Mawar Safei's Blog, page 43
July 12, 2020
Hujan pagi.Akan selalu membawa saya kepadanya.
Published on July 12, 2020 16:46
July 9, 2020
Saya dititip dua novel ini oleh pengarangnya, Mohamed Sal...


Saya dititip dua novel ini oleh pengarangnya, Mohamed Salleh Said, mantan profesor sains UKM. Kumpulan penyelidikan kami yang mengkaji karya golongan profesional, menerima kabar ini dengan keterujaan. Terima kasih, Prof.
Published on July 09, 2020 21:36
July 7, 2020
Tak akan kembali
Published on July 07, 2020 22:02
July 2, 2020
Judul asal: Malim dan Ruyup MataharinyaTerima kasih Sdr N...
Published on July 02, 2020 21:31
July 1, 2020
Pengalaman pertama berwebinar!Terima kasih Dr Sil dan IAI...
Published on July 01, 2020 06:30
June 27, 2020
Saya pernah diingatkan begini, miliki satu amalan rahsiam...

Saya pernah diingatkan begini, miliki satu amalan rahsiamu. Tiada siapa yang tahu melainkan Dia. Tapi Sdr, menjadi kelaziman kami untuk berbahgi. Jauh sekali ta'ajub dengan apa yang dilakukan, sebaliknya ia adalah kebahagiaan untuk ada kesalingan. Atau dengan kelaziman baru, segalanya juga sudah berbeda. Tidak ada lagi istilah berbahgi. Semua jadi sendiri-sendiri. Bukankah nanti itu semua menuju melupakan dan meninggalkan. Begitukah, Sdr?
Published on June 27, 2020 15:35
June 26, 2020
Entri ulangan Feb 7, 2018Dalam mana-mana untaian rafik (i...

Entri ulangan Feb 7, 2018
Dalam mana-mana untaian rafik (ini judul cerpen lama saya), detik yang paling menghibakan adalah saat perpisahan. Sewaktu di sekolah dahulu, ketika ketua kelas berucap mewakili kami, antara lain skripnya berbunyi, jika takut pada perpisahan, usah berani mulakan pertemuan. Benar juga. Namun satu lagi dalam sesebuah persahabatan yang lebih menjadikan jiwa gundah gulana adalah apabila kehilangan sahabat al-Qur'an. Waktu kecil saya berpindah guru mengaji dari Temasek kemudian menyeberang selat, mengakibatkan saya kehilangan sahabat al-Qur'an. Saya sudah pernah merasakan kekosongan dan tiada sesiapa untuk berbahagi di mana ain Subuh tadi atau Maghrib nanti. Atau perlumbaan, adakah dia lebih ke hadapan atau manisnya saat kami berhenti di ain yang sama tanpa dirancang. Hanya sekarang saya dapat berdoa, bacaannya terus maju, terjemahannya diikuti dengan minat seperti selalu dan tadabburnya sangat seluruh, walau harus sendiri sendiri.
Published on June 26, 2020 00:46
June 21, 2020
Sawah padi di pintu jalan masuk ke rumahnya. Kelazim...

Kelaziman baru sedang kita jalani? Atau semuanya mahu kita nafikan. Ibaratnya C-19 adalah mimpi paling ngeri pernah memasuki tidur. Mungkin juga sama saat saya menerima tiap kali khabar kematian tiba di pintu. Selepas Pak Malim, berselang dua hari mantan pelajar seliaan pertama saya, turut berpulang pada usia 44 tahun. Ia juga mimpi ngeri apabila mengenang kegigihannya dalam dunia pendidikan, sebagai aktivis sastera dan melanjutkan ijazah kedoktoran. Siapa dapat menggantikan tempatnya menghasilkan pelajar cemerlang untuk diterima di universiti. Mudah mudahan perjalanan keilmuan menjadi sahabat baiknya di alam baru. Al fatehah buat Mohd. Faizal Said.
Published on June 21, 2020 09:47
June 19, 2020
20 Jun. Hari ini dalam rencana awal, saya akan memperkata...

20 Jun. Hari ini dalam rencana awal, saya akan memperkatakan salah sebuah kumpulan cerpennya. Itu permintaannya lewat wa. Tapi jalan takdir, tak siapa yang tahu. Dua hari lalu dia berpulang. Kelmarin entri saya tentang ketakutan melihat matahari petang nan jingga. Semalam saya membaca semula cerpennya "Menanti Matahari Terbenam di KD." Cerpen itu kami muatkan dalam Jurnal Melayu yang saya tangani beberapa tahun lalu. Dan saya mahu membaca kembali erti dan kisah matahari di hujung hari. Al Fatehah buat Pak Malim yang budiman.
Published on June 19, 2020 14:23
June 18, 2020
Kehadiran saya di pejabat masih berselang selang. Jika ke...

Kehadiran saya di pejabat masih berselang selang. Jika keperluan untuk hadir atas talian, saya akan bekerja dari rumah. Ya memang aneh. Dan apabila harus ke pejabat, masa saya juga tidak seperti dahulu. Kuliah dan mesyuarat yang masih belum bersemuka, tidak menjadikan saya berlumba lumba lagi mendapatkan petak letak kereta. Fakulti masih sunyi, sampai hujung tahun saya kira. Jadi saya tidak pulang lewat seperti dahulu. Selain takut sendirian di aras lima ruang kerja yang dingin, saya juga takut melihat matahari senja. Tidak seperti dahulu, saya menunggu-nunggu langit petang yang indah jingga. Namun tidak sekarang, Sdr. Langit petang di kampus sekarang sangat berdukacita garis garisnya. Dia tidak seperti dahulu, Sdr.
Published on June 18, 2020 01:34
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
