Roslan Hamid's Blog, page 69
December 27, 2020
Jamadilawal 13, 1442: Usah direbut kedudukan, kemasyhuran...(U)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sebelum terjadi hari kiamat, terlebih dahulu terhapus ilmu (agama) dan berjangkit kejahilan dan banyak terjadi pembunuhan." (Sahih Muslim)
JIKA mahu hidup tenang, usah direbut kepentingan duniawi seperti pangkat, kedudukan, kemasyhuran dan harta - demikian antara lain pesanan seorang guruku yang meninggal dunia tidak lama dahulu. “Kamu usahakan untuk menjadi ‘hamba Allah’ dalam erti kata sebenarnya,” katanya. “Ini kerana tiada siapa yang dapat merebutnya daripada kamu.”
“Jika kamu mahukan kedudukan, pangkat, kemasyhuran dan harta, orang lain juga idamkan perkara itu. Jadi mereka akan buat apa saja untuk merampas apa yang ada dalam tanganmu itu,” katanya.
Saya teringat pesanan tuan guru ini tatkala mendengar dan membaca berita mengenai cakap-cakap orang politik sejurus kematian seorang ahli Parlimen. Bayangkan belum pun jenazahnya disemadikan, orang politik sudah mencanangkan parti dan tokoh pilihan mereka untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan nanti.
Alangkah sedihnya kehidupan ini, baru sebentar saja pangkat dan kedudukan terlucut daripada empunya diri, ia sudah menjadi rebutan; masing-masing pihak menyuarakan hati mahu mengisi kekosongan tersebut. Ertinya pangkat dan kedudukan tidak melekat pada diri, ia tidak mampu mengiringi diri memasuki kegelapan kubur (alam barzakh).
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (s.a.w.) bersabda maksudnya: “Yang mengiringi jenazah itu ada tiga: keluarganya, hartanya, dan amalannya. Dua daripada tiga hal tersebut akan kembali dan tinggal satu saja (yang mengiringinya), keluarga dan hartanya akan kembali, dan tinggal amalannya (yang akan mengiringinya).” (Muttafaqun ‘Alaihi)
Ya, harta termasuk segala pangkat, kedudukan dan jawatan meninggalkan kita; semuanya tidak melekat pada diri. Benar orang yang mati tidak membawa sama kedudukan dan jawatannya, tetapi apakah wajar kita yang hidup tidak sabar-sabar mahu ‘mewarisi’ atau mengisi kedudukan orang yang meninggal itu?
Orang yang mati sudah pergi, tidak guna ditangisi sekalipun air mata darah kerana dia tidak akan kembali, tetapi yang hidup perlu bersabar. Bersabarlah pada tempoh yang wajar sebelum membuka cerita baru, mahu adakan pilihan raya, mahukan calon pilihan dia dan mahukan parti sendiri bertanding.
Hormatilah sedikit perasaan keluarga si mati, jenazah orang dikasihi mereka belum pun bersemadi, sudah diuar-uarkan si polan dan si polan akan bertanding. Nampak sangat betapa gilanya orang sekarang kepada kedudukan dan pangkat, asalkan ada kekosongan, mahu diisinya dengan segera secara rakus pula.
Orang Melayu dulu mempunyai pengamatan tinggi berhubung pemergian orang yang mereka kasihi. Jika seorang lelaki yang baru kematian isterinya tidak sabar-sabar untuk berkahwin mereka akan berkata; “nantilah dulu, kuburnya masih merah lagi.”
Hakikatnya memang si lelaki tadi boleh berkahwin lagi malah sebelum isterinya mati pun dia boleh menikah lagi, tetapi mengapa pula ditimbulkan soal ‘kubur masih merah lagi’? Inilah namanya kehalusan orang Melayu menangani sesuatu permasalahan itu. Mereka begitu cermat untuk menjaga hati banyak pihak, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak rosak.
Tetapi apa sudah jadi dengan masyarakat moden hari ini, termasuk orang politik. Politikus zaman sekarang nampak sangat tidak sabar, mereka lebih mengutamakan diri sendiri, parti dan kepentingan masing-masing. Tindakan mereka seolah-olah mahu memberitahu dunia; “baguslah dengan kematian ini, terbukalah peluang untuk kami berkuasa, menggantikan kamu.”
Sekarang ini, bertepatan dengan kehendak masyarakat yang mahukan segala-galanya secara ‘segera’, maka timbullah pelbagai ‘perkara segera’ daripada makanan kepada jawatan politik. Orang mahu melantik pengganti secara segera, tidak mahu tunggu-tunggu lagi.
Demikian juga soal pembahagian harta selepas bapa atau ibu meninggal dunia, anak-anak tidak dapat bersabar, mereka tidak menunggu lama, mereka mahukan bahagian mereka dengan kadar segera. Apabila kesabaran tiada, maka mudahlah mereka terbabit dalam perbalahan dan pergaduhan adik beradik sehingga membawa perseteruan berpanjangan.
Apabila berlaku sesuatu kematian, si isteri (balu) mempunyai edah yang perlu dipatuhi. Tempohnya empat bulan 10 hari (mengikut bulan Islam). Balu tadi tidak boleh keluar rumah kecuali urusan penting seperti bekerja untuk menyara hidup. Ertinya di sini ada tempoh bertenang, kenangan bersama si suami masih terpahat di hati isteri.
Tetapi orang lelaki tidak edah. Tiada larangan untuk mereka berkahwin pada hari kematian isterinya, hatta sebelum si isteri meninggal pun. Bagaimanapun orang Melayu yang halus perasaannya telah mencipta kata-kata pedas seperti, “tunggulah dulu, kubur isteri kau masih merah lagi!”
Jika orang kematian isteri boleh bersabar dan menunjukkan kesediaan menjaga hati pihak lain, tidak bolehkah orang berpolitik juga bersabar, menunjukkan mereka turut bersedih dengan kematian rakan seperjuangan atau lawan mereka. Ini tidak, sebaik saja berlaku kematian, mereka terlebih sibuk mendendangkan lagu mahu bertanding pilihan raya.
Jika disorot Sirah Rasul s.a.w., kewafatan baginda telah menyebabkan sahabat-sahabat besar bermesyuarat terus bagi melantik seorang tokoh bagi menggantikannya sehinggakan urusan jenazah lebih banyak terpikul ke beban keluarga baginda yang diketuai menantu dan sepupunya Ali bin Abu Talib.
Khalifah perlu dilantik segera selepas kewafatan Rasul bagi membereskan urusan ummah, demikian juga dengan pemimpin (ketua) negara, tetapi pada pendapat saya yang jahil ini, urusan gopoh gapah untuk menamakan calon pilihan raya adalah tidak perlu kerana proses pemilihan semuanya sudah termaktub dalam undang-undang.
Dalam kes di negara kita, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh penting seperti memanggil satu pilihan raya, penamaan calon dan sebagainya, jadi tidak ada apa yang perlu dirisaukan sehingga ada yang bertindak terlebih sudu daripada kuah. Mereka mahu mendahulukan parti dan calon mereka, mereka membuat pelbagai spekulasi yang ternyata akan memanaskan lagi bahang persengketaan.
Hampir semua orang mahu merebut kedudukan, pangkat, kemasyhuran dan harta yang akhirnya membawa kepada huru-hara. Untuk selamat ikutlah pesan guru saya; “jika mahu tenang usahlah direbutkan kedudukan, pangkat dan harta.” Mungkin guru itu bersikap konservatif, tetapi cuba amalkan, insya-Allah ketenangan yang dicari dapat diraih melalui pendekatan ini!
December 24, 2020
Jamadilawal 10: Money is the root of all evil? (U)
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance.
MANY, many years ago when I was in lower secondary school; I 'was aware' that during our inter class, house or school debates, one of the favourite topics was 'Money is the root of all evil'.
Speakers supporting that suggestion tried to convince audiences and judges that money is indeed the root of all evil while those against it 'play around' the topic saying that only the love of money that can lead to evil.
They claimed that money in itself is harmless. It is but a medium of exchange in trade. it is only the love of money that can lead to evil.
Money becomes a person's master if that person values material possessions above everything else. At the same time, many people do not realize that they are enslaved by money.
I did not pay much attention to the subject; not until recently when I attended a 'tazkirah' (Islamic lesson) by an 'ustaz' (religious teacher) saying it aloud and clear that 'drinking is the root of all evil'.
Well, it took me years and years to realize that nobody among us (students of my good old days) have 'that thought' or 'have the courage' to say that 'drinking is the root of all evil' thus 'put into coffin' the thinking that 'money is the root of all evil'.
Comparing mismanagement of money and killing a person, of course the latter is a more serious crime. But what 'offence' that could lead to such circumstances? The question is why in our society, drinking (alcohol) is look upon as 'a norm' and not a serious crime?
To prove that drinking is the root of all evil, the 'ustaz' told congregators at our masjid about a story of a very religious person from 'Bani Israil' (the children of Jacob or Nabi Yaakob). He was given three choices; either drink alcohol, sleep with a woman, or murder a baby.
The religious man thought that alcohol would be the lesser of the evils. So he drank alcohol, got high, slept with the woman and killed the baby.
So, by drinking alcohol, he got it all wrong; went astray and in the Hereafter he would be thrown into Hellfire.
In a 'hadith' Prophet Muhammad s.a.w. says: "Jealousy, pride and alcohol are the roots of all the evils."
Observing happenings around us, we would realize the truth that 'drinking (alcohol) is the root of all evil' but not many people; not even those in power were willing to admit it and take steps to recitify the problem.
Please admit that alcohol not only destroys its consumer but everything of him – his house, family and wealth.
Please note that Islam values the moral and spiritual health of the people as well as their physical well-being. This is why Islam considers anything which interferes with the normal working of the mind and senses or clouds or perception as harmful. It is because of this and several other reasons that Islam has totally prohibited substances like alcohol and all other intoxicants (drugs etc) which can destroy the clarity of mind.
Unfortunately many Muslims today do not value their moral, spiritual or physical well being as they have turned to alcohol, drugs and other intoxicants which Islam has clearly prohibited. Now the Muslim ummah has morally decline.
In Malaysia, ‘haram’ (forbidden) drinks are sold openly in convenience stores including those situated in Muslims densely populated areas. Nowadays 'our boys' could have their 'happy hours boozing away' and some 'add the kicks' by trying 'dadah' (drugs). Who actually cares about them?
Regarding alcohol and all other intoxicants; Allah SWT says in the Qur'an:
(1) “They ask you concerning wine and gambling. Say “in them there is great sin, and some profit for mankind, but the sin is greater than the profit.” (2:219)
(2) “O you who believe. Approach not prayers, with a mind befogged, until you can understand all that you say” (4:43)
(3) “O you who believe! Intoxicants and gambling (dedication of) stones, and (divination by) arrows, are an abomination of Satan’s handiwork. Avoid such (abomination) that you may prosper” (5:90)
(4) “Shaytaan’s plan is to show enmity and hatred amongst you with intoxicants and gambling, and to hinder you from the remembrance of Allah and from prayer. Will you not then give up?” (5:91)
Hence all intoxicants which are drunk, smoked and chewed are forbidden by Allah SWT in every sense.
What Prophet Muhammad (pbuh) has to say about wine and intoxicants? Anas r.a. said: “I was giving drink to people in the abode of Abu Talhah, and their wine at that time was made from dates. Then the Messenger of Allah, ordered a crier to make it known that wine was forbidden.” He added: “Abu Talhah said to me, ‘Get out and pour in out’. I poured it out, and it flowed in the streets of Medina.”
In another 'hadith' the Prophet (pbuh) said: “Allah has cursed wine, its drinker, its server, its seller, its buyer, its presser, the one for whom it is pressed, the one who conveys it, and the one to whom it is conveyed.” (Bukhari: Book 26, Number 3666)
‘A’isha said: “The Messenger of Allah was asked about it.” It is a drink made of honey and the people of Yemen used to drink it. So the Messenger of Allah said, “Every drink that intoxicates is prohibited.”
Of whatever thing a large quantity intoxicates, even a small quantity is prohibited. Do not drink wine, for it is the root of all evil.
Abu Hurairah relates that a drunkard was brought to the Holy Prophet who ordered people to beat him. Abu Hurairah says: “Some of us beat him with hands and others with shoes and still others with their clothes. When he was gone, some people cried; “May God harm him!’ The Holy Prophet said: “Do not say like that, and let not Satan overpower him.”
The question is why our Malaysian society does not look upon drinking alcohol as a serious crime? Not long ago, I read an interesting article entitled ‘The alcohol problem in Malaysia’.
Among others it was written: “Malaysia, though a small country, is the tenth largest consumer of alcohol in the world. Each year Malaysians spend over US$500 million (nearly RM2 billion) on alcohol. Whilst the per capita consumption is 7 litres, those who do drink alcohol consume heavily.
“Among the drinking population, the Malaysian Indians who make up about 8 per cent of the population are by far the heaviest drinkers with an annual consumption of absolute alcohol exceeding 14 litres. Beer consumption in Malaysia at 11 litres per capita is comparable to that of European countries known for their high consumption.
“The easy availability of alcoholic drinks in coffee shops, supermarkets, sundry shops (including convinient 24 hours stores), and plantations together with aggressive advertising and promotions are driving Malaysians to drink. The average age for alcohol dependence is 22 years.”
Malaysia, self proclaimed the most dynamic Islamic nation on the planet was the 10th largest consumer of alcohol in the world?
Only now I know and realize why in schools, students only debates on subjects such as 'Money is the root of all evil' and dare not touch on topics such as 'drinking alcohol or taking 'dadah' is the root of all evil'!
December 23, 2020
Jamadilawal 9, 1442: Pemimpin suluh jalan, bukan cari pengaruh (U)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
HARI ini kita amat-amati ramai pemimpin mencari pengaruh dan sokongan. Buktinya, mereka membuat sesuatu atau mengemukakan pandangan untuk menyukakan khalayak. Daripada pemimpin besar sehingga kecil melakukan hal sama.
Pemimpin tulen adalah penyuluh jalan; mereka bertungkus-lumus agar rakyat berada di jalan betul dan negara dalam keadaan selamat.
Pemimpin di kalangan rasul-rasul juga penyuluh jalan yang perlu diteladani. Nabi Muhammad SAW tidak sekali-kali mencari pengaruh tetapi menunjuk jalan kepada pengikutnya bagaimana mahu mencapai kehidupan yang selamat di dunia dan akhirat.
Bagi menunjuk jalan, Nabi Muhammad SAW sendiri berada di lapangan; baginda tidak mengarahkan pengikutnya membuat itu dan ini daripada singgahsana kuasa sebaliknya bersama-sama menjayakan sesuatu urusan.
Memang hal kepimpinan dengan peribadi dan teladan ditunjuki Rasulullah s.a.w. perlu dijadikan contoh semua manusia kerana Michael Hart dalam bukunya 'The 100 Most Influential People' menyatakan antara sebab dia meletakkan Nabi Muhammad dalam senarai pertama pemimpin ulung dunia kerana baginda berjaya membawa pengikutnya ke arah kejayaan dari segi duniawi dan ukhrawi.
Ini satu contoh bagaimana Nabi berperanan sebagai penunjuk jalan. Dalam Perang Ahzab, kota Madinah dikepung oleh gabungan tentera musuh. Seorang sahabat, Salman Al-Farisi mengesyorkan agar digali parit yang besar dan dalam di sekeliling kota Madinah. Maka orang Muhajirin dan Ansar pun bertungkus-lumus membina 'kubu pertahanan' yang belum pernah dipraktikkan orang Arab.
