Roslan Hamid's Blog, page 39

November 6, 2021

Rabiulakhir 2, 1443: Pabila tumpul hati...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"...dan Kami telah menurunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran), untuk menjelaskan dan (juga memberi) petunjuk serta rahmat dan pengkhabaran gembira bagi orang-orang yang tunduk kepada-Nya." (Maksud Ayat 89 Surah an-Nahl)



RENUNGILAH syair Arab ini dan fikir-fikirkanlah maksudnya. Semakin tua seseorang semakin sukarlah untuk dia menerima ilmu seperti penulis ini. Jadi kepada muda-mudi tuntutlah ilmu selagi terdaya.


Kukerap terlupa apa yang kupelajari pada masa tua

sedang yang kupelajari pada masa muda

tidak pula kuterlupa

takkan berkesan ilmu itu

kecuali yang dituntut pada masa muda

kalaulah boleh dibelah hati si pelajar pada waktu muda

kelihatan ilmunya umpama ukiran di atas batu

ilmu itu tak akan berkesan jika dituntut pada usia tua

Pabila tumpul hati

tumpullah pendengaran dan penglihatan

hidup manusia bergantung dua; akal dan logikanya

Pabila luput kedua-duanya, hidup sia-sia tidak berhaluan



Fikiran seseorang yang muda belia apatah lagi kanak-kanak masih banyak ruang kosong, membolehkan dia mudah menerima ilmu sedangkan orang dewasa apa lagi tua banyak perkara perlu difikirkan menyebabkan dia sukar menerima perkara baharu, kata orang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.


Kali ini saya utarakan kepentingan anak-anak muda kita agar gigih menimba ilmu pada ketika negara kita sudah pun berusia 60+ (Ogos lalu menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-64)..


Selain anak-anak muda, adalah penting untuk pemimpin kita memikirkan masa depan negara yang 'tak berapa muda ini'. Sebagai seseorang insan, 60 tahun adalah usia pintu gerbang alam tua tetapi bagaimana pula bagi sesebuah bangsa dan tamadun yang melepasi usia enam dekad?


Kita mungkin boleh menilai kematangan negara melalui isu berkenaan kemerdekaannya. Perkara pertama yang mahu disentuh adalah mengenai erti kemerdekaan itu sendiri. Bagi seorang kanak-kanak, Hari Merdeka mungkin bermaksud hari mengibar bendera, perarakan dan nyanyian. Bagi sesetengah orang, perlakuan itu bermaksud menunjukkan semangat patriotik seperti mengibar bendera.


Tetapi bagi seorang dewasa yang matang fikirannya tentulah maksud kemerdekaan itu lebih daripada itu. Kemerdekaan mempunyai maksud terlalu luas dan bukan bebas daripada cengkaman penjajah asing.


Penulis teringat khutbah Jumaat yang  penulis amati di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) beberapa tahun lalu. Khatibnya berkata kemerdekaan bukan saja bermaksud mengakhiri penjajahan sesuatu bangsa ke atas bangsa lain.


Kemerdekaan juga bermaksud mengakhiri penjajahan sesuatu bangsa ke atas bangsanya sendiri. Khatib mengambil contoh perjuangan Rasulullah s.a.w. untuk membebaskan bangsa baginda (Quraisy) daripada penjajahan mental ketua suku kaum mereka.


Hampir 10 tahun selepas berhijrah ke Madinah, baharulah baginda dapat memerdekakan penduduk Makkah daripada amalan keji seperti menyembah berhala. Selepas pembersihan kota suci Makkah, Islam dapat berkembang dengan pesat di seluruh Jazirah Arab.


Bagi orang Melayu yang merdeka jiwanya, tentulah kemerdekaan itu tidak hanya bermaksud bebas daripada cengkaman penjajah British. Ramai yang berkata penjajahan dalam bentuk fizikal mungkin tidak berulang tetapi cengkaman kuasa asing dalam bentuk lain masih wujud. Contohnya penjajahan dari segi ekonomi dan budaya. 


Apatah lagi pada zaman perkembangan teknologi komunikasi yang amat pesat sekali. Hari ini mungkinkah hampir semua orang sudah menjadi 'hamba telefon bimbit'?...


Kini kita dapat saksikan kebenaran dakwaan itu. Dari segi ekonomi, kita masih bergantung kepada kuasa besar perdagangan yang bukan di kalangan negara Islam manakala globalisasi menyaksikan penduduk dunia amat mengenali KFC, McDonald's, Coke dan sebagainya.


Kita juga amat mengenali Hollywood dan Bollywood, sekali gus mengesahkan kita sebenarnya tidak merdeka dalam erti kata sebenarnya.


Jika kita menghayati apa yang berlaku kepada bangsa Melayu sendiri, kita akan sedar dalam banyak segi kita masih jauh daripada menepati maksud kemerdekaan itu.


Orang Melayu masih hidup dalam kelompok-kelompok tertentu dengan kumpulan berkuasa menjajah kumpulan yang tiada kuasa. Kumpulan tiada kuasa berterusan ditekan, hatta dalam menyatakan pandangan masing-masing.


Berdasarkan senario ini, adalah amat penting untuk anak-anak muda menimba ilmu sebanyak mungkin bagi memerdekakan bangsanya daripada terus dijajah termasuk oleh bangsanya sendiri. Ilmu itu amat berkesan ditimba semasa muda sebagai bekalan untuk berjuang sepanjang hayat.


Janganlah persia-siakan usia muda kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara - hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, lapangmu sebelum sibukmu, zaman mudamu sebelum tuamu dan masa kayamu sebelum papamu." - Riwayat Al-Baihaki daripada Ibnu Abbas.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 06, 2021 17:38

November 4, 2021

Rabiulawal 29, 1443: Give your boy, girl a songkok each...(U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.


Reflection


The Declining Day (Al-'Asr)

1. By the declining day,

2. Lo! Man is in a state of loss,

3. Save those who believe and do good works, and exhort 

one another to truth and exhort one another to endurance.


DURING an 'ustaz' (religious teacher) 'tazkirah' (lessons) on 'nafkah' (livelihood allocation) at a 'masjid' near my house recently, he asked his audience what did they understood about fairness.


He then recalled a P Ramlee movie in which there was a scene where two thieves divided their shares on their loot - 'satu untuk engkau', satu untuk aku' (one for you, one for me) which made his audience burst into laughter.


"If you believe that the concept 'one for you, one for me' is fair, then think about this -  you as a father when you go home after this 'tazkirah', stop at a store and buy a songkok each for your Ahmad and Aminah. Both get a songkok, that's fair isn't it?


"That's not fair. It is 'bangang' (foolish)," said the 'ustaz'. "For Ahmad it is great for him to have a songkok, but for Aminah, a 'tudung' (head covering) might please her.


"So what's the meaning of 'fairness'? It is to place something at a right (suitable) place and time," said the 'ustaz'. "If you agreed that buying a songkok each for Ahmad and Aminah was not a fair action but to be fair is to give him a songkok and her a 'tudung', let's us continue our discussion...


Regarding 'nafkah', the ustaz said a man has a very heavy responsibility towards his wife and family, his parents, his siblings and those under his care. Muslim man has been given the position of 'qawwaam' (protector and maintainer) over women.


It is because of the characteristics which Islam instills in him, the qualification it has given him and the conditions and limits it has imposed on him. Allah SWT says in the Qur'an with the meaning: "Men are 'qawwaam' of women, because of Allah has given the one more (strength) than the other, and because they support them from their means..." (Qur'an 4:34)


Thus, regarding women's right of inheritance, Allah SWT, stated in the Glorious Qur'an, with the meaning: "Allah commands you as regards to your children's (inheritance); to the male, a portion equal to that of two females." (Qur'an 4:11)


Why two parts to the males an one part to the females? This is NOT FAIR shouted many women liberation movement. They wanted the concept of 'one for you, one for me'. For them that is fair, said the 'ustaz'.


Yes, to those who misunderstand Islam claim that Islam does injustice to women in terms of inheritance. They are in the opinion that it is unfair to grant the male a double to that of the female even though they are children of the same parents. Allah SWT, offered a full and detailed method of women's inheritance in the Qur'an and Sunnah.


Allah has determined all the shares of all the relatives in respect to their relationship to the deceased. As He the Most Wise said: "There is a share for men and a share for women from what is left by parents and those nearest related, whether the property is small or large, an obligatory share." (Qur'an 4:7)


The 'ustaz' explained that the responsibilities of men and women are different. A husband 'wajib' (must) provide 'nafkhah' to his wife and family members. If he failed to do so he would be 'berdosa' (being sinful) and would be punished not only in the Hereafter but also in the world such as loosing 'barakah' (blessing) in his life and he would be called by the 'Pejabat Agama' (Religion Department).


The husband must (wajib) provide for the necessities of his wife and family such as a place to shelter (house), clothing, food and needs for example living in this modern world, education for his children, medical expenses, transportation and so on, said the 'ustaz'.


"But a wife is not required to give 'nafkah'. If she owned some monies and properties or has an income, those are her's and her husband has no right to 'touch' them. What is required from her is to be obedience to her husband and she is 'in charge' of everything inside her husband's house," he said.


The 'ustaz' said in our society nowadays many husbands failed to provide for the 'nafkah' - some took it lightly, they thought it was right to share the responsibilities with the wives especially those who had jobs. 


"If a husband failed to provide for the 'nafkah', a wife could even 'steal' from her husband," warned the 'ustaz' who cited the case of Hindun, the wife of Abu Suffian. Such as the case of Hindun during the time of the Prophet s.a.w. complained to the Prophet that her husband refused to give adequate maintenance to her and her child. The Prophet instructed to take of her husband’s property "what is sufficient for yourself and your child according to custom."


According to the 'ustaz', other than 'nafkah' for well-being of a family, a husband must also provide for a special 'nafkah' for his wife - for her to buy her personal necessities items such as toiletries and makeup, Many 'modern' husbands failed to do so, especially if their wives had their own incomes.


"The correct way for a husband to excuse himself from providing the personal 'nafkah' to his 'rich wife' is by asking her to 'halal' (forgive or to consider as settled)," said the 'ustaz'. "If she agrees than it is okay, but if she insists, the husband must pay the 'nafkah' to her."


Other than providing for his wife and family, a man is also entrusted to look after the welfare of his parents and siblings. A husband (man) responsibilities are too heavy, thus, demanding a 'fair', 'just' or 'equal' share of inheritance for both male and female Muslims, who do not have equal financial obligations and responsibilities, is an unfair and unjust demand. 


It is only fair and just to give preference to a male heir, in light of his financial responsibilities, over the female heir from the inheritance of the father, mother or others. Considering all this, the fact that a female is still entitled by the Islamic law to a half share of the portion of inheritance received by the male, and sometimes an equal share, is indeed fair, just, and generous.


Islam views men and women to be equal in their humanity. The Holy Qur'an did not address men alone, when treating general issues in life; but meant both for men and women to hold due responsibilities in this regard. Thus, the Qur'an values the roles of male and female believers alike, for Allah says: “It is not fitting for a Believer, man or woman, when a matter has been decided by Allah and His Messenger to have any option about their decision: if any one disobeys Allah and His Messenger, he is indeed on a clearly wrong Path.”(Qur'an 33:36)


Men are men and women are women. Hence, both men and women, go along side by side practicing their duties before Allah, in accordance with His Messenger’s teachings, so that one’s life would be a portray of one’s sound actions… All that includes men and women; thus, male and female believers ought to abide by Allah’s holy decisive speech.


Yes men are men and women are women and to those who choose to equal men and women in every aspects of life; think why in sporting events even at the Olympics men and women are separated based on the sexes. Why not have men and women compete among themselves say in the 100 meter dash because they are equals...and that is 'fair' according to some of us!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 04, 2021 09:05

November 3, 2021

Rabiulawal 28, 1443: Merindui Madinah Al-Munawwarah...(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


Firman Allah SWT bermaksud: "Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan orang yang tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin." (Surah Al-Maa'uun Ayat 1-3)


MENGUNJUNGI Madinah Al-Munawwarah tidak termasuk dalam manasik haji. Namun jemaah haji atau umrah amat digalakkan ke sana. Malahan kunjungan ke Madinah termasuk dalam susunan acara jemaah haji atau umrah. Jemaah haji berpeluang berada di Madinah selama lapan atau sembilan hari manakala mereka yang menunaikan umrah tiga hari. Jemaah boleh ke Madinah selepas selesai menunaikan haji dan umrah atau pun sebelumnya.


Keutamaan menziarahi Madinah Al-Munawwarah terutama Masjid An-Nabawi dinyatakan dalam beberapa hadis Rasululullah s.a.w., antaranya yang diriwayatkan oleh At-Tabrani yang bermaksud: “Sesiapa yang menunaikan fardu haji ke Baitullah al-Haram dan tidak menziarahi aku sesungguhnya dia menjauhkan dirinya daripadaku” dan “Barang siapa yang mengerjakan haji lalu dia menziarahiku selepas wafatku, seolah-olah dia telah menzirahiku semasa hidupku.”


Kemudian dinyatakan keutamaan beribadat dalam Masjid Nabawi melalui sebuah hadis bermaksud: “Sembahyang di masjidku ini pahalanya adalah seperti 1,000 sembahyang di tempat lain melainkan di Masjid Al-Haram. Berpuasa sebulan di Madinah seperti berpuasa 1,000 bulan di tempat lain dan sembahyang Jumaat di Masjid Madinah seumpama 1,000 kali sembahyang Jumaat di tempat lain.” (Riwayat As-Sahihaini daripada Abu Hurairah)


Selain penerbangan ke Jeddah bagi menunaikan haji dan umrah, ada penerbangan terus ke Madinah. Tentunya, hati terasa sayu sebaik saja menjejak kaki di bumi mulia menempatkan jasad Nabi s.a.w., kemudian menaiki bas menuju penginapan berhampiran Masjid Nabi s.a.w..


Dalam perjalanan saya, daripada kejauhan kelihatan berbalam-balam banjaran gunung, kemerah-merahan dipancari cahaya matahari buat kali terakhir sebelum tenggelam di ufuk barat. Ada jemaah memberitahu saya itulah banjaran bukit atau gunung Uhud, namun tidaklah dapat saya pastikan. Kata jemaah itu lapangan terbang antarabangsa Madinah terletak di sebalik banjaran gunung Uhud.


Saya bersiap sedia dengan buku dan nota panduan bagi mengaup sebanyak mungkin pahala beribadat di Tanah Suci. Bukankah sudah dikatakan melalui hadis bahawa beribadat di Masjid Nabawi adalah 1,000 kali ganda pahalanya daripada beribadat di masjid-masjid lain kecuali Masjidilharam dan Masjid Al-Aqsa? Antara buku tatapan saya adalah ‘Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7,000 Tahun’ oleh Haji Ahmad Haris Suhaimi dari Singapura. (Penerbit HRs Consultant).


Antara perkara yang amat saya tertarik dalam buku itu bab zikir yang antara lain ditulis: “Suatu ketika, Rasulullah s.a.w. telah mendatangi kepada seorang wanita yang kelihatan pada tangannya beberapa biji kurma dan batu-batu kecil yang digunakan untuk membuat kiraan bagi berzikir, lalu Rasulullah bertanya: “Sebaiknya aku beritahukan kepada kamu, apa yang lebih mudah dan lebih afdal daripada itu.”


Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, “Subhanallah ‘Adada Ma Khalaqa Fis Sama’, Wasubhanallah ‘Adada Ma Khalaqa Fil Ardhi, Wasubhanallah ‘Adada Ma baina Zalik, Wasubhanallah ‘Adada Mahua Khaaliq. Wallahu Akbar Mithla Zalik, Walhamdulillah Mithla Zalik, Wala Ilaha Illallahu Mithla Zalik, Wala Haula Qala Quwwata Illa Billahi Mithla Zalik.”


Maksudnya: “Maha Suci Allah dengan bilangan (zikir) sebanyak apa yang diciptanya di langit, dan Maha Suci Allah dengan bilangan sebanyak apa yang dicipta-Nya di bumi, dan Maha Suci Allah dengan bilangan sebanyak apa-apa yang ada di antara kedua-duanya, dan Maha Suci Allah dengan bilangan sebanyak apa-apa yang dicipta-Nya, dan Allah Maha Besar seperti bilangan itu (semua) juga, dan segala puji bagi Allah seperti bilangan itu juga, dan tiada Tuhan melainkan Allah seperti bilangan itu juga, dan tiada daya dan tiada upaya melainkan Allah seperti bilangan itu juga.”


“Berbermakna berzikir dengan tidak sampai seminit ini, seolah-olah kita telah menghasilkan berjuta-juta benih tanaman yang akan membentuk taman-taman yang indah di Syurga kelak.”


Demikianlah saya begitu taksub, membayangkan berbilion-bilion pahala yang akan saya dapat jika dapat solat waktu berjemaah pada setiap masa di Masjid Nabawi di samping membaca zikir-zikir berkenaan.


Dipendekkan cerita, pada hari ziarah luar (mengunjungi tempat bersejarah di luar Masjid Nabawi seperti Masjid Quba’), bas rombongan jemaah telah tersasar waktu sehingga hampir jam 11.45 pagi tetapi dalam keadaan tergesa-gesa kami mahu pulang ke hotel bagi menyiapkan diri untuk solat zuhur berjemaah di Masjid Nabawi, ada dua orang jemaah perempuan merayu untuk pergi ke pasar kurma seterusnya membeli-belah di sana.


Jemaah lain ada mula membebel dan saya juga berkata-kata dalam hati, “bukankah tadi kita sudah ke ladang kurma, sudah beli kurma, untuk apa ke pasar kurma ini, bukankah sudah hampir masuk waktu zuhur. Alangkah ruginya jika tidak dapat solat berjemaah di Masjid Nabawi!”


Nampaknya, mutawif kami, seorang ustaz muda dari Indonesia dapat membaca isi hati kami lalu berkata: “Bapak-bapak dan ibu-ibu sekalian. Minta maaf banyak-banyak. Saya perlu izinkan mereka pergi ke pasar kurma. Memenuhi hajat orang amat dituntut oleh agama. Hari ini kita penuhi hajat mereka, insya-Allah, lain kali orang lain akan memenuhi hajat kita. Insya-Allah, kita akan dapat kedua-duanya sekali, memenuhi hajat orang dan juga solat waktu di Masjid Nabawi.


Ungkapan ustaz itu mengejut dan menyedarkan diri saya. Betapa saya hanya mementingkan diri, kononnya mahu dapatkan ribuaan dan jutaan pahala tetapi gagal menyelami dan menggembirakan hati insan lain. Saya bukan tidak tahu bahawa mengutamakan orang lain itu sangat dituntut oleh agama, tetapi pada saat-saat begitu mudah lupa diri. 


Bukankah sudah kita pelajari ada saat-saat tertentu solat boleh ditangguhkan misalnya jika hidangan sudah tersedia, kita perlu makan dulu; demikian juga jika kita dalam keadaan mengantuk yang terlampau sangat, tetapi hari itu dalam mengejar kepentingan diri, bagi mengaut keuntungan berganda bagi diri sendiri, saya terlupa segala-galanya.


Demikianlah betapa peristiwa itu telah mengajar saya erti kasih sayang; mengasihi sesama Muslim, memenuhi keperluan dan kehendak mereka selagi ia tidak berlawanan dengan hukum-hakam Allah SWT. 


Mengertilah saya bahawa Islam itu bukan soal ibadat semata-mata tetapi merangkumi segala-galanya termasuk kasih sayang sesama makhluk. Itulah sebabnya mengapa ada hadis menyatakan seorang lelaki pemberi minum anjing masuk syurga manakala seorang perempuan mengurung kucing sehingga mati dilemparkan ke dalam neraka!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 03, 2021 16:43

November 2, 2021

Rabiulawal 27, 1443: Jurukempen kebaikan diperlukan...(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 


Renungan 


"Oleh itu, jika mereka bertaubat (daripada kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama, dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui." (At-Taubah Ayat 11)


UNTUK berjaya dalam dakwah, kita perlukan jurukempen yang kuat dan ramai dengan usaha berterusan, kata seorang ustaz dalam satu tazkirah yang saya hadiri baru-baru ini. Kita tidak perlu merujuk jauh, jenguk dan amat-amatilah iklan di televisyen; ada satu iklan berbunyi: "Minum....anda jadi sihat dan ......" 


Slogan jenama ini diulang-ulang, lagi kerap lagi bagus sehinggalah sekarang ini ia sudah sebati dalam masyarakat. Orang sudah tahu bahawa minum...jadi sihat...dan hampir 100 peratus yakin jika mengambil jenama ini dia akan sihat. 


Di sini kita tidak berhajat menyentuh kebenaran dakwaan pihak berkenaan tetapi ingin menegaskan apabila sesuatu perkara itu diledakkan dalam kepala seseorang secara berulang-ulang puluhan, ratusan, ribuan, puluhan ribuan atau jutaan kali, akhirnya orang yang dipropaganda itu akan mengaku kalah.


Inilah juga sebahagian ajaran Menteri Propaganda Jerman era Adolf Hitler, Joseph Goebbels, yang antara lain menyebut: 'a propaganda theme must be repeated' (tema propaganda mesti diulang-ulang). 


Seorang pemimpin dalam satu majlis ceramahnya yang saya ikuti juga menyebut akan kaedah propaganda ini. Katanya sekarang ini walaupun sesuatu perkara kita yakini tidak betul pada mulanya tetapi akibat propaganda yang agresif, keyakinan kita mula terhakis dan lambat-laun kita mula percaya apa yang dipropagandakan itu.


Apabila hampir semua pihak terutama media massa mencanangkan ia terbaik...terbaik...terbaik dan diulang ratusan dan ribuan kali pada setiap ruang dan peluang, maka hampir semua orang akan mengungkapnya kembali, terbaik...terbaik...terbaik. 


Maka mungkin tiada yang berkata ia tidak baik. Orang yang pada mulanya berkata tidak baik, apabila diledakkan dalam otaknya hampir setiap masa manakala ungkapan itu diihat dalam semua media, akhirnya dia juga akan mengaku kalah dan berkata, terbaik...terbaik...terbaik.


Berbalik kepada ustaz yang bertazkirah tadi, katanya, kempen ke arah kebaikan juga perlu dilakukan secara agresif; beliau memberikan contoh ini - Seorang ulama tersohor dijadualkan akan berceramah di masjid kita; jadi kita sebagai tukang kempen perlulah bekerja keras; misalnya kita mulalah mencetak dan mengedarkan 50,000 'flyer' (kertas edaran maklumat majlis) di kawasan berkenaan; barulah majlis kita mendapat sambutan. Itu pun jumlah yang hadir mungkin 5,000 atau 10,000 orang saja.


Jika dengan mengedarkan 50,000 'flyer' kepada orang ramai hanya 1/5 atau 1/10 daripada mereka saja yang datang, bayangkan jumlah hadirinnya kita tidak membuat kempen itu. "Mungkin yang datang adalah macam jumlah hadirin di majlis ini (20-30) orang saja," kata ustaz itu.


Demikianlah, dalam dakwah kepada masyarakat, jurukempennya (pendakwah) perlu ramai dan melakukannya secara berulang-ulang kali, kata ustaz itu. Misalnya, bercakap mengenai kebesaran Allah, kita terus menerus bercakap mengenai hal ini tanpa rasa jemu dan penat, insya-Allah lama kelamaan akan tertanam juga di hati sebahagian daripada anggota masyarakat akan apa kita nyatakan itu. 


Apabila Allah SWT memberi hidayah, tidak ada apa yang dapat menghalangnya lagi, namun dalam masyarakat kita hari ini, tidak ramai rela berkorban menjadi jurukempen kebaikan.


Bagi yang sudah menjadi jurukempen kebaikan, teruslah istikamah berkempen tetapi jangan lupa untuk berdoa, memohon kejayaan kepada-Nya, kata ustaz itu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 02, 2021 17:14

November 1, 2021

Rabiulawal 26, 1443: Kalaulah sang singa boleh menulis sejarah…(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


Lima bencana untuk penghasad dengki


Abul Laits Assamarqandi mengatakan: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada penghasad dengki, sebab penghasad dengki itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasad-dengkikannya itu:

1. Risau hati yang tak putus-putus.

2. Bala yang tidak berpahala.

3. Tercela yang tidak baik.

4. Dimurkai Tuhan.

5. Tertutup padanya pintu taufik.


ADA sebuah peribahasa Afrika berbunyi: “Until lions have their historians, tales of the hunt shall always glorify the hunters” yang bermaksud sehinggalah sang singa mempunyai penulis sejarah, kisah perburuan akan hanya menggambarkan kehebatan si pemburu.


Ertinya sekalipun dalam sesuatu perburuan itu sang singa bertindak hebat, si pemburu tetap menyebarkan kisah kehebatannya kepada penduduk kampungnya. Kisah sang singa tidak dipedulikan kerana yang merakam sejarah adalah si pemburu bukan sang singa. Lagi pun mana ada singa membicarakan kehebatannya, kalau ada mungkin kepada anak bininya saja dalam bahasa binatang yang mereka saja fahami.


Sejarah adalah subjek paling saya minati sejak kali pertama diperkenalkan semasa saya dalam Darjah Empat tahun 1972. Ketika itu namanya Tawarikh. Kerap benar saya mendapat markah 100 peratus dalam ujian dan peperiksaan. Ketika Darjah Empat, diperkenalkan peradapan manusia termasuk pembawa agama, kemudian pada Darjah Lima diajar tokoh-tokoh pada zaman pertengahan dan kemudian ketika Darjah Enam tokoh-tokoh pada zaman moden.


Maka hafallah saya kisah dalam buku Tawarikh itu. Saya dapat menghafaz kisah Shih Huang Ti, Asoka, Akbar, Joan of Arc dan kemudian pada zaman moden membabitkan nama seperti Abraham Lincoln, George Washington dan tokoh di tanah air seperti Francis Light, JWW Birch, Frank Swettenham, Hugh Low dan Hugh Clifford.


Sekalipun negara sudah lama merdeka (pada tahun 70-an) mata pelajaran Tawarikh masih mengguna pakai sejarah dirakam daripada pandangan orang Barat (Inggeris). Mungkin ketika itu anak bangsa masih hijau mengenai sejarah perabadapan mereka, jadi teramat asinglah nama-nama seperti Dol Said, Mat Kilau dan Tok Bahaman. Tawarikh juga tidak memasukkan nama-nama seperti Tuanku Abdul Rahman Putra apatah lagi pejuang kemerdekaan dianggap golongan kiri seperti Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad.


Sekarang, apabila saya membelek-belek buku Sejarah anak-anak saya di sekolah menengah, saya dapati kebanyakan bahannya ada hubungkait dengan negara kita. Semua penulisnya adalah anak-anak tempatan, kisah luar dipaparkan misalnya peradapan di China, India, Eropah and Timur Tengah dikaitkan dengan pembangunan masyarakat tanah air seperti kedatangan Islam (dari Tanah Arab) dan kemajuan industri akibat Revolusi Perusahaan di Eropah.


Namun seperti ungkapan peribahasa Afrika – ‘until lions have their historians, tales of the hunt shall always glorify the hunters’ – penulisan sejarah cenderung kepada kaca mata pemerintah, misalnya perjuangan kemerdekaan golongan dianggap kiri tetap terabai. Sejarah adalah cerita semua tetapi disempitkan kepada cerita sesuatu pihak. Demikianlah, sehinggalah singa boleh merakam sejarah; mata pelajaran Sejarah yang diajar hanyalah cerita kehebatan si pemburu!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 01, 2021 16:20

October 31, 2021

Rabiulawal 25, 1443: Istidraj, manusia derhaka...(U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 


Renungan 


"Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu sesungguhnya orang-orang sombong takabur daripada berdoa serta beribadat kepada-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Surah Ghafir, ayat 60) 


BERSYUKUR kepada Illahi kerana kita dipanjangkan usia dan diberi-Nya kesempatan untuk memuzakarahkan isu-isu semasa. Kali ini kita memperkatakan tentang moral masyarakat yang semakin merundum di samping jenayah yang semakin menjadi-jadi tetapi pada masa yang sama mereka dilimpahi rezeki dan nikmat melimpah luah. Kita bimbang ia istidraj Allah SWT.


Sesetengah pemimpin dan penyokongnya kerap kali mendabik dada (takabur) dan dihebahkan secara-besaran oleh media massa kononnya kemewahan yang dinikmati sekarang ini adalah hasil kebijaksanaan mereka mentadbir negara termasuk mengurus ekonomi, pihak lain tidak pandai.


Tentunya jika dilihat secara zahir, seolah-olah benar apa yang direpekkan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan. Pemimpin dan sesetengah rakyat kelihatan hidup mewah tetapi benarkah mereka berada dalam kedudukan sewajarnya? 


Allah SWT telah melimpahkan sumber alam yang cukup kaya kepada negara ini – petroleum, kelapa sawit, getah dan sebagainya – tetapi apakah kehidupan rakyat 'sejahtera' dalam erti sebenarnya?


Kita bimbang sesetengah pemimpin kita kerap mendabik dada kononnya merekalah saja yang boleh memerintah sehingga sesetengah rakyat negara ini berupaya hidup mewah, sewajarnya mereka perlu mengambil tanggungjawab bahawa keadaan sosial dan jenayah di negara ini semakin teruk dari sehari ke sehari.


Negara dan rakyat kini ditimpa pelbagai masalah menakutkan. Jenayah seperti pembunuhan, perompakan, ragut, rogol, zina dan membuang bayi semakin menjadi-jadi. Daripada setinggi-tinggi jenayah berprofil tinggi sehingga pembulian di sekolah, semuanya membimbangkan, membayangkan terlalu banyak perkara tidak beres dalam masyarakat kita. 


Jenayah kejam yang tidak terfikirkan dulu seperti anak membunuh bapa dan anggota keluarga lain termasuk suami isteri, perlu dimuhasabah; apa sebenarnya sudah menimpa masyarakat kita? Apa sebenarnya sudah berlaku kepada generasi muda yang kita didik di sekolah-sekolah kita hari ini? 


Kita percaya ada kaitan antara jenayah yang semakin menjadi-jadi dan moral masyarakat yang semakin buruk ini dengan kemewahan dalam negara yang didakwa pemimpin berkenaan. Kita bimbang jika berlaku istidraj, iaitu adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredai-Nya. 


Rasullulah s.a.w. bersabda: ”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.” (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) 


Tetapi, manusia termasuk pemimpin yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya dan pengampunya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. 


Sekarang kita dapat saksikan betapa sejumlah pemimpin dan rakyat (pengampu) yang bermaksiat seperti terbabit dalam amalan rasuah, perjudian dan jenayah seksual, hidup mereka semakin senang dan masih berkuasa dan berkedudukan tinggi. Mereka masih memegang jawatan pengerusi itu dan pengerusi ini. 


Sebagai kebalikannya, orang taat dan baik termasuk pemimpinnya, ramai yang hidup sederhana saja malah ada yang susah. Manusia istidraj adalah orang yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. 


Mereka memandang hina kepada orang yang beramal, mereka tidak tahu sebenarnya, Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkan mereka. 


Manusia, apabila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT, termasuk hukum-Nya. Misalnya, hukum hudud diperlekehkannya, ingatlah Firaun yang ada segala-galanya itu pun akhirnya binasa, apalah sangat pemimpin dan rakyat takabur negara ini. Oleh itu takutilah istidraj Allah SWT.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 31, 2021 16:53

October 30, 2021

Rabiulawal 24, 1443: The art of sharing (U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.


Reflection


"We did not create heaven and earth and everything in between them as a game. If We had desired to have some amusement, We would have derived it from Our Presense, but We do not do that." (Qur'an, 21:16-17)


RECENTLY I found this information about my blog in the internet. It read: “ Lanh14.blogspot.com is ranked #25,795,418 in the world according to the three-month Alexa traffic rankings.”


Ooh, what a feeling! I felt proud of the achievement (imagine Lanh14 is included in a world ranking!) but it quickly diminished as I realized that the credit was a temporary one – one’s life and fate is just like the movement of the wheel – at one time it was at top and another time at the bottom.


But by having that blog, I was pleased for being able to share my little experience and knowledge with readers. Sharing is a great experience; it was not only on knowledge but almost anything; the Prophet Ibrahim a.s. (Abraham) was known to have never taken food alone in his whole life – he was said to travel hours just to seek a partner to share his food.


One day, he found the right man and began eating without looking at his partner (It is not proper to stare at a person when he is eating). When he had finished, he looked up and was very surprised as the man had not touched the food. Prophet Ibrahim asked the man who he was; he replied that he was a ‘malaikat’ (angel) sent by Allah SWT just to accompany the Prophet while he was eating. This story was narrated by an ‘ustaz’ (religious teacher) during a ‘tazkirah’ (religiou lesson) in a masjid near my home a few days ago and took this opportunity to share it with readers.


Recently while reading a letter to the editor's section of a religious magazine, I pondered after reading the sender’s wish to have all issues of the magazine bounded and stock at her house for reference. I thought it was a good idea as I had done it many-many years ago, but after ‘my hair and beard had gone white’ (become older-lah), I realize it would be more beneficial if these reading materials be read by others compared to storing them at home.


If you are a good reader, over the years; you would find out that your reading materials have taken almost all the space at your home or you had to move to other places or you had to face disaster such as flood, so before that situation occurs, why not contribute the books and magazines to those who needed them badly such as children's homes and libraries and reading rooms in the kampung? Believe me, if you do not take good care of your stored reading materials, one day you would be frustrated after finding out they have been destroyed by termites and other insects!


So share your books and magazines with others. If you do it sincerely in the name of Allah SWT, you would not only be rewarded handsomely in this world but also in the Hereafter. His rewards in this world should not only be measured by material wealth but in other forms such as health, tranquility, free time and having a harmonious family.


If you don’t know the place to distribute your good reading materials, just leave them on public places where people would easily reached for them such as in buses and trains.


Other than sharing books and magazines, scholars also suggested to us these following activities:


* Buy a translation of The Qur’an and present it to a non-Muslim friend.


* Visit a Muslim welfare organization to find out how you can help in their activities.


* Get permission from an orphanage to let an orphan spend a weekend with you.


* Get to know someone who has converted to Islam, and help to strengthen his/her faith.


* Read bedtime stories to your young children – in your reading, include stories that highlight Islamic values and stories from the lives of Prophet (pbuh) and great Muslim men and women.


* If you know of a public lecture on Islam, tell others about it and try to attend it.


* If you have a good idea that will help the ummah, mention it to those that you think will take it to the next level.


* Be upfront with others when you have to perform your Islamic duties by saying, for example, “Excuse me for a few minutes, I need to pray to my Creator.”


* Write a letter of appreciation and encouragement to a Muslim brother or sister who is doing a lot to help the ummah.


* Gather your family members for a 15-minutes Islam course every month to explain basic concepts of Islam. For example, one session could be devoted to explaining the difference between zakat and sadaqah.


* Invite one Muslim family in your neighbourhood to your home for a meal as a way to strengthen your bonds of Islamic brotherhood and sisterhood.


* Keep donation box in your home and encourage your family members to put their donation into it. At the end of the year, use the money to buy something useful for a poor family.


* Invite one non-Muslim family in your neighbourhood for a meal and use the opportunity to find out what aspects of Islam that they don’t understand. If you are unable to explain, find out from others and convey the explanation to them.


Among the greatest of Allah’s blessing to us that ought to be shared with others is knowledge. And what’s more knowledge of the Qur’an because Uthman r.a. relates that the Holy Prophet (pbuh) said: “That the best of you is the one who learns the Qur;an and teaches it to others.”


Pursuing knowledge is like a welfare work, being conceptualized about ‘ibadah’, one could pursuit knowledge easily. There are different ways to pursuit knowledge; going to school, reading, listening, inquiring and communicating. (Islam is Simple – JAKIM)


A leaned person should practices what he himself preaches, and spread (share) his or her knowledge to other people. This kind of scholar will be holding a higher rank in front of Allah SWT and in social community as well.


The Qur’an says: “Allah will exalt those who believe among you, and those who have knowledge, to high ranks.” (58:11)


No matter what kinds of knowledge are there, all for the benefits of this world and Hereafter, every Muslim should study and try to be a kind-hearted believer, and get success in this world and Hereafter.


So acquire knowledge because it enables its possessors to distinguish right from wrong; its lights the way to heaven; it is our friend in the desert, our society in solitude, our companion when friendless; it guides us to happiness; it sustains us in misery; it is an ornament amongst friends, and an armour against enemies.


One hadith said: “Who wants to get successful in this world, then he must have knowledge; who wants to get successful in the Hereafter, then he must have knowledge; who wants to be successful in this world and Hereafter, then he must have knowledge.” (Bukhary and Muslim)


Another hadith said: “Seeking knowledge is incumbent upon every Muslim, male and female.” (Bukhary and Muslim). Then after having knowledge, why not share it with others!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 30, 2021 17:15

October 29, 2021

Rabiulawal 23, 1443: The green green grass of home...

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.


Reflection


Say: "If both men and jinn banded together to produce the like of this Qur'an, they could never produce anything like it, even if they backed each other up." (Our'an, 17:88)



IT is important for Muslims to verify the source of their income or the food that makes it on the family's table - it must be free from any form of 'syubahat' or, if one is unsure, it is advisable not to take or consume it..


A senior member of my family said, when we take the bribe for the very first time, our hearts will be a little blackened, but if we keep on doing it, our hearts will be hardened and it will finally be eclipsed from the truth.


"If our hearts had been blackened, how are we going to live according to the Islamic principles, for example when choosing leaders?" he asked. "We will blindly choose whoever is willing to please our desires (nafsu)."


He then asked us to check ourselves (muhasabah) and do the corrections including to our families, whether we have lived according to the Islamic way of life.


"It is important because if we want Islam as a rule of law, we must make sure that it begins with our family," he said. "That is why the home is a very important place in upbringing our children who would be leaders of the future generation.


The home is so sweet and lovely...remember Tom Jones lyrics of the 'Green Green Grass of Home'...The old home town looks the same as I step down from the train, and there to meet me is my Mama and Papa. Down the road I look and there runs Mary hair of gold and lips like cherries. It's good to touch the green, green grass of home...


Having a home is a blessing from Allah, the All-Glorious. So every Muslim should maintain his/her home in the light of the guidance and teachings of the Noble Qur'an and the honourable Sunnah of the last Prophet, Muhammad s.a.w. (blessing and peace be upon him)


The home is the place to sow seeds of the Islamic way of living; from the very little deeds to the formation of an Islamic government. So what are the motives behind setting the home right? Muhammad Salih al-Munajjid in his book 'The Muslim Home - 40 Recommendations in the Light of the Qur'an and Sunnah' among others noted: "One has to protect oneself and one's family from the Fire of Hell, and keeping them safe from the burning punishment. Allah SWT warned us in the Qur'an 66; 6: "O' you who believe, protect yourselves and yor families from a Fire (Hell) whose fuel is people and stones, over which are (appointed) angels stern (and) severe, who disobey not (executing( the commands they recieve from Allah, but do that which they are commanded."


The father as the head of the household holds great responsibility to his family and on Judgment Day, he would be asked on his duty. Prophet Muhammad s.a.w. said: "Allah will ask every shepherd (person with responsibility) about his flock (those for whom he was responsible), whether he took care of them or neglected them. He will ask man about his household." (An-Nsa'i)


The home is a place to protect oneself, to keep away from evil and to keep one's own evil away from people. It is the refuge prescribed by Islam at times of 'fitnah' (strife, tribulation). The Prophet s.a.w. said: "Blessed is the one who control his tongue, whose house is sufficient for him, and who weeps over his mistakes." (At-Tabarani)


The Prophet s.a.w. said: "There are five things; whoever does one of them, Allah will be with him: visiting the sick, going out for jihad, visiting his leader with the intention of correcting and respecting him, or sitting in his home so that the people are safe from him and he is safe from the people." (Ahmad). He s.a.w. also said: "The safety of a man at time of 'fitnah' is in his staying home." (Sahih al-Jami)


Paying attention to the home is the most important means of building a Muslim society, because the society is formed of the households and families that make its building blocks. Households form neighborhoods, and neighborhoods form societies. If the building blocks are sound, the society will be based on the laws of Allah, standing firm in the face of enemies and filled with goodness that evil cannot penetrate. The Muslim homes will produce pillars of society who will reform and guide it aright, such as exemplary da'iyahs (callers to Islam), seekers of knowledge, sincere 'mujahidin' (fighters for the cause of Allah), righteous wife, caring mothers, and all types of reformers. - The Muslim Home


If we could provide the best to our children especially at home, according to the Islamic principles, then surely they will know better who should they choose as their leader or the parties that will lead them to be successful not only in this world but in the Hereafter. If we want Islam to rule, the process begins at home; the sweet and green green grass of home. Allahuakbar!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 29, 2021 16:38

October 28, 2021

Rabiulawal 22, 1443: Ketelusan pemimpin perlu dilihat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32



SAYIDINA Umar Al-Khattab ketika membahagian harta rampasan perang, memberikan bahagian rakyat sama seperti dirinya iaitu sepotong kain yang tidak cukup untuk dibuat sehelai pakaian lengkap. Namun pada suatu hari ketika hadir di satu majlis di masjid, beliau dilihat memakai pakaian yang lengkap daripada kain yang dibahagikan tempoh hari.


Melihatkan keadaan itu, bangunlah seorang sahabat, Salman Al-Farisi menyoal khalifah (sekarang ini ibarat presiden atau perdana menteri) bagaimana beliau boleh membuat pakaian yang lengkap sedangkan kain diagihkan dulu tidak cukup untuk tujuan itu. Salman berkata dia dan orang Islam lain tidak akan taat dan menjunjung perintah khalifah jika benar khalifah melakukan penyelewengan.


Lantas bangunlah Abdullah anak Khalifah Umar bagi menjelaskan bahawa pakaian atas ayahnya dibuat daripada kain milik khalifah sendiri manakala pakaian bawah dibuat daripada kain miliknya. Salman dan sahabat serta rakyat bersyukur di atas kejujuran khalifah dan menyatakan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepadanya.


Demikianlah khalifah dituntut bukan hanya untuk telus tetapi dilihat telus manakala rakyat pula berhak mempersoalkan perkara yang mereka tidak puas hati. Khalifah Umar pula yang memiliki kuasa dari timur dan barat (wilayah Islam sudah menjangkau Afrika Utara dan Parsi) terbuka untuk menerima kritikan dan kecaman rakyat sendiri tetapi apa yang berlaku hari ini? 


Pemimpin besar hatta kecil pun langsung tidak mahu menerima pandangan sisi (pihak) lain (termasuk rakyat) tetapi sentiasa menganggap dia dan gerombolannya saja yang betul hatta mendabik dada mereka saja yang pandai memerintah negara sehingga disanjung seantero dunia!


Jika pemimpin terbuka menerima kritikan dan kecaman seperti dicontohkan Khalifah Umar yang tokoh Barat, Michael H Hart meletakkan 'ranking'nya yang ke-52 dalam bukunya 'The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History'.


Pemimpin dengarlah keluahan rakyat; adalah lumrah kebanyakan kerajaan di dunia berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat masing-masing; persoalannya adakah peruntukan atau bantuan itu sampai kepada kumpulan sasaran. 


Tidak guna kita bercakap mengenai jumlah wang berbilion-bilion ringgit tetapi akibat sistem penyampaian yang tidak telus, kantung wang telah bocor dengan banyak wang tercicir sepanjang perjalanan dan akhirnya penerimanya hanya mendapat tulang, dagingnya telah dibaham oleh buaya di daratan (sungai) dan jerung di lautan. 


Kita tidak perlu pergi jauh untuk membuktikan perkara ini, di sekitar kita ada bangunan awam seperti sekolah, hospital, stesen bas dan stadium; sekalipun pembinaannya mendapat peruntukan berbilion-bilion ringgit daripada kementerian berkaitan; ketidak-telusan dengan jerung-jerung berkeliaran, menyebabkan bangunan berkenaan rosak atau runtuh dalam tempoh singkat selepas digunakan. Mungkinkah bangunan berkenaan tidak menepati spesifikasi dan piawai kerana dibina dengan kos dikurangkan bagi 'memberi makan' kepada jerung dan buaya terbabit. 


Demikian juga bantuan terus kepada rakyat; disebabkan terlalu ramai orang tengah yang menangguk di air keruh, ada kemungkinan penerima layak mendapat separuh daripadanya sedangkan separuh lagi sudah dimakan jerung. Orang yang menepati syarat juga ada yang tidak menerimanya kerana pelbagai faktor seperti sentimen politik tetapi yang tidak layak pula tersenarai; ini semua disebabkan sistem penyampai yang sarat dengan masalah.


Kegagalan Baitulmal sesetengah negeri dalam sistem penyampaiannya sehingga ada golongan daif yang terpaksa meraih simpati kepada organisasi lain, sewajarnya mengingatkan kita bahawa wang berjuta atau berbilion ringgit yang ada jika tidak dapat diagihkan secara baik, tidak dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat sebaliknya mengemukkan tembolok jerung dan buaya. 


Bagi kita jerung dan buaya inilah yang perlu dihapuskan dan yang lebih mustahak dihapuskan pihak yang membela mereka (penguasa korup). 


Kita lihat keperluan untuk kita membina insan bukan semata-mata membina bangunan hebat seperti yang berlaku hari ini. Jika kita dapat melahirkan golongan penyampai yang amanah, insya-Allah rakyat marhaen akan dapat sama-sama merasai nikmat kekayaan negara. Pengagihan akan dilakukan secara adil dan saksama menepati peribahasa 'hati kuman sama dicicip, hati gajah sama dilapah'. 


Berdasarkan porak perandanya masyarakat yang hidup nafsu nafsi hari ini, marilah kita kembali kepada hukum Allah termasuklah bagi membanteras pembela jerung dan buaya serta buaya dan jerung itu sendiri bagi membolehkan kekayaan negara berbilion dan berbilion ringgit itu dikembalikan kepada rakyat!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 28, 2021 16:43

October 27, 2021

Rabiulawal 21, 1443: Dekati Allah...(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)


SUBHANALLAH, dalam menjalani kehidupan termasuk diri penulis sendiri, kita kerap melarikan diri daripada pelbagai perkara seperti tanggungjawab. Kita culas daripada menunaikan amanah...kita lari daripada ini semua, sebahagian besarnya kerana bagi menyelamatkan tengkok kita sendiri


Apabila melakukan perkara kurang baik, kita lari daripada pihak berkuasa seperti polis, SPRM dan JPJ. Kita lari kerana tidak mahu tindakan diambil terhadap diri kita. Sebagai contoh mudah, saya memaparkan pengalaman sendiri untuk direnung dan difikirkan bersama.


Ketika berada di bangku sekolah menengah dulu, ramai kawan-kawan saya (termasuk diri inilah) mula 'belajar' menghisap rokok. Suatu hari ketika 'sting' di satu lokasi, pengetua dapat mengesan kami. Ketika pengetua menyerbu, kami pun lari...ada bergegas ke belukar, ada di sebalik bangunan dan ada yang tak sempat berfikir lantas masuk ke dalam bilik mandi dan tandas!


Malang bagi mereka yang memasuki bilik ini kerana ia tiada jalan keluar (ada satu pintu saja). Namun bilik ini besar (bagi menampung keperluan pelajar asrama) - ada banyak kamar mandi dan tandas...jadi pengetua terpaksa memeriksa dari satu tandas ke tandas dan bilik mandi menyebabkan ada pelajar berkesempatan menyerbu keluar dan lari...Terasa amat melucukan walaupun dalam keadaan 'tegang' itu pengetua kami menjerit, "Jangan lari, aku dah nampak kau!"


Pelajar 'apa peduli' dengan gertakan itu. Yang penting, mereka mahu menyelamatkan diri. Pembaca mahu tahu apa hukuman jika tertangkap? 'Public caning' (kena rotan di khalayak ramai)...jadi seboleh-boleh mereka mahu 'meloloskan' diri. Mereka lari, lari dan terus lari...


Pada hari kejadian, tiada seorang pun pelajar tertangkap. Apabila bertemu semula pada hari lain, pelajar menceritakan semula episod itu...mereka ketawa berdekah-dekah terutama apabila mengulangi dan mengejek-ejek gertakan pengetua - "Jangan lari, aku dah nampak kau..." Ya, nampak saja tak cukup selagi tangkapan tak dibuat...jadi 'selamatlah' kami pada hari berkenaan!


Itu pengalaman pada masa 'budak-budak'...yalah kita lari kerana takutkan sesuatu, sekarang ini pada usia tak berapa muda (cuba mengelak daripada perkataan tua), kita mula bertatih-tatih mengenal diri sendiri dan Pencipta kita iaitu Allah SWT, kita faham atau baru mahu faham bahawa jika takutkan Allah SWT (misalnya bimbang bagaimana nasib kita dalam kubur atau di akhirat nanti), kita tidak diperlukan melarikan diri daripada-Nya tetapi merapati-Nya. Ya, kata ustaz-ustaz, jangan lari daripada Allah tetapi rapati-Nya!


Teringat saya sebuah hadis...antara inti kata yang saya boleh ingat adalah; jika kamu berjalan kepada Allah, Dia akan berlari kepadamu.  Jadi jangan lari daripada Allah. Saya semak hadis tersebut; ungkapan (terjemahan) sebenarnya adalah: Daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata: Nabi s.a.w. bersabda: "Allah Ta'ala berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika dia ingat kepada-Ku dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik daripada kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil." (Hadis riwayat Imam Bukhari)


Mengenai cara mendekatkan diri pada Allah SWT, cendekiawan  antara lain mengungkapkan: 


1.    Selalu bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT.

Dalam aspek ini kaitannya dengan apa yang sudah kita dapatkan. Allah SWT selalu menguji hamba-Nya dengan harta, kelaparan, dan kehausan. Dari sanalah Allah SWT akan tahu siapa hamba-Nya yang benar-benar bersyukur dan mana hamba-Nya yang hanya mencintai duniawi tanpa memikirkan kehidupan akhirat yang justeru itulah kehidupan yang sebenarnya.


2.    Selalu mengucap istigfar ketika melakukan kesalahan.

Hal ini adalah hal yang paling mudah dilakukan namun tidak semua orang dapat mengamalkannya. Jika mengucap istigfar saja tidak bisa bagaimana bisa seorang hamba dekat dengan Tuhan-Nya? Sejatinya mengakui kesalahan dan bersegera untuk berdataubat adalah salah satu jalan yang harus di lalui untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.


3.    Menjalankan kewajiban dan menjauhi larangan-Nya.

Kewajiban utama seorang hamba adalah menjalankan apa yang sudah diwajibkan. Seperti solat, zakat, puasa, dan melakukan haji bagi mereka yang sudah mampu. Bahkan dijelaskan di dalam al-Quran bahwa solat adalah hal pertama yang ditanyakan di dalam kubur


4.    Mengamalkan berbagai-bagai amalan yang sudah turun-temurun sejak zamannya para Nabi.

Amalan di sini adalah sejenis amalan ang dapat menghantarkan kita untuk sesegera mungkin berdekatan dengan Allah SWT. Beberapa orang pada zamannya para Nabi sering melakukan berbagai-bagai amalan yang disunnahkan. Seperti dengan berzikir, melakukan perbuatan baik, dan banyak hal lain yang berhubungan dengan usaha batiniyah yang dilakukan. Bahkan usaha ini tidak hanya akan mendekatkan diri kepada Allah SWT, melainkan juga terpenuhinya hajat yang diminta dalam menjalani kehidupan duniawi.


5.    Selalu berprasangka baik kepada Allah SWT

Allah SWT selalu menguji hamba-Nya dengan perkara apa pun. Sebagai seorang hamba, kita hanya diwajibkan untuk selalu husnudzan kepada-Nya. Kerana bisa jadi apa yang kita anggap buruk justeru itulah hal yang membuat kita menjadi lebih baik. Pada dasarnya berfikir negatif sangat berbahaya bagi kehidupan. Allah SWT berfirman, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS: Al-Baqarah [2]: 216).

Beberapa hal di atas hanyalah sebahagian daripada beberapa cara yang biasa digunakan oleh mereka yang ingin semakin dekat dengan Sang Maha Pencipta. Tentu masih banyak hal lain yang dapat dilakukan. Inti daripada usaha ini adalah dengan semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT. Menjauhi larangan-Nya dan melakukan kewajiban yang sudah diwajibkan kepada setiap hamba. 

Jadi tidak wajar (salah) kita lari daripada Allah SWT sebaliknya perlu mendekati ALLAH serapat-rapatnya!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 27, 2021 16:25

Roslan Hamid's Blog

Roslan Hamid
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Roslan Hamid's blog with rss.