Mawar Safei's Blog, page 87

March 4, 2018

Saya menekuni buku ini. Himpunan tulisan seorang pentadbi...


Saya menekuni buku ini. Himpunan tulisan seorang pentadbir. Menariknya, penulis merupakan pentadbir yang pernah mengetuai fakulti kami beberapa tahun sewaktu saya menyiapkan ijazah ketiga. Walau tidak sempat mengikuti langgam pentadbiran beliau, saya percaya ketulusannya dalam kepimpinan, ya melalui pembacaan buku ini. Benar, dalam rakaman sari rangsang, sesebuah universiti bukan sahaja diukur dalam pemerihalan penglahiran ijazah, namun yang lebih mustahak adalah menumbuhkan harga diri dan sahsiah. Syabas, Tuan Haji Abd Razak Hussin. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 04, 2018 13:09

February 27, 2018

Umur saya tinggal sedikit lagi; maka dengannya saya bersy...




Umur saya tinggal sedikit lagi; maka dengannya saya bersyukur. Terima kasih atas ingatan sahabat yang menitip pesan untuk mengingat akan baki angka. Mudah mudahan saya dapat lebih taat. Insya-Allah. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 27, 2018 06:20

February 26, 2018

Hujung minggu, menemani AM mendapatkan rida', saya menaha...



Hujung minggu, menemani AM mendapatkan rida', saya menahan sebak. Terus disangkut di bahu, rida' warna kesumba pilihan Bapak, AM kenakan bersama jubah putih untuk solah Maghribnya di musolla. Allah ya Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengatur tiap gerak hasrat manusia, daripada AM, anak yang sebelumnya bergaya ranggi, sekarang dia lebih senang menyarung kurta atau jubah. Bacaan dan gerak solah yang kian tertib, mana mungkin tidak membuat sebak saya mengguncang dada. Ikut Rasulullah, anakku, ikut jejaknya. Ikut cahaya itu untuk ke syurga, terus istiqomah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 26, 2018 02:18

February 22, 2018

Terima kasih atas kesudian untuk menyertai kami. Allah me...


Terima kasih atas kesudian untuk menyertai kami. Allah merahmati.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2018 13:57

February 20, 2018

Antara kesyukuran apabila dapat berjeda di surah ke-114, ...




Antara kesyukuran apabila dapat berjeda di surah ke-114, menyatukan tangan di dada dan berdoa sungguh-sungguh. Kesyukuran seterusnya saat dapat memulakan kembali al Fatehah, di muka hadapan. Ya sekali lagi syukurnya diberikan keluasan masa dan umur untuk mengulang baca al Qur'an, sahabat karib itu. Apa lagi kesyukuran yang berganda, kita tidak sendiri ketika di halaman akhir dan membaca sekian kali al Baqarah. Saat ada yang menyertai lagi, bacaan, terjemahan, tadabbur dan iktibar, menjadikannya satu garis perjalanan nurani yang menakjubkan. Saya berdoa lagi mudah-mudahan perjalanan kami kali aman, tidak ada ribut taufan dan dalam keredhaan. Semoga.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 20, 2018 13:13

Menyaring dari al-Hikam, sengaja saya memilih b...


Menyaring dari al-Hikam, sengaja saya memilih bab 233 Ilmu yang Bermanfaat. Antara baris mulanya dicatat, ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang sinarnya melapangkan dada dan cahayanya menyingkap hati. Subhanallah. Saya melihat cahaya yang indah dalam kalangan mata mahasiswa ketika saya membacakannya di hadapan dewan kuliah. Membaca kesusasteraan dengan sodoran ilmu seperti dalam Kecelakaan si Pemalas, hampir satu kurun, cerpen Melayu menganjurkan tuntutan berilmu. Segala yang jahat ditutup dengan sinarnya. Segala rahasia yang selama ini terhijab, kita temukan hikmah kejadiannya. Semuanya kerana dasar ilmu yang menuntun lalu menjadi amalan. Saya memberitahu mahasiswa juga nikmat ilmu itu wajar disebar kerana dengannya kita lebih belajar.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 20, 2018 01:51

February 15, 2018

Sepanjang petang yang lapang. Beginilah kampus jika menuj...




Sepanjang petang yang lapang. Beginilah kampus jika menuju cuti hujung minggu yang panjang. Usai kuliah saya menjelang Zuhur, saya menyelinap ke ruang sendiri. Menyudahkan apa yang ada di atas meja kerja, menjinjing sebahagian untuk dibawa pulang. Ya, bukan cuti sebenarnya, banyak kerja membaca dan menulis yang harus dirapikan sebelum minggu baru bermula lagi dengan pelbagai ceritanya. Semester baru saja bermula dan saya tidak dalam semangat cuti. Saya tidak berhasrat menyertai jalanraya yang penuh juga.  Memang aneh apabila rutinitas tidak lagi seperti selalu. Tapi memang begitulah nantinya. Kita akan ditinggal pergi. Mendoakan semua yang keluar kota, dirahmati dan berbahagialah. 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 15, 2018 01:17

February 14, 2018

yang dirinduIa tidak mudah diucapkerana tidak ada bu...


yang dirindu

Ia tidak mudah diucap
kerana tidak ada bunyi yang berupaya mengganti

Ia tidak mudah juga ditinta
kerana tidak ada aksara yang mampu mewakili

Ia tidak mudah lagi dilakar
kerana tidak ada garis yang cukup dapat menukar

Benar, ia hanya mampu mengisi dada
ia pintar menahan getar
ia sanggup membendung bingung
ia terdaya menghadap lara
walau lara itu adalah yang indah.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 14, 2018 01:15

February 11, 2018

Semester baru, semester kedua bermula hari ini. Kuliah sa...


Semester baru, semester kedua bermula hari ini. Kuliah saya pada setiap Selasa dan Khamis. Seperti selalu, rasanya saya sangat teruja untuk bertemu mahasiswa dengan perihal baru dalam kuliah yang saya kendalikan. Semester ini saya mahu mengajak mahasiswa bersahabat dengan kitab Syekh Ibn 'Athaillah ini, al Hikam. Pertama kali saya mengetahuinya menerusi kajian disertasi mahaguru saya, Dr Shafie Abu Bakar (ramai yang beranggapan saya anakanda Dr Shafie). Begitu akhir-akhir ini saya sering dititip baris kata yang sangat mengilhamkan dari kitab penuh kebijakan ini. Menerusi mata pelajaran kesusasteraan, saya mahu mahasiswa menyertai saya, melihat sisi kebaikan dan manfaatnya dalam kehidupan yang dijalani seperti yang diajukan di dalamnya. Benar, sayang sekali ilmu yang diikuti hanya tinggal pada nota yang dicatat atau terbiar pada lakaran teori semata-mata untuk lulus ujian. Kepada mahasiswa saya semester ini, mudah mudahan Sdr dirahmati dengan ilmu yang bermanfaat, Insya-Allah.  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 11, 2018 21:58

AM baru merasakan akrabnya AM sekarang dengan al-Qur'an, ...



AM baru merasakan akrabnya AM sekarang dengan al-Qur'an, mummy. Itu suara kalbu AM yang sangat tulus saya pernah dengar. Allah ya Allah. Mahunya saya dakap AM kejap. Saya sangat berharap pada usia 12 tahun, AM sudah mengerti apabila acapkali saya katakan, mummy doakan AM diikat hatinya untuk cintakan Allah, cintakan Rasulullah, cintakan al-Qur'an dan cintakan solah. Mummy percaya hanya al-Qur'an yang terbaik untuk AM. Pengajian al-Qur'an dan bahasa Arab AM baru memasuki bulan kedua. Saya masih dan terus berdoa sungguh sungguh, mudah-mudahan diterangkan hatinya. Mendengar kisah tahajjudnya sebelum solah Fajr dan puasa sunat membuatkan Z terkasima. Subhanallah wabihamdihi, subhanallahil adzim.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 11, 2018 05:59

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.