segera kembali menyusur akar nilai dan budaya untuk mencari kekuatan baru tanpa kehilangan jati diri. Sebagai umat Islam, kekuatan ini hanya boleh didapati melalui kaedah yang berpegang teguh kepada tali Allah dan sunnah Rasulullah SAW.
Ashaari, Anwar Ibrahim, Nik Aziz bukan ‘insan kamil’. Hati mereka bukan disucikan oleh Allah SWT, sekadar manusia ‘luar biasa’ yang belum boleh sampai ke Sidaratul Muntaha. Ke mana mereka hendak bawa pengikut yang menjadikan mereka idola? Selagi mereka bernama manusia, ada nafsu, pasti mereka boleh buat dosa. Samada pak sheikh, ustaz atau tok guru, sahabat Nabi SAW yang seperti bintang di langit, masih tidak terlepas dari membuat dosa. Omar Ibni Khatab 10 tahun berturut mencari Awis Al-Qarani seorang gembala unta minta doakan supaya Omar boleh masuk syurga. Nabi Musa a.s. pergi mencari Hidir a.s. belajar dari orang yang dia tak pernah jumpa tapi mempunyai ‘basirah’ mata hati yang tak dimilikinya. Inilah akibat kita terlupa mempelajari tentang tokoh Sufi dan para wali Allah untuk dijadikan ikon untuk mendapatkan keberkatan.
Anwar berumur 63 tahun, patut sudah tutup buku, menghadap Allah SWT, begitu juga Tun Mahathir dan Nik Aziz. Mereka ada mata hati, tahu kehebatan yang di miliki oleh wali Allah, Rabiatu Addawiah, Junaidi dan lain-lain tokoh sufi atau wali songo dan para wali Melayu.Orang yang mempunyai IQ yang tinggi tidak semestinya berakal, tapi orang yang berakal pasti tak buat kerja bodoh. Orang berakal, beriman, orang beriman adalah orang yang ‘taqwa’ bukan takut tuan, takut Allah. Allah lebih dekat dari urat leher. Hati adalah singgahsana Allah. Hallaj ana al-haq telah membuktikannya. Allah Maha Melihat. Dengan haq kul yakin baru kita dapat melihat, jangan sesudah melihat baru hendak percaya bahawa yang melihat ialah mata hati.
Mata kasar sebagai alat ‘aksesori’. Dalam dunia serba canggih pembalasan Allah juga canggih.Berbicara tentang pegangan hidup orang Islam, keterangan tentang perkara yang patut mereka yakini amat jelas, mudah dan berpijak pada akal. Al-Quran menjelaskan perkara ini kepada manusia, pendekatan yang dilakukan oleh Al-Quran amat tepat, yang tak baca pasal apa?Penulis atau pemimpin yang mempunyai ‘minda toxid’ mengakibatkan ramai pemikiran manusia diracuni. Kita bimbang tentang pencemaran pembuangan sisa toxid, tetapi kita tak mempedulikan bahaya ulama jelmaan, ulama ‘mangkuk ayun’ yang diimport, yang berminda toxid dikeliling pemimpin menggunakan indoktrain untuk ‘menghalalkan’ yang haram dan ‘mengharamkan’ yang halal terutama bila mereka berlagak sebagai ‘god man’. Ramai ulama terkemuka dunia berbangsa Arab. Arab bukan Islam dan Islam bukan Arab, dua intiti yang berbeza biarpun Nabi Muhammad SAW berbangsa Arab. Al-Quran dalam bahasa Arab. Musuh Islam menggunakan pemikir-pemikir yang berbangsa Arab yang dipopularkan di USA untuk merosakkan Islam menggunakan wang dari Arab jahiliah.
Saya tersenyum apabila terfikir ramainya yang menghafal Al-Quran tak tahu isi sebenarnya, matanya celik hatinya masih buta. Siapa yang buta di dunia akan buta juga diakhirat malah lebih sesat lagi. - Al-Quran. Apakah kerana tak baca sejarah Islam, tak baca buku tasauf, mereka gagal melihat ‘kebenaran’? Cuba melihat ke dalam, siapa yang duduk didalam singgahsana hati?Anda semua masih ingat Salman Rushdie, penulis novel berketurunan India akhirnya diberikan bintang ‘Knight of the British Empire’ yang membawa gelaran ‘Sir’. Soalnya apakah Salman Rushdie merupakan penulis berbahasa Inggeris terbaik yang masih hidup? Bagaimana dengan Gandhi? Lu fikirlah bro...! Rushdie membuatkan jutaan umat Islam di seluruh dunia marah kerana novelnya The Satanic Verses menghina Nabi Muhammad SAW? Bayangkan bahaya perang saikoloji supaya orang Islam dimusuhi kerana dilabel fanatik. Kenapa ini boleh terjadi kalau bukan kita masih di taraf manusia biasa?
Memang ramai dajjal yang mahu menghapuskan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Tanpa Nabi Muhammad SAW tidak ada Al-Quran. Hanya Al-Quran saja yang boleh memberi rahmat kepada sekian alam. Para dajjal sedang berusaha menghapuskan isi Al-Quran dari umat Islam.
Dari segi paras rupa ada persamaan antara Anwar Ibrahim dan Salman Rushdie. Apakah Salman Rushdie sememangnya seorang penulis yang hebat atau hanya seorang selebriti yang dinobatkan untuk menjadi terkemuka supaya dicontohi oleh penulis lain yang ingin gelaran ‘Sir’? Siapapun tak sanggup membaca novelnya melainkan diupah untuk menghabiskan bacaannya? Anwar pun seorang penulis buku, seorang ‘orator’ yang hebat dan top yang mempunyai ribuan peminat. Manusia luar biasa yang terlupa yang dia seorang manusia biasa.
Buku The Satanic Verses di bakar oleh ‘mullah’ di Bradford dan Almarhum Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa hukuman bunuh terhadap Rushdie. Mereka yang kenal dirinya, kenal Tuhannya tahu bahawa insan itu rahsia Tuhan dan Tuhan itu rahsia insan, mereka yang telah membaca buku ‘The Secret Of Secrets, oleh Abdul Qadir Jailani. Mereka yang kenal siapa Hussien Ibnu Mansur al-Hallag dengan Ana Al-haq akan sentiasa bercakap benar.
M. K. Gandhi dalam bukunya An Autobiography or The Story of my experiments with truth yang saya beli di rumah kelahiran Gandhi di Porbandar Gujarat. "I have nothing new to teach the world. Truth and non-violence are as old as the hills." - mutiara kata Mahatma Gandhi.Demi cinta, kasihnya pada Rasulullah SAW berapa ramai pemimpin Islam yang seberani Almarhum Khomeini yang tidak akan membiarkan siapa saja menghina Muhammad SAW kekasih Allah yang membawa rahmat bagi sekian alam? ‘Syiah’ dibenci dan dianggap kafir oleh kelompok pro dajjal akibat mereka tak mengerti kenapa Ali dan keluarga ahlul bait Rasulullah SAW di sayangi oleh mazhab Syiah yang diiktiraf oleh Sheikh al-Azhar. Inilah kelemahan umat Islam, kemiskinan spiritual dan kurangnya ilmu akibat tidak mahu membaca.
Kenapa dalam buku ini saya terpaksa memuatkan cerita para wali Allah, cerita ‘malaun’, dajjal serta ‘mangkuk ayun’? Kenapa cerita dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Hong Kong, Singapura, India, Indonesia dan adengan liwat antara Anwar dan Saiful menjadi tarikan utama?
Semasa menyiapkan buku ‘politik semasa’ ini pada 13 Mei 2010 Ustaz Ashaari yang kontroversi meninggal dunia. Pada petang Jumaat yang sama Habib Ali bin Jaafar Al-Idrus seorang ‘wali Allah’ keramat hidup di Batu Pahat, Johor juga telah kembali ke rahmatullah.
Almarhum Habib Ali Al-Idrus seorang manusia ‘luar biasa’ yang hidupnya biasa-biasa saja. Tinggal di rumah usang seperti rumah setinggan, dalam rumah tanpa sebarang perabut tetapi sentiasa dikunjungi oleh para ulama dari Yeman, Mekah, Madinah, Hadaramaut, Indonesia, Singapura dan Brunei. Waktu kematiannya ribuan yang hadir dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Singapura dan Indonesia.
Tak banyak yang kita boleh cerita tentang Habib Ali Al-Idrus kerana dia telah ‘mematikan dirinya sebelum dia mati’ meninggalkan harta dunia yang sementara tetapi mengejar akhirat. Bukan raja, bukan Perdana Menteri, tetapi diberi kemuliaan yang ‘luar biasa’, kerana setiap yang dalam kesempitan dan kesusahan, datang mencari dan hajat mereka dikabulkan oleh Allah SWT yang Maha Kuasa.
Sepatutnya setiap umat Islam yang mahu jadi ‘god man’ atau awlia Allah perlu belajar dari Rasulullah SAW, bagaimana Rasulullah SAW menolak 3 ta, wanita, taktha dan harta. Buku ini ditambah satu lagi ta, ‘buntuta’ selain pencuri umat Muhammad yang mahu menjadi hebat dan ternama jadi seperti Mirza Galam Ahmad yang mengaku nabi kepada pengikut Ahmadiah dan Kahar nabi Melayu.
Ramai pemimpin politik yang menggunakan agama menjadi pencuri umat Nabi Muhammad SAW dengan menggunakan rumah Allah. Guna pembesar suara ganggu ketenteraman jiran tetangga ‘mangkuk ayun’.
Sesetengah orang hidup di dalam alam mimpi, sesetengah orang tinggal di alam nyata dan sebilangan kecil mencari jalan untuk mengubah impian mereka menjadi suatu kenyataan. Ini yang sedang dilakukan oleh Dr. Azizan dalam program Hidup Luarbiasa, di mana saya diundang untuk berucap kerana dia menganggap saya manusia luar biasa.
Pada hari Ahad lepas di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur telah menyaksikan hampir 2,000 orang peserta daripada pelbagai latar belakang serta bangsa berkumpul di dalam satu dewan untuk mendengar tentang tip-tips dan panduan bagaimana untuk merubah kehidupan anda daripada ‘biasa-biasa’ kepada kehidupan yang ‘luar biasa’.
Bukan susah mahu menjadi manusia luar biasa, the rich and famous. Sama ada menjadi penulis, pelukis, penyanyi, pelakon, pengarah filem, peguam, yang susahnya sesudah menjadi manusia ‘luar biasa’ mereka terlupa semua keluarbiasaan yang diperolehinya itu adalah anugerah Allah yang sementara sahaja. Inilah kisah mereka yang terdapat dalam buku ini untuk renungan anda sebelum anda menjadi manusia luar biasa atau masih seorang manusia biasa.
Kebetulan hari Jumaat 27 Mei 2010 saya berada di Jogjakarta, cuti hari Vesak. Ada sesuatu yang dapat dipelajari dari Buddha seperti apa yang dikatakan oleh Saidina Ali "jangan tanya siapa yang berkata, yang penting apa yang dikata."
Sebagian masyarakat takut akan bencana dan kematian. Kerana kematian dianggap sesuatu yang mengerikan. Sebenarnya, ada badai dan banjir yang lebih dahsyat yaitu hawa nafsu dalam diri manusia itu sendiri.
Buddha rela berkorban untuk meninggalkan kesenangan harta dan takhta demi tujuan mulia menolong penderitaan rakyat. Teladani pengorbanannya dengan sikap empati, kemampuan untuk merasakan perasaan dan penderitaan orang lain, sikap tanpa pamrih, tidak mementingkan diri sendiri, sikap solider dan toleran, sikap bersaudara dengan orang lainRibuan tahun lalu Sidarta Gautama lahir di dunia, bertekad mencari ubat atau penangkal terjadinya badai dan banjir yang dahsyat itu untuk menyelamatkan umat di dunia. Pertapa Gautama mendapatkan penerangan untuk menanggulanginya.
Tanpa disedari perang saraf hari ini menggunakan iklan, menjadikan pemain bola, artis, selebriti idola manusia popular dan masyur sebagai ikutan. Apa saja yang dilakukan oleh seorang ‘public figure’ yang popular buat menjadi ikutan. ‘Monkey see monkey do’. Bukankah manusia juga haiwan seperti ‘monkey’? Pernah tengok empat ekor monyet yang tutup mata, telinga, mulut dan kemaluan. See no evil, speak no evil, hear no evcil, do no evil.
Apakah Anwar tidak menggunakan media terutama dalam kes sodomi dengan Saiful yang sudah mengambil masa dua tahun. Cerita sodomi bukan lagi satu rahsia, semua orang sudah tahu, sudah meniti dari bibir ke bibir. ‘Main punggung tak salah’, asal suka sama suka. Gila punya kerja, dilaknat oleh Allah SWT. Nauzubillah.
Salah satu daripada perang saraf ke atas Nabi Muhammad SAW ialah menggambarkan buruknya perilaku baginda berpoligami. Sehingga fikiran orang-orang yang diperangi begitu yakin bahawasanya ‘poligami’ itu buruk, menyakitkan hati perempuan tetapi jadi pelacur yang bertukar-tukar lelaki setiap malam o.k. Mula-mula dengan pakaian unisex akhirnya lelaki dan perempuan hari ini susah dibezakan. Inilah kejayaan ‘perang saraf’ yang dilakukan tetapi tidak disedari oleh umat Islam kerana mereka ‘papa spiritual’.
Hukum rimba jelas bin tegas, siapa yang kuat dialah yang menang dan berkuasa. Dialah yang menentukan hukum. Manusia yang satu menjadi serigala bagi manusia lainnya, homo homini lupus. Thomas Hobbes adalah filsuf Inggeris yang paling kecewa terhadap kekacauan yang terjadi. Dia berfikir, masyarakat seperti ini tak boleh dipertahankan kerana sama sekali tidak adil. Yang kuat boleh menentukan segalanya, yang lemah tak berdaya untuk melawan.
"Merdekakah masyarakat itu? Ya, mereka merdeka, mereka bebas berbuat apa saja, layaknya di dunia hewan. Tapi kemerdekaan yang mereka miliki adalah kemerdekaan untuk menindas, kemerdekaan untuk memangsa yang lemah." Karena itu Thomas Hobbes meyerahkan kemerdekaan ini kepada sebuah lembaga yang bernama Negara atau Raja. Negara yang dimaksud tidak mewakili yang kuat, tapi mewakili kepentingan umum.
‘Perang saraf’ wajib dipelajari kerana ia adalah senjata yang dipakai oleh orang¬orang ‘derhaka’ untuk memenangi kederhakaan itu. Apakah pemimpin Arqam tidak menderhaka pada gurunya Arwah Taha Suhaimi? Berapa ramai yang menderhaka pada Rasulullah SAW dan para ahlul baitnya? Hendak dapat syafaat macam mana?Untuk memerangi penderhaka anda perlu mempelajari ilmu ‘perang saraf’, untuk memerangi kederhakaan dan kejahatan yang bermaharajalela yang dilakukan oleh mereka yang menyangka Tuhan yang dibunuhnya dengan merosakkan ayat-ayat Al-Quran. ‘Tuhan Sudah Mati’ sajak Kassim Ahmad sedangkan yang mati Tuhan di hati umat Islam sendiri akibat kepapaan ‘spiritual’. Berpolitik tanpa Tuhan, berniaga tanpa Tuhan, mengikut hawa nafsu tanpa Tuhan.
Kesan dari perang senjata dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kesan dari ‘perang saraf’ yang dimulakan terhadap Rasulullah dan keluarganya hanya dapat dilihat dengan ‘mata hati’ sambil membaca sejarah Islam yang sebenarnya. Orang yang punya ‘mata hati’ yang tajam sajalah yang dapat mengetahui kesan dari ‘perang saraf’ terhadap Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT. Tahukah anda siapa Nabi kamu? Pernahkah anda membaca ‘maulid’ atau berselawat setiap hari keatasnya?
Wajah wali Allah yang dimuliakan Allah seperti ‘telaga bawah bukit’, wajah yang menarik, aura yang mempesona. Renungilah wajah mereka sambil ‘bertawasul’ minta supaya anda diberi oleh Allah SWT kepintaran mengalih peluru serangan ‘psikologi’ dari musuh dan dapat mengesan sesuatu yang di sebalik maklumat zahir menggunakan firasat atau ‘kashaf’.
Para dajjal dibina dengan imej yang cantik, yang indah, berjaya menggambarkan diri sebenarnya dengan menggunakan ilmu firasat. Anda kenal siapa mereka? Bila kita berhadapan dengan manusia ‘munafik’, kita dapat melihat terlalu banyak kecurangan, kelemahannya dan kejelekan disebalik wajah yang dimake-up sebagai ahli agama dan tokoh korporat supaya mereka tidak lagi boleh memperdayakan kita semua disebalik ‘baju kebal’ yang dipakai. Mereka boleh buat apa saja.
Para intelektual lebih takut dengan ‘tuan’ dari Tuhan. Lebih percaya cakap guru, ustaz dan ulama dari Al-Quran. Apa nak jadi pada masa depan manusia kerdil?Lu fikirlah bro...! Buku sudah ada di tangan.
Baca dengan nama Allah.


Bagaimana dengan masa depan cicit saya Alwi? Apakah dia masih boleh mendengar okestra dari deruan air sungai Toknyang? Apakah tidak mustahil sungai-sungai di Janda Baik akan kering, yang tinggal hanya batu-batu. Apa yang akan dijawab oleh para pemimpin dan ketua Agama yang diberi amanah sebagai khalifah Allah untuk menjaga amanahnya?






Kalau ulama seperti Sheikh Mustafa Yusof dari German boleh 'kena kencing' oleh Anwar dajjal, apa benda dengan mereka yang sekadar kopiah macam 'mini capati' atas kepala yang tidak kenal diri, mata macam ikan kering, fikiran tertutup. Bila fikiran terbuka baru ternampak kebenaran. Kebenaran itu 'rahsia cahaya ilahi'.



















Pada 4hb Julai 2010, Pak Habib, Dr. Azizan dan Billy Lim 'Berani gagal' telah kongsi pengalaman masing-masing di Dewan MCA di hadapan dua ribu peserta yang dianjurkan oleh Dr.Azizan. Kalau ahli politik mahu jadi 'manusia luar biasa' untuk menyelamatkan umat manusia yang di landa tsunami politik di mana-mana saja merasakan Tuhan sudah mati, mereka perlu mengikut program 'luar biasa'.

Cik Puan Elia Suhana Ahmad, Isteri kedua Sultan Kelantan. Apakah kerana Elia Suhana istana Kelantan bergolak hingga terjadi perang saudara, tanya Tok Guru Nik Aziz?










Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah binti Abdul Rahman bersama Pak Habib semasa melawat Janda Baik.











Betul ke Afifa anak Azmin? Betul ke DNA yang diambil bukan DNA dia? Kenapa tidak cuba sekali lagi untuk membersihkan nama Anwar yang dikatakan bapa Afifa?

Cuba tengok cara Shamsidar melihat Anwar? Di tengah Umi Hafilda yang telah menceritakan skandal mereka.


Beranikah Azmin bersumpah laknat seperti yang dilakukan oleh Saiful bahawa Anwar tak pernah meliwatinya, tak main punggungnya semasa di New York dulu? Dia anak Ustaz Ali, Nalla ada mendakwa bahawa anak Shamsidar yang kedua adalah anak Anwar.
Syukur saya dapat terlepas dari kekuatan sihir, kalau tidak saya akan terus menjadi hamba sex Anwar. Biarpun ramai yang tak percaya, tak mengapa. Allah Maha Mengetahui dunia akan tahu siapa Anwar sebenarnya.Cuba tengok muka Azmin hampir sama dengan muka Saiful.



Kalau boleh makan berkongsi dengan Datuk Sri Syed Hamid Albar manten Menteri Dalam Negeri, mesti ada cerita punya. Pasal Anwar ke? Lu fikirlah Bro...!








Rupa Umu Jah hampir menyerupai Abuya Ashaari. Hatijah Aam isteri Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad yang menjadi ketua Arqam yang menyebabkan ramai sahabat lari meninggalkan Ustaz Ashaari. Tangan yang menghayun buian, tangan itu juga yang telah menjadi tsunami bagi lelaki yang mengikut apa saja kata bini.Wanita dalam Islam mempunyai martabat yang tersendiri malah penciptaanya mempunyai rahsia, hikmah serta keistimewaan. Mereka bukan sahaja sebagai pelengkap kehidupan kaum Adam tetapi juga penerus generasi manusia si alam ini.Kalau betul asal kejadiannya dicipta dari sebahagian rusuk Nabi Adam a.s.m ia tidak dicipta dari kepala kerana mereka bukan makhluk yang perlu dijunjung dan tidak juga diciptakan dari kaki kerana mereka bukan untuk dihina. Tetapi mereka dicipta daripada anggota yang dekat di hati untuk sayangi dan dilindungi. Siapa yang mengikut perintah siapa?
Dalam buku saya Siapa Selepas Musa, ada cerita Pak Lah, ada Rais Yatim, Megat Juned. Banyak orang kata ramalan saya menjadi kebetulan bila Musa menang mengalahkan Ku Li tahun 1981. Begitu juga dengan buku Pemuda Zaman Mahathir, meramalkan Anwar akan kalahkan Haji Suhaimi. Bila UMNO diharamkan tahun 1988 dalam buku saya Talqin Untuk UMNO, saya kata jika Ustaz Ahaari dan orang-orangnya masuk UMNO tak mustahil akan jadi Perdana Menteri. Tahun 1988 Anwar terkeluar dari UMNO. UMNO sebagai parti orang Islam. Ia memerlukan roh Islam. Hanya Islam saja yang boleh menyelamatkan manusia dan seluruh alam. Dunia dan alam cekrawala ini milik Allah. Disebabkan Ashaari berada diluar UMNO, dia jadi tak relevan. Kita jangan mudah percaya dan terpedaya dengan tipu helah manusia. Sebagai seorang ulama Ustaz Ashaari sepatutnya memberi sokongan kepada umara, jangan jadi seperti PAS yang malu rebut dunia. Mahu jadi ulama dan umara dalam satu waktu.
Dulu semasa jadi menteri Datuk Dr.Chua Soi Lek hanya Naib Presiden MCA. Bila dia berani mengaku dia ada skandal seks, dia dipilih menjadi Presiden MCA, sungguh 'luar biasa' kebenaran Chua Soi Lek tetapi dia tak buat kerja luar tabie.

"Berani buat saya mesti berani tanggung". Dia tak berbohong, itulah dia pemimpin MCA.



Jantan mahu, perempuan pun mahu salah juga. Salahkah jika kata Anwar biseksual. Tengok buruknya perangai Anwar semasa jadi TPM.










Cuba tenung di belakang Anwar, bidai kayu itu mengandungi ayat-ayat Al-Quran yang diukir, berdiri dibelakang Saiful sebagai 'coffee boy'. Perhatikan wajah-wajah yang ada di perjumpaan untuk membincangkan agama, bangsa dan negara atau ada sesuatu agenda istimewa. Mungkin Saiful boleh cerita di websitenya.




Perhatikan simbol parti KeADILan di mana Anwar Ibrahim menjadi penasihat dengan simbol biseksual dan perhatikan tanda Anwar Ibrahim, mungkin anda akan berkata ini semua kebetulan saja. Lu fikirlah bro...






Tandatangan boleh menceritakan perwatakan seseorang manusia seperti juga mata. Mata adalah cermin hati, kita boleh tahu isi hati seseorang dengan melihat matanya. Ini tandatangan Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan 1hb. Julai 1997.






Datuk Nallakaruppan: Pasal apa saya mesti takut sama Anwar. 30 tahun saya kenal dia, dia yang takut kalau tengok Pak Habib duduk dengan saya.






Arwah Ustaz Ashaari pandai ambil hati penulis






Arwah Ustaz Ashaari dan bekas orang kanannya Haji Abdul Halim Abbas. Siapa penyebab mereka berpecah?





Pak Habib bersama Saiful dan neneknya, di rumah neneknya di Janda Baik.

Dalam buku Dunia Belum Kiamat 2 Sodomi, Bontuti, Al-Liwati, Saiful menceriatakan Anwar telah membawa dia ke Dusit Tani di Bangkok, Royal Executive Suite di Kowloon Hong Kong dan Hotel Hilton di Singapura. Saiful sudah bersumpah di dalam masjid, kenapa Anwar tidak berani bersumpah?Betulkah Anwar tak bersalah? Betul ke Saiful Bokhari coffee boy di sodomi atas dasar suka sama suka? Siapa yang meliwat siapa dan siapa yang berkonspirasi?
Saiful bersama peguamnya Zamri di Mahkamah Shah Alam.
Menurut pengakuan bersumpah itu lagi Sukma mengikuti Anwar ketika Anwar berpindah ke Seksyen 14, Petaling Jaya dan seterusnya membeli rumah peribadi di No.8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.Di rumah peribadi Anwar itu, Sukma telah disediakan bilik khas sebagai penginapannya. Sukma juga turut mengikuti Anwar, apabila Anwar berpindah ke rumah kediaman rasmi kerajaan di 47, Jalan Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.
Sekitar tahun 1992, ketika Anwar menjawat Menteri Kewangan, Sukma membeli rumah peribadiya di 10-7-2, Tivoli Villa, Bangsar, Kuala Lumpur, dengan harga lebih kurang RM400,000
Sukma juga turut mengakui di mahkamah, Anwar telah menderma sebanyak RM100,000 kepadanya untuk mengubah suai rumah kediaman peribadinya itu.



Kerusi Ketua Pemuda tak berguna kalau tanpa 'baju kebal', masa Pak Lah jadi Perdana Menteri, pejabat YB KJ di tingkat empat ada 'baju kebal', ramai yang bila hilang 'baju kebal' jadi 'bebal', 'one cent no use'. Kasihan.









YB Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi bersama isteri Datin Hamidah pasangan yang disenangi oleh media dan mereka yang kenal hati budi pemimpin yang dekat di hati.
Ketika saya beritahu Zahid didepan isterinya bahawa 'behind the succes of every man there must be a women'. Zahid memperbetulkan, kejayaan seseorang suami mesti ada isteri. Saya menambah, isteri yang beriman, taqwa dan solehin, macam Khadijah r.a. 'ummul mukminin' berbahagia suami yang mempunyai isteri yang 'solehin' bukan sekadar Islam pada nama saja.Kisah Zahid bertemu dengan susur galur dan mendapat pengesahan bahawa 'salasilah'nya dari keturunan 'Ningre' dari Keraton dan Tuanku Raden Zahid Hamidi adalah waris yang ke 8 kerajaan Mataram.Dari buku Macam-macam Ada (1)

Ali Hashim Jacop, dia takut nama dia busuk atau Johor Corporation? Buku 'Johor Corporation Thieves of the people' yang hanya dua bab dan kulit buku saja yang dibaca oleh dia dan seorang lagi kawan dia. Penulis dihukum 'menfitnah', macam mana kalau Ali tak ada 'baju kebal'? Bolehkah dai memberikan defensi perkataan 'fitnah' di depan Allah SWT? Apa pun biarlah masyarakat pula yang menjadi hakimnya. Lu fikirlah bro... seksa dan teraniayanya penulis di negara yang merdeka dan berdemokrasi akibat permainan manusia 'berbaju kebal'.









Warkah Untuk Wan Azizah
Assalamualaikum Datin Seri Azizah yang saya hormati,
Memang berat untuk saya menulis surat terbuka kepada seorang surirumah dan ibu yang begitu bertanggungjawab terhadap anak-anak sekali gus seorang tokoh lagenda sehebat Mahsuri namun selaku seorang warga negara yang merasa bertanggungjawab untuk mendokumentasikan penglibatan anda selaku isteri kepada seorang lagenda seperti Anwar Ibrahim saya terpaksa melakukannya.
Dalam sejarah Melayu memang terdapat wanita tak berdosa seperti isteri Megat Terawis mati ketika mengandung mengidam seulas nangka di bawah Sultan Mahmud yang zalim, akhir hidupnya mati dijulang dibunuh oleh Megat. Mahsuri mati difitnah, begitu juga dengan kisah lancang kuning.
Bukan salah ibu mengandung, anda yang taat pada suami terpaksa menanggung aib dan malu akibat kesilapan salah laku YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya tidak mengulangi kesilapannya untuk kedua kali setelah dipenjarakan.
Pada mulanya saya tak tergamak menulis surat ini tetapi sudah memang kerja saya selaku penulis maka saya mesti tulis juga. Macam nelayan yang kerjanya memburu ikan masakan dia hendak tangkap ayam hutan.
Siapa sebenarnya berniat mahu timbulkan politik kebencian terhadap puan? Penulis atau suami puan? Sebenarnya siapa pun tak peduli dia mahu jadi seorang homoseks tetapi kerana dia seorang yang bergelar ‘Pak Sheikh’ dan perbuatannya boleh menjadi ikutan ramai kerana Pak Sheikh boleh buat kenapa anak muda lain tak boleh, ‘monkey see monkey do’.
Siapa yang tak sedih? Memang sedih melihat penderitaan yang ditanggung oleh keluarga Anwar Ibrahim, apakah ini suratan takdir, kadak dan kadar atau karma? Lu fikirlah Wan Azizah. Dosanya membawa Azizah khawin lari sudah dimaafkan. Padahal itu teladan yang tak elok terutama mereka yang berpegang pada pantun; tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyuh berlari, ku pinang tak dapat, ku pujuk ku bawa lari.
Seandainya Anwar Ibrahim seorang manusia biasa, tidak ambitious, tidak mahu jadi Perdana Menteri, tidak buat kacau dalam negara, tidak timbulkan huru hara dengan mengadakan reformasi seperti Tengku Razaleigh Hamzah misalnya siapa pun tak bercakap tentang isterinya. Anwar seorang bekas pemimpin ABIM tokoh Islam yang disegani semasa muda, sekiranya anda hanya seorang surirumah mungkin siapa pun tak peduli. Sendiri punya kubur dalam, sendiri jawablah. Anda seorang doktor perubatan, politikus, public figure dan pemimpin parti politik yang mahu mengambil alih pemerintahan negara, mana boleh tutup sebelah mata.
Apakah Saiful dan keluarganya tiada maruah dan harga diri seperti keluarga anda? Perbuatan siapa kalau bukan Datuk Seri Anwar yang menyebabkan Saiful terpaksa membuat laporan polis. Tanpa bukti, tanpa saksi, tanpa mangsa yang bercakap, hukuman telah dijatuhkan ke atas Saiful oleh orang-orang Anwar. Apakah tidak benar Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Saiful?
Datuk Seri Najib bersumpah dengan lafaz demi Allah, "Wallahhi, Wabillahhi, Watallahi, saya tiada hubungan dengan gadis bernama Altantuya Sarribu" terucap di hadapan ribuan penduduk Ijok. Kalau Anwar telah melakukan perkara yang sama tutup cerita.
Seandainya apa yang didakwa oleh Ezam di muka belakang buku saya Malaysia Without Malays tidak betul kenapa anda tak ambil tindakan mahkamah terhadap saya dan Ezam?
Bangkai gajah mana boleh ditutup. Inilah susahnya kerana anda tidak mahu berterus terang. Para pengikut dan rakyat menjadi seperti orang yang gajah depan mata tak nampak, hama diseberang yang jelas kelihatan maka terjadilah satu jari menunjuk ke arah pemimpin yang tak disenangi oleh rakyat, tiga jari yang menunjuk ke arah sendiri dilupai.
Sumpah Saiful bukan bertujuan menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar dan keluarga. Apa pilihan Saiful jika aduannya kepada Polis yang Anwar menembak punggungnya dikatakan satu fitnah? Apa pilihan Saiful apabila tanpa menunggu proses undang-undang, Datuk Seri Anwar menyalahgunakan undang-undang Syariah membuat aduan qazaf di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)? Jika duduk dalam rumah kaca jangan baling batu ke rumah orang.
Apa pilihan Saiful selain bersumpah jika aduan qazaf oleh Anwar memerlukan mangsa mengemukakan empat orang saksi melihat zakar Anwar masuk ke dalam dubur Saiful?
Apakah Kak Wan fikir Saiful dan keluarganya tidak mempunyai maruah apabila dituduh membuat fitnah dan menjadi alat konspirasi orang tertentu untuk memburukan Anwar? Kenapa tunggu sampai hampir dua tahun dengan bermacam alasan, rakyat hendak tahu keputusan mahkamah? Betul tak Saiful mangsa liwat Anwar? Itu saja.
Yang terbaik sekarang ini ialah meminta Anwar bersumpah atau bermubahalah dengan Saiful. Pasti ramai umat Islam akan lebih percaya Anwar berbanding Saiful. Soalnya beranikah Anwar?
Atau sekurang-kurangnya beranikah Kak Wan bersumpah bahawa tidak tahu langsung mengenai perangai luar tabie Anwar? Di dunia kita boleh terlepas bagaimana di akhirat nanti?
Sesiapa yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengenali sifat sebenarnya dan akhirnya akan membuat keputusan menjauhi daripadanya. Mereka yang mengenalinya dengan rapat akan mengenali sifatnya sebenarnya yang tidak jujur. Hanya orang di luar tidak tahu sifatnya. Semakin kita dekat dengannya, kita akan tahu betul ke dia seorang pejuang kebangsaan atau tidak. Dr Chandra Muzaffar (bekas Timbalan Presiden Keadilan) keluar parti. Begitu juga peguamnya Zainur Zakaria, Datuk Nalla Karuppan sahabat baik selama ini dan diikuti ramai pemimpin lain.
Anwar begitu rakus dan taksub untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berusaha menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah.
Imej Anwar telah jatuh merudum di sebalik gerakan agresif untuk menonjolkan diri sebagai pejuang hak asasi dan demokrasi serta sentiasa melobi media antarabangsa. Nama Anwar tidak lagi tersenarai dalam 100 individu paling berpengaruh di dunia dalam bancian terbaru majalah Time. Anwar pernah berada dalam senarai tersebut pada kedudukan kesembilan bagi bancian 2008.
Ramai pengikut PAS yang sedar bahawa PAS bukan dilahirkan untuk menyelamatkan isu moral Anwar. Isu moral termasuk kes liwat kali kedua, tindakan agresifnya untuk mendapatkan campur tangan asing, isu pembohongan 16 September, imej sebagai putar alam, mengkhianati kawan dan banyak lagi, menyerlahkan siapa sebenarnya beliau. Sebagai seorang isteri yang taat setia, kita tak mengharapkan anda meninggalkan dia, syurga dibawah tapak kaki suami.
Perlunya orang Islam mematuhi ajaran Islam sepenuhnya untuk mengangkat moral pemimpin mengikut akhlak Nabi Muhammad SAW.
Wan Azizah perlu meninggalkan politik jadi seorang ibu mithali kerana telah hilang kewibawaan akibat lebih menjaga kepentingan suaminya daripada menegakkan kebenaran dan menjadi pejuang demokrasi dan pejuang hak asasi manusia.
Bagaimana pula perasaan keluarga Saiful dan Saiful sendiri yang hidupnya didalam penjara sedangkan Anwar bebas disokong oleh para penyokong membuat pelbagai tuduhan dan gelaran?
Selaku isteri Sheikh Anwar Ibrahim tentu puan tahu bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda "Seandainya anakku Fatimah Az-Zaharah mencuri akan ku potong tangannya." Bagaimana kita mahu anak kita menjadi seorang manusia yang baik kalau bukan kita yang menjadi contoh teladan yang baik bagi mereka. Ketam akan mengikut ibu bapa ketam berjalan. Ibunya borek anaknya rintik peribahsa Melayu.
Saya syorkan kepada penyokong PKR jika mereka membaca artikel ini, sila cetak dan tanyakan sendiri kepada Azizah! Soalan wajib tanya, apakah perasaannya yang jujur selama 30 tahun bersuamikan Anwar?
Namun sejarah wanita dalam pelbagai tamadun dunia memperlihatkan pelbagai evolusi. Sama ada di bumi Arab, India dan China, sejarah wanita menyaksikan mereka menjadi pemuas nafsu kaum lelaki, dinafikan haknya.
Kehadiran Islam meletakkan kedudukan mereka bersesuaian dengan fitrah kejadiannya. Mereka memiliki kekuatan tersembunyi yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki sebagai penyempurna kehidupan tetapi kenapa ada wanita bila diberi kesempatan menjadi diktator kepada lelaki dan ada lelaki yang menjadi diktator kepada isteri.



















ISBN: 978-967-5865-01-5
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 30, 2010 03:05

S.H.ALATTAS - 59 - Tuhan, Seks & Politik - 2010

S.H.ALATTAS - 59 - Tuhan, Seks & Politik - 2010



ISI KANDUNGAN

1. Hero Seribu Wajah
2. Siapa Penyelamat Ummah?
3. Mereka Yang Berani
4. Jumpa Lagenda Di Sungai Buaya
5. Ayat-Ayat Tuhan
6. Luar Biasa, Biasa-Biasa
7. Apa Istimewanya 'God Father'?
8. Memo Untuk Tok Guru
9. Depan, Belakang Lain Kira


10. Warkah Untuk Wan Azizah
11. Ilham Di Wadi Hussien
12. Cakap Tak Serupa Bikin
13. Raja Pun Homoseks Juga
14. Saya Bini Punya Belakang Germen Punya Ke?
15. Antara Luar Biasa Dan Luar Tabie..
16. Lu Gian Belakang Ke...?
17. Antara Yang Meliwat Dan Yang Diliwat
18. Pemimpin Dan Seks
19. Dajjal Dari Nuraka
20. Pilih Kaya Dan Berjaya
21. Mesti Pandang Belakang.. Tengok Dia Ada Ke..?
22. Al-Battok, Al-Tut Dan Al-Sodomi
23. Bertemu Al-Liwati Dibuntuti Street
24. Nasi Lemak & The International 'Coffe Boy'
25. Muhyiddin Bidas Tindakan Kaitkan Amerika Syarikat
26. Katak Bukit Dan Putra Katak
27. Kenapa Tuhan Pilih Najib?
28. Musa Hassan VS Anwar Ibrahim
29. Sedapnya Rasa Sup Buntut
30. Nik Aziz Ulamak Nyanyuk
31. Minum Bersama Singa UMNO
32. Faruqi Dan Anwar Ibrahim Di UIA
33. Tak Takut Mati
34. Sanusi Junid Ringgit Malaysia
35. Antara Manusia Luar Biasa
36. 2 Panglima Dari Benua India
37. 1Malaysia Satu Sultan India
38. Pengaruh Media Dan Sains Politik
39. Tuhan Belum Mati
40. Kacang Putih RM1.65 Juta


TUHAN, POLITIK DAN SEKS

12hb. April 2010, sewaktu menunggu penerbangan MAS ke Kuala Lumpur jam 11 malam waktu India, saya berehat dilounge di Lapangan Terbang Mumbai, transit dari Porbandar Gujarat. Terbaca satu berita mengenai Ram Gopal Varma, pengarah filem yang mudah tertarik dengan apa yang sedang berlaku didunia yang boleh mendatangkan inspirasi untuk menghasilkan sebuah filem yang ‘baik’. Pengarah filem yang telah mengarahkan filem mengenai politik, media dan the ‘under world’, tiba-tiba tertarik untuk membuat filem mengenai ‘God & Sex’.

Berapa ramai manusia yang tak tertarik bila kita bercakap mengenai ketuhanan terutama mereka yang cinta dunia, takut mati? Cerita mengenai seks, susah nak cari muda-mudi yang tak suka. Seorang lelaki belum boleh dianggap tua selagi jantungnya berdebar, tergoda melihat punggung. Pepatah Arab ada mengatakan "lebih selamat berjalan di depan harimau dari belakang perempuan."

Ram Gopal mempersoalkan apakah yang diperlukan untuk menjadi tokoh spiritual samada ianya swami, kiai, guru atau ‘godman’? Mungkin Nabi Musa a.s. berkomunikasi dengan Allah diatas bukit TurSina menggunakan ‘wave lenght’ dan frequences. Para Nabi bermula dari Adam hingga ke Nabi Muhammad SAW adalah ‘God man’ kekasih Allah yang sebenarnya selain para awlia Allah.

Manusia memuliakan ‘awlia’, teman Tuhan diatas muka bumi ini. Menjadi ‘wali Allah’ bukan dengan imej luaran yang hebat, ketrampilan tetapi perlu mempunyai ‘aura’ dan ‘karamah’, kemuliaan yang dikagumi dan dimuliakan oleh pengikut.

Buku ini pada mula tajuknya Dajjal kemudian Anwar Biseksual kerana ada Azmin, Azizah, Shamshida dan Saiful. Akibat gagal mengawal hawa nafsu ‘monkey see monkey do’, akhirnya ramai ustaz yang terjerumus seperti swami Nithyanand dan lain-lain guru yang bergelar ‘god man’ akibat Tuhan sudah mati dalam diri akibat bertuhankan nafsu.