Pemimpin mereka iaitu Nabi kita yang dikasihi pun bersama-sama menyertai mereka; menggali parit dalam perit sinar mentari dan ada kalanya dalam keadaan yang sungguh lapar dan kehausan.
Itu Nabi kita; tetapi bagaimana sikap dan tindakan pemimpin kita hari ini? Ya, mereka datang untuk merasmikan sesuatu majlis atau projek, selepas itu mereka dijamu sama ada perut atau mata dan telinga; selepas sejam dua mereka 'mengucapkan selamat jalan'.
Sekalipun hanya 'menggayakan jentera pemecah tanah' atau 'meletakkan batu asas' sesuatu projek, hakikatnya mereka tidak sama-sama merasai derita rakyat, namun ironinya 'usaha mereka yang tidak seberapa itu' mendapat liputan meluas media massa, kononnya merekalah pemimpin berjiwa rakyat dan sebagainya.
Nabi Muhammad telah menunjukkan suri teladan yang terbaik, baginda mengotakan segala apa diucapkannya. Ia bukan cakap-cakap saja seperti yang hampir menjadi amalan sebahagian besar pemimpin hari ini, tetapi mempraktikkannya. Dari segi amalan seperti yang digariskan dalam al-Quran seperti solat, puasa dan sedekah; Nabi yang kita kasihi, melakukannya lebih daripada umatnya.
Jika seorang Muslim diwajibkan solat lima waktu sehari semalam, Nabi melakukannya sebanyak lapan kali demikian juga puasa melebihi umatnya yang hanya diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan.
Adalah biasa untuk rumah Nabi 'tidak berasap selama beberapa hari' (bermakna tiada makanan), dan tiada hari berlalu tanpa baginda tidak makan. Pakaian Nabi ada tampalan, rumahnya sederhana saja - diperbuat daripada bata lumpur, manakala katilnya daripada bahan kasar dan ada kalanya baginda tidur di atas hamparan kasar yang menyebabkan belakang tubuhnya berbekas.
Ya Nabi kita berperanan sebagai penyuluh jalan; apakah jalah yang sudah disuluh pemimpin hari ini?
December 22, 2020
Jamadilawal 8, 1442: Beware 'du'a' of the oppressed...(U)
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
"Anyone who obeys the Messenger has obeyed God..." (Nisaa 4:80)
AN 'ustaz' during his weekly 'tazkirah' (lesson) at a 'masjid' near my house recently reminded congregators not to indulge in oppressing fellow human beings and even animals because it is a great sin that would harm the oppressor himself/herself not only in the Hereafter but in this world.
He said the 'du’a' (supplication) of those being oppressed would not be rejected by The Almighty for the Messenger of Allah (peace be upon him, s.a.w.) had said to Mua’ad Ibn Jabal; “Beware of the supplication of the unjustly treated, because there is no shelter or veil between it (the supplication of the one who is suffering injustice) and Allah.” (Sahih Al-Bukhari and Muslim)
The 'ustaz' said each of us especially those in positions and power must be careful when dealing with those under us because 'with a stroke of a pen' we could do harm and damage to them to the extend of jeopardizing their future.
"Imaging by signing a letter of termination of a staff for example, we could destroy his/her future. So we had to check and double check to make sure we are in the right track before firing a worker. For example we have to check if the worker had been defame by others," he said.
The 'ustaz' said a 'boss' who fired a worker would not think much about the person he/she dismissed, but to the worker the person who kicked him would be always in his/her mind, perhaps for the rest of his/her life.
"It was because with a one page letter perhaps with not more than 10 words such as 'You are terminated from the company effective Nov 25th' gave tremendous impact not only to him but his family and those close to him.
"Thus we must beware not to dismiss a person wrongly because if that person raised his hands in supplication (du'a) to Allah SWT than 'we would be finished'," said the 'ustaz'.
Another 'ustaz' warned us to be careful with out mouth - a word or two uttered by us could gave great impact on an individual or people. He said if we bashed a person with hurting words and he/she replied back then 'his/her action' and 'our action' were even...
"But beware to those who keep silence, being patience and remain compose and choose not to react to our abusive words and actions; if he/she 'reported' the matter the Allah The Almighty and pleaded to Him to take action against us, then we would be in great trouble," said the 'ustaz'.
He then read about the life of famous Muslims personalities such as Sayidina Hassan bin Ali bin Abu Talib who would gave presents to those who said bad things about him.
The 'ustaz' said the person who curse or slander another person was actually giving his/her 'pahala' (rewards) to him/her and if his/her 'pahala' was no more with him/her, their 'dosa' (sins) would be burdened on his/her shoulder. That's why many people were 'bankrupt' in the Hereafter.
Nowadays hurting and defamatory words are hurled 'freely' in the internet, one of the latest one was 'Kepala bapak kau' (literally your father's head) which was 'made famous' by a leader of the country. It is only a three word phrase but have had become 'a new favourite' and sensation among netizens.
For example I saw a facebooker wrote: "......(name of a minister) was not lying when he said GST will bring down prices...and now I say 'Kepala bapak kau lah!!!"
In the international arena, a few words spoken or written too could give high impact regarding the future of a person, society, race, state, country, religion and so on.
Regarding this matter, it was interesting to note that a 67 words declaration (the Balfour Declaration), issued by the British government 100 years ago, changed the course of history for Jews, Arabs and the rest of the world.
It is typed on a single sheet of paper. It is less than 70 words long; the language is unemotional and could hardly be called poetic, but what we witnessed today - the Arab and Muslims are as though at the feet of the Zionist state and the Western imperialism.
Wikipedia noted that the British peer Arthur Balfour barely makes an appearance in UK schoolbooks, but many Israeli and Palestinian students could tell you about him.
His Balfour Declaration, made on 2 November 1917, is taught in their respective history classes and forms a key chapter in their two very different, national narratives.
It can be seen as a starting point for the Arab-Israeli conflict.
The declaration by the then foreign secretary was included in a letter to Lord Walter Rothschild, a leading proponent of Zionism, a movement advocating self-determination for the Jewish people in their historical homeland - from the Mediterranean to the eastern flank of the River Jordan, an area which came to be known as Palestine.
It was a public statement issued by the British government during World War I announcing support for the establishment of a "national home for the Jewish people" in Palestine, then an Ottoman region with a minority Jewish population. This is the letter:
Balfour Declaration
A 67 words declaration sealed the fate of Palestinians, Arabs and the Muslim 'ummah'. It put and began the misery life of the oppressed people of Palestine.
As Muslims we should do a lot of reflections and seek a way out. We should increased and highteened our 'du'a' to our Lord Allah SWT as supplication to God is the weapon of Muslims.
And to dear Muslims brother, be it Arabs, Persians, Indians, Africans, Turks, Chinese or Malays, lets be united, in the Qur'an, Allah SWT says: "And hold firmly to the rope of Allah all together and do not become divided. And remember the favor of Allah upon you - when you were enemies and He brought your hearts together and you became, by His favor, brothers. And you were on the edge of a pit of the Fire, and He saved you from it. Thus does Allah make clear to you His verses that you may be guided." (Ali 'Imran, 3:103)
December 21, 2020
Jamadilawal 7, 1442: Sampai bila mahu asyik 'naik haji'...(U)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umt-umat dahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit it ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, dan (6) hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi." (Hadis riwayat Hakim)
DULU ketika bersekolah menengah (tahun 1970-an) saya dan rakan-rakan terpegun dengan karakter seorang pelajar - dia mengumumkan cita-citanya menjadi perdana menteri - dan dia menunjukkan kesungguhannya itu dengan mempamerkan daya kepimpinan seperti menyertai pasukan bahas sekolah dan menjadi kapten permainan sukan. Lantas dia mendapat jolokan Si......PM sampailah sekarang!
Sahabat ini menjadikan PM kedua, Tun Abdul Razak Hussein sebagai idola. Gambar Tun Razak, seorang murid tua yang bagaikan sireh pulang ke gagang ke sekolah kami pada tahun 1974 dengan menaiki beca sering menjadi perhatiannya - ya nanti dia juga akan pulang ke 'alma mater' mengulangi kisah Tun Razak sebagai seorang perdana menteri!
Namun, selepas puluhan tahun, nama sahabat ini 'tidak muncul-muncul' dalam arena politik tanah air yang boleh menonjolkan dirinya sebagai bakal perdana menteri. Kalau dia dalam kedudukan seorang Adun, Ahli Parlimen, timbalan menteri, menteri dan sebagainya, insya-Allah dia semakin hampir menjadi perdana menteri tetapi entah apa silapnya, 'namanya' belum timbul-timbul lagi.
Tidaklah saya bertujuan memperkecil-kecilkan cita-citanya atau menidakkan kuasa Allah SWT yang boleh melakukan sesuatu sekehendak-Nya seperti menaik dan menjatuhkan seseorang tetapi saya ingin memfokuskan satu perkara penting - masa berlalu begitu pantas dan saya dan orang-orang seangkatan saya seperti pelajar setingkatan puluhan lalu seperti rakan yang bercita-cita menjadi PM ini, kini tanpa sedar atau sedar sudah memasuki usia 'tidak berapa muda' seperti ungkapan seorang ustaz yang tidak mahu menggunakan perkataan 'tua' yang ramai orang tak suka. Namun hakikatnya 'game is over' (permainan sudah tamat), kita semakin ke kubur!
Masa adalah emas, kata bijak pandai Melayu; orang Arab pula mengandaikannya bagai pedang, jika kamu tidak pandai memanfaatkannya ia akan memotong kepala kamu. Ya, masa telah 'memotong kepala' kebanyakan daripada kita termasuklah saya dan kini jika dihitung-hitung berdasarkan usia kewafatan Rasulullah s.a.w., saya dan rakan seusia saya hanya berpeluang menyambut Hari Raya beberapa kali saja lagi!
Itu pun, kata sang ustaz dalam kuliahnya yang saya hadiri baru-baru ini, sayang sekali sayang, ramai 'orang tidak berapa muda' gagal memanfaatkan 'reja' (baki) masa mereka. Beliau menceritakan seorang 'datuk' di kampungnya terus leka bermain ayam sabung. Siang malam asyik dengan ayamnya saja. Tidak teringat hendak ke masjid hatta pada maghrib yang tempoh waktu solatnya pendek, dia terus leka dengan dengan ayamnya. Orang kalau pada usia tua bukankah baik perbanyakkan zikir menyebut nama Allah atau berselawat, ini tak, dia asyik kurrrrrr, kurrrrrr, kurrrrrrr sana sini siang dan malam.
Demikian juga kalau seseorang itu sudah gila dengan burung misalnya burung terkukur, siang malam asyik main dengan burung yang dikurung dalam sangkar. Si tua yang gila mengumpul barang antik pun ada manakala yang lain asyik-asyik memancing ikan dan tak kurang juga terutama perempuan jadi kaki TV. Ya, kata sang ustaz susah nak tegur orang tua dengan hobi gila-gila ini. Beliau 'mengomen' orang lain dah naik ke bulan, meneroka angkasa lepas, menjelajah laut lepas tetapi sesetengah orang Melayu masih dengan hobi pelik seperti bermain burung, bermain ayam sabung dan bermain gasing.
Akhir sekali sang ustaz 'membasuh' golongan tua yang asyik duduk kedai kopi bermain dam papan. Lepas sepapan sepapan mereka main, dari pagi sampailah maghrib atau malam. Selagi warung tak tutup selagi itulah mereka bermain. Sekali pusingan menghadap papan dam, mereka 'berupaya naik haji' berkali-kali tetapi 'haji' ini bukan menyebabkan mereka semakin 'syok' dan 'leka', lantas tak ingat rumah tangga, anak bini apatah lagi masjid dan surau.
Pemain dan peminat yang menggerumuni papan dam sekalipun minum secawan dua kopi tetapi kebanyakannya kuat hisap rokok. Pada kotak rokok ada perkataan AMARAN, ada gambar besar leher pesakit kanser yang berlubang atau lidah yang bernanah, mereka tak peduli. Sebatang demi sebatang mereka hisap akibat terlalu syok main atau melihat permainan dam aji.
Mereka yang syok dengan dam aji ini tak sedar masa keemasan yang berbaki semakin hari malah sesaat demi sesaat semakin habis. Mereka terus syok dapat 'naik haji demi haji' tetapi bagi menunaikan haji sebenar iaitu Rukun Islam kelima jauh atau tak terfikir dalam benak mereka. Mungkin mereka berfikir, ah aku tak mampu, duit tak ada (tak cukup) jadi bagaimana nak naikhaji. Antara syarat tunai haji berkuasa dari segi perbelanjaan, aku tak mampu jadi tak payahlah.
Namun mereka tak sedar, duit belanja beli rokok kalau dihimpunkan tahun demi tahun boleh mencapai puluhan jika tak ratusan ribu ringgit yang jika dapat dijimatkan membolehkan mereka 'naik haji atau umrah' beberapa kali. Katakanlah seseorang itu menghisap sebungkus rokok sehari yang harganya dianggarkan RM10, dalam sebulan jika tidak merokok dia boleh menyimpan RM300 yang dalam setahun akan menjadi RM3,600. Kalau 10 tahun sudah RM36,000 yang membolehkan dia 'naik haji atau umrah sebenar' sebanyak beberapa kali.
Ini tak, sekalipun setiap hari 'naik haji' beberapa kali atau belasan atau puluhan kali di meja papan dam, dia tetap dulu, kini dan harap-harap tidak selama-lamanya bergelar haji dam...ya wahai orang yang tak beberapa muda...sedar-sedarlah diri bila nak menjejakkan kaki ke masjid atau berangkat ke Tanah Suci...takkan nak tunggu orang usung diri kita ke masjid atau buatkan badal haji untuk kita!
December 20, 2020
Jamadilawal 6, 1442: The good, the bad and the ugly...(U)
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort
one another to truth and exhort one another to endurance.
A few years back, a good friend laughed when he saw me reading a book on how to be a good husband and a good wife. He said I should read such material long, long time ago when I had just married. I only gave him a smile and continued reading.
After being married for more than 30 years now and experiencing the up and down of a marriage, I must agreed to my mother who is now in her 70-s, who said that as time passes, the challengers to maintain a marriage gets difficult by each days...only the 'iman' (faith) helps us to hold on.
At old age when 'almost everything' such as beauty, strength and pardon me sexual attractions and abilities had been taken away from us, only our love to Allah SWT made us still loyal to our spouses. We still love our husbands or wives because Allah SWT told us to do so. If we gave our earnest deeds and hearts to our partners in the name of Allah; then He would be please to us and rewarded us in this world and the Hereafter.
Talking about married life, I remembered the film 'The Good, the Bad and the Ugly' which I had seen during my secondary school days in the 70-s. The film, starring Clint Eastwood, Lee Van Cleef, and Eli Wallach revolves around three gunslingers competing to find fortune in a buried cache of Confederate gold amid the violent chaos of the American Civil War. It was seen as a highly influential example of the Western film genre and one of the greatest films of all time.
Well, I am not going to discuss about the film, but to me its title 'The good, the bad and the ugly' sounds interesting to portray sketches about husbands and wives from their early years as lovers, getting married and then settled down to raise a family.
Let us take a gentleman, Ali, for example. During his university years, Ali got attracted to Alina, a student two years his junior. From many of his girlfriends, in Ali's eyes Alina was the best in 'almost everything' - the 'quality in her' was above other girls. So she was 'the good' one, other girls were not in par to her; perhaps in Ali's view they were the bad ones.
Before Ali and Alina got married; they 'watered' their love by each day. If they failed to meet for a day it was agony for them. Everything were 'like roses' - Ali smelt freshness from Alina and Alina could felt how caring Ali was. When they met, each of them tried to portray the best of himself/herself for example Ali was in his best attire and attitude such as being punctual while Alina showed how polite and shy she was...perhaps when they fart, not a sound could be heard...perhaps they had 'silencers'.
During the early stages of their marriage; everything were fine. They were on 'a bed of roses' -ooh, their honeymoon was excellent...but as the weeks became months and then years and decades, their 'true colours' started to unveil one by one. The smell of freshness from Alina had 'gone with the wind', she became 'plum' in size after delivering babies, one after another. She snored loudly in bed, but claimed that it was Ali who snored and not her! The fact was that both made loud sound while they were sleeping.
As the years gone by, Ali proved he was a terrible husband; for example he failed to provide for the family (nafkah) and had ventured back to his old habit of gambling after he was dismissed from his job because of his laziness. Often when Alina told him to be a responsible husband and father, he gave her a tight slap. Yes, one factor that contributed to domestic violence is quarrels about money. It is common that couples fight over money, normally regarding who should provide for the needs of the family.
Even though courting couples seldom think about their future regarding financial burden as they are absorbed in ‘cinta’ (love), when they are married and then have their own families, they will realize that they can’t have ‘cinta’ only, they have to have money to run a place name home. ‘Cinta’ cannot satisfy hunger; you need money to buy food to please your stomach.
To Alina, Ali had turned into an ugly monster; and to Ali, Alina too had turned ugly. Their marriage was on the rocks, they had seen the bad side of each other. Their relationship became worse after Alina went to her former university class reunion dinner - there she met Rosli; a guy who during their university years aimed to make her as his special girlfriend but was 'outclassed' by the 'charming' Ali.
When they met at the reunion party, in the eyes of Alina, Rosli had maintained his good looks and characters over the years; not like her husband who had turned into an ugly monster. She did not realized that she had not seen the bad side on Rosli...yes everything seemed good in a person until we spend much time with him whats more as a husband and a wife who live under one roof, shared a bed or even slept under one blanket during the night!
Under that situation, almost everything about ourselves would be exposed to our partners whether they were the good or the bad ones. Each of us has our weak and strong points; an 'ustaz' (religious teacher) during his 'tazkirah' (lessons) at a 'masjid' near my house spoke about how the great Caliph, Umar Al-Khattab too had to put into practice his patience (sabar) to face his nagging wife.
Why is it a husband or a wife had turned into an ugly monster in the eyes of each other after they had married for a long time? The 'ustaz' said many couples are not living in accordance of religious obligations; they lead life according their fancies and desires.
He said, to have a ‘religious’ wife, you should be ‘religious’ too. A good man is for a good woman and vise versa. Prophet Muhammad (peace be upon him – s.a.w.) in a hadith by Bukhari and Muslim said: “A woman may be married for four things: for her wealth, for her noble descent, for her beauty or for her religion. Choose the one who is religious, may your hands be rubbed with dust!”
Of course a religious wife would not demand from her husband worldly pleasures which are not within her husband’s means. She knows his limitation and acknowledges her obligation to obey and please him.
In Islam, the husband is the ‘qawwaam’ (maintainer) of his wife so that he will be a ‘real man’ knowing how to steer the ship of family life towards the shore of safety and guidance.
Islam warns all men against the trail and ‘fitnah’ (temptation) of women, which may make them heedless and weak, and lessen their religious commitment, so that they turn a blind eye to the waywardness and unIslamic behaviour of their wives.
In such a case a husband has no say: his wife is controlling everything in the home, so that he dare not disobey her, or answer to her back, or refuse any of her wimps. The Prophet (s.a.w.) was right when he said that this is the most damaging of trails and temptations that a man can be faced with: “There will be no ‘fitnah’ after my death that is worse for men than the ‘fitnah’ of women.” (Bukhari and Muslim)
The Muslim husband is a man who is not weak in dealing with the trial of a wayward wife, no matter how difficult that ‘fitnah’ is. He gently makes it clear to her that no matter how much he loves her, he loves Allah and the Prophet (s.a.w.) more, and his desire to please Allah is stronger than his feelings for her: Say, [O Muhammad], "If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your relatives, wealth which you have obtained, commerce wherein you fear decline, and dwellings with which you are pleased are more beloved to you than Allah and His Messenger and jihad in His cause, then wait until Allah executes His command. And Allah does not guide the defiantly disobedient people." (Qur’an9:24)
In this way, the female waywardness which we see in many so-called Muslim homes will be done away with. The man who sees his wife, daughters and sisters going out in the street with make-up, uncovered heads and bare arms, clothed but seeming naked and does nothing to stop this disobedience in Islam, has surely lost his manhood, abandoned Islam and earned the wrath of Allah SWT. He is a ‘dayus’. There is no way out of this predicament but sincere repentance which will wake him up, restore his manhood and set him back in the straight path.
Islam considers women to be a trust which has been given to men for safe-keeping. As the wife is usually influenced by her husband, he may take her with him to Paradise or lead her to Hell. Therefore Allah SWT orded the believing men to protect both themselves and their families from the Fire and gave a terrifying picture of the awful fate that awaits them if they neglect their responsibilities towards their wives and families and fail to compel them to adhere to the truth.
So to husbands and wives who had realized they had turned into 'ugly monsters' in the eyes of one another, please begin with correcting ourselves first; 'insya-Allah' (God Willing) our partners would follow suit
December 19, 2020
Jamadilawal 5, 1442: 'Apabila masuk tak boleh, keluar pun tak boleh'...(U)
Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al Baqarah: 30)
TIDAK lama dahulu, penulis 'berkampung' di sebuah hospital hampir seminggu lamanya apabila ibu penulis yang disyaki menghidap denggi dimasukkan ke dalam sebuah wad besar yang kesemua penghuninya ada kaitan dengan penyakit itu!
Berdasarkan ramainya penghuni wad denggi, tahulah penulis penyakit ini tersangat serius di bumi Hang Tuah. Seorang petugas kerajaan memberitahu Melaka kini muncul sebagai negeri ketiga di tanah air yang mempunyai kes denggi tertinggi. Itulah negeri kecil tetapi macam cili padi - yang baik dan buruk semuanya ada di sini - hampir menepati satu slogan kebanggaan negeri 'Di Melaka, segalanya bermula!'
Pengalaman berada di hospital sungguh baik untuk 'orang mencari diri' seperti penulis. Dengan 'menyibuk' ke sana sini di kawasan hospital yang luas itu, dapatlah penulis belajar sedikit sebanyak erti kehidupan - menyaksikan kepayahan orang terutama pesakit cukup menginsafkan; akan terasalah betapa kita tidak cukup bersyukur kepada Yang Maha Berkuasa dan berterima kasih kepada sesama manusia terutama insan yang dekat dengan kita seperti ibu bapa, anak isteri, saudara-mara dan rakan taulan.
Mendekati sejumlah pesakit segera mendatangkan keinsafan. Seorang 'pakcik' yang disyaki menghidap kanser usus memberitahu: "Saya baru menjalani pembedahan, tebuk lubang di perut untuk buang najis. Kini saya saya pakai beg najis plastik. Masalah saya sekarang, apa yang saya makan dan minum semuanya terkeluar balik."
Ya, 'pakcik' ini menghadapi ujian sungguh berat. Nak 'masukkan makanan' pun tak boleh, 'nak keluarkan' pun azab. Berceloteh mengenai 'bab sukar nak mengeluarkan' ini, ada kaum kerabat saya yang terkena penyakit prostat dan batu karang memberitahu betapa 'seksa' apabila tidak boleh kencing. Bayangkan deritanya apabila terasa terlalu nak kencing tapi tak boleh kencing. Demikian juga penyakit seperti buasir dan sembelit, tak boleh nak berak-berak. Ughhh, sakitnya.
Belas saya melihat melihat 'pakcik' pesakit kanser usus itu, tetapi apa nak dikata, demikian pusingan roda kehidupan - ada kalanya kita sakit dan ada kalanya kita sihat. Saya hanya mampu melihat dan mendoakan di samping mengingatkan diri bahawa nasib diri sendiri pun kita tak tahu; hari ini kita sihat mungkin esok lusa kita jatuh sakit.
Namun jika direnung-renungkan, masa sihat kita sebenarnya jauh lebih banyak daripada masa sakit kita. Sebelum jatuh sakit, tentunya kita sihat tetapi berapa ramai daripada kita dapat memanfaatkan masa sihat itu mematuhi perintah dan larangan Yang Maha Kuasa. Ada hadis menyebut jagalah lima perkara sebelum datang lima perkata; salah satunya ingatlah masa sihat sebelum datangnya sakit.
Melihat pesakit-pesakit terlantar di katil cukup menginsafkan; apabila nikmat sihat 'digantung' oleh Allah SWT, sebahagian kita barulah teringat untuk buat kebaikan itu dan ini; teringat untuk ke masjid, teringat untuk ziarah menziarahi saudara mara dan sebagainya. Namun apakan daya, ketika berada di katil pesakit itu, usahkan nak buat amalan sunat, nak solat lima waktu pun terasa betapa sukar sekali.
Demikianlah manusia akan hilang apa dia nikmati. Kebanyakan orang tidak menyedari nikmat dicurahi Illahi yang dianggap biasa seperti kemampuan bercakap, melihat dan berjalan hatta kencing dan berak sehingga ia ditarik balik. Manusia menang tidak menginsafinya sehinggalah ‘mulut mereka dipenuhi tanah’ (maksudnya sudah berada dalam kubur). Sesudah mati barulah diketahui nikmat hidup.
Seorang ustaz dalam kuliah mingguannya di masjid berhampiran rumah penulis ketika membentangkan permasalahan nikmat ini menarik perhatian penulis. Katanya, nikmat itu hanya dapat dirasai apabila berlaku perkara bertentangan; misalnya nikmat sihat dirasai apabila seseorang itu sakit; nikmat membuang najis selepas tidak boleh berbuat demikian, nikmat berjalan selepas kaki tiada; nikmat kaya selepas jatuh miskin; dan nikmat berkeluarga selepas bercerai-berai.
Ustaz itu berkata nikmat Allah SWT tersangat banyak, tidak terhitung manusia. Beliau membawa kisah seorang lelaki bani Israil yang beribadat ratusan tahun, kemudian mendakwa dia memasuki syurga kerana banyaknya amalannya. Allah memerintahkan ditimbang amalan dia dengan nikmat sebelah matanya; ternyata timbangan mata itu lebih berat menyebabkan dia dilemparkan ke dalam neraka.
Seorang Muslim perlu menyedari nikmat terbesar Allah SWT kepadanya adalah Islam, iman dan tergolong umat Nabi Muhammad s.a.w. Kata ustaz tidak guna menjadi kaya atau berkuasa tetapi tidak termasuk dalam golongan ini. Katanya, umat Nabi Muhammad s.a.w. sangat beruntung kerana nabi-nabi pun mahu menjadi umat rasul akhir zaman tetapi tidak terlaksana.
Jika kita masih ada ibu bapa, syukurilah nikmat ini kerana banyak orang ibu bapa mereka sudah meninggal dunia. Orang yang masih ada ibu bapa tidak menyedari nikmat ini sehinggalah mereka tiada.
Seorang rakan memberitahu dia tersangat rindukan ibu bapanya. Malangnya mereka sudah tiada. “Apabila hari raya, berhajat jua pulang ke kampung tetapi untuk apa? Ayah dan ibu sudah tiada, jadi saya tidak terpanggil untuk pulang,” katanya sayu.
Perlu juga diingatkan; bukan saja ibu bapa kita sudah dan akan 'pergi', kita juga akhirnya akan pulang ke kampung halaman kita. Kampung apakah itu? Itulah kampung akhirat (kubur) yang tiada jalan untuk kita lari daripadanya. Kita dimasukkan ke dalamnya tetapi untuk keluar tidak sekali-kali!
Jadi ingat-ingatlah masa hidup sebelum matinya kita!
December 18, 2020
Jamadilawal 4, 1442: Subhanallah, Alhamdulillah, the insects worked for me!...(U)
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
"Anyone who obeys the Messenger has obeyed God..." (Nisaa 4:80)
ABOUT 10 years ago I planted about 10 young rambutan trees in my 'kebun' (garden) which was some six kilometers away from my home. Only two trees 'survived' in the 'dry' and 'robust' land full of grass and as the distance was far, only once in a blue moon I watered them.
After about five years, the two trees which were 'beautiful and 'healthy' started producing 'quality' fruits several times in a year. On several occasions I had brought the fruits to Harakah's office to 'cheer up' my former colleagues who were strained in their work with its great taste and juicy flesh.
A few days ago, I drove to my 'kebun' in an old Proton Iswara owned by my son. I purposely parked the car under one of the rambutan tree, made myself comfortable in the driver's seat, switched on the radio to listen to Radio IKIM. The program features an 'ustaz' (religious teacher) who talked about life on how to 'syukur' (say Alhamdulillah, thanks Allah for His blessing).
At first my eyes went wild, screening around the whole 'kebun' but suddenly stopped in an amazement looking at a 'fiesta like atmosphere' just above my head. Scores of insects were seen busily flying and settling on the pollen and stigmas (young buds or flowers) on the branches of the rambutan tree.
I focused my eyes on the 'great event', my head started thinking - Subhanallah, many among us only managed to acknowledge the sweetness of a rambutan, but only a few realized whats more to appreciate and thanks 'those involved' in 'the process' of 'making' the fruit.
Yes, dear readers, I only planted the rambutan tree, who made the tree grew strong and healthy, bore stigmas (flowers) and who ordered the insects to do the process of pollination...subhanallah the insects were 'busily working for me' so that in the 'future' I may have the opportunity to reap the delicious good looking fruits which some of them I passed to my friends in Harakah?
The same could be said about human beings, a husband and his wife only make love (pardon me), the question is who 'completed the process' until a baby is born to them.
In the Qur'an, Allah SWT says, “Verily We created man from a product of wet earth; then placed him as a drop (of seed) in a safe lodging; then We fashioned the drop into a clot, then We fashioned the clot into a little lump, then We fashioned the little lump into bones, then clothed the bones with flesh, and then produced it another creation. So blessed be Allah, the Best of Creators!” [23:12-14]
“It is He Who has created you from dust then from a sperm-drop, then from a leech-like clot; then does he get you out (into the light) as a child: then lets you (grow and) reach your age of full strength; then lets you become old,- though of you there are some who die before;- and lets you reach a term appointed; in order that you may learn wisdom.” [40:67]
So, Alhamdulillah, Praise be to Allah SWT, after acknowledging that we are created by Him, we as Muslims have a clear purpose in our lives: to earn the pleasure of our Creator. Regarding this Allah SWT says in the Qur'an:
1. Did you then think that We created you in vain, and that you would not be returned to us? (23:115)
2. And I created not the jinn and mankind except that they should worship Me (Alone). (51:56)
3. …Who has created life and death so that He may try you which of you are best in deeds…(67:2)
4. And We have not created the heaven and earth and what is between them in vain. That is the opinion of those who disbelieve. And woe to such disbelievers, because of the Fire. Shall we treat those who believe and do good deeds as those who spread corruption on the earth? Or shall we treat the pious as sinners? (38:27-8)
5. And among the people there is he who sells himself for the pleasure of Allah, and Allah is kind to His worshippers. (2:207)
6. There has come to you from God a light and a luminous Book, through which God, by His grace, guides all who seek His good pleasure on the path of peace, and brings them out of the depths of darkness into light and guides them unto a Straight Path. (5:15-16)
Looking at the insects working hard on the pollen and stigmas of the rambutan, made me feel how naive I was in the sea of knowledge. Acknowledging that we have and were 'nothing' and not perfect was a good sign in bringing ourselves closer to Allah the Greatest for Allah SWT is the Only Perfect and the Creator of everything; His creatures including human beings are with defects. In fact we are short of everything, thus we need Allah SWT to hold on!
Let us admitted that at home and in the office, there are many problems you could not solve. For example your children or your subordinates are not willing to receive orders from you. At times, they make a deaf year or making a mock of you, and for sure you are bound to lose your cool. Perhaps your blood pressure would rise to a danger level, you are nearing to be admitted to a hospital or worse still you are on your road to be admitted six feet underground (your grave-lah).
This is a real testimony that you are actually weak, poor and hapless but based on what I had experienced, we are ignorant; we failed to read the message from Allah SWT. Human beings cannot solve problems, only He who created all creatures had the answer to all problems.
Scholars said the best thing for us to do, including solving our problems, is to seek help and surrender ourselves totally to our Creator, Allah SWT who is the Most Merciful and Most Compassionate. Allah SWT, the ever living God is willing at any time to hear our wishes and cries of our inner hearts.
Allah SWT is full of love, mercy and compassion but why must we turn our backs or shy away from Him? Why are we too proud to ask for His help to resolve our problems? Why are we too proud to ruku’ and sujud (prostrate) to Him? Remember an ayah of the FatiHah which we read in every rakaat of our prayers, iy-yaa-ka na’-bu-du wa iy-yaa-ka nas-ta-‘iin which means; “To you do we worship and to You do we beg for assistance.”
Allah SWT is willing to hear from us but why must we be ignorant to Him? Allah SWT’s kindness towards His creatures is more than a mother’s towards her baby. If you put your whole trust in Allah SWT, as you ought, He most certainly will give you sustenance, as He does the birds; they come out hungry in the morning but return full to their nests in the evening. Allah SWT says, “Verily My compassion overcomes My wrath.”
Man enjoys the mercy of God Who is kind and good. God’s mercy is to anyone, believer or no believer, obedient or disobedient, Muslim or non-Muslim, black or white. God’s mercy for His creation is immeasurable. We cannot imagine or count His favours to mankind. He gives man food, drink, the means of movement, and all the necessities of life. He provides for him irrespective of his behaviour.
God has promised to extend His love to those who obey His will. His mercy is extended to all mankind; His love is extended to those who submit to His will. The Qur’an says: “Say, (O Muhammad, to mankind): If ye love Allah, follow me; Allah will love you and forgive you your sins. Allah is Forgiving, Merciful (Qur’an 3:31)
After admitting our weakness, our inability to solve problems because no creatures (including human beings) created by Him is perfect, then it is timely for us to ask, to beg for Allah SWT’s help because He is the possessor of all power. Only Allah SWT can provide for man’s needs or give and take away life. The Holy Qur’an proclaims: “Knowest thou not that is Allah unto Whom belongeth the sovereignty of the heavens and earth; and ye have not, beside Allah any friend or helper.” (Qur’an 2:107)
If we have the trust in Him, insya-Allah (God willing), all of our problems, whether at home, in the office or at national or international level would be resolved!
Remember how strong and powerful we are in terms of physical, power, status and wealth; we could not win over evil forces including Satan and his followers. Only Allah SWT could show us the light and help us, so to all please start pleading, crying and pouring our hearts to the Lord, only to You Allah SWT do we submit!
Oh, Subhanallah, what a lesson under a rambutan tree in my 'kebun'!
December 17, 2020
Jamadilawal 3, 1442: Syabas, masjid kita 'mula belajar' mesra OKU...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21)
AKIBAT pandemik Covid-19, norma baharu diamalkan masyarakat kita termasuk di masjid. Namun dalam keterbatasan sumber dan pergerakan, syabas diucapkan kepada pengurusan masjid kampung saya kerana berjaya menyiapkan sekurang-kurangnya dua projek mengimarahkan rumah Allah itu.
Pertama adalah menyiapkan sebuah bilik mandi jenazah serba moden dan keduanya membina sebuah 'ramp' (susur/laluan khas kerusi roda) bagi kegunaan orang kelainan upaya (OKU).
Kemudahan OKU inilah yang akan saya celotehkan dalam ruangan ini. Selepas menggembara secara solo ke pelosok Semenanjung yang membolehkan saya 'berehat-rehat dan tidur' di banyak masjid, saya dapati memang betul dakwaan sesetengah pihak bahawa masjid-masjid kita kurang mesra OKU.
Seorang peminat ruangan ini menyatakan selain kemudahan masjid yang kurang mesra OKU termasuk tempat wuduknya...sikap jemaah masjid juga mestilah berubah...mereka mesti mesra OKU.
Berdasarkan pengalaman, beliau berkata di Masjidilharam dan Masjid Nabawi, OKU tidak dibezakan dengan jemaah sihat dan sempurna apabila beribadat.
Katanya, jemaah berkerusi roda tidak dihalang untuk berada di saf hadapan... orang tua yang solat di atas kerusi pun tidak dihalang duduk di saf hadapan malah ada yang dibantu supaya duduk di hadapan asalkan selesa.
Di masjid kita banyak sangat peraturan itu dan ini...seolah-olah OKU ini manusia kelas kedua sedangkan ramai di kalangan golongan ini begitu istiqamah untuk beribadat kepada Allah SWT seperti diceritakan oleh seorang ustaz.
Dalam kuliah subuh di sebuah masjid berhampiran rumah saya tidak lama dahulu, ustaz memuji seorang OKU yang istiqamah berjemaah di masjid,
Kata sang ustaz, sekalipun 'bermotosikal roda empat' ke masjid, kemudian berjalan bertopang di dalam masjid serta duduk di atas kerusi ketika solat, lelaki berkenaan sentiasa berada di saf pertama..."kita yang sempurna anggota ini bagaimana?" tanyanya.
Pertanyaan ustaz membikin sesetengah jemaah malu sendiri, mungkin juga di kalangan anggota pengurusan masjid yang gagal menjadikan rumah Allah mesra OKU.
Selain OKU yang 'diceritakan' ustaz itu, tidak pernah saya tersua OKU (yang dapat dilihat kelainan fizikalnya) berjemaah di masjid. Mungkin masjid-masjid kita kurang fasiliti untuk OKU...yang ada di sebahagian masjid sekarang ini disediakan kerusi bagi jemaah yang tidak boleh 'solat seperti biasa'.
Persoalannya adakah OKU tidak mahu solat di masjid ataupun masjid-masjid kita tidak mesra OKU lantas menyebabkan mereka tidak tertarik ke rumah ibadat kita? Ya, mengapa OKU menjauhkan diri daripada masjid?
Berdasarkan pengalaman dan apa disaksikan, reka bentuk hampir semua masjid kita tak mesra OKU. Misalnya tiada 'ramp' untuk mereka yang berkerusi roda...adakah 'kita mahu' jemaah OKU menggunakan tangga atau selesa ke tandas dengan laluan terputus-putus atau tidak separas?
Sehubungan itu mereka yang berkuasa dan berjawatan seperti ahli jawatankuasa masjid dapat memikir kemudian mengusahakan agar masjid-masjid kita mesra OKU. Bangun dan bertindaklah segera kerana memang satu hakikat hampir 100 peratus masjid kita tak mesra OKU!
Bagi mereka yang sudah ke Tanah Suci (Makkah dan Madinah) menunaikan haji dan umrah tentu sedar bahawa kedua-dua Masjdilharam dan Masjid Nabawi adalah mesra OKU.
Jika dahulu, ada jemaah haji OKU 'ditandu' menunaikan rukun haji dan umrah seperti tawaf, sekarang ini jemaah OKU menggunakan kerusi roda. Lif-lif di sana adalah juga mesra OKU dan lebih menariknya jemaah memberi laluan dan keutamaan kepada golongan ini.
Bagi jemaah yang sudah merasai pengalaman tawaf, tentu menyedari di sekitar mereka ada saja jemaah OKU bersama-sama melakukan ibadat itu. Seorang jemaah bercerita, ketika tawaf dia 'memotong' (memintas) seorang OKU yang kudung kedua-dua kakinya tetapi bergerak seperti 'lipas kudung' (laju). Subhanallah, tidak lama kemudian dia menemui 'jemaah seperti itu' di depannya...ya bukankah jemaah OKU itu sudah 'dipotongnya' tadi?
Jemaah lain pun ada membawa cerita yang sama...mungkinkah OKU itu jelmaan malaikat yang didatangkan untuk menguji kita? Di laluan saie yang jauh, selain menggunakan kerusi roda, jemaah yang kurang upaya boleh menggunakan motosikal khas...alhamdulillah banyaknya kemudahan di sana...
Jika kita tinjau ke satu bahagian Masjidilharam, kita akan ketemui sebuah 'stesen' yang menempatkan puluhan ribu kerusi roda...apabila kerusi roda boleh digunakan bermakna mesra OKU-lah Masjidilharam, tetapi di masjid kita boleh selesa pakai kerusi roda ke?
Kita perlu sedar OKU pun dikehendaki solat berjemaah di masjid. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, seorang lelaki meminta kebenaran untuk solat di rumah kerana dia buta, tinggal berjauhan dan tiada pengiring sesuai, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. menegaskan tiada 'pelepasan' buat dirinya!
December 16, 2020
Jamadiulawal 2, 1442: Berhikmah dalam berdakwah (U)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya ialah waktu ia sujud, oleh kerananya maka perbanyaklah doa ketika itu." (Sahih Muslim)
DARI perspektif bahasa, dakwah bererti seruan atau ajakan kepada sesuatu. Menurut pengertian istilah, dakwah bererti seruan atau ajakan kepada Islam (Suminto, 73).
Syeikh Ali Mahfuds pula mendefinisikan dakwah sebagai 'mendorong manusia agar melakukan kebaikan dan mengikuti pentunjuk, menyuruhnya membuat kebajikan dan meninggalkan kemungkaran agar mereka memperolehi kebahagian dunia dan akhirat' (Syeikh Ali Mahfuds, petikan oleh Suminto, 1973).
Agama Islam berusaha meyakinkan manusia mengenai kebenarannya dan melatih mereka menjadi penganutnya. Dalam hal ini, Islam mempunyai ciri-ciri agung untuk menarik seluruh manusia kepadanya dan mendorong mereka ke arah mencapai keadilan, kebenaran, kesucian dan keindahan.
Orang Islam menganggap diri mereka sebagai diperintahkan Allah untuk menyeru semua manusia tunduk kepada-Nya (42:15). Matlamat hidup orang Islam ialah untuk membawa seluruh makhluk manusia kepada Islam, iaitu agama bagi manusia, agama Allah yang merangkumi teologi dan syariah, etika dan institusinya (Isma'il R Al-Faruqi dan Lois Lamnya dalam buku mereka 'Atlas Budaya Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992).
Dalam al-Quran, Allah memerintahkan orang Islam: "Serulah manusia ke jalan Allah dengan bijaksana dengan nasihat yang baik. Nyatakan alasan-alasan yang munasabah (6:125). Dakwah merupakan pengisian kepada perintah ini. Dakwah melibatkan usaha mengajar kebenaran kepada mereka yang lalai; membawa berita yang baik tentang nikmat dunia dan tentang nikmat syurga; memberi amaran tentang balasan neraka di akhirat dan tentang kesengsaraan di alam ini (22:67).
Tugas memenuhi perintah ini dinyatakan oleh al-Quran sebagai puncak kebaikan dan kebahagiaan. "Siapakah yang lebih baik pertuturannya daripada mereka yang menggunakannya untuk menyeru manusia ke jalan Allah." (41:33). Rasulullah (s.a.w.) juga menganggap bahawa dakwah merupakan usaha paling mulia dan hasilnya, iaitu penganutan kepada Islam sebagai kesan paling agung.
Satu aspek perspektif Islam dalam komunikasi ialah penekanannya ke atas nilai - sosial, agama dan kebudayaan - dan penyelidikan melalui penglibatan.
Hasil daripada konsep pendekatan penyelidikan melalui penglibatan ini ialah satu aspek komunikasi antara perseorangan, yang mungkin merupakan suatu aspek komunikasi yang paling mengarah kepada sosio - agama - budaya (Pandangan Imtiaz Hasnain dalam buku Rahmah Hashim 'Komunikasi: Suatu Pendekatan Islam', DBP 1992).
Al-Quran dan hadis menyatakan di beberapa tempat mengenai prinsip dan kaedah komunikasi. Antara ayat-ayat al-Quran yang menyatakan perkara ini ialah:
1. "...dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik..." (Surah 2:83).
2. "(Menolak peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) yang menyakitkan hati." (2:263).
3. "...dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras, tentulah mereka akan lari dari kelilingmu..." (3:159).
4. Allah tidak suka kepada perbuatan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan." (Surah 4:148)
5. "Dan katakan (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata-kata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia." (17:53).
6. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata yang lemah lembut semoga ia beringat atau takut." (20:44).
7. "Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang yang berlaku zalim di antara mereka..." (29:46).
8. "Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredai-Nya), ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat daripada perkara yang tidak diingini." (25:63).
9. "Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu lakukan! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (Surah 62:2-3).
Dalam hadis juga terdapat beberapa prinsip komunikasi yang disabdakan oleh Rasulullah (s.a.w.). Dalam kita membicarakan mengenai bentuk komunikasi, Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda - seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Dunya yang bermaksud: "Sebutkan perkara baik mengenai saudara kamu yang tidak hadir dalam perjumpaan, terutama sekali perkara yang kamu suka diperkatakan oleh saudara kamu ketika kamu tidak hadir bersama."
Mengenai perkara yang perlu dijauhi seseorang, Dunya meriwayatkan dalam hadis yang sama, bagaimana Rasulullah (s.a.w.) meminta seorang pengulas supaya menjauhi memperkatakan apa juga yang tidak ada kena mengena dengan diri sendiri dan mengatakan apa juga tentang diri sendiri pada majlis yang salah.
Rasulullah (s.a.w.) juga bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Tuhan tidak suka orang seperti itu...yang memutarbelitkan (fakta) dengan lidah mereka seperti seekor lembu yang memusing-musingkan rumput dalam lidahnya."
Berhubung dakwah secara berhemah dan berhikmah di tengah-tengah masyarakat, penulis tertarik dengan pendakwah yang sanggup meronda 'lorong-lorong gelap' ibu kota, menasihati anak-anak muda supaya tidak memasuki hotel-hotel maksiat yang bertaburan di kawasan seperti Lorong Haji Taib.
Mereka berdakwah tepat kepada sasarannya sedangkan peringatan supaya tidak membuat maksiat yang disampaikan dalam kuliah dan khutbah di masjid sering didengari oleh orang yang hatinya sudah 'tertambat dengan kebaikan'.
Mengulang-ulangi ingatan, nasihat (berdakwah) kepada 'kaki masjid' adalah amat baik, tetapi jika ia dapat diperluaskan dengan menemui orang yang hidupnya terumbang-ambing seperti penagih dadah, 'kaki rock' seperti peminat Scorpions, kaki Lorong Haji Taib, tahi judi, kaki botol dan pelbagai 'kaki' lagi, alangkah besar manfaatnya.
Saya pernah terbaca laporan yang menyebut banduan dalam penjara ternanti-nanti kedatangan pendakwah Islam dan ini peluang terbuka untuk tuan guru dan ustaz/ustazah memainkan peranan masing-masing.
Usahlah hanya mengejar glamor seperti mengadakan ceramah fesyen atau 'cakaran harimau' atau asyik berpolitik, sebaliknya turunlah ke gelanggang berdakwah kepada insan-insan yang 'kehausan' itu.
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers

