Roslan Hamid's Blog, page 50
July 12, 2021
Zulhijah 3, 1442: Kos perubatan tinggi gusarkan rakyat
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Hadis riwayat Abu Hazim, daripada Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Muslim, bermaksud: "Tidak akan hancur dunia ini (kiamat) hingga ada seorang laki-laki yang melewati kuburan lalu ia berguling-guling di atasnya seraya berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku berada di tempat penghuni kubur ini.' Hal ini bukan kerana faktor agama tetapi kerana adanya MUSIBAH."
TANGGAL 2 Julai 2021 mungkin hari tak 'terlupakan' diri ini. Bukan apa, saya disuntik vaksin Covid-19 dos pertama di sebuah pusat vaksinasi.
Situasi kecoh, panas baran dan tidak sabar sesetengah bakal penerima vaksin adalah cerita biasa di mana-mana pusat vaksinasi tetapi apa yang membuat saya 'teruja' pada tengah hari membahang itu adalah aksi seorang anggota Rela beruniform wanita 'ayu' (pada matanya kerana dia memakai pelitup muka) menangis teresak-esak ketika meminta orang ramai bersabar.
Antara lain dia mendayu-dayu berkata: "Tuan puan dapat duduk di bawah khemah, saya berdiri dalam panas matahari, sudah berjam-jam lamanya, saya dibayar tak seberapa, tetapi demi keluarga saya sanggup...jadi tuan puan berilah kerjasama..."
Terasa sebak di hati mendengar dayuan si anggota Rela ayu...ya terasa kasihan padanya...memang tak patut bakal-bakal penerima vaksin 'membuat perangai' tetapi terfikir juga di otak saya alangkah tak sesuai si cantik manis itu mempamerkan 'kelemahannya' di situ
Pada pandangan saya yang tak arif ini, sebagai anggota Rela, dia perlu mempamerkan ketegasan tetapi sedia membantu...baharulah sesuai dengan dirinya yang segak dalam uniform Rela...ini tak, menangis di depan 'orang tak mengerti bahasa, buat apa? Buat menjatuhkan imej diri dan Rela sahaja...
Namun jauh di sudut hati, terfikir di benak saya, mungkin 'si manis' itu terlalu memikirkan perihal diri dan keluarganya sehingga dia 'melambakkan' air mata di depan orang ramai. Mungkin 'kerjanya' sebagai anggota Rela itu sebagai satu-satunya sumber pendapatan dia dan keluarganya pada masa yang sukar sekarang ini.
Ya, banyak orang susah sekarang...pada masa pandemik Covid-19 ini. Apa pun, sebagai orang yang sudah 'diinjek'...saya bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada kerajaan kerana saya difahamkan kos vaksin ini bukan murah - sama ada vaksin Pfizer dan Sinovac harganya hampir RM100 setiap satu.
Sebenarnya, dalam kehidupan kita termasuklah diri saya yang menghampiri usia warga emas (60 tahun), antara perkara ditakuti ialah 'kedatangan' penyakit dan kos tinggi rawatan.
Demikianlah wahai semua termasuk 'si manis' anggota Rela yang menangis; hidup perlu diteruskan sekalipun terpaksa makan nasi berlauk kangkung atau garam..
Dalam meneruskan kelangsungan kehidupan ada kalanya kita dan anak isteri jatuh sakit dan memerlukan rawatan. Bagi insan bekerja di jabatan kerajaan dan agensi swasta, mereka boleh menjalani rawatan yang biasanya dbiayai oleh majikan dan mendapat 'MC' tetapi bagaimana nasib mereka yang bekerja sendiri atau hilang kerja? Apatah lagi pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini.
Seorang anak saudara saya, seorang doktor, menangis dan menyatakan betapa sedihnya menyaksikan seorang 'nenek' gagal mendapatkan rawatan hemodialisis di sebuah hospital kerana gagal menyediakan biayanya. Kos menjalani hemodialisis yang dilakukan tiga kali seminggu bukan murah, seorang sahabat saya berkata setiap satunya adalah lebih RM200.
Ini bermakna pesakit kegagalan fungsi gingal (buah pinggang) ini memerlukan RM600 seminggu atau RM2,400 sebulan. Jumlah wang ini sungguh banyak, menggusarkan' rakyat kebanyakan, alhamdulillah dalam sejumlah kes, ada pihak prihatin daripada sektor swasta dan kerajaan seperti Pusat Zakat sedia membantu.
Berhubung kos perubatan tinggi ini, penulis teringat lawak seorang rakan. Beliau berkata seorang sahabatnya dihantar ke sebuah hospital swasta terkenal untuk menjalani rawatan. Apabila mengetahui deposit rawatan adalah sebanyak RM1,000; si pesakit tiba-tiba berkata dia sudah sihat dan tidak jadi dirawat di situ.
Apabila ibu penulis dimasukkan ke sebuah hospital swasta tidak lama dahulu, baharulah penulis tahu ia bukan bahan lawak tetapi sesuatu yang serius kerana deposit untuk dirawat di situ juga RM1,000! Selepas menjalani rawatan selama dua setengah hari, cajnya kira-kira RM4,500; membuat penulis mengakui bahawa rawatan perubatan sebenarnya sudah menjadi satu industri membuat duit.
Tidak lama kemudian bapa penulis dimasukkan ke sebuah hospital swasta terkenal bagi menjalani rawatan masalah prostatnya. Kos pembedahan secara laser dan rawatannya mencapai angka RM20,000 namun bersyukur kepada Allah SWT bapa penulis kembali sihat selepas itu.
Berdasarkan situasi ini, penulis tidak terkejut apabila membaca sebuah berita baharu-baharu ini mengenai sebuah pusat rawatan swasta yang menolak kemasukan seorang wanita yang mahu bersalin sehingga akhirnya bayi beliau dilahirkan dalam kereta di parkir berhampiran.
Berhubung bayaran tinggi hospital swasta ini, penulis teringat sebuah filem Inggeris yang penulis tonton di televisyen, mengisahkan bagaimana seorang bapa nekad menawan hospital tempat anaknya dirawat kerana dia tidak mampu menyediakan wang rawatan diminta.
Dalam filem yang tajuknya tidak lagi diingati penulis, si bapa selepas kecewa dengan sikap pengurusan hospital yang menangguh-nangguhkan pembedahan kerana dia gagal menyediakan ratusan ribu dolar yang diminta, akhirnya berjaya menyelamatkan si anak melalui pembedahan selepas dia mengacukan pistol ke kepalanya dan juga kepala doktor!
July 11, 2021
Zulhijah 2, 1442 (Semarak Haji): Haji, hajah marilah bersama tegak hukum Allah…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
BAGAIMANA kehidupan seseorang itu selepas bergelar haji dan hajah? Selepas menunaikan rukun Islam kelima (terakhir), tanggungjawab seseorang itu bertambah pada ketika dia berusaha memastikan ibadah hajinya itu kekal mabrur (yang diterima) sepanjang hidupnya. Seseorang 'haji' dan ‘hajah’ sewajarnya mengekalkan peranannya sebagai utusan kebenaran dan menjadi model kepada masyarakatnya.
Berhubung perkara ini, penulis tertarik dengan dengan pesanan seorang penceramah yang dipetik sebagai berkata, kepulangan jemaah haji dari Makkah Al-Mukaramah ibarat 'pahlawan' kerana berjaya penentang kebatilan sepanjang berada di sana.
Justeru, katanya, mereka patut mengekalkan imej tersebut sesuai dengan gelaran haji dan hajah dengan mendapat pahala yang berganda.
"Memandangkan tugas kita menentang kebatilan maka setiap jemaah haji wajar pulang dengan semangat pahlawan bukan sekadar gelaran haji atau hajah sahaja," katanya.
Beliau berkata ajaran mentauhidkan Islam di negara yang diperintah oleh umat Islam sendiri kian berkurangan kerana generasi sekarang lebih gerunkan teknologi manusia dan kuasa besar.
Maka, katanya menjadi kewajipan umat Islam untuk melatih diri dan generasi muda bagi mengatasi permasalahan yang wujud ekoran kelantangan musuh yang lebih kuat menyerang dari segenap segi.
Ingatan kepada 'haji' dan 'hajah' itu tepat pada masanya bagi membolehkan mereka yang telah menunaikan rukun Islam terakhir, memahami, menjiwai seterusnya mengamalkan segala pengajaran dan falsafah daripada ibadat yang mereka laksanakan itu.
Mereka perlu dingatkan bahawa mengamalkan Islam sepenuhnya dan menegakkan segala hukum-hakamnya menjadi tanggungjawab setiap Muslim apatah lagi mereka yang kini bergelar 'haji' dan 'hajah'.
Apabila dinyatakan mengamalkan Islam sepenuhnya, ia bermaksud menjadikan al-Quran dan hadis itu sebagai panduan hidup dalam semua bidang kehidupan.
Ia bukan sahaja dalam soal ibadat khusus seperti solat dan puasa seperti difahami sesetengah pihak tetapi merangkumi segala-galanya - daripada soal yang dipandang remeh temeh oleh manusia kepada urusan mengatur masyarakat seperti politik, muamalat dan perundangan.
Berhubung perkara ini, penulis tertarik untuk mengingatkan kembali diri sendiri dan insan yang kini bergelar haji dan hajah akan pesanan Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi melalui buku 'Panduan Untuk Jemaah Haji dan Umrah serta Pengunjung Masjid Rasul' yang menegaskan perkara-perkara yang membatalkan Islam.
Selain syirik iaitu mempersekutuan Allah yang dianggap kesalahan terbesar, turut disenaraikan perkara batil lain ialah berkeyakinan bahawa petunjuk yang lain daripada Nabi s.a.w. adalah lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi s.a.w. lebih baik seperti mereka yang mengamalkan peraturan thaghut (aturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan Rasulullah s.a.w. Maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.
Sebagai contoh; a) berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada Syariat Islam; atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan sekarang; atau Islam adalah sebab kemundaran umat Islam; atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan dunia.
b) Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah seperti melaksanakan hukum hudud, memotong tangan pencuri dan merejem penzina yang telah berkahwin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa kini.
c) Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundungan yang lain daripada Syariat yang diturunkan oleh Allah SWT sama ada dalam hukum muamalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada Syariat Islam kerana dengan sedemikian, ia telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah WT menurut ijmak (kesepakatan) ulama.
Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah SWT dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain daripada Syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam.
Perkara lain yang boleh membatalkan Islam ialah membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai Syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian dia telah menjadi kafir, kerana firman Allah SWT yang bermaksud: "Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturunkan Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka."
Selain itu, mempersendakan Allah SWT atau Kitab-Nya, atau Rasulullah s.a.w. atau sesuatu daripada ajaran agama, maka dia telah menjadi kafir, kerana firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu sekalian memperolok-olok? Tiada ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman."
Dalam urusan masyarakat hari ini banyak perkara termasuk hukum-hakam disandarkan kepada undang-undang ciptaan manusia. Berdasarkan hakikat ini, sedar dan insaflah betapa banyak dosa yang telah kita lakukan. Hanya kepada Allah SWT-lah kita memohon keampunan kerana kegagalan kita melaksanakan hukum-hakamnya.
Kepada insan bergelar haji dan hajah, disarankan supaya berpegang teguh kepada perlakuan manasik dan falsafah haji yang telah sedaya upaya diterapkan semasa di Tanah Suci.
Sebagai contoh mudah, kini ada pihak bertungkus-lumus mahu memperkasa Mahkamah Syariah, tetapi mengapa ada sebahagian umat Islam menentangnya? Takut-takut ada yang menentang itu insan bergelar haji dan hajah…jadi marilah kita bertaubat di samping mengkoreksi diri agar bersama golongan yang istiqamah dalam menegakkan hukum hakam Allah!
July 10, 2021
Zulhijah 1, 1442 (Semarak Haji): Don’t let time cut you…
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort
one another to truth and exhort one another to endurance.
HOW time flies. Now it's the month of Dzulhijjah, the final month of hajj and the year 1442. Next month would be Muharram, the first month of the new year 1443 Hegira.
The Malay says ‘masa itu emas’ (time is gold) while the Arab is more concerned with his famous proverb; time is like a sword, if you don’t cut it then it will cut you. Have we understood how precious is time is?
Those who came before us (the Salaf) understood the essence of what this meant to appreciate/value time; this is how they achieved their revival with the help of Allah. Their sayings and practices bear testimony to this…
· Ibn Mas`ud:
I never regretted anything except a day that passed by without having increased my deeds.
· Al-Hasan Al-Basri:
Every day the sun rises it calls upon us, O people! I am a new day; I am an observer of your actions. Take advantage of me for I will not return until the Day of Judgment. O son of Adam, you are nothing but a few breaths. Once one breath goes out, part of you goes with it. In the same way that part of you has gone, soon all of you will go.
· Ibn ul-Qayyim:
Every gulp of air that goes out in a cause other than the cause of Allah will turn to sorrow and regret on the Day of Judgment.
· Al-Muhasiby:
I wish that time could be acquired with money. If so, I would buy time from wasteful and ungrateful people so that I could spend it serving Allah.
It is reported that Sa`d ibn Mu`adh accepted Islam when he was 30 years old and died when he was 37. Despite living only seven years as a Muslim, the throne of Allah was shaken over his death, and seventy thousand angels came down for his funeral.
If Sa’d ibn Mu’ah made full use of the his last seven years to please Allah SWT, what could be said about me (the writer) who was born a Muslim and would be 60 next year. Well, perhaps nothing to compare to Sa’d; but I as a writer, have tried hard to convey messages and pass information to readers from the little reading materials I have come across.
I am now a ‘senior citizen’; the past 59 years has become history. Time flies quickly and will never come back. Scholars had divided time into three categories – yesterday (the past), now (present) and tomorrow (the future). To the thinking group of people, we have only the present because yesterday has gone and tomorrow nobody knows what would happen.
Yesterday was just like milk being split. You can’t have the milk back; there is a proverb about it – don’t cry over split milk. But as a ‘weak’ human being, I still cherish those yesteryears especially my college (secondary school) days because that was the place where me and my mates experienced the process of growing up – from adolescence to the adult world.
At that college, I must admit we were crazy over the paper chase. It was the strings of ‘As’ that counts. But now at the age of 59, after hundreds or perhaps thousands of religious talks in ‘masjids’, 'suraus' and 'tazkirah'(religious reminders), only now do I realize how I longed and craved for more and more knowledge.
If you know yourself (this only could be obtained by seeking knowledge), only then you will know Allah SWT and the heavy responsibilities you need to shoulder in this world. Our existence is not without purpose or to 'suka-suka saja' (for play only). Each and every one of us holds higher responsibilities to God, the human race and in fact everything. Everyone is accountable for his actions, even if it is as small as an atomic part of a substance.
So to my ‘old friends’ (and readers) fulfill your days seeking knowledge, for with knowledge, for with knowledge you will understand that everything you do, is to seek God's forgiveness and acknowledge His Greatness.
For example when you stare at the empty sky and acknowledge Allah SWT's greatness in creating it without pillars and feel how small you are, only then you are in the right direction to have His Blessing in this world and the Hereafter.
When you realize this, you will understand, there is no such thing as unemployment in Islam.
There is so much to do and we are short of time to make them materialize. If we were to look at the Prophet as an example, he successfully preached Islam in 23 years - 13 years in Mecca and 10 years in Medina, and died at the age of 63.
If we were to look back at our past, we will realize that we had been wasting our time. If we are now in our fifties and suppose we die at the same age as the prophet, we have about 13 years left to spend our lives. If we have done 'practically nothing' during our past 59 years, just imagine what could be done in our last years or less than that, perhaps months or days.
Even though those college days were more than 40 years ago, some of my friends still preserve the bonds among us and with the help of the new social media - ideas and guides kept on pouring and this e-mail from a friend reminded what we should to and think when we had the ‘golden age’.
One e-mail read: “Late last year, I chanced upon a bookshop selling Islamic books at Right Angle. There I bought Zad Al Ma'ad, although an abridged version.
Good book, though I rate 2nd to Riadhus Salehin…time for all of us to read these sort of books as we hit, approach 50 y'all!
The following is a sermon that is mentioned in ibn Al-Qayyim’s famous book Zad Al-Ma’ad (Provisions of the Hereafter). This book is one of the important resources of knowledge for those who seek to know the Seerah of their Prophet (s.a.w.) as well as, the Fiqh learned from it. This is a book that is unique in that it explains the Sunnah through the Seerah and the Seerah through the Sunnah.
This sermon was delivered when the Prophet (s.a.w.) first arrived in Quba / Al-Madinah and before he (s.a.w.) built his mosque in Al-Madinah.
Ibn Ishaq reported on the authority of ‘Abdur-Rahman Ibn Ka’b Ibn Malik that he said (part of the narration): "After the Messenger of Allah arrived in Al-Madinah and he stayed In Quba’ on Monday, Tuesday, Wednesday and Thursday and he built their mosque, then he left on Friday and time for Friday prayer overtook him in the land of Banu Salim Ibn ‘Awf, and so he prayed it in the mosque which was in the middle of the valley before the building of his mosque.
Ibn Ishaq said: "It was the first sermon which he delivered; according to Abu Salamah Ibn ‘Abdur-Rahman – and we seek refuge with Allah from attributing to him anything which he did not say – he stood up among them and praised Allah and extolled Him, then he said:
"As for what follows, oh, you people! Send forth for yourselves (good deeds); you know for sure, by Allah, that a person among you will be struck down unconscious and he will leave his sheep without a shepherd, then his Lord will surely say to him – and there will be neither intermediary nor screen between them: "Did not My Messenger come to you and communicate (the Message), and did I not give you wealth and favor you? And what did you send forth for yourself?" And verily, he will look right and left, but he will see nothing; then he will look in front of him and he will see naught but the Hell-fire. So whoever is able to shield his face from the Fire, even if it be only by giving a piece of a date in charity, let him do so; and whoever was unable to do so, let him (shield it) by saying a good word, for the reward of a good deed is multiplied by ten times seven hundred times. And may the Peace, Mercy and Blessings of Allah be upon you.”
Ibn Ishaq said: "Then the Messenger of Allah, delivered a second sermon, saying: "All praise and thanks be to Allah, I praise Him and I seek His Aid. We seek refuge with Allah from the evil of ourselves and from the wickedness of our deeds. Whomsoever Allah guides, there is none can misguide him and whomsoever Allah sends astray; there is none can guide him. And I testify that none has the right to be worshipped except Allah, Alone, without partners. The best of speech is the Book of Allah. He whose heart has been beautified with it by Allah and whom He has admitted to the fold of Islam after he had disbelieved will be successful, for he has chosen it (Allah’s Speech) over that of all of mankind. Truly, it is the best of speech and the most eloquent. Love what Allah loves; love Allah with all of your hearts. Do not become tired of Allah’s Speech, nor of mentioning His Name and do not make your hearts hard towards it.
"Hence, amongst everything that Allah creates He chooses [something]; Allah would call it: His Kheerah (best) in terms of deeds; His favorite ones amongst the servants; that which is good and useful in terms of speech; So worship Allah and do not associate anything with Him and fear Him as He should be feared and be sincere to Allah in the righteous words which pass your lips and love one another with Allah’s Spirit between you. Verily, Allah hates that His Covenant should be broken. And may the Peace, Mercy and Blessings of Allah be upon you."
July 9, 2021
Zulkaedah 29, 1442 (Semarak Haji): Ulasan Buku: Kusaksikan Keajaiban Tanah Suci...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Kalau seseorang kamu sedang sembahyang, maka janganlah membiarkan orang lalu di hadapannya. Jika ada yang lewat, hendaklah dicegah sedapat mungkin. Dan kalau ia enggan, pukullah ia kerana orang itu serupa syaitan." (Sahih Muslim)
Oleh ZIA ANIS
Buku ini saya membacanya hanya dalam masa kurang dua jam. Sebuah bukuyang menarik, gaya bahasa yang menarik dan apabila selesai baca satu buku, rasa tak puas…saya mahukan lebih banyak…(huhuhu)…
Ianya membawa pembaca bersama-sama terbang ke Mekah dan Madinahdan menyelusuri ibadat haji tersebut. Opps lupa nak cakap sinopsis buku.Buku ini mengenai perjalanan penulis menunaikan haji sebanyak 2 kalidan perbezaannya untuk kali pertama, kedua dan umrah yang dilakukan beliau.
Oh ya, bagaimana saya boleh membeli buku ini?
Pada suatu petang ada seorang akak datang ketuk bilik ofis sayamenjual buku…saya kesian kat dia..takkan tak beli apa-apa kot...jadi saya pun belilah buku ni sebab tajuknya menarik dan paling murahantara buku-buku yang dijual oleh akak tersebut (heh heh). Jangan lupa yer, dapatkan buku ni.. Memang 'best' sebagai bacaan anda.
Cheers,Zia Anis
July 8, 2021
Zulkaedah 28, 1442 (Semarak Haji): Makkah, Madinah terpahat dalam ingatan (U)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana." (Surah Luqman, ayat 27)
APABILA diberitahu seorang ibu saudara sebelah ayah akan berlepas ke Tanah Suci tidak lama dahulu bagi menunaikan haji, segera saya menawarkan diri untuk membawanya dengan kereta saya dari Melaka ke Kompleks Jemaah Haji di Kelana Jaya (sekarang sudah berpindah ke sebuah hotel dekat KLIA).
Beliau akan ke sana seorang diri, kasihan suaminya tidak dapat bersama kerana kekurangan ongkos, namun sudah menunaikan Rukun Islam itu beberapa tahun lalu dengan ihsan kerajaan bagi menghargai tugasnya sebagai seorang penggali kubur.
Saya tahu mak saudara saya itu hidup serba kekurangan, tetapi semangatnya untuk ke Tanah Suci begitu meluap-luap, akhirnya beliau (insya-Allah) akan menjejakkan kaki di tanah kelahiran Rasulullah s.a.w. dan juga kota suci Madinah Al-Munawarah yang menyaksikan Islam berkembang pesat ke serata pelosok dunia membolehkan kita semua berada dalam lindungan-Nya.
Mencoret kisah haji, umrah, Makkah dan Madinah mendatangkan kesyahduan pada diri ini. Air mata hampir menitis, mengenang detik-detik indah saya berada Tanah Suci beberapa kali.
Hati bagai ditarik-tarik mahu ke sana lagi, tetapi nampak sukar kerana bakal jemaah haji Malaysia pun sudah dua musim tak dapat ke Tanah Suci. Namun kita berdoalah dan berdoalah agar Allah SWT permudahkan.
Dahulu, sebagai mengubat hati, saya berusaha menyelami rasa, membantu serba sedikit saudara dan sahabat yang akan ke sana menyertai ratusan, malah ribuan sanak saudara jemaah berkampung di Kompleks Jemaah Haji di Kelana Jaya.
Tidak dapat pergi, dapat menghantar jemaah pun jadilah. Ganjaran daripada Allah SWT untuk orang menghantar jemaah (memudahkan jemaah) pun sudah besar apatah lagi jika kaki sendiri dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci. Allah Akbar, tidak dapat dibayangi segala rasa dialami jemaah, debarannya daripada saat berangkat di pintu rumah sehingga akhirnya kembali, memasuki rumah sendiri selepas 40-45 hari berkelana di bumi kelahiran Nabi tercinta, Muhammad s.a.w.
Bayangkanlah jika selama puluhan tahun (kebanyakan jemaah dapat ke Tanah Suci selepas berusia lebih 50 tahun), hanya gambar Kaabah yang terpampang di sejadah atau di dinding rumah sebagai perhiasan menjadi tontonan diri, kini Kaabah berada di depan mata. Bermimpikah diri ini apabila batu dan kain Kaabah itu dapat disentuh, diri ini berada dalam barisan bulat ratusan ribu manusia yang sama-sama rukuk dan sujud ke arahnya? Macam tidak percaya, dirinya ini termasuk dalam lautan manusia itu, tetapi itulah hakikatnya, jadi marilah bersama-sama menyertai keajaiban ini.
Pada musim-musim haji lalu, kita genggam dan lepaskanlah not biru, hijau dan merah ketika bersalaman dengan jemaah haji di kalangan saudara-mara dan sahabat. Sambil itu dibisikkan kepada mereka dengan penuh pengharapan, “kirim salam ‘kat’ Rasulullah s.a.w. dan doakanlah agar aku dapat segera ke sana!” Perkara ini boleh dilakukan pada hari sahabat atau saudara kita itu berangkat di rumahnya atau di kompleks jemaah haji. Atau lebih baik ketika dia mengadakan kenduri beberapa minggu atau hari sebelum berlepas (dahululah).
Insya-Allah, akan menitislah air mata ketika berpelukan dengannya, melihatnya dengan ekor mata, menaki kenderaan yang kemudian beransur-ansur hilang daripada pandangan. Demikian juga ketika menyaksikan dia melangkah kaki memasuki bangunan kompleks haji, kita yang tinggal mendoakan dia selamat pergi dan selamat kembali. Doa orang menunaikan haji amat mujarab, yakinilah tidak lama lagi kita akan menyusul, alangkah bahagia jika kita pula dihantar orang, berlepas ke Tanah Suci!
Namun perlu diingat sebagai manusia kita perlu merancang, yang menentukan segala-galanya adalah Ilahi. Selain doa (termasuk doa orang lain seperti jemaah haji), ‘campakkanlah’ wang RM50 atau RM100 setiap bulan dalam akaun Tabung Haji, insya-Allah, 10 tahun kemudian tertunailah hajat kita sekian lama untuk menyaksikan dengan mata kasar dan mata hati akan keajaiban di Tanah Suci.
Detik berlepas ke Tanah Suci dari pintu rumah begitu menyayat hati. Pelbagai perasaan dirasa ketika itu. Gembira, bersyukur, sedih, terharu, gementar, takut, cemas – semuanya ada. Selepas bersalaman dan berpeluk-pelukan dengan sanak saudara dan sahabat handai, semua hadirin berdiri manakala jemaah duduk di kerusi. Azan dikumandang oleh bilal kampung atau anak lelaki jemaah haji. Suasana hening, penuh syahdu. Air mata mengalir di pipi tatkala azan bergema, tergambar kota Makkah dan Madinah dan terkenang jua anak-anak dan saudara-mara serta sahabat handai yang akan ditinggalkan.
Selamat tinggal semuanya, panggilan (seruan) Allah mengatasi segala-galanya. Bagi ubat penawar hati (menaikkan semangat), kenang dan ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud: “ Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal ang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” - Surah al-Taubah, ayat 24
July 7, 2021
Zulkaedah 27, 1442 (Semarak Haji): Men from Mars, women from Venus - bilik berkat di Tanah Suci...(U)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
HARI Raya Haji dikenali juga Hari Raya Korban. Selain binatang ternakan seperti lembu dan kambing dikorbankan demi mendekatkan diri kepada Allah SWT (ke arah menjadi insan bertakwa), setiap insan perlu melakukan pengorbanan tidak terkecuali pasangan suami isteri di Tanah Suci terhadap satu sama lain ketika menunaikan haji.
Sempena Aidil Adha tidak lama lagi, ruangan ini mencelotehkan sekelumit gelagat suami isteri di Tanah Suci yang insya-Allah menyingkap perbezaan lelaki-perempuan dari segi perasaan, emosi, fikiran, tanggapan, dan sebagainya. Apabila mengetahui perbezaan itu, diharapkan suami isteri bermuhasabah diri seterusnya sedia 'melakukan pengorbanan'.
Ingatlah ada pandangan cendekiawan menyatakan 'men are from Mars, women are from Venus (lelaki asalnya dari planet Marikh, perempuan dari Musytari). Perbezaan ini turut berlaku di Tanah Suci ketika pasangan suami isteri mengerjakan haji, dan sinilah kedua-duanya perlu melakukan pengorbanan demi keutuhan hubungan suci mereka. Mentelaahan godaan 'untuk tidak berkesefahaman' adalah tersangat tinggi di Tanah Suci'.
Sebahagian jemaah ke Tanah Suci akan 'mendarat' di lapangan terbang di Jeddah. Selepas itu mereka akan menempuh perjalanan lebih 400 kilometer ke Madinah Al-Munawarrah, antara 6-8 jam. Di Madinah, mereka akan berusaha untuk solat 40 waktu (tempoh waktu berada di Madinah 8-10 hari).
Di Madinah, sebelum memulakan perjalanan menunaikan umrah atau haji, sejumlah tazkirah akan diberikan ustaz dan juga ustazah. Berdasarkan pengalaman saya, ada ustaz berkata jemaah lelaki apabila sudah berihram janganlah 'terlalu dekat-dekat' dengan isteri. Ini kerana dibimbangi seseorang itu akan 'mendekati' hal-hal yang berkaitan pantang larang dalam ihram.
Kalau boleh ketika dalam bas menempuh perjalanan jauh Madinah-Makkah biasanya dalam kegelapan malam yang lebih 400 kilometer itu lelaki duduklah dengan lelaki dan perempuan duduk dengan perempuan.
Masalahnya, ada pula sang ustazah berceramah menyatakan suami perlu menunjukkan perhatian lebih kepada sang isteri dan demikian juga sebaliknya. Inilah peluang untuk suami isteri mengeratkan hubungan selepas puluhan tahun di tanah air suami sentiasa sibuk mencari rezeki manakala isteri sibuk dengan urusannya termasuk membesarkan anak-anak. Jadi, dalam bas duduklah bersama, layanilah pasangan anda sebaik mungkin. Agaknya, inilah 'bulan madu kali kedua'!
Demikian perbezaan pemikiran antara lelaki dan perempuan sudah bermula...sang ustaz dengan 'pemikiran dan perasaan kelelakiannya' manakala si ustazah dengan 'pemikiran dan perasaan kewanitaannya'. Naluri masing-masing adalah berbeza...ya ingatlah 'men are from Mars, women are from Venus'. Walaupun pandangan ini mengarut, sekurang-kurangnya ia mengingatkan bahawa lelaki dan wanita itu tetap berbeza...dan di sinilah pengorbanan antara kedua-dua pihak amat penting.
Di Madinah, cabaran 'perbezaan pemikiran dan perasaan' lelaki-wanita ini tidak ketara; almaklum jemaah baru sampai, lagi pun mereka tidak lama di kota Nabi itu tetapi apabila berada di Makkah selama lebih sebulan; suasana sekeliling sungguh mencabar jiwa.
Akan kelihatanlah 'di mata mereka' pasangan suami isteri jemaah sesetengah negara Arab dan Eropah berjalanan berpimpinan tangan ke masjid. Malah ada yang duduk di sisi suami atau isteri dalam Masjidilharam sekalipun pegawai dan petugas masjid menyuruh wanita ke kawasan khas untuk mereka. Segelintir jemaah Indonesia pula menunjukkan perlakuan sama, ada seolah-olah sedang 'bermadu cinta' dalam Masjidilharam (di luar waktu solatlah).
Apabila menyaksikan suasana begitu, ada isteri-isteri jemaah Malaysia mahu suami mereka melakukan aksi yang sama. Lengan suami mahu 'disauk' (sekalipun berlapik dengan telekung) sambil mereka berjalan beriringan ke masjid.
Subhanallah, situasi inilah yang menyebabkan sesetengah suami 'panik'. Al-maklumlah seumur hidup mereka ketika ke masjid di Malaysia tidak pernah pula isteri 'memaut' lengan sambil berjalan beriringan. Peluh mulai memercik di dahi sang suami...bukan kerana panas tetapi 'takut'! Apabila tidak bersama dalam tempoh waktu panjang, 'diperlakukan' begitu mereka menjadi 'tidak tentu arah'!
Demikianlah, perbezaan pandangan lelaki-perempuan (suami isteri) mengenai bab sekecil berpegangan tangan ke masjid ini boleh mencetuskan rantaian masalah lain. Di sini perlunya untuk kedua-dua pihak 'melakukan pengorbanan' - cuba memahami perbezaan naluri antara satu sama lain dan mencari jalan penyelesaiannya.
Disebabkan ruangan ini terhad, tidak dapatlah saya mencelotehkan hal-hal lain berkaitan suami isteri di Tanah Suci seperti ada suami isteri veteran yang 'terlajak' ketika ihram, namun saya mengakhirinya dengan satu 'maklumat menggembirakan' bahawa ada BILIK BERKAT di Tanah Suci.
Jadi, jangan malu, carilah ia agar hubungan suami isteri tidak keroh dan pada masa yang sama jemaah dapat menunaikan rukun, wajib dan sunat umrah dan haji dengan sempurna bagi memperolehi haji mabrur yang balasannya tiada lain melainkan syurga!
July 6, 2021
Zulkaedah 26, 1442 (Semarak Haji): Dhul-hijjah, the blessed month of Hajj (U)
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance.
Labbayk, Allahumma, Labbayk, Labbayk, La Shareeka laka, Labbayk Innal-hamda wan n’mata laka wal-mulk, La shareekala – (Here I am at Your service, O Lord here I am, No partner do You have, Here I am, Truly the praise and the favour is Yours and the dominion. No partner do You have).
Dhul-hijjah, the 12th month of the Muslim calendar of Hijra began on Sunday, July 11, 2021. This is the month Muslim perform hajj, with its peak when they do ‘wukuf’ (to stop or gather) in Arafah (or Arafat) on the 9th Dhul-hijjah.
Wukuf, being the highest 'rukun' (component) of hajj must be rendered; without which hajj does not take place. The requirement is the presence in Arafat, regardless of whether the pilgrim is riding, walking, sitting or moving. In Arafat one is to spend the afternoon from dhuhr (midday)to maghrib (sunset) prayer times making du’aa (supplications) and repenting to leave Arafat with all of one's sins forgiven.
For Muslims who are not performing hajj in their homelands, they are encouraged to perform recommended deeds during the first 10 days of Dhul-hijjah such as fasting especially on ‘Wukuf’ day and giving charity. Then during Eid Adha (10th Dhul-Hijjah) when Muslims perform ‘solat’ (Eid prayers) and the days of Tashreek (11, 12, and 13th Dhul-Hijjah) they are recommended to do the slaughter or ‘korban’ (sacrifice) animals (such as sheep and cow).
Pilgrims gathered in the Holy Land to perform the hajj manasik (rites and ceremonies performed at hajj). After Arafah, the pilgrims would then proceed towards Muzdalifah and pick up pebbles there to be used when stoning the Pillar of Aqabah or Qubra on Eid Adha (10th Dhul-Hijjah).
In Mina, they are required to stay for three nights where they will stone the three ‘jamrahs’ beginning with the first Pillar (i.e. the one which is furthest from Makkah), followed by the middle Pillar and lastly the Pillar of Aqabah.
The pilgrims will also shave their heads or cut their hair and then proceed to Makkah to perform the Tawaf Al-Ifadah (circling the Kaabah seven times which is an essential part of Hajj) and then perform Sa’y (walking seven times between the hills of Safa and Marwa). While waiting for the the big day, pilgrims fulfill their days by performing prayers and 'tawaf' in the Grand Masjid of Makkah (Masjidil-Haram).
Some prefer to perform ‘umra’ (small hajj) again and again but they are advised not to it frequently as they needed a lot of energy to prepare for the hardship of hajj. It is advisable to perform hajj when one is at a young age. Perhaps the time is right when one is in his thirties or forties because physically and mentally he is fit to fulfil some ‘robust’ obligations that need strength and stamina such as stoning the devils at the jamrahs in Mina.
Furthermore pilgrims have to use the power of their legs for activities such as walking frequently (perhaps five times daily for 'fardu' prayers) from one’s hotel room to the Prophet's Masjid (in Madinah) and Al-Haram Masjid (in Makkah). During hajj, a distance of one or two kilometers from the hotels and the masjids are normal.
For hajj or umrah obligations such as tawaf and sa’y, one has to walk a distance; for example for sa’y when one has to walk seven times between the hills of Safa and Marwah, the distance could be more than four kilometers (600 meters x 7)! When performing the stoning of the devils, it is normal for pilgrims to walk quite a far distance, perhaps two to three kilometres from their tents in Mina to the jamrah.
Pilgrims are supposed to stay for four days and three nights in Mina (10, 11, 12 and 13 Dzul-hijjah) dan stone the three jamras everyday during the stay except during 10th Dzul-hijjah (Eid) when pilgrims only stone the main jamrah (Jamrah Al-Aqabah). Thus, to perform hajj one should be physically and mentally fit, so it is advisable to Muslim to take the necessary steps for example started saving from an early age, hoping and praying one could perform the fifth pillar of Islam at the earliest time possible and not at old age.
Writing about my own experience in the Holy Land after being there a few times, I loved to be ‘alone’ (without the presence of known companions near me) in places such as Majidil-Haram and while gathering in Plains of Arafah because I had the feeling of nearness to Allah SWT. Without the presence of ‘a known person’ close to me, I could ‘freely’ pour out my heart to Allah SWT. I was free to shed tears without the feeling of being ‘observed’ by ‘close relatives and friends’.
When you are ‘alone’ it is easy for you to talk and admitted about your past sins and then beg forgiveness from the Almighty. In one such occasion, I was sobbing, lost for words. I reached for my small du’aa book and read the supplications, among others: "O Allah! I ask of Your integrity and soundness in my religion, my life, my family, and my possessions.
O Allah! Cover my shame, pacify my fears, guard me from what is in front of me and behind me, from what is on my right and on my left, over my head and under my feet.
O Allah! Grant health to my body. O Allah grants health to my hearing. O Allah! Grant heath to my sight. There is no deity except You.
O Allah! You are my Lord. There is no deity except You. You are my Creator and I am Your creature. I try to keep my covenant with You and to live in the hope of Your promise as well as I can. I seek refuge in You from my own evil deeds. I acknowledge Your favours to me, and I acknowledge my sins. Forgive me my sins, for there is no one who can forgive sins except You.
O Allah! I seek refuge in You from worry and sorrow. I seek refuge in You from impotence and sloth, from stinginess and cowardice, and I seek refuge in You from the burden of debt and from being humbled by men.
O Allah! Make the beginning of this day good, the middle prosperous, and the end successful. I ask You to grant me the good of this world and of the Hereafter. O Most Merciful of all Who show us mercy!
O Allah! You hear my words, You behold my situation, You know what is open and what is hidden within me; nothing is hidden from You. It is me alone who is in need, a humble seeker of Your forgiveness. I beseech You with humility in my heart, with trembling and fear, in prostration and utter helplessness.
O Allah! Grant me soundness of belief, goodness of character, forgiveness of my sins, and Your eternal pleasure in the Hereafter. – Ameen
Well, when a ‘hajji’ or ‘hajjah’ returns to his/her homeland, he or she has a huge burden or responsibility on his or her back. Among others, he or she is a messenger of good faith and must shine so that others could follow his or her steps.
July 5, 2021
Zulkaedah 25, 1442 (Semarak Haji)...Kekalkan kemabruran haji/umrah sepanjang hayat (U)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Maksud Ayat 56 Surah Adz-Zariyat)
KINI musim haji. Teringat saya artikel yang saya tulis mengenai tanggungjawab mereka yang sudah menunaikan umrah dan haji.
Selepas menunaikan rukun Islam kelima (terakhir) tanggungjawab seseorang itu bertambah pada ketika dia berusaha memastikan ibadah hajinya itu kekal mabrur (yang diterima) sepanjang hidupnya. Seseorang 'haji' sewajarnya mengekalkan peranannya sebagai utusan kebenaran dan menjadi model kepada masyarakatnya.
Berhubung perkara ini, penulis tertarik dengan dengan pesanan seorang penceramah yang dipetik sebagai berkata, kepulangan jemaah haji dari Makkah Al-Mukaramah nanti ibarat 'pahlawan' kerana berjaya penentang kebatilan sepanjang berada di sana.
Justeru, katanya, mereka patut mengekalkan imej tersebut sesuai dengan gelaran haji dan hajah dengan mendapat pahala yang berganda.
"Memandangkan tugas kita menentang kebatilan maka setiap jemaah haji wajar pulang dengan semangat pahlawan bukan sekadar gelaran haji atau hajah sahaja," katanya.
Beliau berkata ajaran mentauhidkan Islam di negara yang diperintah oleh umat Islam sendiri kian berkurangan kerana generasi sekarang lebih gerunkan teknologi manusia dan kuasa besar.
Maka, katanya menjadi kewajipan umat Islam untuk melatih diri dan generasi muda bagi mengatasi permasalahan yang wujud ekoran kelantangan musuh yang lebih kuat menyerang dari segenap segi.
Ingatan kepada 'haji' dan 'hajah' itu tepat pada masanya bagi membolehkan mereka yang telah menunaikan rukun Islam terakhir, memahami, menjiwai seterusnya mengamalkan segala pengajaran dan falsafah daripada ibadat yang mereka laksanakan itu.
Mereka perlu dingatkan bahawa mengamalkan Islam sepenuhnya dan menegakkan segala hukum-hakamnya menjadi tanggungjawab setiap Muslim apatah lagi mereka yang kini bergelar 'haji' dan 'hajah'.
Apabila dinyatakan mengamalkan Islam sepenuhnya, ia bermaksud menjadikan al-Quran dan hadis itu sebagai panduan hidup dalam semua bidang kehidupan.
Ia bukan sahaja dalam soal ibadat khusus seperti solat dan puasa seperti difahami sesetengah pihak tetapi merangkumi segala-galanya - daripada soal yang dipandang remeh temeh oleh manusia kepada urusan mengatur masyarakat seperti politik, muamalat dan perundangan.
Berhubung perkara ini, penulis tertarik untuk mengingatkan kembali diri sendiri dan insan yang kini bergelar haji dan hajah akan pesanan Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi melalui buku 'Panduan Untuk Jemaah Haji dan Umrah serta Pengunjung Masjid Rasul' yang menegaskan perkara-perkara yang membatalkan Islam.
Selain syirik iaitu mempersekutuan Allah yang dianggap kesalahan terbesar, turut disenaraikan perkara batil lain ialah berkeyakinan bahawa petunjuk yang lain daripada Nabi s.a.w. adalah lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi s.a.w. lebih baik seperti mereka yang mengamalkan peraturan thaghut (aturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan Rasulullah s.a.w. Maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.
Sebagai contoh; a) berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada Syariat Islam; atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan sekarang; atau Islam adalah sebab kemundaran umat Islam; atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan dunia.
b) Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah seperti melaksanakan hukum hudud, memotong tangan pencuri dan merejem penzina yang telah berkahwin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa kini.
c) Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundungan yang lain daripada Syariat yang diturunkan oleh Allah SWT sama ada dalam hukum muamalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada Syariat Islam kerana dengan sedemikian, ia telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah WT menurut ijmak (kesepakatan) ulama.
Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah SWT dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain daripada Syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam.
Perkara lain yang boleh membatalkan Islam ialah membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai Syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian dia telah menjadi kafir, kerana firman Allah SWT yang bermaksud: "Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturunkan Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka."
Selain itu, mempersendakan Allah SWT atau Kitab-Nya, atau Rasulullah s.a.w. atau sesuatu daripada ajaran agama, maka dia telah menjadi kafir, kerana firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu sekalian memperolok-olok? Tiada ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman."
Dalam urusan masyarakat hari ini banyak perkara termasuk hukum-hakam disandarkan kepada undang-undang ciptaan manusia. Ini termasuklah dalam urusan memilih pemimpin seperti pilihan raya yang kita kenal hari ini. Berdasarkan hakikat ini, sedar dan insaflah betapa banyak dosa yang telah kita lakukan. Hanya kepada Allah SWT-lah kita memohon keampunan kerana kegagalan kita melaksanakan hukum-hakamnya.
Kepada haji dan hajah, disarankan supaya berpegang teguh kepada perlakuan manasik dan falsafah haji yang telah sedaya upaya diterapkan semasa di Tanah Suci. Sebagai contoh mudah, di Tanah Suci sudah istiqamah membungkus diri dengan pakaian menutup aurat, termasuk rambutnya sekali, tetapi kenapa di tanah air kembali mendedahkannya?
July 4, 2021
Zulkaedah 24, 1442 (Semarak Haji)... 0 jemaah ke Tanah Suci? (U)
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"...Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba'), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orag-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih." (Maksud Ayat 108 Surah At-Taubah)
0 jemaah ke Tanah Suci?
BULAN-BULAN haji adalah Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Teringat saya pada masa inilah dahulu, ketika inilah jemaah haji begitu sibuk. Begitu juga dengan keluarga mereka. Menghantar jemaah ke Kompleks Haji yang dulunya di Kelana Jaya, sekarang ini sudah berpindah ke Sepang.
Di masjid kampung juga diadakan majlis kesyukuran termasuk menyampaikan buah tangan kepada jemaah haji. Turut diadakan tazkirah dan pesanan kepada jemaah dan juga untuk penduduk kampung agar bersemangat untuk segera menunaikan haji.
Daripada majlis ini kita tahulah jumlah anak kariah kampung yang akan berangkat menunaikan Rukun Islam kelima.
Ada musimnya ramai, ada musimnya tersangat kurang kerana hanya seorang dua (satu pasangan suami isteri) berangkat ke Tanah Suci. Namun musim tahun lalu dan kini semua sepi, MAHU MENANGIS MENGENANGKANNYA. Ya, tahun ini mungkin TIADA SEORANG pun warga kita (0) ke Tanah Suci! Namun banyaklah bersyukur dan bersabar, insya-Allah DIA akan bersama orang BERSYUKUR dan BERSABAR.
Berbicara mengenai haji ini, saya teringat tazkirah seorang ustaz tak lama dulu bahawa ada sejumlah amalan kita di tanah air yang insya-Allah boleh menyamai pahala haji.
Kata sang ustaz, salah satu bentuk kasih sayang Allah SWT ialah melimpahkan pahala berlipat ganda kepada umat-Nya, sekalipun amalan itu terlihat kecil dan sederhana. Dalam beberapa hadis dijelaskan, ada beberapa amalan yang kalau dilakukan penuh keikhlasan dan istiqamah, maka pahala amalan tersebut setara ibadah haji.
Antaranya, solat berjemaah lima waktu, zikir setelah solat subuh berjemaah sampai terbit matahari selepas itu solat dua rakaat dan pergi ke masjid untuk menuntut ilmu (sekarang tuntutlah ilmu melalui alatan elektronik seperti TV seperti Tanyalah Ustaz pada awal-awal pagi).
Meskipun amalan-amalan ini diberikan pahala ibadah haji dan umrah, bukan bererti pelakunya tidak diwajibkan haji dan umrah. Kewajipan haji dan umrah tetap ada. Pahala amalan ini diserupakan pahala ibadah haji dan umrah bertujuan memotivasi ummah untuk istiqamah beribadah
ARTIKEL LALU
Gembira dapat surat tunai haji
PENGHUJUNG Mac tahun lalu (permulaan Perintah Kawalan Pergerakan - PKP), saya menghantar bapa dengan kereta ke sebuah klinik komuniti berhampiran kampung kami. Sebagai pesakit diabetes dan darah tinggi, bapa ada temu janji dengan doktor pada hari berkenaan.
Saya menunggu dalam kereta dengan memakai pelitup muka. Tiba-tiba saya terlihat wajah seorang rakan sekampung. Dia tidak mengenakan pelitup muka. Seorang wanita berpelitup muka, berjalan di belakangnya, saya agak isterinya.
Dari jauh dia melambai saya. Saya tak bercadang keluar dari kereta untuk merapati beliau - bukankah kini 'musim' COVID-19, orang ramai diminta menjarakkan diri.
Rakan itu menjerit menyatakan dia dapat surat tawaran menunaikan haji. Dia datang ke klinik itu bersama isteri untuk membuat pemeriksaan kesihatan iaitu salah satu syarat ke Tanah Suci.
Saya faham kegembiraannya sebab saya dan dia bersama-sama menunaikan umrah pada Disember 2019. Dia suami isteri dan seorang anak; saya bersama isteri dan dua orang anak, berada dalam satu kumpulan pakej yang sama. Kerap dia bercerita kepada saya dia berhajat benar menunaikan haji. Rayuan sudah dibuat beberapa kali, malah bagi mengubati kerinduan ke Tanah Suci dia sudah menunaikan umrah dua kali.
Ya, Alhamdulillah kali ini dia dan isteri dapat surat tawaran menunaikan haji...tetapi melihatkan reaksinya yang sugul selepas keluar dari klinik, saya tahu ada sesuatu tak kena.
Kata sahabat saya itu, pemeriksaan kesihatan bakal jemaah haji ditangguhkan. Pengurusan klinik sedang 'concentrate' (memberi tumpuan) kepada kes COVID-19. Sehubungan itu, dia diarahkan pulang dahulu.
Kegembiraan di wajah sahabat saya itu hilang..dia melahirkan kebimbangan kepada saya, mungkin dia dan isteri sekali lagi tidak dapat menunaikan haji selepas menunggu lama.
Benar nama sahabat saya itu dan isterinya 'sudah naik', mereka sudah hampir menunaikan haji, tetapi suratan takdir Allah mengatasi segala-galanya. Pasangan dalam usia 50-an ini perlu bersabar, semoga hajat besar mereka dikabulkan Allah SWT pada tahun hadapan, insya-Allah.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tahun itu mengumumkan Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji - satu keputusan sama dibuat oleh negara jiran tetangga yang mempunyai jemaah haji teramai iaitu Indonesia.
Kepada sahabat saya dan bakal-bakal jemaah haji yang 'terhalang' menunaikan haji, bersabarlah dan berterusan berdoa semoga direzekikan Allah menunaikan Rukun Islam kelima itu secepat mungkin. Insya-Allah ada hikmah Allah SWT menyebabkan kita terhalang menunaikan haji musim ini.
* Untuk musim haji 1442 ini, nasib sahabat saya itu sama seperti tahun lalu...pemergiannya ke Tanah Suci ditangguhkan lagi. Kepada semua bakal jemaah, bersabar dan terus bersabar, pertingkat doa agar dipermudahan urusan pada masa depan.
Zulkaedah 24, 1442 (Semarak Haji 1): 0 jemaah ke Tanah Suci? (U)

Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers