Mawar Safei's Blog, page 85

April 22, 2018

Ya. Cerpen terbaru saya yang disiarkan hari ini di Berita...


Ya. Cerpen terbaru saya yang disiarkan hari ini di Berita Harian 22 April 2018; dengan ilustrasi yang sangat serasi. Saya jarang merasakan seperti ini: saya menyayangi cerpen Labuhan Sukma di Kapiti. Cerpen yang sengaja saya simpan lama. Tidak siapa dapat meneka, ia mencipta tragedi. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 22, 2018 04:22

April 20, 2018

Sampai jumpa, SDD!



Sampai jumpa, SDD!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 20, 2018 07:35

April 18, 2018

Saya berasa dekat dengannya!


Saya berasa dekat dengannya!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 18, 2018 04:05

April 14, 2018

Kupu-kupu biru. Ia menebar ilham yang bukan sedikit.dia d...


Kupu-kupu biru. Ia menebar ilham yang bukan sedikit.

dia di jurus cermin
di bucu dinding
di siku buku
di juring jalan
di sudut paling hujung
dia di penjuru yang sangat rahasia.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 14, 2018 06:07

April 13, 2018

Untuk sekian kali. Ini bukan fb saya. Sekian tahun, saya ...



Untuk sekian kali. Ini bukan fb saya. Sekian tahun, saya sudah tidak wujud di sana. Harap maklum. Terima kasih.  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 13, 2018 18:59

April 11, 2018

Sdr dipersilakan hadir, penuh ta'azim.


Sdr dipersilakan hadir, penuh ta'azim.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 11, 2018 00:19

April 7, 2018

Ingkar dan kembali ingat. Dan mungkir lagi dan kemudian k...



Ingkar dan kembali ingat. Dan mungkir lagi dan kemudian kembali sedar. Semakin saya mahu berlari jauh, ternyata saya kian tersandung dan jatuh. Sukar rupanya untuk menjejaki  jalan datang. Melihat rupa senja ini, ya, saya seperti tidak pernah belajar erti tahu diri ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 07, 2018 01:54

April 4, 2018

Ini antara kepatuhan yang harus saya junjung me...



Ini antara kepatuhan yang harus saya junjung menurut majikan kami. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 04, 2018 13:49

April 3, 2018

Saya bersyukur apabila berkesempatan menziarahi...




Saya bersyukur apabila berkesempatan menziarahi sahabat yang uzur. Bersyukur kerana Allah akan membentangkan jalan taat selepas keluar dari lawang rumah sakit. Saya akan mula mengenang,  betapa sukarnya untuk yang sakit meneruskan solah atau tadabbur al-Qur'an, apalagi mahu berpuasa atau ibadah khusus lain yang melibatkan pergerakan seperti lazimnya. Allah ya Allah. Dengan pelbagai wayar berselirat di seluruh badan, kesakitan demi kesakitan yang nyeri, perasaan sendiri yang entah bagaimana bergelayaran, dapatkah kekhusyukan hadir; sedangkan dalam sihat, saya selalu lalai. Pada kesempatan ini ingatan saya menuju guru Persatuan Bahasa Melayu kami, Cikgu Kamsani Selamat di IJN. Mudah mudahan budi mengasuh kami selama ini, memberikan kelapangan dalam urusan kesihatan dan ibadah Cikgu. Allah merahmati Cikgu yang budiman. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 03, 2018 16:59

April 2, 2018

Ros dan Syaf.Kami meraikan mempelai manis ini. ...



Ros dan Syaf. Kami meraikan mempelai manis ini. Saat mereka menjamah kek keju dan  mufin coklat, saya sengaja menyelak halaman Rumi dan membacakan ini:Aku memilih mencintaimu dalam diam, kerana dalam diam aku tak mendapatkan penolakan. Aku memilih mencintaimu dalam kesepian, kerana dalam kesepian tak ada yang memilikimu selain aku. Aku memilih mengagumimu dari jauh, kerana jarak akan melindungiku dari luka. Aku memilih menciummu dalam angin, kerana angin lebih lembut ketimbang bibirku. Aku memilih memelukmu dalam mimpi, kerana dalam mimpiku kau tak pernah berakhir.
Selamat Pengantin Baru R & S!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2018 02:34

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.