Mawar Safei's Blog, page 38
November 27, 2020
Pagar kayu rumah saya ada sebahagian yang mula diminta u...
Pagar kayu rumah saya ada sebahagian yang mula diminta untuk diganti. Di atasnya berlingkaran ranting, daun dan kudup kesidang. Bersebelahannya juga ada dahan kemboja, dan tetangga mereka adalah kemuning yang sudah pecah pasunya akibat akar yang semakin meliar. Semuanya itu akan terjejas dengan pembaikan pagar yang hampir mencecah belasan tahun. Pastinya saya menangis apabila kemuning dipaksa tarik keluar, diputuskan akarnya untuk dipindahkan ke pasu yang lebih lebar. Sekarang daunnya tidak segar seperti selalu, belum terlihat ia akan berbunga lebat lagi. Sepanjang musim kurungan ini, saya bersama sama mereka pagi dan petang. Semakin saya melihat daun yang kian luruh, saya belajar untuk merelakan. Bodohnya saya untuk tidak memahami makna kesementaraan. Dungunya saya untuk masih mengharap kebersamaan. Saya mula berikhlas hati untuk melepaskan, Sdr.
Pagar kayu rumah saya ada sebahagian yang mula dimi...

November 24, 2020
Lucu. Pagi ini saya bersiap di depan skrin untuk mesyuar...
Lucu. Pagi ini saya bersiap di depan skrin untuk mesyuarat. Rupa-rupanya bukan hari ini. Besok. Saya kian merasa menjadi mesin. Menjadi robot. Setiap pagi rutinitasnya, buka skrin dan bersiap untuk online. Ini kelaziman baru jugakah? Saya tersandar. Takut. Sedih. Bimbang. Semua menghenyak saya yang semakin tidak bermaya. Akhirnya, ia tidak menjadi lucu, Sdr.
Lucu. Pagi ini saya bersiap di depan skrin untuk me...
Lucu. Pagi ini saya bersiap di depan skrin untuk mesyuarat. Rupa-rupanya bukan hari ini. Besok. Saya kian merasa menjadi mesin. Menjadi robot. Setiap pagi rutinitasnya, buka skrin dan bersiap untuk online. Ini kelaziman baru jugakah? Saya tersandar. Takut. Sedih. Bimbang. Semua menghenyak saya yang semakin tidak bermaya. Akhirnya, ia tidak menjadi lucu, Sdr.
November 20, 2020
Selamat datang Prof Wiyatmi ke Kampus Hijau kami di Bangi!
Selamat datang Prof Wiyatmi ke Kampus Hijau kami di...
November 19, 2020
Maaf yang dalam kepada Panitia. Saya tidak dapat menerus...
Maaf yang dalam kepada Panitia.
Saya tidak dapat meneruskan pembentangan kerana masih dalam hari mengenang Abah.
Maaf yang dalam kepada Panitia. Saya tidak dap...
Maaf yang dalam kepada Panitia.
Saya tidak dapat meneruskan pembentangan kerana masih dalam hari mengenang Abah.
Abah mertua saya berpulang Isnin lalu. Kehilangan yang pa...
November 17, 2020
Banyak yang saya belajar dari karya almarhum Pak Malim. ...
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers