Mawar Safei's Blog, page 39
November 17, 2020
Banyak yang saya belajar dari karya almarhum Pak Ma...
November 15, 2020
Sejak PKP terbaru ini bermula, saya memastikan meja kerj...
Sejak PKP terbaru ini bermula, saya memastikan meja kerja saya di rumah rapat dekat dengan jendela. Agar saya masih merasakan saya berada di ruang rasmi seperti ruang kerja saya di kampus. Benar, Saudara ini antara isyarat keterikatan saya dengan meja kerja saya di fakulti yang sudah ditinggal lama. Sebak pastinya membayangkan taman kecil, penjuru sajadah, meja yang sering saya raikan mahasiswa datang antara waktu saya menulis atau mencari buku di tempatnya, dan ya hawa bilik yang saya kenal sekali. Jadi sepanjang bekerja di rumah, perihal yang sama cuba saya hadirkan. Sesekali ia tumbuh. Sesekali saya harus mencari arah. Kemudian ia hilang dan saya percaya tak perlu saya mendesah memeriksa mencari lagi. Saya percaya sudah menemukannya.
Sejak PKP terbaru ini bermula, saya memastikan meja...

November 12, 2020
Beberapa minggu ini saya menelaah TAADA - Tanah, Air, Ap...
Beberapa minggu ini saya menelaah TAADA - Tanah, Air, Api dan Angin milik almarhum Pak Malim. Banyak yang saya pelajari. Tentang tanah. Tentang air. Tentang api dan angin. Daripada perihal hak, ecotherapy, ilmu pulau dan air, saya sangat dituntun tentang perancangan manusia dan takdir menerusi api dan angin. Saya terus mendoakan kesejaheteraan sasterawan ini yang ilmunya mengalir nyaman.
Beberapa minggu ini saya menelaah TAADA - Tanah, Ai...
Beberapa minggu ini saya menelaah TAADA - Tanah, Air, Api dan Angin milik almarhum Pak Malim. Banyak yang saya pelajari. Tentang tanah. Tentang air. Tentang api dan angin. Daripada perihal hak, ecotherapy, ilmu pulau dan air, saya sangat dituntun tentang perancangan manusia dan takdir menerusi api dan angin. Saya terus mendoakan kesejaheteraan sasterawan ini yang ilmunya mengalir nyaman.
November 6, 2020
Dalam kuliah kelmarin, saya bercakap bagaimana gandingan...
Dalam kuliah kelmarin, saya bercakap bagaimana gandingan ilham dan ilmu dari al-Qur'an yang sangat membekas dalam jalan kepengarangan saya. Mungkin sudah beberapa kali saya ulang. Saya sering juga sambil itu bertanya kepada sahabat mahasiswa, sudahkah Sdr membuka laman al-Qur'an hari ini. Pasti antara jawapan yang saya terima adalah belum sempat, belum lagi, dan nanti. Saya memberitahu mereka, termasuk Lian, Kez dan Jess, keperluan saya membuka al-Qur'an setiap hari, setiap dini, adalah kerana al-Qur'an menawarkan tiga kemujaraban yang saya perlukan, iaitu syifa, huda dan rahmah. Mengapa? Saya memberitahu mereka bahawa saya sakit, sesat dan sendiri setiap hari. Ya, 3S. Maka saya sangat menghajatkan ubat, arah dan cinta. Ubat yang merawat sakit, arah menuntun petunjuk dan cinta saat saya sepi. Semua itu saya peroleh dari al-Qur'an. Maka saya jadi aneh jika Sdr tidak cuba mendapatkannya, bilang saya kepada mereka.
Dalam kuliah kelmarin, saya bercakap bagaimana gand...

October 31, 2020
Setiap kali di sini, pasti saya akan menginga...
Setiap kali di sini, pasti saya akan mengingatinya.
Saat merenung si bulan penuh. Saat berada di jalan kebaktian.
Dia selalu akan datang menyuluh.
October 28, 2020
Semester ini sahabat mahasiswa baru saya antaranya Kez, J...
Semester ini sahabat mahasiswa baru saya antaranya Kez, Jess dan Lian. Saya teringatkan mereka saat saya mengenang Rasulullah. Pagi ini kami berkuliah di tempat masing-masing dan kami membincangkan perihal ilham. Mendakap 12 Rabiulawal, ya hari ini, turut merupakan ilham yang bukan kepalang. Saya mengajak mereka bertiga untuk turut mengenali lebih lanjut tokoh yang hangat diraikan hari ini, malah sejak kelmarin. Rasulullah, sosok yang akan selalu dekat dalam dada sebagai bujukan akan semua ragu, gelisah dan hati yang terpanah. Kez, Jess dan Lian, saya percaya Sdr turut akan terpesona dengannya.
October 27, 2020
Bekerja dari rumah, membuat saya berlama-lama di me...
Bekerja dari rumah, membuat saya berlama-lama di meja jendela. Ya, ruang saya bekerja dari dini hingga ke malam. Saya senang saat menyeka lelah, saya dapat mendongak ke padang langit dan awan yang sesekali dirayapi sekawanan unggas. Seperti mereka saya ke sana ke sini, sesekali berselisih jalan dengan pengalaman yang mengamankan atau sebaliknya nanti meninggalkan luka yang dalam. Seperti mereka juga saya mahu sekali menyahut khabar saat semuanya sudah diam dan mendekam. Seperti mereka, saya sekali lagi sedang berlama-lama di sini.
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers