Roslan Hamid's Blog, page 43

September 21, 2021

Safar 15, 1443: Bina bangunan bukan untuk menyombong diri (U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 


Renungan


"Masukkan kami dalam golongan hamba-Mu ya Allah, yang Kau sebut dalam al-Quran: 'Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu dalam keadaan reda dan diredai. Masukkan kami ke dalam syurga-Mu ya Allah'." (Maksud ayat 27-30 Surah Al-Fajr)


ALHAMDULILLAH baru-baru ini saya dan isteri berkesempatan menghadiri majlis konvokesyen seorang anak kami di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak. 


Sebelum penyampaian skrol kepada graduan, Rektor UIAM, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak berucap; salah satu isu disentuh beliau adalah kepentingan pelestarian alam sekitar dalam pembinaan bangunan.


Beliau berkata sekarang ini sudah timbul kesedaran untuk kembali kepada nilai-nilai lama (tradisional) dalam pembinaan bangunan...yalah bagaimana datuk nenek kita dulu membina bangunan yang mesra alam tetapi hari ini hampir semuanya bersifat komersial - yang dipentingkan keuntungan lantas mengetepikan keselesaan penghuni apatah lagi alam semula jadi.


Lantas Rektor UIAM itu menggesa graduan seni bina UIAM bersedia menyumbang pemikiran dan tenaga semampu mungkin dalam menjadikan pembinaan bangunan sebagai benar-benar bermanfaat bagi semua pihak termasuklah dari segi pelestarian alam sekitar.


Bercakap mengenai pembinaan bangunan ini, saya teringat sebuah rencana televisyen yang saya tonton baru-baru ini menunjukkan sejumlah negara Arab/Islam sedang 'bertarung hebat' bagi membina pencakar langit super - insya-Allah tidak lama lagi Jeddah Tower di Arab Saudi akan disiapkan - ketinggiannya adalah 1,000 meter = 1 kilometer menjulang ke langit mengatasi Burj Khalifa di Dubai (UAE) yang tingginya 828 meter.


Malaysia pun tidak kurang hebat, banyak pencakar langit sudah dan sedang dibina; Menara Kembar Petronas dengan ketinggian 452 meter pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia suatu ketika dulu. Sekarang dibangunkan Menara Merdeka yang dijangka melebihi 644 meter.


Apa yang menarik dalam rencana ini, pengkritik bertanya "apakah banyak faedah" negara Arab/Islam membina bangunan-bangunan hebat ini dengan kos berbilion-bilion dolar Amerika sedangkan wang yang banyak itu dapat dimanfaatkan untuk membantu ramai umat Islam yang hidup menderita di seluruh dunia. Adalah diketahui umum, sejumlah negara Islam terletak di bahagian bawah senarai negara termiskin dunia.


Pengkritik mendakwa pihak membina bangunan hebat ini adalah untuk menyombong diri sedangkan keperluan sebenar kewujudan bangunan ini adalah tidak mendesak. Kos untuk menyelenggara bangunan super tinggi adalah tersangat mahal manakala pengguna dan premis perlu disesuaikan dengan persekitaran - misalnya udara dan tekanan di puncak yang terletak satu (1) kilometer ke atas adalah tidak sama di permukaan bumi.


Kembali kepada isu pembinaan bangunan terutama rumah kediaman di negara kita, antara isu terhangat sekarang adalah kecenderungan pemaju mengejar untung berlipat ganda bukan membina rumah ikut kemampuan rakyat. 


Baru-baru ini didedahkan bahawa sebahagian besar daripada rumah-rumah tidak terjual di seluruh negara terdiri daripada rumah yang berharga RM250,000 dan ke atas dengan nilainya mencecah RM22.5 bilion. Ertinya pemaju membina rumah bukan untuk didiami rakyat kebanyakan tetapi untuk mereka 'mampu lihat' saja!


Rumah berharga RM250,000 di bandar besar mungkin kecil saja dari segi saiznya tetapi bagi rakyat kebanyakan harganya terlalu tinggi dan di luar kemampuan mereka...ya bank pun tidak mahu membiayai pembeliannya bagi orang awam yang bergaji atau berpendapatan kecil.


Dulu pun sebuah kajian oleh Khazanah (Institut Penyelidikan Khazanah - KRiS) menyatakan rumah-rumah di Malaysia berharga berganda lebih mahal daripada kediaman di Singapura hatta di Amerika Syarikat dari segi perbandingan gaji.


Menurut penemuan KRiS dalam bukunya bertajuk 'The State of Households' (Keadaan Isi Rumah) rumah-rumah di Malaysia berharga 5.5 kali ganda daripada pendapatan median tahunan (annual median income), menjadikannya berganda lebih mahal daripada kediaman hatta di Singapura dan Amerika Syarikat. 


Berdasarkan senario sekarang ini, saya berpendapat adalah sangat relevan apa yang diperkatakan Prof Dr Dzulkifli pada konvokesyen UIAM itu - semua pihak perlu merujuk kembali kepada nilai-nilai lama (tradisional) dalam pembinaan bangunan-bangunan kita terutama rumah kediaman. Ya, kita tak perlu terikut-ikut negara lain atau 'menyombong' dalam membina rumah atau memilikinya (seperti sesetengah negara Arab/Islam yang membina menara super) tetapi apa yang kita mahukan semua pihak 'berada dalam keadaan selesa'.


Penulis sebagai 'orang asing' dalam ilmu seni bina dan pembinaan tidak dapat membincangkan lebih lanjut mengenai hal ini tetapi menyerahkannya kepada profesional di bidang ini seperti arkitek, perancang dan jurutera untuk menilai, mengkaji serta mengaplikasikan pandangan serta cadangan yang diutarakan oleh Rektor UIAM itu

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2021 16:41

September 20, 2021

Safar 14, 1443: Perkhabaran dari langit...(U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)


MI udang Kuala Sepetang (Port Weld) yang masyhur sejak dipublisitikan

oleh sebuah stesen televisyen dan kemudian menjadi sajian istimewa

sempena pilihan raya kecil Bukit Gantang, seolah-olah melambai-lambai

saya ke sana bagi merasainya.


Sehubungan itu, saya dan keluarga yang mengujungi saudara di Perak

suatu ketika dulu, tidak melepaskan peluang menjejak kaki di bandar

berhampiran Taiping itu bagi merasai sendiri nikmat mi udangnya.


Sepanjang jalan dari Taiping ke Kuala Sepetang, kami ketemui sejumlah

gerai dan restoran mi udang. Ada gerai mi udang Mak…dan

Kak..sehinggakan restoran Cina pun ada menawarkan mi udang.


Sesetengah pengusaha kedai makan ini memasang iklan di tepi jalan

dalam jarak beberapa puluh meter antara satu lain sepanjang dua atau

tiga kilometer dari premis mereka. Demikianlah betapa hebat penangan

mi Kuala Sepetang gara-gara hebahan TV.


Di tepi jalan berhampiran sebuah gerai saya perhatikan ada barisan

panjang kereta dan dua buah bas persiaran. Berdasarkan jumlah

kenderaan, saya mencongak ada ratusan orang singgah, menikmati mi

udang. Tidaklah saya berhenti di situ kerana pada fikiran saya, kalau

saya menyertai ‘kesesakan’ itu, bimbang juga kena ‘potong kepala’!


Akhirnya kami singgah di sebuah gerai, melabuhkan punggung dan memesan

empat mangkuk mi udang biasa dan sebuah mangkuk mi udang spesial.

Semangkuk mi udang biasa berharga RM7 manakala yang spesial RM11. Bagi

saya tiada apa yang spesial pada mi berharga RM11 itu, cuma udangnya

bersaiz besar sedikit.


Ketika dan selepas makan, kami membicarakan akan mi itu. Bagi kami, mi

udang Kuala Sepetang macam mi di tempat lain, kelebihan hanya terletak

pada udangnya. Dalam semangkuk adalah lebih kurang enam atau tujuh

ekor udang bersaiz sederhana.


Seorang daripada kami berlawak: “Kalau nak makan mi dengan udang

banyak, di Tesco udangnya baru RM14 sekilo, taruhlah seberapa banyak

udang dalam mi yang dimasak sendiri, barulah puas makan.”


Sebenarnya memakan tujuh ekor udang sederhana besar itu membuatkan

kepala saya lain macam rasanya. Saya sudah pening, tetapi buat-buat

‘steady’. Saya tahu tidak sewajarnya saya memakan udang sebanyak itu,

tetapi bukankah tujuan kami ke Kuala Sepetang untuk merasai kenikmatan

mi udangnya, jadi saya pun ‘bantai’ saja!


Sepuluh tahun lalu tiada had untuk saya makan udang, ketam dan makanan

laut lain. Dua puluh tahun lalu, saya lagi hebat. Sekilogram kerang

rebus boleh saya habiskan seorang, ketam tiga empat ekor tiada

masalah. Makan udang berbelas-belas ekor pun tiada hal; demikian juga

makan sate (termasuk kerang), berpuluh-puluh cucuk pun masih okay.


Tetapi hari ini, tujuh ekor udang pun sudah membuat saya pening-pening

lalat. Selain makanan laut, saya juga tidak lagi berupaya menikmati

buah-buahan dengan banyak seperti 10 atau 20 tahun lalu. Ketika itu

saya boleh menikmati sebiji dua buah durian; sebeg plastik rambutan

dan manggis, tetapi kini tiga ulas durian dan beberapa butir rambutan

sudah dikira ‘bahaya’. Mengapa begitu?


Saya tidak berhajat menjawabnya dari segi kesihatan tetapi mengupas

apa yang tok-tok guru ajarkan di kelas pengajian di masjid-masjid yang

saya ikuti sejak 10 tahun lalu. Kata sesetengah guru, perubahan yang

berlaku kepada diri kita adalah perkhabaran dari langit, daripada

Allah SWT yang mengingatkan kita akan kematian.


Seorang tok guru berkata dalam kebanyakan kes, kematian tidak berlaku

secara mengejut seperti dakwaan sesetengah orang. Allah SWT telah

menghantar utusannya, tetapi kebanyakan manusia tidak menyedarinya.

Salah satu daripadanya adalah penyakit, apabila umur meningkat 40

tahun ke atas, pelbagai penyakit seperti kencing manis, gout, darah

tinggi dan sakit jantung mula menyerang.


Apabila sudah terkena kencing manis, bermakna tidak boleh lagi sesuka

hati makan durian, rambutan, manggis dan sebagainya. Demikian juga

orang berpenyakit darah tinggi, terpaksalah berpantang daripada makan

itu dan ini. Ertinya Allah SWT telah menarik balik sebahagian nikmat,

bermaksud kita semakin hampir menuju kematian.


Kemudian cerminlah diri sendiri. Rambut mulai putih, ada yang sudah

botak; misai dan janggut juga sudah lebih banyak putih daripada hitam.

Ini semua adalah utusan daripada Allah SWT, awak sebenarnya semakin

hampir dengan kubur, tetapi mengapa tidak sedar-sedar diri?


Kemudian badan pula terasa lenguh-lenguh; sana sini sendi sakit;

kemampuan dan kekuatan pun tidak seperti dulu. Berjalan sikit sudah

letih; apatah lagi berlari atau mendaki tangga, tercunggap-cunggap dan

mengah, bagai mahu putus nafas.


Orang perempuan pun perlu cermin diri. Lihatlah wajah yang dulunya

cantik puas-puas. Kini sudah berkedut sana sini. Kulit pun tidak anjal

lagi. Telitilah mahkota (rambut), apakah sudah putih sehehai dua atau

lebih banyak putih daripada hitam. Dalam keadaan lebih banyak putih

daripada hitam, masakan hati masih keras tidak mahu menutupnya?


Kemudian telitilah keadaan tubuh, masih segar dan tegang atau kendur

sana sini. Bagaimana pula kesihatan diri? Masih cergas berlari ke sana

sini mengejar anak-anak nakal seperti dulu, atau anak-anak sudah tua

bangka yang menghadiahkan cucu pada kepada kita. Mampukah kita

mengejar cucu seperti mengejar anak dulu?


Insaflah diri bahawa perkhabaran dari langit sudah banyak,

memperlihatkan bahawa kita akan kembali kepada-Nya. Namun tidak ramai

menyedarinya kerana semakin meningkat usia, semakin ‘murah’ pula

rezeki. Dulu semasa muda kita goyah dari segi kewangan dan kedudukan

tetapi semakin tua semakin banyak wang manakala pangkat dan kedudukan

semakin hebat.


Semasa muda dulu kadang-kadang hendak makan durian sebiji pun tidak

mampu membelinya tetapi apabila sudah tua selori pun boleh kita beli;

malangnya kita hanya boleh makan seulas dua saja atau lebih malang

lagi tidak boleh ‘kena’ durian langsung. Sudah tua ini hanya boleh

rasa saja, sesetengah orang rasa pun tidak boleh sedangkan duit ada

berkepul-kepul dalam bank!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 20, 2021 16:41

September 19, 2021

Safar 13, 1443: Ainsdale, Southville, Lojing Highlands...lepas ni apa pula? (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)


SESEKALI ketika berkenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) laluan Kuala Lumpur - Melaka (Ayer Keroh), termenung saya seketika melihat papan tanda persimpangan bertingkat bertulis Ainsdale dan Southville City. Terfikir di 'otakku', saya ini berada di Malaysia ke, England ke, Afrika Selatan ke?


Kemudian saya mendengar khabar, kerajaan negeri Kelatan 'mengambil langkah ke depan' dengan menamakan semula Tanah Tinggi Lojing sebagai Lojing Highlands...lagi sekali 'otakku' berfikir keras; Kelantan ni sebuah negeri di United Kingdom ke, Amerika Syarikat ke atau Malaysia ke?


'Apa ke bendanya' (logik tak) apabila ada pihak berkata keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk menukar nama kepada Lojing Highlands adalah satu keputusan baik bagi merancakkan pembangunan kawasan tanah tinggi itu. 


Yalah, kalau tak tukar nama kepada 'keinggerisan' itu tak akan majukah Lojing? Kalau macam tu, lebih baik tukar nama Kelantan itu kepada nama yang lebih 'glamour'. Mungkin lebih baik tukar nama ibu negeri, Kota Bharu kepada Newcastle!


Kalaulah nama-nama ini wujud ketika zaman penjajahan seperti Slim River, Fraser's Hill, Cameron Highlands bolehlah difahami tetapi sekarang ini selepas negara di sudah menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-64, 'entahlah' apa yang diperlu dikatakan kepada golongan yang 'syok' dengan nama-nama keinggerisan ini!


Jika dulu ada keazaman pemerintah untuk menukar nama-nama tempat seperti Port Swettenham kepada Pelabuhan Klang dan Port Weld kepada Kuala Sepetang, sekarang ini nampaknya banyak pihak terutama pemaju hartanah swasta hatta sebuah kerajaan negeri pun memilih nama-nama 'keinggerisan' bagi membuktikan kononnya 'keglobalan' masing-masing. Ya, seolah-olah nama-nama berciri tempatan dan bahasa kebangsaan tidak ada nilai terutamanya dari segi komersial. Tak ada 'standard'.


Berhubung isu penjenamaan semula Tanah Tinggi Lojing sebagai Lojing Highlands, penulis tertarik dengan pandangan seorang pemimpin Kelantan yang mendakwa pemilihan nama itu sebagai tindakan mahu menghapus imej dan bahasa kebangsaan.


Beliau dipetik sebagai berkata: "Saya sokong tindakan kerajaan yang berhasrat membangunkan kawasan Tanah Tinggi Lojing dengan penjenamaan semula kawasan tersebut namun nama yang dipilih jelas menghapus imej dan bahasa kebangsaan dalam peta Malaysia.


"Ini memperlihat sikap hipokrit kononnya mahu membela bahasa kebangsaan namun memilih satu nama yang jelas memperlekeh bahasa kebangsaan. Seolah-olah sesuatu kawasan itu hanya boleh maju sekiranya ia dijenamakan dalam bahasa Inggeris."


Pandangan pemimipin ini mungkin keras, bagi penulis mungkin kerajaan negeri terlepas pandang sehubungan itu dicadangkan ia membaiki segera kesilapan ini...ya tidak ada rugi untuk mengaku salah...mintalah kemaafan dan marilah kita sama-sama mendaulatkan bahasa kebangsaan.


Ya, selepas lebih enam dekad negara kita merdeka, kita insya-Allah tidak mahu dengar lagi semakin banyak nama-nama keinggerisan muncul di negara kita...dulu (sebelum Merdeka) kita ada Brickfields (masih kekal sehingga sekarang), Port Dickson (masih kekal), Georgetown (masih kekal) tetapi selepas ini  tolonglah, usah diperbanyak nama keinggerisan seperti Forest City, Ainsdale, Southville City, Lojing Highlands dan Bangsar South! 

Nanti lama-lama negara ini pun dinamakan Malayland...takut saya!


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 19, 2021 16:48

September 17, 2021

Safar 11, 1443: You are what you eat...(U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. 


Reflection 


The Declining Day (Al-'Asr) 

1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance.


IN Islam, 'you are what you eat' (the food you take) do not end up with only our physical appearence and health but most importantly it effects our inner self or spiritual aspect of life (our soul).


The effects of taking 'haram' (forbidden) food make it hard for us to be associated with the positive way life such difficult to perform one's 'solat' (prayers) or gaining 'khusyuk' (total concentration) when doing it. 


The flesh that 'grows' from taking 'haram' food need to be fed with 'haram' food. This viscous circle would burden a person and it is difficult to be freed from it. It would definately block a person from having His (Allah SWT) straight path or light. 


A miniature portion of 'haram' food badly effects our heart. It is liken to a drop of ink on a white sheet of paper, if more drops fall on the paper, the sheet would be blackened and of no use anymore. 


If the heart is blacken, it would be difficult for us to differentiate what is good and bad. 'Haram' food that 'grows' and gives strength to our body, blood and flesh would end up as fuel in Hellfire. 


Every scoop of 'haram' food that is fed into our mouth would have the say in our attitudes and actions. The Prophet (peace be upon him) says: "That flesh which has grown out of haram food will not enter 'jannah' (paradise). Hell has more right to it." (Ahmad: Tirmidhi) 


He, s.a.w. also said, "There will come a time upon my ummah when people will not be concerned over what they take. It will not matter for them whether it is haram (forbidden) or halal (permissable)." (Bukhari: Nasai) 


It is further reported that, "When this time comes, then none of their 'duas' (supplication) will be accepted" (Razeen). It is narrated in another hadith, "It is better for you to consume sand rather than eating anything 'haram'." (Ahmad) 


'Haram' food has a detrimental effect on one's spiritual development. It has a direct effect on one's actions. One who consumes haram will not feel any enthusiasm to perform good deeds and it will lead him/her towards sinful deeds. Haram also acts as a barrier such that 'duaas' are not accepted. 


The Almighty Allah (SWT) says, "O people of Imaan! Eat of the pure things (halal) that We have provided for you, and be grateful to Allah." (Surah Baqarah 2:172) 


On the authority of Abu Huraira (r.a.) who said, The Messenger of Allah SWT said, "Allah, the Almighty is pure and accepts only that which is pure. Allah has commanded the faithful to do that which he commanded the messengers, and the Almighty has said, 'O Messengers! Eat of the pure things, and do righteous actions'. And Allah the Almighty has said: "O` you who believe! Eat of the pure things wherewith we have provided you." Then he mentioned (the case of) a man who, having journeyed far, is disheveled and dusty and who spreads out his hands to the sky (saying): O' Lord! -- While his food is unlawful, his drink unlawful, and he is nourished unlawfully, so how can his supplication be answered!" (Muslim) 


In another narration, it is narrated that an angel at Bayt al-Maqdis proclaims every day and night: “Whosoever consumes unlawful (haram) food, Allah SWT will not accept his obligatory (fard) and voluntary worship.” (al-Kaba’ir of Imam Dhahabi)


Other than 'haram' food that should be avoided, Muslims are told to be moderate in his eating and drinking. One who does not follow this rule would have the effect of spoiling his body and health. 


A good Muslim is moderate in everything he does including when taking his food and drinks. He do not eat or drink what is harmful, especially if it is forbidden. He also avoid greed and consume only what he needs to maintain his well-being and energy. The Qur'an says with the meaning: "Eat and drink; but waste not by excess, for Allah loves not the wasters." (Qur'an 7: 31) 


Regarding this matter; the Prophet s.a.w. said: "Man has not filled a container worse than his stomach; he should be satisfied with a few bites to survive. However, if his appetite beats him, let it be a third (of his stomach space) for his food and a third for his drink and a third for his breath." (Ahmad) 


Umar al-Khattab said: "Beware of filling your stomach with food and drink, for it is harmful to the body and causes sickness and laziness in performing prayers. 


"Be moderate in both food and drink, for that is healthier for your bodies and furthest removed from extravagance. Allah will hate the fat man (one who revels in a life of luxury), and a man will not be condemned until he favours his desires over his religion." 


Fatness appears when the human body takes more calories than it needs, that is the food entering the body is much greater that what is need or excreted. 


Therefore, in order to achive the right balance, food must be choosen correctly to give the body what it needs from proteins, vitamins and so on. 


Good prices should be considered because it is included in the order of Allah SWT not to waste. The food should be well-grown and well-cooked to reduce the harm that could occur. - Rules for the Muslim Home (Sa'eed Muhammad Al-Deeb, IIPH) 


In Islam, one does not eat to meet a physical need or for pleasure but to support the body the body to worship Allah SWT, The Most Sufficient 'Who feeds and is never fed'. (Bukhari) 


Eating becomes an 'ibadah' (act of worship) when undertaken with the right intention, in conformity to Islamic law, by following the Prophet's (s.a.w.) example and with a deep understanding of the act itself. 


In Islam, food is a blessing, a gift and sustenance from Allah SWT The Most Exalted. When we eat with the consciousness that it is an act of worship, we are more likely to be less wasteful in our eating, eat less and think of others who are in need of food.


When consumed with consciousness of Allah SWT, food becomes a source of divine grace and blessing (barakah). - Eating in Islam (Perkim) 


You are what you eat...a good Muslim eat 'moderately' thus he would lead a 'moderate' life style. 


The Prophet s.a.w. described moderation in eating as a characteristic of the Believer: "The Believer eats in one stomach whist the disbeliever eats in seven." (Bukhari and Muslim)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 17, 2021 17:46

September 16, 2021

Safar 10, 1443: Barat gagal hancur 'fundamentalis Islam'

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w


Renungan


Azab Kubur Akibat Memfitnah


Dikatakan, "sepertiga azab kubur adalah akibat memfitnah." Daripada Ibnu Umar, daripada Rasululllah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Ketika Allah menjadikan syurga, berkata kepadanya. "Katakanlah!" Dia berkata, "berbahagialah orang yang memasukiku." Lalu Allah berkata. "Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, tidak akan memasukimu lapan golongan; orang yang biasa meminum arak, berzina, memfitnah, dayus (orang yang cemburu kepada orang yang sepatutnya tidak dicemburui dan tidak cemburu kepada orang yang seharusnya dicemburi), orang yang buas, lelaki yang suka menyerupai perempuan, orang yang memutuskan sanak saudara dan orang yang tidak memenuhi janjinya pada-Ku." Dia berkata, "jika Allah berbuat demikian...maka aku berjanji kepada Allah akan demikian..." Namun tidak dia penuhi. - Hidayah Mac 2011


TRAGEDI 911 (serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia, WTC) sudah 20 tahun berlalu, tetapi politik dunia masih dibelenggu curiga kuasa besar terutama Barat terhadap apa didakwa fundamentalis Islam.


Atas apa didakwa pembabitan pemimpin fundamentalis seperti Osama Bin Laden yang kononnya bersembunyi di Afghanistan berhubung Tragedi 911, negara miskin itu dicabuli tentera Amerika Syarikat dan sekutunya, namun akhirnya mereka terpaksa berundur dengan malu besar.


Pejuang Taliban yang diusir pada 2001 selepas berkuasa di Kabul sejak 1996, terus istiqamah berjuang dan akhirnya berjaya menyingkirkan rejim boneka Barat pimpinan Ashraf Ghani dan sebelum itu Hamid Karzai.  


Taliban dianggap salah sebuah kumpulan fundamentalis Islam, mereka berpegang teguh kepada asas Islam, sekali gus perjuangan mereka tidak akan padam, inilah yang ditakuti oleh Barat termasuk Amerika dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).


Di seluruh dunia walaupun golongan fundamentalis Islam ini dipersalahkan dalam banyak konflik terutama di negara umat Islam sendiri, perjuangan mereka konsisten. Kelihatan mereka begitu istiqamah sekali. Mengapa begitu?


Berdasarkan perkembangan ini, adalah menarik untuk kita mengkaji siapakah golongan fundamentalis ini. Mengapa kumpulan ini dikatakan mendatangkan ancaman sehinggakan banyak tokoh Barat kerap memberi ingatan mengenainya.


Sebagai contoh, seorang penganalisis kanan Amerika Syarikat, Ian Lesser sedikit masa dulu, membentangkan bahawa kebangkitan kumpulan fundamentalis Islam di Afrika Utara dan Timur Tengah mendatangkan ancaman keselamatan baharu kepada dunia Barat selepas berakhirnya Perang Dingin.


Lesser, seorang penganalisis dasar kanan untuk Rand Corporation, mendakwa kawasan bergolak dan mungkin dilanda kekacauan merentangi Afrika Utara melalui Aegean, Turki, Balkan, Caucasus dan Asia Tengah.


Kebangkitan golongan fundamentalis Islam semakin hebat, sebahagiannya kerana kegagalan kerajaan memenuhi keperluan rakyat, dakwanya.


Algeria dan Mesir kini berperang dengan golongan fundamentalis sehinggakan pada pilihan raya Algeria pada dekad 90-an yang hampir pasti dimenangi oleh Barisan Penyelamat Islam (FIS) dibatalkan dan tentera mengambil alih kuasa dengan sokongan kuasa Barat sedangkan merekalah yang mendakwa sebagai pejuang demokrasi.


Demikianlah betapa takutnya dunia Barat kepada apa didakwa ancaman golongan yang mereka sifatkan sebagai fundamentalis. Siapakah sebenarnya fundamentalis itu? Kerana ungkapan ini bikinan Barat, eloklah diteliti pandangan cerdik pandai mereka.


Salah seorang cendekiawan Barat yang termasyhur mengenai hal-ehwal sejarah dan kebudayaan Islam ialah Bernard Lewis. Beliau pernah menjadi Profesor Emeritus Cleveland F Dodge, Pengajian Timur Dekat, Universiti Princeton.


Beliau yang disifatkan oleh The New York Times Book Review sebagai doyen (tokoh kanan) Pengajian Timur Tengah, melalui koleksi eseinya bertajuk ‘Islam and The West’, mempersembahkan pemerhatian mendalam mengenai Islam yang dianggap sebagai agama paling penuh rahsia dan paling kurang difahami di dunia.


Lewis, penulis lebih dua dozen buku, termasuk ‘The Arab in History’, ‘The Emergence of Modern Turkey’, ‘The Political Language of Islam’ and ‘The Muslim Discovery of Europe’ berkongsi pandangan mengenai fundamentalis Islam dan perkembangan di Timur Tengah.


Fundamentalis Islam dilihat sebagai kumpulan ganas dan bersedia menghancurkan rundingan damai Israel dan Palestin. Dalam satu wawancara, Lewis berkata: “Menggunakan istilah fundamentalis bagi menggambarkan pergerakan Islam adalah mengelirukan.”


Katanya, ungkapan fundamentalis boleh disanggah berdasarkan dua sebab. Sebab pertama pada asalnya ia adalah satu perkataan yang begitu spesifik (khusus). Ia berkaitan orang Amerika dan Protestan. Ia mula digunakan pada kira-kira 1910 sebagai lambang sesetengah gereja Protestan Amerika yang mahu membezakan mereka dengan gereja Protestan kumpulan utama.


Ia satu panggilan bagi merujuk kepada mereka berdasarkan satu siri risalah yang mereka terbitkan dan dipanggil ‘The Fundamentals’. Soal yang menyebabkan mereka berbeza daripada kumpulan utama Protestan berkisar kepada dua perkara.


Satu ialah penentangan mereka kepada teologi liberal dan satu lagi ialah bantahan terhadap gerakan mengkritik Bible. Sehubungan itu, kata Lewis, adalah mengelirukan untuk menggunakan ungkapan ini kepada pergerakan Islam.


Pertama, kerana mereka berbeza dengan golongan Protestan Amerika, terutama yang berkaitan persoalan 1910. Sebab kedua, kata Lewis, mengapa ungkapan fundamentalis boleh disanggah penggunaannya ialah kerana ia merendahkan martabat.


Malangnya, seperti banyak sarjana Barat lain, Lewis berkata ungkapan itu adalah yang terbaik untuk menggambarkan golongan orang Islam yang ‘tersasar’ daripada kumpulan utama.


Kepada kebanyakan sarjana Barat, golongan fundamentalis dilihat gagal dalam perjuangan mereka walaupun mempunyai semangat berkobar-kobar. Mereka melihat kerajaan Iran dan Sudan sebagai contoh. Misalannya, Lewis mengemukakan hujah ini – kumpulan fundamentalis sudah memerintah Iran sejak sekian lama tetapi yang jelas mereka tidak berupaya membaiki tahap penghidupan rakyat awam. Keadaan menjadi lebih buruk dengan ekonominya merosot.


Lewis seolah-olah menyindir golongan fundamentalis. Katanya, sesetengah orang Islam sering bercakap bahawa dengan kembali kepada ajaran Islam termasuk perundangannya, semua masalah dapat diatasi. Iran sudah melaksanakannya manakala Sudan dalam peringkat awal. Persoalan yang ditimbulkan, benarkan semua permasalahan berkaitan di negara terbabit sudah dapat diatasi.


Sesungguhnya Barat semakin berani mencabar dunia Islam. Mereka sengaja mencipta istilah yang bertujuan memecah-belahkan kesatuan ummah. Istilah fundamentalis sengaja direka-reka bagi merealisasikan impian mereka.


Hakikatnya, kerajaan umat Islam apatah lagi gerakan Islam tidak mendatangkan ancaman besar kepada kuasa Barat. Pergerakan apa didakwa kumpulan fundamentalis Islam tidak bermatlamat untuk menentang kuasa besar Barat seperti Amerika yang begitu takut selepas Tragedi 911.


Pergerakan seperti Taliban, FIS di Algeria, Hamas di Palestin dan Ikhwanul Muslimin di banyak negara termasuk Mesir dan Jordan menentang ketidakadilan di negara masing-masing.


Pejuangnya tetap istiqamah sekalipun dinafikan hak untuk memerintah sekalipun selepas menang pilihan raya (satu bentuk peryataan demokrasi yang diagungkan Barat) seperti yang menimpa FIS, Ikhwanul Muslimin dan Hamas. Ternyata golongan digelar fundamentalis Islam tidak gentar sama sekali dengan ancaman Barat; perjuangan mereka menegakkan Islam akan bersinar sepanjang zaman.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 16, 2021 16:42

Safar 10, 1443: Welcome to the sea of knowledge

A few years ago, I sent my niece to register as a freshman at Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) in Bangi. As I was about to leave the registration hall, the then Higher Education Minister, Dato' Mustapha Mohamed and his entourage were there to greet the new students and their parents. As the minister shook my hand, he whispered in my ear: "Congratulations to have a daughter at the university!" He smiled and I smiled back. Even though she was not my daughter, I was very proud indeed to have her as the first child among my siblings to enter university. During the good old days, university education was the passport to have great and good jobs with thick wallets but nowadays the situation is different. It was reported that 70 percent of graduates from our public universities have not secured jobs. Such a stunning statistic naturally raises a whole range of questions about what is wrong with our universities and, the graduates themselves. Many are pointing their fingers at the graduates themselves. They said the graduates have not acquired the required expertise or there is a redundancy situation in certain sectors. Even though the issue of graduates without jobs is frightening, but in my opinion our society has to accept that universities aren't places to produce merely workers but to train and polish young men and women as future intellectuals. To seek knowledge is different from being equipped with the necessities and requirements needed by the work force. In my opinion, university should be a place to seek knowledge and not a place to merely produce future workers. So, to my niece and the thousands of other freshmen in the local universities, I would like to wish them a warm welcome to the sea of knowledge. Tertiary education is just the beginning of the never-ending process of gaining knowledge. Remember the saying, seek knowledge from the cradle to the grave and pursue it even if one had to go to faraway places such as China. For an ordinary person like me it is difficult to define what knowledge is. So I put forward what the scholars and intellectuals had to say about it. The New International Webster's Pocket Thesaurus defines 'knowledge' as 'information, learning, lore, wisdom, enlightenment, expertise, awareness and insight'. The 'Kamus Terjemahan Inggeris-Melayu Translation Dictionary' by Ainon Mohd and Abdullah Hassan defines it as 1) 'ilmu pengetahuan; kefahaman. 2) makluman. 3) cam; kenal; mendapat tahu', while 'knowledgeable' is defined as 'berpengetahuan'. Ibn Hazm mentioned that from the benefits of knowledge is that it repels evil whispers from the soul and it rids one of the worries and troubles. This is especially true for the one who loves knowledge, who studies constantly, and who applies in practice what he has learned. The student of knowledge should distribute his time between memorizing, reading, revising, researching, and reflecting. Knowledge is the key to serenity and ease, said 'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni in his book Don't Be Sad. "Knowledge and an easy-going nature are like two inseparable companions: if the first is present, the other can be counted upon to accompany it. "If you study the lives of Islam's greatest scholars, you will find that they led simple lives and that they were easy to deal with. They understood the purpose of life and knew which issues were paramount and which were less important. "Meanwhile, you will find that the most obstinate of people are those who, without having knowledge, are ascetics. They misunderstand revealed texts and are ignorant of religious issues." Muslims were also taught about beneficial knowledge and the fruitless ones. In the Qur'an 30 : 56 Allah SWT says, "And those who have been bestowed with knowledge and faith will say: 'Indeed you have stayed according to the Decree of Allah, until the Day of Resurrection, but you knew not'. There is knowledge that is useful and there is knowledge that is harmful. As for the knowledge that is useful, the believer's faith strengthens as a result of it; on the other hand, the disbeliever does not reap any benefit whatsoever from gaining this kind of knowledge; though the information required is the same, the results are very different. Allah SWT says of His enemies: "They know only the outside appearance of the life of the world (i.e. the matters of their livelihood, like irrigation or sowing or reaping, etc.) and they are heedless of the Hereafter." (Qur'an 30: 7). So to my niece and other freshmen, gaining knowledge is important but the most important is how to use or handle it accordingly for the benefit of oneself and others, not only in this world but in the Hereafter. It is useless to gain knowledge if the person involved only thinks about his or her personal benefits derived from it or becomes ignorant, proud and doesn't remember Allah (swt) at all. Nowadays how many times have we witnessed people with higher education being brought to the courts for misconduct such as being involved in bribery, breaching trusts and stealing monies and being involved in various scandals. During their university days, the undergraduates are very vocal in championing the people's rights and issues, but the majority of them choose to be silent when they become somebody in the corporate or public sectors. How strange when they step on the ladder of higher achievement they only think about their bungalows, flashy cars such as choosing between Mercedes Masterpiece or Kompresor. For the Muslim men, maybe they were thinking about getting a second, third or fourth wife. I know only a few former students leaders who are still fighting for the rights of the ordinary 'rakyat' - the estate workers, fishermen and squatters (setinggan). The rest just fade away, maybe they are now resting on their laurels. The 'tidak apa' or 'kacang lupakan kulit' syndrome among former student leaders was rampant and nothing to shout about. Maybe those who entered the corporate world were busy 'counting their money' while those in the public sector were tied up with 'Akujanji' and those who entered politics were busy thinking about 'upgrading' or 'uploading' their properties. So to my niece and the thousands of freshmen, remember what Allah has to say about the Jews who had abundant knowledge but became ignorant. "The likeness of those who were entrusted with the Torah, but who subsequently failed in those (obligations), is as the likeness of a donkey who carries huge burdens of books (but understand nothing from them). How bad is the example of people who deny the Ayaah (proof, evidence, signs, verses, etc.) of Allah. (Qur'an 62 ; 5).
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 16, 2021 16:35

September 15, 2021

Safar 9, 1443: Ulasan 'Travelog Wartawan Islam' oleh UMP

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan Firman Allah Taala: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu apabila disebutkan Allah nescaya gementarlah hati mereka ketakutan (laksana hati jadi jilah bersih dan hidup)." (al-Anfhal, ayat 2) Kali pertama membaca buku Travelog Wartawan Islam karya Roslan Hamid ini, cukup untuk membuat kita berfikir sejenak tentang tugas kewartawanan. Sering digambarkan sebagai tugas yang penuh dengan liku dan cabaran, keterbatasan masa yang sering mengejar setiap dateline dan keputusan yang perlu diambil untuk berkongsi berita samada melanggar etika moral atau sebaliknya. Namun, di sebalik itu semua masih ada cabaran besar yang perlu dikuti iaitu cabaran sebagai wartawan muslim yang berpegang akan janji bahawa kerja itu sebagai satu ibadah. Inilah cabaran yang penulis lembarkan di dalam naskah setebal 238 muka surat ini. Buku yang mempunyai 16 buah bab ini dimulai dengan perkongsian penulis tentang pengalaman beliau semasa bekerja di akhbar Berita Harian. Dari tugas sebagai pemberita kepada penyunting untuk akhbar Harian Metro hinggalah dilantik sebagai Pengarang Luar Negara seawal usia 32 tahun. Penulis berkongsi dilema tentang persoalan konsep bekerja sebagai ibadah yang diterapkan seawal beliau bekerja. Adakah hasil titik peluh sebagai wartawan dianggap halal sedangkan akhbar menyiarkan gambar artis yang tidak menutup aurat, iklan nombor ekor dan berita yang tidak benar yang tidak selari dengan ajaran Islam. Sebagai seorang wartawan, tiada istilah ‘tidak’ untuk setiap arahan yang dikeluarkan bagi mendapatkan berita walaupun tugasan itu di premis syarikat arak atau tugasan menunggu prospek sumber berita yang memakan masa berjam-jam lamanya. Jika pergi solat akan terlepas berita dan pasti akan mendapat maki hamun dari editor. Dilema sebagai wartawan yang dikongsi penulis ini seolah-olah tiada penghujungnya. Pemikiran sekular dalam syarikat-syarikat akhbar turut dipandang sinis oleh penulis. Mereka mengeluarkan majalah agama yang menonjolkan kebaikan dan kemurniaan agama tetapi dalam masa yang sama juga mengeluarkan bahan media yang bertentangan dengan nilai murni yang dipegang oleh agama. Keputusan penulis untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada Pegawai Agama NSTP, Ustaz Ahmad Abdul Majid saat dilantik sebagai Pengarang Luar Negara Berita Harian dikritik hebat sehinggakan di ejek, “ini akhbar nasional bukan akhbar Islam”. Namun alah bisa tegal biasa, itulah prinsip yang beliau pegang dengan tidak menyiarkan berita yang bertentangan dengan kehendak Islam namun lebih fokus kepada berita tentang kezaliman ke atas umat Islam di seluruh dunia. Dunia kewartawanan menjadi medan perjuangan untuk menguji seorang muslim samada taat atau tidak. Kesibukan sebagai wartawan sehinggakan tiada masa untuk belajar al-Quran dan solat berjemaah menjadi asbab penulis tekad untuk meletakkan jawatan. Disindir oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd yang ingin melihat sejauh mana beliau boleh pergi kerana beranggapan ramai kakitangan yang telah berhenti namun datang semula untuk bekerja. “Saya berserah kepada Allah”, jawapan pendek namun cukup besar pengertian kepada seorang hamba Allah untuk percaya rezeki itu datangnya daripada Yang Maha Kuasa. Kepuasan dalam penulisan kini diabadikan penulis dalam lembaran coretan sebagai penulis sepenuh masa. Pengalaman yang dikongsi diharap dapat memberikan pengetahuan sebenar dunia kewartawanan. Karya yang ikhlas ini digarap dengan penuh hikmah dan jujur yang perlu dibaca oleh para pembaca. Setiap persoalan mampu membuat kita berfikir sejenak tentang persoalan kerja itu sebagai satu ibadah. Penulis turut meletakkan ayat al-Quran dan hadis Nabi bagi setiap pendapat dan persoalan agar para pembaca mengambil iktibar dari pengalaman yang dikongsi. Di akhir kalam, penulis dengan tegasnya menyatakan istilah ‘hamba dunia kewartawanan’ telah beliau buang jauh-jauh dan kini yang wujud dalam lubuk hati beliau hanyalah ‘hamba kepada Allah’.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2021 16:39

September 14, 2021

Safar 8, 1443: Usah asyik kurrrrrr, kurrrrrr, kurrrrrrr saja

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umt-umat dahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit it ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, dan (6) hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi." (Hadis riwayat Hakim)



DAHULU ketika bersekolah menengah (tahun 1970-an) saya dan rakan-rakan terpegun dengan karakter seorang pelajar - dia mengumumkan cita-citanya menjadi perdana menteri - dan dia menunjukkan kesungguhannya itu dengan mempamerkan daya kepimpinan seperti menyertai pasukan bahas sekolah dan menjadi kapten permainan sukan. Lantas dia mendapat jolokan Si......PM sampailah sekarang!


Sahabat ini menjadikan PM kedua, Tun Abdul Razak Hussein sebagai idola. Gambar Tun Razak, seorang murid tua yang bagaikan sireh pulang ke gagang ke sekolah kami pada tahun 1974 dengan menaiki beca sering menjadi perhatiannya - ya nanti dia juga akan pulang ke 'alma mater' mengulangi kisah Tun Razak sebagai seorang perdana menteri!


Namun, selepas puluhan tahun, nama sahabat ini 'tidak muncul-muncul' dalam arena politik tanah air yang boleh menonjolkan dirinya sebagai bakal perdana menteri. Kalau dia dalam kedudukan seorang Adun, Ahli Parlimen, timbalan menteri, menteri dan sebagainya, insya-Allah dia semakin hampir menjadi perdana menteri tetapi entah apa silapnya, 'namanya' belum timbul-timbul lagi.


Tidaklah saya bertujuan memperkecil-kecilkan cita-citanya atau menidakkan kuasa Allah SWT yang boleh melakukan sesuatu sekehendak-Nya seperti menaik dan menjatuhkan seseorang tetapi saya ingin memfokuskan satu perkara penting - masa berlalu begitu pantas dan saya dan orang-orang seangkatan saya seperti pelajar setingkatan puluhan lalu seperti rakan yang bercita-cita menjadi PM ini, kini tanpa sedar atau sedar sudah memasuki usia 'tidak berapa muda' seperti ungkapan seorang ustaz yang tidak mahu menggunakan perkataan 'tua' yang ramai orang tak suka. Namun hakikatnya 'game is over' (permainan sudah tamat), kita semakin ke kubur!


Masa adalah emas, kata bijak pandai Melayu; orang Arab pula mengandaikannya bagai pedang, jika kamu tidak pandai memanfaatkannya ia akan memotong kepala kamu. Ya, masa telah 'memotong kepala' kebanyakan daripada kita termasuklah saya dan kini jika dihitung-hitung berdasarkan usia kewafatan Rasulullah s.a.w., saya dan rakan seusia saya hanya berpeluang menyambut Hari Raya beberapa kali saja lagi!


Itu pun, kata  sang ustaz dalam kuliahnya yang saya hadiri baru-baru ini, sayang sekali sayang, ramai 'orang tidak berapa muda' gagal memanfaatkan 'reja' (baki) masa mereka. Beliau menceritakan seorang 'datuk' di kampungnya terus leka bermain ayam sabung. Siang malam asyik dengan ayamnya saja. Tidak teringat hendak ke masjid hatta pada maghrib yang tempoh waktu solatnya pendek, dia terus leka dengan dengan ayamnya. Orang kalau pada usia tua bukankah baik perbanyakkan zikir menyebut nama Allah atau berselawat, ini tak, dia asyik kurrrrrr, kurrrrrr, kurrrrrrr sana sini siang dan malam.


Demikian juga kalau seseorang itu sudah gila dengan burung misalnya burung terkukur, siang malam asyik main dengan burung yang dikurung dalam sangkar. Si tua yang gila mengumpul barang antik pun ada manakala yang lain asyik-asyik memancing ikan dan tak kurang juga terutama perempuan jadi kaki TV. Ya, kata sang ustaz susah nak tegur orang tua dengan hobi gila-gila ini. Beliau 'mengomen' orang lain dah naik ke bulan, meneroka angkasa lepas, menjelajah laut lepas tetapi sesetengah orang Melayu masih dengan hobi pelik seperti bermain burung, bermain ayam sabung dan bermain gasing.


Akhir sekali sang ustaz 'membasuh' golongan tua yang asyik duduk kedai kopi bermain dam papan. Lepas sepapan sepapan mereka main, dari pagi sampailah maghrib atau malam. Selagi warung tak tutup selagi itulah mereka bermain. Sekali pusingan menghadap papan dam, mereka 'berupaya naik haji' berkali-kali tetapi 'haji' ini bukan menyebabkan mereka semakin 'syok' dan 'leka', lantas tak ingat rumah tangga, anak bini apatah lagi masjid dan surau.


Pemain dan peminat yang menggerumuni papan dam sekalipun minum secawan dua kopi tetapi kebanyakannya kuat hisap rokok. Pada kotak rokok ada perkataan AMARAN, ada gambar besar leher pesakit kanser yang berlubang atau lidah yang bernanah, mereka tak peduli. Sebatang demi sebatang mereka hisap akibat terlalu syok main atau melihat permainan dam aji.


Mereka yang syok dengan dam aji ini tak sedar masa keemasan yang berbaki semakin hari malah sesaat demi sesaat semakin habis. Mereka terus syok dapat 'naik haji demi haji' tetapi bagi menunaikan haji sebenar iaitu Rukun Islam kelima jauh atau tak terfikir dalam benak mereka. Mungkin mereka berfikir, ah aku tak mampu, duit tak ada (tak cukup) jadi bagaimana nak naikhaji. Antara syarat tunai haji berkuasa dari segi perbelanjaan, aku tak mampu jadi tak payahlah.


Namun mereka tak sedar, duit belanja beli rokok kalau dihimpunkan tahun demi tahun boleh mencapai puluhan jika tak ratusan ribu ringgit yang jika dapat dijimatkan membolehkan mereka 'naik haji atau umrah' beberapa kali. Katakanlah seseorang itu menghisap sebungkus rokok sehari yang harganya dianggarkan RM10, dalam sebulan jika tidak merokok dia boleh menyimpan RM300 yang dalam setahun akan menjadi RM3,600. Kalau 10 tahun sudah RM36,000 yang membolehkan dia 'naik haji atau umrah sebenar' sebanyak beberapa kali.



Ini tak, sekalipun setiap hari 'naik haji' beberapa kali atau belasan atau puluhan kali di meja papan dam, dia tetap dulu, kini dan harap-harap tidak selama-lamanya bergelar haji dam...ya wahai orang yang tak beberapa muda...sedar-sedarlah diri bila nak menjejakkan kaki ke masjid atau berangkat ke Tanah Suci...takkan nak tunggu orang usung diri kita ke masjid atau buatkan badal haji untuk kita!


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 14, 2021 16:36

September 13, 2021

Safar 7, 1443: Hari Malaysia - Runtuhkan permainan perkauman

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan

"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)


PADA kesempatan ini, kita mengucapkan selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan negara yang ke-64 dan ke-58 tahun penubuhan Malaysia.


Kedua-dua tarikh ini (tanggal 31 Ogos sebagai kemerdekaan negara dan 16 September, hari penubuhan Malaysia) adalah hari keramat bagi negara ini yang ada bahagiannya seperti Melaka dijajah sejak berabad-abad lalu. 


Berceloteh mengenai negara ini, tidak lengkap jika tidak membicarakan komposisi kaumnya yang pelbagai itu - Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut dan sebagainya. 


Hal ini termasuklah politik yang kaum masing-masing pada asalnya diwakili oleh pertubuhan politik perkauman; seperti United Malays National Organization (Umno), Malaysian Chinese Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC). 


Sekalipun ketiga-tiga parti ini bergabung membentuk dahulunya Perikatan, kini Barisan Nasional (BN), perjuangan parti masing-masing adalah berdasarkan perkauman (desakan dan kehendak kaum masing-masing); hanya sedikit hal berhubung matlamat sama seperti mencapai kemenangan dalam sesuatu pilihan raya. 


Sekalipun sedar akan keperluan sesuatu kaum memperjuangkan masa depan kaumnya, jika kita rujuk kepada Sirah Rasulullah s.a.w. yang sewajarnya menjadi panduan setiap Muslim, baginda Rasul tidak pernah melaungkan semangat perkauman seperti "hidup Arab" atau "hidup Quraisy" tetapi membebaskan manusia daripada kejahilan dan kesesatan kepada hanya tunduk kepada Yang Maha Kuasa. 


Baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah dan kemudian kembali ke Makkah adalah bagi membebaskan bangsa Arab dan seluruh manusia daripada penjajahan dan penindasan sesama manusia dan bukan mengangkat martabat sesuatu bangsa seperti Arab ke puncak kuasa atau menguasai bidang kehidupan seperti ekonomi dan perluasan wilayah. 



Hakikat Islam sebagai satu-satunya ajaran yang dapat membebaskan seluruh umat manusia dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud; "tidaklah Aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk rahmat kepada sekalian alam." Di atas dasar inilah umat Islam menyebarkan risalah Allah ke seluruh pelosok alam. 


Perihal kemerdekaan terutama tugas memerdekakan akidah manusia kepada mentauhidkan Allah SWT dinyatakan dengan jelas oleh Ruba’i bin ‘Umair, panglima tentera Islam ketika berhadapan dengan panglima Rustum dari Parsi; "kami datang untuk membebaskan umat manusia daripada penyembahan selain daripada Allah, membebaskan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat dan daripada kezaliman kepada keadilan. Barangsiapa yang menerimanya, kami akan kembali (tidak akan berperang dengannya) tetapi bagi siapa yang enggan maka kami memerangi mereka sehingga Allah menunaikan janjinya." 


Bagi kita, politik berasaskan perkauman kian menjauh dan tersasar daripada realiti perkembangan semasa. Apatah lagi dalam situasi sekarang, dengan perkembangan terlalu pantas di bidang teknologi maklumat, hampir semua perkara terdedah kepada pengetahuan umum dan dibahaskan semua peringkat rakyat saban masa. 


Sehubungan itu sebarang lontaran isu perkauman termasuk untuk mendapat sokongan undian kaum tertentu ketika pilihan raya akan hanya memakan diri dan lebih malang lagi mengundang negara dan manusia sejagat ke jurang kehancuran. *


Di sini, kita melihat betapa murninya ajaran Islam dengan Allah SWT mengutus Nabi Muhammad s.a.w. untuk membawa rahmat kepada sekalian alam termasuk manusia. 


Baginda tidak diutuskan untuk kebahagiaan satu-satu kaum sahaja seperti orang Arab atau Quraisy tetapi membawa mesej kesejahteraan untuk semua - orang Islam, bukan Islam malah makhluk lain seperti jin, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Lihatlah betapa indahnya peraturan dalam Islam seperti adab-abab peperangan dan penyembelihan bagi membuktikan bahawa ajaran Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah rahmat bagi sekalian alam. 


Kewujudan negara-negara dengan sempadan sekarang ini adalah bikinan Barat untuk menunjukkan kekuatan dan melempiaskan kebongkakan mereka ke atas bangsa lain (bangsa jajahan). 


Apabila wujudnya situasi ini, maka bebaslah mereka mempromosi kekuasaan bangsa mereka ke atas bangsa lain; bagi mereka kaum di negara taklukan seperti Iraq dan Afghanistan tidak bernilai sesen pun sebab itu pembunuhan puluhan ribu orang di rantau ini tidak ada apa-apa kepada mereka sedangkan jika sejumlah kecil bangsa atau warga mereka terbunuh, mereka memburu pihak disyaki hingga ke lubang cacing dan melabel mereka sebagai pengganas. 


Demikianlah tembelang dan temberang pejuang perkauman sama ada di dalam negara atau di luar negara kian terdedah, maka kepada Muslim dan Muslimat dinasihatkan agar kembali kepada ajaran Islam bawaan Rasulullah s.a.w. kerana hanya itu penyelamat sebenar kehidupan di dunia dan akhirat.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 13, 2021 16:26

September 12, 2021

Safar 6, 1443: Usah nilai buku berdasarkan kulitnya

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


Firman Allah Taala: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu apabila disebutkan Allah nescaya gementarlah hati mereka ketakutan (laksana hati jadi jilah bersih dan hidup)." (al-Anfhal, ayat 2)


MOTOSIKAL saya rosak lagi. Maka kepada Heng (pemilik bengkel motosikal dikampung saya), saya serahkan kenderaan itu untuk diperbaiki. Si Heng ini peramah, dan disebabkan saya sudah terlalu biasa dengannya, saya berborak dengan pemuda Cina ini tanpa ditapis-tapis butir perbualannya.


Sebagai satu-satunya pemilik bengkel motosikal di kampung, Heng berkongsi pelbagai pengalaman dan karenah penduduk. Dia tahu siapa pelanggan yang boleh dipercayai dan mereka yang tidak jujur. Dia mendakwa ada pelanggan yang sudah diperbaiki motosikalnya enggan menjelaskan bayaran. Ada yang bayar tetapi tidak cukup jumlahnya, kemudian mereka buat-buat lupa.


Kata Heng, dia cuba memahami dan menolong pelanggan. Misalnya ada yang datang ke kedainya, meminta diganti tiub bocor tetapi tiada duit dalam poket. Atau wang mereka tidak cukup. Dia bersedia menolong, membenarkan mereka membuat bayaran kemudian, malangnya ada terus lesap atau buat-buat lupa.


Ada pelanggan yang berhutang apabila membeli motosikal terpakai, tetapi tidak menjelaskannya. Mereka berjanji akan membuat bayaran bulanan, tetapi apabila masanya sampai, batang hidung mereka pun tidak nampak. Heng berkata dia bukan jenis orang yang suka berkunjung ke rumah orang menagih pembayaran hutang.


Sekalipun saya berkopiah, dalam pertemuan terbaru dengan Heng itu, dia tidak teragak-agak membelasah sesetengah orang yang penampilannya bagaikan ustaz, pak lebai, pak imam dan “pak-pak haji.”


Heng berkata kebanyakan “pak haji” amanah orangnya, menepati janji dan jujur dalam membuat bayaran, malangnya ada segelintir ‘pak haji’ sikap mereka tidak berpadanan dengan penampilan. Mereka bagaikan penyamun tarbus. Pandai berhutang, tetapi liat membayar, buat-buat lupa atau terus ghaib.


'Pak-pak haji’ inilah memalukan Islam. Mereka menjatuhkan maruah agama, tidak

menunjukkan teladan baik kepada orang bukan Islam seperti Heng. Saya memuji Heng

kerana dia tidak menghentam semua ‘pak haji’ atau membuat kesimpulan sendiri

bahawa semua orang berimej begitu tidak boleh dipercayai.


Katanya, dia begitu baik dengan seorang imam. Dia mendakwa iman itu pernah

mengajaknya ke negara China, melihat-lihat sejarah kebesaran orang Muslim China.

Imam itu berjanji membiayai tambang dan memberi duit belanja, tetapi Heng belum

bersedia.


“Imam itu memang ‘best.’ Dia balik dari Makkah (umrah), dia hadiahkan saya itu

korma (kurma) hijau-merah (kurma muda),” kata Heng. “Dulu seorang lagi imam pun

banyak baik, macam-macam hadiah dia beri kat saya, tetapi dia sudah mati,” katanya.


Dalam berbual-bual itu, sempat Heng “berkhutbah” kepada saya. Katanya, hati mahu bersih, tidak kotor. “Jangan buat jahat pada orang, jangan bikin kacau orang, itu Tuhan Alla(h) atas sana tahu,” katanya.


Selepas dia bercakap begitu, saya dengan pantas berkata, “Hei Heng, awak masuk Islamlah, apa yang awak cakap itu selari dengan Islam!” Heng tidak terperanjat dengan ajakan saya itu sebab itu bukanlah kali pertama saya berkata begitu kepadanya.


“Masuk Islam susah sikit. Saya makan itu babi. Saya banyak dosa oiii. Dulu perempuan saya suka, minum lagi, sikalang (sekarang) tidak lagi. Saya taubat,” kata Heng.


“Lu sudah taubat, itu banyak bagus. Kalau lu masuk Islam, semua lu punya kisah

lalu sudah ‘close.’ Lu akan dapat buku baru. Lu akan mulakan ‘chapter’ baru,” kata saya.


Heng tetap tidak mahu masuk Islam. Dia belum mendapat hidayah. Bagaimanapun dia

tetap segan kepada “pak-pak haji” yang berulang-alik di depan kedainya untuk ke masjid

pada setiap kali azan berkumandang. Tetapi seperti katanya, ada “pak haji” baik, ada “pak

haji” tidak baik. Oleh itu amat sesuailah peribahasa Inggeris, “Don’t judge a book by its

cover” (Jangan nilai sesebuah buku berdasarkan kulit depannya).


Bercakap mengenai peribahasa ini, saya teringat banyak perkara menepati maksudnya. Tidak lama dulu dilaporkan sejenis belacan yang cantik pada luarannya (warnanya agak cerah) dilaporkan mengandungi sejenis bahan pewarna pakaian. Belacan yang kelihatan menarik itu sebenarnya disaluti racun yang amat memudaratkan pengguna.


Demikian juga sesetengah ikan yang kelihatan segar, terutama yang dijual di pasar raya besar. Pengawet mayat digunakan bagi membolehkan ikan-ikan itu tahan lama. Oleh itu jangan tertipu dengan keadaan luaran sesuatu benda itu, boleh jadi isinya tidak sehebat gambaran luaran.


Seorang pakar pemakanan tidak lama dulu memberitahu, jika mahukan beras yang selamat, pilihlah yang ada sedikit kutu dalamnya. Katanya, kehadiran kutu menunjukkan beras itu selamat dimakan sedangkan beras berkilau cantik tanpa walau seekor kutu dalamnya menunjukkan ia mungkin disembur terlalu banyak bahan pengawet (racun).


Demikian juga kaedah memilih sayur-sayuran, yang kelihatan cantik dan segar bugar itu kemungkinan besar diracun berlebihan. Sebaliknya sayur yang ada kesan ulat memakannya, itulah yang lebih selamat, demikian beritahu pakar pemakanan itu.


Dakwaan beliau ada kebenarannya kerana satu kajian oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan kebanyakan sayur yang dijual di pasar borong dan pasar raya besar, dicemari racun makhluk perosak penyebab kanser.


Berdasarkan perkembangan ini, jelaslah bahawa sesuatu itu tidak boleh dinilai berdasarkan sifat dan fizikal luarannya. Sama seperti sebuah buku tidak boleh dinilai berdasarkan kulitnya, demikian juga bahan makanan seperti sayur-sayuran, beras dan ikan.


Bagaimanapun, yang teramat penting, seseorang manusia itu tidak boleh dinilai berdasarkan fizikal luarannya. Itulah sebabnya dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. meminta seseorang lelaki yang mahu berkahwin memilih wanita beragama, bukan kerana kecantikan, keturunan dan kekayaannya.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 12, 2021 16:35

Roslan Hamid's Blog

Roslan Hamid
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Roslan Hamid's blog with rss.