Mawar Safei's Blog, page 37

January 5, 2021

 Saya belajar ucapan indah ini. Bersyukur tanpa syarat. 

 

Saya belajar ucapan indah ini. Bersyukur tanpa syarat. 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 05, 2021 18:32

January 4, 2021

Minggu pertama bulan pertama tahun baru. Sdr, seperti set...



Minggu pertama bulan pertama tahun baru. Sdr, seperti setahun lalu, pasti tahun ini juga akan cepat berlalu. Resam tahun baru, azam akan selalu diperteguh. Tapi aneh, tahun ini seperti tiada pertanyaan tentang azam. Ya, kita menjalani terus tahun ini sepertinya sudah tidak ada beda garis antara tahun. Benar Sdr, al Qur'an mengingatkan, betapa sebentarnya kita di sini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 04, 2021 00:56

December 31, 2020

 Mudah mudahan tahun baru yang dirahmati dengan keafiatan...

 


Mudah mudahan tahun baru yang dirahmati dengan keafiatan dan kebaikan. Doa saya buat Sdr.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 31, 2020 23:00

December 28, 2020

 Kita dikurung lagi Sdr. Siri kepungan 14 hari harus dila...

 


Kita dikurung lagi Sdr. Siri kepungan 14 hari harus dilalui lagi saat memasuki tahun baru. Sesekali saya keluar untuk urusan di kampus, saya dapati jalanraya seperti dulu. Deretan kedai juga dibuka untuk urusniaga. Saya dengar di mall bahu Sdr boleh berlaga dengan bahu orang lain. Sdr, benarkah kita dikurung. Atau adakah erti kurungan itu hanya mengenakan pelitup muka, semak suhu dan imbas kod QR. Adakah  Sdr rasa dikurung?  

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2020 23:42

December 22, 2020

 Penyakit baru saya. Datangnya sejak PKP pertama, atau mu...

 


Penyakit baru saya. Datangnya sejak PKP pertama, atau mungkin lebih awal. Sisi baiknya, saya menjadi seorang yang cermat terhadap pemakanan. Saya banyak menimbang-nimbang. Tidak seperti sebelumnya, apabila saya lebih serong mengikut hati. 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2020 19:16

December 19, 2020

Pengakuan jujur, lama saya meninggalkan drama dan filem M...


Pengakuan jujur, lama saya meninggalkan drama dan filem Melayu. Mengapa? Keluangan. Saya hampir tidak sempat duduk di hadapan kotak tv kerana masa banyak di ruang rasmi dan malam yang pendek buat saya. Minggu ini, saya dapat melarikan diri. Memasuki lingkungan yang jauh dari rutinitas, membuka ruang malam saya lebih lebar. Ya, saya berkesempatan menonton Misteri Mona. Mengapa membuat saya langsung menulisnya di sini. Mungkin saya memang gemar genre misteri, walaupun sebenarnya saya penakut. Biar saya mendahului empat lagi episod yang akan berakhir minggu hadapan. Saya menebak dan mahu mempercayai bahawa Mona itu adalah Anom (ejaan  nama yang dipusingkan juga). Saya melihat Anom dikurung dan dipasung masa lalunya dalam kewujudan Mona. Mainan pengarah, membawakan watak Nadeem, suami yang turut cuba merawat kesakitan jiwa Anom dan jiwanya sendiri. Saya melihat pembikinan Misteri Mona dirumuskan dari kemanusiaan hari ini yang saling bersilang antara kesedaran dengan masa lalu yang mahu hilang, namun sering datang bertamu. Ada dalam kalangan kita yang tanpa sadar mencipta hasrat yang tidak mungkin sama sekali terjadi. Maka ia akan hidup sebagai bayang-bayang. Cuma saya menunggu apa hubungan Nadeem dengan Fahmi. Bagaimana nasib Leila, kakak Anom dan Tuan Jamal. Saya sambung menonton dan akan masuk tidur lewat lagi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 19, 2020 00:40

December 15, 2020

 Sudah hujung tahun lagi, Sdr. Dan perjalanan tahun ini s...

 

Sudah hujung tahun lagi, Sdr. Dan perjalanan tahun ini sungguh besar tantangannya. Bukan sekadar liku dan keluk. Bukan hanya keperitan dan kebingungan. Dan kita menjadi kelkatu, yang sering kehilangan sayap tipisnya. Namun walau menjadi kelkatu, saya seperti tahun-tahun lalu, kembali lagi ke ruang pelarian ini. Menghitung talun angin, menyaksi langit rendah yang kian bercantum dengan garis hijau laut, sambil kaki tua saya bersama-sama pasir yang menunggu takdir apakah selepas ini. Mungkin ada perutusan, di antara laluan ombak dan hening rasa. Ya, perutusan di dalam kaca. Message in a Bottle, antara filem kegemaran saya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 15, 2020 22:48

December 10, 2020

 Selamat datang Sdr Mohamad Kholid Hamzah ke UKM!



 Selamat datang Sdr Mohamad Kholid Hamzah ke UKM!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 10, 2020 16:13

December 2, 2020

 Hari yang bersejarah juga untuk julung kali saya diminta...

 

Hari yang bersejarah juga untuk julung kali saya diminta memberikan ucaputama di tempat sendiri. Rasa penghormatannya berbeda jika dibandingkan saat saya berdiri di hadapan persidangan di luar negara untuk maksud yang sama. Ya, undangan POGRES 2020, saya dapat rasakan sangat tulus. Terima kasih. Maka saya menyampaikan ketulusan juga tentang wilayah kesarjanaan yang saya lihat, yang saya lalui. Melalui naratif kemuning, saya membelah celah dahan, daun dan ranting untuk  membawa khalayak seminar ke banyak wilayah sains sosial dan kemanusiaan termasuk bahasa, komunikasi, sejarah, geografi, psikologi dan pasti sahaja bidang kecintaan saya, kesusasteraan. Mudah mudahan ada manfaatnya. Dan saya dengar ada teman yang mahu mendapatkan kemuning untuk bakal dipajang di laman rumah. Mudah mudahan mewangi terus. 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 02, 2020 23:50

 Hari yang bersejarah juga untuk julung kali saya di...

 

Hari yang bersejarah juga untuk julung kali saya diminta memberikan ucaputama di tempat sendiri. Rasa penghormatannya berbeda jika dibandingkan saat saya berdiri di hadapan persidangan di luar negara untuk maksud yang sama. Ya, undangan POGRES 2020, saya dapat rasakan sangat tulus. Terima kasih. Maka saya menyampaikan ketulusan juga tentang wilayah kesarjanaan yang saya lihat, yang saya lalui. Melalui naratif kemuning, saya membelah celah dahan, daun dan ranting untuk  membawa khalayak seminar ke banyak wilayah sains sosial dan kemanusiaan termasuk bahasa, komunikasi, sejarah, geografi, psikologi dan pasti sahaja bidang kecintaan saya, kesusasteraan. Mudah mudahan ada manfaatnya. Dan saya dengar ada teman yang mahu mendapatkan kemuning untuk bakal dipajang di laman rumah. Mudah mudahan mewangi terus. 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 02, 2020 23:50

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.