S.H. Alattas's Blog, page 5

December 27, 2012

Bahagian 2 Antara Janda Baik dan Janda Jahat: Anwar Perdana Menteri



Pernahkah anda sampai ke satu kampung bernama “Janda Baik”? Di mana Dato’ Seri Najib Rosmah telah memilih satu perkampungan untuk UMNO yang diberi nama ILMU. Apa ilmu yang di ajar kita tidak tahu, yang jelas dengan ilmu yang ada Najib masih takut bini. Rakyat hilang hormat biarpun dia ‘Yang Amat Berhormat.Yang ini semua orang tahu.Pelik, memang tak patut semua orang salahkan Rosmah. Sedangkang tanggungjawab  untuk jadi ‘Imam’ jatuh pada siapa? 
Tidak ada guna bagi empat tayar baru pada pemandu teksi, RM500 pada orang ramai dan RM200 pada pelajar; duit habis di belanja tapi maki hamun masih diteruskan, kenapa? Adakah Najib ini ‘poyo’ atau ‘sengal’.Keluarga sendiri tidak boleh dijaga dengan betul, macam mana negara tak jadi macam ni? Sampai bila nak jadi Perdana Menteri yang tidak pandai menjaga ‘amanah’ yang di beri Allah sebagai Khalifah?Lu fikirlah bro.
Janda Baik kampung di daerah Bentung, Pahang mula terkenal ketika arwah Tan Sri Ghazali yang lebih dikenali dengan gelaran “King Ghaz”, mantan Menteri Luar Negeri selamat apabila pesawat yang membawanya terhempas di dalam hutan belentara di Banjaran Titwangsa di daerah Janda Baik. Juruterbangnya mati, ada orang kata, dia ada ‘ilmu’ bukan ILMU yang di ajar di kem UMNO.Dulu kalau ada orang hebat dia di label “ada ilmu”; ilmu kebal, ilmu menghilangkan diri dan macam-macam lagi.Keajaiban yang sudah hilang dari Melayu yang cinta dunia takut mati.

“Berpantang ajal, sebelum maut.Setiap yang hidup, mesti mati.Kenapa cinta dunia takut dengan mati?Mati perkara yang mesti.”
“Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.”Al-Quran
“Dunia ini tempat beramal dan tiada pembalasan di situ, sedangkan akhirat adalah tempat pembalasan, tiada amalan diakhirat.Maka beramal solehlah di dunia, untuk kamu menerima tempat yang tak ada amalan di akhirat.”
Saidina Ali Bin Abi TalibKaramAllahu Wajhah



Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan email ke alxsunilife@gmail.com Rm60 termasuk Pos.



Masih adakah orang Melayu yang ada ‘ilmu’ yang di miliki Tok Ku Paloh, Tok Gajah, Tok Kenali dan Dato Maha Raja Lela?Sebab itu kita perlu mempelajari ilmu kenal diri,kenal Tuhan; ‘ilmu’ dalaman Hakikat, Tarikat dan Ma’rifat.Dengan ilmu Tuhan pasti ada banyak keajaiban.Semuanya bermula dengan ilmu tawhid.Supaya kita tak takut mati. Jasad dikebumikan, nama kita kekal hidup. Kenapa orang tak kata Allahyarham pada Sheikh Abdul kadir Jailani, wali songo atau para wali  yang lain? Islam bermula dengan Tawhid.From dust to dust.Jasad dari tanah kembali ke tanah.Roh yang ditiup semasa dalam kandungan ibu kembali kepada Tuhannya.Nak balik macam mana kalau Tuhan sendiri pun tidak kenal.Sedangkan Tuhan lebih dekat dari urat leher?Manusia mati, Tuhan tak mati.
“Tuhan tak beranak dan tidak diberanakkan, tak ada yang bersekutu denganNya.”
Surah Al-Ikhlas
Kenapa ‘Surah al-Ikhlas’ adalah 1/3 dari Al-Quran?
“Berfikir sesaat sama seperti beribadat 1000 tahun.”Hadith
Ada satu orang tua, dia jenis orang yang sangat pelupa.Ada orang nak kasi dia petua, macam mana nak lepas seksa dekat kubur.

Dia berkata, “Kau ni kan pelupa, jadi sebelum kau mati mintak la anak kau tuliskan jawapan atas kain kapan.” Jawapan untuk soalan cepu emas: ‘ma rabbuka?’, ‘ma nabiukka?’.“Jadi tidak susah la kau nak jawab nanti masa dalam kubur, tengok saja la jawapan,” dia berkata sambil tersenyum lebar.
Nak pendekkan cerita, orang tua itu mati, tetapi dia tidak resah.Sudah dapat ‘rahsia’ macam mana nak berjaya.Malaikat pun datang lalu bertanya kepada si mati, “Ma rabbuka?”Dengan rasa senang hati, si mati mencari jawapan atas kain kapannya.Cari punya cari tidak jumpa juga kerana terlupa tulis.Cemas.Cari lagi, belek sana-sini terjumpa tulisan; lalu terus membaca tanpa ragu-ragu, “Made in China!” Malaikat jadi ‘sengal’, ‘poyo’ atau ‘bebal’ kerana orang tua ni?
Mereka yang kenal diri, kenal Tuhan sanggup mematikan diri sebelum mati, rindu bertemu dengan Allah hu rabbi.Sudahkah kita mempunyai ilmu bagaimana hendak kembali kepada Allah dan tahukah kita jawapan ‘marabbuka’?Siapa Tuhan kamu?Kerana kita adalah rahsia Tuhan dan Tuhan adalah rahsia kita. Sampai bila 99 nama tuhan kita tahu, yang satu kita tidak tahu? Macam orang yang ada RM999,999 tapi kerana RM1 dia tidak jadi jutawan. Sedangkan terlalu ramai yang nak jadi ‘Millionaire’.
Siapa Anwar Ibrahim; semua orang kenal, lebih popular dari Agung atau Perdana Menteri. Mana lebih baik: berzikir dan sebut nama Allah, berselawat ke atas Nabi SAW; pagi, petang, siang dan malam; atau mengingati nama Anwar Ibrahim yang setiap hari di TV arus perdana? Salah siapa rakyat teringat dan cinta kan Anwar Ibrahim kalau bukan media arus perdana B.N?
Beranikah anda mematikan diri sebelum  kita mati; bukan suruh makan pill tidur atau terjun dari KLCC. Berani bunuh ego yang lebih besar dari nyawa, bila terasa diri berkuasa.Sifat amarah yang mesti di matikan, hingga anda tidak menyembah nafsu; tidak takut bini, tidak takut hilang jawatan, tidak takut Tuanku ‘murka’. Lupakah yang anda pernah berjanji dengan Allah semasa Allah meniupkan rohNya ke dalam diri kita yang kita tidak akan menyembah selain Allah. Pelik tapi benar, yang di ingat dan di sembah pagi, petang, siang, malam wang yang ada gambar kepala Agung, ‘fulus’, duit Ringgit Malaysia.
“Tidak ada sebab yang lain Allah menjadikan insan dan jin melainkan untuk menyembahnya”Az-Zariyyat:56
Pelik  tapi benar, mereka yang sudah terpengaruh dengan kebendaan, berjiwa materialistik dan terpengaruh dengan ideologi liberalisme sanggup buat apa saja untuk mendapatkan harta, kuasa dan wanita untuk dunia yang sementara.Melayu dah lemas menunggu kerana bila lagi nak memikirkan bagaimana memperbaiki keadaan haru-biru dan bercelaru, politik pagi, petang, siang, malam; akhirnya yang dikejar tidak dapat yang di kendong berciciran .Cuba perhatikan siapa mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang kalau bukan Melayu.Apa sebabnya jika bukan ekologi di rosakkan. Siapa yang merosakkan kalau bukan ‘penyamun tarbush’ yang berkuasa.
Datang telanjang, mati tidak bawa apa-apa.Kenapa di puncak kuasa mahu menongkah langit? Tuhan boleh ambil apa yang ada pada diri kita sekelip mata. Sampai bila pemimpin gila berebut kuasa?Raja dalam rumah buat kira-kira?Seperti lagu Tiga Kupang . Rakyat dapat apa; suri dalam dapur, buat roti gula untuk janda kaya ke?
Kenapa sanggup sembah selain Allah?Ikut pengaruh syaitan?Kenapa yang terlupa hidup lawannya mati, akhirat juga yang kekal? Harta yang tinggal akan menyusahkan hidup mereka dalam kubur; kalau anda percaya ada hidup sesudah mati, tentu sekali ahli politik yang berebut kuasa hingga terlupa menang sorak kampung tergadai, tidak jadi ‘penyamun tarbush’. Heran, bila tidak kenal Tuhan, isteri lebih sanggup masuk neraka dari di madu, akibat ego yang berlebihan; cinta pada manusia, sedangkan lelaki mana yang cukup dan puas dengan seorang perempuan? ‘ A man is old when he stops looking at women ’. Inilah masyarakat kita hari ini, ahli politik gila kerusi dan takut hilang kerusi.
“Raja takut sakit dan mati.”Ku Shah anakanda Sultan Idris, Perak
Sampai bila Melayu mahu di lekakan dengan hiburan.Apakah tidak takut bangsa Melayu menjadi pendatang haram dalam negerinya sendiri yang pada suatu masa dahulu bernama Persekutuan Tanah Melayu? Ada peribahasa Inggeris yang mengingatkan kita, beri anjing nama yang buruk, kita boleh bunuh anjing tersebut.”‘Label’, gelaran buruk yang diberikan pada seseorang atau satu kelompok boleh merendahkan martabat satu satu puak yang tak berdosa akibat manusia hilang adab, mengikut Prof Naquib Al-Attas.
Kalau memang dia buruk masakan kita nak kata dia cantik. Tapi yang pelik kenapa Najib tidak peduli dilabel ‘jantan takut bini’ tapi tak takut apa jadi pada bangsa Melayu dengan politik jangka pendek yang dimainkan nya? Apakah Najib tidak punya ‘conscience’? Rosmah tidak peduli, dirinya dilabel sebagai “puaka”.Dia terlupa kebencian rakyat hari ini telah merosakkan imej dan hilangnya kepercayaan Melayu pada UMNO.Tuhan sudah tunjukkan Adam A.S terkeluar dari syurga kerana terpengaruh oleh Hawa.Bila Melayu lari dari UMNO yang menjadi harapan Melayu, Melayu berpecah belah dan akhirnya Melayu hilang kuasa politik dan Melayu menjadi ‘seperti itik mati kehausan di tepi air’.Segala-galanya sudah tidak berguna.
Apakah kerana mereka masih berada di puncak kuasa atau dia belum mendapat ‘hidayah’?Mari kita guna ‘reverse psychology’ ikut Edward De Bono, mari kita minta Tuhan beri mereka   ‘hidayah’, mari kita minta Allah sambungkan silaturrahim yang terputus di antara ummat Islam di Malaysia. Jika Rosmah salah guna kuasa menjaga anak ‘permata’, wang tersebut dikembalikan semula dan minta Najib bersedia untuk letak jawatan sebelum pilihan raya; jika betul dia sayangkan UMNO dia bertawakal pada Allah; Insya-Allah air di cincang tidak akan putus, carik-carik bulu ayam bercantum semula. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya. Fikir, Tafakur, THINK sebelum nasi terbuang ke dalam lumpur.
Sanggupkah kita melihat apa yang kita pandang buruk, sedangkan disebalik yang buruk ada sesuatu yang elok di dalamnya. Itu satu keberanian seperti membersihkan kotor di muka tanpa memecahkan cermin yang menunjukkannya.Seperti mutiara di dalam kerang; buruk kulitnya. “A coin has two sides”, wang syiling ada dua muka. Tidak ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW.Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelombang, masakan tak ada yang baik tentang manusia yang kita sudah label sebagai musuh.Sebagai contoh Anwar Ibrahim; kenapa takut dia jadi Perdana Menteri, bukankah dia TPM semasa Tun Mahathir jadi PM?Lagi pun dia di buang, bukan dia bakar jambatan seperti Rais Yatim.
Dunia ini pentas sandiwara; setiap orang ada peranannya; Tuhan nak menguji kita. Malaikat, Iblis, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan alam cakera wala, Dia yang jadikan.
“Pandang yang ramai ingat pada yang satu.Yang ramai itu asalnya dari yang satu.”Kata-kata Orang Sufi Mana lebih baik kita ‘mendoakan’ supaya Tuhan memberikan ‘hidayah’ kepada musuh-musuh politik atau minta Tuhan melaknat mereka yang kita musuhi? Jangan mengaku beriman kalau kulit saja Islam.Kata ‘sengal’ muka kerepot, kenapa nak emosi sangat bila bencikan orang sampai lebih-lebih?Rileklah bro. Cuba kita cerminkan muka kita. Satu jari menunjuk pada orang, 3 lagi tunjuk diri sendiri . Kalau Tuhan nak hapuskan Anwar, ‘kun faya kun’ , hancur macam Firaun. Sebab itu saya sudah berhenti serang Anwar.Macam-macam buku saya sudah tulis, dia makin kuat.Suka hati Tuhan lah kalau dia nak jadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri selepas Najib; saya siapa?‘Label’, ‘trademark’ dan ‘jenama’ memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia namun Tuhan yang menguasai niat dan hati manusia.
Tengok label yang digunakan oleh media Barat terhadap umat Islam sebagai ‘terrorist’ berpunca dari Septemer 11, peristiwa di New York, adalah racun yang dimasukkan ke dalam pemikiran orang Barat yang tidak tahu mengenai Islam dan akhirnya paling ramai muncul ummat Islam di USA; pengaruh dari mereka memburuk-burukkan Islam. Kuffar mahu dunia melabel umat Islam sebagai ‘pengganas’ sedangkan orang Mukmin takut buat dosa membunuh apa lagi melanggar perintah Allah.Kenapa Anwar Ibrahim saja kita heret ke mahkamah, kenapa orang yang terlibat dengan kes Altantuya bebas macam itu saja?Di mana keadilan?Sebab itu ramai yang sokong parti Keadilan dan baca akhbar Keadilan.Hishamuddin Rais telah letak ‘benchmark’ bagaimana nak jadi penulis yang berani.
Yang kita marah-marah sampai tidak boleh fikir ini pasal apa? La taghdab, kata Rasulullah SAW - jangan marah. Kata Tan Sri P. Ramlee dalam filemnya, “kalau marah nanti kena jual.” Pernahkah kita terfikir bahawa kenapa semasa Isra’ Mikraj, Nabi Muhammad SAW mendapat tahu ada pelacur yang masuk syurga sebab memberi anjing minum, yang kita pandang hina, sedangkan Tuhan masukkan pelacur ke dalam syurga; pasti ada baiknya anjing di banding dengan ‘poyo’ atau ‘mangkok ayon’. Kenapa tidak tafakur, fikir, THINKbahawa  dalam syurga ada anjing dan pelacur. Apakah dalam syurga tidak ada janda yang sempat bertaubat atau sedang mencari guru yang murshid dengan sifatloving, giving, sharing, caring and forgiving?
Kenapa kerana seekor nyamuk, kelambu kita bakar? Kalau tak suka Najib, suruh saja Najib berhenti supaya UMNO dapat diselamatkan, gantikan dengan Anwar; dia pun dulu di buang oleh Mahathir, bukan akar umbi UMNO yang buang dia. Kerana Anwar di buang Melayu bukan saja pecah tiga, entah berapa kerana ramai yang marah pemimpin politik kotor dalam perkampungan UMNO. Apakah ini bukan satu bahaya untuk anak cucu kita yang tidak ada apa-apa di negaranya sendiri; kalau kita takut mengadakan reformasi diri dan bukan lagi reformasi di jalanan.
Mungkin dalam UMNO sudah tak ada lagi orang yang berani akibat mereka takut nanti jadi seperti Hang Nadim kerana masih ada Sultan yang sanggup dengar cakap setan dan Melayu takut dengan perkataan daulat dan derhaka.Sampai bila Melayu nak jadi ‘sengal’ atau ‘gerek’ - pinjam kata orang Melayu Singapura.Daulat apa? Nangka dah berulat. Ini zaman Allah hu Akbar; Takbir! Allah hu Akbar, Allah hu Akbar. Kalau tidak percaya baca buku Setan, Syaitan, Sultan yang dianggap bahaya oleh mereka yang belum membacanya; seperti mereka dengar nama janda atau takut janda yang macam Rosmah. Buku 3S 3Tan ini cetakan terbatas, dah nak habis.
Ilmu berani yang diadakan pada 22 Disember 2012 sebagai penutup sesudah 7 kali saya adakan perkongsian ilmu dengan mereka yang berminat di University of Life. Akibat tidak ramai yang berani datang kerana saya di tahan polis.Sedangkan polis itu ‘acah aje’. Kena ‘acah’ dengan polis pun takut, ‘confirm sengal’.
Saya yakin ramai sangat yang sukakan ‘ilmu berani’ tapi takut nak memulakannya.Sampai bila hendak hidup dalam ‘cocoon’?Bila lagi nak keluar dari pemikiran dalam kotak?Melayu kena berani berubah; jika takut, bangsa kita rebah.Tanya mereka yang sudah mengikut forum di University of Life. Tanya mereka apa kesan kata-kata yang saya sampaikan, ‘if God is your friend, who would dare be your enemy?’ Insya-Allah akan menjadi ‘turning point’ dalam hidup mereka yang penakut kerana hidup dalam kegelapan. Ilmu adalah cahaya.Saya membatalkan apa yang akan diadakan pada 19 Januari 2013 kerana saya fikir masih ramai yang takut terlibat dengan saya; dianggap derhaka pada Raja dan akan di berkas oleh polis yang ikut perintah Raja.
Jika ada yang berminat mengenai apa yang dikongsikan di University of Life, tunggu saya terbitnya buku The University of Life; kerana saya tengah sibuk menyiapkan buku Mencari Jalan Pulang dan Antara Janda Baik dan Janda Jahat Anwar Ibrahim Perdana Menteri.
Selamat Tahun Baru 2013!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 27, 2012 16:14

December 24, 2012

Bahagian 1- Antara Janda Baik Dan Janda Jahat


ANTARA JANDA BAIK DAN JANDA JAHAT
Lebih kurang pukul 12 tengah hari, hari Rabu 18.12.2012, dalam perjalanan pulang ke WADI HUSSIEN di Janda Baik, Bentong, Pahang, tiba-tiba saya teringat, “apa ada pada nama?” Maksud saya dengan ‘nama’ ialah ‘branding’ atau jenama.  Macam kereta , jam tangan, handbag dan kawasan kediaman atau nama yang menjadi gelaran Tun, Tan Sri, ‘first lady’ atau gelaran yang buruk-buruk Komunis, Dajjal, Setan, Penyamun Tarbus, Pelesit dan Hantu Raya. Nama yang buruk apabila terlekat pada tubuh memang susah nak dipadam; begitu juga nama yang baik untuk menjaga ‘image’ sebelum ‘damage’ - meminjam bahasa Inggeris sebagai pembuka selera.
Kenapa bila disebut Kampung Janda Baik, ramai yang beranggapan tidak baik terhadap janda; apakah tidak ada isteri orang yang curang atau anak dara yang macam jalang?Mana ada manusia yang sempurna ‘maksum’ melainkan Nabi Muhammad SAW.
“Ada ke janda baik?” mereka bertanya.Pelik tapi benar, kenapa tidak boleh berbaik sangka dengan janda?Apakah semua janda jahat? Apakah kita lupa bahawa Khadijah r.a. isteri pertama Nabi Muhammad SAW, adalah seorang janda; antara 4 wanita terbaik yang dipilih oleh Allah SWT?
Rosmah bini Najib, ‘first lady’, selepas bercerai dengan lakinya, sementara hendak berkahwin dengan Najib anak Tun Razak, dia pun sempat bergelar janda.Bila Rosmah jadi isteri kedua Najib dan Najib terpaksa menceraikan isteri pertamanya, Tengku Puteri pula jadi janda kerana Najib kahwin dengan Rosmah.
Mula saya kenal Najib semasa menulis buku Pemuda Di Zaman Mahathir, 1982, masa itu Najib baru jadi MB Pahang, kemudian menjadi Menteri Belia dan Sukan.Adakah cerita-cerita ini dimuatkan di dalam Biografi Rosmah; di mana, bila, dan siapa yang memperkenalkan macam mana boleh jatuh cinta dengan Najib?
Apakah antara isi biografi Rosmah yang heboh diperkatakan kerana Tun Mahathir buat komen mengandungi soalan, menjawab cerita dalam buku saya Memo Untuk Najib, Pak Habib Perang Big Mama atau menjawab tuduhan Deepak yang akan menerbitkan buku Kontroversi Najib, Rosmah,  Altantuya, Bala dan adik Najib? Lu fikirlah bro.
Soal ramai tidak senang bila Rosmah menjadi ‘first lady’ dan cerita dalam buku biografinya, itu cerita lain. Suka hati dialah dia nak tulis buku, yang Hang nak kepochi pasal apa dia first lady?Jangan kata RM150, USD1500 pun ramai yang sanggup beli.Hendak hidup kena pandai ambil hati Rosmah.
Rosmah terkenal sebagai “Big Mommah”, wanita yang paling banyak dapat publisiti jika dibandingkan dengan semua Menteri terutama benda yang buruk.Kasihan. Peduli apa orang ramai nak benci? Rosmah wanita yang paling boros selain kerabat di Raja Johor yang punya ratusan kereta, ‘private jet’ yang kisahnya ada dalam buku 3S.Siapa berani kata ‘no’ kepada perbuatan membazir; bersaudara dengan setan?Cincin bini Perdana Menteri harga berpuluh juta ringgit, di ketika rakyat dalam keadaan miskin terutama orang Melayu.Rosmah disamakan seperti Imelda Marcos di Filipina dan Ibu Tien di Indonesia. Wanita paling berkuasa ketika suami mereka menjadi pemimpin Negara.Rakyat sekadar boleh cakap macam anjing menyalak gunung.Kasihan rakyat.
Saya fikir jika beri tajuk buku itu Bagaimana Menjadi Tersohor dan Kaya Raya Selepas Menjadi ‘First Lady’, tentu buku Rosmah jadi lebih hebat dari Bagaimana Menjadi Kaya Dunia Akhirat karya saya dan Dr Azizan Osman. Kalau dia bukan First Ladytentu saya jadikan dia ikon untuk program Ilmu Berani di Univesity of Life.Mana ada wanita yang lebih berani dari dia di Malaysia.Apa salah kita mendalami ‘The Mind of Rosmah Najib’ daripada mengutuk dan cari dosa, menfitnah dan berburuk sangka.
Ada yang beri senyum sinis bila dengar nama Janda Baik? Apa yang baik? Ke lain pula imaginasi lelaki 3T, Teringin Tapi Takut Bini, ada yang kata, “Saya bukan takut bini. Bini yang takut saya.Syurga antara dua kaki isteri bukan di bawah tapak kaki suami.”Kasihan.
Pelik tapi benar, kenapa ‘janda’ dianggap tidak elok?Rosmah semasa janda, ketika belum jadi isteri Perdana Menteri, siapa pun tak kata Rosmah Janda Jahat.Anak Cina makan pengat, sendiri punya diri sendiri mau ingat.Kalau tidak percaya tanya Sharizat tauke lembu, itu sebab bila saya kena tahan polis pasal buku 3Tan; Setan, Syaitan, Sultan, tersiar di Agenda Daily (dot) com yang saya nak tulis novel. Kisah cinta Rosmah-Najib dan Altantuya-Razak Baginda;Sharizat Ketua Wanita UMNO taukeh lembu tersohor di dunia. Buku itu pasti lebih mahal dari harga seekor lembu Sharizat, apa lagi kalau difilemkan? Penggambaran di Paris, London, dan Mongolia; tempat lahir Altantuya.
Rosmah yang berasal dari kampung ketika itu belum dilabel sebagai ‘puaka’ dan macam- macam lagi kata nesta dan sumpah seranah semasa dia berkerja dengan Island and Peninsular; tidak ada jenama yang dilekatkan ke tubuh bini Najib. Kalau tidak percaya cuba baca tulisan oleh Hishamuddin Rais di blognya untuk Autobiography Rosmah. Wanita Pertama Malaysia pasti boleh jadi hebat dari filem James Bond 007?
Kerana ramai wanita yang ingin menjadi Rich and Famousdan ramai yang nak tahu rahsia bagaimana ramai sangat orang yang takut padanya hingga Rosmah boleh sampai ke kemuncak kuasa. Rahsia kerajaan yang belum pernah dicapai oleh Wanita Pertama Malaysia sebelumnya; betul ke Rosmah guna bomoh, guna cirik berandang atau nasi kang kang kang  atau semua itu fitnah, tuduhan tanpa bukti? 
Sour grapes, memang ramai mereka yang iri hati, ‘orang kita’ kalau tidak ada sifat PHD, bukan lah orang kita namanya. PHD, Perangai Hasad Dengki, terhadap Najib yang sayang bini. Lu fikirlah bro. Kalau tak ada beruk, masakan pokok bergoyang, pinjam kata Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO menantu mantan PM yang sangat kontroversi semasa Pak Lah jadi PM. Kasihan KJ pertama kali dalam sejarah UMNO, Ketua Pemuda tidak diberi jawatan. Bila Pak Lah dah jadi botol kosong.
Janda’ dalam bahasa Parsi, bermaksud ‘pelacur’, ‘sundal’ ada juga bahasa Inggeris yang menggelar betina murahan sebagai ‘bitch’; anjing betina. Orang kita yang jumud pemikirannya pandang hina dan jijik pada ‘Anak Sun’ yang tidak berdosa terhadap perempuan yang tidak minta jadi GRO dalam keadaan begitu seperti pandang terhadap penagih dadah, ‘bohsia’ dan Mat Rempit.Begitu juga anggapan mereka terhadap anjing.Apakah kerana anjing dianggap najis, fahaman ini dipegang oleh mazhab Shafie tapi tidak pada mazhab Hanafi; maka tidak ada kebaikan pada anjing?Tafakur, apakah kucing tak bawa najis yang dipijak di luar rumah atau binatang dan bangkai yang dimakan, sedangkan najis kucing terlalu busuk.Bila lagi mahu melihat muslihat kebaikan dalam yang kita benci kerana sayangkan mereka yang buruk?
Kenapa berfikiran negatif terhadap mereka yang tak diminta menjadi GRO, ‘bohsia’. Perempuan mana yang sanggup dirinya menjadi pelacur, melainkan akibat terdesak, jiwanya sudah rosak, hidupnya telah dirosakkan oleh keluarga terdekat yang sepatutnya menjadi pelindung tetapi merogolnya atau tidak mendapat kasih sayang dan penjagaan yang betul lalu menjadi ‘bohsia’? Ramai yang jadi janda kerana tidak larat hidup dizalimi, dipukul, dibantai dan bermacam-macam lagi oleh suami yang lebih binatang dari binatang tapi kerana tergolong dalam puak VIP atau VVIP terlepas macam tu saja kerana mereka lemah dan tidak berupaya? Begitu juga dengan +Anwar Ibrahim kenapa tidak melihat kebaikan dalam diri beliau. Apakah dia minta untuk dimalukan sebegitu.


Pernah kah kita bertanya, “kenapa ramai yang kaya tapi bakhil tapi bermurah hati berlebih-lebihan pada ramai wanita kita yang tidak ada pilihan jadi GRO; “penyedap”bagi para VIP yang bila nak memuaskan nafsu ‘boss’, suruh bawa pelacur terhormat yang dilabel sebagai ‘nasi lemak’?” Nak tahu lebih lanjut baca semula buku saya Nasi Lemak For VIP. Ramai VIP dan VVIP yang buat kerja terkutuk tanpa memikir dosa kerana mereka seolah-olah mereka maha berkuasa, boleh perkosa seramai mana wanita yang mereka suka; bangsa berani buat dosa.Yang mereka takut hanya sakit dan mati.
Berapa ramai yang sanggup membantu, melihat wanita bangsanya jadi bohsiah GRO dengan wang puluh atau ratusan juta yang di dapati tanpa titik peluh hanya dengan kuasa? Tanpa memikirkan bila Tuhan tanya dari mana dapat wang berjuta sedangkan kita lahir terlanjang dan tidak bawa apa-apa? Kebanyakkan ulama yang berkuasa pandai menghukum tapi tak bersifat loving, giving, caring, sharing dan forgiving; tidak beradab seperti akhlaq Rasulullah SAW.Islam mengutamakan keadilan, menentang kemungkaran. Islam bukan sekadar agama ‘ritual’ seperti agama-agama yang lain.Sampai bila hukuman mesti bergantung pada kitab fekah tanpa menggunakan common sense, tanpa conscience?Inilah akibat bila tidak ada ilmu tasauf; ilmu hakikat, tarikat, dan ma’rifat - hati sekeras batu.Ilmu yang menjadi teras yang di ajar di University Of Life.Mendidik roh dan hati manusia supaya mempunyai kemanusiaan.
“Dalam diri manusia ada seketul daging jika baik daging itu baiklah manusia begitu juga sebaliknya.”Hadith
Mungkin ada juga perempuan yang memang suka jadi janda, bebas boleh pilih jantan kerana nafsu buas; nak buat macam mana?Susah sangat nak kahwin, banyak sangat ‘songeh’ di pejabat kadhi.Lu fikirlah bro, nak kahwin susah, nak bercerai susah, nak berbini susah, sedangkan Islam agama yang mudah bukan untuk menyusahkan ummat. Ketua-ketua agama buat apa sampai bila nak buat bodoh? Bila di kritik, murka yang amat sangat.Kalau nak berniaga, berhenti jadi ‘Raja’.Kalau nak berkuasa, sertai pilihan raya. Ini yang membuat rakyat naik darah, ‘blood go up stairs’.
Dunia sudah nak kiamat, Imam Mahdi bakal muncul.Bila tulis buku Setan, Syaitan, Sultan, buku belum di review, belum di bawa ke Menteri Dalam Negeri untuk mengharamkannya.Arahan dari atas sudah di terima.Buku dirampas di PWTC, saya diheret dan di tahan tanpa sebab selama 6 jam dengan alasan buku mengandungi unsur-unsur hasutan tetapi tidak dibuktikan. Uncleseekers sudah enam bulan disoal siasat, talipon bimbit dan komputer ribanya masih tidak dipulangkan lagi. Buku 3S tidak boleh jual, diganggu gugat, di takut-takut.CPU di pejabat di angkut.Apa punya demokrasi? Tidak takut dengan Tuhan ke?Tuhan suruh baca, awak haramkan manusia dari membaca.Ingat, doa orang teranyaia dan dizalimi dimakbulkan Tuhan. Lu fikirlah bro. (bersambung)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 24, 2012 03:21

December 14, 2012

Berani Tulis Berani Tanggung


9:30 AM, 11.12.2012. Sedang saya berfikir macam mana saya hendak mulakan kisah bagaimana buku 3S 3Tan Setan Syaitan Sultan di angkut oleh hampir 10 orang polis yang datang ke meja saya, ketika saya sedang minum pagi di restoran Riverside sambil mendengar ucapan Dato Sri Najib berucap di PWTC. Tiba-tiba saya menerima panggilan telefon dari “anak muda”, dia mempelawa saya minum pagi di sebuah restoran di KLCC. Dia seorang pelajar yang sedang menyiapkan tesis MA “Naquib Al-Attas’ Concept of the West”. Saya pergi untuk dengar pendapat dia mengenai Islamic Worldview; kebetulan dia ini penuntut di Centre for Advanced Studies in Science Islam and Civilization (CASIS). Dia ni mengkagumi Prof. Naquib al-Attas sebagai guru nya yang murshid, pengasas ISTAC yang menerima anugerah Kerusi Imam Al-Ghazali.
Fikiran saya terganggu sebentar seperti sedang asyik menonton filem The Avatartiba-tiba ada iklan; ‘kecik punya hal lah’. Tapi saya masih tak lupa kesilapan besar polis; ada ke penulis datang nak dengar ucapan Presiden di bawa lari. ‘Sabotaj’ agaknya. Mula-mula penulis bebas tak dibenarkan masuk dalam dewan; Azmi, blogger APA, PAS medianya di sorok. Saya pernah cerita pada ACP Chua semasa di soal siasat di pejabatnya di Ibu pejabat Dang Wangi, 

Setiap apa yang berlaku pada saya berjuta manusia seluruh dunia pasti tahu. Ini akan merugikan kerajaan BN yang sedang sakit .” Kebetulan gambar dia dan polis yang mengambil sebanyak 20 buah buku tapi yang di beri tahu hanya 13 buku; ada ke patut periuk nasi saya di bubuh pasir sebelum membuktikan dosa-dosa saya? Saya tak akan lupa semasa mereka membawa saya untuk ditahan selama 6 jam untuk di soal siasat sebelum tuduhan “menghasut”. Jualan buku-buku saya selain menanggung berpuluh manusia yang mana Allah tahu, juga untuk jamuan yang terbuka pada orang ramai secara percuma, dan juga untuk menghidupkan Wadi Hussien.
Bukan saja buku Setan, Syaitan, Sultan tidak dibenarkan dijual di kedai-kedai buku sebelum Menteri Dalam Negeri mengharamkannya. Apakah ini tanda-tanda yang demokrasi sudah mati di bumi Malaysia? Gambar dan cerita mengenainya tersiar di Agenda Daily.com dan telah pun tersimpan dalam arkib saya dan para blogger dan dalam Facebook; ribuan manusia yang mempunyai Facebook di seluruh dunia.
Ini lah pertama kali polis merampas buku dan menahan penulis ketika berlaku Perhimpunan Agung Umno yang akan manghadapi pilihan raya umum yang ke 13. Masa zaman Tun Abdullah Badawi selaku presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, polis sekadar cuba menakut-nakutkan, menyergah penulis supaya jangan jual buku di Perhimpunan Agung UMNO sebab itu ramai penulis menjadi penyokong PKR; sakit hati, kecil hati, berjauh hati. Sedangkan semasa Tun Mahathir jadi PM (menjual buku) menjadi tradisi saya sejak bermula Perhimpunan Agung di bangunan PWTC yang bermula pada tahun 1982; pertama kali dalam sejarah. Pemimpin UMNO ‘hilang akal’ buat musuh dengan penulis.
10:30pagi 30 Muharram 1434.Sedang saya masuk ke banggunan Suria KLCC ke arah taman yang berada di tengah kota, terlintas di dalam fikiran saya akan jasa Tun Dr Mahathir yang mempunyai visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara moden yang setanding dengan ‘first world countries’ dengan ‘first world infrastructure’. Tun Mahathir tidak menganggu dan menganiayia penulis yang berjasa pada kerajaan seperti hari ini. Win-win situation. Mungkin untuk melahirkan ‘modal insan’ dan The Towering Malay.
Mungkin antara sebab Dr Mahathir boleh bertahan 22 tahun ialah kerana dia izinkan penulis yang mengkritiknya menjual buku. Mungkin kerana dia tidak buat musuh dengan ‘penulis politik’ atas kepercayaan ‘ a known devil is better then the unknown angel ’. Menteri di keliling Presiden; awrah Tan Sri Mohd Rahmat, Tan Sri Sanusi Junid, arwah Tan Sri Megat Junid, ‘mesra penulis’ termasuk Tan Sri Isa Samad di sayangi penulis. Selaku penulis saya ‘tak ambil pot’ dilabel sebagai penulis pichican dalam Perang UMNO 1987, media masa Arus Perdana mengikut gaya saya menulis selaku trend setter. Mungkin selaku orang Mahathir, The President Man, saya memihak pada Team B, memerangi musuh-musuh Presiden.
Dr M berjaya menjadikan  menara berkembar sebagai menara yang tertinggi di dunia pada masa itu, “ the tallest building in the world ”, kerana dia tidak takut pada kritikan, dengan prinsipnya “no big deal”. Ketika itu biar pun ramai yang tidak percaya ia boleh dilakukan. “If there’s a will, there’s a way”. Sekarang, KLCC adalah salah satu tarikan utama di rantau Asia seperti Taj Mahal di India dan ia juga membantu menjana ekonomi negara kerana pelawat-pelawat asing sanggup datang dari beribu-ribu kilometer untuk melihat sendiri keagungan Menara Berkembar Petronas. Dua orang penggantinya Dolah Badawi dan Najib Rosmah, apakah legasi yang akan mereka tinggalkan? Saya sekurang-kurangnya sudah meninggalkan 65 buah buku di cetak, Wadi Hussien, taman landskap persendirian tercantik di Malaysia dan Al-Attas University of Life kerana kita berani. Hanya orang yang berani saja  yang namanya akan terpahat dalam sejarah. Bila lagi anda mahu mempelajari ilmu berani dari saya. 
Daftar di sini untuk Rahsia Cari Rezeki & Insan 3D: http://alxs2013-eorg.eventbrite.com/Daftar sekarang di sini untuk kursus Ilmu Berani : http://ilmuberani.eventbrite.com/

Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga,Hancur badan di kandung tanah,Budi baik di kenang juga.
Saya tidak terperanjat atau berkecil hati, apa lagi marah kepada para pembaca yang mendapati tulisan saya mengenai pemimpin atau Sultan kasar dan keras dan mereka melabel saya brutal, kejam dan The Killer Writer. ‘Suka hati lu lah bro’. Jika takut pada tsunami buat rumah atas gunung. Apa yang nak dihairankan, kerana telah menjadi ‘trademark’ saya menulis bersandarkan bukti sekiranya hitam masakan saya nak katakan putih. ‘A spade is a spade’. Apakah itu fitnah atau menghasut? Itu yang  sedang saya fikirkan ketika berbincang mengenai buku Prof. Naquib Al-Attas “Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu”. Lu fikirlah Bro.
Apa guna hidup dalam negara demokrasi jika kita tidak dibenarkan mengemukakan pendapat? 















Soal mereka setuju atau tidak itu lain cerita; ‘no big deal’ kata Che Det. Semua orang yang berakal tahu jika pemimpin atau Ketua Agama berperilaku buruk masakan saya nak kata elok. Saya bukan menghina orang-orang baik-baik untuk ‘cari makan’. Kalau perangai macam setan masakan kita nak kata macam malaikat. Kalau nak menulis perlu ada prinsip seperti Tan Sri Dr. Tan Che Koon dalam The Star, ‘Without Fear or Favor’. Kalau mengampu baru namanya penulis ‘ cari makan ’; soldier of fortune, masakan kita tengok sampah depan mata kita tidak gunakan penyapu.
Pesan Almarhum Tun Razak, bapa Najib, “ Bersihkan dulu di sawang. Jangan simpan sampah bawah permaidani .”
Sejarah telah pun menghukum pemimpin setimpal dengan kesalahan mereka yang berlagak macam firaun di Timur Tengah, terlupa yang manusia itu hamba Allah di turunkan ke dunia untuk menyembah Allah bukan untuk di sembah. Apakah kita tidak mahu belajar dari sejarah Iblis yang ego akibat tidak ada ‘ Basirah ’?
Sejarah telah menaikkan taraf pemimpin ke tahap yang paling tinggi kepada orang beriman mereka boleh samapi ke taraf Insanul Kamil. Khalifah Omar Ibn Abdul Aziz dan di India sejarah Tipu Sultan yang ceritanya terdapat dalam buku Setan, Syaitan, Sultan; sudah baca? Kalau belum tunggu apa lagi? Satu buku pun tak mampu nak beli,  takut nak beli, berminda subsidi, semua benda nak ‘free’, sejak lahir ke dunia hingga ke tanah kubur pun mengharapkan subsidi, tiba-tiba nak jadi jurucakap di warong kopi; ‘boleh blah’.  Itu yang di katakan membeli membelah, tak beli boleh blah lah Bro.
Syukur pada Allah buku 3S 3Tan memang berat. Macam mana tidak berat, mengkritik prilaku Sultan yang di dewa-dewakan oleh mereka yang tidak berilmu yang terlupa hanya Allah Raja Sekian Alam yang mesti di sembah. Kuasa itu amanah. Samakah orang yang berilmu dengan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?
Sebab itu kita perlu kenal diri, kenal Tuhan, perlu tahu Melayu itu apa? Islam itu apa? Sebagai identiti, apakah di ILMU milik UMNO di Janda Baik mengajar ribuan yang datang ke ILMU, yang kebetulan jiran saya, ilmu mengenal diri? Kenal diri kamu sebelum kenal Tuhan yang nyata. Awal-awal agama mengenal Tuhan. Macam mana hendak satukan Melayu, Tuhan pun tidak kenal, diri tidak kenal? Itu baru sesat tak jumpa jalan pulang; Tuhan sendiri pun tidak kenal.
Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan. Islam adalah agama rasmi Malaysia, di mana Raja-Raja adalah Ketua Agama dan Ketua Adat. Apakah Ketua Agama sedar ‘shahadat’ itu mengosokan diri ke peringkat zero. Tidak ada selain Allah, la illaha illAllah. Allah yang awal dan akhir, zahir dan batin, seperti dalam Asma’ ul-Husna. La illaha illAllah Muhammad Rasulullah.  

Bagaimana jika kerabatRaja tidak kenal Tuhan jadi Imam, bolehkah kita jadi makmum atau kita mubarakah’ saja tanpa meninggalkan Saf; apakah itu dosa? Cuba tanya Menteri Agama. Apakah kita ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut tutup, ada kepala geleng-geleng seperti lagu Ahli Fiqir . Sampai bila?
Selaku seorang ‘public figure’, sama ada Raja, kerabat Raja, Perdana Menteri dan “first lady”, mereka harus akur dan menerima kritikan. Sultan Ibrahim Johor minta polis supaya sanggup menerima kritikan, bagaimana dengan dirinya sendiri? Orang yang berani mesti sanggup menerima kritikan dan melakukan anjakkan paradigma ke paradigma holistik. Jangan suruh orang pecahkan cermin yang menunjukkan wajah kita yang comot. Polis menahan seorang pemuda yang kononnya menghina Yem.

Saya pernah mempelawa Dato Sri Najib singgah ke University of Life dalam buku Memo Untuk Najib. Tidak hilang bisa ular yang menyusur ke akar. Di Wadi Hussien ada ilmu berani yang tidak ada di ILMU camp UMNO kerana Najib takut bini. Semua orang tahu. Sebab itu dalam UMNO tidak ada hero macam Anwar Ibrahim.
Pelik tapi benar, di zaman Najib jadi Perdana Menteri hanya pemberita yang mengampu diiktiraf, yang menyapu di benci dan digeruni – kenapa ahli UMNO tidak di hantar ke Al-Attas University of Life untuk belajar ‘ilmu berani’? 
Apa salah hantar pemimpin UMNO ke Wadi Hussien untuk jadi berani mengkritik diri sendiri; bukan menjadikan Perhimpunan Agung arena mengkritik lawan? Sebab tiada siapa yang berani  mengkritik Sultan termasuk semua media masa milik pemerintah kerana tidak ada mentor yang boleh dijadikan ‘role model’. Maka saya terpaksa melakukan ‘fardu kifayah’untuk menyelamatkan 28 juta rakyat Malaysia dari di timpa bala dan malapetaka.Tun Mahathir kata, “Malaysia boleh”. 


Kenapa Raja dan mereka yang berkuasa sahaja buat apa pun boleh? UMNO tidak ada R&D, yang ada beberapa orang yang pandai dan pakar Rob and Divide. Betul ke? Kalau tak percaya baca buku 3S 3Tan.
Kenapa saya tak boleh menkritik; apakah menegur Raja yang dalam Islam setiap ummat Muhammad itu bersaudara dianggap hasutan? Lu fikirlah bro. Saya pun rakyat Malaysia. Saya pun boleh. Kita semua boleh Bro! Biarpun ada yang kata Raja berdarah biru sahaja yang boleh bersetan di mata, beraja di hati. Ada ke manusia yang ‘Blue Blood’? Blue Black dan ‘Metallic Black’ gelaran pada MB Perak Dr Zamri Kadi; tak percaya tanya Raja Nazrin.


Sambil minum pagi bersama anak muda yang banyak idea ini saya berfikir masakan polis nak rampas buku dan tahan saya, bawah akta hasutan sekiranya ia tidak melibatkan Sultan Johor kebetulan Hishamuddin itu ‘bapak polis’, dia Menteri di Dalam Negeri, dia orang Johor, Almarhum Sultan Ibrahim bin Abu Bakar menjadi raja masa Dato Onn bin Ja’ffar jadi Menteri Besar Johor  Almarhum Dato’ Onn pernah di lucut dari jawatan M.B, dan  di buang negeri ke Singapura. Hari ini Sultan Ibrahim bin Ismail sudah tak ada lagi kekebalan boleh kah Yem lucutkan jawatan Menteri dalam negeri? Apakah kita masih berada di bawah sistem feudal? Rakyat yang mengundi Hishamuddin jadi Ahli Parlimen; siapa yang berkuasa, rakyat atau Raja?

Jika buku saya mengkritik cicak mengkarong atau biawak tentu polis tidak peduli, tapi dia kena fikir, pena lebih tajam dari pedang. Hishamuddin boleh suruh polis tangkap saya. Macam mana pula hasil pendedahan yang dia pernah cium keris lepas itu minta maaf. Tan Sri Musa Hassan ada simpan banyak rahsia, dia berani. Saya akan undang beliau sebagai ‘role model’, manusia yang beraniselain sudah ada pemimpin UMNO yang berani yang akan jadi tetamu saya di University of Life pada “Ilmu Berani, 22.12.2012”.
Apakah Hishamuddin berani menyeret mereka yang cacing dah naik ke mata ke arena untuk bertarung di mahkamah dunia sebelum kita di dakwa di mahkamah akhirat? Biarlah sejarah yang menghukum kita semua.Berani jadi pemimpin mesti berani berdepan dengan rakyat. Mesti berani turun gelanggang, jangan baling batu sembunyi tangan, itu tidak gentlemen. Tanya diri, siapa pemimpin tanpa rakyat? Mari tuntut ilmu berani dari penulis berani mati di University of Life. Hidup hanya sekali; “takut mati macam mana nak masuk syurga”, kata Billy Lim.   Penulis adalah telinga,  mata dan suara rakyat yang sanggup gadai nyawa untuk menegakkan keadilan dan tidak takut di simpan dalam sangkar besi untuk menegakkan yang haq dan menentang kebatilan .
Kita berada di milinium tasauf. Saya buka University of Life untuk mencelikkan mata mereka yang ‘buta Tasauf’, buta ilmu Hakikat, Tarikat dan Ma’rifat. Tidak ada faedah yang boleh diambil menfitnah seorang pemimpin yang bersih. Yang tidak simpan tengkorak di dalam almari. Kalau tak bersalah kenapa takut dengan bayang-bayang sendiri?
Banyak buku-buku saya dan penulis politik yang lain memperkenalkan pemimpin yang sudah pun bergelumang dengan asam garam politik dan saya sedang siapkan buku bertajuk “Lagenda: Jasamu di Kenang”, pemimpin yang di lupakan oleh pucuk pimpinan UMNO yang tidak pandai mengenang jasa yang menyebabkan ramai lari meninggalkan UMNO. Pelik tapi benar. Yang di besarkan hanya gambar Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussien Onn, Mahathir, Pak Lah dan Najib. Seolah mereka sahaja yang perlu di sebut dan di kenang. Mana orang UMNO yang berjasa tidak bengang?
Salahkah saya berani menyingkap semula perilaku mereka untuk juadah santapan para pembaca. Supaya selain anak cucu orang Melayu kenang jasa Almarhum Datuk Harun Idris di Selangor, Tan Sri Ibrahim yang berani membuka ladang kelapa sawit pertama di Sungai Tong, Terengganu. Pinjam duit Tun Mustapha kerana Tun Razak tidak yakin. Dua lagenda sebagai contoh.
Saya bukan Tun Sri Lanang tapi tulisan saya mirip Abdullah Munshi, suka hatilah jika ada yang mahu menggelar saya Jebat, saya berani mendokumentasikan Dilema Melayu bukan  kerana kelemahan ekonominya tapi roh dan semangat mereka yang lemah dan ramai sangat yang sudah kehilangan adab .
Mahathir tidak peduli Tunku Abdul Rahman mengharamkan buku, dia di pecat dari UMNO dan berani keluar dari UMNO kerana tidak setuju dengan Pak Lah dan berani menarik imuniti Raja-Raja; kenapa saya takut menulis yang benar. Saya juga akan mengundang Tun Mahathir untuk berkongsi pengalaman berani di Al-Attas University of Life. Tetapi seperti yang saya sebutkan diatas, satu buku belum mencukupi untuk seseorang penulis memperkatakan tentang pemimpin atau Raja kerana sejarah berulang itu antara sebab 65 buah buku sudah pun berada sebagai legasi peninggalan saya. Itulah sebab saya adakan pertemuan dengan mereka yang sedang mencari ilmu mengenal diri dan bagaimana menjadi berani dan berkongsi ilmu dengan anak muda di University of Life seperti yang dilakukan oleh Socrates yang lebih rela menelan racun dari menyembah berhala.
Sufi adalah ia yang tak gentar akan neraka dan tidak menghasratkan syurga .” Kata orang Sufi.
Kena ada ilmu orang sufi jika hendak mengingatkan mereka yang merasakan mereka berada di atas undang-undang supaya tidak boleh berbuat sesuka hati tanpa memikirkan kehidupan mereka bergantung kepada hasil dari pembayar cukai? Saya belajar berani dari Hussien Ibnu Mansur Al-Halaj dalam kisah Ana al-Haq


Kebetulan berlakunya kezaliman terhadap saya dalam bulan Muharram dan 10 Muharram adalah hari Asyura yang diraikan di seluruh dunia bagi mengingati berlakunya pembunuhan etnik zuriat Rasulullah di Karbala. Imam Hussien cucu nabi Muhammad SWA, anakanda Fatimah Az-Zahrah RA, anak sahabat dan menantu Nabi SAW menjadi korban dan seluruh keluarga melainkan Imam Ali Az-Zainal Abidin As-Sajad di selamatkan oleh Sayyidah Zainab kekanda Imam Hussien kerana kekejaman  Yazid waris Muawiyah. 

Imam Hussien sanggup membasahi bumi Karbala dengan darah para shuhada untuk menegakkan Islam. Apakah saya salah meneruskan perjuangan untuk menghidupkan semula Islam dibumi saya pijak? Mari kita bacakan Al-Fatihah untuk keluarga Rasulullah SAW dan para shuhada yang terkorban di Karbala dan para pejuang kemerdekaan menentang penjajahan untuk memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu.
Soal sama ada tulisan saya mempunyai motif, hendak cari makan atau menghina orang; seperti kata seorang “Abo” yang menulis di Facebook dari Tasmania, Australia, itu pendapat dia. ‘Agree  to disagree’ kerana ramai dari menara gading yang macam tu, guna kedudukan seperti burung kakak tua menuduh penulis cari makan untuk menghina orang tanpa usul periksa. Inilah jenis the so-called Intellectual Bonceng Gratis yang mengejar pangkat atas jerit, pekak pelajar di menara gading kerana mereka ada kuasa. Persepsi bebal dari mereka yang menghukum dengan melihat kulit buku atau  mereka yang menyalak seperti anjing yang turut menyalak bila anjing lain menyalak.
Apakah salah mengkritik pemimpin berasaskan kesalahan yang mereka lakukan untuk membantu kerajaan BN dibawah  Najib lembik, tak macam Mahathir yang tahu bagaimana bermain dengan harimau  sarkas. Di Terengganu pernah Sultan di gelar “natang”; tidak ada orang buat aduan polis ke?
Apakah tulisan saya hentam kromo yang diambil dari Facebook atau blog? Jika benar ianya fitnah kenapa yang terkena kritik tidak ambil tindakan untuk mengheret saya ke mahkamah dan buktikan apa yang saya tulis dengan niat jahat semata-mata hendak memalukan kerabat di Raja? Kenapa polis tidak menyiasat kerabat di Raja Johor yang di tuduh oleh Kamal Hisham mengugut untuk membunuh. Apakah kita terlupa ada mahkamah untuk membicarakan Raja kerana mereka sudah tidak lagi mempunyai imuniti?
Semasa buku saya dirampas ada seorang penulis di satu meja lain yang mendapat izin dari Dato’ Rauf, Setiausaha Kerja UMNO, menjual buku menghentam saudara Anwar Ibrahim dibiarkan macam itu saja. Bila saya tanya kenapa buku saya sahaja diangkat? Apakah dalam buku tersebut tidak ada unsur fitnah dan hasutan terhadap kerajaan Pakatan. Polis beritahu saya mereka terpaksa menjalankan tugas. “Ini tidak adil!” kata saya. Apakah polis menjadi perkakas UMNO dan berat sebelah seperti dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan?
Saya mendapat tahu mereka mendapat arahan dari atas. Atas mana? Apakah ada arahan kerajaan atas langit macam kerajaan atas langit macam Ayah Pin ke? Betul ke saya ditahan atas arahan dari Sultan Ibrahim? Yang pasti tentu bukan arahan Tuhan selaku pejuang hak asasi manusia. Ini menjadikan saya tambah berani kerana saya tahu hak saya sebagai rakyat yang hidup dalam negara demokrasi; ‘ government of the people, by the people, for the people ’. Saya hanya takut pada Allah. Ingat senang ke nak tangkap orang? Tangkap ayam pun susah tau; pernah tengok katun Dato Lat? Takut ayam terlepas, tangan bau tahi apa lagi jika tahi ayam  candu.
Sultan Azlan Shah dan Raja Nazrin Perak adalah public figure, patut mereka boleh menerima di “kritik’. Kenapa takut rahsia di sebalik tembok istana di dedahkan ke? Saya berani kerana benar. Kebetulan pada 22.12.2012, saya akan adakan perkongsian ilmu macam mana jadi berani kerana benar. Bukan berani rampas, samun hak orang kerana ada kuasa dan berada di atas undang-undang. Hendak jadi berani macam saya ikut serta jadi peserta berani di University of Life.
Apakah mereka yang mahu mempersoalkan motif saya sudah baca buku Setan, Syaitan, Sultan? Cuba tanya pendapat mereka yang sudah baca? Apa punya ahli politik kasut yang berharga ratusan ringgit ada berpuluh pasang, hendak beli buku yang boleh mengeluarkan mereka dari kesesatan bakhil!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 14, 2012 04:59

December 9, 2012

SETAN, SYAITAN, SULTAN




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan kaum keluarganya.Amin.
Siapakah anda, syaitan, setan atau Sultan?Sudahkah anda kenal siapa diri anda sebenarnya?Siapa Tuhan anda?Tahukah anda yang anda ialah rahsia Tuhan dan Tuhan adalah rahsia anda.Apakah anda mahu jadi ‘wali Allah’ atau ‘wali Syaitan’?Dalam diri hanya ada satu Tuhan, Allah.Siapa yang anda sembah?Wajah siapa yang ada dalam ingatan semasa mengerjakan solat?Hidup ini menjawab soalan, mati juga nanti kena jawab soalan.Fikirkanlah.Dalam buku ini ada banyak soalan tentang hidup dan kehidupan, Tuhan dan keTuhanan, manusia dan kemanusiaan.  Di dalam Al-Quran, perkataan ‘ sultan ’ boleh membawa beberapa jenis makna. Sebagai contoh, Nabi Musa a.s diutus dengan ayat-ayat yang nyata dan bukti (sultan al-mubin) yang nyata (yakni mu’jizat) bukan raja atau sultan - Surah Hud: 96. Ia juga membawa maksud  kesahihan atau perkataan autoriti dalam bahasa Inggeris seperti yang terdapat dalam Surah Ali Imran ayat 151, dimana Allah SWT mengisikan perasaan gerun dalam hati mereka yang menyembah sesuatu tanpa ‘kesultanan’ (ayat-ayat yang nyata). Anda sembah apa? Siapa manusianya?Berapa kali sehari anda minta ampun pada Tuhan?
Perkataan ‘sultan’ boleh membawa maksud pengaruh, seperti dalam surah Al-Nahal ayat 99 apabila Allah SWT berfirman bahawa ‘syaitan’ itu tidak akan mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat pada Tuhan mereka . Maka takut apa pada setan atau manusia jika anda beriman dan takut pada Tuhan?
Iqrak’. Baca, bacalah dengan nama Tuhan. Hanya dengan membaca, berfikir, bertafakur, untuk  mendapat ilmu tauhid. Sudah kenal Tuhan baru Islam.Islam bermula dengan ilmu, iman, amal ikhsan, ikhlas .
Jika kita perhatikan manusia di sekeliling kita, kita pandang dengan ‘mata kepala’, renung dengan ‘mata hati’, sesungguhnya ada manusia yang menjadi kekasih (wali Allah SWT, dan ada pula yang telah menjadi kekasihnya syaitan). Selaku manusia yang Tuhan anugerahkan dengan akal, beranikah kita bertanya, betulkah pemimpin itu bayangan Tuhan di atas muka bumi atau jelmaan syaitan?Lu fikirlah Bro.
“Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.”
Surah Al-A’raf : 176
“Sesungggunya dalam kisah-kisah mereka adalah bahan peringatan bagi orang-orang yang berfikir.”
Surah Yusuf : 111
Untuk membezakan antara keduanya ini kita harus berani berkata benar. Nak Jadi Berani hadirkan diri ke ALXSLife Eent Ilmu Berani Sabtu 22 Disember Ini daftar di sini: http://ilmuberani.eventbrite.com/
Apa nak jadi, jadilah. Jangan peduli, tawakal pada Allah SWT. Hanya bila kita timbulkan kebenaran (yang haq) yang palsu (batil) akan hilang. Kerosakan yang berlaku akibat cinta dunia, takut mati, takut berkata benar, menyembunyikan kebenaran.Allah SWT serta Rasulullah SAW memerintahkan kita, ajarlah kebaikan dan cegah kemungkaran.Bila lagi kita mahu sekolahkan mereka yang merasa diri berkuasa, yang egonya terlalu besar?
Macam mana hendak ajar kebaikan dan cegah kemungkaran, sebelah tangan peluk periuk nasi, sebelah tangan pegang Al-Quran.Macam mana nak ajar ilmu, iman dan mengharapkan hidayah dan petunjuk dari Allah SWT?Sila lawati ke http://alattas-universityoflife.blogspot.com/ atau layari www.shalattas.blogspot.com.
Wali Allah’ itu adalah manusia biasa macam kita juga, bukan yang menunjuk-nunjukkan keIslaman mereka dengan pakaian luaran, ada kalanya orang menganggap mereka gila namun mereka adalah orang-orang yang beriman atau mukmin yang bertaqwa, yang ikhlas kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan hati serta benar-benar melaksanakan perintah Allah SWT dan Rasulnya dengan teguh sebagai contoh Awis Al-Karani ‘wali Allah’ dari Yaman di zaman Omar ibni Khattab menjadi khalifah, dia hanya seorang gembala unta.
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”“Mereka adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.”“Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat.Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah.Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.”
Surah Yunus : 62-64
Saya mendapat ilham untuk menulis buku ini ketika berada di Melaka untuk mencari pewaris Sultan Selangor.Jika UMNO mahukan OKU UMNO yang ‘sakit’ juga sebagai pengganti, nanti ramai yang sakit hati, UMNO mati lagi.Sebagai penganalisa dan peramal politik saya berhak mengemukakan calon.
Di Barat, nilai kepimpinan di ukur daripada kemampuan dan kelayakan serta sokongan masyarakat meritokrasi bukan di ukur daripada keturunan, dipilih dari anak Perdana Menteri dan anak menteri atau orang yang dikehendaki oleh bini dan menantu Perdana Menteri. Mereka tidak pentingkan soal keturunan kerana negara mereka banyak anak haram.Jadi ‘soal keturunan bukan jadi perkara utama tetapi kemampuan yang menjadi perkara yang lebih utama kerana kita bukan nak pilih pengganti Sultan, tak perlu ada kelulusan. Bodoh, jahat pun tak apa, anak raja boleh jadi raja’. Ramai yang nak jadi anak raja biarpun mereka benci raja.
Barat mementingkan kemampuan dan kelayakan kerana di negara mereka terdapat banyak golongan intelektual yang berani mempersoalkan setiap tindakan politik.Bukan sebarangan orang yang boleh tabah menghadapi protes dari golongan intelektual.
Ajaran yang benar tidak menarik minat orang jika dibawa oleh orang-orang yang peribadinya tidak bersih”.
Tiba-tiba saya teringat kepada Sheikh Ismail Sultan Al-Ariffin yang makamnya berada di Pulau Besar. Mari kita bacakan Al-Fatehah untuk Sheikh Ismail Sultanul Ariffin sebelum kita meneruskan apa yang sedang kita buat. Sudah menjadi kebiasaan saya bila melalui tanah perkuburan di mana saja saya akan beri salam kepada ahli kubur dan menghadiahkan Al-Fatehah.
Semasa Dr. Mahathir datang ke Pulau Besar untuk Tapa-Nyai Resort, ketika itu Tan Sri Rahim masih lagi Ketua Menteri, saya mempelawa mereka supaya menziarahi makam Ariffin Sultannul Awlia, permintaan saya tidak dilayan. Saya teringat satu waktu Melaka pernah mengalami kemarau yang teruk. Jangan cuba memusuhi para ‘wali Allah’, kita akan diperangi Allah.
Keramat Pulau Besar Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a), adalah keturunan ke-18 dari Rasullullah SAW.Beliau dilahirkan pada 17 Rabiulawal tahun 867H bersamaan 1463M di Baghdad. Bapanya As-Saiyid As-Syeikh Abdul Qadir, ibunya bernama Sayyidah Fatimah keturunan dari ‘ Sultan Al-Awliya ’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, seorang ‘wali Allah’ yang sangat masyhur di seluruh dunia. Makamnya berada di Baghdad Iraq.Beliau juga dikenali sebagai ‘Wali Lanang’ di Kepulauan Melayu.
Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail r.a meninggalkan dunia pada 17 Rabiulawal tahun 925H ketika berusia 58 tahun, jasadnya dikebumikan di Pulau Besar. Makam ini menjadi tumpuan utama oleh semua agama Hindu dan Islam yang percaya kepada kuasa mistik. Penganut Wahabi menganggap menziarahi makam para ‘wali’ satu perbuatan ‘syirik’ dan ‘bidaah’, tapi pergi ke tempat perjudian, cari perempuan untuk dizina, gay cari lelaki, minum alkohol, o.k, kerana Islam liberal yang bebas mengikut nafsu kehaiwanan.
Menurut riwayat, sewaktu ke Madinah menziarahi Makam Nabi, beliau telah mendengar satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ajaran Islam ke Kepulauan Jawa. Beliau kemudiannya mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama 16 orang sahabat pada tahun 1495M bersamaan 900H, antaranya guru beliau Syeikh Yusuf As-Sidiq serta saudaranya Saiyid Ibrahim r.a. Ajaran Islam yang dibawa berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai di seluruh Kepulauan Melayu termasuk India, Samudera Pasai, Champa dan Kelantan. 
Antara murid beliau yang sangat masyhur ialah Raden Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) serta Raden Paku (Sunan Giri). Jika di Indonesia ada 9 wali yang tersohor (Wali Songo), di Malaysia juga terdapat Tok Kenali di Kelantan, Tok Ku Paluh di Terengganu, Tuan Haji Said Linggi di Seremban, Habib Noh Al-Habsyi di Singapura dan Habib Muhamad bin Salim Alattas.
Bila kita menceritakan mengenai ‘wali Allah’, kita jangan lupa pada ‘wali syaitan’ yang kerjanya membawa manusia ke lembah kemaksiatan melalui nafsu ‘amarah’. Manusia yang liberal dengan hak asasi manusia lebih yakin pada ‘wali syaitan’ dari ‘wali Allah’ yang membawa mereka ke jalan ‘ siratul mustaqim ’. Mereka yang bertanggungjawab mengenai agama Islam buat apa? Dalam kehidupan manusia, cuma ada satu bos, Allah raja sekian alam sebab itu dosa yang paling besar menduakan Tuhan . Munculnya ramai yang murtad, LGBT, ketua-ketua agama buat apa? Manusia yang buta didunia akan buta di akhirat - Al-Quran.
Islam di nusantara dimulakan oleh para ahli sufi yang ada ‘karamah’ bukan pedagang dari India yang buta ‘mata hati’. Ini dibuktikan oleh kajian Prof Naquib Al-Attas dalam bukunya ‘ Some of Sufism As Understand and Practiced Among The Malays ’.
Kita hanya ada satu nyawa, satu roh dan satu badan.Bolehkah ada dua pemandu membawa satu kereta? Lu fikirlah sama ada Tuhan yang kau sembah atau syaitan? 
Syaitan boleh memberikan macam-macam permintaan sebab itu ramai orang kaya lupa berdoa pada Tuhan.Apa kehendak semua dapat, terlupa diri hamba Allah akibat telah menjual roh kepada setan. Balasannya bila hampir menemui ajal baru teringat Tuhan atau ditimpa kesusahan di mana wang dan pengaruh sudah tak berguna lagi.Jangan sudah terlalu lambat untuk bertaubat baru menyesal.




“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (kejurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. Dan Aku memberi tempoh kepada mereka sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.”
 (Surah Al-A’raf :182-183)
“Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahwa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka.Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan.(Surah Al-Imran : 178)
Kerana buku yang saya tulis ini mengenai Raja-Raja Melayu maka mengikut sejarah, Melaka ini diasaskan oleh Parameswara, Sultan Melaka yang pada asalnya seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang. Diasas antara pada tahun 1400 hingga 1403.Parameswara ini keturunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Sriwijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun.
Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah berkahwin dengan Puteri Pasai, Raja yang beragama Islam.Raja yang mendengar cakap isteri kerana sayangkan isterinya Islam.Itulah sebabnya semasa Parameswara masih berkuasa, beliau telah berjaya mengIslamkan rakyat Melaka.Hendak tengok rakyat, tengok Rajanya, kalau Raja ‘wali syaitan’ ramai rakyat yang perangai macam setan.Jika raja berjaya menanamkan ajaran Islam maka hiduplah ‘Daulah Islamiah’, maka raja mempunyai ‘daulat’.
Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Melaka mula menjadi empayar, melakukan pembesaran jajahan di Semenanjung Tanah Melayu dan pantai Timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri).Melihatkan kerajaan Melaka mula agresif, Raja Siam marah sebab Raja Siam menganggap Melaka sebagai dibawah jajahan Kedah, yang pada saat itu menjadi sekutu Siam.Siam serang Melaka pada 1455 dan 1456 tetapi tidak dapat dikalahkan.Bila teringat Siam dalam ‘dunia tanpa sempadan’ saya muatkan cerita Raja Siam kerana dunia hari ini ada dalam genggaman kita. Kebetulan semasa menulis buku ini saya ke Bangkok dibawa oleh Boy, anak buah saya untuk bertemu dengan Kamal Hisham, peguam yang mengeluarkan berita di internet yang dia menerima ancaman bunuh oleh kerabat di raja Johor. Selaku seorang ‘investigative writer’, saya tidak boleh ambil berita di internet tanpa membuat penyelidikan punca pergaduhan Kamal Hisham dan ‘Yem’ Sultan Johor.
Bila menulis mengenai Raja kita, adalah tidak adil jika kita tidak menyampaikan amanat Sultan Ibrahim yang sudah tersiar di media masa arus perdana kerana isi buku ini ada kaitan dengan Sultan Ibrahim, orang yang dituduh oleh Kamal Hisham mahu membunuhnya. Yang pelik ‘Yem’ nama panggilan Sultan Johor berdiam seribu bahasa, disini saya turunkan titah Sultan kepada anggota Polis DiRaja Malaysia.
“Jangan harapkan pujian yang manis atas segala kejayaan yang dicapai, tetapi bersedialah untuk menerima cacian atas satu kegagalan yang kecil. Masyarakat sekarang hanya nampak yang buruk daripada yang baik, titah baginda ketika menyempurnakan perasmian Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 1/2011 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Raja-Raja kita di Malaysia beragama Islam, menjadi tanggungjawab kita menyampaikan amanat Rasulullah SAW di Haji Wida’.Untuk menyelesaikan masalah kita harus kembali kepada Al-Quran dan Ahlul Bait Rasulullah SAW.Apakah tidak boleh menyelesaikan masalah raja dan peguam menggunakan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW?
Kebanyakan buku saya mempunyai tajuk yang mencemaskan mereka yang tidak berilmu dan tidak berfikir, sebagai contoh buku ‘Sunnah Nabi Muhammad vs Sunnah Mahathir Mohamad’. Kebanyakan ‘orang kita’ nama saja intelek tetapi tidak berani mengkaji asal usul perkataan. Sebagai contoh buku saya Tuanku Mahathir Lawan Sultan Mahmud Iskandar.Berapa orang yang terfikir bahawa YAB Perdana Menteri adalah umara?Umara itulah Tuanku, dialah lambang ketuanan Melayu kerana kuasa sepenuhnya berada di tangan Perdana Menteri, Raja sebagai lambang saja.
Tajuk buku ini saya dapat dari filem ‘Seniman Bujang Lapuk’, bila Sudin yang sepatutnya kata “Sultan Harun Aminul Rashid melawat kebun limau”.Dia kata “setan Harun Aminul Rashid melawat kebun harimau”.
Tahukah mereka dari mana datangnya perkataan Tuanku? Tuhan dalam bahasa Melayu yang bermula dengan ‘Tuan’, orang yang disembah masakan saya mesti taat pada perintah ‘Tuan kau’, ‘Yem’ bukan ‘Tuanku’. Perkataan Tuanku, yang disembah macam Tuhan bukan Tuanku seperti dalam Surah Al-Kafirun “Aku tidak sembah apa yang kau sembah, engkau juga tak sembah apa yang aku sembah”. Tuan kau, Tuan kau, Tuan ku Tuhanku. Dulu orang Melayu memanggil Tuhan dengan nama ‘Dewata Mulia Raya’.
Apakah kita pernah terfikir tentang ayat-ayat Al-Quran yang menggunakan perkataan ‘sultan’?Apakah kita selaku manusia bukan ayat-ayat Tuhan? Sebagai insan yang diberi kuasa untuk mentadbir satu-satu ‘daulah’, seorang sultan itu hanyalah diberi kekuasaan berdasarkan ketaatannya pada syariat Allah seperti kata Khalifah Abu Bakar ketika pertama kali naik ke atas mimbar “aku bukanlah yang terbaik di kalangan kami. Seandainya aku taat pada perintah Allah dan Rasul kamu taat padaku.Jika tidak kamu berhak meninggalkan aku”. Perkara yang sama dilakukan oleh Almarhum Sultan Mahmud Iskandar ketika dilantik menjadi Sultan Johor di dalam Masjid Abu Bakar.
Bukankah kuasanya itu merupakan satu amanah  yang akan dipersoalkan? Raja-raja di negeri-negeri Barat mengakui bahawa mereka mempunyai ‘divine right’ sedangkan hanya Allah SWT saja yang mempunyai kuasa yang sepenuhnya.
1956 ketika Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengumumkan tarikh kemerdekaan (31 Ogos, 1957) setibanya dari London, Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara merdeka. Kuasa Raja berada di tangan Ketua Menteri, TYT sebagai simbol, hingga hari ini Melaka sudah bertukar 8 orang Raja yang tak bergelar Tuanku Sultan yang mana bukan anaknya yang bergelar Tengku Mahkota menggantikan raja.
Setelah melalui pengalaman Islamisasi, yakni proses dimana Tanah Melayu melalui bahasa, penjernihan pemikiran dan keluhuran kepercayaan, masyarakat Melayu silam dan bahasanya banyak terkesan dengan konsep-konsep serta perkataan-perkataan yang dibekalkan oleh pandangan alam Islam.
Perkataan ‘sultan’ ia digunapakai sebagai pemerintah tertinggi dalam sesebuah kawasan, dan negeri dibawah pemerintahanya ‘Daulat Tuanku’. Daulat dari perkataan ‘daulah’, negeri yang menjunjung tinggi shariat Allah SWT ‘Daulah Islamiah’.
Raja dimuliakan kerana raja menjadi pewaris Nabi, Allah memberikan Raja yang bertaraf ‘wali Allah’ dengan ‘karamah’, apabila Sultan sebagai pewaris Nabi SAW dan menjadikan dirinya Al-Quran yang hidup maka kata-kata yang terkeluar dari mulut mendapat perkenan Tuhan.
Kita tak nampak Tuhan, Tuhan ada. Kita nampak kebesaran dan kekuasaan Tuhan dari mukjizat yang Tuhan anugerahkan pada para Nabi dan Rasul serta ‘karamah’ pada para ‘wali Allah’ walaupun kita tak percaya pada para ‘wali Allah’ kerana telah terpengaruh oleh fahaman Wahabi.
Batu bersurat Terengganu menunjukkan bahawa sisi undang-undang Islam sudah pun diterapkan dalam pemerintahan seawal kurun ke 13. Tetapi bila British menjajah cara mahu menghapuskan Islam dari bumi yang dijajah ditukarnya undang-undang syariat yang berpandukan Al-Quran kepada undang-undang sivil.
Allah SWT telah menjelaskan bahawa orang yang tunduk pada ajaran Rasulullah SAW akan dicintai Allah SWT, oleh kerana mereka yang mengaku mencintai Allah SWT namun sama sekali tidak taat pada Sunnah Rasulullah SAW, bererti dia tidak beradab maka mereka itu bukanlah ‘wali Allah’. Apa akan terjadi pada sebuah negara dimana umaranya bukan saja ‘wali Allah’ tetapi memusuhi para ‘wali Allah’?
Siapa pun manusia bila ada kuasa, egonya pasti besar. Di zaman Abbasiyah, ramai ulama yang mencintai para ahlul bait dibunuh dengan sangat kejam. Sifat ‘the good, the bad and the ugly’, yang mengaku beriman namun masih boleh dipengaruhi oleh setan, syaitan, sultan terdapat dalam dirinya apabila dia bersultan dimata beraja di hati.
Istimewanya Harun Al-Rashid kerana ilmu pengetahuan, mendorongnya mendirikan universiti memberi pendidikan untuk rakyat dan mengumpulkan bijak pandai untuk menterjemahkan buku-buku dari berbagai disiplin ilmu pengetahuan sebab itu namaHarun Aminur Rashid ibarat harimau mati meninggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama baik atau jahat sepanjang masa disebut orangseperti nama Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Selepas kematian Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pucuk pimpinan kerajaan secara tetapnya terlepas ke tangan orang-orang jahil dan kuasa politik akhirnya dipindahkan kepada Raja Turki melalui kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah. Secara ringkasnya jasa-jasa yang berjaya disumbangkan oleh kerajaan ini ialah: Di satu pihak mereka sepenuhnya menerima sistem-sistem falsafah kebendaan yang dibawakan oleh Yunani, Rom dan lain-lain Negara bukan Islam.
Dengan tiada bersoal jawab mereka menyebarkan falsafah-falsafah yang merosakkan itu kepada orang-orang Islam tanpa membuat apa-apa pindaan. Dari segi lain mereka menyebar segala bentuk kemungkaran yang ditemui daripada masyarakat-masyarakat yang sesat. Mereka menyebar berdasarkan golongan-golongan ini kemajuan dan kemewahan kemudian dekad pemerintahan kerajaan Abbasiyyah menambahkan satu lagi kelemahan. Semakin lama semakin tidak mengenali akan kesenian dan ilmu-ilmu Islam. 
Hasilnya mereka tidak dapat memilih dan melantik orang-orang yang berkebolehan untuk menjawat jawatan di dalam perundangan dan kehakiman. Disebabkan kejahilan dan sikap yang sukakan sesuatu yang mudah mereka secara gopohnya cuba menguatkuasakan hukum-hukum syariah tanpa memikirkan tentang keperluan-keperluan masyarakat yang sedang berubah serta berkembang itu. Untuk tujuan ini secara penyelesaian yang kaku telah dijadikan keputusan mereka.Disamping itu ulamak-ulamak yang mengejar keduniaan telah mengalihkan perhatian mereka kepada perdebatan-perdebatan agama di mana mereka sendiri kemudiannya membangunkan pula suatu kecenderungan yang tidak sihat.
Di samping itu, kecenderungan ini, diberi dorongan oleh golongan raja-raja yang menyebabkan semakin luaslah perdebatan mereka.Ianya telah menghasilkan banyak lagi mazhab-mazhab baru dalam Negara-negara Islam.Akhirnya telah menghidupkan pula berbagai pendapat serta membawa pula kepada pertelingkahan dan kecelakaan di kalangan orang-orang Islam. Sesungguhnya perbincangan agama seperti ini adalah tidak lain tidak bukan hanyalah suatu majlis keramaian untuk pemerintah dan pembesar-pembesarnya,seolah-olah seperti pertandingan laga ayam. Tetapi, kepada orang-orang Islam hal ini kelihatan seperti gunting yang memecahbelahkan perpaduan agama Islam.Keadaan-keadaan umum yang berlaku pada abad kelima.
Tulisan mengenai Al-Ghazali yang dipetik dari Buku Gerakan Tajdid Islam oleh Abul Ala Al Maududi.Sebenarnya masalah yang sedang dan akan dihadapi oleh Pak Lah jauh lebih dasyat lagi. Lebih 90 peratus rakyat Turki beragama Islam.Pak lah memimpin Negara yang rakyatnya hanya 52 peratus yang beragama Islam.Bayangkan bagaimana Pak Lah mahu memipin Malaysia dengan menggunakan Islam sebagai prinsip tanpa perlu membuat dan menimbulkan salah faham dan tentangan dari kaum lain boleh menjadi ‘study kes’ yang menarik. Biar bagaimana pun ia akan menyeronokkan jika kita dapat membaca minda Pak Lah sesudah kita mengenali siapa sebenarnya Al-Ghazali?
Ahli tasauf memandang Al-Ghazali sebagai seorang Sufi  dan pengikut ajaran Asy’ariah melihatnya sebagai Asy’ari, sedangkan ahli falsafah memandangkannya sebagai filosufi dan di mata ahli didik dia adalah seorang pendidik yang mahir, seterusnya ahli fiqih mengiktirafnya seorang alim-ulama hukum Islam, dan masyarakat menghormatinya selaku ahli ilmu batin yang dapat mengenal kata hati (damir). Apalagi sesudah kita memahami karya terbesarnya ‘Ihya uumuddin’.
Demikianlah peribadi seorang pemimpin yang dibentuk oleh alam sekitarnya dan mencerminkan suasana alam hidup sekelilingnya yang dicari oleh Perdana Menteri kita.Bukan sebarang orang yang dicari untuk digambarkan sebagau watak yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.Dizamannya dan hingga hari ini belum muncul seorang manusia semacam Al-Ghazali biarpun Profesor Syed Muhammad Naquib Alattas duduk dikerusi Al-Ghazali. Mari kita baca dan menungkan apa guru Pak Sheikh Anwar Ibrahim Abul Ala Mududi menulis mengenai Al-Ghazali:
Penyebaran falsafah Yunani telah menggoncangkan keimanan orang-orang Islam.Para cerdik pandai hadis dan ilmu hukum yang belum mengenali ilmu-ilmu ‘rasional’ telah kehilangan pedoman untuk menerang dan mentafsirkan sistem Islam yang berhubung dengan corak pemikiran semasa.Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kecuali dengan menahan kemungkaran-kemungkaran itu melalui kajian dan celaan.
Sebaliknya orang-orang yang terkenal di dalam ilmu-ilmu rasional bukan sahaja tidak menguasai cabang-cabang ilmu agama malah tidakpun mencapai ‘kecekapan kreatif’ dari pemikiran yang diimport itu. Mereka hanyalah tidak lain dari penumpang yang mengikuti falsafah-falsafah Yunani. Tiada seorang pun daripada mereka yang berkemampuan mengkaji dan memeriksa secara kritis akan idea pemikiran Yunani serta falsafah yang diimport itu. Dengan sebab itu mereka terus mempercayai wahyu Yunani itu dan sebaliknya, mereka mulai pula menyeleweng wahyu ketuhanan dan tujuan membentuknya semula mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh orang-orang yang sebelum mereka.
Dengan kuasa politik yang ada pada Umar bin Abdul Aziz, beliau telah mencuci bersih pemikiran akhlak dan sosial rakyat daripada segala pengaruh jahiliah yang telah berakar umbi di dalam kerajaan kira-kira setengah abad lamanya. Beliau menyelidik segala kepercayaan sesat yang membiak ketika itu dengan pendidikan Islam.
Disamping itu beliau membuat sesuatu perencanaan yang luas untuk mendidik masyarakat dan menarik perhatian seluruh cendekiawan yang ada kearah pengkajian Ilmu Al-Quran, Hadith Fiqh.Dengan demikian itu beliau telah berjaya menggerakkan pergerakkan intelektual yang berkesan.Hasil daripada revolusi pemikiran telah melahirkan cendekiawan-cendekiawan besar lagi berkelibar seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Hambali.
Beliau mengembalikan semangat untuk melaksanakan syariah, menguatkuasakan kesemua larangan-larangan, membuang lukisan-lukisan mengkar dan mengecam sikap malas yang telah berakar umbi dalam jiwa umat Islam. Dengan demikian beliau akhirnya berjaya mencapai matlamat sebagaimana yang telah disarankan oleh Islam, Allah SWT telah menegaskan di dalam Al-Quran yang mulia iaitu surah Al-Hajj,ayat 41:
Bila kami beri mereka kekuatan di atas muka bumi,mereka berusaha menegakkan solat, mengatur cara memungut zakat, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran”.
Adalah diriwayatkan bahawa pada masa pemerintahan Al-Walid, rakyat hanya bertemu untuk berbual tentang bangunan-bangunan indah dan taman-taman tempat berpeleseran. Pada masa pemerintahan Sulaiman bin Abdul Malik minat mereka berkisar tentang seks. Tetapi bila Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah, keadaan telah berubah di mana solat, puasa, dan Al-Quran telah menjadi topik yang diperbincangkan. Penduduk-penduduk bukan Islam juga turut tertarik dan kagum dengan cara pemerintahannya. Natijahnya beribu-ribu daripada mereka ini secara beramai-ramai memeluk agama Islam.
Negara yang diperolehi daripada Jizyah. Sebagai khalifah yang berpandangan luas Umar bin Abdul Aziz juga menumpukan perhatian kepada Negara-negara jiran yang belum lagi menyatakan keIslaman mereka. Beliau menasihati pemimpin Negara-negara tersebut supaya menerimaIslam sebagai cara hidup mereka. Hasilnya sebahagian daripada mereka telah menerima Islam.
Apabila berita kematian Khalifah Umar sampai kepada Maharaja Rome, beliau telah berkata:
“Aku tidak hairan jika seorang rahib menjauhi dunia dan menyibukkan dirinya dengan beribadat di tempat-tempat yang tertutup.Tetapi, aku benar-benar takjub dengan orang yang memiliki empayar yang luas namun ia menolak semua kesenangan dunia dan sanggup hidup seperti kehidupan fakir miskin”.
Mujahid Islam yang pertama ini telah bekerja keras selama dua setengah tahun. Dalam jangka masa waktu yang singkat, ia telah berupaya merubah seluruh aspek kehiduoan umat Islam. Malangnya kaum keluarga dari Bani Umayyah kembali menentang orang yang begitu taat ini.Mereka merasakan seperti melihat kematian mereka di sebalik kehidupan Islam dan dengan ini mereka tidak dapat bertolak ansur dengan kegiatan yang dibawa oleh Pemulihan Islam ini. Mereka bermuafakat menentang beliau dan akhirnya mereka berjaya meracun beliau sehingga Umar bin Abdul Aziz syahid pada usia 39 tahun yang baru memerintah 2 tahun setengah.
Sesungguhnya kerja-kerja mencuci karat-karat jahiliah orang Islam daripada pengaruh kufur kerajaan Umaiyyah amatlah berat. Disamping itu pada masa yang sama beliau terpaksa bertugas membina kembali akhlak dan pemikiran umat Islam. Jadi sebagai seorang khalifah Islam adalah satu tugas berat dan terlalu banyak untuk diselesaikan dalam dua setengah tahun dalam pemerintahannya yang adil itu.Semoga Allah memberkati usaha-usaha beliau yang murni itu.
Kegiatan memulihkan Islam yang diusahakan oleh beliau hanya kurang dari satu segi sahaja iaitu beliau tidak dapat menggantikan sistem pemerintahan beraja kepada sistem pemerintahan berkhalifah yang dipilih oleh rakyat.Beliau memang bercadang dan pada satu ketika meluahkan hasratnya untuk mengubah keadaan tersebut.
Pelik, sudah ada orang kita yang mengaku dirinya Rasul Melayu, boleh ada ramai pengikut.Apa bezanya dengan mereka yang menjadi pengikut liberalisme? Apakah kerana tak percaya ada ‘wali Allah’ atau mereka hanya menganggap Islam satu agama yang ritual serupa dengan agama yang lainnya kerana tak ternampak teladan yang baik oleh mereka yang menguasai agama?
“Para wali Allah mendengar, melihat, marah, berjalan kerana Aku, sungguh jika ia mohon pada-Ku, nescaya akan Ku beri, dan jika ia mohon perlindungan pada-Ku, nescaya Aku akan melindunginya. Dan tidak Aku memusingkan sesuatu yang harus-Ku kerjakan seperti kebingungan-Ku dalam mencabut roh hamba-Ku yang mu’min yang enggan mati dan Aku enggan memperlakukan jelek padanya padahal mati itu pasti menimpa dirinya”
Sultan Ibrahim Adham, Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah Raja-raja yang bertaraf wali.Para ‘wali Allah’ mengikut saja segala perintah pemimpin yang taat perintah Allah dan Rasulnya.Rakyat jelata dinegaranya menjadi rakyat yang taat pada undang-undang kerana mereka pun taat pada perintah Allah SWT.Adakah ulama kita hari ini yang mempunyai sifat seorang ‘wali Allah’ seperti Tok Kenali di Kelantan dan Tok Ku Paluh di Terengganu?
“Dia telah mensyariatkan kepadamu tentang agama apa yang telah di wasiatkan Allah SWT kepada Nabi Nuh dan apa yang telah Kami Wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa a.s iaitu tegakkanlah Agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya”
Sementara wali syaitan pula menyerah bulat-bulat pada para jin dan hantu raya peliharaan, mereka akan taat dan akur pada perintah nafsu haywaninya, dan bila nafsu haywani mengatasi nafsu natiqi, maka insan itu berada dibawah jajahan, kesultanan syaitan (autoriti syaitan). Dia bangga dengan segala kejahatan, kekejaman dan keangkuhan untuk menunjuk-nunjuk yang dia berkuasa. Boleh buat apa saja terhadap rakyat jelata.
Bila terlupa didalam Islam kuasa tidak boleh dipisah dengan amanah sebab itu mereka  perlu membersihkan diri dari sifat ‘mazmumah’. Tanpa ‘Daulah Islamiah’ mereka bukan sebagai bayangan Tuhan di muka bumi kerana tidak  membawa rahmat bagi sekelian alam. 
PengIslaman berlaku pada berbagai aspek, baik dari pengosongan makna dan pergantian makna lain, contohnya pada perkataan ‘tuan’ yang dulunya turut dipakai oleh manusia sehingga penggunaan perkataan ‘tuhan’ menjadi hak mutlaq bagi Allah taala. Sementara sesetengah perkataan yang pada asalnya membawa makna yang tidak Islami seperti dewata mulia raya diganti tuhan sekalian alam.
Proses Islamisasi yang pernah merubah adat istiadat masyarakat Melayu mulai terhakis apabila Islam terhakis dari jiwa raga Melayu.Lebih teruk lagi bila orang Melayu sudah menjadi orang Malaysia. Proses Islamisasi yang pernah meninggalkan bekas pada sistem pemerintahan Tanah Melayu dulu  sayangnya akan terhakis jika kita tidak berbuat sesuatu ketika timbul liberalisasi dan dengan tercetusnya era global dan terputusnya silatulrahim sesama umat Islam akibat umat Islam yang tidak mempunyai didikan keimanan, tidak tahu adanya ilmu keTuhanan yang terdapat didalam hakikat, tarikat dan makrifat bermula dengan terlepas ikatan dari tauhid
Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan email ke alxsunilife@gmail.com Rm60 termasuk Pos.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 09, 2012 21:56

December 5, 2012

The Ugly VS The Innocent Muslim

THE UGLY MUSLIMVS. THE INNOCENT MUSLIM
Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia”
“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada pesuruhMu Muhammad serta keluarga dan anugerahkanlah akan dia dengan makam terpuji sebagaimana yang Kau janjikan.”

Pukul 10 pagi, Sabtu 29/9/2012, sewaktu sedang duduk minum kopi di tepi kolam berhampiran dengan rumah, yang berisi pelbagai jenis ikan saya perhatikan, tulisan pada pasu besar “Fikir, THINK, Tafakur”. Fikir dan tafakur adalah perkara terpenting dalam hidup manusia. Saya selalu mengingatkan mereka yang singgah ke Alattas University of Life, ketika mereka masuk melalui gerbang tanpa pintu Taman Hana, Wadi Hussien. Kita perlu “baca” setiap yang kita lihat, bermula dengan ‘anak tangga’. Setiap benda yang anda perhatikan dengan “mata hati”, fikir, tentu ada falsafahnya dan dalam perjalanan pulang sesudah mengingatkan sesuatu yang anda baca. Sebelum keluar, ingat apa yang anda telah pelajari, berfikir dan bertafakur? Kerana bertafakur seminit, serupa beribadat 100 tahun.
Penghujung bulan September 2012 adalah hari yang bersejarah. Sebentar lagi, hampir 50 bloggers dan facebookers dari seluruh Malaysia akan hadir. Apakah yang akan saya sampaikan di pertemuan dengan mereka selaku orang Melayu yang mempunyai pendekatan melalui dua kedaulatan yang terdiri “kedaulatan alami” dan “daulat manusia” bagi mereka yang kenal siapa diri dan siapa Tuhannya, dan faham maksud yang tersirat di sebalik apa yang disampaikan kepada mereka para pembaca.
Sama ada kita faham atau tidak, percaya atau tidak, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya(Al-Quran). Dalam abad 18 ke 19, dan pertengahan abad 20, kalau dia tikus, dia tetap tikus, yang kucing tetap kucing, yang macam kambing tetap macam kambing, yang macam harimau tetap macam harimau melainkan mereka dapat membezakan manusia yang pandai berkata-kata “haiwan nun natik” atau seperti Beruk Rantai Pendek (BRP) biarpun kita sudah hidup di era dunia tanpa sempadan. Di era langit terbuka tapi pemikiran dalam kotak, masih hidup macam katak bawah tempurung. Mahu jadi terkenal, terkemuka. Tapi, tak mempunyai ilmu dan adab. Akal dan Roh yang berada dalam jasad manusia menjadikan kehebatannya boleh mengingati sesuatu. Itulah Adam a.s, hebat jika dibandingkan dengan para malaikat dan lain-lain makhluk yang terpaksa sujud pada Adam a.s. Alangkah untungnya manusia yang tahu dia adalah rahsia Tuhan, dan Tuhan itu Rahsianya.

Bermula dari hari Sabtu, pukul 12.30 tengahari, ada lebih kurang 20 kereta membawa hampir 60 penggiat media baru (bloggers/facebookers) berkampung di Wadi Hussien, Janda Baik. Program yang sepatutnya mengumpulkan penggiat media baru pelbagai aliran dan ideologi politik menyaksikan hanya 3 orang peserta dari bloggers pro-kerajaan yang berani menghadirkan diri dan selebihnya adalah dari kalangan penggiat media Pakatan Rakyat. Cerita mengenai kehadiran para bloggers dan gambar-gambar tersiar dalam http://aku-tak-peduli.blogspot.com
Program interaksi secara langsung dan perkongsian ilmu penulisan politik ini tetap berlangsung meriah seperti yang dirancang oleh penganjur, Uncleseekers dan Media Perak. Saya hanya menjadi tetamu khasnya. Suasana mesra dengan semangat persaudaraan tetap dirasakan di akhir program. Atas semangat persaudaraan sesama Islam, kami semua tetap berpelukan mesra sebelum berpisah.
Saya mengucapkan syukur kepada Allah subhana wa taala kerana dalam pertemuan ini muncul beberapa watak penting dalam siri ini di mana buat pertama kalinya, Tengku Amran dipertemukan secara terbuka. Tetamu yang tak diundang ini muncul ketika majlis sedang berjalan, YAM Raja Sharuzzaman Idris atau Ku Shah, waris Kesultanan Perak sudah bermukim bersama UncleSeekers beberapa hari sebelumnya. Mudah-mudahan saya tidak dituduh bersekongkol dengan Tengku Amran untuk menjatuhkan Sultan Azlan Shah dari takhta selaku Sultan Perak.
Jangan sembunyikan sampah sarap di bawah permaidani, kata Tun Razak. Sebelum ini, hanya dokumen-dokumen yang tersiar di blog perlu diteliti. Dalam majlis tersebut, Tengku Amran menunjukkan keris “Taming Sari” yang dikatakan milik mereka yang benar-benar waris Kesultanan Perak. Betulkah “Taming Sari” asli yang ditunjukkannya itu? Saya cium keris itu berkali-kali, tapi bila malam, tak mimpi apa-apa pun. Lu fikirlah Bro! Betul atau tidak, terserah pada pakar untuk menyahihkan atau menyangkalnya. Bagi saya, siapa juga yang hendak jadi ‘Ketua Agama’ di Malaysia, caranya sudah ditunjukkan oleh Sultan Kelantan yang boleh jadi imam. Macam mana hendak jadi sultan, bila diajak solat berjemaah di surau, dia menolak.
Saya tak pasti sama ada Ku  Amran ini sudah baca buku saya “Lima Raja Terakhir” (1990). Saya memuatkan kata-kata Raja Mesir yang terakhir, seorang raja playboy, King Farouk, “Di satu masa nanti, yang tinggal hanyalah Raja Sekopong, Raja Retin, Raja Lekuk, Raja Kelawar dan Raja England.”
Pelik Ku Amran ini, mahu menuntut kerusi raja. Nabi Muhammad s.a.w adalah penutup para rasul. Orang yang mewariskan kerusi khalifah kepada anaknya ialah Muawiyah bila anak si Abu Sufian ini mengangkat dirinya menjadi ‘Raja’ dan Yazid, anaknya pula dinobatkan selaku ‘Tengku Mahkota’. Bermulalah Dinasti Muawiyah dan terhapuslah sistem bai’at dan demokrasi musyawarah Daulah Islamiah.
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad) di bawah naungan pohon; maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya
(Al-Fath: 18)

Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah. Allah mengawasi keadaan mereka yang memberikan taat setia itu. Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya sendiri dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.
(Al-Fath: 10)

Saya tahu apa yang saya tulis ini memang berat dan sakit bagi Ku Amran nak terima. Sometimes one has to be cruel in order to be kind. The truth is always bitter to swallow.
Untuk mewujudkan perubahan menyeluruh pada suatu keadaan ataupun sistem yang sudah establish adalah merupakan ciri Islam yang asasi; dan itulah tujuan utama Islam. Islam merubah semua hubungan yang sedia ada kepada rangkaian hubungan baru.
Issues In The Islamic MovementDr.Kalim SiddiquiPengarah Muslim Institute, London

Setiap yang bermula pasti berakhir seperti juga pertemuan antara saya dengan kerabat diraja Perak dan para bloggers sebelum ia berada di ambang penutup seperti tamatnya serangan penceroboh Amerika terhadap Libya dan kini sedang membuat rancangan untuk menyerang Iran, tapi siapa pun tak boleh berbuat apa-apa akibat ramainya umat Islam yang cintakan dunia, takut mati.
Sesudah anda semua baca tulisan saya, anda nak buat apa? Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada mulut, tutup. Ada kepala, geleng-geleng? Lu fikirlah Bro. Kata Imam Khomeini, Amerika ini “Setan Besar”? Saya teringat kata-kata Ku Shah, “Raja-raja hanya takut sakit dan mati.” Apakah mereka terlupa bahawa mereka juga akhirnya akan menjadi ketulan-ketulan daging untuk santapan segala cacing dan ulat tanah? Mereka takut kerana mungkin susah nak jawab bila ditanya “Ma Rabbuka”, siapa Tuhan kamu? Hanya Allah, Raja Sekalian Alam Yang Hidup dan siapa pun tak boleh mengambilnya,malaikat maut pun tak boleh.
Berakhirnya pencerobohan Amerika terhadap Iraq ini bermakna berakhirnya kemuncak keagungan Amerika selama ini sebagai ‘superpower’ kerana kehebatan “Kepala Setan”, Presiden Amerika tidak sampai ke mana, tidak sehebat mana pun kerana Allah Yang Maha Kuasa. Ke mana perginya Empayar Rome, Parsi dan Great Britain sendiri?
Britain’s proud boast that “Britannia rules the waves and that Britain shall never, never be slaves” is not true anymore for, alas, Britain today has become the unions’ slave. Where kings once ruled with the power has been taken over by the people who act through their elected representatives. The divine right of kings has given way to the democratic right of the people so kings have become the spiritual and symbolic Heads of State while the people rule.
Tunku Abdul Rahman “Something To Remember” (1983)USA jadi super power kerana umat Islam hilang keimanan dan ketakwaan, tidak lagi menjadikan Islam sebagai “ad-din” cara hidup yang paling sempurna. Islam disamakan dengan agama lain, cinta dunia takut mati, pemimpin Islam telah menjadi manusia-manusia yang tidak dapat mengawal nafsunya sendiri. Ramai yang menjual roh kepada setan. Akhirnya, diri dan nafsu dikuasai oleh syaitan akibat tidak mendapat hidayah dari Tuhan.
Kita bersyukur di Malaysia dengan adanya kebebasan media baru, apa yang tersembunyi di sebalik tembok istana dengan sendiri boleh terbongkar bila kerabat diraja bersama dengan bloggers sedia melakukan ketelusan. Mereka datang ke Alattas University of Life tanpa diundang. Saya yakin bila timbul yang haq, yang batil akan lenyap dengan sendirinya.
Apabila pemimpin dan Raja ingin sangat menunjukkan diri berkuasa seperti pemimpin Amerika, mereka terlupa hanya Allah yang Maha Kuasa. Bila mereka angkuh, mereka hilang ‘character’, hilang kehormatan dan kepercayaan dunia terhadap kepimpinan kuasa besar yang diharapkan untuk membela nasib manusia yang tertindas dan teraniaya bila mereka bertukar menjadi dajjal. Apa bezanya dengan negara  bersekutu yang menyembah Amerika sebagai Berhala dan turut membiarkan dirinya dikuasai oleh nafsu haiwaniyah. Akhirnya, nasib pemimpin muslim yang angkuh di depan rakyatnya jadi seperti kambing yang disembelih beribu ekor, setiap hari siapa pun tak peduli? Ketua yang sepatutnya menjadi ‘payung pelindung’ kepada rakyat marhaen bertukar menjadi raksasa dan ‘buragas’ seperti dinasor dalam filem Jurassic Park. Sudahlah angkuh, kejam, zalim, gelojoh, mentekedarah, cekik, bedal, sapu bersih apa yang nampak. Tak percaya, tanya rakyat Johor atau cari blog di internet yang mendedahkan kerakusan sultan yang seperti raksasa, ‘menyapu bersih’ peluang perniagaan. Kepada siapa mereka nak mengadu? Siapa berani tegur? Tengok apa jadi pada UncleSeekers, IR Nizar dan Kamal Hisham. Nampaknya Sultan Ibrahim ini macam datuknya, Sultan Ibrahim bin Abu Bakar.
Imej pemimpin Amerika kini berada di tahap yang paling rendah, seperti pemimpin muslim yang berlagak macam Firaun yang mewarisi sifat Kabil, yang membiarkan diri dikuasai syaitan. Tunggu masa kebangkitan, setiap yang bermula mesti berakhir. Bila pemimpin yang dipilih rakyat dalam negara demokrasi lebih hina dari binatang, saya terpaksalah tulis buku “Setan, Syaitan, Sultan”. Mereka terlupa rakyat yang mengundi mereka, sepatutnya mereka berkhidmat untuk rakyat. Tapi malangnya, mereka rela jadi hamba kepada ‘boneka-boneka’ yang mereka sembah.

Amerika sudah tidak layak lagi bercakap tentang ‘Human Right’, sama seperti pemimpin yang telah membunuh demokrasi seperti kata Nietzsche, ahli falsafah German; “Tuhan sudah mati” biarpun kulitnya Islam, tetap mendewa-dewakan Setan Besar berkiblat ke Rumah Putih di negara di mana kebanyakan rakyat di dalam negara super power itu miskin, ramai yang papa kedana seperti juga majoriti rakyat kita. Yang kaya raya minoriti yang berkuasa saja. Siapa kalau bukan para bloggers yang kini perlu membangkitkan mereka yang selama ini tertidur. Kita sedang mengalami kiamat kecil. Inilah hari kebangkitan bila mereka yang tertidur dibangkitkan oleh kebangkitan rakyat, tersedar tak ada yang kekal.

Nothing is lost When money is lost Something is lost When health is lost When character is lost Everything is lost
(William Shakespeare)

Pelik tapi benar, cuba berhenti membaca dan mari kita ‘bertafakur’ di negeri kita yang agama rasminya Islam. Sembilan Raja, Perdana Menteri, Ketua Hakim, polis, tentera, Menteri dalam Negeri, muslim. Majoriti rakyat Malaysia pada MyKadnya Islam, baguslah. Sebahagian dari mereka sekadar berani tunjuk perasaan marah terhadap Amerika apabila isu menghina Nabi Muhamad s.a.w yang terbaru “The Innocent Islam”, kita wajib marah bila Nabi kita dicela begitu rupa melainkan mereka tak ada rasa cinta pada Nabi Muhammad s.a.w sedangkan cinta kepada Rasulullah s.a.w mengatasi cinta ibu bapa, anak, isteri, harta dan segala-galanya.
Biarpun yang kita tunjukkan dianggap oleh kuasa besar dan konco-konco mereka seperti anjing menyalak gunung, namun mereka jangan lupa kucing yang dikejar ke dinding, bila berpatah balik ibarat seekor harimau. Ramai yang cuba sabotaj McDonald dan lain-lain produk Yahudi dianggap hangat-hangat tahi ayam. Mereka tahu, Melayu mudah lupa. Tak ramai yang kental jiwanya, tak ramai. Biar menyeluk pekasam sampai ke pangkal lengan. Bila berdakwat sampai hitam. Mandi biar basah. Apa lagi sanggup berjihad. Antara jihad terbesar ialah berani berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim. Akibat tak punya isi di dada, ada ilmu syariat tanpa ilmu hakikat, tarikat, dan makrifat. Biar apa pun orang nak kata. Namun, kita patut bangga semangat yang ditunjukkan oleh mereka yang menghantar memo ke Kedutaan Amerika, selagi hidup selagi melawan. Sabar umat Islam ada batasnya. Mereka yang terus menerus kurang ajar dan bersifat biadab terhadap Nabi Muhammad s.a.w patut diajar. Orang yang menunjukkan keberanian, pasti mereka akan mendapat ganjaran dari Tuhan apalagi bila kita sanggup sabung nyawa membela nubuwat Muhammad s.a.w, kekasih Allah.  Ingat Abu Jahal? Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w yang memusuhi Islam. Tapi, setiap hari Isnin dia dikatakan terlepas dari seksa kubur kerana gembira di hari keputeraan Muhammad s.a.w. Begitu juga dengan Uwais Al-Qarni yang mencabut gigi gerahamnya ketika tragedi Nabi di Perang Uhud, Allah beri dia kemuliaan dan karamah yang luar biasa.
Macam mana orang hendak hormat umat Islam, cuba perhati bini Perdana Menteri, bini-bini Menteri dan Raja-raja tidak menutup aurat sedangkan itu perintah dari Allah. Berapa orang yang berani tegur suruh mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Dalam buku saya, ‘Wanita, Takhta dan Kuasa’,saya mengingatkan Tun Asmah supaya menutup aurat, itu tanggungjawab fardu kifayah.
Islam adalah ‘din’, cara hidup yang paling sempurna. Macam mana Tuhan nak tolong kita, kalau Tuhan dan agama kita pun, kita permainkan? Ramai yang nama saja Islam, bagaimana dengan amalan dan cara hidup kita? Sampai bila kita nak tipu Tuhan? Guna nama Islam, berpura-pura Islam sebenarnya seorang yang fasik. Sempurna ke kehidupan kerabat diraja serta para ulama yang berdiam diri bila melihat kemungkaran berlaku di depan mata ibarat hama di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak . Ulama, polis, raja berdiam diri bila tersebar luas berita ada umat Islam yang menerima ugutan bunuh dari seorang kerabat diraja Johor. Itulah sebabnya saya gunakan tangan menulis buku untuk mengingatkan mereka yang berkuasa jangan lupa Tuhan.
Untung, selain dari cerita dari Kamal, saya dapat cerita dari Ku Shah, anakanda Sultan Idris yang mengatakan kerabat diraja pandang rakyat jelata sebagai ‘hamba’, rakyat macam ‘kucing kurap’. Patutlah ikut cerita Kamal Hisham semasa mengadakan Kembara Motor Besar, Sultan Ibrahim berhenti tepi hutan, kencing berdiri. Kamal beri air dalam botol mineral, suruh cebok. Yem kata, “jangan sibuk”. Sultan tak cebok pun, rakyat cium juga tangan sultan.
Kasihan rakyat yang tak kenal diri, yang tak tahu Tuhan berada lebih dekat dari urat leher dalam diri sanggup merendahkan diri setaraf debu, minta ampun tanpa dosa, guna bahasa “patik” yang ertinya ‘anak anjing’ akibat terlupa janji dengan Tuhan, tiada yang disembah selain Allah.
Amerika menjadi tambah kejam mencengkam rakyat Libya yang bunuh seorang rakyatnya kerana marah akibat filem “The Innocent Islam”. Macam mana Raja tak mahu berkuasa, tak mahu menguasai semua jenis perniagaan? Bila ada   yang menegur, mereka dilabel “menderhaka”,siapa tok dalang yang menyuruh Nizar minta ampun kepada rakyat Johor? Maka, raja tambah bermaharajalela, terus bersultan di mata, beraja di hati.. Rakyat sekadar tengok, terutama Melayu yang bergantung hidup pada Sultan. Kita hendak jawab apa dengan Tuhan nanti? Melihat kekejaman dan keangkuhan serta kezaliman Raja sedangkan mereka itu sekadar lambang. Jembalang.
Cuba kita tengok bagaimana kehidupan wanita Islam di Malaysia, ramai yang bertudung kerana fesyen nak tutup aurat. Tapi dedah yang lainnya, yang lebih menjolok mata. LGBT berleluasa dalam negara sebab itu Amerika berani buat kacau nak menguji iman umat Islam. Cuba kita punya semangat seperti tentera Badar yang berperang di bulan Ramadan, boleh mengalahkan ribuan musuh. Tentu musuh Islam berfikir dua kali atau adanya Melayu macam Panglima Saleh di Batu Pahat berjuang, rijalul ghaib turut bersama.
Raja boleh buat sesuka hati merampas harta pusaka yang sepatutnya dibahagi mengikut faraid. Mufti dan the so called “ulama” diam. Tak takut dosa bersubahat ke? Korupsi berjemaah berleluasa. Siapa pun tak boleh buat apa-apa bila yang tertangkap ‘ikan bilis’, jerung dan paus terlepas depan mata. Agama itu nasihat menasihati. Ulama yang bangga dengan gelaran, buat apa?
Kita tengok orang yang berkuasa dan raja tak adil, pemimpin angkuh, sombong, zalim, saudara kita main judi, minum arak, terlibat dengan LGBT, kita diam. Ada yang buat bising bila orang hina Nabi, itu sangat bagus. Apakah perangai kita tidak memalukan Nabi Muhammad s.a.w? Terutamanya mereka yang layak digelar “the ugly muslim”. Kita duduk sebelah mereka yang melakukan kemungkaran, kita tengok saja, bersubahat namanya, dosa sama. Tuhan kalau turunkan bala, semua rakyat dalam negara terkena seperti petir, puting beliung, banjir dan macam-macam malapetaka yang menimpa Amerika, dan tsunami di Acheh dan Jepun.
Kita tengok sultan guna kuasa rampas kerusi MB, dan beri pada orang yang tidak berhak, menyamun namanya itu. Bolehkah kita membisu, jadikan lidah kita lidah syaitan? Sedangkan Sultan Azlan mantan Ketua Hakim Negara, anaknya pula berkelulusan dari Harvard. Cuba baca apa kata Nazrin berkaitan undang-undang.

“Keamanan dan kerukunan negara tidak harus dikorbankan kerana kepentingan atau matlamat perjuangan jangka pendek mana-mana kumpulan. Untuk itu, warga Malaysia wajib menghormati undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara.”
Utusan Malaysia30 Disember 2007

Raja Muda Perak, Raja Nazrin bertitah ketika menyampaikan ucapan persembahan sempena Istiadat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang ke-75 di Balairong Seri, Istana Iskandariah;


“Secara tradisi, fungsi raja dan pengharapan rakyat terhadap raja serta hubungan timbal balas antara institusi raja dan rakyat berlandaskan perjanjian dan permuafakatan antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun. Perjanjian yang segar sepanjang masa dan permuafakatan yang subur sepanjang waktu - bahawa rakyat akan kasih dan setia kepada raja yang adil kerana sumpah rakyat berlandaskan semangat Raja Adil raja disembah”.
Dari buku “April Fool” (2003)

Apa guna jadi ulama jika lidah kita lidah syaitan, tak berani menegur saudara kita yang suka membazir. Bakhil, segala harta yang diamanahkan oleh Allah dijadikan miliknya. Sama sekali tak mahu pulangkan hak Allah, yang ada padanya milik anak yatim, mereka yang mahu menuntut ilmu, musafir, orang berhutang tak mampu bayar hutang. Orang bakhil jadi musuh Allah. Banyak sangat kemungkaran yang berlaku, saya takut bersubahat. Saya minta Tuhan ampunkan dosa-dosa mereka yang leka dan lalai kerana tak ada yang berani menegur.
Pada mulanya, saya hanya mahu membuka kisah Kamal dan Ku Yem. Tiba-tiba muncul kisah rampasan kuasa di Perak. Ianya adalah satu krisis perlembagaan. Nizar menghantar surat kepada Sultan Azlan pada 4 Februari 2009 memohon bubar DUN Perak oleh kerana suasana politik yang tak menentu. Azlan tak perkenan, sebaliknya menitah Nizar letak jawatan pada 5 Februari 2009. Mungkin Azlan Shah terlupa atau terpaksa langgar undang-undang kerana agenda tersendiri.
Mengikut cerita Nizar, selepas mengungkapkan 12 perkara di hadapan Sultan Azlan pada 5 Februari 2009, sultan tunduk. Habis Nizar berkata, Azlan bertitah, “MB mesti letak jawatan”. Dia sudah hilang akal agaknya. Lu fikirlah Bro. Anak cina makan pengat, sendiri punya diri, sendiri mahu ingatlah.
Tanpa pilihan, Nizar menyatakan ungkapan masyhur, “Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik pohon sembah derhaka tuanku.” Dengan wajah berkerut, sultan bangun dan beredar!
Mulalah krisis kerana keesokannya sultan melantik Zambry Kadir jadi MB ke-11 tanpa membatalkan surat perisytiharan yang sultan tandatangani sewaktu melantik Nizar sebagai MB ke-10. Bayangkan bila ‘MB haram’ jadi ‘boneka’ Sultan. Apakah ini tidak bererti membunuh demokrasi? Sultan jadi boneka siapa pula?
Memohon Semakan Kehakiman (Judicial Review) di bawah Quo Waranto di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Februari 2009. Setelah 3 bulan perbicaraan, maka pada 11 Mei 2009, hakim Dato’ Abd Aziz Rahim memutuskan Nizar sebagai MB yang sah. Nizar terus menuju Istana Kinta di Ipoh pada jam 10.45 malam membawa sepucuk surat memohon perkenan Sultan Azlan untuk bubarkan DUN Perak. Satu mesyuarat Exco PR diadakan pada jam 11.30 malam. Keesokannya, semua Exco PR dan Nizar hadir semula ke pejabat. Nizar terus ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar. Pada pukul 2 petang, tanggal 12 Februari 2009, Nizar dan semua Exco dihalau keluar oleh SS (Setiausaha Negeri) kerana Zambry mengambil perintah Mahkamah Rayuan (dengan hanya seorang hakim, Dato’ Hamid) bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Inilah hebatnya UMNO! Nizar membawa sampai ke Mahkamah Persekutuan. Namun, dengan 5 hakim mereka memutuskan Zambry MB sah Perak pada 22 Mei 2009. Lu fikirlah Bro. THINK, tafakur.
Dalam keadaan terdesak, Tun Mahathir menggunakan bidalan Inggeris bagi menyuruh rakyat menyokong BN, “It is better to support the devil that you know than the angels you do not know.” Bila ditanya wartawan, siapa “the devil that you know?”, jawab Tun Mahathir, “It is BN”
Tunku Abdul Rahman pernah menulis dalam kolum “As I See It” dalam akhbar The Star sekitar 1981 yang juga dikumpulkan dan diterbitkan dalam bentuk buku berjudul “Something To Remember” (1983) di mana beliau menyatakan:
1. The ruler, therefore, cannot sack the Menteri Besar who can only be ousted from office by the majority vote of members of the assembly.
(Oleh itu, Raja tidak berhak membuang Menteri Besar yang mana beliau hanya boleh digugurkan dari jawatan itu melalui undi tidak percaya yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri)
2. By the same token, a ruler cannot refuse to accept a Menteri Besar proposed by the people. What would happen if he does and the legislative council of the state sends in the same man again as Menteri Besar?
(Begitu juga, raja tidak boleh enggan menerima perlantikan seseorang Menteri Besar)
3. He can only give assent but has no right to choose a Menteri Besar after his own heart.
(Raja hanya boleh mempersetujui tapi tidak berhak untuk memilih Menteri Besar yang disukainya)
4. This is so because the Menteri Besar is the man of the people and if the ruler is given the right to choose him, the Menteri Besar would be the ruler’s man and subservient to his will. This will turn democracy upside down.
(Ini kerana Menteri Besar itu milik rakyat dan kalau raja diberikan hak itu, maka Menteri Besar sudah menjadi hak raja dan mesti akur kepada kemahuannya. Ini akan mengakibatkan demokrasi jadi tunggang-langgang)

(petikan  buku “Lima Raja Terakhir”, 1990)

Sepuluh tahun lalu, sekiranya ada seorang pelajar yang mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, sudah pasti dia akan gagal dalam peperiksaan. Tetapi, sekarang orang yang mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah diangkat sebagai ‘Profesor’.
Sepuluh tahun lalu, sekiranya ada yang mengatakan bahawa Hang Tuah tidak wujud, sudah pasti dia akan dianggap sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Tetapi, sekarang bila ada Profesor yang mengatakan Hang Tuah tidak wujud, tidak ada siapa yang peduli.
Mungkin sepuluh tahun lagi, sesiapa yang mengatakan Altantuya dibunuh di Malaysia, sudah pasti orang akan mentertawakan mereka kerana bagaimana Altantuya boleh dibunuh sedangkan tidak ada rekod menunjukkan bahawa dia pernah memasuki Malaysia. Dan bagaimanakah anak Altantuya mahu membuktikan bahawa ibunya memang pernah dibunuh di sini?
Fakta boleh diselewengkan oleh siapa sahaja yang mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri. Namun, hakikat kebenaran ternyata bersifat universal.
Sudah pasti, anak Altantuya akan membuat laporan polis. Tetapi, bagaimana kalau polis terus saja menolak laporan tersebut dan menganggap tindakan anak Alatantuya itu ibarat tindakan orang gila? Di mana buktinya? Di mana kuburnya? Di mana rekodnya? Fakta bergantung kepada masa, tempat dan keadaan. Dan sejarah boleh diselewengkan untuk memastikan yang berkuasa terus berkuasa.
Fakta dan kebenaran adalah dua hal yang berbeza, serupa halnya dengan peristiwa yang menimpa Galileo. Semasa riwayatnya, Galileo pernal mengusulkan ideanya bahawa bumi ini berbentuk sfera. Bagaimanapun, masyarakat pada zamannya masih lagi berpegang kepada kepercayaan fakta bahawa bumi ini rata. Kebanyakan mereka bermati-matian menentang penemuan Galileo itu. Kerana dipandang sesat oleh kelompok berpengaruh, akhirnnya Galileo dipancung oleh oleh pemerintah di negerinya yang dikuasai oleh kelompok gereja.

Hari ini, fakta yang diusulkan Galileo telah pun diterima oleh masyarakat antarabangsa.
Sasterawan Eropah dan Amerika banyak yang berani berkarya. Dr.Zhivago muncul menerusi manusia Boris Pasternak yang berani berkomunikasi intelek dengan audien pembacanya. Begitu juga Dr.Gustave Flaubert, DH Lawrence, Thomas Mann dan Goethe di Jerman. Shakespeare pula berani mengenengahkan kritik terhadap individu dalam istana Britain yang pada anggapannya mewah dan boros berbelanja, sedangkan rakyat jelata yang miskin pula terpaksa menanggung si kaya. Walaupun sesudah King James murka dan Shakespeare pulang ke Stratford-in Avon, King James adalah King James yang dikenali oleh generasi berikutnya. Puteri dan putera baginda sendiri rasa malu. Sebaliknya, di atas keberanian Shakespeare, namanya harum hingga ke hari ini.

Kalau nak pesan buku Setan Syaitan Sultan, email alxsunilife@gmail.com RM60 termasuk pos.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 05, 2012 23:45

December 3, 2012

Cikgu Mona di Al-Attas University of Life




Namaku Munah Musa, tapi Abah panggil aku Mona atau kadang-kadang Cikgu Mona (biasalah...sukahati dia je...Abah..jangan marah ye pinjam ayat Abah). 
Bekerja di sebuah instituisi yang mendidik bakal-bakal guru di Cheras, Kuala Lumpur. Berkunjung ke Taman Hana, Wadi Hussein sudah menjadi rutin kehidupan aku sejak tahun 2001. 
Tahun pertama aku melangkahkan kaki ke tempat ini tanpa sebarang tujuan tapi yang aku tahu ketika itu…keinginan aku untuk melihat lanskap yang dikatakan paling cantik di Malaysia yang telah beberapa kali memenangi Pertandingan Lanskap Negara. 
Aku tidak mengenali siapa Syed Hussein Alattas tapi aku pernah membaca dan memiliki beberapa buah penulisan beliau. Buku pertama yang aku miliki adalah Firasat. Aku suka buku ini dan entah berapa kali aku membacanya. Aku telah mengumpul dan membaca hampir ¾ daripada buku-buku beliau. 
Aku sukakan penulisan beliau yang bersahaja dan “daring”...tapi tersirat dengan pelbagai makna. Hanya jauhari yang mengenal manikam.Kalau anda membaca dengan minda yang terbuka di situ anda akan mengenali diri anda tetapi jika anda membaca penulisan beliau dengan minda yang tertutup...sesen habuk pun anda tak akan dapat menilai apa yang tersirat. 
Jadinya, aku kenal buku baru kemudiannya aku mengenali penulisnya. Pertama kali bertemu beliau hanya berpakaian biasa-biasa saje...berkemeja lusuh dan berkaki ayam...tapi aku tidak terkejut kerana pertama aku pernah melihat gambar beliau dalam buku-buku tulisannya dan kedua aku telah diingatkan oleh Long Jamil (orang pertama yang aku kenal apabila menjejakkan kaki ke Janda Baik) akan keadaan Pak Habib yang memang kadang-kadang suka berkaki ayam apabila berjalan di dalam taman ciptaannya.
            Jam 6.40 petang tanggal 12 November 2012, aku menerima panggilan dari Abah. “Mona please write something for my book University of Life.I’m about to complete the book. I’ve got from others, you saje yang belum tulis apa-apa…so please do as soon as possible.” Aku ok kan saje walaupun dalam hati aku mengerutu kerana suntuknya masa untuk menulis...
what to write???...cari idea..cari idea...apa punAbah, thank you kerana memberi ruang dan kesempatan untuk ku coretkan sedikit pengalaman bagaimana aku mengenali Taman Hana, Wadi Hussein. 
Yang tercatat ini adalah penulisan hati yang luhur dan ikhlas dari persepsi seorang pendidik guru dan juga dari mata hati seorang pencinta dan pengiat seni. I’am not a writter tapi insyallah I’ll write this with my heart.
            Pada pertemuan pertama 2001, aku dibawa berjalan mengelilingi Taman Hana. Melangkah dari pintu gerbang aku sudah dapat merasakan kelainan suasana, gerak dan rasa. Melangkah terus ke kawasan lapang  dan perkataan pertama yang keluar dari mulut aku.....subahanalah..this is great heaven!....
Ya Allah aku dapat merasakan seperti dalam ALAM BUANA....syurga...tak pernah aku lihat lanskap yang tersusun dengan tanaman yang indah berwarna-warni, wangian asli dari pokok-pokok dengan deruan air sungai yang mengalir...apa lagi yang harus aku katakan...satu kenikmatan deria yang sangat indah, damai dan tenang. Dalam hati terdetik...siapa orang tua ni...pandai pulak mencipta lanskap seindah ini. 
Pasti Pak Habib ini seorang lanscaper or an architect produk dari mana-mana universiti terkenal. Itu lah yang terlintas difikiran aku pada ketika itu. Dalam aku mengagumi kreativitinya, beliau rupanya hanyalah orang biasa yang bukan pun graduan akitektur atau pereka lanskap dari mana-mana universiti. 
He is really an architect without a plan...apa lagi yang boleh aku katakan. He is a planner with his own minds (bukan nak jet Abah). Orang kata seni itu begitu halus, kaya dengan kreativiti dan keindahannya.Ada juga orang yang bukan orang seni tetapi hatinya penuh dengan kesenian. Begitulah uniknya seni...
Taman Hana tercipta dari tangan dan minda seorang yang bukannya terdidik secara formal dalam bidang senibina dan taman tetapi hati seni yang unik itu telah merealisasikan lanskap minda seni yang sangat mengagumkan. 
   Sejak dari hari itu, aku menanam azam untuk berkongsi keindahan dan keunikan Taman Hana, Wadi Hussein bersama dengan seberapa ramai rakan dan anak didikku. Sesuatu yang baik adalah afdal untuk dikongsikan supaya keindahan ini akan dapat mendidik hati dan minda manusia kearah yang lebihbaik. 
Aku selalu ingat kata-kata Abah, banyak yang kita boleh pelajari dari alam dan sebenarnya dengan melihat kepada alam dan mempelajari rasmi alam, hati akan terdidik secara alamiah (back to nature). 
Alam yang tersedia dengan kelembutan, keindahan, keceraian warna-warninya, keharuaman bauan, ketenangan dan kedamaian akan menjuruskan naluri manusia kearah kebaikan. Jadilah seperti buah rambutan bila dibuka isinya adalah rambutan. 
A simple words, tapi tersirat dengan makna yang mendalam. Bila berdiri di depan pokok kenanga, biarlah baunya juga kenanga bukan mawar atau melor. Hampir setiap tahun aku akan membawa pelajar untuk program-program yang mendekatkan mereka kepada alam. 
Mengapa mereka dibawa ke sini, kerana di sinilah mereka diajar untuk menghargai keindahan alam dan juga aktiviti-aktiviti seni dengan merakam segala keindahan yang ada secara visual. Membentuk sahsiah pelajar dengan kesedaran melalui penghargaan terhadap alam. 
Di sini, aku mengajar pelajar-pelajarku mendisiplinkan diri, menghargai alam, menghayati dan mengenali diri, memahami erti tanggungjawab manusia kepada alam, anak kepada ibubapa dan juga membina jiwa insan pendidik. Ceramah-ceramah Pak Habib tak pernah kering dari mengingatkan mereka akan kesyukuran kepada Yang Maha pencipta yang telah mencipta kita. 

Mengenal erti kasih sayang sesama manusia dan alam...di sini mereka diajar untuk berFIKIR...di sini mereka belajar to be Loving, Giving, Caring, Sharing and Forgiving.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 03, 2012 21:19

November 28, 2012

AZMI APA: Promosi 3S @ Riverside



Sambil melayan gelagat si Armand tiba tiba muncul Pak Habib aka Syed Hussein Al Attasdi Riverside mempromo buku SSS nya disitu.Aku lihat ramai yang membeli buku Pak Habib hari ini,Bila abah terpandang aku kami bersalaman sambil berpelukan lalu aku menjemput abah duduk dimeja aku kebetulan ada dua kerusi kosong.Aku berbisik...

"Abah akan jual buku disini kah bukan di depan The Mall ?" ,tanyaku.

Abah menjawap sambil ketawa kecil, "Abah akan jual disini sampai SB halau abah..ha ha ha"  
















 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 28, 2012 01:21

November 19, 2012

Amrayy Lensa Assault Mengenal Diri




Ilmu Mengenal Diri


Syariat, Tariqat, Haqiqat - Saling Memerlukan

Syariat - Ertinya anda menyembah Allah Taala iaitu anda mengikut suruhan Allah Taala dan menjauhi segala laranganNya dengan mengaku merendah diri dalam iktiqad hati sama ada anda mengerjakannya atau tidak. Zahirnya tetap Syariat.

Tariqat- Ertinya seperti sesungguhnya anda sahajakan Allah Taala dengan ilmu dan alam iaitu mengamalkan apa yang anda ketahui

Haqiqat - Ia adalah faedah yang diperolehi daripada kedua-dua yang diatas tadi, aiatu bahawa anda melihat Allah Taala dengan cahayaNya yang dipertaruhkan di tengah-tengah hati anda iaitu Batin

Maka yang demikian, syariat & haqiqat saling memerlukan satu sama lain iaitu tidak boleh dibilang zahir syariat melainkan sudah ada batin haqiqat dan juga tidak boleh dikatakan batin haqiqat itu melainkan denga zahir syariat.

Ulamak telah memberikan kata isyarat : Syariat tanpa Haqiqat itu hampa & Haqiqat tanpa Syariat itu batal

Al Qutubur Rabbani Walhaikal An - Nurani Maulana As Syeikh Abdul Qadir Al Jilani :
Tiap-tiap haqiqat yang tidak diperteguhkannya dengan Syariat, maka ianya zindiq

Menurut Ibnu Ibad, mengambil riwayat sesetengah orang A'rif, "Barangsiapa mengatakan haqiqat itu bersalahan dengan syariat, maka orang itu kafir"

Oleh itu, Syariat Batin itu dinamakan Haqiqat & Syariat Zahir itu adalah Feqah. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan, kerana sekiranya dipisahkan, ia akan membawa kecacatan kepada agama.

Imam Junaid : "Barangsiapa mengetahui ilmu feqah (Zahir Syariat), tanpa mengetahui ilmu tasawuf (Haqiqat - Batin Syariat), maka sesungguhnya orang itu Fasik. Manakala sekiranya orang itu mengetahui ilmu tasawuf tanpa ilmu feqah, maka sesungguhnya orang itu zindiq. Barangsiapa yang menghimpunkan kedua-duanya sekali (feqah & tasawuf), maka sesungguhnya orang itu tahkik yang sebenar.

*Zindiq (jamaknya : Zanadiqah) : Ulama Syafi’iyyah dan lainnya, bahawa zindiq adalah orang yang memperlihatkan keIslamannya dan menyembunyikan kekufuran

Imam asy Syafi'i Rahimahullah (wafat 204 H) berkata : "Idzaa shah-hal hadiitsu fa Huwa madzHabii" yang ertinya ; "Apabila suatu hadis telah jelas sahih, maka itulah mazhabku" (dinukil oleh Imam an Nawawi dalam al Majmuu' I/63)



Perincian Hakikat Maksud Atau Makna Wali

Orang - orang Sufi percaya bahawa Aulia' Allah itu adalah warisan kerohanian Nabi Muhammad SAW dan baginda adalah ketua hiarki itu. Setiap "waris" hingga ke "Khatamul Aulia'" (Penutup Segala Wali) menerima cahaya (nur) dari Nur Muhammad (Nurul-Muhammadiyyah). 

Wilayah (kewalian) bukan bererti kewara'an, ketaatan atau kesalihan, meskipun ciri-ciri itu ada secara kebetulan pada seseorang Wali itu. Yang paling penting dalam kewalian ialah ma'rifah (Mengenal Tuhan Sepenuhnya). Menurut teori, seseorang itu adalah Wali jika ia memiliki darjat ma'rifah di mana beliau dapat mengetahui perhubungan dirinya dengan Tuhan, yang mana dirinya itu adalah penzahiran Tuhan saja dan menyedari kesatuan dirinya dengan Tuhan. Dengan lain perkataan, seseorang itu adalah Wali sekiranya ia 
seorang Insan Kamil atau seorang yang termasuk dalam golongan yang digelar sebagai "Malamiyyah". 

Golongan Malamiyyah ini adalah golongan orang Sufi yang paling tinggi darjatnya. Mereka ini menyimpan rahsia-rahsia kesufian itu dalam diri mereka sendiri. Mereka hanya berdiskusi atau bermuzakarah di kalangan mereka sendiri saja. Mereka tidak sekali-kali membukakan rahsia ilmu mereka itu kepada orang yang bukan ahli, bahkan seseorang itu memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang yang lain, walaupun mereka itu ahli juga. Orang golongan Malamiyyah ini tidak suka "publicity". Mereka lebih suka merahsiakan ilmu pengetahuan mereka. Mereka tidak peduli dengan cacian atau pujian orang. Hati mereka penuh dengan mengingati dan mengenang Allah. Mereka melihat dan mendengar melalui Allah. Mereka kosong dari segalanya kecuali Allah. Bahkan diri mereka sendiri pun mereka tidak tahu kerana mereka telah tenggelam dalam lautan Ketuhanan yang Maha Dalam. 

Dilanjutkan lagi maksud "Malamiyyah" itu hingga meliputi : 

· 1 - Semua Anbia' dan Rasul. Nabi Muhammad SAW juga termasuk dalam golongan ini. 

· 2 - Sebagai orang Sufi. 

· 3 - Al-Afrad (orang persendirian) seperti Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani. 

· 4 - Al-Umana (pengawal). 

· 5 - Al-Ahbab (yang dikasihi). 

· 6 - Al-Warathah (waris), dan lain-lain lagi. 

Istilah Wali bagi meliputi semua Rasul dan Nabi. Seorang Rasul adalah terlebih dahulu seorang Wali yang ditugaskan untuk menyampaikan risalah Ketuhanan kepada manusia. Seorang Nabi adalah seorang Wali tetapi berbeza dengan Aulia' yang lain kerana ia memiliki ilmu yang unik (tersendiri) tentang alam-alam ghaib. 

Kewalian itu adalah asas semua pangkat kerohanian dan itulah satu unsur yang tunggal yang ada pada semua mereka itu. Sebenarnya kewalian itu adalah Sifat Tuhan kerana satu daripada nama Tuhan ialah Al-Wali. Istilah Wali ini jika dipakai kepada manusia, maka pemakaian itu adalah bagi mereka yang telah menyedari keesaan atau kesatuan diri mereka dengan Allah. Kewalian ini adalah peringkat umum tetapi Kenabian (Nubuwwah) atau KeRasulan (Risalah) adalah peringkat yang khusus. Kewalian adalah keadaan yang kekal, tetapi Nubuwwah dan Risalah hanya sementara. Ilmu dalam kewalian tidak terbatas kerana ilmu itu sama dengan ilmu Allah dan ilmu Ruh Muhammad (Ruhul-Muhammadiyyah), tetapi ilmu dalam Nubuwwah dan Risalah adalah terbatas.


· Kewalian Dan Khalifah Am 

Khalifah yang sebenarnya, ialah Roh Muhammad itu. Roh ini sentiasa menzahirkan dirinya dalam bentuk Nabi dan Wali dan setiap mereka itu bolehlah digelarkan "Khalifah". Mereka semuanya menzahirkan Khalifah Am (Al-Khalifatul-'ammah) itu. Semua mereka itu adalah Wali, pada dasarnya. Nabi dan Rasul itupun adalah Wali pada dasarnya. Semua Wali itu memperolehi ilmu mereka dari Ruh Muhammad atau Hakikat Muhammad. Di samping itu, Nabi dan Rasul memiliki ilmu khusus untuk kerasulan dan kenabian mereka. Dalam sifat mereka sebagai Wali, Nabi dan Rasul itu lebih sempurna. Ini tidaklah bermaksud seseorang Wali itu lebih sempurna atau lebih tinggi dari sebarang Nabi atau Rasul, tetapi bahagian kewalian Nabi atau Rasul itu lebih tinggi dari bahagian kenabian dan kerasulannya. Seseorang Nabi itu lebih sempurna dari segi `ubudiyyah dari seorang Wali. Tetapi seorang Wali lebih sempurna dari segi rububiyyah dari seorang Nabi. Kewalian dan keNabian dikira sebagai dua wajah atau dua aspek daripada seorang peribadi. 

Semua Rasul, Nabi dan Wali itu termasuk dalam satu golongan daengan satu unsur yang menyatukan mereka semua. Unsur ini ialah prinsip aktif dalam semua wahyu dan ilham iaitu Roh Muhammad atau Hakikat Muhammad. 

Selanjutnya, bahawa semua syara'i (hukum-hukum ugama) sejak Nabi Adam a.s. hingga Muhammad SAW adalah semata-mata penzahiran sementara (temporal manifestations) menurut keperluan dan kehendak manusia pada zaman-zaman yang berbeza-beza dan sesuai untuk sesuatu zaman tertentu yang terbit daripada
satu ugama yang sejagat yang bernama Islam. Sekarang ini kerasulan dan kenabian telah tamat. Tetapi Khalifah Am (al-khalifatul-`ammah) masih ada dan diwarisi oleh para Aulia' yang menurut syariat Nabi Muhammad SAW.




- Kesimpulannya - 

Patut diketahui bahawa apa yang dimaksudkan dengan Hakikat Muhammad itu ialah satu hakikat atau prinsip yang aktif dalam semua wahyu dan ilham para Nabi dan Wali. Ianya bersifat "Universal" (sejagat) dan tidak tertakluk kepada zaman dan masa. Prinsip ini hidup dan menyerap dalam alam semesta raya ini. Sebenarnya prinsip ini adalah bayangan Alah SWT. Kalau Allah itu diibaratkan sebagai matahari, maka Hakikat Muhammad itu bolehlah diibaratkan sebagai cahayanya. Cahaya itu menyuluh dan menyinari sekalian makhluk yang wujud ini. 

Semua Rasul dan Nabi (termasuk Nabi Muhammad sendiri) dan Aulia' Allah adalah penzahir (manifestasi) Hakikat Muhammad tersebut. Nabi Muhammad SAW itu adalah bentuk sahaja. Seperti juga manusia, badan itu bentuknya tetapi hakikatnya adalah Ruhnya. Badan lenyap dan binasa tetapi Ruh terus dan tetap hidup sampai bila-bila. Badan tertakluk kepada ruang dan waktu tetapi Ruh melampaui ruang dan waktu. 

Wallahu ta'ala a'lam....... 

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri




















Artikal diatas ihsan dari saudara Najib (Jejak Terlindung)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 19, 2012 02:38

Amrayy Lensa Assault Mengenal Diri




Ilmu Mengenal Diri


Syariat, Tariqat, Haqiqat - Saling Memerlukan

Syariat - Ertinya anda menyembah Allah Taala iaitu anda mengikut suruhan Allah Taala dan menjauhi segala laranganNya dengan mengaku merendah diri dalam iktiqad hati sama ada anda mengerjakannya atau tidak. Zahirnya tetap Syariat.

Tariqat- Ertinya seperti sesungguhnya anda sahajakan Allah Taala dengan ilmu dan alam iaitu mengamalkan apa yang anda ketahui

Haqiqat - Ia adalah faedah yang diperolehi daripada kedua-dua yang diatas tadi, aiatu bahawa anda melihat Allah Taala dengan cahayaNya yang dipertaruhkan di tengah-tengah hati anda iaitu Batin

Maka yang demikian, syariat & haqiqat saling memerlukan satu sama lain iaitu tidak boleh dibilang zahir syariat melainkan sudah ada batin haqiqat dan juga tidak boleh dikatakan batin haqiqat itu melainkan denga zahir syariat.

Ulamak telah memberikan kata isyarat : Syariat tanpa Haqiqat itu hampa & Haqiqat tanpa Syariat itu batal

Al Qutubur Rabbani Walhaikal An - Nurani Maulana As Syeikh Abdul Qadir Al Jilani :
Tiap-tiap haqiqat yang tidak diperteguhkannya dengan Syariat, maka ianya zindiq

Menurut Ibnu Ibad, mengambil riwayat sesetengah orang A'rif, "Barangsiapa mengatakan haqiqat itu bersalahan dengan syariat, maka orang itu kafir"

Oleh itu, Syariat Batin itu dinamakan Haqiqat & Syariat Zahir itu adalah Feqah. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan, kerana sekiranya dipisahkan, ia akan membawa kecacatan kepada agama.

Imam Junaid : "Barangsiapa mengetahui ilmu feqah (Zahir Syariat), tanpa mengetahui ilmu tasawuf (Haqiqat - Batin Syariat), maka sesungguhnya orang itu Fasik. Manakala sekiranya orang itu mengetahui ilmu tasawuf tanpa ilmu feqah, maka sesungguhnya orang itu zindiq. Barangsiapa yang menghimpunkan kedua-duanya sekali (feqah & tasawuf), maka sesungguhnya orang itu tahkik yang sebenar.

*Zindiq (jamaknya : Zanadiqah) : Ulama Syafi’iyyah dan lainnya, bahawa zindiq adalah orang yang memperlihatkan keIslamannya dan menyembunyikan kekufuran

Imam asy Syafi'i Rahimahullah (wafat 204 H) berkata : "Idzaa shah-hal hadiitsu fa Huwa madzHabii" yang ertinya ; "Apabila suatu hadis telah jelas sahih, maka itulah mazhabku" (dinukil oleh Imam an Nawawi dalam al Majmuu' I/63)



Perincian Hakikat Maksud Atau Makna Wali

Orang - orang Sufi percaya bahawa Aulia' Allah itu adalah warisan kerohanian Nabi Muhammad SAW dan baginda adalah ketua hiarki itu. Setiap "waris" hingga ke "Khatamul Aulia'" (Penutup Segala Wali) menerima cahaya (nur) dari Nur Muhammad (Nurul-Muhammadiyyah). 

Wilayah (kewalian) bukan bererti kewara'an, ketaatan atau kesalihan, meskipun ciri-ciri itu ada secara kebetulan pada seseorang Wali itu. Yang paling penting dalam kewalian ialah ma'rifah (Mengenal Tuhan Sepenuhnya). Menurut teori, seseorang itu adalah Wali jika ia memiliki darjat ma'rifah di mana beliau dapat mengetahui perhubungan dirinya dengan Tuhan, yang mana dirinya itu adalah penzahiran Tuhan saja dan menyedari kesatuan dirinya dengan Tuhan. Dengan lain perkataan, seseorang itu adalah Wali sekiranya ia 
seorang Insan Kamil atau seorang yang termasuk dalam golongan yang digelar sebagai "Malamiyyah". 

Golongan Malamiyyah ini adalah golongan orang Sufi yang paling tinggi darjatnya. Mereka ini menyimpan rahsia-rahsia kesufian itu dalam diri mereka sendiri. Mereka hanya berdiskusi atau bermuzakarah di kalangan mereka sendiri saja. Mereka tidak sekali-kali membukakan rahsia ilmu mereka itu kepada orang yang bukan ahli, bahkan seseorang itu memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang yang lain, walaupun mereka itu ahli juga. Orang golongan Malamiyyah ini tidak suka "publicity". Mereka lebih suka merahsiakan ilmu pengetahuan mereka. Mereka tidak peduli dengan cacian atau pujian orang. Hati mereka penuh dengan mengingati dan mengenang Allah. Mereka melihat dan mendengar melalui Allah. Mereka kosong dari segalanya kecuali Allah. Bahkan diri mereka sendiri pun mereka tidak tahu kerana mereka telah tenggelam dalam lautan Ketuhanan yang Maha Dalam. 

Dilanjutkan lagi maksud "Malamiyyah" itu hingga meliputi : 

· 1 - Semua Anbia' dan Rasul. Nabi Muhammad SAW juga termasuk dalam golongan ini. 

· 2 - Sebagai orang Sufi. 

· 3 - Al-Afrad (orang persendirian) seperti Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani. 

· 4 - Al-Umana (pengawal). 

· 5 - Al-Ahbab (yang dikasihi). 

· 6 - Al-Warathah (waris), dan lain-lain lagi. 

Istilah Wali bagi meliputi semua Rasul dan Nabi. Seorang Rasul adalah terlebih dahulu seorang Wali yang ditugaskan untuk menyampaikan risalah Ketuhanan kepada manusia. Seorang Nabi adalah seorang Wali tetapi berbeza dengan Aulia' yang lain kerana ia memiliki ilmu yang unik (tersendiri) tentang alam-alam ghaib. 

Kewalian itu adalah asas semua pangkat kerohanian dan itulah satu unsur yang tunggal yang ada pada semua mereka itu. Sebenarnya kewalian itu adalah Sifat Tuhan kerana satu daripada nama Tuhan ialah Al-Wali. Istilah Wali ini jika dipakai kepada manusia, maka pemakaian itu adalah bagi mereka yang telah menyedari keesaan atau kesatuan diri mereka dengan Allah. Kewalian ini adalah peringkat umum tetapi Kenabian (Nubuwwah) atau KeRasulan (Risalah) adalah peringkat yang khusus. Kewalian adalah keadaan yang kekal, tetapi Nubuwwah dan Risalah hanya sementara. Ilmu dalam kewalian tidak terbatas kerana ilmu itu sama dengan ilmu Allah dan ilmu Ruh Muhammad (Ruhul-Muhammadiyyah), tetapi ilmu dalam Nubuwwah dan Risalah adalah terbatas.


· Kewalian Dan Khalifah Am 

Khalifah yang sebenarnya, ialah Roh Muhammad itu. Roh ini sentiasa menzahirkan dirinya dalam bentuk Nabi dan Wali dan setiap mereka itu bolehlah digelarkan "Khalifah". Mereka semuanya menzahirkan Khalifah Am (Al-Khalifatul-'ammah) itu. Semua mereka itu adalah Wali, pada dasarnya. Nabi dan Rasul itupun adalah Wali pada dasarnya. Semua Wali itu memperolehi ilmu mereka dari Ruh Muhammad atau Hakikat Muhammad. Di samping itu, Nabi dan Rasul memiliki ilmu khusus untuk kerasulan dan kenabian mereka. Dalam sifat mereka sebagai Wali, Nabi dan Rasul itu lebih sempurna. Ini tidaklah bermaksud seseorang Wali itu lebih sempurna atau lebih tinggi dari sebarang Nabi atau Rasul, tetapi bahagian kewalian Nabi atau Rasul itu lebih tinggi dari bahagian kenabian dan kerasulannya. Seseorang Nabi itu lebih sempurna dari segi `ubudiyyah dari seorang Wali. Tetapi seorang Wali lebih sempurna dari segi rububiyyah dari seorang Nabi. Kewalian dan keNabian dikira sebagai dua wajah atau dua aspek daripada seorang peribadi. 

Semua Rasul, Nabi dan Wali itu termasuk dalam satu golongan daengan satu unsur yang menyatukan mereka semua. Unsur ini ialah prinsip aktif dalam semua wahyu dan ilham iaitu Roh Muhammad atau Hakikat Muhammad. 

Selanjutnya, bahawa semua syara'i (hukum-hukum ugama) sejak Nabi Adam a.s. hingga Muhammad SAW adalah semata-mata penzahiran sementara (temporal manifestations) menurut keperluan dan kehendak manusia pada zaman-zaman yang berbeza-beza dan sesuai untuk sesuatu zaman tertentu yang terbit daripada
satu ugama yang sejagat yang bernama Islam. Sekarang ini kerasulan dan kenabian telah tamat. Tetapi Khalifah Am (al-khalifatul-`ammah) masih ada dan diwarisi oleh para Aulia' yang menurut syariat Nabi Muhammad SAW.




- Kesimpulannya - 

Patut diketahui bahawa apa yang dimaksudkan dengan Hakikat Muhammad itu ialah satu hakikat atau prinsip yang aktif dalam semua wahyu dan ilham para Nabi dan Wali. Ianya bersifat "Universal" (sejagat) dan tidak tertakluk kepada zaman dan masa. Prinsip ini hidup dan menyerap dalam alam semesta raya ini. Sebenarnya prinsip ini adalah bayangan Alah SWT. Kalau Allah itu diibaratkan sebagai matahari, maka Hakikat Muhammad itu bolehlah diibaratkan sebagai cahayanya. Cahaya itu menyuluh dan menyinari sekalian makhluk yang wujud ini. 

Semua Rasul dan Nabi (termasuk Nabi Muhammad sendiri) dan Aulia' Allah adalah penzahir (manifestasi) Hakikat Muhammad tersebut. Nabi Muhammad SAW itu adalah bentuk sahaja. Seperti juga manusia, badan itu bentuknya tetapi hakikatnya adalah Ruhnya. Badan lenyap dan binasa tetapi Ruh terus dan tetap hidup sampai bila-bila. Badan tertakluk kepada ruang dan waktu tetapi Ruh melampaui ruang dan waktu. 

Wallahu ta'ala a'lam....... 

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri




















Artikal diatas ihsan dari saudara Najib (Jejak Terlindung)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 19, 2012 02:38

November 18, 2012

S.H. Alattas's Blog

S.H. Alattas
S.H. Alattas isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow S.H. Alattas's blog with rss.