Mawar Safei's Blog, page 41
September 19, 2020
Beberapa kali saya ke Jogja, kota budaya yang penuh dan b...
Beberapa kali saya ke Jogja, kota budaya yang penuh dan bersahabat. Namun kali ini luar biasanya saya datang lagi. Daring. Kuliah. Riset. Perbincangan. Penulisan. Penerbitan. Ya, semuanya daring aja. Terima kasih UNY.
September 15, 2020
Saya dititip kepingan seni ini. Dan ia saya pajangkan di ...
Saya dititip kepingan seni ini. Dan ia saya pajangkan di dinding gua kerja. Terrnyata ia amat mengilhamkan, Sdr. Datangnya seperti mahu membawa saya ke suatu ruangan yang jauh, ke hujung sempadan laut. Di sana kami meninjau banyak riwayat yang pernah rapat dan perginya bersama gelombang di lengkungan langit percaya dan garis sangka.
September 9, 2020
Kita adalah derap langkah dan ringkik kuda pada siang har...
Kita adalah derap langkah dan ringkik kuda pada siang hari. Sementara malam nanti, kita adalah diri hamba yang penuh ketundukan. Mahu nyaman dengannya. Kita jalani siang dan malam itu dengan memastikan menjadi mulia sebelum mati. Ya, pastikan kita jadi mulia sebelum mati. Ucap guruku malam tadi.
September 8, 2020
Ruang pekerjaan saya semakin tidak menghormati huju...
Ruang pekerjaan saya semakin tidak menghormati hujung minggu atau waktu malam kami. Ada ketua yang mengeluarkan arahan kerja seawal jam 2 dini. Hasrat untuk menuju kehidupan yang sejahtera hanya merupakan kerangka teoritis jelek yang menjengkelkan dicatat di atas kertas. Sedang sebenarnya apa yang dilalui adalah seluruhnya jalan materi. Saya masih tanyakan, apakah bujukan majikan untuk mengamankan jiwa kami sewaktu jam bekerja, selain daripada melihat angka dan baris statistika. Makanya saya sangat percaya Allah menuntun hati saya mengenepikan kerja yang seperti gunung sekarang, untuk sepuluh hari ini. Saya simpan rasa nyaman dan jernih untuk diri sendiri, Sdr. Ternyata saya merasakannya. Menyitir bujukan Kang Hasan, ubah lelah jadi lillah! Saya tiba-tiba mahu menikmati brulee sama.
September 7, 2020
Sebelum memulakan kelas, kami ditanya lagi, untuk apa bel...
Sebelum memulakan kelas, kami ditanya lagi, untuk apa belajar solah khusyu'. Atau untuk apa kita mendirikan solah. Takutkan neraka? Mahukan syurga? Atau solah kita itu sebenarnya tanda syukur. Kita mahu menjadi hamba-Nya yang selalu bersyukur. Kita solah kerana betapa kita perlukan Allah. Kita solah kerana mahu memuji-muji dan mencintai-Nya. Ya Wahid. Ya Ahad.
September 4, 2020
Sepuluh hari ini saya mengikuti kelas malam jarak jauh. W...
Sepuluh hari ini saya mengikuti kelas malam jarak jauh. Walau lelah terburu antara tugas hakiki di kampus, merapikan rumah, kerja menulis yang tak pernah surut, dan urusan lainnya juga, saya cekalkan mata tua mengikuti. Persis bujukan Kang Hasan Basri malam tadi, guru baru saya itu, biar jalan ilmu ini menumbuhkan kita jadi lebih baik. Jalan ilmu ini merangkai ibadah yang masih banyak terpisah pisah. Mudah mudahan jalan ilmu ini walau sekejap, akan menyatukan ibadah yang masih terserak-serak. Seperti kami belajar tentang al Muqit. Betapa Allah itu Memberi Kecukupan dan bukan hanya Maha Memelihara. Allah ya Allah. Akan dipastikan-Nya kita cukup sepanjang pemeliharaan-Nya. Allah yang Maha Baik.
September 1, 2020
Malam tadi saya melihat si bulan penuh, 12 Muharam....
Malam tadi saya melihat si bulan penuh, 12 Muharam.
Antara bayang awan, pada renggang kenangan dan binar yang samar.
August 28, 2020
Muharam yang masih awal. Tanggal 10. Saat yang nyam...
Muharam yang masih awal. Tanggal 10. Saat yang nyaman untuk menaakul sejarah kemanusiaan yang banyak berlaku pada kotak takwim yang sama. Hari yang baik juga untuk saya berdiam daripada rutinitas. Menjalani tahun yang baru bermula, sering dipenuhi hasrat dan tekad. Saya pernah berdoa seperti apa yang dimahukan Nabi Daud dalam tangis penuhnya kepada al-Khaliq. Apa mahunya? Kembalikan kejernihan masa lalu padaku, ya Rabb! Sdr tahu apa jawab Tuhan. Permintaan yang sangat jauh, wahai Daud, tidak ada jalan bagi mengembalikan masa yang berlalu! Saya mahu menyertai tangis Daud juga.
August 27, 2020
Dalam acara Bicara 2020 UUM, kami bercakap tentang ...
Dalam acara Bicara 2020 UUM, kami bercakap tentang Mencari Ibrahim. Antaranya menemukan kami dengan substance bahawa hidup ini adalah pencarian. Ketemu atau tidak, nanti saja difikirkan. Perjalanan pencarian itu yang memberikan perca makna.
Dalam acara Biacara 2020 UUM, kami bercakap tentang...
Dalam acara Biacara 2020 UUM, kami bercakap tentang Mencari Ibrahim. Antaranya menemukan kami dengan substance bahawa hidup ini adalah pencarian. Ketemu atau tidak, nanti saja difikirkan. Perjalanan pencarian itu yang memberikan perca makna.
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers

