Roslan Hamid's Blog, page 49

July 22, 2021

Zulhijah 13, 1442 (Semarak Haji): Wanita, contohilah Hajar, Zubaidah (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)


SALAH satu tempat istimewa dalam Masjidilharam adalah Hijir Ismail. Ia satu lengkungan berada di sisi utara Kaabah. Hakikatnya ia sebahagian daripada dalam Kaabah. Sehubungan itu tak sah tawaf seseorang jika dia menyentuh batu dinding atau memasukinya.


Hijir Ismail mengingatkan akan pengorbanan Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar walaupun Kaabah sendiri secara keseluruhan dibangun oleh Nabi Ibrahim a.s.


Nabi Ismail a.s. membantu bapanya, dengan membawa batu. Batu-batu yang dikumpulkan, dalam bahasa Arab disebut hijir. Oleh kerana  itu bahagian Kaabah yang dibangun oleh Nabi Ismail a.s. dinamakan Hijir Ismail.


Sebahagian daripada manasik haji adalah berdasarkan pelakuan dan pergorbanan ibu Nabi Ismail a.s. 


Hajar bukan wanita 'sofistikated' ukuran  kehebatan dan idola wanita hari ini tetapi hanya seorang ibu, tetapi mengapa kisahnya diabadikan hingga kini malah sampai bila-bila...


Demikianlah, mengapa dikatakan begitu istimewa dan bertuah dijadikan seorang wanita? Berbicara mengenai perkara ini, penulis teringatkan ibu. Ya, daripada berbilion wanita di dunia, kita hanya mempunyai seorang ibu, dan ibu kita adalah seorang wanita.


Saya mengagak tentulah ungkapan 'begitu istimewa dan bertuahnya dijadikan seorang wanita' mempunyai kaitan dengan seorang ibu. Yalah, mana ada lelaki yang mengandung dan melahirkan anak.


Ibu dan anak mempunyai pertalian amat rapat. Mengikut ajaran agama, anak wajib taat kepada ibu bapanya. Anak lelaki hendaklah mengutamakan ibu bapa lebih daripada isterinya. Isteri pula perlu mentaati suaminya lebih daripada ibu bapanya.


Ini membuatkan kedudukan seseorang wanita yang bergelar ibu begitu istimewa. Istimewanya ibu pada seorang anak adalah tiga kali ganda daripada seorang bapa, demikian maksud sebuah hadis. Anak yang terdidik, tidak akan melupakan ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibu. Tetapi kasih ibu lebih hebat kerana ia tiada penghujung.


Ada ibu hebat yang turut berjuang di kancah masyarakat. Sejarah Islam ada merakam sejumlah wanita hebat yang turut menyumbang kepada kepesatan dan kemakmuran ummah dan dalam konteks artikel ini kita merujuk Tanah Suci Makkah dan Madinah.


Salah seorang daripadanya adalah permaisuri kepada Khalifah Bani Abasiyah paling hebat, Harun Al-Rashid iaitu Siti Zubaidah binti Jaafar (149 - 215H). 


Siti Zubaidah Jaafar sekalipun begitu kaya raya, telah membelanjakan sebahagian besar wang beliau sendiri untuk membiayai projek-projek berkepentingan rakyat, yang paling masyhur adalah ‘Ain Zubaidah, sebuah terusan paling hebat pada zamannya.


Ia bagi mengalirkan air ratusan batu jauhnya dari gunung-gunung yang mempunyai mata air di Makkah (ada mencatatkannya dari Taif) bagi kemudahan jemaah haji di Mina dan Arafah. Ahli sejarah mencatatkan kos pembinaan terusan itu adalah 1,700,000 dinar. Sekalipun dibina 1,400 tahun lalu, binaan terusan itu masih boleh dilihat oleh jemaah yang ke Tanah Suci hari ini.


Selain itu Siti Zubaidah juga telah mengeluarkan belanja yang sangat besar bagi memperbaiki jalan di antara Baghdad ke Makkah. Di sepanjang jalan dibina perigi-perigi dan rumah-rumah persinggahan untuk memudahkan orang ramai terutama jemaah haji dan ahli peniagaan. Di Baghdad sendiri terdapat sebuah masjid terkenal dan dinamakan Masjid Siti Zubaidah kerana dialah yang bertanggungjawab membinanya.


Tentunya dunia Islam tidak mengingati Siti Zubaidah sebagai wanita pertama kerana dia isteri khalifah tetapi jasa-jasa besar yang ditinggalkannya kepada rakyat. 


Ahli sejarah mengungkapkan walaupun hidupnya dilimpahi kekayaan, wanita ini sentiasa memastikan dia tidak termakan dengan pujukan syaitan. 


Siti Zubaidah beranggapan kekayaan di dunia cuma sementara dan sekiranya dilaburkan mengikut cara yang betul akan mendapat keberkatan di akhirat kelak, manakala kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal, indah dan terlalu manis. 


Keindahan dan kemanisan itulah yang dicarinya, bukan mengejar glamor dan kemasyhuran dunia seperti kehendak sebahagian pemimpin hari ini termasuk yang wanitanya!


Berlainan daripada Zubaidah yang berketurunan raja, mempunyai kuasa dan kaya raya, Siti Hajar ibu Nabi Ismail a.s. ternyata 'tidak punyai apa-apa' tetapi mengapa dia tetap diingati sehingga hari ini malah sampai bila-bila melalui manasik haji...


Ya wahai jemaah haji atau umrah terutama sang wanita, ketika berkesempatan berada di sisi Hijir Ismail atau di dalamnya, renung-renungkanlah mengenai perkara ini...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 22, 2021 16:27

July 21, 2021

Zulhijah 12, 1442: The Hajj: A Reflection of a non-Hajji (U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.


Reflection


The Declining Day (Al-'Asr)

1. By the declining day,

2. Lo! Man is in a state of loss,

3. Save those who believe and do good works, and exhort 

one another to truth and exhort one another to endurance.


A piece in rahmanhariri.blogspot.com which quoted LanH's writting

I thought it is about time I put my thought on the Haj on this special day. I have been keeping it close to my chest until recently.

You see, coming from a person who has not performed the Haj, and the Umrah, and currently has no specific timeline when he is going to complete the last pillar of Islam, this reflection is definitely not going to be about the experience in the holy land. All those great philosophical, eye-opening and heart-warming stories; I have none to tell you. I have only seen the Kaabah in the telly and pic; I have seen documentary in National Geographics on people preparing for and doing the haj.

Nothing beyond that, I supposed.

I have always wondered when I will be going there. To use the over-used phrase "belum sampai seru" is blasphemous to many. To them, it is like blaming to God when you have the willpower and means to decide it yourself. So I can't, and I won't, use that.

And going from the criteria that make the Haj compulsory, I know I have the mean and that I am still 'young' and healthy enough to be going soon (man, I never thought I would be able to use the word 'young' and 'I' in the same sentence!).

Mum been wondering when I am heading there. Few friends been asking too. Normally I would smile at them without specifically answering them. Some of them went when they were only in the mid-twenties, which is considered very young by the haj convention.

A year ago, a former schoolmate An went to the Haj with his wife Liza (another former classmates). I visited them prior to them going, and after their return, An and I sat at a mamak restaurant in PJ; for him to narrate stories from Mecca, and for this non-haji to benefit the baraqah from someone just returning.

At the end of it, after hearing many stories from An, I made a confession to him that has always been in my mind when the subject of me heading for the Haj was broached. I had never told anyone before. "You know, An, I can't imagine myself in the holy land with 3 million pilgrims and have to fight for basic amenities. Queue to go to the restroom? That was a story unknown to me after 1980. This is my main worries that kept me away from the holy land. Can I survive the 15 hour journey in a bus? How do I answer the call of nature in the middle of the desert with no water?"

I hate to even share restroom with strangers in Malaysia .

I guess it is inevitable. He has had that predicament in one of the bus journey in the middle of nowhere.

I made the same confession to a client when I visited her at her office at the twin tower yesterday. I had earlier made a remark that it is not much of a Raya this time around. So she asked me if I had been for Haj myself.

She reckons that may be I have to go for the Umrah first to get a feel of it. "Doa banyak-banyak and ask for Him to give you the strength."

Of course she herself has horror story about the restrooms there. I shall not repeat it here.

I was reading Harakah this morning while waiting for the Raya solat. It was written by Lanh. He noted some of my worries well in his article.

Perjalanan Arafah-Mudzalifah menguji ketahanan diri sama ada dari segi mental dan fizikal. Apabila ratusan ribu jemaah berhimpun, berlaku ketidak-tentuan yang menguji keimanan dan kesabaran diri.

Bayangkan dalam masa mengerjakan manasik haji, masih ada jemaah berebut-rebut, takut ketinggalan bas. Ada isteri yang sudah naik bas, suaminya belum. Berlakulah kekecohan dan perselisihan, sedangkan perbalahan dilarang sama sekali ketika menunaikan haji...

.....Di situlah jemaah berehat, berbaring berlantaikan tikar dan beratapkan langit. Sambil baring-baring, sesekali sekala terbau najis binatang, mungkin pada siangnya tempat itu menjadi lokasi persinggahan kumpulan unta.

......Berusahalah untuk menjaga wuduk kerana untuk memperbaharuinya atau ke tandas, selain jaraknya yang jauh, terpaksa menempuh ribuan manusia, kemudian beratur panjang. Bersabar dan terus bersabarlah sepanjang malam itu.

Ketika berbaring dalam khemah di Mina, terbayang dalam kotak fikiran saya akan kesukaran sesetengah jemaah dalam perjalanan Arafah-Mudzalifah-Mina yang diceritakan oleh ibu saya ketika beliau menunaikan haji.

Katanya, antara masalah terbesar dihadapi jemaah veteran adalah berkaitan buang air kecil dan besar. Bayangkan jika seseorang jemaah yang lemah sistem perkumuhannya, bagaimana dia dapat bertahan sehingga berbelas-belas jam dalam bas. Tiada apa yang dapat dilakukan, kecuali berdoa dan berdoalah agar perkara mengaibkan diri tidak berlaku ketika perjalanan yang amat sukar itu.

Demikian juga apabila berlaku kes kecemasan, seperti jemaah tiba-tiba jatuh sakit kuat atau meninggal dunia dalam bas. Maka terpaksalah pesakit dibantu oleh jemaah lain setakat yang mampu manakala jenazah terus dibawa sehingga bas dapat keluar daripada kesesakan itu.

I guess I am too proud of a person - egoistical, to be more precise. I have to get rid of it. I need to lower myself for me to see Him. I am lowest than lower in many respects. After all twenty years ago when I first started working, I lived in a kampung house with only basic amenities in Dungun. Of course I have a choice but I was just starting out. I had to be very prudent living my life then.

If I can do it twenty years ago, she reckons I can do it today.

I know it may sounds petty. It is petty. I know that. But it is these petty things that have kept me away from the Kaabah.

God, please give me the strength to meet you at your abode. Soon.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 21, 2021 16:14

July 20, 2021

Zulhijah 11, 1442 (Semarak Haji): My road to the Holy Land (U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.


Reflection


“O ye who believe! Retalation is prescribed for you in the matter of the murdered; the freeman for the freeman, and the slave for the slave, and the female for the female. And for him who is forgiven somewhat by his (injured) brother, prosecution according to usage and payment unto him in kindness. This is an alleviation and a mercy from your Lord. He who transgresseth after this will have a painfull doom.” (Al-Baqarah, 178)


ON their journey to Makkah for the pilgrimage, a Muslim cannot just simply pack up his bags and go on the journey like going to London, Paris or New York, but he/she has to be a good Muslim first for example by obeying the other four pillars of Islam that is ‘syahadah’, praying, fasting and giving tithe. Only then, is it appropriate for him/her to perform the hajj.


Last Monday (9th Zulhijah 1442, 19th July 2021), hujjaj performed the ‘wukuf’ (to stop, to halt, standing, to study, to purse, to search, cognizance, knowledge, comprehension – Ali Shariati in his book ‘The Hajj’) in the plains of Arafat (Arafah in Malay) and then move on to Mudzalifah (Mash’ar) and then to Mina where they would do the stoning of Satan at the three jamrats (al-jamarah al-ula, al-jamarah al-wusta and al-jamarah al-‘uqba).


Before the first stoning of Satan at al-jamarah al-‘uqba on Eid Adha (10th Zulhijah) pilgrims are encouraged to recite the ‘talbiyah’ – Labbayk, Allahumma, Labbayk, Labbayk, La Shareeka laka, Labbayk Innal-hamda wan n’mata laka wal-mulk, La shareekala – (Here I am at Your service, O Lord here I am, No partner do You have, Here I am, Truly the praise and the favour is Yours and the dominion. No partner do You have).


Doing the hajj manasik especially when one is in Arafat, Mudzalifah and Mina is a very touching, memorable and unique experience. Only a haji (person who has performed the hajj) could describe it, but words spoken or writings penned would not be able to describe the whole experience, especially regarding one's inner feelings.


I tried to pen that feelings in my latest book entitled ‘Kusaksikan Keajaiban Tanah Suci’ (I Witnessed Miracle of the Holy Land) but I still think it is just like the tip of an iceberg; I was only able to write and describe a very small part of it. Of course my writing was not comparable to works on the subject by renowned and great writers and thinkers which I admired such as Ali Shariati and Muhammad Asad.


In Shariati’s ‘The Hajj’, a foreword by Mohammad al-al-‘Asi, an elected imam from Washington DC Islamic Center, noted that most of today’s Muslims take their bodies, their physical wherewithal to hajj; very few Muslims take their minds and the reasoning to hajj.


“Allah endowed us with the privilege of thinking and considering, reflecting ad figuring things out. When we are in our ‘salah’ (prayer) we recite verses from the Qur’an, and we are not supposed to do that in the absence of our mind. Salah itself is not a mechanical or monotenous relationship with Allah. Likewise, hajj is a treasure of meanings, thoughts and ideas.


“Allah, Exalted be His Name, does not expect us to go to Safa and Marwah, Muzdalifah, Arafat, al-Masjid al-Haram, and Hira’, among other places, absent mindedly or sheepishly. He wants us to go to His sanctuary with all the faculties, potentials and abilities that He has given us.


“A word is due to those who are responsible for the institutionalization of a ‘blank’ hajj nowadays. There is nothing to gain by having Muslims from all over the world coming to Makkah each year and then leaving only with the emotional ecstacy that comes from a controlled portion of the Muslims being together!


“What would give the enemies of Islam and their puppets in the Muslim world sleepless nights is when Muslims begin to have a meeting of minds in the cradle of Islam: Makkah and it two other sister Harams: Madinah and al-Quds.”


To me what I was able to describe when I was in Arafat, Mudzalifah and Mina was how small and weak I was in facing tribulations to be a good Muslim.


I cried knowing that had I wasted a great part of my life leading an aimless life and I remembered how I trembled after reading a line from Khurram Murad’s ‘Way to the Qur’an’ – “our lives will remain meaningless and ruined unless they are guided by the Qur’an, the world of God.”


Are our lives truly guided by the Qur’an? From the moment we wake up from bed in the early morning till we are in bed again at night are all our actions in acordance to the Qur’an?


Or are we good in taking what we think are good to us and ignoring what we feel bad? Regarding this, Allah the Almighty warns in Surah al-Baqarah 2:85, that to accept some part of the Qur’an and to reject some is to reject all of it. There is no room for partial acceptance in your relationship with the Qur’an; there cannot logical be.


Have a good look at Ayah (Ayat) 178 and 183 of Surah Al-Baqarah (Cow); why we fully accepted God’s commandments regarding fasting but we were reluctant to his laws of ‘qisas’. Ayah 183 reads; “O ye who believe! Fasing is prescribed for you, even as it was prescribed for those before you that ye may ward off (evil),” while Ayah 178 reads; “O ye who believe! Retalation is prescribed for you in the matter of the murdered; the freeman for the freeman, and the slave for the slave, and the female for the female. And for him who is forgiven somewhat by his (injured) brother, prosecution according to usage and payment unto him in kindness. This is an alleviation and a mercy from your Lord. He who transgresseth after this will have a painfull doom.” (The Meaning of the Glorious Qu’an, translation by Muhammad Marmaduke Pickthall)


Muslims should have no reservations in implementing all of Allah SWT commands including hudud law and preventing ‘mungkar’ (sins). Having reservation on any of Allah SWT’s commands is a clear violation of our oath, the ‘syahadah’, that we will submit and obey all of Allah SWT’s commands.


Some scholars even say having such an attitude will nullify our ‘syahadah’ and is sufficient to make a person ‘kafir’ (a non-believer). And Allah SWT has given us warning on this matter in Ayah 85 Surah al-Baqarah (stated above) where Allah SWT warns us not to become like the Children of Israel who disobey some of Allah SWT’s commandments in the Taurah.


Realising how unknowledgeable I was in the studies of Islam and my weakness in practicing its teaching, I started frequenting mosques and attenting ‘tazkirah’ (Islamic lessons) since my first hajj in 2002.


Thus I am glad to share my experience in the Holy Land (I have been three times there) and the slow transformation of me in the book ‘Kusaksikan Keajaiban Tanah Suci’. 



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 20, 2021 16:24

July 19, 2021

Zulhijah 10, 1442 (Semarak Haji): Ujian perjalanan Arafah-Mudzalifah-Mina (U)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.  


Renungan 


"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32


SEMPENA Aidiladha hari  ini, disiarkan pemerhatian saya ketika menunaikan salah satu manasik haji tidak lama dulu. Semoga dapat menjadi panduan dan iktibar bersama.

Perjalanan Arafah-Mudzalifah menguji ketahanan diri sama ada dari segi mental dan fizikal. Apabila ratusan ribu jemaah berhimpun, berlaku ketidak-tentuan yang menguji keimanan dan kesabaran diri.

Bayangkan dalam masa mengerjakan manasik haji, masih ada jemaah berebut-rebut, takut ketinggalan bas. Ada isteri yang sudah naik bas, suaminya belum. Berlakulah kekecohan dan perselisihan, sedangkan perbalahan dilarang sama sekali ketika menunaikan haji...

.....Di situlah jemaah berehat, berbaring berlantaikan tikar dan beratapkan langit. Sambil baring-baring, sesekali sekala terbau najis binatang, mungkin pada siangnya tempat itu menjadi lokasi persinggahan kumpulan unta.

......Berusahalah untuk menjaga wuduk kerana untuk memperbaharuinya atau ke tandas, selain jaraknya yang jauh, terpaksa menempuh ribuan manusia, kemudian beratur panjang. Bersabar dan terus bersabarlah sepanjang malam itu.

Ketika berbaring dalam khemah di Mina, terbayang dalam kotak fikiran saya akan kesukaran sesetengah jemaah dalam perjalanan Arafah-Mudzalifah-Mina yang diceritakan oleh ibu saya ketika beliau menunaikan haji.

Katanya, antara masalah terbesar dihadapi jemaah veteran adalah berkaitan buang air kecil dan besar. Bayangkan jika seseorang jemaah yang lemah sistem perkumuhannya, bagaimana dia dapat bertahan sehingga berbelas-belas jam dalam bas. Tiada apa yang dapat dilakukan, kecuali berdoa dan berdoalah agar perkara mengaibkan diri tidak berlaku ketika perjalanan yang amat sukar itu.

Demikian juga apabila berlaku kes kecemasan, seperti jemaah tiba-tiba jatuh sakit kuat atau meninggal dunia dalam bas. Maka terpaksalah pesakit dibantu oleh jemaah lain setakat yang mampu manakala jenazah terus dibawa sehingga bas dapat keluar daripada kesesakan itu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 19, 2021 16:09

July 18, 2021

Zulhijah 9, 1442 (Semarak Haji): Terasa kekerdilan diri di Arafah, Mudzalifah, Mina

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Dan serulah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang beramai-ramai mengunjungi (rumah Engkau, Baitul Lahil Haram) dengan keadaan ada yang berjalan kaki dan ada yang menunggang berjenis-jenis unta yang kurus disebabkan perjalanan yang datang dari segenap ceruk pelosok dan rantau yang jauh.

"Supaya mereka menyaksikan berbagai-bagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari tertentu (Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban pada 10 Zulhijah dan pada hari-hari berikutnya pada 11, 12, dan 13 Zulhijah - Hari Tasyrik) kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban), dengan demikian makanlah kamu daripadanya (daging binatang-binatang korban itu) dan berilah makan kepada orang yang susah dan fakir miskin." (Maksud Ayat 27-28 Surah al-Haj)


BAGI diri ini, kehadiran di Arafah (Wukuf) pada 9 Zulhijah 1426, memberi kesempatan terbuka untuk muhasabah diri. Menangislah saya sepuas hati, mengenang segala dosa dan kesilapan lalu. Hari Wukuf atau Hari Arafah dikatakan saat seseorang hamba itu tersangat dekat dengan Tuhannya. Mintalah keampunan-Nya dan berdoalah, semoga selepas haji, kita menjadi hamba-Nya dalam pengertian sebenar-benarnya.


Keberangkatan dari Arafah ke Mudzalifah bermula selepas solat Asar. Saya dan isteri terpilih untuk berangkat selepas Maghrib. Perjalanan Arafah-Mudzalifah menguji ketahanan diri – sama ada dari segi mental dan fizikal. Apabila ratusan ribu jemaah berhimpun, berlaku ketidak-tentuan yang menguji keimanan dan kesabaran diri.


Bayangkan dalam masa mengerjakan manasik haji, masih ada jemaah berebut-rebut, takut ketinggalan bas. Ada isteri yang sudah naik bas, suaminya belum. Berlakulah kekecohan dan perselisihan, sedangkan perbalahan dilarang sama sekali ketika menunaikan haji.


Mudzalifah adalah tempat di mana jemaah berhenti sebentar untuk mengutip batu-batu kecil untuk dilontar di jamrah kemudiannya. Mulai tahun 2005, pihak berkuasa Arab Saudi memperkenalkan sistem baru yang menghendaki jemaah berada di situ selepas mereka keluar dari Arafah sehinggalah keberangkatan sekali lagi ke Mina yang bermula selepas tengah malam.


Sebelum ini, bas dari Arafah berhenti sebentar di Mudzalifah bagi membolehkan jemaah mengutip batu, kemudian jemaah naik bas yang sama untuk meneruskan perjalanan ke Mina.


Bagaimanapun, berdasarkan sistem baru ini, jemaah berada di sebuah kawasan terbuka yang dipagar di Mudzalifah untuk mabit. Di situlah jemaah berehat, berbaring berlantaikan tikar dan beratapkan langit. Sambil baring-baring, sesekali sekala terbau najis binatang, mungkin pada siangnya tempat itu menjadi lokasi persinggahan kumpulan unta.


Jika mahu tidur, tidurlah berbantalkan beg atau lengan. Jika mahu bersandar, bersandarkanlah belakang isteri atau peluklah lutut sendiri, sambil itu sedarlah diri betapa banyak dosa yang sudah dilakukan.


Suasana malam begitu dingin, menggigit hingga ke tulang. Hanya kepada Allah tempat pergantungan pada malam itu, jadi perbanyakanlah solat dan doa sekalipun diri berada dalam lautan manusia.


Berusahalah untuk menjaga wuduk kerana untuk memperbaharuinya atau ke tandas, selain jaraknya yang jauh, terpaksa menempuh ribuan manusia, kemudian beratur panjang. Bersabar dan terus bersabarlah sepanjang malam itu.


Dalam keadaan sesak itu, untuk bergerak payah. Di depan orang, di belakang orang, di kedua-dua sisi pun orang. Jadi untuk ketenangan diri, berzikir dan terus berzikir sepanjang malam. Penat duduk, baring; penat baring, berdiri sambil menguakkan anggota tubuh.


Pada malam yang dingin itu, akan terasalah seseorang itu akan kekerdilan dirinya. Sedarlah, siapakah dirinya dalam lautan manusia itu. Semuanya sama, yang lelaki berihram putih manakala perempuan berbungkus, bertelekung seperti ketika bersolat.


Angin malam yang menyentuh diri dalam keadaan berihram (hanya dua kain tidak berjahit membalut diri) begitu sejuk terasa. Apabila berpakaian begitu tentulah ada anggota badan terdedah. Misalnya kepala tidak dapat ditutup. Untuk berselimut bagi menahan kesejukan, tidak boleh sebab ketika itu berada dalam ihram. Rasanya sudah tidak tahan berkeadaan begitu, tetapi keyakinan akan janji-Nya membantu memantapkan diri.


Kebanyakan jemaah suami isteri. Jadi boleh luangkan masa untuk makan bersama (makanan ringkas seperti epal) dan berbual-bual, saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Semakin larut malam, suasana semakin dingin. Kabus sudah kelihatan di udara. Jemaah terus mabit, menunggu kedatangan bas untuk mengangkut mereka ke Mina. Sebelum berlepas, jemaah sudah siap mengumpul batu-batu kecil dalam uncang masing-masing.


Saya dan isteri bersyukur kerana giliran kami menaiki bas sebelum detik tengah malam. Dengar khabar ada jemaah yang mendapat bas hampir subuh. Ratusan bas bergerak perlahan-lahan, menyusuri laluan ke Mina di mana jemaah akan ditempatkan di dalam khemah. Saya perhatikan ramai jemaah negara lain yang agak saya dari Pakistan dan India berjalan kaki saja dalam kegelapan malam, menuju Mina.


Jemaah Malaysia seperti saya tidak selasak mereka. Baru sebahagian malam berembun di Mudzalifah, ramai yang sebelum ini batuk-batuk dan selesema, semakin parah sakit mereka. Senggal-senggal dan lenguh anggota usah cerita.


Bersyukur kepada Ilahi, saya dan isteri tiba di perkhemahan Mina kira-kira jam 3.00 pagi, 10 Zulhijah (Hari Raya Haji). Kami dikira sungguh bernasib baik kerana ada jemaah yang tiba selepas subuh malah ada selepas zuhur. Di Mina, jemaah bermalam dua atau tiga hari, selain bersiap-siap untuk melontar di jamrah.


Ketika berbaring dalam khemah di Mina, terbayang dalam kotak fikiran saya akan kesukaran sesetengah jemaah dalam perjalanan Arafah-Mudzalifah-Mina yang diceritakan oleh ibu saya ketika beliau menunaikan haji.


Katanya, antara masalah terbesar dihadapi jemaah veteran adalah berkaitan buang air kecil dan besar. Bayangkan jika seseorang jemaah yang lemah sistem perkumuhannya, bagaimana dia dapat bertahan sehingga berbelas-belas jam dalam bas. Tiada apa yang dapat dilakukan, kecuali berdoa dan berdoalah agar perkara mengaibkan diri tidak berlaku ketika perjalanan yang amat sukar itu.


Demikian juga apabila berlaku kes kecemasan, seperti jemaah tiba-tiba jatuh sakit kuat atau meninggal dunia dalam bas. Maka terpaksalah pesakit dibantu oleh jemaah lain setakat yang mampu manakala jenazah terus dibawa sehingga bas dapat keluar daripada kesesakan itu.


Demikianlah cabaran Mudzalifah yang perlu dilalui semua jemaah haji kerana mabit di situ adalah salah satu wajib haji, tidak buat dengan sengaja hukumnya berdosa tetapi tidaklah sehingga membatalkan haji, cuma kena bayar denda (dam).


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2021 09:05

July 17, 2021

Zulhijah 8, 1442 (Semarak Haji): Merindui Masjidilharam, Masjid Nabawi...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21) 


KINI umat Islam berada pada 10 hari pertama bulan kemuncak haji, Zulhijah. Apatah lagi hari ini 8 Zulhijah. Selain jemaah haji yang pastinya dalam konsentrasi mengerjakan manasik haji termasuk wukuf di Arafah; bagi orang yang tidak menunaikan haji pelbagai amalan amat dituntut pada hari-hari ini termasuklah berpuasa sunat terutama pada Hari Wukuf (9 Zulhijah).


Di kalangan kebanyakan kita yang sudah ke Tanah Suci sama ada mengerjakan haji dan umrah,  hati akan sentiasa dilambai-lambai untuk ke sana lagi dan lagi. 


Masjidilharam dengan Kaabahnya dan Masjid Nabawi dengan makam Nabi s.a.w. yang mulia tetap tersemat di hati. Oh, sungguh rindu untuk 'mendakap' dua masjid terulung iaitu Masjidilharam dan Masjid Nabawi, bila kapan dapat ke sana lagi agaknya?


Kedua-duanya ini adalah 'universiti' terhebat dunia, sungguh banyak tarbiyah, ilmu dan rahsia kehidupan yang dapat diselami di sana. Di bumi bekas berpijaknya kaki Rasulullah saw yang mulia dan sahabat-sahabat baginda, ada kalanya 'terasa' bagaikan kita bersama mereka.


Teringat dan terasa syahdu sekali talbiyah umrah dan haji: "Labbaikallahumma Labbaik, Labbaikala Syarikala Laka Labbaik, Innal Hamda Wan Nikmata Laka Wal Mulk, La Syarika Laka." (Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Ya Allah, hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu).


Bagi yang sudah ke Tanah Suci, terasa kerinduan untuk ke sana lagi dan lagi, dan bagi yang belum, marilah kita berdoa beramai-ramai agar mereka dapat juga ke sana sekalipun tercatat dalam nombor giliran Tabung Haji 50 tahun lagi.


Ya, saudaraku jemaah haji, kami berharap anda memberi kesempatan untuk selain anda supaya bisa melaksanakan sya'iroh (syariat) haji!


Kata-kata indah ini saya temui di badan sebuah bas jemaah Indonesia di Mina ketika menunaikan haji kali pertama pada musim haji 1422 (2002M).


Kata-kata perangsang ini amat bermakna untuk menyuntik semangat muda-mudi Islam agar merancang pemergian mereka ke Tanah Suci. Sebaik-baiknya seseorang Muslim itu mula menyimpan sejumlah wang setiap bulan apabila dia mula bekerja, mungkin pada usia 23 tahun (selepas tamat pengajian universiti).


Dengan menyimpan atau membuat potongan gaji RM50 atau RM100 sebulan kepada Tabung Haji, seseorang itu boleh memasang niat dengan mendaftar menunaikan haji dalam masa 10 tahun kerana pada ketika itu jumlah simpanannya sudah mencukupi.


Ini kerana dalam setahun simpanan RM100 sebulan itu berjumlah RM1,200 dan dalam masa 10 tahun menjadi RM12,000 tanpa dicampur bonus simpanan. Jumlah itu sudah memadai untuk penyimpan itu menunaikan haji kerana perbelanjaan semasa kira-kira RM10,000 seorang.


Berdasarkan congkak mudah ini, seseorang itu dapat menunaikan haji pada usia 30 atau 40-an. Pada peringkat umur ini, fizikal seseorang itu adalah pada tahap terbaik dan ini akan memudahkannya melakukan manasik haji yang penuh cabaran seperti melontar di jamrah, bermalam di Mina, berwukuf di Arafah, bahkan untuk tawaf dan saie di Masjidilharam.


Selain tahap fizikal terbaik itu, adalah bermanfaat untuk seseorang itu menyediakan diri seperti memantapkan ilmu agamanya termasuk pengetahuan haji dan umrah secara beransur-ansur sejak dia muda lagi. 


Jika tahap fizikal dan ilmu serta amalan sudah mantap, maka pemergiannya ke Tanah Suci adalah bertepatan dalam usaha mendapatkan haji mabrur yang kata Allah tiada balasannya kecuali syurga. Ya, universiti Masjidilharam dan Masjid Nabi setia menunggu kita untuk menjadi anak muridnya. Berusaha keraslah untuk sana, mantapkan doa dan bertawakallah kepada-Nya. 


Insya-Allah akan sampailah kita sebagai tetamu-Nya. "Labbaikallahumma Labbaik, Labbaikala Syarikala Laka Labbaik, Innal Hamda Wan Nikmata Laka Wal Mulk, La Syarika Laka."

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 17, 2021 16:26

July 16, 2021

Zulhijah 7, 1442 (Semarak Haji): Kekalkan kecintaan kepada masjid selepas bergelar haji (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Dan orang-orang yang menempuh reda Kami maka nescaya akan Kami tunjukkan jalan mereka, dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang berbuat baik." (Al-Ankabut :64)



DALAM Surah Al-Baqarah ayat 197 dinyatakan masa untuk mengerjakan ibadat haji adalah beberapa bulan yang termaklum (dari 1 Syawal, Zulkaedah hingga sebelum terbit fajar pagi hari ke-10 Zulhijah).


Kini bulan Zulhijah hampir sampai ke kemuncaknya dengan jemaah akan berwukuf seterusnya menamatkan manasik haji lain. Selepas itu jemaah haji mulai meninggalkan Tanah Suci Makkah dan Madinah. Diucapkan selamat kembali kepada mereka, semoga dikurniakan haji mabrur yang balasannya tiada lain, kecuali syurga.


Kenangan jemaah bergegas dan berpusu-pusu menyertai solat waktu di Masjidilharam dan Masjid Nabawi pasti sukar dilupakan. Demikian juga kenangan ke masjid pertama didirikan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Masjid Quba’ pasti sentiasa dalam ingatan. Berkenaan masjid ini, Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 108, bermaksud: “Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba’) sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya.”


Sewajarnyalah kebiasaan jemaah haji bergegas ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi untuk solat waktu berjemaah dilanjutkan ketika berada di tanah air. Ini kerana ada banyak kelebihan jika seseorang dapat solat berjemaah di masjid termasuk bersegera ke sana. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari menyebut: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya; “Jika sekiranya manusia mengetahui betapa besarnya kelebihan datang awal ke masjid untuk solat fardu berjemaah, nescaya mereka akan berlumba-lumba melakukannya.”


Apa diharapkan keghairahan ke masjid ini dapat dikekalkan insan bergelar haji. Mereka perlu mengekalkan momentum segera ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah pada setiap waktu. Malah ada ganjaran istimewa menanti seorang ‘kaki masjid’ sehingga ada sebuah hadis Rasululullah s.a.w. menyebut mereka adalah salah satu daripada tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah SWT pada hari kiamat nanti.


Alhamdulillah, masjid-masjid di negara kita cukup indah dan mempunyai nama yang indah pula. Ada dinamakan mengikut nama sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Masjid Abu Bakar As-Sidiq, Masjid Uthman Ibn Affan, Masjid Abu Ubaidullah Al-Jarrah dan Masjid Amru Al As, tak kurang juga dinamakan berdasarkan unsur kebaikan dalam bahasa Arab seperti Masjid An-Nur, Masjid Al-Hidayah dan Masjid At-Takwa.


Ada pula masjid dinamakan berdasarkan status, lokasi atau kampung di mana ia didirikan seperti Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Kampung Alai dan Masjid Jamek Kampung Baru. Ada pula nama masjid berdasarkan tokoh tempatan yang melakukan sumbangan besar terhadap pembinaan masjid seperti Masjid Al-Bukhary dan Masjid Abdul Wahab.


Biarlah apa pun nama masjid seperti dinamakan mengikut tokoh atau kawasan, itu tak jadi masalah, yang penting masyarakat setempat perlu memakmurkan sesebuah masjid - jangan biarkan masjid kosong atau hampir kosong - mereka yang bergelar haji dan hajah perlu berperanan.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2021 16:20

July 15, 2021

Zulhijah 6, 1442 (Semarak Haji): Segera tunaikan ibadat haji (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Kebenaran itu ialah hak Allah, maka janganlah kamu menjadi orang yang membangkang dan menolak kebenaran." - Maksud Ayat 60 Surah Ali Imran



"Saudaraku jemaah haji, kami berharap anda memberi kesempatan untuk selain anda supaya bisa melaksanakan sya'iroh (syariat) haji!" - kata-kata indah ini saya temui di badan sebuah bas jemaah Indonesia di Mina ketika menunaikan haji kali pertama pada musim haji 1422 (2002M).


Kata-kata perangsang ini amat bermakna untuk menyuntik semangat muda-mudi Islam agar merancang pemergian mereka ke Tanah Suci. Sebaik-baiknya seseorang Muslim itu mula menyimpan sejumlah wang setiap bulan apabila dia mula bekerja, mungkin pada usia 23 tahun (selepas tamat pengajian universiti).


Dengan menyimpan atau membuat potongan gaji RM50 atau RM100 sebulan kepada Tabung Haji, seseorang itu boleh memasang niat dengan mendaftar menunaikan haji dalam masa 10 tahun kerana pada ketika itu jumlah simpanannya sudah mencukupi.


Ini kerana dalam setahun simpanan RM100 sebulan itu berjumlah RM1,200 dan dalam masa 10 tahun menjadi RM12,000 tanpa dicampur bonus simpanan. Jumlah itu sudah memadai untuk penyimpan itu menunaikan haji kerana perbelanjaan semasa kira-kira RM10,000 seorang.


Berdasarkan congkak mudah ini, seseorang itu dapat menunaikan haji pada usia 30 atau 40-an. Pada peringkat umur ini, fizikal seseorang itu adalah pada tahap terbaik dan ini akan memudahkannya melakukan manasik haji yang penuh cabaran seperti melontar di jamrah, bermalam di Mina, berwukuf di Arafah, bahkan untuk tawaf dan saie di Masjidilharam.


Selain tahap fizikal terbaik itu, adalah bermanfaat untuk seseorang itu memantapkan ilmu agamanya termasuk pengetahuan haji dan umrah secara beransur-ansur sejak dia muda lagi. Jika tahap fizikal dan ilmu serta amalan sudah mantap, maka pemergiannya ke Tanah Suci adalah bertepatan dalam usaha mendapatkan haji mabrur.


Tanggal 11 Disember 2005, saya dan isteri berangkat menunaikan Rukun Islam kelima. Pemergian saya kali kedua sedangkan isteri kali pertama. Pada tahun 2002 saya pergi bersendirian kerana isteri bersalin.


Selain pendaftaran dan usaha mencukupkan wang perbelanjaan yang dibuat sejak sekian lama, jejak ke Tanah Suci perlu pengorbanan masa, sekurang-kurangnya setahun sebelum berlepas. Ini kerana bakal jemaah itu perlu menghadiri kursus haji, menjalani pemeriksaan kesihatan, orientasi haji (termasuk amali) malah menduduki peperiksaan!


Semua ini memerlukan kesabaran tinggi, mungkin dapat disimpulkan melalui ungkapan - "bukan mudah nak bergelar haji dan hajah ni, bang dan kak oii!" - oleh seorang penggendali kursus.


(DI BAWAH INI KISAH DAHULU, pada musim haji tahun ini, 1442 Hijrah, tiada jemaah dari Malaysia dihantar ke Tanah Suci)


Betapa tidak mudahnya seseorang itu terpilih menunaikan haji dapat dilihat daripada surat tawaran haji. Ramai juga penerima diletakkan dalam senarai calon STANDBY - bermakna mereka tidak pasti terpilih ke Makkah tahun itu. Bagaimanapun calon 'standy' perlu mengikuti kursus haji bersiri, mungkin sebanyak 15 pengajian pada setiap hujung minggu.


Kelas pengajian ini berakhir sebelum Ramadan. Pada bulan puasa ini bakal jemaah berdebar-debar kerana akan diberitahu sama ada permohonan mereka berjaya atau tidak.


Selepas disahkan berjaya, seseorang jemaah itu bolehlah bersiap sedia ke Tanah Suci selepas raya (Syawal). Jemaah muassasah dikehendaki ke pejabat Tabung Haji menyiapkan pasport haji dan kad nama serta mengambil pelbagai kelengkapan seperti beg, rantai pengenalan dan buku panduan terkini.


Pada musim haji lalu (2005/06), berlaku sesuatu yang tidak diduga. Sebahagian daripada jemaah haji yang sudah membuat pasport, mengambil rantai dan beg, tiba-tiba sahaja mendapat surat menyatakan pemergian mereka dibatalkan, mereka dikhaskan tempat untuk musim haji berikutnya, 2006/07.


Ramai bakal jemaah veteran yang berhajat bersungguh-sungguh ke Tanah Suci mengalirkan air mata - mana tidaknya kerana sesetengahnya telah membuat persiapan terakhir termasuk mengadakan khenduri!


Pada musim haji lalu, hanya 26,000 jemaah (satu peratus daripada jumlah penduduk Malaysia seramai 26 juta) berjaya ke Tanah Suci. Kerajaan Arab Saudi dilaporkan begitu ketat dalam soal kuota sedangkan sebelum ini jumlah jemaah Malaysia dianggarkan antara 40,000 ke 50,000 orang.


Kesihatan diri juga amat dititik-beratkan Tabung Haji ke atas jemaah. Setiap bakal jemaah diberikan buku rekod kesihatan yang menyenaraikan jemaah ke dalam tiga kategori - hijau (tiada masalah kesihatan), kuning (ada penyakit tetapi dalam kawalan) dan merah (berpenyakit kronik).


Bakal jemaah dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor kerajaan yang ditentukan Tabung Haji. Pemeriksaan adalah secara menyeluruh dan mereka yang berpenyakit perlu menjalani rawatan dari semasa ke semasa sehingga keadaan mereka stabil.


Pertama kali menjalani pemeriksaan kesihatan ini, saya gagal kerana kandungan gula dalam darah tinggi (diabetes) dan disuruh datang kembali selepas diberi ubat.


Pemeriksaan kali kedua saya gagal juga. Keresahan sudah bersarang dalam hati tetapi saya memujuk diri untuk sabar kerana ujian menunaikan haji memang berat. Kali ketiga barulah saya lulus.


Bersyukur kepada Allah kerana saya semakin hampir ke Tanah Suci, tetapi satu persoalan besar timbul kerana saya belum menerima surat daripada Tabung Haji menyatakan status saya - sama ada terpilih atau tidak menunaikan haji musim 1426 itu. Ohh, betapa berdebar-debarnya hati saya ketika itu! 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2021 16:17

July 14, 2021

Zulhijah 5, 1442 (Semarak Haji): The rewards for taking care of parents is equivalent to performing hajj, umra

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. 


Reflection 


The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. 



AN 'old friend' once in a while in her email 'provoke' me to write about 'my part in helping' my aging parents and what 'worldly rewards' I get or witness from it. I am reluctant because I am very shy to talk about 'my help' to them as it was nothing to shout about. 


I mean 'nothing' because they; especially my mother had sacrificed everything for me; when she did everything that she did for me – she gave up her time, her pleasures, her health – she gave up everything she had to raise me as you see me today, but I have given her 'only a little helping hand and time'. Ooh, that's unthankful and disgraceful for me... 


But recently in my weekly 'kuliah subuh' (lectures after dawn prayers), the 'ustaz' involved gave a talk about seven rewards awaited those who devoted their 'everything' including time to look after their parents made my rethink about my friend's request and thought they might help in opening up minds of some readers. 


The friend requested me to do so after reading my previous articles 'on mothers' including one with the title 'Love your mother, mother and mother' in which among others I wrote: 


"Since a few years back I was responsible for her well being, almost every Wednesday I had to take the day off to take her to the Melaka Hospital for her weekly consultation and appointment. Nowadays she needs to go to the hospital or community clinic almost daily and that this was one reason I decided to opt for an early retirement at the age of 50." 


Yes, there are bountiful rewards in this word and the Hereafter to those who take great care of their parents; what more when they are of old age but those who abandon them would see the doom in this world and Hereafter. 


Of course our parents (and we too) are getting older and older by each day. They too are getting weaker and weaker thus our help are very much needed. Regarding this, Allah SWT in the Qur'an does not advise us to offer physical help to them. Rather He says: “And your Lord has decreed that you not worship except Him, and to parents, good treatment. Whether one or both of them reach old age [while] with you, say not to them [so much as], “uff,” and do not repel them but speak to them a noble word.” (Qur’an Al-Isra' 17:23) 


 In the following verse, Allah SWT goes on to explain further how we should treat them: “And lower to them the wing of humility out of mercy and say, ‘My Lord, have mercy upon them as they brought me up [when I was] small.’” (Qur’an Al-Isra' 17:24) 


 'Lowering the wings' is a saying used to express humility. It means that you have a chance to show your power, but you refrain out of humbleness. Similarly, the word “rahmah” or “mercy” gives a connotation of someone, despite having the upper-hand, still showing kindness. 


The 'ustaz' during the 'kuliah subuh' said the seven rewards to those who do good deeds to their parents according to various 'hadiths' are: 


1. Those who take great care towards their parents, their deeds made Allah SWT happy and the reward in doing so is much more compared to the reward of going to a 'jihad' war. According to a report by both Bukhari and Muslim, a man came and asked the Prophet s.a.w. for permission to participate in jihad. He asked him; "Are your parents alive?" He said, "Yes," so the Prophet s.a.w. told him: "So perform jihad by taking care of them." 


2. The reward is equivalent to performing hajj and minor hajj (umra). 


3. They would rewarded with the bounty of Paradise. 


4. It is a reason to prolong our lives, having bounty and 'barakah' (blessed) in our properties. 


5. A very great opportunity to be admitted to Paradise; those who dismiss this chance would be at a great loss. 


6. Erasing all our sorrows and sadness but opening up to the feeling of goodness, and 'insya-Allah' (if Allah wills) we are on the road of success.


7. If our parents are please with us, then Allah SWT is also please to us; whats more we want in life other than His blessing! 


Our parents are like fields for us to gather rewards from Allah SWT. Doing good deeds to them are like opening up the gates to Paradise. He who wishes to enter Paradise through the best door must please his father and mother. 


The Prophetic tradition provides us with motivation when we find it hard to deal with our parents: In a famous narration, the Prophet s.a.w. said, “Ameen,” to three supplications made by Angel 'Jibrail' (Gabriel). One of them was, “Far away is the person whose parents, one or both of them, reach old age during his lifetime but he does not enter Paradise!” (Muslim) 


This person was given a chance to enter Paradise by being good to their parents, but they let the opportunity slip away. This person lost out because of how easy it can be to gain reward for helping them or staying in their company. The Prophet s.a.w. called out this person because it is the ultimate lack of mercy to leave your parents in their old age. 


The 'ustaz' said a son or daughter could still help his/her parents even after their death because there is a 'hadith' narrated by Abu Hurairah r.a. which said: "There are three things which continue to benefit a person after death, a recurring charitable act, knowledge which he has imparted to others from which people derive benefit and thirdly, pious off springs who continue to offer prayers invoking Mercy of Allah upon him."


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 14, 2021 16:44

July 13, 2021

Zulhijah 4, 1442 (Semarak Haji): Kritikan untuk sesetengah insan berkopiah...

 

Apa guna berkopiah, berserban jika...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawatdan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursipada penghujung setiap solat fardu (iaitu selepas solat), tidak akan menegahnyadaripada masuk syurga melainkan ianya meninggal dunia." - Hadis diriwayatkanoleh Imam Nasai' dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya daripada Abu Umamah.

*** NOTA: Sekarang susah benar nak dapat solat di masjid di negerisaya - sama ada solat berjemaah waktu (hanya 12 orang dibenarkan,manakala solat Jumaat, 100 jemaah, dulu 50 dan sebelumnya beberapa orang). Kenapa ini berlaku? 
Apa kata kita biasakan diri untuk melakukan muhasabah.
Dahulu saya perhatikan, memang kebanyakan jemaah mengikutiSOP. Ambil suhu dan tulis nama dan nombor telefon atau skanMySejahtera. Pakai 'mask' (pelitup muka). 
Namun ramai juga 'pak haji' yang pakai 'mask' di dagu (nak tutupjanggut agaknya) dan tutup mulut saja. Hidung terdedah. Kebanyakan ruang solat masjid 'air-cond', jadi semua jemaahbernafas 'udara sama' di ruang sempit pula.
Entahlah, nak dikatakan mereka yang ber'mask' di dagu atau'membebaskan hidung' perlu keselesaan untuk bercakap ataumembaca bacaan dalam solat tak juga sebab mereka bukanimam atau pentazkirah. Jadi tak tahulah sebab apa mereka pakai 'mask' di dagu. Mungkin takut kena saman kot...kalau 'penguat kuasa' datang, boleh cepat-cepat tarik 'mask' ke atas.***

SUATU pagi saya ke kedai motosikal yang biasa saya kunjungi. Pemiliknya, seorang Cina muda yang kenal benar saya kerana terlalukerap dia membaiki motosikal lama saya yang selalu rosak, sehinggatidak bimbang dia mendedahkan sejumlah rahsia kepada saya. 

Pagi itu dia menyembur saya: "Tak guna punya haji-haji pakaikopiah, selalu sembahyang punya orang tapi hutang tak nak bayar. Dah buat hutang sini, ratus-ratus ringgit tapi tak nak bayar!"

Aiii, ini sudah 'over'. Saya raba kepala, ada kopiah di situ. Mulalahterasa panas di muka. Tetapi disebabkan yakin 'semburannya' tidakditujukan kepada saya (kerana saya berurusan secara 'cash'), saya mendengar saja bebelannya.

Selepas merasakan dia sudah puas berleter, saya bertanya balik; "Ramai ke orang berkopiah buat perangai macam tu?"

"Bebelapa olang (beberapa orang). Sikalang (sekarang) ini orangkopiah ke, orang serban ke, saya tak percaya. Besar punya serbandan selalu sembahyang pun saya tak percaya. Gua bisnes 'cash' saja," katanya.

Bagi meyakinkan saya akan dakwaannya, dia memberi nama'pak haji berkopiah dan berserban' yang disenaraihitamkannya. Syukur, nama saya tak tersenarai...heh, heh, heh.

Demikianlah, apa guna berkopiah atau berserban jika kelakuandan perangai buruk kita mempalit arang ke muka orang lain di sampingmemberi tanggapan buruk kepada agama kita sendiri.

Berdasarkan ini sewajarnya 'orang berkopiah dan berserban' berhati-hati dalam tindak tanduk mereka, harap-harap kita tidakmembawa dan memberi imej buruk kepada saudara seagama danyang penting sekali Islam.

Seorang penceramah juga mengkisahkan betapa buruk imejdipaparkan oleh segelintir orang berkopiah dan berserban. Adaseorang 'pak haji berkopiah' kerjanya jual air tebu di gerai tepi jalan.Ketika menanti pelanggan, di jarinya terjepit rokok berasap. Haiii, 'pak aji' merokok di tempat awam; buruk nampaknya.
Segelintir jemaah masjid (hampir pasti berkopiah dan kadang kalaberjubah dan  berserban), sebelum sempat masuk masjid, sempat layan 'stim' (merokoklah).
Demikian juga jemaah selepas  solat berjemaah atau berkuliah. Belum sampai ke motosikal pun, sudah nyalakan api. Kemudianlayan 'stim'. Lebih malang lagi campak puntung rokok di pejalankaki atau dalam longkang.
Sejumlah orang yang dihadapkan ke mahkamah jika berkopiah.Lebih malang lagi kes dinyatakan dan tuduhan adalah berat sepertimerogol atau menerima rasuah.

Kemudian dia ternampak seorang 'pak aji' memandu kereta cantikberhenti di persimpangan jalan berlampu isyarat. Pak Aji menurunkancermin kereta, lantas membuang kulit rambutan. Aiii, 'pak aji' perbuatanseperti ini memalukan 'orang berkopiah dan berserban' lain.

Ya, membuang sampah dari tingkap kenderaan sudah biasa kita lihat. Pelakunya bukan saja 'pak aji' tetapi semua golongan. Suatu hari sayalihat seorang 'amoi' dengan gaya bersahaja memberhentikan keretanya,membuka pintu dan meletakkan cawan kertas bekas minuman di atasjalan raya. Kemudian dia menutup pintu, menekan pedal minyak dan 'blah'.

Antara 'pak aji' dan 'si amoi', yang mana agaknya kita lebih marah? Tentunya si pak aji berkopiah, kerana dia yang mempamerkan imej Islamik, menjejaskan nama dan kesucian ajaran Islam. Bagi si amoi,orang boleh setakat berkata; "muka saja cantik tapi perangai teruk" dan ini tidaklah menjejaskan mana-mana agama atau pihak.

Orang berkopiah sinomin dengan 'pak haji' termasuk yang baru balikdari Makkah musim ini. Sama seperti orang berkopiah atau berserban,orang berpangkalkan haji (dan juga hajah) pada nama mereka, perlusentiasa menjaga maruah dan perlakuan masing-masing.

Bagi orang yang ada cahaya keimanan; dia tahu kopiah di kepalanyaatau panggilan haji oleh orang terhadap dirinya berupaya menghalangnya daripada melakukan perkara-perkara tak elok. Misalnya jika matanya asyik gatal nak melihat aurat perempuan, 'kopiah di kepalanya akan mengingatkannya'; "ehh malulah jika orang berkopiah (atau haji) buat perkara tak senonoh ni."

* Demikian juga jika mahu melangkah ke tempat maksiat sepertikedai ekor atau pentas dangdut dia terhalang apabila berfikir; "eh malulah takkan orang berkopiah mahu main ekor atau berjoget."

Setidak-tidak dia akan 'campakkan' kopiahnya terlebih dulu sebelummasuk kedai ekor atau ke pentas dangdut.

Jadi kepada mereka yang berkopiah atau berserban; kalau mahupergi ke bengkel motosikal (atau pusat perniagaan lain) dan menimbunkanhutang dengan hajat tidak melunaskannya, tolonglah TANGGALKANkopiah atau serban anda terlebih dahulu!

Ini kerana dengan 'berkopiah atau berserban' tetapi berkelakuan jelek, anda telah memalukan 'pak aji-pak aji lain' dan agama Islam yang suci murni!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 13, 2021 16:45

Roslan Hamid's Blog

Roslan Hamid
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Roslan Hamid's blog with rss.