Roslan Hamid's Blog, page 46
August 22, 2021
Muharam 14, 1443: Umat Islam perlu banyak bertindak daripada cakap
Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
JANGAN BERSUMPAH SEMBARANGAN: Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kalian bersumpah dengan nama-nama ayah-ayahmu, dengan nama ibu-ibu, juga janganlah kamu bersumpah dengan nama-nama dewa. Dan janganlah kamu bersumpah dengan nama Allah, kecuali kalian orang-orang yang benar." (HR. Abu Daud dan Nasa'i)
BAYANGKAN senario hari minggu ini. Sebaik saja bangun pagi kita bergegas ke bilik air. Gosok gigi dengan ubat gigi Darlie. Mandi dan kemudian sarungkan baju Camel dan seluar Levis. Tengah hari apabila terasa lapar kita bergegas ke restoran Kentucky Fried Chicken. Sudah kenyang mata mengantuk. Raba poket, keluarkan rokok Winston. Untuk hilangkan bosan, langkah ke hayun ke pawagam. Tengok filem Avatar.
Tanda sedar sebahagian besar barangan dan perkhidmatan yang kita gunakan sebenarnya datang dari jauh. Dari Amerika. Biasanya pada ketika tekanan ke atas umat Islam amat hebat seperti serangan ganas ke atas rakyat Palestin atau penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w., kita bercakap hebat untuk memulaukan barangan keluaran atau bercirikan Amerika dan Israel.
Gesaan atau kempen memulaukan barangan Amerika mungkin didorong daripada semangat berkobar-kobar untuk membalas apa yang dianggap ketidakadilan ke atas ummah, tetapi setakat mana kesungguhannya atau mungkinkah usaha itu hanya mampu hidup pada ketika krisis tetapi semakin lama semakin dilupakan.
Satu perkara begitu mendukacita yang melanda umat Islam dalam menangani masalah membabitkan ummah terutama dari aspek antarabangsa, adalah dengan gaya menunjuk-nunjuk (tunjuk perasaan, bantahan, mogok, pemulauan dan sebagainya). Amat sedikit sekali usaha dilakukan untuk menyelami punca masalah dan mencari jalan menyelesaikannya.
Hakikatnya umat Islam mesti kuat, mereka mesti keluar daripada kepompong pergantungan kepada kuasa besar dunia. Dewasa ini, hanya sebuah negara Islam yang mampu melakukannya iaitu Iran. Disebabkan ini, ia menjadi pusat cemburu kuasa besar Barat yang menunggu saja masa untuk menghancurkannya. Tetapi itu tidak semudah itu sebab pemimpin dan rakyat Iran mempunyai jati diri yang amat kuat.
Oleh itu, sewajarnya umat Islam belajar membangun dan memajukan diri sendiri. Masanya belum terlambat dan biarlah kita merangkak daripada tidak berbuat apa-apa. Kung Fu-Tze pernah berkata, 1,000 langkah bermula daripada langkah pertama. Umat Islam perlu mengakhiri sikap menyalahkan orang lain. Salahkah Amerika dan kuasa besar lain. Kutuk Amerika, kutuk Britain dan kutuk Rusia. Hantar memorandum meminta belas kasihan kepada pemimpin dunia, tetapi seperti biasa ia tidak membantu ummah.
Umat Islam perlu bangun daripada tidur yang lama. Sedar daripada mimpi. Kita sering bercakap mengenai keagungan zaman lampau. Zaman keemasan Islam ketika pemerintahan Umaiyah, Abasiyah atau pun zaman Uthmaniyah. Kita bangga dengan tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Ulugbek, Ibnu Battuta dan sebagainya. Tetapi mengapa tidak pula mahu bercakap mengenai zaman keemasan Islam pada masa depan?
Mengapa kita tidak ubah sikap daripada memperkatakan sesuatu yang sudah berlaku kepada perkara yang berlaku? Misalnya sepatutnya kita bangga kerana Iran sebagai sebuah negara Islam telah berjaya memajukan loji nuklear sebagai sumber tenaga tetapi mengapa tidak sebuah pun negara Islam berani menghantar kawat tahniah? Pendeknya negara dan umat Islam terus diburu ketakutan, bimbang dikerjakan oleh kuasa besar dunia. Iraq dan Afghanistan (Taliban) sudah merasakan akibatnya, tentunya negara umat Islam lain tidak mahu menanggung risikonya.
Setiap umat Islam mesti ada wawasan memajukan diri. Jika umat itu maju, sekali gus Islam akan maju dan berupaya menjadi saingan dan digeruni oleh pihak musuh. Jika tidak umat Islam akan berada pada tahap sekarang. Sering di perkotak-katikkan oleh kuasa besar dan kita tidak berupaya untuk menentang dalam erti kata sebenarnya selain daripada hanya mengutuk, membantah, memulau dan sebagainya.
Sewajarnya pada tempoh yang dikatakan era kebangkitan Islam ini, cendekiawan Islam sudah ke depan dengan pelbagai rekaan dan ciptaan yang dapat membimbing umat ke zaman keemasannya semula.
Tetapi ini hampir tidak berlaku dan kita masih ditenggelami dengan tokoh-tokoh Barat dengan aneka macam ciptaan mereka. Kita masih agung-agungkan Ibnu Sina tetapi kita tidak mampu melahirkan banyak lagi ‘Ibnu Sina’ pada zaman baru ini. Sedangkan dunia Barat sudah melahirkan ramai ‘Thomas Edison’ yang baru sesuai dengan zaman ini.
Untuk mencipta sesuatu ia ibarat panggang daripada api. Dunia dan umat Islam masih khayal dengan sengketa sesama mereka sedangkan dunia Barat sudah melakukan pelbagai langkah penyatuan misalnya penggunaan mata wang Euro untuk seluruh Eropah. Orang sudah menjejakkan kaki ke bulan sedangkan kita bagaikan pungguk masih ternanti-nanti kekasihnya yang tak kunjung tiba. Kita katakan ‘orang kita’ (Syeikh Muszaphar) sudah ke angkasa lepas, tetapi mana langkah susulannya? Adakah kita sudah memajukan teknologi roket dan seumpamanya?
Negara Islam masih terbelenggu. Terhimpit oleh masalah sendiri. Rakyatnya pula terpaksa memikirkan periuk nasi masing-masing daripada memikirkan sesuatu kemajuan untuk ummah. Untuk mengisi perut, bantuan asing diperlukan, jadi di manakah mereka mempunyai kekuatan untuk memikirkan nasib saudara seagama mereka.
Hanya dengan kembali ke Islam sepenuhnya termasuk perpaduan sesama ummah, barulah dapat ummah kembali ke zaman kegemilangannya. Tetapi apakah ia boleh berlaku dalam tempoh terdekat jika dilihat kelakuan umat Islam sendiri? Lihatlah di sekeliling, anda akan dapati berapa ramai anak-anak generasi muda orang Islam hanyut dalam budaya Barat khasnya, Amerika.
Anak-anak muda termasuk gadisnya dibalut pakaian jenama Amerika, jeans Levis dan sebagainya yang ketat sedangkan si lelaki terjepit rokok jenama Amerika juga. Mereka makan ‘fast food’ cara Amerika juga, malah restoran Kentucky Fried Chicken atau MacDonald’s bukan saja menjadi pemandangan biasa di negara umat Islam seperti Malaysia tetapi juga di Tanah Suci Makkah dan Madinah.
Sesungguhnya orang Islam sekarang, terutama generasi mudanya sudah ‘dibeli’ oleh Amerika, pengaruhnya dalam kehidupan hampir mencecah 100 peratus, jadi apa yang hendak diharapkan daripada generasi yang otaknya yang sudah berkiblat ke arah gaya hidup Amerika ini. Oleh itu, kepada mereka yang mendakwa sebagai pejuang Islam, bertindaklah segera sebelum golongan muda dikuasai sepenuhnya oleh budaya Amerika; ummah perlu banyakkan bertindak daripada bercakap!
August 21, 2021
Muharam 13, 1443: Hipokrit (munafik) dalam politik hancur generasi muda
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Hadis riwayat Abu Hazim, daripada Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Muslim, bermaksud: "Tidak akan hancur dunia ini (kiamat) hingga ada seorang laki-laki yang melewati kuburan lalu ia berguling-guling di atasnya seraya berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku berada di tempat penghuni kubur ini.' Hal ini bukan kerana faktor agama tetapi kerana adanya musibah."
SETIAP tamadun, apatah lagi agama menyanjungi ketelusan. Agama membenci sikap hipokrit (bermuka-muka) dan dalam istilah agama Islam ia dipanggil munafik.
Berhubung persoalan munafik ini, saya tertarik dengan tulisan seorang pembaca dalam akhbar 'The Sun' tidak lama dulu. Penulis bimbang sifat munafik yang semakin berleluasa dalam masyarakat akan menjejaskan masa depan anak-anak.
Antara lain, Noel F D'Oliveiro menulis: "Hipokrasi (bersifat munafik) adalah kejahatan tahap tertinggi dalam masyarakat. Ia wujud dalam diri kita dan dalam semua peringkat masyarakat, dalam kelas atasan dan rendah. Kita semua biasa dengan sifat munafik ini - dalam politik, pengiklanan, media massa, perubatan dan paling menyedihkan dalam agama."
Kita lihat dulu amalan munafik dalam bidang politik. Kita lihat politik antarabangsa. Biasalah bagi kuasa besar dunia (Amerika Syarikat, Britain dan sebagainya) bercakap hebat mengenai amalan demokrasi dan hak asasi manusia.
Tetapi hakikatnya, mereka tidak pedulikan apa yang mereka hebohkan itu. Kuasa besar ini mahu negara lain mengikut telunjuk mereka. Yang melawan akan menerima padah seperti Iraq, Sudan, Libya atau Iran dan Afghanistan.
Laungan demokrasi dan hak asasi adalah untuk memuaskan nafsu mereka saja. Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mereka wujudkan diperkudakan untuk kepentingan sendiri. PBB dijadikan topeng untuk mengesahkan sifat munafik mereka.
Politik negara kita juga menyaksikan perkara yang sama. Dari peringkat paling atas, cakap-cakap mengenai demokrasi dan hak asasi dihebohkan, tetapi setakat mana ia benar-benar dikotakan, tidaklah diketahui.
Di kalangan tokoh politik, sifat hipokrit boleh disaksikan menjelang satu-satu pilihan raya. Biasanya, sebelum sesuatu pilihan raya, sesebuah parti atau calon itu akan membuat pelbagai janji manis, tetapi selepas pilihan raya, kebanyakannya dilupakan. Ini satu ciri munafik - mungkir janji.
Kemudian kita saksikan gelagat sesetengah tokoh politik dan pemimpin kita yang 'cakap tak serupa bikin'. Ada pemimpin apabila harga minyak naik, menghebohkan 'ubah gaya hidup' tetapi dia dan anak isteri hidup bermewah-mewah. Bukankah ini hipokrit namanya.
Pembohongan ini akan mendatangkan kesan negatif kepada anak-anak. Jika orang tua sudah mengajar mereka berbohong, hampir pasti sifat buruk itu akan diteladani. Kata orang jika guru kencing berdiri, pasti anak murid kencing berlari.
Kemudian kita lihat pula pembohongan yang dilakukan oleh sesetengah media kita. Kalau tersilap lapor, boleh dimaafkan tetapi jika sengaja menyiarkan laporan tidak benar semata-mata untuk memuaskan pihak tertentu, ia akan 'melahirkan pembohong' dalam masyarakat kita.
Dalam bidang pengiklanan juga berlaku pelbagai pembohongan. Dikatakan sesuatu barangan mempunyai pelbagai keistimewaan sedangkan hakikatnya tidak begitu.
Sekalipun dunia dikatakan sudah sampai ke kemuncak ketamadunan manusia, wanita terus diekspolitasi, termasuk dalam dunia pengiklanan. Kecantikan wanita terus diperdagang sedangkan seluruh dunia dicanang bahawa wanita kini menikmati kehidupan paling bermaruah.
Cuba kita renung dan fikirkan nasib wanita berdasarkan Academy Award bintang-bintang Hollywood. Kebanyakan gambar artis wanita yang dipancarkan ke seluruh dunia sama ada melalui media cetak atau elektronik, menunjukkan buah dada masing-masing sedangkan pasangan mereka (lelaki) berpakaian serba lengkap.
Artis-artis ini dan kebanyakan pertubuhan wanita dunia menganggap cara hidup ini adalah yang terbaik, sebagai sesuatu yang bertamadun, hakikatnya ia satu langkah menzalimi wanita itu sendiri.
Ironinya, wanita Islam Afghanistan yang memakai burqa dituduh sebagai kolot dan pemerintah yang memaksa pemakaiannya dianggap zalim dan perlu diperangi. Itulah sebabnya Taliban dihancurkan dan cara hidup Barat dihidupkan kembali di Afghanistan. Namun sekarang Taliban kembali berkuasa di Afghanistan. Kita tunggu perkembangan selanjutnya.
August 20, 2021
Muharam 12, 1443: Keluar hanya RM200 untuk kahwinkan anak!
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan serulah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang beramai-ramai mengunjungi (rumah Engkau, Baitul Lahil Haram) dengan keadaan ada yang berjalan kaki dan ada yang menunggang berjenis-jenis unta yang kurus disebabkan perjalanan yang datang dari segenap ceruk pelosok dan rantau yang jauh.
"Supaya mereka menyaksikan berbagai-bagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari tertentu (Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban pada 10 Zulhijah dan pada hari-hari berikutnya pada 11, 12, dan 13 Zulhijah - Hari Tasyrik) kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban), dengan demikian makanlah kamu daripadanya (daging binatang-binatang korban itu) dan berilah makan kepada orang yang susah dan fakir miskin." (Maksud Ayat 27-28 Surah al-Haj
SABTU, 14 Ogos 2021, saya nikahkan seorang anak perempuan saya. Kali pertama saya berperanan sebagai wali; dua anak yang berkahwin sebelum ini adalah lelaki.
Perkahwinan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 sungguh, sungguh luar biasa.
Anak saya dan pasangannya, membuat sejumlah panggilan ke pejabat agama, mengisi borang dan kemudian membuat tempahan tarikh dan masa untuk bernikah juga di pejabat agama.
Upacara menikah juga sungguh, sungguh, sungguh luar biasa. Hanya pasangan calon pengantin dan wali dibenarkan masuk. Sudah pasti mematuhi segala SOP PKP.
Di meja pejabat, saya dan pasangan calon pengantin berhadapan dengan tiga pegawai pejabat agama. Di tengah adalah jurunikah, di sebelah kanan dan kirinya adalah pegawai pengurus merangkap saksi. Ertinya, hanya ada enam orang pada majlis ini.
Apabila semua dokumen termasuk sijil ujian Covid-19 dan keperluan sudah disahkan, jurunikah meminta semua hadirin beristighfar, mengucap, berselawat dan kemudian menerangkan secara ringkas tujuan perkahwinan.
Beliau kemudian memfokus kepada saya sebagai wali...bertanya sama ada saya sudah bersedia menikahkan anak saya. Sebuah kad tertulis apa yang perlu saya sebut ada di depan saya (ia sama seperti kad lafaz bayar zakat).
Saya mengangkat tangan untuk disuakan kepada bakal menantu untuk memulakan akad nikah tetapi dengan pantas ditegur jurunikah...katanya sekarang ini tak perlu berjabat tangan...patuhi SOP!
Kali pertama lafaz akad nikah, bagi saya semua ok...tetapi apabila jurunikah berpaling kepada saksi di kiri dan kanannya, mereka kurang puas hati...kerana pada lafaz ada tempatnya perlu berhenti lama sikit...oklah kita buat kali kedua.
Pada kali kedua, mereka berpuas hati...akad nikah sudah sah. Pegawai di kiri jurunikah, membaca khutbah nikah dan selepas bacaan taa'lik pengantin lelaki dan penyerahan wang mas kahwin...semuanya sudah selesai dalam masa tak sampai setengah jam!
Anak dara saya dan pasangannya kini sudah jadi suami isteri...itu cerita nikahnya, bagaimana majlis perkahwinan? Itulah yang sedihnya. Ya, tak ada majlis pada masa PKP ini.
Bagaimana dari segi perbelanjaan. Bagi diri saya, saya cuma sewa sebuah 'homestay' yang selesa juga untuk tetamu (keluarga bakal menantu) yang datang jauh dari Utara dengan kos RM1,200 untuk dua malam.
Alhamdulillah, saya perlu keluarkan cuma RM200 sahaja kerana RM1,000 lagi dbiayai daripada tabung keluarga adik beradik saya.
Isteri saya yang kasihan dan sedih anak kahwin tak ada majlis, memesan makanan bungkus sebanyak 300 paket untuk diedarkan kepada sanak saudara terdekat, jiran tetangga dan jemaah solat zuhur masjid.
Masa PKP ini, harga makanan katering jatuh merosot - RM10 satu paket kali 300 bungkus, beliau hanya berbelanja RM3,000! Demikanlah hikmah masa PKP ini tak perlu puluhan ribu ringgit untuk kahwinkan anak...hal ini taklah seperti majlis perkahwinan 'ekstravaganza' tidak lama dahulu yang antara lain ditegur oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Persatuan ini mengkritik hebahan melampau dan majlis perkahwinan besar-besaran termasuk membabitkan artis yang dakwanya menyumbang ke arah penyuburan nilai-niai negatif, antaranya pembaziran dan menyalahi hukum agama.
Gambaran dan laporan melampau berhubung perkahwinan seorang artis terkenal dengan seorang usahawan tempatan di dada-dada akhbar tidak lama dahulu menimbulkan persoalan, apakah kesannya kepada masyarakat sehingga mengkesampingkan isu-isu yang lebih penting daripadanya.
Adakah wartawan-wartawan hiburan tidak tahu memilih sesebuah berita atau itulah sahaja sebuah 'current issue'. Sedangkan banyak lagi isu yang boleh diketengahkan untuk tatapan umum.
Yang nyata kesannya kepada masyarakat ialah sehingga menganggap isu-isu itu adalah isu negara, isu terpenting dan kadang-kadang menenggelamkan teguran atau nasihat seorang mufti atau ulama.
Lebih parah lagi apabila isu-isu seperti ini di 'highlight', menggambarkan masyarakat Islam khususnya, gila kepada budaya pembaziran, budaya kemegahan, budaya hiburan. Ia menggambarkan juga di Malaysia ini orang-orang yang penting ialah golongan artis.
Kini, isu percintaan, perkahwinan, persiapan ke arah majlis kenduri perkahwinan melampaui isu-isu lain. Ia bukan saja mendapat penonjolan di dalam akhbar perdana di muka hadapan, tetapi juga mendapat liputan khas melalui TV, satu-satunya media elektronik yang sangat memberi pengaruh.
Semua liputan dan berita seolah-olah pasangan ini pasangan yang cukup 'ideal', melebihi percintaan Romeo dan Juliet, Laila dan Majnun, Uda dan Dara dan kemegahan membina tugu cinta mereka sama dengan Shah Jahan yang membina Taj Mahal.
Tetapi masyarakat yang mabuk dengan isu ini, yang menganggap artis adalah segala-galanya lupa beberapa sejarah pahit yang memalukan.
Perkahwinan sememangnya baik dan seharusnya kita berdoa agar pasangan (tidak saja artis) kekal jodoh sehingga akhir hayat. Tetapi kenapa berita ini menjadi lebih penting daripada yang lain dan digembar-gemburkan oleh media.
Ia sudah menjadi riak, takbur, membazir, melampau dan kadang-kadang sampai melanggar tata susila hukum. Namun apa yang mendukacitakan, ulasan-ulasan dan paparan dari wartawan hiburan seperti ini tidak mengambil kira hal-hal hukum kerana mahu meng'highlight'kan orang-orang seumpama ini.
Antaranya ialah sebanyak tujuh kamera digunakan di Masjid Wilayah Persekutuan bagi tujuan merakamkan upacara perkahwinan. Siaran secara langsung pula dibuat. Pentas khas diletakkan di dalam ruang masjid, satu-satunya rumah ibadah. Seramai 30 krew produksi pula akan bekerja keras.
Memanglah masjid sangat baik dijadikan tempat ijab qabul pernikahan. Tetapi apabila ia menunjukkan seperti melampau, riak dan bermegah-megah, menunjukkan kehebatan, apakah ia baik di sisi agama?
Kita tidak tahu, apakah ia mendapat restu dari pihak pentadbir agama dan masjid di situ? Jika ia direstu dan diluluskan begitu mudah, alangkah malangnya pemikiran sebegitu rupa kerana pihak bertanggungjawab juga terbawa-bawa dengan budaya keglamoran artis-artis.
Bukan masanya lagi apabila ada orang berkata, apa pun yang dilakukan oleh seseorang, itu adalah hak mereka. Memang sesiapa pun boleh mengeluar hantaran berjuta ringgit, belanja majlis perkahwinan berjuta, merancang akad nikah di dalam kolah masjid atau sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit.
Tetapi dalam masa yang sama, tidakkah kita merasa prihatin, sensitif dan peka terhadap enam ratus kanak-kanak yang menghidap sakit jantung, yang melanda kebanyakan keluarga berpendapatan rendah?
Bagaimana dengan nasib mangsa peperangan di Lubnan, Palestin, Iraq dan Afghanistan? Bagaimana dengan nasib masa depan anak dan isteri yang ditinggalkan ini?
Tergamakkah kita memakan juadah dan majlis santai meraikan pengantin, tetapi dalam masa yang sama, ada mereka yang menjerit kesakitan kerana luka dan berpenyakit kronik.
Memang di sisi lain mungkin akan dijawab ia tidak ada kena mengena. Tetapi itulah sebenarnya gambaran masyarakat kita. Jika ia tidak dilakukan oleh pihak yang terlibat, siapakah pula yang bertanggungjawab menggembar-gembur hal ini.
Lebih-lebih lagi para artis di negara kita menjadi 'role model' kepada golongan remaja dan kami percaya kita perlu menyemai budaya yang lebih baik dan bukannya pembaziran dalam melakukan sesuatu. CAP memandang berat hal ini.
Ia bukan satu tafsiran cemburu tetapi mestilah dilihat dalam bentuk keprihatinan, kepekaan terhadap orang lain yang turut menjadi anggota masyarakat Malaysia. Ia juga satu bentuk budaya bermegah, membazir yang tidak dituntut oleh mana-mana agama mahupun budaya yang sihat.
Kesederhanaan adalah yang terbaik dan CAP mengharap semua pihak dapat mengamalkan sikap dan budaya ini.
August 19, 2021
Muharam 11, 1443: Hidung ‘pemimpin Pinocchio’ semakin panjang…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
BAGI orang berpegang kepada agama hidup ini amat mudah. Hidup mereka berpandukan perintah dan larangan Allah SWT. Mereka patuh kepada hukum Allah. Hukum syara’ terbahagi kepada lima – wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
Perkara wajib mereka buat, yang sunat digalakkan membuatnya - tak buat rasa rugi, yang harus terpulanglah kepada seseorang, yang makruh digalakkan untuk ditinggalkan manakala yang haram ditinggalkan terus kerana ia mengundang dosa.
Berbohong atau berdusta adalah haram. Ia salah satu daripada tiga petanda bahawa seseorang itu bersifat munafik. Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Tanda orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) dia mengkhianatinya.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Jadi berbohong wajib dijauhkan. Namun pembohongan semakin menjadi-jadi di kalangan pemimpin tertinggi, media massa dan rakyat. Pemimpin berbohong dalam isu salah tadbir negara, media massa menipu dalam laporan mereka termasuk melakukan 'spinning' (putar belit berita) manakala rakyat mengikut pemimpin menepati pepatah ‘guru kencing berdiri anak murid kencing berlari’.
Pemimpin sudah acap kali ‘ditangkap’ berbohong. Misalnya dalam isu ‘wang derma’, kenaikan harga petrol dan barangan keperluan (dijanjikan tidak naik tetapi naik juga) dan pemansuhan undang-undang tertentu tetapi menggantikannya dengan yang lebih ‘kejam’.
Media massa pun semakin kuat pembohongannya. Jika seseorang itu beriman tentunya dia tidak membuat propaganda murahan bagi meraihkan kepentingan tertentu termasuk politik tetapi membuat penilaian berdasarkan hukum syara’ tadi – wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
Ya, haram untuk melakukan pembohongan dan kemudian menyebarkan pendustaan itu. Yalah, semua pihak yang bertarung termasuk dalam politik mahukan kemenangan tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. Kaedah Machiavelli tidak terpakai dalam ajaran murni Islam. Semua orang bertanggungjawab di atas perbuatannya – tidak kira kecil atau besar semuanya akan dibalas bukan saja di akhirat tetapi kadang-kadang di dunia lagi Allah SWT sudah tunjukkan buktinya.
Pembohongan bukan saja tidak dapat diterima oleh Islam tetapi semua masyarakat dunia. Bagi orang Barat, mereka ada watak Pinocchio yang jika dia berbohong akan bertambah panjang hidungnya.
Bagi ketua kerajaan, menteri dan ahli Parlimen di negara Barat, pembohongan akan menyebabkan mereka kena ‘grill’ (diselidiki secara terperinci) oleh jawatankuasa khas dan jika didapat bersalah, alamat berakhirlah karier politik masing-masing. Ini kerana melakukan pembohongan tidak dapat diterima sama sekali oleh masyarakat negara-negara maju ini.
Penyakit ‘bohong’ di kalangan masyarakat kita terutama pemimpin politik tertentu semakin kronik. Yalah, jika ‘kadar’ pembohongan dapat diukur seperti Pinocchio yang hidungnya menjadi semakin panjang setiap kali dia berbohong, tentunya kita dapat tahu siapa di kalangan pemimpin yang paling kuat temberangnya.
Pembohongan sesetengah media massa kita amat menakutkan. Kalau tersilap lapor, boleh dimaafkan tetapi jika sengaja menyiarkan laporan tidak benar semata-mata untuk memuaskan pihak tertentu, ia akan 'melahirkan pembohong' dalam masyarakat kita. Pembohongan yang semakin menjadi-jadi ini ini akan mendatangkan kesan negatif kepada anak-anak. Jika orang tua sudah mengajar mereka berbohong, kita bimbang sifat buruk itu akan diteladani.
Hari ini politik negara kita menyaksikan pembohongan kronik kerana masing-masing mabukkan kuasa. Bukankah semua ini menunjukkan sesetengah pihak terutama pemimpin amat hipokrit (munafik) dalam menjalani penghidupan. Mereka yang bersifat talam dua muka ini mendatangkan kebencian teramat sangat di kalangan rakyat yang bertambah sengsara pada era pandemik ini.
August 18, 2021
Muharam 10, 1443: Politik kotor hancurkan generasi muda
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan, yang telah menciptakan manusia daripada bibit ('alaq). Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia, yang mengajarkan dengan qalam (dengan alat tulis baca), mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al-Alaq, 96: 1-5)
BERDASARKAN perkembangan politik semasa, kita berasa sedih dan jijik dengan perlakuan sesetengah pemimpin politik terutama yang beragama Islam.
Mereka seolah-olah mengesahkan tanggapan bahawa politik itu kotor; untuk berkuasa seseorang itu perlu bijak mencuri peluang sekalipun haram kerana matlamat menghalalkan cara (Machiavelli). Hakikatnya, politik tidak terlepas daripada hukum-hakam Islam yang menjadi adden (cara hidup) seseorang Muslim, tidak kira bangsa, kedudukan dan pangkatnya.
Kita tidak tahu apa yang bersarang dalam hati 'pemain utama politik kotor' ini kerana soal hati adalah milik individu dan Allah SWT, tetapi berdasarkan tindak tanduk dan tingkah mereka; ia boleh dijadikan landasan dan sempadan.
Seperti disebutkan, dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara. Buatlah apa sekalipun, yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil.
Mendapat kuasa secara batil, tidak membawa apa-apa keuntungan, sama ada di dunia apatah lagi di akhirat. Merujuk kepada perkembangan semasa, kita berasa dukacita kerana tindak tanduk sesetengah pihak dan pemimpin tidak menepati undang-undang termasuk Perlembagaan Persekutuan.
Kini seluruh rakyat, termasuk generasi muda di bangku sekolah dan pusat pengajian tinggi sedang memerhati. Sesetengahnya didedahkan dengan urusan pentadbiran dan pengurusan negara antaranya membabitkan Perlembagaan Persekutuan dalam Pengajian Am Pra-Universiti.
Mereka tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. Tetapi apa yang berlaku, mencabar minda; apa yang pelajari tidak selari dengan tindakan sesetengah pemimpin.
Generasi muda tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan sebuah dokumen yang merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara dan mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan satu sistem kerajaan yang teratur.
Jika undang-undang tertinggi ini dilanggar, tentunya ia mencelaru dan merosakkan pemikiran generasi muda yang bakal menjadi pemimpin. Jika pemimpin negara dan politik tidak dapat menunjukkan contoh baik, bagaimana golongan muda dapat diharapkan menjadi warga baik pada masa depan.
Inilah yang kita bimbangi kerana bapa borek, anak rintik; guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.
Tindakan pemimpin 'bersandiwara' dalam politik - 'melompat bagaikan katak' - diiringi tuduhan dan pembohongan dan kemudian menjilat balik kata-katanya, menampilkan ciri-ciri munafik yang sekali gus menjadi contoh buruk kepada generasi muda. Apa yang boleh diharapkan daripada pemimpin jenis ini, yang menjual maruah untuk mendapatkan sedikit habuan dunia.
Kini terbukalah rahsia mengapa sesetengah pemimpin ini menolak mentah-mentah hukum-hakam Islam, malah memperlekehkan hukum hudud tidak lama dulu. Jika hukum manusia (Perlembagaan Persekutuan) pun tidak dapat dipatuhi malah dieksploitasi, bagaimana mereka dapat menerima hukum Allah SWT.
Apabila tidak melaksanakan hukum Allah SWT manusia jauh daripada barakah-Nya kerana di dalam undang-undang-Nya ada kehidupan.
Apa yang kita bimbangi penyakit rakus menjadi pemimpin dan gila kuasa golongan ini akan menyebabkan rakyat terheret sama kerana seluruh negara akan menjadi keluh kesah manakala fitnah bermaharajalela.
Kepada orang beriman, ingatlah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Jangan meminta untuk menjadi ketua. Jika sesuatu jawatan diberi kepadamu kerana permintaan engkau, nescaya ia akan diserahkan kepadamu tanpa pertolongan. Sekiranya diberi kepadamu tanpa engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan." (al-Bukhari: kitab al-Ahkam)
August 17, 2021
Muharam 9, 1443: 'Not just any Tijah, Bedah...'
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort
one another to truth and exhort one another to endurance.
DURING my visit to Turkey, one story that touched my heart was regarding the long and tedious preparation of a 'traditional' Turkish girl before she get married - she had to learn and mastered the art of making carpets or kilims.
During the process she readied her own 'special' (dowry) carpet which perhaps she took years to complete it. In Turkey, dowry' carpets that brides-to-be have woven for their betrothed, is a woven symbol of the bride and groom's lifelong connection.
The most valuable carpets in the Turk homes were always dowry pieces and considered to be more favorable than gold as a secured asset. This treasured possession is kept in a safe place, and used only on special family occasions.
Yes, carpet weaving is one of the most ancient crafts in Turkey, and for centuries, women have played a pivotal role in their creation.
Historically, the Turks were among the earliest carpet weavers. According to a guide book, the earliest known carpet utilizing the double knotted Gordes style dates between the 4th and 1st centuries BC. It is believed that the Seljuks introduced carpet weaving techniques into Anatolia in the 12th century.
Marco Polo notes in his travel diaries that Konya, the Seljuk capital, was the center of carpet production in the 13th century. Carpets and kilims, rugs without a knotted pile, have been used by nomadic tribes as floor coverings in their tents. They provided comfort, warmth as well as decor.
Village women have woven carpets for family use. A daughter had a greater chance of marrying if she was a skilled weaver and would offer carpets as part of her dowry to her future husband. She would take great care in the dyeing and hand-spinning of wool and in the selection of designs and motifs, some of which were related to her daily life and tribal culture.
Since the 19th century, there has been a tremendous demand for Turkish carpets and kilims. This development was responsible for the proliferation of carpet companies. Today, about 95% of women employed in this industry work for these firms. Some work in their homes while others labor in company workshops.
A few days after coming back to Malaysia from Turkey, I related this 'Turkish story and experience' to my mother who seemed so anxious and excited. The Turkish story ignited her to tell her own version of story - well it was my turn to listen to her 'granny stories' about brides-to-be.
She said during her younger days, Malays girls too 'had to prove their worth' before they could get married. For example girls were required to be skillful in making 'baju kurung' and 'baju Melayu' with various types of 'sembat' (knotting) and 'jahitan halus' (fine sewing) like 'jahitan tulang belut' for 'leher' (neck) of 'baju Melayu Johor' which has no collar.
They too had to be skillful in some other cottage craft; at times for their own household uses such as weaving mats from 'daun mengkuang' (screw pine leaves). At times these mats (new ones) were spread open for guests to sit on and when the mats had become old, they were used to be spread on the floor at night to sleep on as just like mattress.
My mother said, of course girls too had to 'pandai masak' (good at cooking) - even there was a 'teasing phrase' - 'tanak nasi pun tak pandai, sudah mahu kahwin?' (you could not even cook rice yet you want to get married?). At that time there was no such thing as a rice cooker (you just put rice and water in it and click on the switch) but rice had to be cooked in a 'periuk' (pot) on the 'dapur kayu' (wood stove). When cooking rice using 'dapur kayu' you had to be good in your timing and use 'your common sense', for example when to close the pot, put off the fire but leave the 'bara' (ember) alone.
Other than 'skills of their hands', what were other qualities required from girls or would-be brides during those good days, asked my mother. Would-be parents in law would also wanted to know the religious knowledge of the girl especially regarding her Qur'an reading...have she had 'khatam' (complete) reading the whole Qur'an.
Thus, during those days, during her 'hari berlangsung" (wedding day), her parents too would arrange for her 'majlis khatam al-Quran' as well where the girl would recite some short verses of the Qur'an in front of special guests such as the 'imam' (prayers leader) of the kampung.
Subhanallah, girls during 'the good old days' had to ready themselves with knowledge and skills before people came to their houses for 'majlis merisik' (pre-engagement ceremony) because would-be parents in law would not take any Tijah or Bedah as their daughter in law!
But what have we now...almost all these good values we treasured in the past had been trodden by the new generation. "How come you could pick up a girl you had encounter at the roadside or at the bus station as your would-be wife without checking on their background?" asked my mother; even though her words were not fired at me but it too made my face red...well I have children to be married off in the future.
"How come you could pick up a girl who was shy to spend time in the kitchen? Please make sure the girl knows how to cook perhaps a simple meal as we do not want her husband (future) had to 'makan di kedai' (eat at the stalls and restaurants) almost all the time. Nowadays many wives are good at 'pointing fingers' (buying) dishes and brought them back; they seemed no time to cook food for their families," lectured my mother.
To readers who are in stage to seeking life partners; please choose your would be wife or husband carefully; regarding the ideal Muslim wife, the Prophet s.a.w. in his 'hadith' said; "A woman may be married for four things; for her wealth, for her noble descent, for her beauty or for her religion. Choose the one who is religious, may your hands be rubbed with dust! (Imam Al-Bukhari and Muslim)
Yes, to young men out there please go for a religious wife, but this does not mean that you should ignore preferences regarding physical beauty or as in our above discussion, girls with skillful hands such as in weaving carpets (Turkish girl) and sewing fine 'baju kurung' or 'baju Melayu' as in the case of 'gadis Melayu' (Malay girl)!
August 16, 2021
Muharam 8, 1443: Semuanya Allah punya...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Hadis riwayat Abu Hazim, daripada Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Muslim, bermaksud: "Tidak akan hancur dunia ini (kiamat) hingga ada seorang laki-laki yang melewati kuburan lalu ia berguling-guling di atasnya seraya berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku berada di tempat penghuni kubur ini.' Hal ini bukan kerana faktor agama tetapi kerana adanya musibah."
SUATU hari sejurus solat sunat ba'diyyah zuhur di masjid kampung saya, terkejut saya apabila pengerusi masjid and seorang AJK-nya menyuakan satu bungkusan barangan keperluan dapur termasuk sekampit beras lima kilogram kepada saya.
Selain itu, ada satu lagi bungkusan, yang kata AJK masjid, saya diamanahkan untuk menyampaikannya kepada bapa saya. Saya tak berkata apa-apa selain mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka dan mengangkut barangan pemberian itu ke motosikal saya.
Saya perasan hanya saya dan bapa diberikan bungkusan itu, orang lain tiada. Saya pula tak tanya atas faktor apa saya dan bapa diberikan barangan berkenaan.
Saya 'rasa', saya 'taklah susah sangat' untuk diberi bantuan itu, tetapi prinsip saya mudah, orang beri kita ambillah sahaja, jangan banyak 'songeh'. Ucap Alhamdulillah, semoga Allah tambah lagi rezeki kita, insya-Allah.
Sampai di luar rumah saya 'check' (periksa) bungkusan itu. Selain sekampit beras dan 10 biji telur yang dibubuh berasingan, ada tepung gandum 1kg, gula pasir 1kg, sepaket biskut lemak, sebotol kicap, setin susu lemak manis, sepaket uncang teh dan setin kecil kaya.
Syukur, Alhamdulillah, tetapi hakikatnya saya tidak perlukan barangan itu. Jadi apa yang saya lakukan, saya pamerkan barangan itu dan ditambah dengan barangan lain yang saya beli sendiri, di depan rumah saya dengan menulis plakad 'Makanan Infak' - ertinya siapa yang lalu-lalang dan berkehendakan barangan berkenaan, ambillah...
Demikianlah rezeki Allah kepada kita terlalu lumayan dan tak dapat dijangka. Ya, tiba-tiba sahaja, saya diberikan beras, gula, telur dan sebagainya yang saya tahu di dapur rumah saya tak pernah putus bekalannya. Tetapi, ya mengapa diberikan kepada saya lagi...inilah rahsia Allah SWT yang kita tak tahu, tetapi kita boleh renungi hikmahnya...misalnya rezeki daripada Allah diberikan kepada sesiapa dipilih-Nya dan juga kita boleh berbudi kepada orang lain dengannya.
Berkenaan hal ini, terkenang saya akan lirik sebuah lagu Iwan Syahman yang antara lain berbunyi:
Lihatlah gunung yang tinggiSubhanallah, itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indahSubhanallah, itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punyaSemuanya Allah punyaTiada yang engkau punyaSemuanya Allah punya
Lihatlah burung yang terbangSubhanallah, itu Allah yang punya
Lihatlah bunga yang mekarSubhanallah, itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punyaSemuanya Allah punyaTiada yang engkau punyaSemuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punyaItu semua Allah punyaKau dengar bukan kau punyaItu semua Allah punya
Dari itu janganlah sombongJanganlah riak serta iri hatiDunia hanya pinjaman sementaraAkhirnya kembali kepada-nya
Tiada yang engkau punyaSemuanya Allah punyaTiada yang engkau punyaSemuanya Allah punya
Rezeki yang Allah SWT beri kepada kita jangan ditamak-tamakkan. Kalau sudah rezeki itu ditakdirkan milik kita, ia tetap milik kita sekalipun dalam mulut buaya, kata orang-orang tua. Namun kalau bukan ditakdirkan bukan milik kita, dah hampir masuk ke mulut pun boleh ditepis orang lantas jatuh ke tanah.
Berhubung ketamakan manusia termasuk di kalangan pemimpin, bekas Mufti Wilayah Persekutuan (kini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kitab Syarah Al-Hikam ada mencatatkan kisah ini untuk menjadi pengajaran bersama.
Al-Qahir, salah seorang khalifah kerajaan Abbasiyyah, berkata: "Saya mahu menyimpan bekalan untuk tempoh setahun, dan menyimpan harta untuk hari-hari susah." Kemudian dia menggali sebuah lubang di tanah dan mengisinya dengan emas dan perak, seolah-olah dia tidak percaya kepada Allah SWT.
Dia berkata kepada anak-anaknya: "Wahai anak-anakku! Kalian janganlah takut miskin. Ayahanda sudah memenuhkan lubang ini dengan harta yang banyak. Seandainya ia dibahagikan kepada seluruh penduduk Baghdad, nescaya setiap penduduknya akan menjadi saudagar."
Apakah yang Allah SWT berikan kepadanya, setelah dia menyimpang dan tidak mematuhi perintah-Nya. Akhirnya, dia dipecat daripada jawatan khalifah. Kedua-dua biji matanya dicungkil keluar. Semua harta kekayaannya disita dan diserahkan kepada khalifah selepasnya.
Setelah itu, dia menjadi peminta sedekah di hadapan masjid jamek terbesar di Baghdad. Dia selalu berkata: "Wahai hamba-hamba Allah! Sumbangkanlah sebahagian hartanya ke jalan Allah."
Mendengar kata-katanya, orang ramai berkata: "Tengok lelaki ini. Dulu, dia mensia-siakan Allah, Kini, Allah pula mensia-siakannya."
Marilah kita mengambil pengajaran daripada kisah ini, sejajar dengan saranan Allah SWT dalam firman-Nya dalam Surah Qaf (50) ayat 37 yang bermaksud: "Sesungguhnya dalam (apa yang disebutkan) itu, terdapat peringatan bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang mengerti) atau menumpukan pendengarannya (kepada peringatan itu), dalam keadaan dia hadir (hati dan tidak lalai)."
Semoga kita semua menjadi hamba Allah SWT, yang sentiasa taat dan patuh kepada-Nya, sama ada semasa senang mahupun semasa susah, sehingga kita meraih 'mardhatillah' di dunia dan akhirat.
Kepada orang berharta dan yang berasa 'punya apa-apa', ingatlah harta hatta diri kita sendiri bukan milik mutlak kita - rajin-rajinlah mengagih-agih sebahagian daripada harta apatah lagi pada musim pandemik yang sukar sekarang ini; ya tiada yang kau punya, semuanya Allah punya...
August 15, 2021
Muharam 7, 1443: Mula-mula 'harum', lepas tu...(U)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
RenunganMaha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. - Maksud Ayat Al-Quran, Al-Isra', 17:1.
ORANG muda berkata kerana cinta punya pasal lautan api pun sanggup kurenangi...ya, itu kisah pasangan sedang menyulam cinta atau baharu kahwin tetapi apa akan berlaku selepas 10, 20, 30 atau 40 tahun melayari rumah tangga? Biasalah, ada pasangan terus bahagia tetapi tidak kurang juga yang sengsara.
Tidak lama dahulu saya ke Tanjung Balai di Karimun, Indonesia; pulau ini boleh dijejaki dalam masa sejam saja dengan menaiki feri di Kukup, Johor. Dalam mencari maklumat mengenai destinasi kembara ini saya melakukan pencarian di internet, ketemu saya dengan sebuah blog yang mengkisahkan majlis perminangan seorang pemuda Semenanjung dengan gadis Karimun. Ya apalah sangat dengan laut Selat Melaka kerana lautan api pun sanggup kurenangi demi cintaku padamu.
Penulis blog itu menyatakan majlis peminangan orang Melayu di Karimun sama seperti orang Melayu di Semenanjung, cuma orang Karimun masih tebal dengan adatnya - ada majlis 'pantun memantun' dan penyerahan barangan hantaran. Ada tukang serah dan antara barangan wajib adalah tepak sirih, sirih junjung, bunga rampai, cincin tanda dan 'wang hangus'. Sama seperti di Semenjung jumlah dulang hantaran adalah dalam angka ganjil, 7, 9 dan sebagainya.
Demikianlah, apabila nak kahwin ke seberang laut pun kita tak kisah maklumlah lautan api pun sanggup kurenangi...waduh waduh tetapi selepas 5 atau 10 tahun kahwin isteri suruh mandikan anak dalam besen di bilik air pun sang suami 'mengelat'...ya inilah antara faktor yang memungkinkan rumah tangga menghadapi krisis demi krisis.
Berceloteh pasal rumah tangga ini, tidak lama dahulu ketika duduk-duduk di berada sebuah masjid, penulis ketemui sebuah buku menarik bertajuk 'Asam Garam Rumah Tangga' karya Dato' Haji Mohd Yunus Mohd Yatim yang pernah menjadi Mufti Negeri Melaka.
Buku terbitan bersama Majlis /Jabatan Agama Islam Melaka ini menghimpunan kira-kira 50 kisah rumah tangga; ada banyak kisah menarik antaranya dengan tajuk 'Ibu mentua tempeleng menantu di pejabat kadi', 'Isteri disuruh beranak, dia mahu kahwin lagi', 'Buruh curi cap jari isteri kerana mahu kahwin lagi', 'Sangkanya isteri yang tidur rupanya ibu mentua' dan 'Suami tuduh kadi syokkan isterinya'.
Insya-Allah pesanan Mufti melalui 'Sepatah Kata' beliau dapat dijadikan panduan untuk suami isteri dan masyarakat. Mufti menyatakan:- Sesungguhnya perkahwinan adalah satu ikatan suci lagi mulia, kerana ia tuntutan syariat Allah dan sunnah Rasul s.a.w.
Hendaknya ikatan tersebut kekal abadi, mudah-mudahan akan dijauhkan Allah daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Rumah tangga yang didirikan atas asas kasih sayang itu hendaknya tidak berakhir dengan kehampaan dan linangan air mata, kesudahan yang tidak diingini oleh sesiapa; anak pula menjadi mangsa.
Buku Asam Garam Rumah Tangga ini dapat membuka mata dan minda pasangan suami isteri dengan isu-isu dan masalah rumah tangga yang sering berlaku sepanjang hidup mereka. Peristiwa-peristiwa yang dimuatkan adalah benar, cuma nama wataknya ditukar. Semoga kisah-kisah ini akan menjadi penasihat yang bijak dan menambah pengalaman bagi memberikan tunjuk ajar yang sangat berguna kepada kita semua semoga dapat melayari rumah tangga sebaik-baiknya.
Ya, awal-awal melayari rumah tangga semuanya harum belaka..tetapi selepas 10,20,30, 40 tahun iaitu selepas menghadapi gelombong ujian menyebabkan kebanyakan lelaki 'bertaubat' daripada menyebut 'lautan api pun sanggup kurenangi' kerana sebaga insan kerdil dan lemah kita kerap 'lemas' dalam mengharungi badai kehidupan ini apatah lagi dalam 'lautan api'.
Untuk selamat,, perbaharuilah niat anda berumah tangga - insya-Allah jika kerana semata-mata kerana-Nya, anda sebagai suami isteri akan berbahagia dunia akhir, ya 'till to jannah' kata orang-orang muda sekarang!
Dan ingatlah pesanan seorang tok guru ini: - "jika mahu 'mufarakah' (bercerai), malulah pada anak cucu, menantu serta cicit!"
August 14, 2021
Muharam 6, 1443: Tiga 'ta' pembinasa lelaki...(U)
Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang; salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
“Sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” (Surah Muhammad:31)
DI masjid kampung saya tak lama dahulu, ada majlis ceramah; satu perkara disentuh oleh si ustaz (usahlah saya nyatakan namanya di sini) mencuit hati saya untuk dicelotehkan.
Saya pernah celotehkan bahawa pengantin baru (lelaki) malah 'pengantin veteran' perlu ada tiga 'ras' untuk kebahagiaan rumah tangga yang berkekalan iaitu waras (berkaliber sebagai pemimpin rumah tangga yang sentiasa berfikiran matang), beras (kemampuan menyediakan nafkah kehidupan) dan keras (kesihatan yang baik); kali ini ustaz dalam ceramahnya mengutarakan tiga 'ta' yang katanya menjadi pembinasa lelaki.
Saya pun tertunggu-tunggu apakah 'ta' itu. Yang pertama kata si ustaz, 'takhta' iaitu kedudukan, pangkat dan kuasa. Orang yang gila 'ta' ini tidak pernah puas dengan kedudukan yang sudah diraihnya. Jika tiada kuasa, dia mahu kuasa, jika sudah ada jawatan dan kuasa dia mahu yang lebih tinggi lagi. Dia sentiasa lapar kuasa, mungkin dia mahu kedudukan setinggi langit. Dia akan buat apa saja untuk mendapatkan kedudukan ini - soal halal haram - tiada dalam kamus kehidupannya. Yang penting orang puji dan sanjungnya berdasarkan kedudukan, pangkat dan kuasa yang dia ada.
'Ta' kedua kata si ustaz, adalah 'harta'. Orang gila harta ini juga akan berbuat apa saja untuk memperbanyak kepunyaannya, halal dan haram tolak ke tepi. Harta ini adalah dalam pelbagai bentuk, yang paling penting adalah wang. Terlalu ramai orang gila wang, ada yang siang malam berhempas pulas bekerja kerana mahukan wang yang banyak. Mereka akan gembira melihat angka besar wang mereka dalam bank. Dengan melihat angka saja mereka rasa senang, tidakkah itu gila namanya.
Mengenai 'gila harta' ini, Nabi kita (s.a.w.), ada memberi amaran dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: "Andaikata anak cucu Adam (manusia) memiliki dua lembah emas, nescaya dia tetap menginginkan lembah (emas) yang ketiga, dan tidaklah penuh perut anak cucu Adam melainkan tanah, dan Allah memberi taubat kepada orang yang mahu bertaubat (kepada-Nya)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ustaz itu memberitahu 'ta' ketiga adalah wanita. Ramai lelaki yang nampak perkasa dengan mudah tewas dengan wanita yang lemah lembut sifatnya. Ramai raja, pahlawan, 'spy' (pengintip) malah ada ahli agama tersungkur di kaki wanita. Dengan pujuk rayu wanita sudah cukup untuk mencairkan hati lelaki, semuanya akan digadaikan termasuklah takhta dan harta. Inilah pembinasa lelaki paling hebat.
Dalam satu lagi ceramah yang saya dengar, si ustaz memberitahu perihal kelemahan orang lelaki dan wanita. Katanya, wanita cukup mudah tewas dengan harta kekayaan seperti assesori kehidupan seperti emas permata. Longgokkanlah harta di depan mereka, hati mereka akan cair. Orang tua ganyut yang meminang pun akan diterima asalkan dia berharta dan berkuasa. Cubalah orang tua tiada harta, tiada kuasa dan kedudukan mahu menyunting, mahukah mereka?
Jika perempuan lemah pada godaan harta benda, orang lelaki pula mudah tewas dengan perempuan, kata ustaz itu. Orang tua keriput yang berkuasa jika sudah kahwin orang muda, akan didengar dan diikuti saja kehendak isteri mudanya. Disepak dan diterajang oleh si isteri pun tak apa; bagi orang lain itu satu penghinaan, bagi si tua bangka tak sedar diri mungkin ia suatu keseronokan pula...syoknya kena sepak kerana yang melakukannya si intan payung cantik jelita daripada orang asing berbangsa mulia pula.
Kedudukan, pangkat dan kuasa tidak wajar dikejar; itu bukan matlamat orang beriman; bagi mereka kehadiran di dunia ini adalah untuk mendapatkan keredaan Illahi semata-mata. Namun bagi orang yang tidak mengejar dunia, dunia akan mengejarnya pula. Itulah kedudukan, pangkat dan kuasa akan diberikan kepada mereka. Pada ketika itu, ia menjadi amanah dan inilah yang ditakuti oleh insan beriman.
Seperti diperkatakan si ustaz pada awal celoteh, 'ta' (takhta) adalah pembinasa lelaki, namun jika 'ta' ini digunakan dengan ikhlas untuk mendapatkan reda Illahi, insya-Allah tugas berat yang dipikul ini akan sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah SWT. Demikian juga dengan dua 'ta' lagi iaitu harta dan wanita jika ditangani semata-mata kerana Allah Taala, insya-Allah akan membawa kita ke syurga-Nya.
Sepanjang sejarah Islam, ketiga-tiga 'ta' ini telah digunakan bagi mengapai keredaan Illahi. Dengan 'taktha', telah ditegakkan negara Islam Madinah, dengan adanya 'harta', Sayidina Abu Bakar r.a. telah menunjukkan contoh apabila mendermakan seluruh miliknya untuk jihad fisabillah manakala dengan adanya wanita serikandi seperti Sayidatina Khadijah Khauwalid, Sayidatina Fatimah Rasulullah dan Sayidatina Aishah Abu Bakar telah membantu menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.
Mereka berdiri kukuh di sisi suami, bapa atau saudara mereka dalam perjuangan menegakkan Islam. Terbukti tiga 'ta' itu (takhta, harta dan wanita) jika dipimpin di jalan benar, semuanya adalah penyumbang ke arah syurga Allah, jika disalahgunakan akan menjerumuskan seseorang lelaki ke neraka Illahi!
August 12, 2021
Muharam 4, 1442: Antara bapa popular, bapa bertanggungjawab
DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Jika salah seorang antara kamu minum maka janganlah bernafas di dalam bejana (tempat air minum). Jika kamu ke bilik air maka janganlah menyentuh kemaluan dengan tangan kanan, dan janganlah beristinjak dengan tangan kanan." (HR. Bukhari dan Muslim)
BAGI sebahagian rakyat, Perdana Menteri adalah bagaikan bapa mereka. Sebab itu ada gelaran diberikan kepada mereka seperti Bapa Kemerdekaan dan Bapa Pembangunan. Isu Perdana Menteri sekarang ini mendapat perhatian sesetengah pihak jadi pada kesempatan kali ini kita ingin mengajak pembaca memuzakarahkan kedudukan seorang bapa sama ada dia mahu menjadi bapa popular atau bapa bertanggungjawab sekali gus penyayang terhadap anggota keluarganya.
Dalam sesebuah keluarga, bapa bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya. Dia adalah ketua keluarga. Bertanggungjawab terhadap mereka di dunia supaya bahagia di akhirat. Dalam Surah at-Tahrim ayat 6, Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka." Tentunya pada peringkat awal perkahwinan, hanya ada suami dan isteri. Terpulanglah kepada si suami sama ada mahu menjadi popular (disenangi) isteri atau menjadi suami bertanggungjawab sekali gus menyelamatkan isterinya daripada ceburan api nereka.
Seorang suami jika mahu popular atau dalam istilah orang sekarang 'abang begitu sporting' kepada isterinya, berilah kebebasan sepenuhnya kepada isteri. Jika isteri mahu keluar rumah berjumpa temannya tidak kira lelaki atau perempuan, biarkan; usah ditanya ke mana dia pergi. Jika dia keluar rumah tanpa mengenakan pakaian menutup aurat sepenuhnya seperti yang biasa dilakukannya sebelum berkahwin, biarkan. Ini kerana jika si suami cuba menghalang isteri daripada berbuat demikian, dia tidak lagi jadi popular malah ada kalanya menjadi bahan kemarahan.
Kemudian berilah peruntukan (wang) yang besar kepada isteri. Apa isteri nak buat atau belanjakan wang itu biarkan. Jika isteri meminta diberikan cincin emas dan permata yang harganya tidak mampu dibiayai dengan wang gaji, usahakan untuk menjayakannya, hatta sehingga terpaksa makan wang rasuah pun tak apa. Ikutlah semua cakap isteri, pasti dia bertambah popularlah si suami.
Si isteri pasti sentiasa mahu suami berada di sampingnya, jadi tak payahlah si suami pergi solat berjemaah di masjid; tak payahlah hadiri kelas pengajian di masjid; tak payahlah sertai jemaah memperjuangkan Islam apatah lagi berjihad di jalan-Nya. Jika dibuat semua ini pasti si suami akan menjadi popular di hati isterinya. Si isteri pula tak payahlah diminta ke masjid untuk mengikuti kelas pengajian kerana ia akan membuatkan si suami tidak popular. Sebaliknya biarkan si isteri bermalas-malasan menonton filem Hindustan, dari pagi sampai malam.
Apabila sudah beranak pinak, untuk menjadi popular berikan anak wang belanja yang besar, sediakan pelbagai kemudahan kepada mereka. Apa yang anak-anak buat dengan duit itu biarkan kerana dengan itu si bapa akan popular di hati anak-anak. Jika anak-anak tidak menunaikan ibadat seperti solat atau puasa, biarkan kerana dengan menyuruh mereka, si ayah akan mengundang kemarahan mereka dan menjadi tidak popular. Jika anak-anak mula merokok biarkan kerana jika ditegur bapa akan tidak menjadi popular. Bapa tak 'sporting', kata mereka. Jika anak-anak sudah lebih teruk lagi seperti mengambil minuman keras dan main judi, biarkan kerana bapa 'sporting' akan popular di kalangan anak-anak.
Bapa bertanggungjawab yang sentiasa menyeru ke arah kebaikan biasanya tidak popular di kalangan anak-anak. Asyik-asyik ajak sembahyang, kata mereka; tetapi percayalah kesannya tersangat hebat. Apabila seorang anak itu sudah dewasa lebih-lebih lagi jika si bapa sudah meninggal dunia, barulah dia menghargai kesungguhan si bapa termasuk sentiasa teringat bagaimana dia dirotan tatkala tidak solat; sesungguh bapa yang tidak popular itulah yang berjuang bermati-matian menyelamatkannya daripada diceburkan ke dalam api neraka. Jadi yang mana satu pilihan pembaca, seorang bapa yang popular atau bapa yang bekerja kuat bagi kebahagiaan keluarganya bukan saja di dunia bahkan bersambungan di akhirat nanti!
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers

