S.H. Alattas's Blog, page 8
August 1, 2012
Puisi Jamaluddin Al-Afghani (1)
Kita lebih telanjang ketimbang putri dari al-Tai.Kita telanjangi dari jubah kemuliaan kita di hadapan Bangsa-bangsa.Dia adalah sumber kehormatan kita di Hari Pengadilan,Di dunia ini, juga , adalah cintanya yang menutupiKesalahan-kesalahan kita. Kita, orang yang tidak mengenal batasan dan kenasionalan,Seperti pandangan dari dua belah mata, kenyataannya adalah Satu.Kita bisa saja termasuk dari Hijaz, Mesir , atau Iran,Tetapi kita adalah titik-titik embun dari tawa fajar yang Sama.Mata penjaga kedai Batha telah mempayangkan kita.Kita bagaikan cangkirPenuh sampai kebibirnya dengan anggur ini.Bak ratusan dedaunan kembang,Kita beraroma sama;Kerana barang siapa yang menghirup kehidupan Ke dalam buket dan dia adalah satu.
Jamaluddin Al-Afghani
Published on August 01, 2012 09:32
July 31, 2012
Apa yang dipilih, ilmu atau harta?
Saidina Ali bin Abi Talib karamallahu wajhah yang dimuliakan Allah, khalifah keempat pernah ditanya orang tentang kelebihan ilmu pengetahuan dengan harta. Baginda menjawab seperti ini:Ilmu pengetahuan menjaga diri kita tetapi harta terpaksa kita jagaIlmu pengetahuan tidak akan hilang, tetapi harta akan hilangIlmu pengetahuan tidak akan surut tetapi harta boleh surutIlmu pengetahuan boleh menjauhkan diri kita ke arah sifat dan sikap yang baik tetapi harta akan menjadikan kita tamak haloba, rakus dan riak takburIlmu pengetahuan tiada pencuri, tetapi harta banyak pencuriIlmu pengetahuan mengajar kita mejadi manusia insani tetapi harta menjadikan kita manusia haiwanIlmu pengetahuan boleh menaikkan atau meninggikan martabat kita di kalangan orang-orang yang berilmu tetap harta menjauhkan orang daripada orang-orang yang berilmuIlmu pengetahuan boleh memimpin umat, tapi harta menjahanamkan umat
Begitulah kata-kata hikmat Saidina Ali karamallahu wajhah yang merupakan sepupu dan menantu Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w yang dilantik menjadi khalifah keempat umat Islam. Jika orang Melayu/Islam berpegang kepada ajaran Islam, mereka mestilah memikirkan kata-kata hikmat tersebut sebagai panduan hidup di dunia dan di akhirat nanti.Marilah kita terus mencari ilmu dari University of Life. Apa itu kehidupan? Kehidupan di dunia adalah satu ujian, kita bimbang jika tak lulus ujian memandu kereta. Bagaimana dengan makanan roh dan jasad kita? Lu fikirla bro.
Published on July 31, 2012 00:21
July 30, 2012
ALXS 20012 I.K.T (ILMU KUASA TINGGI) Testimony
Salam!
Terima Kasih Kami ucapkan pada yang hadir bagi semua event yang telah kami anjurkan.
Kami berharap pada masa hadapan sesi sebegini dapat kita berkongsi dengan lebih ramai lagi Insyallah.
Mohon kerjasama baik pihak Tuan/Puan untuk share video Kami supaya lebih ramai yang dapat tahu tentang ALXS University of Life.
Nantikan buku terbaru Pak Habib- Syed Hussien Al-Attas The Writer.
"Whoever follows a path in the pursuit of knowledge, Allaah will make a path to Paradise easy for him." (Al-Bukhaari)
Terima Kasih Kami ucapkan pada yang hadir bagi semua event yang telah kami anjurkan.
Kami berharap pada masa hadapan sesi sebegini dapat kita berkongsi dengan lebih ramai lagi Insyallah.
Mohon kerjasama baik pihak Tuan/Puan untuk share video Kami supaya lebih ramai yang dapat tahu tentang ALXS University of Life.
Nantikan buku terbaru Pak Habib- Syed Hussien Al-Attas The Writer.
"Whoever follows a path in the pursuit of knowledge, Allaah will make a path to Paradise easy for him." (Al-Bukhaari)
Published on July 30, 2012 12:23
July 26, 2012
KE TANAH JAWA UNTUK JADI MELAYU
Sementara menunggu berjumpa dengan ‘Sheikh’ selepas maghrib, saya duduk di lobi hotel yang disiapkan untuk tetamu, belum lama mennggu pelayan membawa minuman petang, syukur pada Allah, bersyukur pada yang sedikit Allah akan menambah, tetapi jangan lupa berterima kasih pada manusia yang memberi. Kita belum sampai taraf Tuhan suruh malaikat menghantar makanan terus pada kita.
'Sheikh' Panji Gumilang Seperti biasa ‘Sheikh’ memang penuh dengan jadual menemui tetamu, maka saya keluar untuk melihat tumbuh-tumbuhan sambil berfikir, apa ertinya hidup ini, apa tujuan Tuhan menghidupkan kita? Apa yang kita hendak buat dengan hidup ini?Percayalah kalau sudah berusia 60 atau 70 tahun tetapi masih tidak mahu mengajar apa lagi mahu belajar, lebih baik jadi pohon yang boleh ditebang, boleh buat rumah selain perkakas juga kayu api.
Kita di suruh mencari ilmu dari dalam buian hingga ke liang lahad. Tak mahu membaca, tak mahu cari guru, macam mana nak dapat ilmu? Tanpa ilmu agama, bolehkah masuk syurga? Kita tak tahu pun yang kita pernah berjanji dengan Allah. ‘Aras tu birabbikum’. Bukankah aku ini Tuhanmu? Benar, Engkau ini Tuhanku. Itulah perjanjian di alam Lahut. Kita leka berhibur pagi petang, siang malam, leka shopping, leka ‘ bola ’, pagi bola, malam bola, makan bola, tidur bola, seolah-olah hidup kita di atas muka bumi untuk minat yang ditentukan oleh nafsu saja. Tak peduli langsung nak belajar ilmu akhirat sedangkan mati satu kemestian, boleh berlaku pada bila-bila saja. Mati nanti dalam kubur nak jawab apa bila ditanya ‘marabbuka’? ‘Marabbuka’ itu binatang apa? Apa bendanya? Siapa Tuhan kamu? Bola, bola bola, gol, gol, gol. Alangkah baiknya jika kita mempunyai anak yang soleh, yang tidak memutuskan kita dengan akhirat.
Anak yang mengalami masalah keciciran sejak dari rumah bakal mengalami nasib yang serupa dalam pembelajaran. Apabila berlaku keciciran di sekolah, kemungkinan besar mereka mengalami keciciran dalam masyarakat. Generasi yang mengalami keciciran ini hanya menambah beban kepada keluarga dan masyarakat. Tanggungjawab siapa kalau bukan alim ulama’. Peranannya sebagai khalifah Allah memperbaiki keadaan hari ini.
Anak yang keciciran dalam pembelajaran sering kali terlibat dalam masalah disiplin seperti ponteng sekolah, bergaduh, mencuri, menipu guru dan terlibat dengan gejala salah laku seks. Oleh sebab itu, pendidikan anak harus bermula di rumah. Ilmu mengurus anak perlu dipelajari oleh ibu bapa. Mempelajari kemahiran keinsanan yang membawa pendekatan kasih saying juga perlu diketahui oleh ibu bapa. Membina hubungan yang erat dalam kalangan keluarga terutama anak-anak harus menjadi keutamaan sehingga mereka dewasa. Pendidikan anak juga menuntut kesabaran dan belas kasihan terhadap anak.
Kerosakan akhlak anak berpunca daripada kecuaian ibu bapa terutama ketika mendidik anak sejak dalam buaian lagi. Jika ibu bapa cuai mendidik anak terutama untuk melaksanakan suruhan dan larangan agama, kesannya bakal diterima apabila anak meningkat dewasa. Itulah tujuan buku ini ditulis untuk menyelamatkan manusia dari kesengsaraan hidup di dunia dan azab di akhirat. Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam.
Gambar Syed Husin bin Alwi Alattas seorang pengasas Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Johor sedang mengadakan demonstrasi di pasar baru Johor Bahru, sewaktu memperjuangkan nasib mereka yang pada masa itu sentiasa terhimpit dan tertindas.
Nabi kita suruh tuntut ilmu hingga ke negeri China, kita tak peduli langsung sabda Rasulullah SAW. Ada ulama kata hadith ini tak sahih bila tersedar Eropah dan USA pergi dari Cina dan kita bergantung hidup pada Cina yang menguasai kita dan seluruh perniagaan yangada di negara kita dikuasai oleh ‘the overseas Chinese’. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kita sekadar jadi kaum pembeli, ramai yang jadi pencacai, jadi hamba abdi akibat tak peduli. 9/10 peratus pendapatan adalah dari berniaga. Pada bulan Jun 1975, saya ada menulis sebuah buku bertajuk ‘9/10 Rezeki Adalah Dari Perniagaan’,buku cenderamata P.P.P.K.M.N.J Cawangan Johor Bahru. Semua pergi menuntut ilmu untuk mengabdikan diri ‘saya yang menurut perintah’ bukan yang memerintah. Lu fikirah bro. Kenapa saya ke Tanah Jawa? Kenapa saya minta anda fikir ‘tafakur’, ‘think’. ‘Marabbuka’ itu apa? Tuhan anda itu siapa? Dan apa pentingnya agama kepada anak-anak bangsa kita?
Apa salahnya di mana saja kita berada kita bertafakur? Kita adalah makhluk yang ada akal, ada duit cepat aje nak belanja, ‘shopping’ , ‘shopping giler’. Kenapa ada akal tidak digunakan? Berapa ramai manusia yang menggunakan akal fikirannya? Bukankah dunia ini sebuah pentas, kata Shakespears. Kita sekadar pelakun, pengarah dan produsernya siapa? Penulis skrip siapa? Untuk hidup di dunia dan di akhirat inilah yang akan saya kongsikan dengan anda ‘Alattas University Of Life’.
Kebetulan saya adalah antara manusia yang tidak berani membuang masa yang dipinjamkan sesuka hati saya.
Ramai yang pandai bercakap ‘ masa itu emas’ , cakap saja ikut sedap mulut. Jika waktu itu emas, kenapa ramai sangat yang membuangkannya begitu saja. Anda bagaimana? Tahukah anda di pentas dunia ini anda cuma seorang fakir, nyawa anda itupun milik Allah. Jangan kata segala-gala yang lainnya, hendak jawab ‘marabbuka’ pun tak tahu, Islam apa namanya? Semoga Allah ampunkan dosa saya dan dosa anda.
Kenapa bila berada di taman kita tidak memerhatikan pendedahan tentang kebesaran Allah yang jelas pada tumbuh-tumbuhan yang mengandungi ayat-ayat Tuhan? Selaku umat Islam anda tentu tahu bukan saja hidup perlu menjawab soalan, mati pun lagi banyak soalan yang perlu anda jawab. Syurga, neraka, alam maya ini dia bosnya. Pelik, anda tak kenal bos, murid tak kenal guru besar, rakyat Malaysia tak kenal Perdana Menteri, tak tahu lagu Negaraku. Sudah ditukar jadi lagu Negarakuku.
Pernahkah anda terfikir apa yang dapat anda pelajari dari taman yang mengandungi unsur-unsur keTuhanan? Apa bezanya antara pokok dan tokoh? Ada pohon di dalamnya lebih berharga dari emas, sudah mati ‘kayu gaharu’ bila dibakar harganya mahal kerana wangi. Anda bagaimana? Wangi atau busuk nama yang akan anda tinggalkan nanti? Ular dan buaya kulitnya jauh lebih berharga dari manusia yang tak beragama.
Pernah lihat pohon kelapa (niur), jika di hutan harimau adalah raja, pohon niur adalah raja tumbuh-tumbuhan, isi, kulit tempurung, pelepah, daun, lidi, umbut dan batangnya boleh jadi bahan pertukangan. Manusia sebagai khalifah Tuhan harus mempunyai akhlak, adab, tutur kata, budi bahasa, ilmu, amal seperti Nabi Muhammad SAW baru hidupnya bermula.
Saya takut nak buang masa yang diamanahkan maka saya fikir-fikir dan terjemahkan fikiran saya dalam bentuk tulisan. Mana tahu apa yang sedang saya fikirkan mengenai Melayu itu apa? Islam itu apa boleh kejutkan anda kerana manusia itu makhluk yang alpa, lalai, sudah sampai ajal baru mahu ingat Tuhan, baru mahu bertaubat. Sudah terlambat. Agama itu nasihat menasihati. Buku yang saya tulis ini untuk Melayu terutama yang beragama Islam yang berada di Nusantara, tapi Melayu bukan Islam pun tak salah baca, mana tahu mereka juga boleh mendapat manfaat. Iqra’. Baca dengan nama Allah. Apakah saya perlu berceloteh dengan panjang lebar kerana bukan senang mahu menjawab soalan yang dikemukakan tanpa fakta. Melayu itu siapa?
Begitu istimewa institusi IMR, Artikel 160 memperuntukkan bangsa Melayu wajib beragama Islam. Kalau seseorang Melayu itu murtad, menjadi bukan Islam maknanya dia bukan lagi Melayu. Bila sudah tak ada Melayu, apa akan jadi pada Raja-Raja Melayu? Apakah orang yang menerima wakil lebih mulia dari yang memberi wakil? Mereka tak peduli pun.
Bila orang Melayu ‘murtad’, ramai yang ‘murtad’ dianggap terbatal kedudukan dia sebagai bangsa Melayu. Ini penting difikirkan oleh seorang ketua Agama yang berbangsa Melayu kerana perlembagaan hanya memberikan hak dan kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam, seperti yang dimaktubkan di bawah Artikel 153. Islam ‘ addin ’ adalah cara hidup yang paling sempurna. Islam apa namanya jika tak ikut Al-Quran dan Sunnah Nabi? Mungkin munafik.
Kenapa ramai Melayu hari ini yang malu menjadi Melayu dan ramai Melayu yang murtad? Apakah kerana mereka malas membaca atau hal-hal mengenai Islam tak diajar oleh ibubapa. Apakah tingkah laku ibubapa, ketua-ketua dan isteri mereka lari dari kehidupan dan tingkah laku sebagai orang Islam yang beriman? Bagaimana di sekolah dan IPTS, kawan-kawan, apakah Islamnya di Mykad saja?
Baca terus, inilah antara benda-benda yang akan saya kongsikan di Alattas University Of Life supaya Melayu tak hilang di dunia. Biarpun sudah ada 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib, Perdana Menteri Malaysia.
Ramai yang mengaku Islam, namun segala kelakuan, peribadi, akhlak dan perbuatannya tidak selaras dan bersamaan dengan Islam. Angkuh, riak, zalim, kejam, membazir, dari hal makan minum perlukan tanda halal, apakah wang yang diberi makan keluarga halal dari hasil pekerjaan? Bagaimana dengan hubungan persaudaraan dengan jiran tetangga? Ada banyak hal lain dalam kehidupan tidak berteraskan Islam. Ramai yang sudah jadi seperti The Overseas American seperti dalam buku saya tajuk yang sama. Akibat kebimbangan ini saya cuba hidupkan semangat Islam yang dapat dipelajari dari alam, isi Al-Quran yang terdapat di dalam taman.
Jika kita lihat sebuah rumah terbakar, apakah kita tengok saja sambil berpeluk tubuh. Kita bukan haiwan, tengok haiwan lain kena sembelih atau dibelasah orang kita duduk diam tak buat apa-apa. Saudara kita sedang menuju ke api nuraka, kita tak berani sabung nyawa untuk selamatkan sebelum sampai bomba?
Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perlawanan rakyat yang ditindas sebelum ini. Islam menentang ketidakadilan dan manusia yang menyembah selain dari Allah. Itulah tugas Rasulullah SAW. ‘Mannabiuka’, siapa Nabi kamu?
Perjuangan menghidupkan kembali Islam ibarat mata rantai, kita bukan yang terdahulu, bukan yang terakhir. Sebagai contoh saya pilih Sheikh Abdul Kadir Jailani Sultanul Awlia yang terkenal di kalangan Melayu. Kita adalah penerus kepada perjuangan yang belum selesai. Siapa kalau bukan kita yang mesti meneruskan perjuangan untuk melakukan yang terbaik ketika di zaman kita?
Bagaimana anak muda hari ini harus berani mencipta sejarah jika kita tidak memperkenalkan Syariat, Hakikat, Tarikat dan Makrifat yang menjadi amalan para sufi yang telah menghidupkan semula Islam?
Apakah akibat minda Melayu yang sudah terlalu lama dijajah di Indonesia oleh Belanda, di Malaysia oleh Inggeris maka kita terus tidur seperti pemuda yang terdapat dalam kisah Pemuda Al-Kahfi? Minda hanya akan terbuka bila ‘mata hati’ kita tidak lagi buta. Bagaimana mahu menghidupkan ‘mata hati’ kita jika anda tidak membaca Ihya Ulumuddinoleh Imam Al-Ghazali dan Sirrul Asrar oleh Sheikh Abdul Qadir Jailani? Apakah kerana sistem pendidikan yang hanya mengutamakan Syariat dan Bahasa Arab semata-mata tanpa ilmu Hakikat, Tarikat dan Makrifat gagal mengisi makna Al-Quran di dalam dada supaya murid-murid yang tak kenal, kenal siapa diri mereka sebenarnya.
Imam Al-Ghazali
Pelik, lima kali sehari azan Allah hu Akhbar, Allah yang Maha Besar, dikumandangkan, Allah paling dekat dengan diri kita, tak terasa kebesaran zat Tuhan yang ada dalam diri kita. Apakah asma Allah yang sepatutnya hidup dalam diri masih tertidur? Selain melakukan solat, azan mengajak kita menuju kejayaan. Kenapa kita masih gagal mendapat hidayat dari Allah? Lu fikirlah Bro!
Bolehkah kita salahkan ego pemimpin yang besar yang tidak boleh menjadi teladan biarpun Mahathir telah memperkenalkan kepimpinan melalui teladan? Akibat tak ada ‘role model’, pemimpin atau ketua-ketua agama yang boleh dijadikan teladan, kita terus tidur. Lu fikirlah Bro.
Saya tiba-tiba terfikir kenapa ke Tanah Jawa untuk belajar pasal Melayu? Ayahanda saya Almarhum Habib Alwee Alattas lahir di Tanah Jawa berhampiran Masjid Ampel di Jawa Timur. Walaupun definasi Melayu ialah mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, berasal dari kepulauan Melayu, tetapi di Johor Jawa, Arab dan Pakistan tidak diiktiraf sebagai Melayu, maka Melayu itu apa? Melayu itu siapa? Asalnya dari mana? Bugis, Raja Melayu kerana Raja Johor keturunan Melayu tetapi ada campuran Mat Salleh. Kasihan Jawa, Mandeling, Banjar dan lain-lain etnik tidak diiktiraf sebagai Melayu. Melayu kaya dengan budaya yang mereka bawa bersama, budaya ketika berhijrah dan menetap di Tanah Melayu. Semua itu sudah jadi sejarah (history), sebab itu kerajaan Indonesia marah bila budaya dari Indonesia di pelgiat sebagai budaya Malaysia.
Tan Sri Ismail HussienSaya teringat di sini Gapena pernah mengadakan simposium serantau Tak Melayu Hilang Di Dunia, ketika itu Dato Aziz Deraman menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, ianya berlangsung di Dewan Tan Sri Ismail Hussein di Al-Zaytun sebagai penghargaan kepada Ketua Satu Gapena. Jawa mengiktiraf Ismail Hussien yang berasal dari Acheh.
Melayu telah dipecah-belahkan oleh penjajah sehingga pengertian Melayu yang diungkap Pendeta Zaaba sangat berbeza dengan gelagat pemimpin dan Ketua Agama Islam dan budaya Melayu. Kata Zaaba, “ Melayu itu kuat kerana berpegang pada akidah Islam, semangat perjuangan dan memiliki budi pekerti ”. Zaaba atau Zainal Abidin Ahmad adalah tokoh sasterawan dan pemikir yang dihormati dan menjadi orang Melayu pertama lulus peperiksaan Senior Cambridge pada 1915.
Dulu bangsa Melayu hebat dan dihormati kerana agama Islam dijunjung, budayanya dikelek. Kenapa agama dijunjung tanpa Islam? Mereka tak kenal diri dan tak kenal Tuhan, tak tahu yang mereka bukan sekadar manusia biasa tetapi manusia luar biasa (special being), makhluk istimewa 3 dalam 1, jasad, rohdan akal. Tuhan ada disisi mereka dan mereka telah berikrar dengan Allah “alastu birobbikum, qolu bala syahidna”. ‘
Tidak ku sembah selain Engkau
’. Orang kafir tidak diajar yang manusia itu ‘sirr’ rahsia Tuhan dan Tuhan itu rahsia manusia. Istimewanya Melayu bila mereka kenal diri dan kenal Tuhannya.
Hari ini agama dan budaya dibiar tergolek akibat air yang keruh di hulu maka keruh juga di hilir. Siapakah yang akan menghidupkan Melayu supaya tidak akan hilang didunia kalau bukan mereka yang berjiwa Islam dan mempunyai ilmu hakikat, tarikat dan makrifat?
Dalam diri manusia terdapat seluruh bagian dari alam. Seseorang yang berhati bersih akan melihat seluruh isi alam dalam dirinya. Laut, misalnya, jika permukaannya tenang dan airnya jernih, semua ikan dan haiwan-haiwan yang terdapat di dalamnya akan nampak gerak dan diamnya.
Kenapa hari ini kita didedahkan lebih ramai ‘penjenayah kolar putih’ yang ditahan dalam penjara adalah Melayu begitu juga mat rempit, penagih dadah, penceraian, keruntuhan moral dan hidup di bawah taraf kemiskinan. Peratusan yang cemerlang dalam akademik oleh anak-anak Melayu sepatutnya dapat memberi gambaran ‘kecemerlangan’ dalam segala aspek kehidupan terutama dari segi adab (disiplin). Apakah kerana mata pelajaran sivik atau moral gagal mendidik pelajar dengan nilai-nilai murni, adab mengikut Nabi Muhammad SAW?
Saya percaya di mana ada kemahuan di situ ada jalan . Niatpenting, segala amal bermula dengan niat.
Amal dan niatsaleh akan menyebabkan timbulnya kewibawaan pada diri seseorang. Ia akan tampak beda dengan orang lain, ucapannya didengar dan bermanfaat. Sebaliknya, amal dan niat buruk akan menyebabkan pelakunya diselimuti kegelapan kerana mata hatinya gelap.
Setiap anak yang dilahirkan adalah Islam. Mereka seperti bibit-bibit yang perlu dipelihara, jika tidak disiram dengan air tidak akan tumbuh. Manusia disiram dengan ilmu, amal dan peringatan. Ibubapalah yang menjadikan mereka Hindu, Buddha, Kristian, Atheist dari prilaku ibubapa.
Saya mahu anak-anak saya menjadi orang-orang terkemuka, yang baik, ‘soleh’, berjaya di dunia dan di akhirat, sebab itu saya perlu pilih sekolah yang terbaik untuk mereka di peringkat asas primary. Saya mahu mereka menjadi ahli akademik yang beriman dan bertaqwa, berani keluar dari kepompong, berfikiran dalam kotak akibat ada ijazah untuk jual ayat-ayat Al-Quran dengan harga yang murah, berfikir besar, tidak mahu jadi ulama jumud disebabkan ‘colonization’ penjajahan minda bentuk baru.
Tidak ada gunanya kita menyalahkan penjajah yang telah menanam ‘jiwa hamba’ kerana kita sudah jadi bangsa yang ‘merdeka’, hidup di negara merdeka tetapi tak tahu sejarah. Kemerdekaan manusia yang bermula bila Allah turunkan Al-Quran, hidup kita seperti kereta tanpa manual.
Tugas pertama Islam menegakkan keadilan, menentang kekejaman dan kezaliman dan membebaskan hamba abdi. Lupakah kita siapa Bilal r.a. Muazin pertama dibebaskan baru dia boleh mengamalkan Islam sebebasnya, hanya Allah yang disembah. Apa penyebab rakyat tak berani jadi tuan kerana agama dikuasai oleh beberapa kerat manusia yang berkuasa merasa diri mereka itu tuhan? Apakah kerana setelah orang putih keluar, bangsa sendiri yang jadi tuan, kita kekal sebagai hamba tuan yang tak kenal diri dan Tuhan?
Saya bosan retorik dengan ‘ketuanan Melayu’ oleh mereka yang masih menjilat kasut tuan membuatkan orang Melayu merasakan yang kita terhutang hidup kepada manusia yang diagung-agungkan seperti Tuhan? Lu fikirlah Bro...
Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang tidak akan meninggalkanmu: didunia mahupun di akhirat. Ilmu adalah alat. Meskipun ilmu itu baik (hasan), tapi hanyalah alat, bukan tujuan. Oleh kerana itu, sedikit ilmu alat sudahlah cukup. Ilmu harus diiringi adab, akhlak dan niat-niat saleh. Ilmu demikian inilah yang dapat mengantarkan seseorang kepada maqom-maqom yang tinggi.
Apa sebabnya saya sanggup menyerahkan anak ke Al-Zaytun kalau bukan kerana saya tidak yakin dengan sistem sekolah dan universiti hari ini yang gagal untuk melahirkan manusia yang boleh mencapai menjadi ‘insanul kamil’, manusia yang bukan saja takut tetapi mencari kecintaan Tuhan untuk menjadi ‘wali Allah’.
Manusia akan melakukan apa juga bentuk jenayah bila mereka tak tahu malu bila melakukan keburukan, bila mereka tak dapat membezakan antara dosa dan pahala akibat tidak adanya asas tauhid di dada. Ramai manusia yang namanya saja Islam tetapi buta agama. Mereka malu jika buta IT, apalagi buta huruf, akibat buta mata hati mereka bukan saja tidak tahu menghormati manusia lain tetapi tak ada rasa kemanusiaan terhadap manusia dikeliling mereka. Tengok sajalah perangai mereka yang merasakan diri dan keluarga berada di atas undang-undang. Lu fikirlah Bro.
'Sheikh' Panji Gumilang Seperti biasa ‘Sheikh’ memang penuh dengan jadual menemui tetamu, maka saya keluar untuk melihat tumbuh-tumbuhan sambil berfikir, apa ertinya hidup ini, apa tujuan Tuhan menghidupkan kita? Apa yang kita hendak buat dengan hidup ini?Percayalah kalau sudah berusia 60 atau 70 tahun tetapi masih tidak mahu mengajar apa lagi mahu belajar, lebih baik jadi pohon yang boleh ditebang, boleh buat rumah selain perkakas juga kayu api. Kita di suruh mencari ilmu dari dalam buian hingga ke liang lahad. Tak mahu membaca, tak mahu cari guru, macam mana nak dapat ilmu? Tanpa ilmu agama, bolehkah masuk syurga? Kita tak tahu pun yang kita pernah berjanji dengan Allah. ‘Aras tu birabbikum’. Bukankah aku ini Tuhanmu? Benar, Engkau ini Tuhanku. Itulah perjanjian di alam Lahut. Kita leka berhibur pagi petang, siang malam, leka shopping, leka ‘ bola ’, pagi bola, malam bola, makan bola, tidur bola, seolah-olah hidup kita di atas muka bumi untuk minat yang ditentukan oleh nafsu saja. Tak peduli langsung nak belajar ilmu akhirat sedangkan mati satu kemestian, boleh berlaku pada bila-bila saja. Mati nanti dalam kubur nak jawab apa bila ditanya ‘marabbuka’? ‘Marabbuka’ itu binatang apa? Apa bendanya? Siapa Tuhan kamu? Bola, bola bola, gol, gol, gol. Alangkah baiknya jika kita mempunyai anak yang soleh, yang tidak memutuskan kita dengan akhirat.
Anak yang mengalami masalah keciciran sejak dari rumah bakal mengalami nasib yang serupa dalam pembelajaran. Apabila berlaku keciciran di sekolah, kemungkinan besar mereka mengalami keciciran dalam masyarakat. Generasi yang mengalami keciciran ini hanya menambah beban kepada keluarga dan masyarakat. Tanggungjawab siapa kalau bukan alim ulama’. Peranannya sebagai khalifah Allah memperbaiki keadaan hari ini.
Anak yang keciciran dalam pembelajaran sering kali terlibat dalam masalah disiplin seperti ponteng sekolah, bergaduh, mencuri, menipu guru dan terlibat dengan gejala salah laku seks. Oleh sebab itu, pendidikan anak harus bermula di rumah. Ilmu mengurus anak perlu dipelajari oleh ibu bapa. Mempelajari kemahiran keinsanan yang membawa pendekatan kasih saying juga perlu diketahui oleh ibu bapa. Membina hubungan yang erat dalam kalangan keluarga terutama anak-anak harus menjadi keutamaan sehingga mereka dewasa. Pendidikan anak juga menuntut kesabaran dan belas kasihan terhadap anak.
Kerosakan akhlak anak berpunca daripada kecuaian ibu bapa terutama ketika mendidik anak sejak dalam buaian lagi. Jika ibu bapa cuai mendidik anak terutama untuk melaksanakan suruhan dan larangan agama, kesannya bakal diterima apabila anak meningkat dewasa. Itulah tujuan buku ini ditulis untuk menyelamatkan manusia dari kesengsaraan hidup di dunia dan azab di akhirat. Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam.
Gambar Syed Husin bin Alwi Alattas seorang pengasas Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Johor sedang mengadakan demonstrasi di pasar baru Johor Bahru, sewaktu memperjuangkan nasib mereka yang pada masa itu sentiasa terhimpit dan tertindas.Nabi kita suruh tuntut ilmu hingga ke negeri China, kita tak peduli langsung sabda Rasulullah SAW. Ada ulama kata hadith ini tak sahih bila tersedar Eropah dan USA pergi dari Cina dan kita bergantung hidup pada Cina yang menguasai kita dan seluruh perniagaan yangada di negara kita dikuasai oleh ‘the overseas Chinese’. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kita sekadar jadi kaum pembeli, ramai yang jadi pencacai, jadi hamba abdi akibat tak peduli. 9/10 peratus pendapatan adalah dari berniaga. Pada bulan Jun 1975, saya ada menulis sebuah buku bertajuk ‘9/10 Rezeki Adalah Dari Perniagaan’,buku cenderamata P.P.P.K.M.N.J Cawangan Johor Bahru. Semua pergi menuntut ilmu untuk mengabdikan diri ‘saya yang menurut perintah’ bukan yang memerintah. Lu fikirah bro. Kenapa saya ke Tanah Jawa? Kenapa saya minta anda fikir ‘tafakur’, ‘think’. ‘Marabbuka’ itu apa? Tuhan anda itu siapa? Dan apa pentingnya agama kepada anak-anak bangsa kita?
Apa salahnya di mana saja kita berada kita bertafakur? Kita adalah makhluk yang ada akal, ada duit cepat aje nak belanja, ‘shopping’ , ‘shopping giler’. Kenapa ada akal tidak digunakan? Berapa ramai manusia yang menggunakan akal fikirannya? Bukankah dunia ini sebuah pentas, kata Shakespears. Kita sekadar pelakun, pengarah dan produsernya siapa? Penulis skrip siapa? Untuk hidup di dunia dan di akhirat inilah yang akan saya kongsikan dengan anda ‘Alattas University Of Life’.
Kebetulan saya adalah antara manusia yang tidak berani membuang masa yang dipinjamkan sesuka hati saya.
“Demi masa manusia itu sentiasa didalam kerugian” (Al-Quran)
Ramai yang pandai bercakap ‘ masa itu emas’ , cakap saja ikut sedap mulut. Jika waktu itu emas, kenapa ramai sangat yang membuangkannya begitu saja. Anda bagaimana? Tahukah anda di pentas dunia ini anda cuma seorang fakir, nyawa anda itupun milik Allah. Jangan kata segala-gala yang lainnya, hendak jawab ‘marabbuka’ pun tak tahu, Islam apa namanya? Semoga Allah ampunkan dosa saya dan dosa anda.
Kenapa bila berada di taman kita tidak memerhatikan pendedahan tentang kebesaran Allah yang jelas pada tumbuh-tumbuhan yang mengandungi ayat-ayat Tuhan? Selaku umat Islam anda tentu tahu bukan saja hidup perlu menjawab soalan, mati pun lagi banyak soalan yang perlu anda jawab. Syurga, neraka, alam maya ini dia bosnya. Pelik, anda tak kenal bos, murid tak kenal guru besar, rakyat Malaysia tak kenal Perdana Menteri, tak tahu lagu Negaraku. Sudah ditukar jadi lagu Negarakuku.
Pernahkah anda terfikir apa yang dapat anda pelajari dari taman yang mengandungi unsur-unsur keTuhanan? Apa bezanya antara pokok dan tokoh? Ada pohon di dalamnya lebih berharga dari emas, sudah mati ‘kayu gaharu’ bila dibakar harganya mahal kerana wangi. Anda bagaimana? Wangi atau busuk nama yang akan anda tinggalkan nanti? Ular dan buaya kulitnya jauh lebih berharga dari manusia yang tak beragama.
Pernah lihat pohon kelapa (niur), jika di hutan harimau adalah raja, pohon niur adalah raja tumbuh-tumbuhan, isi, kulit tempurung, pelepah, daun, lidi, umbut dan batangnya boleh jadi bahan pertukangan. Manusia sebagai khalifah Tuhan harus mempunyai akhlak, adab, tutur kata, budi bahasa, ilmu, amal seperti Nabi Muhammad SAW baru hidupnya bermula.
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.(Al-Hajj - 22:46)
Saya takut nak buang masa yang diamanahkan maka saya fikir-fikir dan terjemahkan fikiran saya dalam bentuk tulisan. Mana tahu apa yang sedang saya fikirkan mengenai Melayu itu apa? Islam itu apa boleh kejutkan anda kerana manusia itu makhluk yang alpa, lalai, sudah sampai ajal baru mahu ingat Tuhan, baru mahu bertaubat. Sudah terlambat. Agama itu nasihat menasihati. Buku yang saya tulis ini untuk Melayu terutama yang beragama Islam yang berada di Nusantara, tapi Melayu bukan Islam pun tak salah baca, mana tahu mereka juga boleh mendapat manfaat. Iqra’. Baca dengan nama Allah. Apakah saya perlu berceloteh dengan panjang lebar kerana bukan senang mahu menjawab soalan yang dikemukakan tanpa fakta. Melayu itu siapa?
Begitu istimewa institusi IMR, Artikel 160 memperuntukkan bangsa Melayu wajib beragama Islam. Kalau seseorang Melayu itu murtad, menjadi bukan Islam maknanya dia bukan lagi Melayu. Bila sudah tak ada Melayu, apa akan jadi pada Raja-Raja Melayu? Apakah orang yang menerima wakil lebih mulia dari yang memberi wakil? Mereka tak peduli pun.
Bila orang Melayu ‘murtad’, ramai yang ‘murtad’ dianggap terbatal kedudukan dia sebagai bangsa Melayu. Ini penting difikirkan oleh seorang ketua Agama yang berbangsa Melayu kerana perlembagaan hanya memberikan hak dan kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam, seperti yang dimaktubkan di bawah Artikel 153. Islam ‘ addin ’ adalah cara hidup yang paling sempurna. Islam apa namanya jika tak ikut Al-Quran dan Sunnah Nabi? Mungkin munafik.
Kenapa ramai Melayu hari ini yang malu menjadi Melayu dan ramai Melayu yang murtad? Apakah kerana mereka malas membaca atau hal-hal mengenai Islam tak diajar oleh ibubapa. Apakah tingkah laku ibubapa, ketua-ketua dan isteri mereka lari dari kehidupan dan tingkah laku sebagai orang Islam yang beriman? Bagaimana di sekolah dan IPTS, kawan-kawan, apakah Islamnya di Mykad saja?
Baca terus, inilah antara benda-benda yang akan saya kongsikan di Alattas University Of Life supaya Melayu tak hilang di dunia. Biarpun sudah ada 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib, Perdana Menteri Malaysia.
Ramai yang mengaku Islam, namun segala kelakuan, peribadi, akhlak dan perbuatannya tidak selaras dan bersamaan dengan Islam. Angkuh, riak, zalim, kejam, membazir, dari hal makan minum perlukan tanda halal, apakah wang yang diberi makan keluarga halal dari hasil pekerjaan? Bagaimana dengan hubungan persaudaraan dengan jiran tetangga? Ada banyak hal lain dalam kehidupan tidak berteraskan Islam. Ramai yang sudah jadi seperti The Overseas American seperti dalam buku saya tajuk yang sama. Akibat kebimbangan ini saya cuba hidupkan semangat Islam yang dapat dipelajari dari alam, isi Al-Quran yang terdapat di dalam taman.
Jika kita lihat sebuah rumah terbakar, apakah kita tengok saja sambil berpeluk tubuh. Kita bukan haiwan, tengok haiwan lain kena sembelih atau dibelasah orang kita duduk diam tak buat apa-apa. Saudara kita sedang menuju ke api nuraka, kita tak berani sabung nyawa untuk selamatkan sebelum sampai bomba?
Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perlawanan rakyat yang ditindas sebelum ini. Islam menentang ketidakadilan dan manusia yang menyembah selain dari Allah. Itulah tugas Rasulullah SAW. ‘Mannabiuka’, siapa Nabi kamu?
Perjuangan menghidupkan kembali Islam ibarat mata rantai, kita bukan yang terdahulu, bukan yang terakhir. Sebagai contoh saya pilih Sheikh Abdul Kadir Jailani Sultanul Awlia yang terkenal di kalangan Melayu. Kita adalah penerus kepada perjuangan yang belum selesai. Siapa kalau bukan kita yang mesti meneruskan perjuangan untuk melakukan yang terbaik ketika di zaman kita?
Bagaimana anak muda hari ini harus berani mencipta sejarah jika kita tidak memperkenalkan Syariat, Hakikat, Tarikat dan Makrifat yang menjadi amalan para sufi yang telah menghidupkan semula Islam?
Apakah akibat minda Melayu yang sudah terlalu lama dijajah di Indonesia oleh Belanda, di Malaysia oleh Inggeris maka kita terus tidur seperti pemuda yang terdapat dalam kisah Pemuda Al-Kahfi? Minda hanya akan terbuka bila ‘mata hati’ kita tidak lagi buta. Bagaimana mahu menghidupkan ‘mata hati’ kita jika anda tidak membaca Ihya Ulumuddinoleh Imam Al-Ghazali dan Sirrul Asrar oleh Sheikh Abdul Qadir Jailani? Apakah kerana sistem pendidikan yang hanya mengutamakan Syariat dan Bahasa Arab semata-mata tanpa ilmu Hakikat, Tarikat dan Makrifat gagal mengisi makna Al-Quran di dalam dada supaya murid-murid yang tak kenal, kenal siapa diri mereka sebenarnya.
Imam Al-GhazaliPelik, lima kali sehari azan Allah hu Akhbar, Allah yang Maha Besar, dikumandangkan, Allah paling dekat dengan diri kita, tak terasa kebesaran zat Tuhan yang ada dalam diri kita. Apakah asma Allah yang sepatutnya hidup dalam diri masih tertidur? Selain melakukan solat, azan mengajak kita menuju kejayaan. Kenapa kita masih gagal mendapat hidayat dari Allah? Lu fikirlah Bro!
Bolehkah kita salahkan ego pemimpin yang besar yang tidak boleh menjadi teladan biarpun Mahathir telah memperkenalkan kepimpinan melalui teladan? Akibat tak ada ‘role model’, pemimpin atau ketua-ketua agama yang boleh dijadikan teladan, kita terus tidur. Lu fikirlah Bro.
Saya tiba-tiba terfikir kenapa ke Tanah Jawa untuk belajar pasal Melayu? Ayahanda saya Almarhum Habib Alwee Alattas lahir di Tanah Jawa berhampiran Masjid Ampel di Jawa Timur. Walaupun definasi Melayu ialah mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, berasal dari kepulauan Melayu, tetapi di Johor Jawa, Arab dan Pakistan tidak diiktiraf sebagai Melayu, maka Melayu itu apa? Melayu itu siapa? Asalnya dari mana? Bugis, Raja Melayu kerana Raja Johor keturunan Melayu tetapi ada campuran Mat Salleh. Kasihan Jawa, Mandeling, Banjar dan lain-lain etnik tidak diiktiraf sebagai Melayu. Melayu kaya dengan budaya yang mereka bawa bersama, budaya ketika berhijrah dan menetap di Tanah Melayu. Semua itu sudah jadi sejarah (history), sebab itu kerajaan Indonesia marah bila budaya dari Indonesia di pelgiat sebagai budaya Malaysia.
Tan Sri Ismail HussienSaya teringat di sini Gapena pernah mengadakan simposium serantau Tak Melayu Hilang Di Dunia, ketika itu Dato Aziz Deraman menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, ianya berlangsung di Dewan Tan Sri Ismail Hussein di Al-Zaytun sebagai penghargaan kepada Ketua Satu Gapena. Jawa mengiktiraf Ismail Hussien yang berasal dari Acheh.Melayu telah dipecah-belahkan oleh penjajah sehingga pengertian Melayu yang diungkap Pendeta Zaaba sangat berbeza dengan gelagat pemimpin dan Ketua Agama Islam dan budaya Melayu. Kata Zaaba, “ Melayu itu kuat kerana berpegang pada akidah Islam, semangat perjuangan dan memiliki budi pekerti ”. Zaaba atau Zainal Abidin Ahmad adalah tokoh sasterawan dan pemikir yang dihormati dan menjadi orang Melayu pertama lulus peperiksaan Senior Cambridge pada 1915.
Dulu bangsa Melayu hebat dan dihormati kerana agama Islam dijunjung, budayanya dikelek. Kenapa agama dijunjung tanpa Islam? Mereka tak kenal diri dan tak kenal Tuhan, tak tahu yang mereka bukan sekadar manusia biasa tetapi manusia luar biasa (special being), makhluk istimewa 3 dalam 1, jasad, rohdan akal. Tuhan ada disisi mereka dan mereka telah berikrar dengan Allah “alastu birobbikum, qolu bala syahidna”. ‘
Tidak ku sembah selain Engkau
’. Orang kafir tidak diajar yang manusia itu ‘sirr’ rahsia Tuhan dan Tuhan itu rahsia manusia. Istimewanya Melayu bila mereka kenal diri dan kenal Tuhannya.Hari ini agama dan budaya dibiar tergolek akibat air yang keruh di hulu maka keruh juga di hilir. Siapakah yang akan menghidupkan Melayu supaya tidak akan hilang didunia kalau bukan mereka yang berjiwa Islam dan mempunyai ilmu hakikat, tarikat dan makrifat?
Dalam diri manusia terdapat seluruh bagian dari alam. Seseorang yang berhati bersih akan melihat seluruh isi alam dalam dirinya. Laut, misalnya, jika permukaannya tenang dan airnya jernih, semua ikan dan haiwan-haiwan yang terdapat di dalamnya akan nampak gerak dan diamnya.
Akan Kami perlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami pada segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa sesungguhnya (Quran) itu benar. (QS Al-Hajj, 22:32)
Kenapa hari ini kita didedahkan lebih ramai ‘penjenayah kolar putih’ yang ditahan dalam penjara adalah Melayu begitu juga mat rempit, penagih dadah, penceraian, keruntuhan moral dan hidup di bawah taraf kemiskinan. Peratusan yang cemerlang dalam akademik oleh anak-anak Melayu sepatutnya dapat memberi gambaran ‘kecemerlangan’ dalam segala aspek kehidupan terutama dari segi adab (disiplin). Apakah kerana mata pelajaran sivik atau moral gagal mendidik pelajar dengan nilai-nilai murni, adab mengikut Nabi Muhammad SAW?
Saya percaya di mana ada kemahuan di situ ada jalan . Niatpenting, segala amal bermula dengan niat.
Amal dan niatsaleh akan menyebabkan timbulnya kewibawaan pada diri seseorang. Ia akan tampak beda dengan orang lain, ucapannya didengar dan bermanfaat. Sebaliknya, amal dan niat buruk akan menyebabkan pelakunya diselimuti kegelapan kerana mata hatinya gelap.
Setiap anak yang dilahirkan adalah Islam. Mereka seperti bibit-bibit yang perlu dipelihara, jika tidak disiram dengan air tidak akan tumbuh. Manusia disiram dengan ilmu, amal dan peringatan. Ibubapalah yang menjadikan mereka Hindu, Buddha, Kristian, Atheist dari prilaku ibubapa.
Saya mahu anak-anak saya menjadi orang-orang terkemuka, yang baik, ‘soleh’, berjaya di dunia dan di akhirat, sebab itu saya perlu pilih sekolah yang terbaik untuk mereka di peringkat asas primary. Saya mahu mereka menjadi ahli akademik yang beriman dan bertaqwa, berani keluar dari kepompong, berfikiran dalam kotak akibat ada ijazah untuk jual ayat-ayat Al-Quran dengan harga yang murah, berfikir besar, tidak mahu jadi ulama jumud disebabkan ‘colonization’ penjajahan minda bentuk baru.
Tidak ada gunanya kita menyalahkan penjajah yang telah menanam ‘jiwa hamba’ kerana kita sudah jadi bangsa yang ‘merdeka’, hidup di negara merdeka tetapi tak tahu sejarah. Kemerdekaan manusia yang bermula bila Allah turunkan Al-Quran, hidup kita seperti kereta tanpa manual.
Tugas pertama Islam menegakkan keadilan, menentang kekejaman dan kezaliman dan membebaskan hamba abdi. Lupakah kita siapa Bilal r.a. Muazin pertama dibebaskan baru dia boleh mengamalkan Islam sebebasnya, hanya Allah yang disembah. Apa penyebab rakyat tak berani jadi tuan kerana agama dikuasai oleh beberapa kerat manusia yang berkuasa merasa diri mereka itu tuhan? Apakah kerana setelah orang putih keluar, bangsa sendiri yang jadi tuan, kita kekal sebagai hamba tuan yang tak kenal diri dan Tuhan?
Saya bosan retorik dengan ‘ketuanan Melayu’ oleh mereka yang masih menjilat kasut tuan membuatkan orang Melayu merasakan yang kita terhutang hidup kepada manusia yang diagung-agungkan seperti Tuhan? Lu fikirlah Bro...
Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang tidak akan meninggalkanmu: didunia mahupun di akhirat. Ilmu adalah alat. Meskipun ilmu itu baik (hasan), tapi hanyalah alat, bukan tujuan. Oleh kerana itu, sedikit ilmu alat sudahlah cukup. Ilmu harus diiringi adab, akhlak dan niat-niat saleh. Ilmu demikian inilah yang dapat mengantarkan seseorang kepada maqom-maqom yang tinggi.
Apa sebabnya saya sanggup menyerahkan anak ke Al-Zaytun kalau bukan kerana saya tidak yakin dengan sistem sekolah dan universiti hari ini yang gagal untuk melahirkan manusia yang boleh mencapai menjadi ‘insanul kamil’, manusia yang bukan saja takut tetapi mencari kecintaan Tuhan untuk menjadi ‘wali Allah’.
Manusia akan melakukan apa juga bentuk jenayah bila mereka tak tahu malu bila melakukan keburukan, bila mereka tak dapat membezakan antara dosa dan pahala akibat tidak adanya asas tauhid di dada. Ramai manusia yang namanya saja Islam tetapi buta agama. Mereka malu jika buta IT, apalagi buta huruf, akibat buta mata hati mereka bukan saja tidak tahu menghormati manusia lain tetapi tak ada rasa kemanusiaan terhadap manusia dikeliling mereka. Tengok sajalah perangai mereka yang merasakan diri dan keluarga berada di atas undang-undang. Lu fikirlah Bro.
Published on July 26, 2012 03:59
July 21, 2012
UNIVERSITY OF LIFE: Wawasan, Gagasan Samurai Tanpa Pedang
Kalau bukan kerana tempat jauh lagi dikenang inikan pula tempat kami pernah menghantar dua putera kami ke pusat pendidikan bertaraf antarabangsa di Desa Mekar Jaya, Kabupaten, Haurgeulis, Indramayu, pusat pengajian tinggi agama terbesar di Asia Tenggara, mungkin saya tidak ke mari lagi untuk menemui Sheikh Ma’had Al-Zaytun untuk menyambungkan silaturrahim dan meminta izin untuk mengadakan alumni bekas penuntut Al-Zaytundi Malaysia.
Lebih kurang pukul 4 petang, 23hb. Feb. 2012, kereta yang dipandu oleh Didi tuan punya kereta sewa dari Hotel Panghegar Bandung tempat saya menginap masuk melalui pintu gerbang ke tempat pemeriksaan Ma’had Al-Zaytun, Indramayu, Jawa Barat singkatannya Jabbar , pusat pendidikan pengembangan budaya, toleransi dan perdamaian.
Ini bukanlah pertama kali saya berada di dalam sebuah taman hutan buatan manusia, di tanah seluas 1200 hektar. 11 tahun yang silam saya bersama isteri Norizah dan Fatimah Az-Zaharah anak perempuan penuntut asas Al-Zaytun Shah Alam yang ditempatkan di Kota Kemuning selama 11 minggu serta Kamal Arif (Habibi) anak lelaki yang berumur 1 tahun.
Para pelajar di Al-Zaytun
Dulu pada hari minggu Al-Zaytunmenerima tidak kurang daripada 3000 pengunjung manakala pada hari biasa sekitar 1,500 orang. Hasilnya, dalam 10 bulan pertama, Ma’had Zaytun telah menerima sumbangan tidak kurang Rupiah 2 milyar (1juta). Ini termasuk sumbangan-sumbangan lain yang diberikan oleh orang ramai seperti binatang ternakan. Mungkin inilah yang menimbulkan ramai manusia mata merah akibat hasad dengki dan ngeri terutama musuh-musuh Islam yang percaya Islam akan muncul dari Timur tanpa kokok ayam. Prof Naquib Alattas menggambarkan kebangkitan Islam seperti ayam jantan. Prof Naquib tahu bukan kerana ayam berkokok hari nak siang tapi ayam berkokok kerana hari mulai siang.Sebelum ada hotel kami pernah tidur baring di sekolah seperti para pelajar yang lain di Pusat Pengajian yang terbesar di Tenggara Asia. Suasananya masih tak berubah, yang berubah adalah keadaan itu sendiri. Seperti dulu kita harus mendaftarkan diri sebelum dibenarkan masuk ke sebuah taman yang hampir sama dengan ‘University Of Life’di Wadi Hussien, Janda Baik, Bentong, Pahang. Apakah benar bahawa memang ada 7 manusia di dunia ini yang hampir sama perwatakan atau mimpi dan misinya seperti anak sungai yang mengalir menuju ke muara, di laut kita bersatu, ke langit kita bersama dan turun ke bumi sebagai derai hujan. Kepada mereka yang memahami tujuan Allah menjadikan manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang di muka bumi adalah ‘The University Of Life’ kini ada di mana-mana. Baca, bacalah dengan nama Tuhanmu dan Tuhan mengajar manusia dengan perantaraan kalam.
Semasa kami datang dulu pohon-pohon ini baru mulai ditanam, sama seperti anak-anak yang dulunya bersekolah disini, kini ramai di antara mereka sudah mempunyai ijazah dan ramai yang berada di UIA, Gombak untuk mendapatkan ijazah M.A. dan lain-lain pusat pengajian tinggi namun mereka adalah anak didik Al-Zaytun. Pohon yang boleh hidup 1000 tahun dan buahnya termaktub di dalam Al-Quran sebagai makanan berkhasiat dan minyaknya terkandung di dalam ilmu marifatullah.
Pohon dalam taman adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia yang disebut di dalam Al-Quran. Adam dan Hawa boleh makan segala buah di dalam taman melainkan satu jenis buah, ‘buah khuldi’. Nabi Nuh a.s. membuat bahtera dari pokok kayu untuk menyelamatkan manusia selain ilmu senibina, dalam surah At-Tin, buah tin dan zaitun punya pengertian yang mendalam tentang kejadian manusia sebagai yang terindah (ahsanau taqwim) yang boleh mengangkat insan kamil ke Sidratul Muntaha.
Satu sebab yang menarik minat saya menghantar anak-anak kami di pusat ini selain pengetuanya seorang yang sangat hebat, sehebat Toyotomi Hideyoshi, Samurai tanpa pedang. Jika Almarhum Bung Karno berjaya menyatukan ribuan pulau menjadi Republik Indonesia, ‘Sheikh’ yang mempunyai visi dan misi serta gagasan berjaya mengumpulkan Melayu dari seluruh Nusantara menggunakan satu bahasa ‘Bahasa Melayu’ Riau yang berasal dari Indonesia bahasa lingua franca yang digunakan oleh Hamzah Fansuri dan Nuruddindalam kitab mengenai subjek metafizik yang hampir setaraf dengan Ibnu Arabi. Akhirnya Indonesia akan muncul sebagai Negara Islam Indonesia NII. Kenapa tidak? 80% rakyat Indonesia beragama Islam. Pelajar juga diajar bahasa Arab, Inggeris, Jepun, terdapat para pelajar dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei hidup bersama di bawah satu bumbung dan nawaitu yang sama menjadi orang-orang yang beriman, bertaqwa menurut Al-Quran dan sunnah serta menguasai ilmu pengetahuan di bidang teknologi, bila tamat pengajian boleh berdikari.
‘Melentur buluh’ bukan kerja yang mudah, tapi Sheikh yang mengenali Tan Melaka, Bung Hatta, Bung Karno, Sjahir dengan kisah perjuangan kemerdekaan Indonesia bukan sebarangan pelopor ‘hero in the making’ kerana perbuatannya yang heroik. Bukan mudah menjadi seorang mentor yang berjaya membuktikan bahawa ‘mustahil’ hanya ada dalam diri mereka yang lemah semangat dan Sheikh Panji Gumilang adalah seorang muadib, murabi dan mualim yang luar biasa peribadinya yang telah membuktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalan disertai oleh tangan-tangan ghaib yang mahukan revolusi jiwa untuk memerdekakan roh manusia yang terpenjara dalam sebuah negara yang merdeka.
‘Mustahil’ sekadar satu perkataan seperti mustahil dia bukan seorang Presiden, bukan terdiri dari 10 bilioner di Indonesia namun dia seperti pohon jati emas, benih yang sebesar ibu jari di tanah yang gersang akhirnya menjadi pohon yang besar rendang dan boleh mendatangkan hasil yang lumayan seperti mukmin yang yakin pada perkataan wama arsalnaka illa Rahmatan lil Alamin seperti dengan
Bismillah hir rahman nir rahim
Nabi Sulaiman a.s. berjaya mengIslamkan Puteri Balkis (An-Naml, 27:20-31) dan cerita para utusan Allah yang terdapat di dalam kisah para anbia. (Quran, surah ke-21, Al-Anbiya) Tiba-tiba saya teringat semasa saya di Tokyo bertemu dengan seorang ahli falsafah, dia memberitahu saya bahawa kehidupan hanya lengkap dan berjaya jika kita telah menanam pohon, menulis buku dan mempunyai zuriat (anak yang soleh). Pohon dan manusia mempunyai kesamaan. Manusia memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk jasad dan buku untuk ilmu dunia dan akhirat kerana manusia terdiri dari roh, jasad dan minda.
Sebaik-baik manusia adalah manusia yang membuat sebanyak-banyak kebaikan kepada sebanyak-banyak manusia, contoh terbaik ‘Sheikh’, sejuk perut ibu yang melahirkan anak-anak yang bersifat Rahmatan lil Alamin.
“Saya mengkaji semua ini sejak Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir menjadi Menteri Pendidikan lagi. Saya mengambil satu demi satu idea dan gagasan beliau yang amat mengkagumkan”.
Kata Sheikh yang pernah menetap di Sabah selama 30 tahun. - Berita Harian, 1hb. Mei 2001.
Setelah meneliti mengenai Al-Zaytun kami yakin dengan kehebatan Panji Gumilang, mungkin dia pernah membaca budaya ‘Bushido’ atau sejarah hidup ‘The Swordless Samurai’, pemimpin lagenda dari Jepun abad XVI di mana perang antara Klan. Siapa yang hebat bermain senjata seperti undang-undang rimba.
Hari ini untuk berada di kemuncak anda perlu jadi ahli politik. Kepada rakyat yang ‘ambitious’ yang tak ada ‘conscious’ untuk berkuasa dan menjadi kaya raya perlu menjadi seorang samurai atau tukang sihir dikeliling Firaun hingga muncul Nabi Musa a.s. dengan tongkat dari dahan kayu yang bertukar menjadi ular dan menelan ular-ular ahli sihir Firaun seperti munculnya blog, website, facebook, twitter yang menenggelamkan pengaruh media arus perdana milik kerajaan. Rakyat tak perlu menjadi samurai yang pandai bermain senjata seperti Hideyoshi tak punya semua ini boleh melakukan kerja yang heroik.
Memang mereka yang bersifat taqwa akan kagum dengan seruan Mahathir ‘Penerapan Nilai-Nilai Islam’ dan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Ini yang dilakukan oleh Panji Gumilang menerapkan nilai-nilai Islam dan menjadikan kepimpinan melalui teladan mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW (Sunnatullah), bukan Sunnah Rasulullah bermisai, berjanggut, berserban, kahwin 4 ikut sunnah Nabi, bagaimana dengan amanah, tanam pohon jika ada benih di tangan biarpun besok dikata hari akan kiamat?
Mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie merasmikan pesantren itu pada Jun 1999 sempena pengambilan pelajar tahun pertama. Almarhum Pak Hartomesra dengan Sheikh dan minat dengan Al-Zaytun, apakah kerana mendekati Islam dia dijatuhkan dengan revolusi? Penulis dari Gapena di Berita Harian mengingatkan kita “Jika di Madagascar, penulis terharu melihat Melayu di situ semakin berkurangan tetapi di sini membanggakan apabila mneyaksikan kebangkitan pejuang Melayu yang gagah mengatur langkah mempersiapkan santri Melayu ke arah kemajuan diri, agama Islam, bangsa dan tanah air”.
Pak Harto dengan Panji GumilangAntara sebab kami tinggalkan Integrated Islamic College (IIC) di Kuala Lumpur bukan kerana IIC sekadar sekolah Islam yang baru muncul, yang berada di sebuah banglo di Jalan Gurney, Kuala Lumpur atau kerana tempat mereka melakukan kaji uji anak di mana IQ saja dinilai. IIC mengutamakan bukan sekadar EQ; emosional Q dan SQ; spiritual Q di mana pendidikan ‘holistik’ dikemukakan oleh Pak Hasni melalui satu sistem tetapi kerana kami mahu anak-anak kami di sekolah yang terbaik tetapi akhirnya kesemua putera dan puteri kami kembali ke Adni sesudah IIC disatukan dengan ADNI.
“Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadamu rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kamu kitab dan hikmah (sunnah) serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.”
(Al-Baqarah : 151)
Insya Allah sistem pendidikan yang didapati di sini akan mengeluarkan umat yang selama ini berfikiran dalam kotak sedangkan Islam agama universal. Akibat adanya sentimen kedaerahan dan kenegerian kerana ego ulama yang merasakan Tuhan telah memberikan mereka mandat seperti polis trafik di jalan raya yang begitu berkuasa atau menjadikan umat yang tak berilmu tapi bodoh sombong. Toleransi tidak akan menjauhkan mereka yang melakukan solat berjemaah kerana puak yang tak sama.
Bagaimana mahu menjadi manusia ‘glokal’, lokal tapi berfikiran global bila dikuasai oleh ulama yang berfikiran jumud, ‘glokal’ meminjam kata-kata Najib Tun Razak. Bila lagi mahu bersatu hati sejiwa sebagai saudara Islam selagi hidup tanpa rasa kepedulian, tanpa adanya peri kemanusiaan. Tamu jika diterbalikkan jadi Umat, seperti Tuhan jadi Hantu, apakah kerana kulit ‘sawo matang’, bercakap satu bahasa, bergantung pada pancasila, hidup dalam satu negara, sedangkan jiwa masih belum merdeka. Macam mana manusia mahu disatukan sedangkan mereka hidup dalam masyarakat berkasta seperti surat-surat Kartini seorang anak Bupati Jawa? Merak masakan mahu berbual dengan gagak dan helang tidak akan berkawan dengan pipit, sedangkan semulia-mulia manusia adalah yang bertaqwa. Dalam Islam tidak ada kasta.
Toleransi dan Perdamaian bersistem satu pipa, itu menjadi motto Al-Zaytun yang masih tersemat dalam ingatan ketika saya berada di pusat pendidikan yang tidak ubahnya seperti berada di kota dalam hutan atau hutan dalam kota. Saya terpikat dengan perkataan toleransi dan perdamaian kerana itulah Islam yang mahu diperkenalkan oleh Al-Zaytun. Bukan Islam yang ditakuti oleh mereka yang mahu kembalikan pancasila disebabkan sikap mereka yang merasa mewakili suara Tuhan dan suara Islam, meskipun tak jelas dari mana dan bagaimana “mandat” itu datang ke tangan mereka; sikap mereka yang terbakar oleh “egoisme-agama”.
Tidak berlebihan jika saya katakan berada di dalam Jurassic Park filem hasil karya Steven Spielberg. Telur yang ditetaskan menjadi dinosaur boleh merobohkan semua pagar kurungan yang berkuasa letrik begitulah hebatnya mistik Islam yang tersembunyi di dalam diri pemuda Al-Kahfi yang ceritanya terdapat dalam surah Al-Kahfi.
Anak-anak raja yang bakal menjadi ketua agama sepatutnya dikirim ke Ma’had Al-Zaytun untuk dididik agar bila mereka jadi ketua agama dan adat jadi seperti Umar bin Abdul Aziz, bukan seperti putra diraja Arab Saudi dan di negara Islam lain yang wataknya tidak mencerminkan Islam. “Aku rasa tidak ada hal yang lebih menggelikan dan bodoh daripada orang yang membiarkan dirinya dihormati hanya kerana dia keturunan bangsawan”. Kartini.
Saya percaya menjadi kewajiban ibubapa perlu memilih sekolah yang terbaik untuk anak-anak mereka selain mendidik anak-anak bermula di dalam rumahtangga dengan memberikan masa yang bernilai, dengan belaian kasih sayang. Sekolah yang namanya ‘besar’ terkemuka seperti ‘guntur’ yang telah melahirkan nama besar di Indonesia selain ibubapa yang tidak lepas tangan macam itu saja, ada guru yang menjadi ‘role model’. Berbeza dengan sekolah sekular yang cikgu sains, matematik, bila keluar dari bilik darjah apa lagi di luar sekolah guru menjadi seperti Dr Jakel dan Mr Hyde, boleh melahirkan anak Islam yang taqwa.Guru di sekolah agama perlu beriman, beradab dan ikhlas selain sifat ikhsan kerana selain suasana di sekeliling di mana anak-anak dibesarkan. Ibubapa perlu tahu siapa kawan dan keluarga mereka? Bukan mudah menjaga amanah Allah, apa lagi jika kita mahu mereka menjadi anak-anak yang soleh.
Pada masa ini untuk memasuki mana-mana sekolah swasta atau universiti pengajian tinggi, para pelajar sudah tentu akan dikenakan bayaran-bayaran pendaftaran yang tinggi. Apatah lagi untuk mengambil jurusan yang memakan masa bertahun-tahun. Tetapi bagaimana jika anda ditawarkan menghantar anak anda ke sebuah pusat pengajian tinggi agama terbesar di Asia Tenggara dengan bayaran yang dikatakan cukup menarik.
Inilah sistem yang digunakan oleh pusat pengajian agama terbesar di Asia Tenggara, Ma’had Al-Zaytun yang terletak di Indramayu, Jawa Barat di atas tanah seluas 1,200 hektar.
Indramayu merupakan salah sebuah bandar yang terletak kira-kira 600 kilometer dari kota Jakarta.
Sistem ini telah diperjelaskan oleh Pengetua Ma’had Al-Zaytun, Panji Gumilang kepada rombongan Kedutaan Besar Malaysia yang diketuai oleh Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia, Dato Rastam Mohd. Isa dalam lawatan ke pusat pengajian itu, Ahad lalu.
Panji Gumilang mengakui bahawa hampir keseluruhan sistem pendidikan pentadbiran dan perancangan di Ma’had Zaytun itu ditiru daripada Malaysia.
Mingguan Malaysia21hb. Mei 2000
Pembarisan panjang santri Ma’had di kiri kanan melambai jalan sambil mengibar bendera Malaysia sungguh mengguris hati, mengenangkan anak seusia itu sudah jauh daripada keluarga apatah lagi ada 48 pelajar Malaysia yang ‘dekat tapi jauh’ ketika enjin bas dimatikan di halaman dewan tetamu. Pukulan kompang dan gong pecah di udara Indramayu bagai menyambut kepulangan Laksamana Hang Tuah lima bersaudara.
Berita Harian 1hb. Mei 2001
Kesemua keratan kedua-dua akhbar arus perdana saya abadikan di dalam buku Mahathir Mudah Lupa.
Sistem dari peringkat dasar hingga ke pusat pengajian tinggi diadakan di mana Al-Zaytun mahu membangunkan anak-anak bangsanya di seluruh Nusantara menjadi ‘masters of the universe’. Bukan bertujuan untuk mencari kekayaan dari ibubapa kerana kini pendidikan Islam telah menarik umat Islam.
Saya beruntung kerana dapat berkenalan dengan pengasasnya Panji Gumilang ‘The founder’ Ma’had Al-Zaytun, tidak keterlaluan jika saya menganggapnya seperti ulama pewaris Nabi Muhammad SAW. Dia mengutamakan toleransi dan perdamaian seperti Sunnah Nabi Muhammad SAW, tak guna pedang, bukan seorang pendekar, bukan juga ahli syair tetapi yang disampaikan adalah kata-kata Allah yang dirinya menjadi Al-Quran yang hidup. Itulah Sunnah Rasulullah (Sunatullah).
‘Sheikh’ Guru Besar atau Mahaguru yang sedang mempersiapkan pakar yang akan menetaskan telur yang menakjubkan seperti burung yang akan terbang ke angkasa lepas, hidup dalam dunia tanpa sempadan di era globalisasi melahirkan gergasi modal insan yang bakal menjadi ‘Masters Of The Universe’ yang bakal menjadi khalifah di USA. Itulah yang saya harapkan akan terjadi kepada Habib Omar dan Muhyiddin yang sebelum ini menuntut ilmu di Integrated Islamic College IIC di Kuala Lumpur di bawah bimbingan Pak Hasni dan Puan Zaitun yang kini sudah bergabung dengan Adni Islamic School. Walaupun mereka berdua berada di sana selama 1 tahun tetapi ilmu yang didapati tak ternilai.
“Ajarlah anak-anak kamu hidup untuk zaman mereka”. Sabda Rasulullah SAW seperti “tuntutlah ilmu hingga ke negeri China”, maksudnya tak ada tempat yang jauh untuk mencari ilmu. Guru tak akan mencari kita, kita perlu pergi mencari guru.
Bukan mudah mahu sampai ke Al-Zaytun, Akademi Toleransi Dan Perdamaian Bersistem Satu Pipa. Ia mengambil masa hampir 4 jam. Apakah anda fikir mudah Panji Gumilang mahu menjayakan Ma’had Al-Zaytun? Bukan jauh sangat dari Bandung tetapi jalannya yang sangat teruk, bayangkan pengalaman yang kami lalui selama setahun mereka menuntut di sini, lubang-lubang sepanjang jalan dari Subang. Pendek kata boleh pelihara ikan di lopak hampir di sepanjang jalan jika lubang itu berada di padang. Berakit-rakit ke hulu berenang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.Beza manusia dengan haiwan, haiwan tak punya tanah air. Haiwan bukan manifestasi Tuhan sebab itu manusia perlu dan sanggup berkorban, sanggup sabung nyawa dan harta untuk membangunkan ‘tanah air’ kita yang bermula dengan ‘anak bangsa’. Bayangkan pengorbanan yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta tabiin dan ulama warisul ambia untuk menghidupkan Islam. Kambing, lembu, kerbau tak buat apa-apa tengok keluarganya dibantai kerana mereka haiwan. Anak burung pipit takkan jadi burung helang, namun sejarah pemimpin hebat dunia bermula dari anak yang dihanyutkan ke sungai hidup dalam istana Firaun yang membunuh setiap anak lelaki seperti musuh-musuh Islam yang melabel para pemuda Al-Kahfi sebagai terrorist untuk menghalalkan cara.
Pertama kali kami sampai kami kagum melihat sebuah kampus yang boleh menampung 5000 pelajar di seluruh Nusantara. Selama ini bila disebut ‘Pesantren’ gambaran di kepala kita sekolah pondok yang daif dan lepasan dari pesantren sekadar boleh jadi ustaz, imam bila ibubapa yang terpengaruh dengan pendidikan Barat. Mereka yang cinta dunia tak pedulikan akhirat, tidak akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh seperti ini biarpun di sekolah yang terbaik di Tenggara Asia kerana mereka tidak tahu jadual Allah seperti padamnya api di Parsi dan runtuhnya bangunan di Rome bila lahir Nabi Muhammad SAW seperti gugurnya kapitalisme, komunis, sosialis dan raja tanda munculnya Imam Mahdi.
Satu penyeksaan yang dilalui oleh anak-anak Malaysia yang pagi, petang, siang, malam, makan nasi lauk tempe tahu, berjauhan dari keluarga hidup sebilik dengan anak yang datang dari seluruh Indoneisa berbeza budaya, bercakap pun daerah Jawa, Solo, Bugis, Minang dan lain-lain bahasa daerah. Jangan mimpi piza, McD, donut atau KFC. Disiplin yang sangat ketat seperti berada di dalam kem tentera, ramai yang sakit jiwa akibat merasakan mereka didera sedangkan disiplin seperti ini tak jadi masalah kepada anak yang telah mengalami kehidupan yang jauh lebih teruk, tempat ini dirasakan seperti syurga tetapi bila memikirkan masa depan anak-anak yang diamanahkan oleh Tuhan kepada kita, seperti pohon yang memerlukan akar tunjang. Saya pertahankan juga untuk setahun lamanya kemudian kembalikan semula di Adni hingga tamat kerana mempunyai pendidikan agama yang sama, bezanya Adni berada dalam sebuah kondo tanpa taman seperti Al-Zaytun.
Tiba-tiba saya teringat Tan Sri Mohd Rahmat (Tok Mat) Pengetua, Pengawas di English College semasa bersekolah kerana dia Jawa tak dapat biasiswa ke luar negara mahu pun universiti di Malaysia. Dia terpaksa ke Universiti Gajah Mada di Jakarta, untungnya bila dia jadi menteri, bila ada masalah dengan Indonesia melalui kawannya di universiti yang sama yang ada pertalian dengan pihak berkuasa mudah diselesaikan.
Anak-anak selain bersekolah yang bernama besar, perlukan mentor, semasa di IIC sebuah model sekolah Islam terbaik di Malaysia, kini ramai anak-anak dari Indonesia, Thailand malah dari Afrika, Bangladesh menuntut di Adni yang bertaraf sekolah antarabangsa. Selain dari Pak Hasni seorang mualim dan muadib sebagai mentor, kami tetap adakan beberapa tutor. Dr. Nur Abdi dari Somalia mengajar bahasa Arab, Ustaz Amar dari Indonesia mengajar Al-Quran, Dr. Muhamad dari Algeria mengajar mengenai adab dalam Islam, kerana saya yakin selain dari sekolah yang hebat keutamaan adalah siapa guru yang hebat di institusi tersebut. Dengan adanya pendidikan dengan sistem yang diperkenalkan oleh Pak Hasni dan Panji Gumilang baru ‘mind set’ boleh diubah di bawah bimbingan guru yang ada sanad dari guru mereka sebelumnya supaya anak tidak lagi berfikir dalam kotak seperti sebelumnya.
Sampai bila perasaan ‘rendah diri’ perlu ada dalam jiwa bangsa kita yang sudah lama merdeka? Apakah kerana rata-rata rakyat yang marhain, yang hidupnya daif, yang mana kata-kata guru tak boleh dipersoalkan. Ulama yang mengaku pewaris Nabi berlagak macam wakil Tuhan sedangkan Al-Quran itu untuk mereka yang berfikir. Panji Gumilang boleh menjadi ‘role model’ kerana sikapnya yang terbuka di institusi pengajian yang bertaraf tinggi, masih tawaduk orangnya. Sheikh ini dulu pernah menjadi mufti Sabah ketika Dato' Harris Salleh menjadi Ketua Menteri. Saya yakin banyak ilmu mengenai pertanian didapati dari Harris Salleh. Tak kenal maka tak cinta. Siapa tahu benih yang disemai insya Allah boleh menjadikan anak-anak sebagai pejuang Islam yang berani seperti Imam Hanafi atau Bediuzzaman Said Nursi dari Turki yang namanya dikenang sepanjang zaman.
Bediuzzaman Said NursiBanyak yang kami pelajari terutama cara kehidupan dan disiplin (adab) yang perlu dipelajari oleh anak yang hidup dalam kehidupan selesa ‘comfort zone’. Di sinilah saya berkenalan dengan Dato' Saroni yang menghantar anaknya Farhan dan tiga puterinya, kini mereka sudah menjadi doktor di Bandung dan di daerah lainnya.
Datuk Saroni, Goenawan Mohamed, Pak Habib Dulu jika mereka dari Tanah Jawa mahu ke Tanah Melayu atau dari Tanah Melayu ke Acheh, mereka kata mereka mahu ke seberang. Tiba-tiba saya teringat kata Bung Karno. “Di mana daun niur melambai, kerbau berkubang, sawah ladang dari Sabang hingga ke Maruke, itulah tanah airku.” Besarnya tanah airku, hebatnya bangsaku, mulianya agamaku, kenapa aku tidak merasakan aku adalah “the overseas Nusantara”. Negaraku setanding dengan Cina dan India itukah yang ditakuti oleh mereka yang tak kenal diri dan tak kenal Tuhan yang Maha Esa?
Allah hu Akbar.
Published on July 21, 2012 01:05
July 19, 2012
PENYAIR YANG DILUPAKAN (dari buku Surat Khabar Lama, 1995)

PENENTANG ARUS. Itulah S.H. Alattas. Tidak ada perkataan lain yang lebih tepat untuk menggambarkan manusia unik ini.
Dalam arena politik Malaysia, nama S.H.ALATTAS,begitu popular, digemari, dihormati dan disegani. Dia telah menghasilkan sebanyak 30 buah buku, terkenal sebagai seorang penulis politik yang sangat kontroversial. Analisis politiknya selalu memeranjatkan dan biasanya menjadi ‘trend setter’.
Keberaniannya luar biasa. Sebelum UMNO membincangkan kedudukan raja-raja, S.H ALATTASterlebih dahulu mengkritik dan menegur istana dengan segala macam isu yang super sensitive’, tanpa sedikit pun rasa takut dan gentar.
S.H. ALATTAS tidak pernah bekerja untuk sesiapa. Majikannya ialah KEBENARAN. Demi kebenaran, beliau sanggup melakukan apa sahaja, tanpa kompromi. Hidup ini bukan lama sangat, kita hidup pun hanya sekali, terlanjur hidup buatlah seberapa banyak kebaikan yang boleh kepada siapa sahaja tanpa mengira agama dan bangsa, hatta kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan sekali pun. Itulah peninggalan dan sumbangan kita kepada dunia sementara kita hidup.
Buku-bukunya hangat-hangat belaka. Dia mengkritik dan menegur raja-raja dan pemimpin-pemimpin bangsa Melayu dan Islam, secara terus terang, tanpa berselindung dengan rasa penuh tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.
Bukunya yang keenam belas, SIAPA LAWAN SIAPA (CHALLENGER), yang diterbitkan dalam tahun 1987, TELAH MEMBUAT Datuk Musa Hitam (sekarang Tan Sri) mengheretnya ke mahkamah. Semata-mata untuk membuktikan buku S.H.ALATTAS adalah penyebab kekalahan Datuk Musa di tangan Ghafar Baba dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO. S.H.ALATTASkalah dalam perbicaraan itu.
Rata-rata orang berpendapat “riwayat” S.H.ALATTAS sebagai “penulis” sudah habis. Kerjayanya sebagai penulis politik sudah berakhir. Penannya telah tumpul, tidak berdaya lagi merakamkan keberaniannya. Mereka yang pernah dikritiknya bersorak riang. Mereka yang terasa ngilu menjangkakan bakal jadi sasaran kritikan S.H.ALATTAS selanjutnya, menghela nafas lega.
Kawan-kawannya mula menjauhkan diri. Ada di antara teman penulisnya yang mengambil kesempatan dari peristiwa itu memijak-mijaknya dengan tulisan yang mencerca dan mempersendanya di dalam sebuah mingguan tabloid.
Ramai yang turut tumpang sekaki, mengatakan “Padan muka”. Suka benar mereka merayakan ‘gerhana’ yang menyelubungi langi S.H.ALATTAS.
Begitulah keadaannya, ramai yang menjadi kura-kura memanjat pohon yang rebah. Bagi mereka nama S.H.ALATTAS serupa sebilah pedang yang patah. Tak berdaya lagi!
Langit dah gelap. Selamat bersara S.H.ALATTAS!
Mereka gembira dan bersama-sama mengkafan dan menyemadikan namanya. Malah ada yang sanggup mentalqinkannya.
Tapi mereka lupa, gerhana tidak pernah berterusan memanjang. Bukan dan matahari akan tetap bersinar kembali. Allah tetap bersama-sama hambanya yang sabar. Belum sempat nisan dipacak, S.H.ALATTAS hidup semula, mereka gempar dan panik.
Tak lama kemudian S.H.ALATTASkembali semula menulis dengan lebih kontroversi. Semangatnya lebih membara. Penanya bertambah tajam. Bukunya TALQIN UNTUK UMNO mengekalkannya sebagai penulis “best seller” di Malaysia. Semangatnya lebih membara. Penanya bertambah tajam dan ramai yang kagum bila S.H.ALATTASmeramalkan Ustaz Ashaari bakal menjadi Perdana Menteri. Ramai ahli Arqam tertarik menjadi peminat dan pengikut S.H.ALATTAS.
Rakan-rakan yang mengeji dan meninggalkan dia keseorangan mula menghampirinya. S.H.ALATTAS menerima mereka dengan hati terbuka. Dia bukan pendendam dan pemarah. Katanya kita tidak berhak memarah dan mendendami sesiapa pun. Semuanya hak Allah.
Teguran dan kritikan yang diberinya ikhlas kerana Allah. S.H.ALATTAS juga sanggup ditegur dan dikritik, katannya semua hamba Allah ada kelemahan tersendiri. Teguran dan kritikan membina tanda kasih sayang sahabat kepada seorang sahabatnya.
Sesudah kita menceritakan tentang siapa ibunya, di mana dia dibesarkan, kita perlu tahu siapa bapanya yang memberikan dia peluang menggunakan nama Alattas. Keluarga Alattas ini bukan saja terkenal di Malaysia tapi juga di Indonesia.
Datuknya Syed Abdullah seorang pedagang, ulama sufi yang disegani, bernikah dengan neneknya di Surabaya. Ayahnya lahir berhampiran dengan masjid, Surau Ampel di Surabaya, salah satu surau yang termasyhur dia Indonesia.
Keluarga Alattas berasal dari Hadramawt, Yaman di Arab dan mereka mempunyai pertalian yang rapat antara satu dengan yang lainnya kerana mereka datang dari keturunan Habib Omar Alattas Shafibul Ratib yang membawa Ratib Alattas yang menjadi amalan pengikut Ratib hampir di seluruh dunia Islam terutama di Asia.
Begitu ramai yang mengenali S.H.ALATTAS sebagai penulis dan penganalisis poltik yang karyanya sentiasa dinanti-nantikan, dikagumi dan diperkatakan. “ Buku apa yang S.H.ALATTAS tulis kali ini, siapa yang dilannyak dan kena lanyak”. Antara perbualan yang sering didengari apabila mereka membicarakan tentang S.H.ALATTAS.
Tapi tidak ramai di kalangan peminatnya yang tahu bahawa S.H.ALATTAS juga adalah seorang penyair, sehinggalah dia muncul dalam majlis deklamasi sajak di Pasar Budaya dengan persembahan sajak Surat Khabar Lama yang telah berjaya memukau penonton.
S.H.ALATTAS seorang penyair. Inilah yang hendak saya perkatakan kerana telah sekian lama S.H.ALATTAS, adalah penyair yang dilupakan. Tapi dalam memperkatakan S.H.ALATTAS sebagai penyair, saya akan lebih memberikan penekanan kepada dirinya sebagai seorang yang puitis – ‘kepenyairan’ yang subur dalam keperibadiannya – kehalusan rasa yang berenang di kolam nuraninya. Saya akan menceritakan tentang S.H.ALATTAS yang saya kenal. Bagi saya keseluruhan diri orang yang bernama S.H.ALATTAS adalah sebuah ‘poetry in motion’.
Sebagai penyair, S.H.ALATTAS semacam dilupakan bukan kerana sajak-sajaknya tidak bagus. Tapi sebab jarang-jarang sekali sajaknya dapat ditemui di ruang puisi media sastera. Setiap kali sajaknya siap ditulis, setiap itu pulalah sajaknya itu akan terperap. Yang dapat menikmatinya hanyalah mereka yang berada di kelilingnya atau mereka yang ada bersama di dalam majlis deklamasi sajak yang beliau turut berdeklamasi. Lepas itu, janganlah ditanya di mana naskah sajak itu tersimpan. Beliau sendiri pun tidak tahu. Lama kemudian, kadang-kadang bertahun, barulah naskah sajak itu ditemu kembali. Lepas itu, entah ke mana pula perginya.
Kenapa begitu? Entahlah. Agaknya, mungkin bagi S.H.ALATTAS, kepuasan terpuncak yang diperolehinya dari sajak adalah proses penciptaannya. Sebaik siap tertulis, beliau semacam merasakan, kemampuan sajak untuk berkomunikasi dengan khalayak agak terbatas jika dibandingkan dengan buku. Terlalu banyak yang mahu diperkatakannya kepada masyarakat pembaca, maka aktiviti pengkaryaannya lebih banyak tertumpu kepada genre penulisan yang lebih mampu menebarkan jaringan pendapat dan falsafahnya melalui buku-bukunya.
Lantaran itu, sajak-sajaknya terabai di dalam selitan kertas dan fail yang bertimbun di pejabat dan di rumahnya.
Jadilah S.H.ALATTAS seorang penyair yang dilupakan kerana dia sendiri terlupa bahawa sajak-sajak yang ditulis memerlukan penyiaran untuk melengkap proses kehadirannya sebagai puisi, yang kemudiannya pula membolehkan penciptanya dikenali sebagai penyair.
Ini tidaklah bererti yang sajak S.H.ALATTAS tidak pernah tersiar. Ada tersiar, diselitkannya di sana sini dalam buku-bukunya sebagai bahan yang boleh membantu memperkuat hujah-hujah kritikan politiknya.
Maka sajak-sajak tersebut tidaklah berdiri sebagai sajak yang tegak atas entitinya yang tersendiri seperti sajak-sajak yang tersiar di ruang khusus untuk sajak atau diterbitkan dalam bentuk antologi.
Di dalam bukunya SIAPA SELEPAS MUSA, terdapat sebuah sajak S.H.ALATTASberjudul, Untukmu Kawan MM, yang merakamkan harapannya terhadap gabungan Mahathir-Musa.
“Jika kau mati Segala jalur kehilangan warnanya Dan bangsa kehilangan namanya…”
Penyair mengharapkan apa yang sedang berlaku kepada negara di bawah kepimpinan dua M akan membawa keharuman kepada negara di mata dunia.
Begitu tinggi harapan yang diletakkan kepada dua pemimpin yang dianggapnya sebagai nasionalis tulen yang akan memperjuangkan nasib rakyat.
Kerana aku tahuM dan MAdalah arus kemenanganGema dalam darahSyahdu suara agama
Sejarah telah membuktikan bila Musa pecah dengan Mahathir, bila dua M sudah tidak sehaluan, maka akhirnya UMNO pun mati. Begitu jauh sekali pandangan S.H.ALATTAS melalui sajaknya ini, tapi masa itu tak siapa yang dapat memikirkan kemungkinan itu boleh terjadi.
Dalam buku SIAPA SELEPAS MUSA juga S.H.ALATTAStelah menyindir seorang pemimpin tua.
BAPA KASI
Untuk apa kau berkokok lagiayam tuatajimu telah patah di gelanggang
Untuk apa kau berkokok lagibapak kasikaulah jaguh yang lesiracun yang menitis dari pialamu sendirirasalah kini panasnyadan berhentilah kau di bawah rimbunan pohon puaka
Buku SIAPA SELEPAS MUSA juga dimuatkan dengan sajak S.H.ALATTASberjudul WANG.
WANG Dia sudah tidak bisa melihat lagi mata dan hatinya sudah tertutup rapi dia sudah tidak bisa mendengar lagi telinga dan jiwanya telah dibikin tuli
dia sudah tidak bisa bersuara lagi tekak dan lidahnya telah dibikin sepi
wang merahnya cuma pada warna dan bila ribut melanda angin malam menerjang dan embun kering di subuh Jun bekunya hingga siang
Dalam bukunya TUAH NASIB PEMIMPIN MALAYSIA kita temui sajaknya yang berjudul AYAH DENGAN ORANG TUA , yang ditulisnya pada April 27, 1982, di Wadi Hassan, Johor Bharu, menggambarkan betapa orang Islam mengabaikan ajaran al-Quran dan betapa para alim-ulama tidak lagi menjalankan kewajiban mereka menyampaikan suruhan Allah kepada orang yang harus mereka pimpin.
Kitab suci entah apa jadi Alim-ulamak lari makan gaji untuk tembolok sendiri Kadhi mufti hidup penuh misteri…
Dalam madrasah ada guru bersongkok berkain pelekat menyebut nama tuhan pelat-pelat saudari sekitab dikatakan sesat berdakwah, bermuafakat… menjerat niaga arak selamat berjudi tikam ekor kuda berkat
Melalui sajak-sajaknya S.H.ALATTAS meluahkan kegelisahannya dengan kata-kata yang tajam menikam. Jelas sekali kemarahannya melalui sindiran yang sangat sinis yang kadang-kadang kiasannya terasa macam gurauan.
Kali pertama saya mengenali S.H.ALATTAS ialah melalui gambarnya memakai serban orang sikh yang tersiar di dalam ruang PAK BELALANG MODEN yang dikendalikannya dalam Majalah Filem. Masa itu saya baru menjadi penuntun Maktab Perguruan Kuantan, awal enam puluhan.
“Pelik dia ni!” Itulah reaksi pertama saya terhadap S.H.ALATTAS, lebih tiga puluh tahun dahulu.
Masa itu tak banyak majalah yang ada. Jadi kehadiran PAK BELALANG MODEN bersama bintang-bintang filem yang top dalam setiap keluaran majalah itu, telah menjadikan Syed Hussein Alattas yang bergelar PAK BELALANG MODEN ‘a celebrity by his own right’. Masa itu bintang filem benar-benar hebat. Disanjung dan dipuja. Bukan macam sekarang. Berdiri dari pagi sampai malam di Chow Kit, belum tentu ada orang peduli.
Pelakon yang benar-benar berbakat dan berdisiplin sahaja yang boleh menjadi bintang di layar putih Shaws Brothers dan Cathay Kris ketika itu. Kalau nak tahu betapa sukarnya untuk mendapat peluang menjadi pelakon ketika itu, tanyalan Dato’ Jins Shamsuddin dan Dato’ Ahmad Daud.
Sekarang ni mudah sangat. Jangankan kata nak jadi pelakon, nak jadi pengarah pun cukup senang. Malah kalau nak jadi produser sekalipun, sikit tak susah. Tukang jual ubat boleh jadi produser.
Hari ini jual burger, beli ekor atau toto. Bila dah kena, berhenti jual burger, jadi produser. Sewa kamera video, pergi Chow Kit beli skrip. Pacak kamera, sendiri jadi hero. Bukan susah sangat nak berlakon. Boleh hafal dialog sudah. Lepas tu minta mingguan tabloid buat publisiti. Dah jadi, bukannya susah sangat.
“Di Johor masa tu, ada tiga orang yang paling terkenal. Pertama Othman Saat, Menteri Besar, kedua A.Rahman Onn penyanyi lagi Si Cincin Emas dan ketiga Syed Hussein Pak Belalang. Othman Saat dengan A.Rahman Onn orang dah lupa dah. Yang kekal ialah Pak Habib kita. Sampai sekarang orang kenal dia. Makin hari dia jadi makin hebat.” Begitu kata seorang Pak Cik yang semasa saya dan unit penggambaran filem saya sedang berehat semasa kami shooting di Pantai Lido, tak berapa lama dahulu.
Yang menjadikan S.H.ALATTASmakin hari makin hebat, seperti apa yang dikatakan oleh Pak Cik di Pantai Lido itu adalah keperibadiannya sebagai pejuang yang menggunakan penulisan sebagai wadahnya.
Analisanya tajam dan tersendiri. Dalam zama perkembangan masyarakat bergerak dengan pantas sehingga segala sesuatu yang berlaku terlalu sukar jadinya untuk diramalkna, S.H.ALATTASsering berkemampuan merenunginya dengan tepat.
Tidak ada yang ‘unpredictable’baginya.
Hal yang demikian bukanlah satu yang aneh baginya. Lingkungan pergaulannya sangat luas. Kenalannya terdiri dari rakyat biasa, pelajar, mahasiswa, budayawan, sasterawan, pensyarah, peguam, diplomat, alim-ulamak, cendekiawan dan sebagainya. Pengalaman yang digarapnya melalui pergaulan ini kemudian diadun oleh S.H.ALATTAS dengan kepekaan firasat – satu kemampuan yang telah dianugerahkan Allah kepadanya.Saya telah diperkenalkan dengan S.H.ALATTAS oleh abang saya, ATONDRAdalam tahun 1969, di Johor Bharu.
Masa itu ATONDRAmengepalai rombongan Pengakap Kelana Kanan dari Kuala Lumpur ke jambori pengakap se Asia di Singapura. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami telah bermalam di Johor Bharu.
ATONDRA telah mengajak saya berkunjung ke rumah S.H.ALATTAS, sebuah rumah semi-detached di Kolam Air. Bersama kami turut sama dua orang teman serombongan, Dahlia dan Sharifah.
S.H.ALATTAS dan isterinya telah menyambut kedatangan kami dengan amat mesra sekali. Kemesraan tuan rumah kedua suami isteri itu melayan kami, membuatkan saya terasa bagaikan kami sudah lama berkawan dengan mereka.
Cara S.H.ALATTASmenerima dan melayan tetamu, adalah salah satu dari sifatnya yang sangat saya hargai dari mula kami berkenalan, hinggalah sekarang. Tetamu akan terasa begitu selesa dengannya. Dia cepat mesra. Lagipun dia pandai buat kelakar.
Barang siapa yang pernah bertandang ke rumah S.H.ALATTAS, pastinya bersetuju dengan saya dalam hal ini.
Bermula dari perkenalan itu kami berkawan rapat. Persahabatan kami berkekalan sampai ke hari ini. Banyak pengalaman suka dan duka yang telah kami lalui bersama.
Masa saya jadi Cikgu di Kuantan, setiap kali S.H.ALATTAS datang atas urusan tugasnya sebagai travelling salesman, dia akan mencari saya.
Masa itu dia pakai kereta mewah Ford Falcon – besar bukan main. Kami selalu pergi Telok Chempedak, duduk atas batu, pandang laut jauh-jauh, cari ilham. Kadang-kadang kami baca sajak.
Malamnya kami pergi minum the tarik di kedai kopi yang dikenali dengan panggilan kedai Mamak Kelabu, bersebelahan dengan hotel Shamrock, di Jalan Teluk Sisek. Pasal apa orang gelar kedai Mamak Kelabu, tak tahulah saya. Tapi orang suka sangat minum di situ, teh tariknya sedap. S.H.ALATTAS memang suka benar minum teh tarik.
Di kedai Mamak Kelabu itulah, satu malam, S.H.ALATTAS dapat ilham menulis sebuah sajak yang saya tolong berikannya tajuk ‘Mother’s image’. Sajak itu saya rasa adalah sajak yang paling banyak memberi kesan kepad jiwa dan kehidupan S.H.ALATTAS.‘Mother’s image’, sebuah sajak cinta S.H.ALATTAS yang sangat romantic yang ditujukan khas oleh S.H.ALATTASkepada seorang novelis wanita yang masa itu bekerja di Utusan Melayu.
Percintaan telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan dan Allah telah mengurniakan mereka seorang cahaya mata. Anak kecil yang comel itu tak lama usianya, Allah telah memanggilnya pulang ke rahmatullah. Tak lama sesudah itu mereka berpisah. Sukar sekali pastinya untuk S.H.ALATTAS melupakan sajaknya ‘Mother’s Image’ yang menggambarkan watak dan perawakan gadis yang dikasihinya itu. Entah ada entah tidak lagi sajak itu dalam simpanannya, wallahualam. Biar bagaimanapun, yang pasti, saya tahu S.H.ALATTASseorang perindu dan romantis!
Seperkara lagi yang jadi kebiasaan kami ialah menyanyikan lagi ‘We Shall Overcome’. Kali pertama kami dengar lagu itu ialah dalam satu pertemuan penulis bertempat di Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang. Masa itu mesyuarat agung PENA, malamnya penulis berkumpul baca sajak, buat sketsa, dengar lagu-lagu rakyat termasuk lagu-lagu ‘civil rights’.
Kak Azah Aziz, isteri Professor Engku Aziz yang baru balik dari kunjungannya ke Amerika telah membawa rekod LP Joan Baez, penyanyi lagi ‘civil right’ yang sangat popular di Amerika ketika itu. Di kalangan para remaja Amerika yang dikenali sebagai ‘the flower children’, yang menentang penglibatan tentera Amerika dalam perang di Vietnam ketika itu Joan Baez merupakan idola mereka.
Malam itu kami mendengar dan menyanyikan lagu-lagu Joan Baez. Lagu “We Shall Overcome’ menjadi kegemaran ramai. Antara penulis yang hadir malam itu ialah abang Usman Awang, Kala Dewata, Kalam Hamidy, Antondra, Kak Azah Aziz, Umi Kalthom, Maarof Saad (sekadar menyebut beberapa nama).
Bermula dari itu sampailah sekarang, dalam keadaan-keadaan tertentu kami akan menyanyikan lagu itu. Kadang-kadang kerana nostalgia. Ada pula waktu-waktunya untuk memperkuatkan semangat bila terbentur ke dinding kebuntuan dalam perjuangan menegakkan keyakinan.
We shall overcome, We shall overcome, We shall overcome, someday.
Oh deep in my heart, I do believe that we shall overcome, someday.
Seperkara lagi yang menarik tentang S.H.ALATTAS yang saya perhatikan ialah bila kami dalam perjalanan, setiap kali ternampak tanah perkuburan dia akan membaca Al-Fatihah sebagai sedekah kepada roh-roh mereka yang bersemadi di perkuburan itu. Amalan itu menjadi ikutan saya sampai sekarang.
Saya masih ingat dengan jelas penerangannya kepada saya tentang itu. “Kalau setakat nak bersedekah Al-Fatihahyang tak kena keluar duit pun, kita dah kedekut, macam mana pula nak bersedekah yang lain.”
S.H.ALATTAS memang pemurah orangnya. Kesukaannya yang paling utama ialah menolong orang yang sedang kesusahan. Ramai kawan-kawannya, kalau terkejut, tergempar, sesak duit akan pergi jumpa S.H.ALATTAS dan dia tidak pernah menghampakan harapan orang. Tak banyak sikit, pasti dia akan menghulurkan bantuan. Kalau dia sendiri tengah tak berduit, dia akan usahakan sampai dapat. Kadang-kadang sampai bergadai.
“Duit yang ada pada kita ni Yassin, bukannya hak kita. Kita cumalah sekadar pemegang amanah. Bila orang datang mengadu hal minta bantuan, kita kenalah bagi kat dia. Itu hak dia. Berjuta orang dalam dunia ni, pasal apa dia terdorng datang minta bantuan pada kita, bukankah itu kehendak Allah? Kalau kita nafikan hak dia, nanti Allah akan hokum kita.” Begitu S.H.ALATTAS menerangkan kepada saya masa kami mula berkawan dulu.
“Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “TIdak beriman orang itu bagi aku, jika dia boleh tidur nyenyak sedangkan ia tahu bahawa jirannya sedang kebuluran.” Katanya lagi.
Sifatnya suka menolong orang bukan setakat dengan duit ringgit sahaja. Tenaga dan masanya juga sedia disumbangkannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Dalam pergaulan S.H.ALATTASmempunyai falsafah tersendiri. Katanya semua penulis adalah saudaranya. Sebagai Presiden dia bertanggungjawab membela nasib penulis. Penulis tidak boleh “pijak” sesama penulis. Penulis mesti tolong menolong.
Dalam tahun 1975, saya telah dilantik menjadi Editor majalah hiburan RITA oleh Encik Yusof Al-Bakri, tuan punya AL-BAKRI ENTERPRISE, berpejabat di Bangunan Jaya, Jalan Haji Hussein, Kuala Lumpur.
Masa itu, saya mana tahu sangat hal dunia hiburan. Ketika itu, saya tengah rancak bersajak dan bergiat dalam drama pentas di Panggung Drama, Jalan Bandar.
Kebetulan S.H.ALATTASdatanf ke Restoran Sempurna, kepunyaan Allahyarham Yusof Surya, di Bangunan Jaya. Saya ceritakan masalah saya. Dia terus sanggup untuk mambantu saya.
“Tapi taka da duit Habib. Setakat makan minum tu kita kongsilah duit gaji ana.” Kata saya.
“Apa ente cakap ni Sin? Mana ana ada Tanya pasal duit. Ente nak ana tolong ente, ana tolonglah. Sejak bila pula ana ambil upah untuk tolong kawan!” jawabnya.
Dari mula saya berkawan dengan S.H.ALATTAS hinggalah ke hari ini, kami berana-ente. Saya panggil dia Habib, dia panggil saya Sin.
Dengan pengalamannya dan hubungannya yang luas dengan orang-orang hiburan sejak dia bergaul dengan mereka semasa di Jalan Ampas Singapura lagi membuat kerja saya jadi senag. Macam-macam idea kami dapat.
Seronok kami bekerja, kadang-kadang sampai bermalam kami di pejabat. TImbalan Editor saya saudari Othman Bongsu dan jurugambar kami saudari Yusof sentiasa bersama. Sampai Mat Sentol yang pejabatnya bersebelahan dengan pejabat kami menggelar kami ‘the four musketeers’.
Seminggu sebelum dateline keuaran sulung majalah RITA diedarkan di pasaran, isteri saya telah melahirkan anak kami yangsulung, di hospital Bentong, Pahang. Habib Hussein telah melakukan upacara ‘belah mulut’ ke atas anak saya iaitu menyentuhkan sebuku garam jantan dan sehiris asa keeping ke bibirnya. Saya namakan anak saya YASLEH RITA AYU, mengambil sempena majalah RITA. Habib Hussein telah meminta persetujuan saya untuk menjadikan anak saya itu sebagai anak angkatnya.
Hingga sekarang anak saya YASLEH RITA AYU memanggil Habib Hussein dengan panggilan ‘abah’.
Tiga hari selepas melahirkan, isteri saya jatuh sakit. Saya terpaksa pulang ke Pahang untuk menjaganya. Tinggallah Habib Hussein di Kuala Lumpur untuk mengendalikan penerbitan majalah RITA yang sudah masuk ke peringkat percetakan.
“Ente jangan bimbang, ente baliklah. Pasal majalah serah pada ana. InsyaAllah, ana akan bereskan. Don’t worry, we shall overcome.”
Begitulah kata Habib Hussein, bila dia lihat saya berada dalam keadaan yang amat serba salah.
“Tak apa Sin. Baliklah, Syed Hussein boleh selesaikan.” Kata Encik Yusof Al-Bakri pula.
Untuk mempastikan majalah RITA tidak tergendala pencetakannya, Habib Hussein hadir sendiri di kilang cetak. Tiga hari tiga malam dia berada di kilang, bersahur dan berbuka puasa bersama-sama pekerja-pekerja kilang. Akhirnya majalah RITA keluaran sulung dengan gambar Allahyarhamah Norma Yuzie menghias kulit depannya sempurna siap pada datelinenya, dua hari sebelum hari raya puasa.
Begitulah S.H.ALATTAS, bila dia menolong orang dia akan berikan selurh jiwa raganya. Terima kasih Habib Hussein.
Walaupun S.H.ALATTASadalah, seperti apa yang dia sendiri selalu menyebutkan, seorang LCE dropout, dia seorang yang berilmu. Menginsafi kekurangannya dari segi akademik, S.H.ALATTAS tidak jemu-jemu berusaha mempertingkat minda dan menyuburkan khazanah ilmu pengetahun dalam pemikirannya.
Dia tidak pernah segan silu untuk belajar dan bertanya, walaupun dari siapa, demi pengetahuan.
Dia sangat rajin membaca. Apa juga bentuk majalah dan buku akan dibelinya.
Kalau kita bandingkan penulisan dari buku-bukunya yang ditulis di peringkat awal kerjayanya sebagai penulis dengan buku-bukunya yang mutakhir, kita akan dapat melihat dengan jelas betapa kemampuannya mempertingkat mutu pengawalan bahasa dan nahu yang mulanya dulu lintang pukang dan caca marba ke peringkat bentuk dan tahap penulisan yang jelas sudah jauh lebih sempurna sekarang – perbezaannya sudah macam bumi dengan langit.
Hakikat ini adalah bukti yang amat kuat menampakkan kesungguhan S.H.ALATTAS untuk mempertingkatkan tahap intelek.
Sikap dedikasinya menyebabkan ramai teman-teman seangkatannya yang menjadi penulis politik menghormati S.H.ALATTAS. Rata-rata mereka menenrima dan menganggap S.H.ALATTAS sebagai ‘Big brother’.
Mereka telah mengangkat S.H.ALATTAS menjadi Presiden Kelab Penulis-Penulis Politik Malaysia. Ada di antara anggota kelab itu yang punya ijazah sarjana.
Untuk boleh mereka yang rata-rata amat krits mindanya itu mengangkat seorang LCE dropout sebagai Presiden kelab mereka, merupakan satu pengiktirafan bahawa S.H.ALATTAS sudah menjangkau satu tahap yang tinggi dalam dunia penulisan tanahair.
Satu keadaan yang tidak pernah terduga olehnya ketika dalam usia remajanya dulu dia membuat pilihan meninggalkan perniagaan keluarga untuk menjadi travelling salesman, bagi menurutkan minat semulajadi yang ada dalam dirinya untuk mengembara, yang mungkin merupakan pengaruh genetic keturunan yang diwarisinya dari Allahyarham datuknya yang telah mengembara hampir seluruh dunia dari Yaman untuk sampai dan akhirnya bermastautin di Johor.
Pengembaraan hidup S.H.ALATTAS yang bermmula sebagai ‘traveling salesman’ itu memberikan dia berbagai pengalaman yang tidak terbatas dan pengalaman itu semua telah menjadikan dia seorang yang berilmu, cekal, tawakal dan berani dengan keyakinan yang sangat kebal – hakkul yakin.
Setakat untuk hidup dia tidak perlu buat apa-apa pekerjaan pun. Allahyarham datuknya dan Allahyarham ayahnya Syed Alwee Alattas adalah hartawan yang terkemuka di Johor. Harta peninggalan mereka kekal hingga ke hari ini dan S.H.ALATTAS boleh hidup mewah dengan hasil dari harta peninggalan itu tanpa perlu membuat sebarang kerja.
Tapi S.H.ALATTAStidak memilih jalan yang diambil oleh kebanyakan anak para hartawan. Dia percaya bahawa untuk menjadi seorang insan yang bertanggungjawabm seorang suami yang baik, seorang ayah yang penyayang, seorang karyawan yang berjaya dan seorang muslimin yang bertaqwa, seseorang itu haruslah belajar dari kehidupan dan menjalani takdirnya sendiri dengan menguji kemampuan diri membentuk keperibadian dan keimanan.S.H.ALATTAS pernah menerangkan dalam tulisannya bahawa manusia itu mempunyai tiga mata. ‘Mata kasar’ bagi manusia biasa yang tidak berfikir. ‘Mata kepala’ bagi mereka yang membaca dan menggunakan ilmu dan akal fikiran dan ‘mata hati’ bagi mereka yang melihat dengan kekuasan Tuhan.
Dalam setiap tulisannya S.H.ALATTAS mengajak pembaca untuk melihat kehidupan melalui ‘mata hati’.
Disamping menulis buku-buku politik, S.H.ALATTAS juga banyak menulis kritikan filem dan juga kritikan sosial di dalam akhbar-akhbar harian dan mingguan. Tapi usahanya ini tidak pernah konsisten. Sekejap ada sekejap taka da. Sebagaimana juga penglibatannya sebagai pelakon filem, tak pernah berterusan. Dia rasa nak buat, dia buatlah sekejap, lepas itu dia balik semula menumpukan pemikiran dan falsafahnya ke dalam gelora dan badai penulisan buku-buku politiknya.
“Kerja yang lain tu semua orang boleh buat Sin. Kalau ana tak buat, ada orang lain yang akan buat. Tapi menulis buku politik yang berterus teranf macam yang ana buat, tak ramai orang sanggup. Tak ramai yang berani sorong leher untuk menegur pemimpin yang mungkar. Jadi mahu tak mahu ana kena buatlah. Itu tugas yang dituntut oleh Allah ke atas ana.” Jelas S.H.ALATTAS bila saya bertanya mengapa dia lebih banyak menumpukan tenaganya menulis buku-buku politik berbandingkan penglibatannya di bidang lain.
Seperkara lagi yang perlu dinyatakan semasa kita membicarakan perihal S.H.ALATTAS, dia juga pernah berlakon dalam beberapa buah filem dan drama. Pembabitan dia dalam dunia filem pada awal tahun 60-an, filem pertama Anak Manja dan terakhir Perempuan. Mungkin satu hari nanti S.H.ALATTAS akan muncul sebagai pelakon antarabangsa. Tuah ayam ditaji, tuah manusia siapa tahu?
Di atas desakan beberapa orang yang rapat dengannya maka akhirnya S.H.ALATTAS berminat untuk menerbitkan kumpulan sajaknnya, memuatkan setakat mana sajak-sajaknya yang dapat dikesan setakat ini; untuk memberi peluang kepada peminat-peminat sajak tanah air melihat kehidupan dengan ‘mata hati’ S.H.ALATTAS melalui kumpulan sajak SURAT KHABAR LAMA. Selamat membaca.
Yassin SallehSri Gombak, SelangorApril, 1995(dari Bab 48, buku SURAT KHABAR LAMA, 1995)
Published on July 19, 2012 22:09
July 16, 2012
Lanun, Penyamun Jadi Muridnya
Sambil menghirup ‘sipping’ udara yang segar, nyaman dan bersih dinaungi oleh langit biru yang cerah dan begitu indah, aku ‘bahagia, tenang, damai’ kerana dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang beraneka warna dengan daun dan bunga-bunga ‘flora dan fauna’ di taman yang digambarkan di dalam Al-Quran sebagai syurga Firdaus Naim Adni, ‘ the garden of Eden ’, seperti dalam filem ‘The Lost Horizon’. Ayatullah Taqi Misbah Yazdi tokoh filasuf dari Iran ketika minum pagi bersama saya di Gazebo tepi sungai mengatakan bahawa taman ini boleh diibaratkan sebagai satu sudut syurga di dunia. “Gambaran syurga adalah air sungai yang mengalir di bawahnya”. - Al-Quran. Di dalam syurga tidak terdengar perkataan bohong dan sia-sia. Jiwa penghuninya tenang dan damai.
Alhamdulillah..... saya menarik nafas mengingati Allah SWT ikut hidung ‘Allah’ dan menurunkan nafas perlahan-lahan ikut mulut ‘Hu’. Alangkah nikmatnya hidup ini ketika kita masih boleh bernafas, kita lakukan solat ‘daim’ berhubung dengan Allah setiap saat ketika nafas masih turun naik sebelum orang membacakan “inna lillahiwainna ilaihirajiun”. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. “From dust to dust”.
Cuba bayangkan apa ertinya semua yang saya bina ini jika saya tarik nafas, hembuskan, tarik lagi nafas, nafas terhenti disitu tanpa mengucap ‘lailla haillallah Muhammadar Rasulullah’. Alangkah ruginya saya jika tidak pernah memainkan peranan saya sebagai ‘khalifah’ dan ‘hamba’ Allah dalam satu waktu semasa bernyawa. Apa guna bila nama sudah tertinggal ke belakang Arwah Pak Habib, jasad sudah bersatu dengan tanah baru nak beribadat, sudah lambat. Lu fikirlah Bro.
Kita hidup di dunia ini hanya sekali dan kita ada perjanjian dengan Tuhan kita semasa dalam alam arwah, “tidak ku sembah selain Engkau Ya Allah”. “Alastu birabbikum qalu bala shahid na”. Berapa ramai yang terfikir yang hidup ini hanya tiga saat, tarik nafas, turun, tarik tarik tak turun turun lagi? Masa, anak, isteri, harta itu dipinjamkan, ianya amanah bukan hak asasi kita. Kita hidup dalam waktu yang dipinjamkan. Ego mengajar kita “my house, my car, my son, my wife, I, me, my”. Tuhan letak kat mana? Lu siapa Bro? Saya terfikir ilmu ‘hakikat’ ini sambil memerhatikan ikan di dalam kolam, apakah apa yang ada dalam fikiran ini boleh saya sampaikan pada para pelajar yang akan tiba sebentar lagi? Bila terfikir tentang ikan, yang melihat hanya keadaan dalam air dan tidak diluarnya, teringat saya akan manusia yang hanya mampu melihat dan merenung hidupnya dari lahir ke liang lahat, tidak tahu akan hakikatnya sebelum lahir, dan arah tujunya sesudah mati.
Jam 10.00 pagi, 18hb. Februari 2012, seramai 40 orang pelajar lelaki dan perempuan dari Comrade Club Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berkumpul di Alattas University Of Life (Unilife), Wadi Hussien, Janda Baik. Mereka datang dengan bas dan beberapa buah kereta. Saya mengingatkan diri saya, kita datang dari yang satu, “pandang pada yang ramai, ingat pada yang satu, ingat pada yang satu, jangan lupa pada yang ramai”, sama pentingnya tanggungjawab terhadap yang ramai dengan yang satu “ hablum minnallah, hablum minannas ”. Seperti biasa setiap pelajar yang datang saya hormati dan melayan mereka seperti anak sendiri dan saya senang ketika berdialog dengan mereka.
“Wahai hamba-KU ! Bukan Aku ciptakan kamu daripada Adam a.s untuk memesatkan muka bumi ini dengan anak cucumu sahaja! Dan bukan bertujuan supaya kamu bermesra dengan-Ku; Dan bukan untuk memberi sebarang bantuan kepada kamu apabila kamu tidak berdaya mengerjakan suruhan-Ku. Dan sebenarnya Aku ciptakan kamu semua hanyalah supaya kamu mengingatkanKu dengan sebanyak-banyaknya, mengabdikan diri sepanjang hidupmu dan bertasbih kepada-Ku di waktu pagi dan petang.
Hadis Qudsi
Saya usahakan taman ini sejak saya beli 25 tahun yang lalu untuk mendirikan pusat pertemuan para intelek, para budayawan seperti di Taman Ismail Marzuki di Jakarta (TIM), seperti Pusat Budaya Almarhum Rendra di mana kita adakan pembacaan puisi, tarian dan pementasan drama. Kita ini dari satu rumpun bangsa, bangsa Nusantara. Dari kayu-kayu terpakai (recycle), begitu juga dengan bahan binaan yang lainnya, seni bina, landskap, arkitek dilakukan saya seorang diri sebagai makhluk berdaya cipta. Bukankah itu yang dikehendaki oleh Pencipta supaya kita berbakti terhadap insan yang lain? Selain berkarya sebagai seniman kita perlu melakukan kerja-kerja seni bina. Sampai bila kita mahu tumpang romance masa lalu kehebatan seni bina Islam di Cardoba Granada di Spain?
Saya yakin dengan kekuasaan Allah biarpun tanpa bantuan moral atau kebendaan dari sesiapa melainkan Dia. Bila datang pertolongan dari-Nya berbondong-bondong manusia akan mengikuti kita. Saya ingin jayakan Alattas University Of Life seperti Goenawan Muhamad Editor in Chief Tempo dan kawan-kawannya di Hutan Kayu, Jakarta kemudian mereka berpindah ke Salihara. Siapa tahu ada teman-teman yang nanti akan membantu untuk menjadikan tempat ini pusat pertemuan para pemikir dan ahli falsafah dunia. Insya Allah.
Tujuan Club Comrade dari UIA ke mari untuk melahirkan ‘pendakwah’, mereka mahu berdakwah kepada orang Asli, itu kata Zulfikar, Presiden Kelab. Ianya satu niat yang murni, memang setiap umat Islam mesti menyampaikan hatta sepotong ayat. Tetapi orang yang mahu berdakwah mesti merdeka, tak boleh bergantung hidup pada orang, disebaliknya orang ramai perlu bergantung hidup padanya sebab itu dipermulaan Islam hamba abdi dibebaskan. Ini pun tujuan saya hidupkan Alattas University Of Life , saya belajar dari Socrates ahli falsafah Yunani sekitar 470 sebelum masihi masih tetap dipelajari kini. Socrates merdeka tak terhutang hidup pada sesiapa, dia berani mengatakan jangan menyembah berhala. Perjuangannya disambung oleh Plato, semuanya dapat kita baca dalam karya Plato ‘ Republic ’. Selain itu biografinya turut ditulis oleh Xenophon dan falsafahnya mencapai kematangan pada gergasi dunia falsafah Aristotle. Dia tak takut dihukum mati kerana kepercayaannya. Pada jam-jam sebelum sempat berfalsafah, merumuskan bahawa jiwa manusia itu tidak turut mati dengan jasad. Ini kerana kalau roh itu terdiri dari besi akan kalah pada karat, kalau kayu kalah pula dimakan anai-anai, akan tetapi kalau rohani juga sifatnya, mestilah ia berterusan hidupnya. Dengan kepercayaan inilah Socrates meminum racun hemlock dengan berani meskipun lembaran sejarah tidak menyatakan dia seorang Muslim dan fikirannya tidak berlandaskan tanzil atau wahyu, keberanian beliau menghadapi kematian seharusnya menyedarkan kita, kerana bagi kita hari akhirat sebahagian aqidah yang dipegang berasaskan ilmu.
Berdakwah hari ini sangat mudah, kita hidup dalam dunia tanpa sempadan pada mereka yang pandai menulis guna blog, facebook, twitter, tak payah buat kacau di jalanan, bikin susah sesama manusia. Musuh paling berbahaya ada dalam diri setiap manusia, yang kaya guna harta menawan hati fakir miskin seperti yang dilakukan oleh Garib Nawaz di Azmeer Sharif atau ikut Sultan Ibrahim Adham atau Buddha. Dua raja tokoh sufi yang berjaya mendidik jiwa manusia dengan membuang cinta kebendaan kepada alam kerohanian. Dunia memerlukan pendakwah untuk kembalikan manusia ke fitrah asal mereka sebagai khalifah yang berminda luas, berilmu dan memiliki keupayaan berfikir.
Berdakwah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hakikat alam, hakikat diri insan. Tanah Melayu pernah menghasilkan karya-karya tasawuf yang memiliki nilai aestetik, mantiq dan metafizik yang tinggi. Rujuk sahaja perbincangan Hamzah Fansuri dan Nuruddin Ar-Raniri mengenai ilmu kewujudan Tuhan ‘wahadatul ujud’ yang kajiannya telah pun dibukukan oleh Prof. Naquib Alattas. Ilmu pengetahuan dapat dipelajari dari alam yang sarat dengan makna-makna rohani. Biar bagaimana pun terlebih dahulu kita perlu tahu isi kandungan Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Pandangan alam Islam yang jernih akan menyiapkan aqal kita bagi menghadapi falsafah-falsafah dan ISME, Isme yang mencabar jati diri umpamanya cabaran sekularisasi, kapitalisme dan liberalisme.
Selaku khalifah yang diturunkan oleh Allah SWT ke muka bumi, macam mana hendak berdepan dengan wakil pemikir dari Barat jika mindanya tertutup? Diri manusia sanggup menerima Al-Quran sedangkan gunung tak sanggup Al-Quran diturunkan ke atasnya. Sampai bila kita akan kekal dalam sebuah negara yang infrustrukturnya di peringkat pertama tetapi minda rakyatnya berada di tahap paling rendah? “ Demi masa kita hidup dalam kerugian ”. Kenapa salahkan pemerintah? Ke mana perginya para intelektual dan apa peranan media masa arus perdana? Ke mana perginya ulama yang tidak mesra alam menterjemahkan Al-Quran yang hidup dalam taman ini?
“ Sekiranya esok hari kiamat kamu tanam pohon ” - hadith Nabi. Itulah sebabnya saya telah tanam ribuan pohon dari beberapa negara. Siapa kalau bukan Nabi Nuh yang menyelamatkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Dan siapa kalau bukan Nabi Khidir yang digelar ‘The green prophet’? Baca karya Dr. Adi Setia, murid Syed Naquib yang membincangkan falsafah sains Islam. Belajar dari pohon tentang perkahwinan berlainan agama. Kita boleh kahwinkan lima jenis durian pada satu pohon, begitu juga bunga raya, bunga kemboja, yang penting dari spesis yang sama. Kita tak boleh kahwinkan pokok durian dengan rambutan, ditakdirkan berbuah namanya apa? Buah ‘rambut duri’ atau ‘rambut duritan’? Lu fikirlah Bro.
Setiap mereka yang berfikir dan belajar dari alam, dia boleh terangkan pada umat Islam yang mengatakan lelaki Islam boleh kahwin dengan perempuan Kristian, Buddha, Hindu, Yahudi. Mana mungkin satu faham yang mengimani bahawasanya Tuhan itu satu tidak beranak dan tidak diberanakkan digabung pula kisahnya dengan Tuhan konsepsi lain, yang satu akan menanti dan membatilkan yang selainnya. Anak tidak boleh dididik dengan mempercayai bahawa keduanya betul, seperti kata pendukung Pluralis agama, akhirnya anak dibesarkan dalam keadaan kebingungan.
Tanah seluas 6 ekar ini milik saya, saya beli namun saya tidak boleh tanam pokok ‘ganja’ yang boleh menguntungkan saya dengan cepat kerana negeri ini ada undang-undang. Saya tak boleh kata saya mengamalkan ‘liberalisme’ hak asasi manusia, suka hati sayalah. Saya bebas, apakah kita boleh bawa ganja ke USA kerana saya suka berdengung, isap ganja? Lu fikirlah bro. Apatah lagi kalau saya diberi ilmu bahawa pada hakikatnya alam ini, negeri, dunia ini milik Raja yang Maha Agung, yang Maha Adil, Maha Mengasihani yang menetapkan hukum-hakam untuk makhluknya.
Saya banyak belajar dari sungai yang mengalir turun dari gunung yang taat perintah Allah, sungai tak tuntut hak asasi sungai, tak tanya Tuhan kenapa kena ikut saja perintah Allah menuju ke laut. Apa salah sesekali nak jadi ikan lawan arus naik hala ke gunung. Apakah kita semua tidak seperti sungai, sama ada berlumpur, datar, laju, deras menuju laut? Bila sampai ke laut dia akan dijernihkan kemudian akan diangkat semula ke langit sebagai ‘vapour’ sebelum diturunkan sebagai hujan rahmat kepada alam.
Bolehkah saya buat apa yang saya suka atas tanah milik saya seperti saya berada di atas perahu di tengah laut, saya nak buat lubang dibawah tempat duduk saya kerana bila perahu ini tenggelam penumpang yang lain turut jadi mangsa kerana kita terpengaruh dengan falsafah Nietzsche yang mengatakan Tuhan sudah mati. Atau puak-puak yang mencabar kesahihan ayat dan hukum Tuhan yang berpendapat dirinya lebih bijak dari yang mencipta, memberi rupa, memberi nama? Apakah kita sudah baca pendapat Sir Iqbal yang keluar sesudah Nietzsche yang mengatakan seandainya saya jumpa Nietzsche saya akan berikan ‘sirr’ rahsia Tuhan kepadanya?
Soalnya apakah mereka sudah mempunyai cukup ilmu untuk menjadi seorang ‘daie’ sedangkan mereka tak suka membaca biarpun sudah berada di Universiti? Model yang baik boleh dipelajari dari ‘Mas Gun’ Goenawan Muhamad dengan mengadakan kursus diskusi. Di Wadi Hussien juga mereka diajar ‘method diskusi’ dari alam maya ‘nature’, jika Tuhan yang kita cari kerana Tuhan ada di mana-mana. Terlebih dahulu apakah kita sedar Tuhan lebih dekat dari urat leher kita? “
Hadapkan wajahmu ke mana saja disitu ada aku
”.
Siapa tahu anda akan jumpa Tuhan di Janda Baik. Tuhan yang sebenarnya belum mati, begitu juga Jesus anak tuhan dipercayai mati disalib oleh orang Kristian, yang mati manusia yang menyerupai Isa a.s. sebab itu Nietzsche fikir kalau anak tuhan boleh dibunuh masakan dia tak boleh bunuh bapa tuhan. Itulah susahnya bila manusia tidak tahu yang
mereka itu rahsia Allah dan Allah rahsia manusia
. Teknik yang dilakukan oleh Socrates sesi soal jawab tentang ketuhanan perlu diadakan supaya kita tak menyembah manusia, yang disembah berjuta manusia apakah kita ikut agama yang dibawa oleh tok nenek kita atau oleh Nabi Muhammad SAW? Kenapa umat Muhammad masih mendewa-dewa dan menyembah manusia? Kita bebas mengamalkan hak asasi manusia, asalkan kita faham bahawa kebebasan dalam fahaman kita adalah kebebasan dari nafsu ‘haywaniyyah’ yang menjerumuskan kita pada lembah kehinaan yang memeritkan jiwa insan.
Kita selaku ‘Al-hayawan al natiq’ (haiwan Rasional) menurut Prof Naquib Alattas perlu menerangkan pada ‘orang kita’ tentang potensi serta daya aqaliah (judicius power) manusia yang tinggi. Berapa orang pelajar di UIA yang kenal siapa Prof. Naquib Alattas, apa lagi mahu membaca bukunya? Sebab itu sebelum mereka belajar dari Prof Naquib mengenai ‘ adab ’ apa lagi ilmu metafizik, mereka perlu disekolahkan dulu dari alam ciptaan Tuhan. Nak tengok Tuhan tak nampak, belajar dari ciptaannya, bagaimana belajar sabar dari pohon rambutan, belajar sifat memberi dari tumbuh-tumbuhan yang memberi kita oksigen, daun-daunnya yang kita boleh makan, kita boleh tumpang berteduh dan menyelamatkan kita dari ‘global warming’ (pemanasan global) dan lebih penting lagi Din, ilmu agama menurut Prof Al-Attas diibaratkan sebagai hujan bagi bumi yang tandus. Krisis ekologi dunia hari ini berasal dari krisis ruhani insan. Bila dirinya di dalam neraka, ia diterjemahkan menjadi neraka di sekelilingnya.
Apa yang berlaku dinamakan ‘global warming’ akibat umat Islam tidak ikut perintah Rasulullah SAW sedangkan tanggungjawab itu telah Tuhan berikan pada kita? Seperti firmannya di dalam Al-Quran:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang ma’aruf dan menegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah”
Al-Imran: 110
Di Unilife sebelum berdakwah, kita perlu tahu hidup itu apa? Kehidupan itu apa? Nyawa itu apa? Tujuan hidup untuk apa? Kita harus fahami terlebih dahulu bahawa waktu itu dipinjamkan. Semua yang ada di atas muka bumi ini milik Allah. Kita sekadar ‘trustee’, bila kita kenal siapa diri kita, siapa Tuhan kita, baru kita boleh fokus kepada jiwa raga manusia melalui alam di keliling kita. Namun sebelum kita lakukan kegiatan tabligh, ceramah, pidato dan kegiatan-kegiatan sejenis, kita perlu ‘muhasabah’ diri ini dulu. Lu siapa, asal dari setitik air mani yang hina mahu ego, mahu menuntut kebebasan liberalisme. Bolehkah seorang hamba yang belum bebas dari ikatan dengan tuannya berbuat sesuka hati? Adakah kita yang menjadikan diri kita, memberi rupa dan citra, rohani dan jasmani bagi diri? Bebaskan diri dari ego, dari tipu daya syaitan dan nafsu haiwaniah. Bila bebas kita dari cengkaman nafsu, dari minda tertawan, barulah kita layak bergelar khalifah kerana kita menepati tujuan penciptaan kita.
Mereka akan berada di sini selama beberapa hari. Kata-kata yang baik, yang mengandungi makna-makna yang benar boleh mengubah manusia, bila yang dihubungi itu adalah aqalnya dan qalbunya, makna-makna ini akan menjadi benih yang melahirkan haruman dan pohonan, hingga yang mendengar menjadi taman yang berjalan. Oleh sebab itulah di Wadi Hussien saya lebih gemar bersembang dari berceramah kerana suasana yang santai memudahkan perpindahan makna-makna tadi. Saya tidak gemar ceramah yang penuh hasad dengki dan kebencian, kata-kata begini ibarat menuang sampah basah dalam diri pendengar. Selain disiapkan tempat tinggal, ada dewan, ada pentas, ada surau, diadakan juga dapur untuk mereka memasak sendiri kerana masakan para pelajar mampu menempah makanan dari luar ‘catering’ melainkan ada manusia yang bermurah hati. Takut jadi musuh Tuhan dengan sifat bakhil, hak manusia yang diwajibkan Allah sebagai sedekah jadi milik peribadi. Seandainya saya punya team seperti ‘Mas Gun’ di Malaysia juga kita mampu melakukan apa yang dilakukan oleh Salihara di Jakarta.
Hak anak-anak yang menuntut ilmu ini adalah tanggungjawab mereka. Mereka ini adalah ‘anak bangsa saya’ yang bakal mewarisi dan menjaga kelangsungan agama bangsa dan negara. Siapa kalau bukan kita yang mesti membantu mengikut kemampuan kita selaku khalifah? Itulah dakwah kepada orang yang terlupa kekayaan itu amanah, lebih mudah jadi orang miskin yang taqwa, beriman, redha, dari orang kaya yang lupa daratan.
Kita selaku ‘hamba’ dalam masa yang sama kita juga khalifah. Kita adalah manifestasi Tuhan ke atas muka bumi, tugas kita selaku ‘trustee’ selain memikir masa depan anak cucu cicit kita, bagaimana tanggungjawab ‘hablum minannas’, memikirkan ‘anak bangsa kita’ serta hamba Allah yang lainnya? Ruginya manusia yang tidak kenal diri, tidak kenal manusia di keliling mereka. Sebagai seorang khalifah Allah kita mempunyai tanggungjawab yang besar, jangan hanya pandai sebut ‘Allah hu akhbar’, shahadat ‘la’ bererti kita tak ada, yang ada, yang menguasai segala-galanya di atas muka bumi ini ‘illahi’ zat Allah yang maha nyata. Jiwa kita perlu besar, jangan ego saja besar cakap besar retorik. Tidak perlulah retorik bercakap mengenai ‘bangsa kita’, ‘my people’ sebagai amanah Tuhan pada kita. Belajar dari John F. Kenneddy ‘ask what you can give to your country, not what your country can give you’.
Mahu jadi pendakwah yang kritis harus sanggup berjihad segala-galanya untuk Allah. Sanggup beri kesedaran dan keinsafan kepada pemimpin tentang tanggungjawab mereka. Jangan takut bercakap benar, jangan sembunyikan kemungkaran. Jangan biarkan masyarakat tenggelam dalam urusan cinta dunia, bebas melakukan kehendak syataniah atas nama liberalisasi. Jangan sesekali takut mati untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Dalam masa yang sama jangan buat kerja bodoh ikat bom di badan bunuh diri dan bunuh orang yang tak berdosa. Kebebasan Nafsun Natiqah untuk menundukkan nafsu haywaniyyah manusia itu siapa? Dari mana? Kalau dari beruk, kata Darwin, maka haywaniyyahlah yang ingin bebas merajalelai diri. ‘Monkey see monkey do’. Akan tetapi kalau datangnya kita dari alam yang lebih tinggi yang diturunkan pada Asfala-Safilin, serendah-rendahnya, seharusnya kita ingin kembali pada keadaan Asali yang rapat dengan Rabb Al-Alamin.
Syed Moinuddin Hasan Chishty yang juga dikenali sebagai Garib Nawaz menterjemahkan mesej ‘
hablum minannas
’, ‘kasih sayang’ sesama manusia. Melalui dirinya yang pemurah dan penyayang, pembela fakir miskin dan rakyat marhain. Itulah sebabnya beliau digelar Garib Nawaz. Saheb menghuraikan makna ‘kasihnya Allah’ kepada makhluk-Nya. Mengikut falsafah Al-Quran tentang kesatuan antara manusia dan Allah mengikut agama Islam kita perlu berusaha mencungkil potensi kemanusiaan untuk seluruh manusia yang Tuhan ciptakan untuk menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini. Khwaja ‘Saheb’ Garib Nawaz menolak semua harta dunia dan memberikan segala harta miliknya kepada fakir miskin. Ini sifat memberi yang ada pada ‘wali Allah’ mengikut sunnah Rasulullah SAW yang tidak takut kepada kemiskinan bila mereka yakin Tuhan kita Maha Kaya. Lebih banyak kamu beri, lebih banyak kamu dapat dari Allah SWT. Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menadah di bawah. Tidak ada manusia yang papa kerana bersifat pemurah. Tuhan suka kepada keindahan, Tuhan Yang Maha Indah, maka persembahkanlah yang terindah dan yang kamu paling sayangi untuk Allah dengan seikhlas hati. Inilah ‘legacy’ yang akan saya tinggalkan, sampai bila kita bergantung kepada kehebatan jurubina di Spain Taman Air ketika kegemilangan Islam? Kenapa tidak kita bangunkan arkitek landskap Islam di bumi bertuah ini supaya mereka nampak dan rasakan Islam sebagai ‘peace and tranquility’ dalam taman yang menterjemahkan sifat jiwa kita yang indah dan ingin menghasilkan keindahan. Hanya tamadun yang bersifat haywani semata yang mempergunakan daya-cipta dan daya fikir insan untuk menghasilkan penipuan dalam bidang periklanan, yang sanggup mengotorkan ‘qalam’, pen yang mulia sebagai wartawan yang menuliskan kisah yang bohong, yang mengajak pada pembaziran dan kemaksiatan, yang melacurkan Qalam yang agung. Bagi pembida tertinggi sifat kalam, yakni sifat berkata-kata milik Dzat yang maha suci yang dipinjamkan ahli politik yang menggunakannya menyebarkan kebencian dan penipuan.
Tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah bukan mudah, selain berbakti kepada manusia, tak lupa pada binatang dan tumbuh-tumbuhan, dalam masa yang sama kita perlu berdakwah menjadikan diri kita ‘muaddib’ pendidik. Itulah antara tujuan saya membuka taman ini kepada orang ramai dan menghidupkan The University Of Life.
Dari pengalaman yang saya pelajari dari taman yang telah saya lawati hampir di empat penjuru alam syahadah termasuk taman tergantung Babylon. Selain menghidu bau-bauan yang harum ‘aroma teraphy’, mendengar nyanyian burung-burung, percikan air sungai ‘hearing teraphy’, bunga-bunga yang berwarna-warni, menikmati warna warni ‘colour teraphy’ menghidupan sel-sel yang hampir mati tanpa kita sedari kerana kehebatan ‘Chi’ oleh mereka yang tahu ‘feng sui’ yang mengerti apa itu ‘Yin’ dan ‘Yang’.
Saya ceritakan pada mereka kenapa saya cipta taman yang disusun begitu rapi agar ia dapat memenuhi kelima-lima panca indera. Mata kita tak berguna tanpa penglihatan, begitu juga telinga tanpa pendengaran, hidung tanpa menghidu bau-bauan, lidah merasa nikmat makanan, kulit terasa sentuhan dan jiwa dengan kedamaian. Cerapan pancaindera sampai pada ruh yang sakit.
Allah S.W.T menciptakan manusia adalah untuk mengabdikan diri secara ‘mutlak’ kepada-Nya.
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu”.
Adz- Dzariyat: 56
Konsep kebebasan liberalisme yang dicanangkan tanpa konsep keadilan akan menghasilkan kecelaruan kerana keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya manakala kata lawannya adalah Zalim. Ia merupakan kezaliman meletak ikan di rumput, mencampakkan kucing ke laut. Memang benar kebebasan dan toleransi akan menghasilkan daya kreativiti. Sebaliknya jika terdapat kekangan yang ketat, maka akan merencatkan daya kreativiti namun kita harus bertanya kreativiti untuk apa? Sebab itu kita perlu tahu siapa kita selaku manusia di atas muka bumi? Apakah kita yang mencipta bumi, tanah yang kita beli ini atau kita dicipta? Siapa pencipta? Untuk apa kita dicipta?Sekiranya liberalisasi dibiarkan, misalnya taman yang saya bina ibarat syurga ini saya jadikan tempat persinggahan bagi sekumpulan manusia yang mahu hidup bertelanjang seperti di zaman Nabi Adam dan Hawa semasa di syurga. Adam dan Hawa juga Islam. Apakah orang kampung dan Majlis Agama Islam akan bertoleransi bila saya kata ini hak asasi manusia?
Jika liberalisasi dibiarkan berlaku secara berlarutan maka akan terbantutlah potensi umat Islam untuk memajukan diri mereka berdasarkan acuan Al-Quran dan Sunnah, kesempurnaan jiwa yang mengikut Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW yang ada dan ia tidak memungkinkan anak-anak bangsa untuk berlari dan bersaing di persada yang lebih besar kerana tak ada beza antara kita dengan mereka yang tidak percaya pada Allah yang menurunkan hukum, Islam cara hidup yang paling sempurna.
Bagaimana mahu mengembalikan masyarakat yang pemikiran dan jiwa mereka yang telah dirosakkan oleh budaya liberalisasi dan hak asasi manusia pulih menjadi baik? Cukupkah menerusi ceramah di depan pelajar dari menara gading jika kita sendiri pun sekadar pandai bercakap, ‘ cakap tidak serupa bikin ’? Mereka mahu ‘role model’. Bagaimana mahu tegakkan sebuah Negara Islam sebagaimana yang diharap-harapkan oleh golongan Muslim menerusi politik tanpa mengIslamkan jiwa dan diri kita?
Ingatlah bahawasanya dunia ini hanya sementara, kenapa hendak tamak haloba, lubang kubur sempit, lebar 4 kaki, dalam 6 kaki. Paling banyak barang yang boleh tersembunyi dalam kain kapan, kad kredit, buku cek, dan telefon bimbit. Semua itu tak boleh digunakan kerana perhubungan kita dengan dunia sudah terputus.
Yang dapat mengendalikan Islam itu pada hakikatnya ialah syariat ketuhanannya yang suci, yang tidak membezakan antara bangsa dengan bangsa, yang dapat mempersatukan pandangan dan fikiran umat. Tidak ada tinggi dan rendah ukuran iman dan agamanya, kecuali tidak sungguh atau sungguh-sungguh hendak mempertahankan kemurniaan dan kesucian syariat Tuhan.
Syed Jamaluldin Al-Afgani
Jika lebih lima dekad lalu, anak-anak bangsa negara ini mula membina tapak untuk mentadbir urus sendiri negara bangsanya dan untuk memulakan pembangunan fizikal dan material untuk anak bangsanya, namun, perjuangan sebenarnya tidak pernah berhenti untuk terus dilakukan kerana pengaruh dan penjajahan tidak pernah berehat untuk menyerang dengan pelbagai bentuk dan pendekatan terutama menggunakan hak asasi manusia dan liberalisasi berlandaskan pandangan hidup masyarakat Barat yang dahagakan kebahagiaan yang tak kunjung tiba. Akan tetapi virus ini mudah sahaja diterapkan, dijangkitkan pada masyarakat Melayu Islam yang hilang makna diri dan pendidikan.
Tesis penamatan sejarah dan manusia terakhir (
End of History and The Last Man
) oleh Francis Fukuyama harus dibedah, dikaji semula. Tidak mungkin masyarakat liberal-kapitalis adalah yang terbaik yang mampu dicapai tamadun manusia. Masakan tidak, tesis ini sudah dihidupi oleh negara-negara maju seperti Amerika yang menemui kebuntuan, yang melalui krisis akhlak dan krisis kewangan yang bertitik tolak dari sifat tamak, runtuhnya institusi kekeluargaan akibat pengaruh liberalisasi. Seharusnya para intelek, ahli akademik dan think-tankrenung dulu adakah sistem ini yang terbaik untuk insan mencapai kebahagian?Setiap manusia mahukan kebebasan, yang penting ialah keadilan dan kesamarataan seperti yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad SAW, tak ada beza antara yang kaya dan miskin, yang kulitnya putih, sawo matang, kuning atau hitam, tak ada kasta sesama manusia. Pembangunan dan peradaban kemanusiaan masih boleh berlaku sekiranya keadilan dan kesamarataan dituntut seperti mereka menuntut liberalisasi dan hak asasi manusia. Kalau tidak proses tersebut akan berlaku dengan pincang. Seterusnya, ia tidak akan dapat dicapai secara sempurna dan tuntas selagi pemimpinnya bukan seorang ‘wali Allah’.
Mungkin secara fizikalnya, kita dilihat berada bersama-sama dalam arus pembangunan dan kemodenan, tetapi rohani dan pemikiran anak bangsa terus menjadi sasaran dan mangsa atas nama kebebasan dan hak asasi manusia.
Jasad manusia dibentuk sedemikian rupa supaya dapat memikul tanggungjawab penting dalam kehidupan ini iaitu menjadi penguasa alam sebagai khalifah Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Ia bertanggungjawab memakmurkan kehidupan di bumi. Tanggungjawab ini memerlukan jasad yang sentiasa sihat dan seimbang. Oleh kerana itu manusia selain wajib menjaga kesihatannya terutama sekali melalui cara pemakanan. Makanlah makanan yang ‘halal’, ‘halalan tayiban’ bukan dari hasil rasuah, menyamun dan melanun harta rakyat, makan harta anak yatim dan menipu secara berniaga.
Sampai bila pun ‘mind set’ tidak berubah. Lebih ironis, muslim hari ini Islamnya sekadar pada Mykadnya saja kerana Muslim begini tiada ilmu, tiada jati diri. Kalau ulama sekadar fiqah, masih belum mampu membedakan gejala dan fakta secara sophisticated (mu’aqqad) atau metoda analisis (sighat al-tahlil) dalam melihat fenomena di sekitar kita secara objektik dan jujur. Masih saja ada umat yang belum mampu membezakan mana ajaran Islam yang asli dan benar, dan mana budaya-budaya yang sesungguhnya tidak ada sangkut pautnya dengan Islam perlu diterapkan jiwanya dengan ilmu tauhid, hakikat, tarikat dan makrifat.
Kerana keberanian Sheikh Abdul Qadir Jailani keluar dari rumah, sanggup meninggalkan ibu untuk menuntut ilmu, untuk menghidupkan Islam yang mati di zamannya. Di Iraq Abdul Qadir digelar Muhyiddin yang menghidupkan agama. Pelik tapi benar, kerana tak berani berbohong, taat pada perintah ibu jangan cakap bohong, Abdul Qadir menceritakan kepada perompak yang menahan kabilah di tengah padang pasir yang ada wang yang tersembunyi yang dibekalkan oleh ibunya kepada perompak akhirnya penyamun menjadi muridnya yang pertama. Rule nombor satu, ‘berani berkata benar’, ikut pesanan ibu jangan berbohong, bayang jika kita ikut pesan guru, pesan Al-Quran, “ bila timbul kebenaran yang batil akan pupus dengan sendirinya ”.
Published on July 16, 2012 01:20
July 15, 2012
ALXS 2012 ILMU KUASA TINGGI
Published on July 15, 2012 05:11
July 11, 2012
ALXS 2012 session EXCLUSIVE 20
TINDAKAN ANDA PERLU PANTAS! Pada 15 JULAI 2012 Pak Habib ( Pak Habib- Syed Hussien Al-Attas The Writer) ingin berkongsi dengan anda mengenai ILMU KUASA TINGGI . Hanya 20 pendaftar TERRRPANTAS sahaja akan terpilih!
Yuran hanya RM50 SAHAJA (makan minum disediakan) daripada pukul 9.00 PAGI - 5.00 PETANG bertempat di Wadi Hussein Taman Hana EKSLUSIF daripada Al-Attas University Of Life.
Untuk membuat pendaftaran sila EMAILKAN :
1. Nama Penuh anda(seperti tertera didalam ic)
2. Nombor Handfon anda
3. Sertakan bilangan peserta yang akan bersama anda
HANTAR email anda ke alxsunilife@gmail.com , dan DAFTAR sekarang untuk terpilih HADIR ke majlis ILMU KUASA TINGGI . EKSLUSIF daripada ALXS kepada Anda!
Anda Mahu? DAFTAR SEKARANG!
"FAST Action, FAST Result"
Published on July 11, 2012 23:53
July 9, 2012
ALATTAS UNIVERSITY OF LIFE: Wake Up Call (1)
BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM
Seperti biasa setiap hari minggu Wadi Hussien, Alattas University of Life akan menerima tetamu dari mana-mana saja. Minggu ini saya menyambut 20 orang ‘Sikh’dari Kuala Lumpur dan tiga Al-Attas dari Hadramawt, Yaman, dan juga sepasang suami isteri dari Melbourne yang dibawa oleh anak saudara saya. Semua yang datang tidak perlu buat ‘appointment’. Pelik, zaman sekarang ini orang nak jumpa kita kena buat temujanji dulu. Tahukah kita setiap tetamu yang datang itu membawa ‘barakah’? Kenalkah kita siapa yang datang itu? “ Tidak bergerak sesuatu melainkan gerak dari Allah ”.
1hb. Julai 2012, hari penting dalam sejarah kehidupan saya. Hari ini kami adakan ‘Akikah’ untuk Ahmad Zahrin Ali Azizan, anak kedua Dr. Azizan Osman, cucunya memanggil saya ‘atuk’. Selaku keluarga Al-attas yang mewarisi “Tarikat Alawiyin”, setiap majlis selain diadakan makanan istimewa untuk jasad yang disajikan oleh Restoran Palace Hadramawt, disajikan juga dengan santapan rohani, bacaan ‘Ratib Alattas’ dipimpin oleh Muhyiddin Al-Attas sementara saya menyampaikan ilmu dunia dan akhirat, diikuti ceramah ringkas oleh A. Samad Said.
Sasterawan Negara Dato A. Samad Said dan isterinya dibawa oleh anak angkat saya Ana. Ketika dia sampai ke Taman Hana sudah ada puluhan tamu “UMAT”, Abang Samad heran. Apakah mereka ini semua tetamu saya? Setiap tetamu yang datang digerakkan hatinya oleh Allah. Taman ini Allah yang punya, saya fakir, mereka berhak menikmati keindahan alam flora dan fauna, dan terhibur dengan lagu-lagu instrumental sebagai halwa telinga. Selain getiran air sungai dan kicauan burung untuk panca indera yang dianugerah oleh Allah, aroma terapi, color terapi, hearing terapi perlu dinikmati.
Ketika saya mahu tinggalkan bangku sekolah, ada guru bertanya, “bila dewasa nanti kamu mahu jadi apa?” Saya jawab, “saya mahu jadi orang yang baik”. ‘A goodmen’, ‘A gentlemen’,bukan ‘Superman’, ‘Spiderman’ , dan ‘Batman’. Guru heran, dia anggap saya pelik mungkin dia tak tahu 3 watak ini sebagai pembela bukan sekadar menentang kemungkaran, berbeza dengan orang mukmin yang mengajar kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Kerjaya yang dipilih oleh pelajar lain adalah milik biasa-biasa seperti guru, jadi doktor, askar, pilot, kenapa kamu mahu jadi ‘orang baik’? tanya guru. Mana ada jenis pekerjaan “orang yang baik”? ‘It’s my right to be uncommon’. Manusia adalah makhluk yang teristimewa ‘ahsanu taqwim” khalifah Allah.
Seandainya satu dalam seribu, seorang saja yang nak jadi ‘orang baik’, akan kuranglah satu orang ‘munafik’. Profesor Naquib Al-Attas ada menyebut: “Yang dididik menjadi warganegara yang baik, yang berkerjaya belum tentu menjadi manusia yang baik, akan tetapi kalau yang dididik menjadi orang yang baik, sudah tentu menjadi warganegara yang baik”.
Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi manusia yang lain. Nabi Muhammad SAW adalah contoh manusia terbaik di seluruh dunia. ‘Al-amin’. Hari ini nak cari 10% saja orang yang baik agak sukar.
Sejak saya kecil, saya mahu jadi ‘orang luar biasa’, tak mahu jadi orang ‘biasa-biasa’. Kebetulan jiran saya Almarhum Tunku Abdul Rahman, tinggal di No.1 Jalan Sekolah Arab. Dia orang yang ‘luar biasa’, dia mahu jadi ‘The Happiest Prime Minister in The World’, dia meninggal sebagai seorang Negarawan. Presiden UMNO yang pertama Almarhum Dato Onnadalah mentor saya, dia adalah ayah kepada kawan sekolah saya Arwah Tahiriaitu bapa saudara HIshamuddin Hussien Onn. Mari kita baca Al-Fatehahuntuk mereka.
Sejak kecil saya telah ditemukan dengan ramai manusia yang ‘luar biasa’ yang namanya tercatit dalam sejarah tanah air. Mereka tinggal di Kampung Wadi Hana diantaranya Dato Syed Jaffar Albar, Tan Sri Khir Johari, Tun Razak kahwin dengan Toh Puan Raha anak Tan Sri Haji Noh di Wadi Hana, kampung yang dibuka oleh datuk saya Almarhum Dato' Syed Hassan Al-Attas. Pemilik Wadi Hassan maka lahirnya Wadi Hussien.
Hendak jadi orang yang hebat kena ada guru yang hebat-hebat, baru boleh jadi hebat. Hari ini hari bertuah bagi saya, dua guru saya yang hebat ada bersama saya. Ketika A. Samad Said menjadi Editor Berita Harian di Kuala Lumpur, saya pergi jumpa dia untuk jadi penulis yang hebat, dia beritahu saya “sebelum satu tulisan dikirim ke akhbar atau untuk buku sendiri harus dibaca dan diperbetulkan 7 hingga 8 kali”. Bukan senang nak senang, ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’ . Kasihan Pak Samad, ada yang mengelarnya ‘hoche men’ bersih. Untuk menjawab tuduhan yang dia menuntut 10 juta, dia kata dia cuma terima setiap tahun RM150,000 selama 3 tahun dari kerajaan Melaka dibawah pimpinan Dato Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka.
Ada orang tanya kenapa pilih Dr. Azizan Osman pakar motivasi, jutawan yang berjaya membuka rahsia bagaimana membuat ribuan orang Melayu boleh hidup menjadi kaya raya jadi guru saya? Tak kenal maka tak cinta. ‘Seek and you shall find, ask and you shall be given’. Saya mohon pada Allah dan saya jumpa mutiara yang terkeluar dari mulut Dr. Azizan hingga tercetusnya idea membuka AlattasUniversity of Life ini diperkenalkan melalui internet.
Sekadar nak buka sekolah ‘biasa-biasa’, itu kerja orang ‘biasa-biasa’. Anak murid Dr. Azizan tak suka benda macam tu. 100 tahun dulu tok saya sudah membuka Kolej Islam yang pertama di Malaysia Kuliyyatul Al-Attas Al-Arabiah dan Madrasah Alattas di Pekan, Pahang. Saya bukan seorang tokoh ulama macam Almarhum tetapi......
Konsep Universitiy Of Life merupakan pematangan dari bibit-bibit makna yang disemai melalui pengalaman kehidupan, saya tidak lari dari pendidikan di Madrasah Al-Attas dan Kuliyyatul Al-Attas di mana saya pernah menjadi wakil Nazir untuk mewakili ayahanda saya Almarhum Habib Alwee Alattas sebagai seorang ‘Bani Alawi’ sesuai dengan tugas datok nenek kami. Peranan kedua institusi ini adalah bagi mendidik dan mempersediakan Ilmuwan yang beradab, ini tidak lari dari tugas ‘Bani Alawiyin’ yang lain seperti Wali Songo yang menyebarluaskan ‘Din’ Islam di tanah Nusantara dan para ‘Sadah’ Habib-Habib yang terus berdakwah ke rantau ini. Nabi Muhammad sebagai sebaik-baik guru, yang diberikan pendidikan langsung dari Allah taala. ‘Addabani rabbi, faahsauu ta’dibi’ bermaksud Aku dididik Tuhanku, dengan sebaik-baik pendidikan. Mari kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Saya sudah membaca buku “Think and Grow Rich” dan “How to Win Friends and Influence People” sebelum Dr. Azizan lahir lagi, itu tidak bererti kecik jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak. Saya tidak boleh jadi macam Azizan untuk melakukan motivasi secara besar-besaran. Setiap orang ada kelebihannya yang tersendiri tetapi saya kena tahu adab berguru.
“Tidak termasuk golonganku, sesiapa yang tidak menyayangi yang lebih muda dan tidak menghormati yang lebih tua”.
“Tujuan utama dalam pendidikan ialah mendekatkan diri kepada Allah, bukan hendak mencari nama, pangkat, pengaruh atau hendak dipuji orang”.
Al-Ghazali
Saya mahu melahirkan pemikir Melayu bertaraf dunia ‘world class’ dan ‘first class’ di akhirat. Saya tidak mahu anak bangsa hidup seperti katak dibawah kaca pecah nampak dunia tetapi seperti manusia yang berfikir dalam kotak . Sebab itu jika Tan Sri Lim Kok Weng boleh buka universiti, Pak Hasni boleh berjaya dengan sistem pendidikan ADNI, Panji Gumilang dengan Al-Zaytun untuk melahirkan Master of the Universe, saya juga perlu perkenalkan Alattas University of Life sebagai satu produk, memperkenalkan mereka adalah ‘Khalifah Allah’, mengenal diri yang boleh dikongsi dengan siapa saja, “kalau saya tidak kongsikan apa yang saya tahu saya berdosa”, kata Dr. Azizan. Apakah anda tidak takut dosa? Bapa saya mengingatkan saya, kalau terasa diri bodoh, belajar, bila sudah pandai berkongsi ilmu.
Saya tidak mahu jadi seperti ‘orang kita’ yang dirinya ada ‘PHD’. ‘perangai hasad dengki’, ‘macam ketam dalam bakul’, menarik turun ketam yang naik keatas. Tengok ada warung nasi ayam maju, dia buka di sebelah dan 5 lagi akan buka jual nasi ayam juga, bila tak untung, cari bomoh supaya kedai sebelah tutup, tetapi tidak mahu cari ilmu macam mana orang sebelah boleh berjaya. Macam mana orang jual susu kambing boleh jadi jutawan?
Saya selalu mengingatkan diri saya dan anda, sampai bila kita mahu tidur? ‘Life is short, don’t make it shorter’. Nyawa ini pendek, kenapa pendekkan lagi dengan buat bodoh aje? Tak ada tempat bagi manusia malas, yang bodoh dan yang tak amanah (jahat). Hidup ini bukan untuk tidur, kita di datangkan ke dunia sebagai khalifah, kenapa hidup jadi sampah? Masakan dalam perjalanan menuju ke destinasi yang terakhir kita tidak mahu bangun-bangun? Mahu jadi pemuda Al-Khafi bangun selepas 300 tahun tidur, baca surah Al-Khafi.
Kita semua dalam perjalanan mahu berjumpa dengan Tuhan. Hidup ini 3 saat saja, 1 saat tarik nafas, 1 saat turun nafas, 1 saat tarik, tak turun-turun, selamat tinggal semua. Salammualaikum terakhir, sempat mengucap dua kalimah syahadah atau tidak. Ashadu allah illah haillallah wa ashadur anna Muhammad dur Rasulullah.
Semua yang akan kita bina kita mahu bertaraf ‘world class’. Tahukah kita dunia ini tempat lalu saja? Semua yang kita rasa milik kita cuma satu amanat. Apakah bekalan yang kita siapkan untuk akhirat bertaraf ‘makam’ ke peringkat ‘mutmaainnah? Tuhan mencipta kita dan alam maya yang sementara, apakah kita sudah kenal siapa Tuhan kita? Siapa diri kita? Siapa Nabi kita? Siapa saudara kita? Untuk apa kita dihidupkan? Inilah diantara Ilmu yang saya pelajari dari buku “Tasauf Moden” karya Hamka. Saya tidak pernah lupa pada guru-guru saya termasuk Prof Naquib Alattas kerana saya berkesempatan membaca bukunya Some Aspects of Sufism as Understood and Practised Among Malays yang terbit pada tahun 1963.
Saya percaya kepada ‘keberkatan’ memuliakan guru jika kita tak lupa guru, kita tidak beradab dan tidak mengenang budi seperti kata pantun Melayu;
Pulau pandan jauh ketengah, gunung daik bercabang tiga, hancur bandan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
Sampai bila mahu jadi penonton, asyik membaca ‘history’, cerita kejayaan mereka dan sejarah masa lampau? Sampai bila nak ubah ‘history’ menjadi ‘my story’? Jangan sekadar jadi ahli sejarah, ciptalah sejarah! Sampai bila mahu jadi penonton dalam lakonan yang didramakan dalam pentas sandiwara? Bila lagi nak jadi pelakon dengan watak ‘manusia luar biasa’? Imam Al-Ghazali berjaya dengan karya terbesar Ihya Ulumuddin masakan anda tidak ada kisah hidup yang boleh jadi ‘best seller’?
Apakah anda seronok hidup sebagai seorang ‘puppet’ membiarkan diri ‘dikhadimkan’, mengikut nafsu haywani? Sampai bila mahu hidup sebagai boneka? Bila lagi mahu bebaskan diri untuk hidup di nafsu ‘natiqah’, barulah layak bergelar khalifah.
“Penjaramu ialah nafsumu. Apabila kamu keluar daripadanya, nescaya kamu dalam kerihatan selamanya”. Nafsu adalah musuh utama manusia. Nafsu puncanya rasuah, penipuan, dengki, khianat, fitnah menfitnah, kerosakan akhlak, perebuatan kuasa, sombong, bongkak, angkuh, bunuh membunuh dan perosak rumahtangga. Nafsu boleh menghancurkan satu negara. Kerana nafsu bangsa tergadai. Kerana nafsu Islam dipersenda. Kerana nafsu orang jadi munafik. Hanya “Nafsu Mutmainnah” saja yang Allah janjikan syurgaNya. Wallahu’alam.
Abu Al-Qasim Al-Nasr Abazi
Kita adalah seindah-indah kejadian “Ahsanu taqwim”, kenapa perangai macam beruk mak yeh? Itulah susahnya, Tuhan suruh baca “Iqrak”, belajar. kita ikut amalan tok nenek bukan ikut Al-Quran dan Sunnah. Tuhan anugerahkan kita dengan akal selain roh dan jasad. Pelik, hairan dan ajaib, orang yang berakal, tak sedar “Tuhan paling dekat dengan diri, lebih dekat dari urat leher” akibat memisahkan syariat dengan hakikat, mata jadi macam mata ikan kering, telinga kuali, mulut tempayan maka mudah diperkotak-katikkan oleh dalang (syaitan) akibat tidak ada ilmu, tidak dapat membezakan syaitan dengan sultan.
Di dalam Al-Quran, perkataan ‘ sultan ’ boleh membawa beberapa jenis makna. Sebagai contoh, Nabi Musa a.s diutus dengan ayat-ayat yang nyata dan bukti (sultan al-mubin) yang nyata (yakni mu’jizat) bukan raja atau sultan - Surah Hud: 96. Ia juga membawa maksud kesahihan atau perkataan autoriti dalam bahasa Inggeris seperti yang terdapat dalam Surah Ali Imran ayat 151, dimana Allah SWT mengisikan perasaan gerun dalam hati mereka yang menyembah sesuatu tanpa ‘kesultanan’ (ayat-ayat yang nyata). Anda sembah apa? Sembah siapa? Siapa yang patut menerima sembah? Samakah ‘solat’ dan sembahyang?
Perkataan ‘sultan’ boleh membawa maksud pengaruh, seperti dalam surah An-Nahl ayat 99 apabila Allah SWT berfirman bahawa ‘syaitan’ itu tidak akan mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat pada Tuhan mereka . Maka takut apa pada setan atau setan manusia jika anda beriman dan takut pada Tuhan?
‘Iqrak’. Baca, bacalah dengan nama Tuhan. Hanya dengan membaca, berfikir, bertafakur, untuk mendapat ilmu tauhid. Sudah kenal Tuhan baru Islam. Islam bermula dengan ilmu, iman, amal, ikhsan, ikhlas .
Antara hikmah kenapa ‘takdir insan’ tiada dalam ‘akalnya’ adalah supaya dia berusaha, berikhtiar untuk berubah, berubah pula menuju kebaikan. Kita ada pilihan, mahu jadi hamba atau tuan? Pekerja atau bos? Ke syurga atau ke neraka? Lu fikirlah Bro. Jangan di saat terakhir ketika malaikat maut dah sampai baru tersentak. May God bless you.
Manusia adalah subjek , bukan objek maka kenapa harus jadi alat dan diperalatkan oleh tuan-tuan anda? Lu fikirlah Bro! Tuan kau siapa?
“ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri ”
- Al-Quran.
Kita tak boleh salahkan qadaq dan qadar, kenapa kita jadi miskin? Kenapa orang lain jadi kaya? Hendak jadi kaya dan berjaya, hendak jadi orang yang ‘luar biasa’, cari Dr. Azizan Osman yang mencabar saya, jika ada produk yang baik mesti di iklankan kalau tidak diperkenalkan ‘dosa’,tapi kalau produknya buruk, layanannya busuk, kita perkenalkan pun berdosa juga. Betul tak? Lu fikirlah Bro!
Berapa ramai yang sudah jadi jutawan setelah mengikut kursus Dr. Azizan Osman? Tetapi berapa ramai yang ingat, adab berguru, hormat guru? Kalau mahu ‘berkat’, jangan soalkan integriti guru, jangan depan guru kau tunjuk ego. jangan jadi biawak yang terjelir lidah ‘PHD’ tengok kehebatan guru, guna kuasa agama untuk tutup perguruan.
Maka benarlah kata bijak pandai. Hidup ini tiada lain kecuali pementasan yang diulang-ulang. Kata Santayana, siapa yang tidak belajar dari sejarah akan dikutuk dengan mengulangi kesalahan kaum-kaum yang dahulu. Sementara Quran menyatakan bahawa andai sahaja kita berjalan, mendengar, dan melihat dengan ‘mata hati’ akan diketahui bahawa sememangnya sejarah itu adalah medan i'tibar. Mereka yang ‘hatinya buta’ masakan mampu belajar dari ‘i'tibar’, akibat ego, dia saja yang serba tahu, hebat, orang lain semua bodoh, lupa daratan, bodoh sombong macam beruk baru dapat naik basikal tidak sedar diri, macam lalat diatas tahi kerbau. Dia rasakan dia Kapten kapal Titanic, kata-kata orang sufi.
Kasihan beruk panjat kelapa. Bila bos sudah dapat habuan, ‘lu sapa’? Beruk dirantai semula dengan rantai pendek berlegar pada tiang. Rantai panjang hanya untuk panjat kelapa saja supaya beruk tidak lari. Sampai bila hendak jadi hamba orang macam beruk? Sudah pencen baru tersedar. Sampai bila nak sembunyi dalam kepompong, bila lagi hendak jadi rama-rama?
Seorang karyawan yang hebat seperti Shakespeare, yang digelar kaum Arab sebagai Shaykh Al-Mutanabbi itu masih dibaca, dikaji bukan hanya kerana kebolehan beliau mengunakan bahasa yang indah berbunga, tetapi kepintaran menterjemahkan apakah sifat ‘tabiah insan’, memperkenalkan watak dan tabiat manusia didalam nobel-nobelnya. Sebagai contoh Mac Beth. Berapa ramai orang kita yang masih mengambil iktibar dari karya A. Samad Said mengenai watak Salina dan Abdul Fakar dalam nobel SALINA sebagai ‘ The Ugly Malays ’?
Sampai bila nak jadi manusia yang diberi akal, diberi Al-Quran, diperkenalkan pada Muhammad SAW guru terhebat di dunia, namun kita tidak mahu memuliakan insanul kamil dan kaum keluarganya ‘Ahlul Bait’ yang memperkenalkan Islam ke Nusantara? Adakah kita tergolong dalam insan yang beradab?
Berapa orang manusia yang bernama Melayu hari ini yang tahu makna ‘berkat’, tanpa ‘berkat’ jangan kata ‘ilmu’ apa pun tak melekat. Dapat wang berjuta, hidup dalam istana, tidur tak nyenyak, makan tak terasa nikmatnya, hidup stress setiap masa. Manusia yang tak pandai berterima kasih, tidak tahu bersyukur dengan yang sedikit akan menerima laknat dari Allah SWT. Bayangkan bolehkah kita pergi kedai mamak, minta satu teh tarik, tapi tak mahu teh tarik dibawa dengan gelas atau cawan. Beruk pun tak minta pisang tanpa kulit. Lu fikirlah Bro. Kalau sakit, cepat-cepat cari ubat, terasa diri berdosa bila lagi hendak bertaubat?
Apakah nilai seseorang insan jikalau dia tidak mampu berfikir sendiri? ‘Anak cina makan pengat, sendiri punya diri, sendiri mahu ingat’ . Bila lagi anda mahu menghidupkan ‘kemahuan’, niat penting, niat berserta amal untuk mengubah nasib sendiri? Tahukah anda Metaphor, ‘Beruk rantai pendek’ mengenal egonya manusia yang berpangkat, berkuasa, tak sedar diri yang dia diperhambakan oleh hawa nafsu. Tuhan murka pada hambanya yang menyombong diri bila merasa diri berkuasa, tidak boleh ditegur, tidak boleh dilarang biarpun melakukan dosa-dosa besar. Itulah diantara sajak yang saya baca pada hari meraikan cucu saya Ahmad Zahrin Ali Azizan di petik dari buku ‘Surat Khabar Lama (1995)’ selain ‘Ayah dan Orang Tua’ yang boleh dimenungkan oleh kita bersama.
Apakah manusia berjaya kerana ibubapa, mentor, nasib baik atau menipu, memperdaya untuk mengumpul harta dan kekal berkuasa? Apa yang akan terjadi pada seseorang apabila segala kemahuan dan akal fikirannya sudah dikuasai oleh ‘penjajahan minda’, ‘Rezeki secupak tak akan jadi segantang’. Apakah mereka tidak akan menyembah syaitan, manusia serupa ini? Kenapa biarkan hidup ini ditentukan oleh sistem yang diciptakan oleh orang yang mindanya ‘jumud’, harapkan ‘Scroll’ bergulung, ibarat ‘Toilet Paper’ , tetapi terlupa yang Islam itu ‘ Addin ’ adalah ‘the complete way of life’. Cara hidup yang paling sempurna. Ini diantara intipati 3 sajak yang saya deklamasikan atas permintaan Fauziah Nawi yang turut bersajak dan menyanyi.
Penjajah hanya memberikan kemerdekaan kepada negara, bukan kemerdekaan minda rakyatnya. Manusia yang ‘merdeka’ yang mempunyai minda ‘kreatif’ tidak mahu jadi hamba tuan. Cukuplah diri sebagai hamba Allah, itupun jika Tuhan hendak terima kita sebagai hambanya.Bila manusia berkerja dengan orang untuk sara hidup, dia tidak ada kebebasan berfikir. Sampai bila pun dia tidak mampu memberi pekerjaan kepada orang. Apakah kita tidak malu jika ada orang kata ‘sampai tualah lu Brok’. Beruk tidak pandai ‘berdikari’ kerana dia tidak ada ilmu psychic , apa lagi ilmu metaphysics , sebab itu tidak tahu menggunakan minda kreatif.
Kata saintis, antara kita dan beruk persamaan DNA nya sehingga 98%, beza cuma 2% sahaja. Tapi walapun beza hanya 2%, ini ibarat langit dan bumi. Beruk pandai makan pisang tetapi tidak pandai tanam pisang, tidak pandai buat goreng pisang, tidak pandai jual pisang, kasehan berok.
Manusia dalam 2% ini ada akal natiqi, yang bila diberi ilmu bisa terbang, menyayap kepada alam yang lebih tinggi. Lebih tinggi dari burung sebab itu burung menjadi logo Alattas Universiti of Life.
Sistem pelajaran kita yang diambil dari England hanya baik untuk memperkenalkan huruf dan nombor tetapi gagal untuk mendidik manusia dengan nilai-nilai baik sejagat yang dibekalkan dengan Al-Quran di dalam diri dan Nabi Muhammad SAW sebagai insan kamil, contoh Al-Quran yang hidup dalam Sunnah Nabi (Sunatul Allah) sebab itu bila jadi doktor, jadi peguam, jadi ahli politik, arkitek, enginer tetapi tak dididik dengan adab, tak kenal diri dan Tuhan, tidak mendapat keberkatan, yang dapat mungkin kekayaan untuk dunia semata-mata tanpa akhirat.
Seorang penulis yang hebat karyanya akan mengenali sifat asasi insan, dan sifat ini tidak akan berubah, seperti mana Allah SWT menetapkan ‘tabiah’ matahari untuk terbit dan terbenam pada tempatnya, begitulah juga diri insan yang dipenuhi kegilaan terhadap kuasa, dipenuhi sifat tamak, hasad dengki dan bakhil akan merasakan ‘syaqawah’, yakni keperitan jiwa yang jauh lebih perit dari penyakit yang menyerang mana-mana organ manusia akibat tidak mendapat rahmat dari Allah SWT. ‘Mereka yang tidak ada rahmat dihatinya tidak akan mendapat rahmat’.
Jasmani insan itu pula ada had kemampuannya menampung kesakitan, kita tahu bahawa seorang yang sel-sel dalam tubuhnya sudah mati tiada merasakan lagi kesakitan, akan tetapi bila yang dibincangkan itu adalah tentang diri rohani insan, maka penyakit itu tidak dapat dinyahkan begitu saja kecuali dengan ilmu yang ‘benar’, serta rahmat dari Allah SWT. Sebab itu manusia yang 3 dalam 1, jasad , roh dan akal perlu disatukan dengan ‘ rabb ’nya melalui ilmu ma’rifah. Awal-awal agama mengenal Tuhan, namun sebelum Tuhan, kita perlu kenal diri. ‘ Kenal diri kamu rata-rata sebelum kenal Tuhan yang nyata ’. Alangkah ruginya manusia yang tidak kenal siapa dirinya dan siapa Tuhannya kerana soalan yang pertama dalam kubur ialah siapa Tuhan kamu?
Allah SWT, ‘rabb’ Raja sekelian alam, yang Maha Berkuasa jugalah yang Berkuasa untuk meletakkan dan mencabut seseorang dari kedudukannya. Tidak ada yang kekal sejak Firaun dengan Nabi Musa dan sejarah kebangkitan rakyat di negeri di mana terdapat Firaun moden yang bersultan di mata beraja di hati.
Tidak ada manusia yang berkuasa. Allah yang Maha Kuasa boleh mengambil semula kuasa dalam sekelip mata, akhirnya hidup terseksa sepanjang masa di atas dunia, bila mati ke neraka kerana derhaka pada Tuhannya.
Allah memberikan segala kekayaan dan kekuasaan kepada siapa yang Tuhan suka maka kenapa kita tidak minta dengan Tuhan kita yang Maha Kaya dan Maha Kuasa? Sampai bila nak jadi ‘Beruk rantai pendek’, sujud menyembah kaki manusia? Atau jadi lalat atas tahi kerbau seperti manusia yang cinta dunia takut mati.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan . Saya teringat kata-kata pujangga Cina Confucius bahawa gunung-gunang dan sungai tidak menjadi halangan kepada burung yang ada sayap . Itu sebabnya saya mendirikan Alattas Universiti Of Life seperti Almarhum Dato saya yang mendirikan Kolej Islam yang pertama di Malaysia ‘Kuliah Alattas’, Tan Sri Othman Saat manten MB Johor adalah murid Madrasah Alattas dan ramai mufti, Kadi, Ustaz termasuk ahli politik dan sebelum Universiti OfLife ini diperkenalkan oleh anakanda saya Habib Omar, bermula di Hobart, Australia.
Untuk membangunkan satu kehidupan agar selamat di dunia dan selamat di Akhirat, agar masyarakat makmur dapat pula keampunan Tuhan, kemajuan dan tamadun tercapai, akhlak yang mulia juga wujud dan jadi budaya di dalam kehidupan, ia bak bunga yang kembang di taman indah dan sangat menarik pandangan dan tempat jatuhnya hati manusia yang sedar bahawa Tuhan itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan. Segala puji bagi Allah SWT dan selawat kepada Rasulullah SAW.
Kekayaan dan makan minum yang mewah, mahligai dan puluhan kereta mewah tanpa budi bahasa yang indah akan terserlah. Siapa kita sebenarnya jika permata jatuh di pelimbah masih terserlah, kaduk naik junjung tidak banyak beza dengan cicak mengkarung yang berlagak macam naga.
Budi yang dimaksudkan dalam pantun Pulau Pandan jauh ketengah, ialah akal “kerana sebesar-besar budi manusia adalah ciptaan kreatif manusia yang menguntungkan manusia sejagat seperti Bill Gates, Steve Jobs, peneroka inovasi sezaman mereka. Thomas Edison, Alaxander Graham Bell, Mark Zuckhenberg dari Facebook dan Larry Paige & Sergey Brin dari Google.
Budi yang dimaksudkan ialah asas kemudahan hidup yang memerlukan disiplin, tatasusila dan sifat kemanusiaan bukan kebinatangan dan kebuasan. Manusia yang tamadunnya tinggi perlu merendah diri, ibarat ‘Ular yang menyusur akar tak akan hilang bisanya, sebab itu roh, hati dan jiwa manusia hendaklah dibangunkan mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW yang berakhlak tinggi dan mulia. Jangan ikut Firaun dan Karun atau Kabil yang sanggup membunuh Habil saudaranya sendiri.
Tiba-tiba saya teringat Tony Fernandes, anak cikgu sekolah biasa saja, ibunya hanya seorang penjual ‘tupperware’. Bagaimana dia boleh menjadi manusia terkenal diseluruh dunia jika dia tidak menggunakan akalnya? Adakah kerana pendidikan awal disekolah yang terkemuka di UK yang dilalui oleh Tony, pergaulan (circle of friends), atau nasibnya? Bukan mudah dia boleh mengambil alih Air Asia jika tanpa (connection) dengan membeli syarikat dengan harga $1.00. Dengan keberanian yang luar biasa dia sanggup menanggung hutang berjuta. Akhirnya dia berjaya dengan logo “semua orang boleh terbang”,inilah budi anak didik Sir Richard Branson yang mempunyai syarikat penerbangan yang membuat Tony berjaya mengeluarkan dirinya dari kepompong berfikir dalam kotak. Setelah dia bercampur dengan tokoh korporat terbesar yang memberikan dia semangat yang besar, dan dia berfikir besar, berkemahuan dan berniat untuk menjadi manusia ‘luar biasa’. Anda bagaimana? Apakah anda tidak ingin terbang ke Sidratul Muntaha mencontohi Abu Yazid Bustami tokoh Sufi dipetik dari buku kisah para Wali oleh Farid Al-Din Attar.
Saya mengingatkan diri saya dan mereka yang berada di Pusat Pengajian Tinggi supaya melakukan perubahan minda kearah holistik paradigma. Hanya dengan ilmu tauhid mengenal diri dan mengenal Allah kerana adanya hubungan Roh dengan Rabb, kita bakal jadi insan istimewa bukan sekadar jadi orang Islam pada Mykad atau Islam keturunan tetapi manusia bertanggungjawab untuk mencari ilmu akhirat yang kekal. Belajar mengenal para wali Allah yang memiliki ilmu syariat, hakikat, tarikat dan makrifat.
Marilah kita lakukan semua kerja yang dibuat dengan niat semata-mata kerana Allah Subhana Wataala sama ada “ hablum minnallah ” dan “ hablum minannas ”. Tidak melupakan tanggung-jawab terhadap sesama manusia, tidak mengira warna kulit dan bangsa. Inilah yang anda akan dapati tanpa perlu dengar ceramah saya tetapi cukup dengan bertafakur semasa berjalan-jalan di Wadi Hussien. Belajar dari tumbuh-tumbuhan dan alam semula jadi sebagai guru.
Tugas anak muda hari ini untuk sama-sama mendesak dan menggerakkan masa ke arah kemajuan dan kejayaan dunia dan akhirat dengan mengaji dan mengkaji isi Al-Quran. Terlebih dahulu apa pun nak buat mulakan dengan Bismillah hir Rahman nir rahim . Isikan dada dengan keimanan bermula dengan ilmu tauhid. Cuba buka minda, seperti ‘Tempayan yang mulutnya terbuka bila hujan turun dengan sendirinya tempayan akan berisi’. Sebab itu anda dapat melihat ratusan tempayan di Taman Hana, Wadi Hussien.
Antara sebab saya setuju bila Omar minta Alattas University ofLife ini disiarkan di internet adalah kerana ada sedikit perasaan khuatir dalam diri saya apabila melihat gelagat anak muda zaman sekarang yang kehilangan arah tuju. Siapa penyebabnya? Ada kalanya kita sendiri tidak pasti sama ada ‘standard’pengajian yang diletakkan itu terlalu tinggi atau sememangnya belia hari ini tidak begitu mengambil peduli tentang apa yang berlaku di sekitar mereka akibat minda tertutup dilekakan dengan segala bentuk hiburan yang merugikan dan tidak dipedulikan oleh keluarga dan jiran tetangga.
Kamu tidak akan nampak Tuhan dengan mata kasar kamu, tidak juga dengan mata kepala kamu namun pernahkah kamu melihat ke siling rumah dan memerhatikan cicak? Cicak tak ada sayap tetapi rezekinya adalah binatang-binatang yang berterbangan, begitu juga kucing tak pandai berenang namun rezekinya adalah ikan dalam air. Allah yang memberi rezeki kepada semua makhluknya tetapi Allah memberi ‘hidayah’ kepada manusia yang dipilihnya saja, maka sesudah anda mendapat ‘hidayah’, apakah anda mahu melepaskan peluang keemasan yang hanya datang sekali dalam hidup anda?
Ramai yang bertanya saya di mana saya belajar bertawakalpada Allah, mereka macam tidak percaya, gila Pak Habib ini belajar tawakalmelalui binatang yang kita perhati. Harimau berjalan tidak bawa bekal, tidak macam beruk . Harimau berjalan ke mana tidak bawa bekal namun tetap makan daging, tidak makan ubi kayu, keledek, apa lagi makan cacing, itu makanan babi hutan.
Selagi Tuhan mahu kamu hidup, kamu tak akan mati kelaparan. Inilah ilmu tawakal yang pertama kepada manusia yang tidak yakin pada diri sendiri dan tidak percaya kepada tawakal tu Allah. Gantung ayat seribu dinnar namun tahukah makna waman ya tikillah?
Kejayaan dan kekayaan kepunyaan orang yang berani, tekun, rajin, sabar dan tak kenal putus asa. Yakin pada Tuhan. “Tuhan berjanji mohon padaKu, permintaanmu akan Ku perkenankan” - Al-Quran.
Jangan sesekali membuang masa “ sentiasalah lidah kamu dibasahi dengan zikrullah ” (Riwayat Imam Al-Tirmizi Ibn Hibban dan Al-Hakim. Mereka mengatakan sanad hadis ini sahih). “ Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku ”
Surah Al-Baqarah : 152.
Kesimpulannya: Berzikirlah (ingatlah) kepada Allah pada waktu malam, siang, dilautan, daratan, ketika bermusafir, bermukim, ketika kaya, miskin, sihat, sakit, dalam keadaan sembunyi, terang dan dalam semua keadaan.
Bukan saya seorang saja yang akan menjadi Pensyarah di University Of Life.Rancangan saya adalah untuk menghimpunkan lagenda-lagenda. Kebetulan saja saya sudah lama hidup, yang sudah jauh berjalan, sudah luas pandangan, sudah baca ratusan buku, sudah bertemu dengan ribuan manusia dari empat penjuru alam, sudah jatuh bangun dalam menempuh kehidupan, lama hidup banyak pengalaman. Contohnya bila A. Samad Said sanggup menyumbangkan pengalamannya, maka gabungan dua umur kami mencecah 150 tahun. Jiwa yang diisi dengan sejarah, dengan pengalaman dapat menggandakan umurnya melalui ilmunya yang akan kita kongsikan dengan anda.
Apakah mudah mencari mereka yang berpengalaman, sanggup kongsikan pengalaman bersama anda. Bermula dengan saya yang telah menghasilkan ratusan tulisan di beberapa buah akhbar dan puluhan buku yang pernah menjadi ‘best seller’ di Malaysia.
Apa yang terdapat di Alattas University of Life pernah dilakukan oleh Tok Kenali di Kelantan dan Socrates yang mengajar tanpa bilik darjah, hanya dengan cara perbualan, dialog. Semua yang hadir ada kehebatan yang tersembunyi yang mereka akan sedar melalui cara ini, ilmu dapat ditanamkan dalam dada-dada mereka yang sudi menadah. Sistem zaman dulu, isi ilmu di dada bukan pada ijazah.
Kita tak utamakan ijazah kerana Alattas University Of Life tak ada bilik darjah, tak mengeluarkan ijazah. Sebagai contoh pengalaman hidup saya yang mempunyai 10 anak, 10 cucu, 3 cicit, saya hidup bebas tidak bertuankan manusia, tidak terhutang hidup dengan “tuan kau”. Saya sudah mengembara ke empat penjuru alam memungut ilmu di dunia yang pernah saya sampai antaranya Eropah, USA, Australia, New Zealand, New Guini, India, China, Jepun dan Afrika.
Apakah kita tidak mahu membiarkan akal fikiran anak bangsa kita yang selama ini dikuasai oleh mereka yang kita dewa-dewakan sebagai pemimpin dan para ulama sedangkan mereka telah menggunakan agama menjadikan umat Islam seperti ‘robot’? Apakah anda sanggup jadi ‘beruk rantai pendek’, periuk nasi ditangan ‘boss’ atau ke mana saja bawa periuk nasi karen macam beruk simpan makanan dalam mulut? Apakah tidak malu dan rasa berdosa terpaksa menjual ayat-ayat Al-Quran dengan harga yang murah untuk ‘tuankau’, membisu melihat kemungkaran menjadikan lidah jadi lidah syaitan?
Bagaimanakah orang yang bakal mahu menjadi para pemimpin negara hendak menyumbang tenaganya dalam ‘Nation Building’ jika dia hanya seorang ‘puppet’ tanpa ilmu asas (tauhid) syariat, hakikat, tarikat dan makrifat mengenai Islam yang menjadi agamanya sedangkan Islam adalah agama universal?
Soalnya, siapakah gerangan yang telah memperhambakan ‘beruk-beruk rantai pendek’ dari segi jiwanya, moralnya, budi pekertinya, tutur bahasanya, mentalnya dan warna-warna hidupnya? Britishkah atau pun segolongan feudal Melayu yang tutur katanya Melayu tetapi hati perutnya masih mahu menjadi penjajah bentuk baru yang mahu kekalkan anak bangsa sebagai hamba sesudah mereka berkuasa? Lu fikirlah Bro!
Berapa ramai yang tahu ‘ulama jahat’ dengan idea yang mereka import dari Barat untuk menyesatkan Melayu kerana mereka tahu Melayu tak suka membaca? Ramai yang suka ikut agama yang menjadi amalan tok nenek mereka yang asalnya Hindu? Mereka menuduh orang lain sesat semata-mata kerana mahu bergelar sebagai ulama ‘world class’ yang di import dari Arab. Ke mana perginya jati diri dan identiti sendiri? Ulama fekah fukaha tak ubah seperti ‘polis trafik’ yang tugasnya menangkap kesilapan pemandu kereta dan motosikal di jalan raya, tahunya menghukum saja akhirnya orang Islam lari dari Islam kerana undang-undang tanpa ikhsan dan tidak ikut rasmi Rasul, dan para ‘ulama’ yang dahulu, yang lebih mengutamakan mendidik daripada menghukum.
Islam adalah agama yang berkomunikasi dengan ‘diri rohani’ dan akali insan. ‘Din’ islam mendidik dengan hikmah, memberi kita makna diri. Sebagai sebuah agama yang universal, ‘Din” kita ini ada pandangan alamnya yang tersendiri, ‘world view’ nya yang sendiri. Inilah yang diajar oleh Profesor Naquib Al-Attas untuk pulihkan dan jernihkan dahulu pandangan alam kita sebelum kita faham tempat letak sesuatu termasuklah fiqah dan syariah.
Alam ini bukan milik kita, ia adalah ayat Allah. Jangan kita kotori, jangan kita perjelekkan.Allah itu sifatnya ‘Jamal’, jadi alam ditafsirkan pada kita dalam keadaan indah, buah-buahannya, ternakannya sihat, halal dan tayyibah.
Tapi disebabkan angkara manusia yang tidak bertanggungjawab, ibarat tetamu yang ‘kurang ajar’ dengan sesuka hati menterbalikkan segala peralatan milik si tuan. Dibiarnya jijik, dibiarnya kotor, dicuri pula apa yang bukan haknya. dipotong dan dimusnahkan segala ciptaan Allah semata-mata kerana mereka berkuasa dan dia tidak nampak Tuhan. Tuhan dia jadi Hantu. Dia tidak terfikir akan keadaan alam sesudah ia ditinggalkan bagi generasi yang akan datang.
Marilah kita mengingatkan mereka kerana agama Islam itu nasihat-menasihati bahawa Allah Al-Hasib, Yang Maha Menghitung, Yang Khabir, Yang Maha Adil. Setiap perlakuanmu ditulis rapi oleh Malaikat. Yang dia diibaratkan seorang ‘cashier’ yang memberikan khidmat dengan penuh senyuman, namun bila diperiksa bil nanti, takut-takut tak mampu kau tanggungi.
Jika sekali baca tidak faham, apa salahnya anda ulangi beberapa kali. Baca dengan nama Allah, Mulakan dengan Bismillah hir Rahman nir Rahimakhiri dengan Alhamdulillah.
Published on July 09, 2012 07:02
S.H. Alattas's Blog
- S.H. Alattas's profile
- 19 followers
S.H. Alattas isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

