Mawar Safei's Blog, page 44
June 26, 2020
Entri ulangan Feb 7, 2018Dalam mana-mana untaian rafik (i...
Entri ulangan Feb 7, 2018
Dalam mana-mana untaian rafik (ini judul cerpen lama saya), detik yang paling menghibakan adalah saat perpisahan. Sewaktu di sekolah dahulu, ketika ketua kelas berucap mewakili kami, antara lain skripnya berbunyi, jika takut pada perpisahan, usah berani mulakan pertemuan. Benar juga. Namun satu lagi dalam sesebuah persahabatan yang lebih menjadikan jiwa gundah gulana adalah apabila kehilangan sahabat al-Qur'an. Waktu kecil saya berpindah guru mengaji dari Temasek kemudian menyeberang selat, mengakibatkan saya kehilangan sahabat al-Qur'an. Saya sudah pernah merasakan kekosongan dan tiada sesiapa untuk berbahagi di mana ain Subuh tadi atau Maghrib nanti. Atau perlumbaan, adakah dia lebih ke hadapan atau manisnya saat kami berhenti di ain yang sama tanpa dirancang. Hanya sekarang saya dapat berdoa, bacaannya terus maju, terjemahannya diikuti dengan minat seperti selalu dan tadabburnya sangat seluruh, walau harus sendiri sendiri.
Published on June 26, 2020 00:46
June 21, 2020
Sawah padi di pintu jalan masuk ke rumahnya. Kelazim...
Sawah padi di pintu jalan masuk ke rumahnya.
Kelaziman baru sedang kita jalani? Atau semuanya mahu kita nafikan. Ibaratnya C-19 adalah mimpi paling ngeri pernah memasuki tidur. Mungkin juga sama saat saya menerima tiap kali khabar kematian tiba di pintu. Selepas Pak Malim, berselang dua hari mantan pelajar seliaan pertama saya, turut berpulang pada usia 44 tahun. Ia juga mimpi ngeri apabila mengenang kegigihannya dalam dunia pendidikan, sebagai aktivis sastera dan melanjutkan ijazah kedoktoran. Siapa dapat menggantikan tempatnya menghasilkan pelajar cemerlang untuk diterima di universiti. Mudah mudahan perjalanan keilmuan menjadi sahabat baiknya di alam baru. Al fatehah buat Mohd. Faizal Said.
Published on June 21, 2020 09:47
June 19, 2020
20 Jun. Hari ini dalam rencana awal, saya akan memperkata...
20 Jun. Hari ini dalam rencana awal, saya akan memperkatakan salah sebuah kumpulan cerpennya. Itu permintaannya lewat wa. Tapi jalan takdir, tak siapa yang tahu. Dua hari lalu dia berpulang. Kelmarin entri saya tentang ketakutan melihat matahari petang nan jingga. Semalam saya membaca semula cerpennya "Menanti Matahari Terbenam di KD." Cerpen itu kami muatkan dalam Jurnal Melayu yang saya tangani beberapa tahun lalu. Dan saya mahu membaca kembali erti dan kisah matahari di hujung hari. Al Fatehah buat Pak Malim yang budiman.
Published on June 19, 2020 14:23
June 18, 2020
Kehadiran saya di pejabat masih berselang selang. Jika ke...
Kehadiran saya di pejabat masih berselang selang. Jika keperluan untuk hadir atas talian, saya akan bekerja dari rumah. Ya memang aneh. Dan apabila harus ke pejabat, masa saya juga tidak seperti dahulu. Kuliah dan mesyuarat yang masih belum bersemuka, tidak menjadikan saya berlumba lumba lagi mendapatkan petak letak kereta. Fakulti masih sunyi, sampai hujung tahun saya kira. Jadi saya tidak pulang lewat seperti dahulu. Selain takut sendirian di aras lima ruang kerja yang dingin, saya juga takut melihat matahari senja. Tidak seperti dahulu, saya menunggu-nunggu langit petang yang indah jingga. Namun tidak sekarang, Sdr. Langit petang di kampus sekarang sangat berdukacita garis garisnya. Dia tidak seperti dahulu, Sdr.
Published on June 18, 2020 01:34
June 13, 2020
Saya peminat kerang-kerangan Cari lokan di Pasar Sel...
Saya peminat kerang-kerangan
Cari lokan di Pasar Selayang,Kerang kupang turut dijumpa;Datang tidak pernah dibayang,Hilang pergi tak tahu mengapa.
Published on June 13, 2020 15:18
June 12, 2020
Yuk.Hubungi kami ya!
Published on June 12, 2020 19:32
June 10, 2020
Memasuki ruang kelaziman baru semalam, di ruang kerja, se...
Memasuki ruang kelaziman baru semalam, di ruang kerja, sebenarnya membuat saya bertembung kembali dengannya. Banyak dari rutinitas tiga bulan lalu masih mengepung kami. Saya melihat dia ada di situ. Dia berdiri di tikungan saat saya melintasi. Dia bersimpuh di ruang persujudan. Dia berteduh di bawah ranting pohon sukma. Kemudian saya melihat dia seperti mahu bercakap tentang mengapa dia menghilang lama dulu sebelum wabah menerpa. Namun Sdr tahu, ketika saya menoleh, rupanya semua itu adalah bayangan. Sehingga saya mahu percaya tentang sesuatu, Sdr.
Published on June 10, 2020 13:52
June 9, 2020
Hari ini kami diminta mula hadir ke kampus setelah hampir...
Hari ini kami diminta mula hadir ke kampus setelah hampir tiga bulan bekerja dari rumah. Perkara pertama yang saya fikirkan adalah penggunaan bilik air. Di ruang kerja kami, bilik airnya bersih dan rapi. Tapi saya masih takut untuk memegang tombol pintu. Saya masih berkira-kira bila harus menggunakan lapik tisu, bila menyeka pensanitasi atau memastikan pelitup muka tidak ada ruang dimasuki hawa luar. Saya sepertinya kian selesa bekerja dari rumah, dengan rutinitas baru. Pagi ke danau sukma. Kemudian bekerja rasmi di depan skrin. Memasak. Kemudian menulis dan membaca hingga ke malam. Tiba tiba hari ini harus saya fikir kisah tombol pintu, tisu, dan pensanitasi. Rutinitas bertukar lagi. Dan ini belum saya bertembung semula dengan bayangan rutinitas lama. Ia pastinya perih. Banyak yang sudah tidak seperti dahulu, sebelum wabah berlaku.
Published on June 09, 2020 13:52
June 8, 2020
Lupa di mana pernah saya membaca ini. Sesekali usahl...
Lupa di mana pernah saya membaca ini. Sesekali usahlah datang untuk meminta. Mampir dengan hati yang bersih, hanya mahu memuji memuja. Berkunjung tanpa sebarang dalih atau helah.Tulus.Ya Rahman, ya Rahim.
Published on June 08, 2020 14:06
June 5, 2020
Saya pernah menghadiahkan buku Pak Samad ini kepada sebua...

Saya pernah menghadiahkan buku Pak Samad ini kepada sebuah pemilik taska. Saya bilang, asuh anak-anak untuk cintakan puisi. Maksud saya, agar anak-anak cintakan bahasa yang cantik. Salah sebuah puisinya, Kehilangan, saya ulang baca pagi ini. Saya tidak fikir ia nada yang muram untuk anak-anak, sebaliknya biar dia belajar jadi kuat untuk mendepani hidup dan hakikat.
Sesudah warkah pertamahilang bersama sampulnya,tiada lagi tertulishasratnya walau sebaris.
Warkahnya tetap berkatabatinnya terlalu lara.
Sesudah senandung purbatercarik lirik asalnya,tiada irama indah,juga tiada rentak ria.
Senandung hilang suarabersama-sana pesannya.
Senandungnya dan warkahnyaseolah tertoreh sudah.Ke kamar masuklah ia,mula menutup jendela.
Terlalu payah dilupapengalamannya yang luka.
Published on June 05, 2020 15:44
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