Filem yang akan dibikin oleh Ram tidak semata-mata berkisar dari sudut seks tetapi apa yang berlaku didalam asrama, ‘pondok’ tempat belajar hafiz Quran, yoga dan meditasi dari seorang swami. Disitulah banyak maksiat berlaku secara tertutup. Apakah dalam sekolah tahfiz, Al-Quran dan ‘pondok’ tak ada guru yang suka ‘mencelah’ kelangkang pelajar? Kenapa maksiat yang berlaku dalam gereja, paderi meliwat budak lelaki yang kisahnya terbongkar selepas 20 tahun? Bagaimana cerita kemungkaran dalam puak Arqam yang pernah diharamkan?

Politik melibatkan seks, kuasa dan harta membuat Clinton, John Profomo, Anwar dan ramai lagi VIP dan VVIP yang hilang harga diri akibat permainan syaitan dan mereka-mereka yang telah menjual roh pada syaitan akibat gila kuasa, gila seks dan gila kekayaan.

Dalam semua agama ada ‘godman’, sama ada dia benar-benar sudah sampai ke peringkat kesempurnaan ‘insanul kamil’ atau dia masih seorang dajjal? Antichrist cuba membunuh Isa a.s., yang mati bukan Christ, Tuhan menghilangkan Nabi Isa a.s. dan lain-lain manusia dengan kehandalannya dari pandangan ‘mata kasar’ manusia yang tak boleh melihat dengan ‘mata hati’.

Dalam dunia cuma ada dua jenis manusia dari keturunan Adam, sama ada DNAnya dari Habil atau Kabil. Ibrahim atau Namrud. Sama ada Musa a.s. atau Firaun yang mengaku Tuhan. Tuhan memilih bangsa Arab untuk jadi Nabi terakhir. Kaum Quraish terbagi kepada dua kabilah Bani Hasyim atau Umayiah, Muhammad SAW atau Abu Suffian, Ali atau Muawiyah, Husin atau Yazid yang cuba membunuh dengan kejam seluruh keluarga Nabi SAW di peristiwa Karbala. Dengan seorang saja yang hidup Imam Ali Zainal Abidin As-Sajjad, jutaan keluarga Rasulullah SAW hidup diseluruh dunia dan terus mengembangkan Islam. Apa jadi pada keluarga Muawiyah?
Nabi Ibrahim a.s. menjanjikan nasab keluarganya bagi siapa pun yang mengikut agamanya. ‘Siapa ikut agamaku dia dari keturunanku’ - Ibrahim 14:3. Nabi Muhammad SAW menambah nasab cinta Allah kepada kita. Nabi SAW kata ‘ikutlah agama aku engkau akan menjadi kekasih Allah.’ - Imran 7:31. Dua manusia yang mendapat pujian Allah dalam solat dan Islam. Ini juga ‘god man’, selain para Nabi kerana manusia itu lebih mulia dari malaikat namun boleh jadi lebih hina dari binatang.

Tasauf dan ilmu kerohanian mendidik manusia mengenai hati sehingga takut buat dosa kepada-Nya. Bila ramai jutawan yang cinta dan takut kepadanya akan bertukar dari sifat bakhil (musuh Allah) bersifat pemurah, suka memberi dan menolong mereka yang memerlukan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Untuk mengubati penyakit sosial yang parah hari ini manusia perlu memperbaiki hati. Belajarlah ilmu tentang hati dari imam Al-Ghazali dan lain-lain buku tasauf atau sufi. Buah daripada ilmu kerohanian melahirkan manusia luar biasa yang baik, yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Mendidik untuk melahirkan manusia seperti ini bukan mudah. Ini kerana manusia itu ada jasad lahir (fizikal), ada jasad batin (akal, roh dan nafsu). Kejayaan mendidik manusia ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak itu. Maka bagi orang yang bercita-cita membaiki diri, guru-guru atau para pendidik mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati manusia kerana sesungguhnya: Pendidikan itu rapat dengan rohanian manusia.

Betul atau tidak ramai ahli politik kita yang pergi kepada guru, swami yang bertaraf kiai, sama ada di Indonesia, India juga Thailand. Selama saya menyiapkan buku ini banyak rahsia pemimpin negara yang terbongkar diceritakan oleh kiai atau swami. Pelik bagaimana ‘godman’, ‘kiai’, bomoh yang hanya manusia biasa boleh diyakini seperti yakinnya mereka pada Tuhan. Itulah yang dipersoalkan oleh Ram Gopal Varma.

Sambil membaca berita itu saya teringat, media terbaik untuk mendekati dan berkomunikasi dengan manusia ialah filem. Kebetulan pada tahun 1960 saya memulakan karya sebagai penulis hiburan di ‘Majalah Filem Malaysia’, ‘Berita Filem’ di Singapura. Saya berkenalan dengan Shami Kapor dan lain-lain bintang filem India yang terkemuka ketika itu yang saya tak akan lupa ialah filem ‘Mother India’ dan Hamhindustane. Filem kisah seorang penulis novel sehebat filem ‘Slum Dog Millionaire’ di Mumbai menjadi jutawan.

Umi Afidah beritahu saya dia minat hendak menceritakan seksanya dia bila mendedahkan siapa Anwar Ibrahim sebenarnya dan ketika dia menulis surat kepada Tun Mahathir setebal 19 muka surat yang menjadi buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tak Boleh jadi Perdana Menteri membuatkan dia ditahan dan diseksa, akhirnya Anwar ke penjara namun Melayu mudah lupa.
Filem mengenai Anwar biseksual, di mana Karpal Singh, Lim Kit Siang, Tok Guru Nik Aziz, Azizah, Shamshida, Azmin, Saiful Bukhari, Nallakarupan boleh jadi ‘box office’. Siapa sangka Saiful berjaya memerangkap Anwar tersungkur ke dalam duburnya? Memang hal berkaitan dengan manusia yang diiktiraf oleh mereka yang mindanya tertutup, tak boleh menerima idola mereka yang dianggap ‘god man’ boleh melakukan dosa seberat itu.

Apa yang berlaku pada Swami Nithyanand adalah satu perkara biasa, seperti apa yang berlaku pada padri Pedoflu (paedophile) yang mempunyai misai seperti Hitler yang kisahnya membontoti ramai budak lelaki 20 tahun dahulu akhirnya terbongkar, Pope terpaksa minta maaf. Bila agaknya cerita Umu Jah, isteri kedua Ustaz Ashaari yang menguasai empire Arqam akan terbongkar? Siapa dia sebenarnya?

Ahli agama buat kerja songsang, buat kerja terbalik berlaku di zaman Nabi lagi, Musailamah sanggup mengaku nabi. Musailamah terkenal kerana membuat pembohongan dengan mengaku dirinya merupakan seorang nabi. Musailamah mempelajari ilmu sihir, beliau mengumpulkan para pengikutnya dan membuat perancangan untuk murtad secara besar-besaran. Apa nak heran jika Umu Jah buat gempar Ashaari yang sudah dikuburkan boleh hidup semula, bagaimana kalau jadi zombi?

Hari ini berapa ramai yang keluar dari UMNO bermula dengan Haji Ahmad Fuaad yang kalah merebut jawatan Presiden yang dimenangi oleh Tunku Abdul Rahman. Arwah Ahmad Fuaad tubuh parti lain, bila Tengku Razaleigh kalah, Ku Li tubuhkan Semangat 46, bila Anwar Ibrahim dikeluarkan dari UMNO, Azizah tubuhkan parti keluarganya sendiri.

Kebanyakan masyarakat Arab yang baru memeluk Islam masih lagi belum memahami ajaran Islam secara mendalam terutama yang tinggal jauh dari Hijaz. Mereka ini mudah keluar daripada Islam. Ada yang masih menanggap ajaran Islam mengongkong mereka daripada keseronokkan kehidupan jahilliyah. Kewafatan Nabi memberi kesempatan mereka terus keluar daripasa Islam secara terang-terangan.

Memang ada golongan ini memeluk Islam kerana inginkan harta-harta rampasan, sanjungan dan kedudukan, serta ingin menghindarkan diri dari serangan tentera Islam. Apakah tidak mungkin cerita Ashaari hidup semula ini kerana Umu Jah tidak mahu keseorangan?

Ramai yang masuk UMNO bukan lagi untuk membela nasib golongan yang ditindas atau memajukan mana-mana kawasan akan tetapi orang sekarang masuk politik sebab nak kaya cepat, tak nak kerja, malas, bila tak dapat sesuatu ‘lu fikirlah bro....’

Cara berfikir perlu diubah daripada pemikiran ortodoks ‘kitab kuning’ mendapatkan ilmu menggunakan internet untuk pendekatan baru menghasilkan generasi baru yang minda terbuka bukan jumud, kolot untuk menyelesaikan masalah yang sedang dilakukan oleh Dr. Azizan supaya dapat keluar dari kepompong hidup menjadi manusia ‘mangkuk ayun’.

Bangsa Melayu perlu tegas dengan tidak cuma menerima secara pasif segala desakan yang mendatang. Dalam menangani cabaran ini, Melayu perlu segera kembali menyusur akar nilai dan budaya untuk mencari kekuatan baru tanpa kehilangan jati diri. Sebagai umat Islam, kekuatan ini hanya boleh didapati melalui kaedah yang berpegang teguh kepada tali Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

Ashaari, Anwar Ibrahim, Nik Aziz bukan ‘insan kamil’. Hati mereka bukan disucikan oleh Allah SWT, sekadar manusia ‘luar biasa’ yang belum boleh sampai ke Sidaratul Muntaha. Ke mana mereka hendak bawa pengikut yang menjadikan mereka idola? Selagi mereka bernama manusia, ada nafsu, pasti mereka boleh buat dosa. Samada pak sheikh, ustaz atau tok guru, sahabat Nabi SAW yang seperti bintang di langit, masih tidak terlepas dari membuat dosa. Omar Ibni Khatab 10 tahun berturut mencari Awis Al-Qarani seorang gembala unta minta doakan supaya Omar boleh masuk syurga. Nabi Musa a.s. pergi mencari Hidir a.s. belajar dari orang yang dia tak pernah jumpa tapi mempunyai ‘basirah’ mata hati yang tak dimilikinya. Inilah akibat kita terlupa mempelajari tentang tokoh Sufi dan para wali Allah untuk dijadikan ikon untuk mendapatkan keberkatan.

Anwar berumur 63 tahun, patut sudah tutup buku, menghadap Allah SWT, begitu juga Tun Mahathir dan Nik Aziz. Mereka ada mata hati, tahu kehebatan yang di miliki oleh wali Allah, Rabiatu Addawiah, Junaidi dan lain-lain tokoh sufi atau wali songo dan para wali Melayu.
Orang yang mempunyai IQ yang tinggi tidak semestinya berakal, tapi orang yang berakal pasti tak buat kerja bodoh. Orang berakal, beriman, orang beriman adalah orang yang ‘taqwa’ bukan takut tuan, takut Allah. Allah lebih dekat dari urat leher. Hati adalah singgahsana Allah. Hallaj ana al-haq telah membuktikannya. Allah Maha Melihat. Dengan haq kul yakin baru kita dapat melihat, jangan sesudah melihat baru hendak percaya bahawa yang melihat ialah mata hati.

Mata kasar sebagai alat ‘aksesori’. Dalam dunia serba canggih pembalasan Allah juga canggih.
Berbicara tentang pegangan hidup orang Islam, keterangan tentang perkara yang patut mereka yakini amat jelas, mudah dan berpijak pada akal. Al-Quran menjelaskan perkara ini kepada manusia, pendekatan yang dilakukan oleh Al-Quran amat tepat, yang tak baca pasal apa?
Penulis atau pemimpin yang mempunyai ‘minda toxid’ mengakibatkan ramai pemikiran manusia diracuni. Kita bimbang tentang pencemaran pembuangan sisa toxid, tetapi kita tak mempedulikan bahaya ulama jelmaan, ulama ‘mangkuk ayun’ yang diimport, yang berminda toxid dikeliling pemimpin menggunakan indoktrain untuk ‘menghalalkan’ yang haram dan ‘mengharamkan’ yang halal terutama bila mereka berlagak sebagai ‘god man’. Ramai ulama terkemuka dunia berbangsa Arab. Arab bukan Islam dan Islam bukan Arab, dua intiti yang berbeza biarpun Nabi Muhammad SAW berbangsa Arab. Al-Quran dalam bahasa Arab. Musuh Islam menggunakan pemikir-pemikir yang berbangsa Arab yang dipopularkan di USA untuk merosakkan Islam menggunakan wang dari Arab jahiliah.

Saya tersenyum apabila terfikir ramainya yang menghafal Al-Quran tak tahu isi sebenarnya, matanya celik hatinya masih buta. Siapa yang buta di dunia akan buta juga diakhirat malah lebih sesat lagi. - Al-Quran. Apakah kerana tak baca sejarah Islam, tak baca buku tasauf, mereka gagal melihat ‘kebenaran’? Cuba melihat ke dalam, siapa yang duduk didalam singgahsana hati?
Anda semua masih ingat Salman Rushdie, penulis novel berketurunan India akhirnya diberikan bintang ‘Knight of the British Empire’ yang membawa gelaran ‘Sir’. Soalnya apakah Salman Rushdie merupakan penulis berbahasa Inggeris terbaik yang masih hidup? Bagaimana dengan Gandhi? Lu fikirlah bro...! Rushdie membuatkan jutaan umat Islam di seluruh dunia marah kerana novelnya The Satanic Verses menghina Nabi Muhammad SAW? Bayangkan bahaya perang saikoloji supaya orang Islam dimusuhi kerana dilabel fanatik. Kenapa ini boleh terjadi kalau bukan kita masih di taraf manusia biasa?

Memang ramai dajjal yang mahu menghapuskan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Tanpa Nabi Muhammad SAW tidak ada Al-Quran. Hanya Al-Quran saja yang boleh memberi rahmat kepada sekian alam. Para dajjal sedang berusaha menghapuskan isi Al-Quran dari umat Islam.

Dari segi paras rupa ada persamaan antara Anwar Ibrahim dan Salman Rushdie. Apakah Salman Rushdie sememangnya seorang penulis yang hebat atau hanya seorang selebriti yang dinobatkan untuk menjadi terkemuka supaya dicontohi oleh penulis lain yang ingin gelaran ‘Sir’? Siapapun tak sanggup membaca novelnya melainkan diupah untuk menghabiskan bacaannya? Anwar pun seorang penulis buku, seorang ‘orator’ yang hebat dan top yang mempunyai ribuan peminat. Manusia luar biasa yang terlupa yang dia seorang manusia biasa.

Buku The Satanic Verses di bakar oleh ‘mullah’ di Bradford dan Almarhum Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa hukuman bunuh terhadap Rushdie. Mereka yang kenal dirinya, kenal Tuhannya tahu bahawa insan itu rahsia Tuhan dan Tuhan itu rahsia insan, mereka yang telah membaca buku ‘The Secret Of Secrets, oleh Abdul Qadir Jailani. Mereka yang kenal siapa Hussien Ibnu Mansur al-Hallag dengan Ana Al-haq akan sentiasa bercakap benar.

M. K. Gandhi dalam bukunya An Autobiography or The Story of my experiments with truth yang saya beli di rumah kelahiran Gandhi di Porbandar Gujarat. "I have nothing new to teach the world. Truth and non-violence are as old as the hills." - mutiara kata Mahatma Gandhi.
Demi cinta, kasihnya pada Rasulullah SAW berapa ramai pemimpin Islam yang seberani Almarhum Khomeini yang tidak akan membiarkan siapa saja menghina Muhammad SAW kekasih Allah yang membawa rahmat bagi sekian alam? ‘Syiah’ dibenci dan dianggap kafir oleh kelompok pro dajjal akibat mereka tak mengerti kenapa Ali dan keluarga ahlul bait Rasulullah SAW di sayangi oleh mazhab Syiah yang diiktiraf oleh Sheikh al-Azhar. Inilah kelemahan umat Islam, kemiskinan spiritual dan kurangnya ilmu akibat tidak mahu membaca.

Kenapa dalam buku ini saya terpaksa memuatkan cerita para wali Allah, cerita ‘malaun’, dajjal serta ‘mangkuk ayun’? Kenapa cerita dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Hong Kong, Singapura, India, Indonesia dan adengan liwat antara Anwar dan Saiful menjadi tarikan utama?

Semasa menyiapkan buku ‘politik semasa’ ini pada 13 Mei 2010 Ustaz Ashaari yang kontroversi meninggal dunia. Pada petang Jumaat yang sama Habib Ali bin Jaafar Al-Idrus seorang ‘wali Allah’ keramat hidup di Batu Pahat, Johor juga telah kembali ke rahmatullah.

Almarhum Habib Ali Al-Idrus seorang manusia ‘luar biasa’ yang hidupnya biasa-biasa saja. Tinggal di rumah usang seperti rumah setinggan, dalam rumah tanpa sebarang perabut tetapi sentiasa dikunjungi oleh para ulama dari Yeman, Mekah, Madinah, Hadaramaut, Indonesia, Singapura dan Brunei. Waktu kematiannya ribuan yang hadir dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Singapura dan Indonesia.

Tak banyak yang kita boleh cerita tentang Habib Ali Al-Idrus kerana dia telah ‘mematikan dirinya sebelum dia mati’ meninggalkan harta dunia yang sementara tetapi mengejar akhirat. Bukan raja, bukan Perdana Menteri, tetapi diberi kemuliaan yang ‘luar biasa’, kerana setiap yang dalam kesempitan dan kesusahan, datang mencari dan hajat mereka dikabulkan oleh Allah SWT yang Maha Kuasa.

Sepatutnya setiap umat Islam yang mahu jadi ‘god man’ atau awlia Allah perlu belajar dari Rasulullah SAW, bagaimana Rasulullah SAW menolak 3 ta, wanita, taktha dan harta. Buku ini ditambah satu lagi ta, ‘buntuta’ selain pencuri umat Muhammad yang mahu menjadi hebat dan ternama jadi seperti Mirza Galam Ahmad yang mengaku nabi kepada pengikut Ahmadiah dan Kahar nabi Melayu.

Ramai pemimpin politik yang menggunakan agama menjadi pencuri umat Nabi Muhammad SAW dengan menggunakan rumah Allah. Guna pembesar suara ganggu ketenteraman jiran tetangga ‘mangkuk ayun’.

Sesetengah orang hidup di dalam alam mimpi, sesetengah orang tinggal di alam nyata dan sebilangan kecil mencari jalan untuk mengubah impian mereka menjadi suatu kenyataan. Ini yang sedang dilakukan oleh Dr. Azizan dalam program Hidup Luarbiasa, di mana saya diundang untuk berucap kerana dia menganggap saya manusia luar biasa.

Pada hari Ahad lepas di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur telah menyaksikan hampir 2,000 orang peserta daripada pelbagai latar belakang serta bangsa berkumpul di dalam satu dewan untuk mendengar tentang tip-tips dan panduan bagaimana untuk merubah kehidupan anda daripada ‘biasa-biasa’ kepada kehidupan yang ‘luar biasa’.

Bukan susah mahu menjadi manusia luar biasa, the rich and famous. Sama ada menjadi penulis, pelukis, penyanyi, pelakon, pengarah filem, peguam, yang susahnya sesudah menjadi manusia ‘luar biasa’ mereka terlupa semua keluarbiasaan yang diperolehinya itu adalah anugerah Allah yang sementara sahaja. Inilah kisah mereka yang terdapat dalam buku ini untuk renungan anda sebelum anda menjadi manusia luar biasa atau masih seorang manusia biasa.

Kebetulan hari Jumaat 27 Mei 2010 saya berada di Jogjakarta, cuti hari Vesak. Ada sesuatu yang dapat dipelajari dari Buddha seperti apa yang dikatakan oleh Saidina Ali "jangan tanya siapa yang berkata, yang penting apa yang dikata."

Sebagian masyarakat takut akan bencana dan kematian. Kerana kematian dianggap sesuatu yang mengerikan. Sebenarnya, ada badai dan banjir yang lebih dahsyat yaitu hawa nafsu dalam diri manusia itu sendiri.

Buddha rela berkorban untuk meninggalkan kesenangan harta dan takhta demi tujuan mulia menolong penderitaan rakyat. Teladani pengorbanannya dengan sikap empati, kemampuan untuk merasakan perasaan dan penderitaan orang lain, sikap tanpa pamrih, tidak mementingkan diri sendiri, sikap solider dan toleran, sikap bersaudara dengan orang lain
Ribuan tahun lalu Sidarta Gautama lahir di dunia, bertekad mencari ubat atau penangkal terjadinya badai dan banjir yang dahsyat itu untuk menyelamatkan umat di dunia. Pertapa Gautama mendapatkan penerangan untuk menanggulanginya.

Tanpa disedari perang saraf hari ini menggunakan iklan, menjadikan pemain bola, artis, selebriti idola manusia popular dan masyur sebagai ikutan. Apa saja yang dilakukan oleh seorang ‘public figure’ yang popular buat menjadi ikutan. ‘Monkey see monkey do’. Bukankah manusia juga haiwan seperti ‘monkey’? Pernah tengok empat ekor monyet yang tutup mata, telinga, mulut dan kemaluan. See no evil, speak no evil, hear no evcil, do no evil.

Apakah Anwar tidak menggunakan media terutama dalam kes sodomi dengan Saiful yang sudah mengambil masa dua tahun. Cerita sodomi bukan lagi satu rahsia, semua orang sudah tahu, sudah meniti dari bibir ke bibir. ‘Main punggung tak salah’, asal suka sama suka. Gila punya kerja, dilaknat oleh Allah SWT. Nauzubillah.

Salah satu daripada perang saraf ke atas Nabi Muhammad SAW ialah menggambarkan buruknya perilaku baginda berpoligami. Sehingga fikiran orang-orang yang diperangi begitu yakin bahawasanya ‘poligami’ itu buruk, menyakitkan hati perempuan tetapi jadi pelacur yang bertukar-tukar lelaki setiap malam o.k. Mula-mula dengan pakaian unisex akhirnya lelaki dan perempuan hari ini susah dibezakan. Inilah kejayaan ‘perang saraf’ yang dilakukan tetapi tidak disedari oleh umat Islam kerana mereka ‘papa spiritual’.

Hukum rimba jelas bin tegas, siapa yang kuat dialah yang menang dan berkuasa. Dialah yang menentukan hukum. Manusia yang satu menjadi serigala bagi manusia lainnya, homo homini lupus. Thomas Hobbes adalah filsuf Inggeris yang paling kecewa terhadap kekacauan yang terjadi. Dia berfikir, masyarakat seperti ini tak boleh dipertahankan kerana sama sekali tidak adil. Yang kuat boleh menentukan segalanya, yang lemah tak berdaya untuk melawan.

"Merdekakah masyarakat itu? Ya, mereka merdeka, mereka bebas berbuat apa saja, layaknya di dunia hewan. Tapi kemerdekaan yang mereka miliki adalah kemerdekaan untuk menindas, kemerdekaan untuk memangsa yang lemah." Karena itu Thomas Hobbes meyerahkan kemerdekaan ini kepada sebuah lembaga yang bernama Negara atau Raja. Negara yang dimaksud tidak mewakili yang kuat, tapi mewakili kepentingan umum.

‘Perang saraf’ wajib dipelajari kerana ia adalah senjata yang dipakai oleh orang¬orang ‘derhaka’ untuk memenangi kederhakaan itu. Apakah pemimpin Arqam tidak menderhaka pada gurunya Arwah Taha Suhaimi? Berapa ramai yang menderhaka pada Rasulullah SAW dan para ahlul baitnya? Hendak dapat syafaat macam mana?
Untuk memerangi penderhaka anda perlu mempelajari ilmu ‘perang saraf’, untuk memerangi kederhakaan dan kejahatan yang bermaharajalela yang dilakukan oleh mereka yang menyangka Tuhan yang dibunuhnya dengan merosakkan ayat-ayat Al-Quran. ‘Tuhan Sudah Mati’ sajak Kassim Ahmad sedangkan yang mati Tuhan di hati umat Islam sendiri akibat kepapaan ‘spiritual’. Berpolitik tanpa Tuhan, berniaga tanpa Tuhan, mengikut hawa nafsu tanpa Tuhan.

Kesan dari perang senjata dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kesan dari ‘perang saraf’ yang dimulakan terhadap Rasulullah dan keluarganya hanya dapat dilihat dengan ‘mata hati’ sambil membaca sejarah Islam yang sebenarnya. Orang yang punya ‘mata hati’ yang tajam sajalah yang dapat mengetahui kesan dari ‘perang saraf’ terhadap Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT. Tahukah anda siapa Nabi kamu? Pernahkah anda membaca ‘maulid’ atau berselawat setiap hari keatasnya?

Wajah wali Allah yang dimuliakan Allah seperti ‘telaga bawah bukit’, wajah yang menarik, aura yang mempesona. Renungilah wajah mereka sambil ‘bertawasul’ minta supaya anda diberi oleh Allah SWT kepintaran mengalih peluru serangan ‘psikologi’ dari musuh dan dapat mengesan sesuatu yang di sebalik maklumat zahir menggunakan firasat atau ‘kashaf’.

Para dajjal dibina dengan imej yang cantik, yang indah, berjaya menggambarkan diri sebenarnya dengan menggunakan ilmu firasat. Anda kenal siapa mereka? Bila kita berhadapan dengan manusia ‘munafik’, kita dapat melihat terlalu banyak kecurangan, kelemahannya dan kejelekan disebalik wajah yang dimake-up sebagai ahli agama dan tokoh korporat supaya mereka tidak lagi boleh memperdayakan kita semua disebalik ‘baju kebal’ yang dipakai. Mereka boleh buat apa saja.

Para intelektual lebih takut dengan ‘tuan’ dari Tuhan. Lebih percaya cakap guru, ustaz dan ulama dari Al-Quran. Apa nak jadi pada masa depan manusia kerdil?
Lu fikirlah bro...! Buku sudah ada di tangan.

Baca dengan nama Allah.



Bagaimana dengan masa depan cicit saya Alwi? Apakah dia masih boleh mendengar okestra dari deruan air sungai Toknyang? Apakah tidak mustahil sungai-sungai di Janda Baik akan kering, yang tinggal hanya batu-batu. Apa yang akan dijawab oleh para pemimpin dan ketua Agama yang diberi amanah sebagai khalifah Allah untuk menjaga amanahnya?






Kalau ulama seperti Sheikh Mustafa Yusof dari German boleh 'kena kencing' oleh Anwar dajjal, apa benda dengan mereka yang sekadar kopiah macam 'mini capati' atas kepala yang tidak kenal diri, mata macam ikan kering, fikiran tertutup. Bila fikiran terbuka baru ternampak kebenaran. Kebenaran itu 'rahsia cahaya ilahi'.





Pada 4hb Julai 2010, Pak Habib, Dr. Azizan dan Billy Lim 'Berani gagal' telah kongsi pengalaman masing-masing di Dewan MCA di hadapan dua ribu peserta yang dianjurkan oleh Dr.Azizan. Kalau ahli politik mahu jadi 'manusia luar biasa' untuk menyelamatkan umat manusia yang di landa tsunami politik di mana-mana saja merasakan Tuhan sudah mati, mereka perlu mengikut program 'luar biasa'.



Cik Puan Elia Suhana Ahmad, Isteri kedua Sultan Kelantan. Apakah kerana Elia Suhana istana Kelantan bergolak hingga terjadi perang saudara, tanya Tok Guru Nik Aziz?











Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah binti Abdul Rahman bersama Pak Habib semasa melawat Janda Baik.











Betul ke Afifa anak Azmin? Betul ke DNA yang diambil bukan DNA dia? Kenapa tidak cuba sekali lagi untuk membersihkan nama Anwar yang dikatakan bapa Afifa?


Cuba tengok cara Shamsidar melihat Anwar? Di tengah Umi Hafilda yang telah menceritakan skandal mereka.




Beranikah Azmin bersumpah laknat seperti yang dilakukan oleh Saiful bahawa Anwar tak pernah meliwatinya, tak main punggungnya semasa di New York dulu? Dia anak Ustaz Ali, Nalla ada mendakwa bahawa anak Shamsidar yang kedua adalah anak Anwar.

Syukur saya dapat terlepas dari kekuatan sihir, kalau tidak saya akan terus menjadi hamba sex Anwar. Biarpun ramai yang tak percaya, tak mengapa. Allah Maha Mengetahui dunia akan tahu siapa Anwar sebenarnya.
Cuba tengok muka Azmin hampir sama dengan muka Saiful.




Kalau boleh makan berkongsi dengan Datuk Sri Syed Hamid Albar manten Menteri Dalam Negeri, mesti ada cerita punya. Pasal Anwar ke? Lu fikirlah Bro...!








Rupa Umu Jah hampir menyerupai Abuya Ashaari. Hatijah Aam isteri Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad yang menjadi ketua Arqam yang menyebabkan ramai sahabat lari meninggalkan Ustaz Ashaari. Tangan yang menghayun buian, tangan itu juga yang telah menjadi tsunami bagi lelaki yang mengikut apa saja kata bini.
Wanita dalam Islam mempunyai martabat yang tersendiri malah penciptaanya mempunyai rahsia, hikmah serta keistimewaan. Mereka bukan sahaja sebagai pelengkap kehidupan kaum Adam tetapi juga penerus generasi manusia si alam ini.
Kalau betul asal kejadiannya dicipta dari sebahagian rusuk Nabi Adam a.s.m ia tidak dicipta dari kepala kerana mereka bukan makhluk yang perlu dijunjung dan tidak juga diciptakan dari kaki kerana mereka bukan untuk dihina. Tetapi mereka dicipta daripada anggota yang dekat di hati untuk sayangi dan dilindungi. Siapa yang mengikut perintah siapa?


Dalam buku saya Siapa Selepas Musa, ada cerita Pak Lah, ada Rais Yatim, Megat Juned. Banyak orang kata ramalan saya menjadi kebetulan bila Musa menang mengalahkan Ku Li tahun 1981. Begitu juga dengan buku Pemuda Zaman Mahathir, meramalkan Anwar akan kalahkan Haji Suhaimi. Bila UMNO diharamkan tahun 1988 dalam buku saya Talqin Untuk UMNO, saya kata jika Ustaz Ahaari dan orang-orangnya masuk UMNO tak mustahil akan jadi Perdana Menteri. Tahun 1988 Anwar terkeluar dari UMNO. UMNO sebagai parti orang Islam. Ia memerlukan roh Islam. Hanya Islam saja yang boleh menyelamatkan manusia dan seluruh alam. Dunia dan alam cekrawala ini milik Allah. Disebabkan Ashaari berada diluar UMNO, dia jadi tak relevan. Kita jangan mudah percaya dan terpedaya dengan tipu helah manusia. Sebagai seorang ulama Ustaz Ashaari sepatutnya memberi sokongan kepada umara, jangan jadi seperti PAS yang malu rebut dunia. Mahu jadi ulama dan umara dalam satu waktu.


Dulu semasa jadi menteri Datuk Dr.Chua Soi Lek hanya Naib Presiden MCA. Bila dia berani mengaku dia ada skandal seks, dia dipilih menjadi Presiden MCA, sungguh 'luar biasa' kebenaran Chua Soi Lek tetapi dia tak buat kerja luar tabie.


"Berani buat saya mesti berani tanggung". Dia tak berbohong, itulah dia pemimpin MCA.




Jantan mahu, perempuan pun mahu salah juga. Salahkah jika kata Anwar biseksual. Tengok buruknya perangai Anwar semasa jadi TPM.










Cuba tenung di belakang Anwar, bidai kayu itu mengandungi ayat-ayat Al-Quran yang diukir, berdiri dibelakang Saiful sebagai 'coffee boy'. Perhatikan wajah-wajah yang ada di perjumpaan untuk membincangkan agama, bangsa dan negara atau ada sesuatu agenda istimewa. Mungkin Saiful boleh cerita di websitenya.




Perhatikan simbol parti KeADILan di mana Anwar Ibrahim menjadi penasihat dengan simbol biseksual dan perhatikan tanda Anwar Ibrahim, mungkin anda akan berkata ini semua kebetulan saja. Lu fikirlah bro...








Tandatangan boleh menceritakan perwatakan seseorang manusia seperti juga mata. Mata adalah cermin hati, kita boleh tahu isi hati seseorang dengan melihat matanya. Ini tandatangan Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan 1hb. Julai 1997.







Datuk Nallakaruppan: Pasal apa saya mesti takut sama Anwar. 30 tahun saya kenal dia, dia yang takut kalau tengok Pak Habib duduk dengan saya.






Arwah Ustaz Ashaari pandai ambil hati penulis






Arwah Ustaz Ashaari dan bekas orang kanannya Haji Abdul Halim Abbas. Siapa penyebab mereka berpecah?




Pak Habib bersama Saiful dan neneknya, di rumah neneknya di Janda Baik.
Dalam buku Dunia Belum Kiamat 2 Sodomi, Bontuti, Al-Liwati, Saiful menceriatakan Anwar telah membawa dia ke Dusit Tani di Bangkok, Royal Executive Suite di Kowloon Hong Kong dan Hotel Hilton di Singapura. Saiful sudah bersumpah di dalam masjid, kenapa Anwar tidak berani bersumpah?
Betulkah Anwar tak bersalah? Betul ke Saiful Bokhari coffee boy di sodomi atas dasar suka sama suka? Siapa yang meliwat siapa dan siapa yang berkonspirasi?

Saiful bersama peguamnya Zamri di Mahkamah Shah Alam.


Menurut pengakuan bersumpah itu lagi Sukma mengikuti Anwar ketika Anwar berpindah ke Seksyen 14, Petaling Jaya dan seterusnya membeli rumah peribadi di No.8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Di rumah peribadi Anwar itu, Sukma telah disediakan bilik khas sebagai penginapannya. Sukma juga turut mengikuti Anwar, apabila Anwar berpindah ke rumah kediaman rasmi kerajaan di 47, Jalan Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.
Sekitar tahun 1992, ketika Anwar menjawat Menteri Kewangan, Sukma membeli rumah peribadiya di 10-7-2, Tivoli Villa, Bangsar, Kuala Lumpur, dengan harga lebih kurang RM400,000
Sukma juga turut mengakui di mahkamah, Anwar telah menderma sebanyak RM100,000 kepadanya untuk mengubah suai rumah kediaman peribadinya itu.




Kerusi Ketua Pemuda tak berguna kalau tanpa 'baju kebal', masa Pak Lah jadi Perdana Menteri, pejabat YB KJ di tingkat empat ada 'baju kebal', ramai yang bila hilang 'baju kebal' jadi 'bebal', 'one cent no use'. Kasihan.










YB Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi bersama isteri Datin Hamidah pasangan yang disenangi oleh media dan mereka yang kenal hati budi pemimpin yang dekat di hati.
Ketika saya beritahu Zahid didepan isterinya bahawa 'behind the succes of every man there must be a women'. Zahid memperbetulkan, kejayaan seseorang suami mesti ada isteri. Saya menambah, isteri yang beriman, taqwa dan solehin, macam Khadijah r.a. 'ummul mukminin' berbahagia suami yang mempunyai isteri yang 'solehin' bukan sekadar Islam pada nama saja.
Kisah Zahid bertemu dengan susur galur dan mendapat pengesahan bahawa 'salasilah'nya dari keturunan 'Ningre' dari Keraton dan Tuanku Raden Zahid Hamidi adalah waris yang ke 8 kerajaan Mataram.
Dari buku Macam-macam Ada (1)



Ali Hashim Jacop, dia takut nama dia busuk atau Johor Corporation? Buku 'Johor Corporation Thieves of the people' yang hanya dua bab dan kulit buku saja yang dibaca oleh dia dan seorang lagi kawan dia. Penulis dihukum 'menfitnah', macam mana kalau Ali tak ada 'baju kebal'? Bolehkah dai memberikan defensi perkataan 'fitnah' di depan Allah SWT? Apa pun biarlah masyarakat pula yang menjadi hakimnya. Lu fikirlah bro... seksa dan teraniayanya penulis di negara yang merdeka dan berdemokrasi akibat permainan manusia 'berbaju kebal'.










Warkah Untuk Wan Azizah

Assalamualaikum Datin Seri Azizah yang saya hormati,

Memang berat untuk saya menulis surat terbuka kepada seorang surirumah dan ibu yang begitu bertanggungjawab terhadap anak-anak sekali gus seorang tokoh lagenda sehebat Mahsuri namun selaku seorang warga negara yang merasa bertanggungjawab untuk mendokumentasikan penglibatan anda selaku isteri kepada seorang lagenda seperti Anwar Ibrahim saya terpaksa melakukannya.

Dalam sejarah Melayu memang terdapat wanita tak berdosa seperti isteri Megat Terawis mati ketika mengandung mengidam seulas nangka di bawah Sultan Mahmud yang zalim, akhir hidupnya mati dijulang dibunuh oleh Megat. Mahsuri mati difitnah, begitu juga dengan kisah lancang kuning.

Bukan salah ibu mengandung, anda yang taat pada suami terpaksa menanggung aib dan malu akibat kesilapan salah laku YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya tidak mengulangi kesilapannya untuk kedua kali setelah dipenjarakan.

Pada mulanya saya tak tergamak menulis surat ini tetapi sudah memang kerja saya selaku penulis maka saya mesti tulis juga. Macam nelayan yang kerjanya memburu ikan masakan dia hendak tangkap ayam hutan.

Siapa sebenarnya berniat mahu timbulkan politik kebencian terhadap puan? Penulis atau suami puan? Sebenarnya siapa pun tak peduli dia mahu jadi seorang homoseks tetapi kerana dia seorang yang bergelar ‘Pak Sheikh’ dan perbuatannya boleh menjadi ikutan ramai kerana Pak Sheikh boleh buat kenapa anak muda lain tak boleh, ‘monkey see monkey do’.

Siapa yang tak sedih? Memang sedih melihat penderitaan yang ditanggung oleh keluarga Anwar Ibrahim, apakah ini suratan takdir, kadak dan kadar atau karma? Lu fikirlah Wan Azizah. Dosanya membawa Azizah khawin lari sudah dimaafkan. Padahal itu teladan yang tak elok terutama mereka yang berpegang pada pantun; tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyuh berlari, ku pinang tak dapat, ku pujuk ku bawa lari.

Seandainya Anwar Ibrahim seorang manusia biasa, tidak ambitious, tidak mahu jadi Perdana Menteri, tidak buat kacau dalam negara, tidak timbulkan huru hara dengan mengadakan reformasi seperti Tengku Razaleigh Hamzah misalnya siapa pun tak bercakap tentang isterinya. Anwar seorang bekas pemimpin ABIM tokoh Islam yang disegani semasa muda, sekiranya anda hanya seorang surirumah mungkin siapa pun tak peduli. Sendiri punya kubur dalam, sendiri jawablah. Anda seorang doktor perubatan, politikus, public figure dan pemimpin parti politik yang mahu mengambil alih pemerintahan negara, mana boleh tutup sebelah mata.

Apakah Saiful dan keluarganya tiada maruah dan harga diri seperti keluarga anda? Perbuatan siapa kalau bukan Datuk Seri Anwar yang menyebabkan Saiful terpaksa membuat laporan polis. Tanpa bukti, tanpa saksi, tanpa mangsa yang bercakap, hukuman telah dijatuhkan ke atas Saiful oleh orang-orang Anwar. Apakah tidak benar Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Saiful?

Datuk Seri Najib bersumpah dengan lafaz demi Allah, "Wallahhi, Wabillahhi, Watallahi, saya tiada hubungan dengan gadis bernama Altantuya Sarribu" terucap di hadapan ribuan penduduk Ijok. Kalau Anwar telah melakukan perkara yang sama tutup cerita.

Seandainya apa yang didakwa oleh Ezam di muka belakang buku saya Malaysia Without Malays tidak betul kenapa anda tak ambil tindakan mahkamah terhadap saya dan Ezam?

Bangkai gajah mana boleh ditutup
. Inilah susahnya kerana anda tidak mahu berterus terang. Para pengikut dan rakyat menjadi seperti orang yang gajah depan mata tak nampak, hama diseberang yang jelas kelihatan maka terjadilah satu jari menunjuk ke arah pemimpin yang tak disenangi oleh rakyat, tiga jari yang menunjuk ke arah sendiri dilupai.

Sumpah Saiful bukan bertujuan menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar dan keluarga. Apa pilihan Saiful jika aduannya kepada Polis yang Anwar menembak punggungnya dikatakan satu fitnah? Apa pilihan Saiful apabila tanpa menunggu proses undang-undang, Datuk Seri Anwar menyalahgunakan undang-undang Syariah membuat aduan qazaf di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)? Jika duduk dalam rumah kaca jangan baling batu ke rumah orang.

Apa pilihan Saiful selain bersumpah jika aduan qazaf oleh Anwar memerlukan mangsa mengemukakan empat orang saksi melihat zakar Anwar masuk ke dalam dubur Saiful?

Apakah Kak Wan fikir Saiful dan keluarganya tidak mempunyai maruah apabila dituduh membuat fitnah dan menjadi alat konspirasi orang tertentu untuk memburukan Anwar? Kenapa tunggu sampai hampir dua tahun dengan bermacam alasan, rakyat hendak tahu keputusan mahkamah? Betul tak Saiful mangsa liwat Anwar? Itu saja.

Yang terbaik sekarang ini ialah meminta Anwar bersumpah atau bermubahalah dengan Saiful. Pasti ramai umat Islam akan lebih percaya Anwar berbanding Saiful. Soalnya beranikah Anwar?

Atau sekurang-kurangnya beranikah Kak Wan bersumpah bahawa tidak tahu langsung mengenai perangai luar tabie Anwar? Di dunia kita boleh terlepas bagaimana di akhirat nanti?

Sesiapa yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengenali sifat sebenarnya dan akhirnya akan membuat keputusan menjauhi daripadanya. Mereka yang mengenalinya dengan rapat akan mengenali sifatnya sebenarnya yang tidak jujur. Hanya orang di luar tidak tahu sifatnya. Semakin kita dekat dengannya, kita akan tahu betul ke dia seorang pejuang kebangsaan atau tidak. Dr Chandra Muzaffar (bekas Timbalan Presiden Keadilan) keluar parti. Begitu juga peguamnya Zainur Zakaria, Datuk Nalla Karuppan sahabat baik selama ini dan diikuti ramai pemimpin lain.

Anwar begitu rakus dan taksub untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berusaha menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah.

Imej Anwar telah jatuh merudum di sebalik gerakan agresif untuk menonjolkan diri sebagai pejuang hak asasi dan demokrasi serta sentiasa melobi media antarabangsa. Nama Anwar tidak lagi tersenarai dalam 100 individu paling berpengaruh di dunia dalam bancian terbaru majalah Time. Anwar pernah berada dalam senarai tersebut pada kedudukan kesembilan bagi bancian 2008.

Ramai pengikut PAS yang sedar bahawa PAS bukan dilahirkan untuk menyelamatkan isu moral Anwar. Isu moral termasuk kes liwat kali kedua, tindakan agresifnya untuk mendapatkan campur tangan asing, isu pembohongan 16 September, imej sebagai putar alam, mengkhianati kawan dan banyak lagi, menyerlahkan siapa sebenarnya beliau. Sebagai seorang isteri yang taat setia, kita tak mengharapkan anda meninggalkan dia, syurga dibawah tapak kaki suami.

Perlunya orang Islam mematuhi ajaran Islam sepenuhnya untuk mengangkat moral pemimpin mengikut akhlak Nabi Muhammad SAW.

Wan Azizah perlu meninggalkan politik jadi seorang ibu mithali kerana telah hilang kewibawaan akibat lebih menjaga kepentingan suaminya daripada menegakkan kebenaran dan menjadi pejuang demokrasi dan pejuang hak asasi manusia.

Bagaimana pula perasaan keluarga Saiful dan Saiful sendiri yang hidupnya didalam penjara sedangkan Anwar bebas disokong oleh para penyokong membuat pelbagai tuduhan dan gelaran?

Selaku isteri Sheikh Anwar Ibrahim tentu puan tahu bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda "Seandainya anakku Fatimah Az-Zaharah mencuri akan ku potong tangannya." Bagaimana kita mahu anak kita menjadi seorang manusia yang baik kalau bukan kita yang menjadi contoh teladan yang baik bagi mereka. Ketam akan mengikut ibu bapa ketam berjalan. Ibunya borek anaknya rintik peribahsa Melayu.

Saya syorkan kepada penyokong PKR jika mereka membaca artikel ini, sila cetak dan tanyakan sendiri kepada Azizah! Soalan wajib tanya, apakah perasaannya yang jujur selama 30 tahun bersuamikan Anwar?

Namun sejarah wanita dalam pelbagai tamadun dunia memperlihatkan pelbagai evolusi. Sama ada di bumi Arab, India dan China, sejarah wanita menyaksikan mereka menjadi pemuas nafsu kaum lelaki, dinafikan haknya.

Kehadiran Islam meletakkan kedudukan mereka bersesuaian dengan fitrah kejadiannya. Mereka memiliki kekuatan tersembunyi yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki sebagai penyempurna kehidupan tetapi kenapa ada wanita bila diberi kesempatan menjadi diktator kepada lelaki dan ada lelaki yang menjadi diktator kepada isteri.




















ISBN: 978-967-5865-01-5
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 30, 2010 03:05

December 26, 2009

SHALATTAS - 57 - Najib Tun Razak VS Kaki Kacau Malaysia - 2009

SHALATTAS - 57 - Najib Tun Razak VS Kaki Kacau Malaysia - 2009


ISI KANDUNGAN

1. Nyamuk Yang Memberi Inspirasi
2. Mahathir,Blogger Dan Para Penfitnah
3. Kenapa Tuhan Pilih Najib Tidak Anwar?
4. Melayu Pilih Siapa?
5. Runtuhnya Bukit Antarabangsa Dan 'The Sinking Society'
6. Guru Yang Bullshit, Gundus dan Dungus
7. PAS Hanya Pak Turut
8. Anwar Derhaka, Ingkar Sultan
9. Anak Harimau, Harimau Juga
10. Post Skrip Sebagai Bukti
11. Akuan Bersumpah Didedah
12. Pelawat Perlu Menghormati Undang-Undang Malaysia
13. Najib Terima Permohonan Maaf Malaysiakini
14. Najib Sumpah Dalam Masjid
15. Konsul Dedah Penipuan
16. Tindakan Sultan Perak Betul
17. Gaji Yang Ditunggu Bonus Yang Dapat
18. DAP Sokong Penasihat PKR Jadi Ketua Pembangkang
19. Ke Pekan Sebagai 'Ghost Buster' Dan 'Mission Impossible'
20. Kenyataan Saifuddin Karut - Syed Ali Al-Habshee
21. Tiada Kaitan Dengan Kerajaan Islam
22. Sidang Akhbar Karpal Singh
23. Tikus Yang Lebih Besar Dari Gajah
24. Impian Tun Razak Untuk Semua Kaum
25. Anwar Tidak Layak Ketua PR - Karpal
26. Pemimpin Yang Menyumbang Dan Yang Buat Kerja Sumbang
27. MB Perak Yang Dianggap Sombong, Derhaka
28. Penutup




S.H. Alattas bersama Tamrin Ghaffar, diapit oleh Datuk Najib(Menteri Besar Pahang) dan Datuk Tamby Chik(Ketua Menteri Melaka). Rakyat Malaysia mengharapkan pemimpin muda yang Bersih, Cekap dan Amanah. UMNO mahukan pemimpin yang cintakan Agama, Bangsa dan Tanahair. Mereka bertiga adalah anak-anak pemimpin UMNO. Kini mereka sudah menjadi pemimpin. Apakah kepimpinan mereka dapat mengatasi kepimpinan orang tua mereka?.... Masa dan waktu saja yang dapat menjawapnya...



Kenapa Tuhan pilih Najib bukan Anwar? Karpal Singh suruh Anwar bertaubat. Karpal kata Anwar tidak bermoral. Anwar sudah banyak melakukan politik luar tabie dan macam-macam lagi. Anwar ketua kaki kacau. Berjayakah Najib mengalahkan puak-puak yang diketuai oleh Anwar dan geng-gengnya serta Haji Hadi dan Nik Aziz? Melayu pilih siapa, Najib yang berketurunan Melayu Bugis atau Anwar Al-Gujareti? Nuruddin Arraniri dari Gujerat menyebabkan kematian Hamzah Fansuri kerana mahu jadi Perdana Menteri. Bolehkah Najib diselamatkan?


ISBN : 978 - 983 - 43170 - 7 - 2
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 26, 2009 07:29

SHALATTAS - 56 - Sodomi, Bontuti, Al-Liwati - 2008

SHALATTAS - 56 - Sodomi, Bontuti, Al-Liwati - 2008


S.H.ALATTAS
SODOMI, BONTUTI, AL-LIWATI
DUNIA BELUM KIAMAT 2

BETULKAH ANWAR TAK BERSALAH?
BETUL KE SAIFUL BOKHARI 'COFFEE BOY' DISODOMI ATAS DASAR SUKA SAMA SUKA?
SIAPA YANG MELIWAT SIAPA DAN SIAPA YANG BERKONSPIRASI?









Saiful dakwa sakit perut,
sukar buang air besar

KUALA LUMPUR – Berdasarkan laporan perubatan asal, bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau sakit perut dan sakit dubur ketika datang mendapatkan rawatan di Hospital Pusrawi, kata Pengarah Perubatan Hospital itu, Dr Kamaruddin Ahmad.

Katanya, Mohd Saiful juga memberitahu Pegawai Perubatan Hospital yang merawat beliau ketika itu iaitu Dr Muhammad Osman Abdul Hamid bahawa beliau juga sukar membuang air besar.

“Mungkin selepas itu pesakit (Mohd Saiful) memberitahu Dr Muhammad Osman bahawa dia telah diliwat dan kemudiannya dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan lanjut di hospital kerajaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas yang diadakan di hospital itu, semalam.


KENYATAAN MEDIA
Saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan dengan ini menyatakan seperti berikut

1) Saya telah membuat laporan polis berkenaan saya telah diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas laporan polis saya tersebut. Saya kini sedang menunggu hasil siasatan daripada pihak polis untuk membawa individu terlibat ke muka keadilan

2) Saya menuntut supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak berdolak-dalik didalam kes ini.

3) Saya juga menyatakan bahwa tiada sebab untuk saya menfitnah dan menganiaya Dato' Seri Anwar Ibrahim didalam kes ini.

Bertarikh pada 30/7/08

(AHMAD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN)


Buat Rakyat Malaysia...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Rakyat Malaysia,

Dengan ini, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan ingin mencabar Anwar Ibrahim supaya BERMUBAHALAH di hadapan para ulamak.

Kepada Rakyat Malaysia yang dikasihi, Ingin saya tegaskan disini bahawa isu ini adalah ISU PERIBADI antara saya dan Anwar. Saya harap agar seluruh rakyat Malaysia bertenang dan tidak termakan dengan taktik kotor si MUNAFIK yang sedang dalam kelemasan ini.

Saya terima segala tohmahan dengan hati terbuka dan tidak sesekali mempersalahkan rakyat dalam hal ini.

Sebagai mangsa, saya berhak untuk mendapat pembelaan.

"Yang HAK Pasti Berdiri, Yang BATIL Pasti Jatuh".

ALLAHUAKBAR!!

Sekian,
Saiful Bukhari.




You ingat I gay ke? Depan suka belakang suka? Tahu tak apa...Siapa sebenarnya yang meliwat siapa? Apa salahnya kalau suka sama suka..? You marah ke I tak bersumpah laknat..? Saiful dan Najib nak bersumpah dalam masjid suka hati dialah.









Pak Habib bersama Mohd Saiful Bokhari Azlan pembantu peribadi Anwar yang membuat laporan polis atas tuduhan diliwat oleh Anwar Ibrahim, Penasihat Parti keadilan Rakyat Malaysia. Gambar diambil di rumah Pak Habib di Wadi Hussien, Janda Baik, Bentong, Pahang

SODOMI, BONTUTI, AL-LIWATI
DUNIA BELUM KIAMAT 2






ISI KANDUNGAN

1. Sodomi, Buntuti, Al-Liwati, Anwar Yang Diminati
2. Saya Bini Punya Belakang Garmen Punya Ke?
3. Antara Yang Meliwat Dan Yang Diliwat, Siapa Mainkan Siapa?
4. Musa Dakwa laporan Polis Anwar Berniat Jahat
5. Saiful Jumpa TPM Mengadu Hal
6. Saiful Muncul - Beri Keterangan Di IPD Brickfields Berhubung Dakwaan Diliwat Anwar
7. Pembohongan Dahsat - Najib
8. Apa Istimewa Anwar?
9. Muhyiddin Bidas Tindakan Kaitan Amerika Syarikat
10. Konsep Politok Anwar Ancam Perpaduan kaum
11. Penyiasat Persendirian Dedah Akuan Bersumpah
12. PAS Kena Pandang Belakang
13. Taktik Politik Anwar Yang Melampaui Batas - Mohd Ezam
14. Nafi Tahan Doktor Pusrawi
15. Jangan Dolak-Dalik-Bapak
16. Ezam Dan Anwar Tidak Buka Rahsia
17. Bertemu Al-Liwati Dibuntutui Street Di Stor Kunyit Bangkok
18. Nasi Lemak & The International 'Coffee Boy'
19. Anwar Nakal Tapi Menyeronokkan Betul Ke..?
20. Siapa Mangsa Konspirasi Siapa?
21. UITM Benteng Terakhir Bijak Pandai Melayu
22. Hasutan DI Sebalik Kebebasan Bersuara
23. Mesti Pandang Belakang.... Tengok Dia Ada Ke...?
24. Al-Battok, Al-Tut Dan Al-Sodomi



ISBN : 978 - 983 - 43170 - 6 - 5
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 26, 2009 07:26

SHALATTAS - 55 - Dunia Belum Kiamat (1) - 2008

SHALATTAS - 55 - Dunia Belum Kiamat (1) - 2008


ISI KANDUNGAN

1. UMNO Untuk Dilelong
2. Antara Fitnah Dan Ayat-Ayat Cinta
3. Antara Yang Pulang Dari Neraka Dan Yang Takut Ke Neraka
4. Ayam Tua Dari Gua Musang
5. Dunia Belum Kiamat
6. Coklat Angin Dari Kubang Pasu
7. Raja Petra, Akhbar PKR Diperintah Bayar RM7j Kepada Naib Canselor UUM
8. Saya Akan Campak Saman Itu Ke Dalam Bakul Sampah - Raja Petra
9. Bukan Aib Sesiapa
10. Dr. M Ubah Fikiran Mengenai Najib
11. Melayu EQ VS Melayu ESQ
12. Di Sebalik Retorika Ketuanan Melayu: Daulat Bangsa Tergadai
13. Warkah Untuk Yang Dipertua Agong
14. Tuhan, Bangsaku Sakit..., Apa Ubatnya?
15. Kebangkitan Anwar
16. Budak Nakal, Hantu Raya Dan Sang Kelembai
17. Kenyataan Pejabat TPM Mengenai Altantuya
18. Dendam Jambatan Bengkok Mahathir Mengamuk
20. Antara Adam Dan Hawa, Habil Dan Kabil, Siapa Kita?
21. Perang Yang Hak Dengan yang Batil


"Survival UMNO bergantung kepada secepat mana ia bersedia untuk berubah dan tak boleh lagi berasas kepada bayangan nostalgia lampau supaya UMNO terus menjadi wadah segar untuk orang Melayu walaupun dalam tempoh 50 tahun akan datang."

Kenapa Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria manten Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Setiausaha Politik Kepada Tan Sri Mohd Nor Yaakob tidak dipilih menjadi ahli Parlimen sedangkanNorza adalah ibarat 'institusi' kepada Pemuda UMNO. Dia dengan berani telah mengingatkan ahli MT tentang bahaya blogger dan dia sendiri berani berdepan dengan para blogger.


Apa akan terjadi kepada Mahathir dan kuncu-kuncunya sekiranya Anwar Menjadi Presiden Republik Malaysia? Bila "Kepala Tahi" Mahathir Mohammad mengikut Shahnon Ahmad 'shit' sudah keluar, apakah ada 'tahi' lain yang mengikut? Apakah UMNO akan aman damai, 'Happy ending' di bawah pengaruh Pak Lah? Ke mana Mukhriz? Mahu kekal jadi duri dalam daging pada UMNO atau tubuh parti baru bersama Mahathir dan tubuh kerajaan tiga beranak?

TO HELL AND BACK
Anwar Ibrahim was Asia's most
celebrate young leader before
he was sent to jail.
Now, he has a second chance.
-Newsweek

ISBN : 978 - 983 - 43170 - 6 - 5
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 26, 2009 07:24

SHALATTAS - 54 - Gerhana Raja VS Malaysia Today - 2008

SHALATTAS - 54 - Gerhana Raja VS Malaysia Today - 2008

ISI KANDUNGAN

1. Perang Siber Presiden Penulis VS Raja Goblok Malaysia Today
2. Raja Goblok Po Rah!... Boleh Jalan Daa...
3. Pak Lah Atau Zaharin Yang Gila?
4. Bila Menteri Dilihat Goblok
5. Generasi Muda Perlu Dipersiap Terajui UMNO
6. Melayu Memasuki Fasa Kedua 50 Tahun
7. Antara Hantu Galah Dengan The Towering Malays
8. Antara Ibu Kota Dan Ibu Tiri
9. Bila Hantu Jadi Tuhan, Rakyat Susah Cari Makan
10. Yang Kebal, Yang Bebal, Yang Muka Tebal
11. Perang Alattas Dengan Orang Atas
12. Anak Gundek Yang Tak Dapat Jadi Raja
13. Kaki Busuk, Hati Busuk, Gigi Busuk Dan Nangka Busuk
14. Penulis Berwibawa VS Penulis Terbawa-Bawa
15. Bila Penulis Kambing Hitamkan Husam
16. Bila Anak Raja Terlampau Pandai
17. Siapa Itu Al-Habshi, Mana Mari Afrika Atau Arabia?
18. Surat Khabar Lama, Mahathir Mudah Lupa.



"Wonders Of The World Only Last For Seven Days". Sama ada Piramid di Mesir atau Tembok Besar Negeri China begitu juga dengan berita paling sensasi yang menjadi pilihan muka depan akhbar-akhbar arus perdana dalam blogs di internet dan bloggers yang goblog. Macam mana hebat, macam mana menggemparkan sekalipun, berita itu akan hilang sensasinya. Selepas tujuh hari orang sudah tak bercakap lagi fasal berita itu seperti gerhana yang akan berlaku kepada mereka yang terasa diri berkuasa. Ingin tahu siapa, bacalah. Baca dengan nama Allah.



ISBN 978 - 983 - 43170 - 5 - 8
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 26, 2009 07:20

SHALATTAS - 53 - Samy Vellu VS Khir Toyo - 2008

SHALATTAS - 53 - Samy Vellu VS Khir Toyo - 2008


ISI KANDUNGAN

1. Tahu Tak Apa!
2. Samy Vellu Pahlawan India
3. Bila Rindu Sama Hindu Bergaduh,
Khir Toyo Jadi Hero
4. 'I Did It My Way'- Datuk KT
5. Hindraf Mengarut
6. Hidup Dikritik Mati Baru Dikenang
7. Semangat Tiga Patriotik
8. Mana Ada Parut Di Muka Saya?
9. Siapakah Yang Menentukan Pahlawan Bangsanya?
10. Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-Sorong
11. Hindraf Masih Menyengat
12. Samy Vellu Dimalukan
13. Antara Jawa PonorogoDan Jawa Keraton
14. Bila MB jadi Kambing Korban
15. Kedai India Di Jalan Tuanku Abdul Rahman
16. Benarkah Dasar Keterbukaan Pak Lah Sudah Dieksploitasi?
17. Dasar Perhubungan Kaum Malaysia Terbaik Dunia
18. Batul Ke Ada Menteri Kaya?
19. Manusia Terkaya Di Dunia
20. Bila Ulat Buku Jumpa Penulis Buku
21. Politik Sebagai Pilihan
22. Tolong Mempolong Antara Iblis Dan Penulis
23. Pak Lah VS Pak Habib
24. Raja Dan Sultan Termiskin Di Dunia




ACI..ACI BUKA PINTU,
DATUK KT BALIK PUKUL SATU,
JANGAN TAKUT SAMY VELLU,
DATUK KT ADA BATANG PENYAPU,

DATUK KT LEKAS PULANG,
DALAM RUMAH TAK ADA BARANG,
PAPEDAM, RASEM TAK BOLEH KURANG,
MAMAK TONGKANG BANYAK GARANG.



ISBN : 978 - 983 - 43170 - 4 - 1
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 26, 2009 07:14

SHALATTAS - 52 - Khairy Jamaluddin Perdana Menteri - 2007

SHALATTAS - 52 - Khairy Jamaluddin Perdana Menteri - 2007


Apa harapan Ali Rustam, Muhyiddin Yassin dan Hishamuddin untuk menggantikan Naib? Betulkah Najib dengan Pak Lah berperang?










Syed Hussien Al-Attas
16-c, Lorong Medan Tunku Satu
off Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50300 Kuala Lumpur.

Saya merujuk didalam buku karangan Syed ' Siapa Lawan Siapa', muka surat 336, berkenaan dengan perbincangan Syed dengan seorang Cina bernama Lee, yang disebutkan, "Dimana Negara Amerika, Canada, Britain, dan Australia, Orang-orang Cina boleh jadi rakyat yang setia didalam negara-negara yang mereka duduki itu, dan tidak pernah dengar tuntutan-tuntutan mereka disana".

Keadaan disana berlainan, orang-orang cina di dalam negara-negara tersebut dan orang-orang Cina di Malaysia bezanya sebagai Harimau dan Kucing. Di Malaysia orang-orang bangsa lain sama banyak dengan orang-orang Melayu. Bangsa Melayu telahpun tersepit dan sudah hendak lenyap dari negerinya sendiri. Saya rasa tidak ada lain jalan hendak menyelamatkan bangsa untuk terlepas daripada penjajah British, dan British tidak akan beri merdeka oleh kerana tanggungjawapnya terhadap bangsa-bangsa lain. Dengan itu tidak ada jalan lain hendak merdekakan Tanah Melayu melainkan dengan berontak atau pun dengan cara pendamaian. Kita tahu kita tidak ada senjata, dan tidak ada semangat untuk berjuang. Hanya satu jalan sahaja iaitu jalan perdamaian, dengan jalan itulah kita tarik orang-orang Cina, India dan lain-lain bangsa yang duduk di Tanah Melayu untuk menyebelahi kita, dan kita mengaku akan beri hak kepada mereka sekiranya kita merdeka. Inilah hak yang mereka dapat yang diberikan kepada mereka oleh orang-orang Melayu.

Sekarang orang-orang Melayu sudah dapat apa yang dikehendaki, tetapi janganlah kita lupa perjanjiannya yang kita buat. Sebenarnya Amerika dan Britain memberi tempat kepada mereka dengan cara kasihan rahim untuk menduduki didalam negara-negara itu, dan apakah hak mereka boleh tuntut. Sekiranya tidak berpatuh kepada undang-undang negeri, mereka akan dihantar balik ke negeri mereka yang asal. Keadaan negeri Amerika dan Britain sebagai Harimau dan keadaan kita macam kucing, tidak harus dibanding negeri kita dengan negara-negara itu.

Banyak lagi buku-buku yang keluar dari buku Syed yang tidak sedap dengar, berkenaan hal peribadi orang lain. Tiap-tiap penulis mahulah ada tujuan yang baik dan ikhlas. Saya sendiri telah pun menjadi Pengerusi akhbar 'The Star', dan saya keluarkan buku-buku dan tulisan-tulisan dan saya berdoa kehadrat Allah s.w.t. pohon diberi akal fikiran kepada saya untuk menulis supaya apa yang saya tulis itu adalah yang boleh menjadi guna kepada bangsa saya dan penduduk-penduduk yang taat setia kepada negeri ini, bahawa dengan


inilah yang saya tulis. Saya kenal Syed dari kecil, yang saya ingat semasa Syed berkawan dengan anak angkat saya Syed Abdullah Barakabah. Oleh itu saya berharap gunalah tulisan Syed yang bijak untuk faedah bangsa, agama dan negara, bukan untuk mencaci dan mencerca peribadi orang lain dengan tidak ada sebabnya.

sekian

(TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA)







Walaupun Anwar tidak menuduh Najib terbabit dalam pakatan membunuh Altantuya tetapi anggapan dan persepsi masyarakat terhadap keperibadian Najib kini berada pada tahap terendah. Malah ramai ahli UMNO yang "berani kerat jari" kalau Najib berjaya menjadi pengganti Pak Lah nanti. Perlahan-lahan orang yang rapat dengan Najib mula membuatkan congakan lain. Kalau tidak kerana kes bunuh Altantuya, dakwaan Najib dengan rasuah komisyen kapal selam sudah pasti lebih daripada cukup untuk meresahkannya.


Nasib Allahyarham Norita Samsuddin tk ubah macam Altantuya, dipermainkan-mainkan seperti anak patong. Dulu kita dengar cerita betapa kejamnya manusia yang berkuasa dari menonton filem Lancang Kuning, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Mahsuri. Islam menyelematkan anak-anak perempuan dari ditanam hidup-hidup. Jahiliyah akhir zaman Altantuya seduduk ditembak, diletup hingga berkecai. Apakah pemimpin Malaysia selepas Najib nanti boleh kembalikan 'Roh Islam' yang telah hilang entah ke mana?





Siapa Selepas Nik Aziz?
Siapa Selepas Idris Jusoh?
Raman Bakar atau...

















ISI KANDUNGAN

Haroun Anak Merdeka
1. Siapa Selepas Najib?
2. Akhirnya Beruk Panjat Kepala Datuk
3. Setiausaha Politik Kurang Ajar?
4. Ku Li Sebagai PM, Muhyiddin TPM
5. Pemimpin Politik Di Keliling 'Machai' Serba Boleh
6. Dolah Badawi Tunggang Unta Gila
7. Rintihan Anak Muda Ulu Terengganu
8. Melayu Makin Parah
9. Teruknya Ahli Politik Kita!
10. Anak Jantan LAwan Penulis Pondan
11. Penulis Blog VS Pemimpin Goblok
12. Malaysia Today Didakwa Hina Agong
13. Raja Petra Terus Buat Gila, Kali Ini Libatkan Sultan Perak Pula
14. Dia Datang Dengan 40 Tukang Soraknya
15. Antara Yang Buta Agama Dan Buta IT
16. Dosakah Pak Lah Kahwin Jeanne?
17. Raja Blogger 'Genius'Atau Gila
18. Makan Ubi Bersama Pak Lah
19. Abdullah Badawi Meniti Kesinambungan Perjuangan
20. Calun Pilihan Pak Lah
21. Talkin Untuk Parti KeADILan Rakyat
22. Malunya Jadi Melayu
23. Khairy Minta Anwar Jawab
24. Mahu Ke Mana Reezal?
25. Bila Lagi Mahu Cakap Dengan Tuhan Pasal Bloggers
26. Khairy Perdana Menteri?
27. Ramalan Menjadi Kenyataan
28. Pok Yeh Menteri Besar Besur
29. Antara Yang Benar Dan Separuh Benar
30. Islam Hadhari Mengakhiri Siri Khairy












ISBN : 978 - 983 - 43170 - 3 - 4
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 26, 2009 07:06

S.H. Alattas's Blog

S.H. Alattas
S.H. Alattas isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow S.H. Alattas's blog with rss.