S.M. Zakir's Blog, page 5

March 16, 2010

Sayap Matahari




Aku membuka jendela pagi, cahaya matahari menerjuni dadaku menikam panasnya bak belati berbisa. Setiap hari aku rasakan bahawa bumi sudah berubah plat tektoniknya, kerana pada tahun-tahun yang lepas matahari hanya membiaskan panasnya di birai berandaku. Tetapi sekarang panasnya sudah menembusi melewati beranda dan menerjah masuk sehingga ke dalam rumahku. Benar, bumi telah berubah duduknya. Cuaca juga sudah tidak mengikut musimnya yang rutin. Dahulu aku tentunya dapat membaca akhbar sambil...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 16, 2010 18:38

March 14, 2010

MALAYSIA LUBUK PEROMPAK PENDATANG ASING

Setiap hari ada saja pecah rumah, rompak dan jenayah membabitkan warga asing. Yang biasa didengar pendatang dari Indonesia. Mungkin mereka paling hampir, paling mudah masuk dan paling ramai di Malaysia. Tetapi akhir-akhir ini pendatang asing dari negara yang jauh pun terlibat juga. Selain orang Afrika sekarang ini Arab, Amerika Latin dan lain-lain juga mula datang merompak dan membuat jenayah di Malaysia.

Minggu lepas ada dua peristiwa yang saya lalui. Pertama, ketika saya pulang dan turun dar...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 14, 2010 20:36

March 9, 2010

SUHAIMI HJ MUHAMMAD SASTERAWAN NEGARA KE-11



Suhaimi Hj Muhammad sedang berbual dengan Hj. Shamsudin Othman. Banyak ilmu sedang dikorek oleh Shamsudin nampaknya.


Suhaimi Hj. Muhammad adalah penyair yang terkenal dengan sajak-sajak surealisme. Muncul sebagai penyair yang mempunyai kekuatan dan keperibadian yang tersendiri. Nama Suhaimi Hj. Muhammad muncul dan memuncak pada era 60-an, sebaris dengan Latiff Mohidin, Muhamad Hj. Salleh dan Baha Zain. Bahkan boleh dikatakan Suhaimi Hj Muhammad dalam beberapa sudut mendahului dan mengatasi bar...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 09, 2010 17:49

March 7, 2010

DUNIA YANG BANYAK PILIHAN






Bersama Syed Amran, bersajak dan bernyanyi puisi saya bertajuk 'Puisimu' yang digubah menjadi lagu oleh Syed Amran. Dunia yang banyak pilihan.



Dialog Orang Muda (DOM) di PENA membicarakan tentang kebebasan dalam situasi dunia pengkaryaan di Malaysia. Banyak pendapat yang diberikan, termasuklah pendapat Shamsudin Othman untuk para karyawan ini membuat pilihan mahu memilih jalan ke syurga atau memilih jalan ke neraka. Begitu juga pendapat yang menyebut tentang pelbagai kekangan dari media hingga...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 07, 2010 00:57

February 28, 2010

PASCAMODEN KUTUKAN TERHADAP FALSAFAH DAN AGAMA







Pascamoden Kutukan terhadap Falsafah dan Agama merupakan buku kumpulan esei saya yang terbaru diterbitkan. Kumpulan esei ini menghimpunkan 12 buah esei, iaitu;
1. Pascamoden Kututan terhadap Falsafah dan Agama
2. Mencari Konsep Sastera Islam
3. Globalisasi, Konsep Bangsa Malaysia dan Realiti Melayu
4. Estetika Sufisme sebagai Model Estetika Sastera
5. Kesan Pemikiran dan Estetika Cerpen Penulis Muda Malaysia
6. Empat Jalur Sastera Melayu: Mencari Nilai Agung
7. Orientalisme, Weltliteratur, Gharb Za...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 28, 2010 19:25

February 22, 2010

HSPM: PENILAI PERLU DINILAI

Syabas diucapkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka khususnya Jabatan Sastera yang mengundang pandangan dan pendapat daripada penulis, editor dan penggiat sastera pada sesi dialog yang diadakan pada 22 Febrauri 2010 (semalam) di DBP. Keterbukaan DBP di bawah pimpinan Ketua Pengarah Baru untuk berdialog ternyata membuka ruang kepada hubungan baik antara DBP dan para penulis serta penggiat sastera. Tidak ketinggalan juga kepada Puan Hajah Zaiton Ajmain dan para pegawai di Jabatan Sastera yang sang...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2010 18:39

February 20, 2010

PERJUANGAN BAHASA MELAYU AD INFINITUM

Hari Pejuang Bahasa Melayu telah berlangsung pada 15 Februari 2010. Walau terdapat pelbagai tulisan dengan pelbagai andaian dan pandangan, saya suka melihat secara positif. Bagi saya usaha ini telah berjaya. Sekurang-kurangnya meletakkan garis permulaan untuk langkah berikutnya, iaitu penganjuran secara tahunan Hari Pejuang Bahasa Melayu. Soal kekurangan khalayak dan label siapa pejuang atau tidak adalah persoalan kecil yang boleh diselesaikan dari semasa ke semasa. Paling penting ialah matla...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 20, 2010 03:00

February 12, 2010

ANTOLOGI SUMPAH 152





Antologi Sumpah 152 yang siap dicetak dan diterbitkan untuk pelancaran pada 15 Februari 2010 jam 10 pagi di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka.


Sempena Hari Pejuang Bahasa pada 15 Februari 2010 ini sebuah antologi siap untuk dilancarkan. Hari Pejuang Bahasa dipilih pada tarikh 15 hb 2 adalah simbolik kepada 152 yang merujuk kepada perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia yang memaktubkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Setelah bertungkus lumus mengumpul, menyusun, mengatur huruf ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 12, 2010 06:12

January 30, 2010

HARI PEJUANG BAHASA 152

KALAM (Persatuan Penulis Kuala Lumpur) bersama PENA, GAPENA, DBP, ITNM, JKKN, KEMUDI dan badan-badan bukan kerajaan akan menganjurkan HARI PEJUANG BAHASA dengan motto 'HARI 152' pada 14-15 Februari 2010.

Aturcara;

14 Februari 2010: 8.30 malam Baca Puisi Perjuangan Bahasa Melayu di Rumah PENA

15 Februari 2010: 8.30 pagi Sambutan Pelancaran Hari Pejuang Bahasa
di Balai Tun Syed Nasir DBP (lama)
Ucap Utama Dato' Dr. Hassan Ahmad
dipengerusikan oleh...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 30, 2010 19:42

January 23, 2010

MAKYUNG DI ISTANA BUDAYA




Semalam 24 Januari 2010, saya pergi menonton Makyung Anak Raja Dua Serupa di Istana Budaya. Tentunya Rahimidin menunggu di situ. Makyung di istana budaya menampilkan Rosnan Rahman dan Juhara Ayub di samping Sabri Yunus dan sebagainya ini mengingatkan saya kepada kenangan masa kecil menonton Makyung di Kelantan. Saya tidak ingat di mana dan bila tetapi dalam ingatan samar-samar waktu kecil itu saya masih mengingati persembahan Makyung di Kelantan suatu ketika dahulu.

Ia dimainkan di lapangan te...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 23, 2010 20:57

S.M. Zakir's Blog

S.M. Zakir
S.M. Zakir isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow S.M. Zakir's blog with rss.