S.M. Zakir's Blog, page 8
July 27, 2009
TAK ADA BEBAN BATU DIGALAS

Program PENA bersama Prince of Songkhla University di Hadyai. Sekarang saya melalui PENA telah menubuhkan Kelab Bahasa Melayu di Prince of Songkhla University di Hadyai. Leceh dan lambat nak tunggu badan bahasa dan idealog bahasa bekerja, jadi saya bekerja tubuh kelab bahasa Melayu. hentam sajala labu. Ini juga bukan kerja saya sebenarnya, saja seronok nak pikul beban.
Saya mencari beban yang tak sepatutnya digalas. Minggu ni adalah minggu yang begitu memeningkan. Ada tiga artikel berat terpaksa
Published on July 27, 2009 19:41
July 19, 2009
PELBAGAI CERITA DALAM 2 MINGGU

Di Universitas Negeri Jakarta sebagai pemakalah membicarakan karya Malim Ghozali PK. Seusai acara 'hilang' membawa diri di rantau orang.
Sepanjang dua minggu ini agak sibuk dengan pelbagai aktiviti kecil. 11 Julai saya diundang ke program bualbicara Perpektif yang dikendalikan oleh Syed Faradino. Bersama saya Prof Rahman Shaari, Puan Izzah Aziz dari DBP dan Naffi Mat dari UPM. Tajuknya Pembelajaran Sastera di Sekolah. Tentunya saya mengatakan bahawa pembelajaran sastera di sekolah sekarang ini ad
Published on July 19, 2009 01:38
July 9, 2009
MARI BERLAPANG DADA
Semua orang menulis tentang ppsmi. Saya meninjau blog kawan-kawan dan isu ppsmi membawa pelbagai perasaan kawan-kawan yang mencintai bahasa Melayu dengan sepenuh jiwa mereka. Saya seperti sajak Latif Mohiddin (yang saya ingat2 lupa), lebih kuranglah bunyinya, "Bila orang duduk, aku berdiri, bila orang berdiri aku duduk". Jadi saya tidak mahu menulis panjang apabila semua sudah menulis tentang ppsmi.
Cuma ada beberapa perkara sahajalah sekadar bersantai. Terdapat ibu bapa (dalam akhbar Star)yang k
Cuma ada beberapa perkara sahajalah sekadar bersantai. Terdapat ibu bapa (dalam akhbar Star)yang k
Published on July 09, 2009 06:06
July 2, 2009
MELAYU PERNAH PUPUS DALAM SEJARAH


Bandar Ho Chin Minh (Saigon) yang dahulunya terletak dalam wilayah kerajaan Melayu-Campa Pandurangga yang kini telah pupus. Tidak terlihat lagi sebarang tanda pernah wujudnya Melayu di situ.
Bersama teman-teman PENA di sempadan Kemboja-Vietnam dalam perjalanan dari Saigon pulang ke Phnom Penh. Terselit seorang gadis khmer yang bernama Sri Phea... Sepotong Cinta di Dunia Angin...
Semalam pada 2 julai 2009, saya diajak oleh Nazmi ke Forum Ketamadunan yang dianjurkan oleh Akademi Kajian Ketamadunan d
Published on July 02, 2009 21:01
July 1, 2009
1MALAYSIA DITOLAK OLEH SASTERAWAN
Kekalutan untuk mencari definisi 1Malaysia kini melanda dunia seniman apabila kegiatan kesenimanan ini juga perlu berlandaskan 1Malaysia. Pemahamaan kosmetik tentang iMalaysia ini ialah mesti ada Melayu, Cina, India dan lain-lain etnik. Maka ditempellah wajah-wajah Melayu-Cina-India bagi melengkapkan syarat 1Malaysia. Hal ini sebenarnya hanya mengulang-ulang cara lama menggambarkan hubungan yang palsu antara kaum, namun pada hakikatnya hati setiap kaum itu tidak pernah ingin bersatu dan sentiasa
Published on July 01, 2009 20:16
June 29, 2009
TANPA KEKERASAN KARYA ADALAH PEMBOHONGAN

Dua butir batu yang dikatakan tempat pertemuan Sultan Agung dan Nyi Roro Kidul Ratu Laut Selatan (ratu alam ghaib) di Pantai Parangtritis, Jogja. Mitos mempunyai hubungan yang unik dengan politik dan kekuasaan.
Kepercayaan mengatakan bahawa siapa yang memakai baju hijau dan mandi pada malam jumaat kliwon akan hilang diambil Nyi Roro Kidul.
Shamsudin Othman bertanya kepada saya kenapa karya saya kebelakangan ini banyak mematikan watak ptotagonis. Merujuk kepada cerpen saya Kisah Sebuah Pokok, tany
Published on June 29, 2009 05:29
June 22, 2009
BACA PUISI PENA 3 JULAI 2009
Pada malam HSKU, ketika para pemenang dan panel sibuk beratur di belakang pentas, Pak Samad membacakan puisi yang keras 'meludah' Mahathir yang disebut sebagai Peludah Bahasa. Mahathir ialah satu sosok yang tidak boleh dimaafkan dalam soal maruah bahasa Melayu. Mahathirlah p...m.. yang menghancurkan bahasa Melayu. Manusia hipokrit terbesar dan tidak pernah tahu malu di atas apa yang dilakukannya. Kita harus meraikan keberanian A. Samad Said. Ayuh lahirkanlah tulisan dan sajak untuk meraikan kebe
Published on June 22, 2009 19:48
June 19, 2009
Cucu 'Sultan Hemengkubuwono' bersama isteri dan anak-anak...

Cucu 'Sultan Hemengkubuwono' bersama isteri dan anak-anak di Istana Kesultanan Solo.
Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil baru selesai semalam, 19 Jun 2009. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua. Pertama kali saya menerima anugerah puisi. Tempat utama pula, memang saya tak pernah menjangka... tak menjangka nak jadi penyair. Sekarang dah jadi penyair. Penyair muda pulak tu (sebab baru menulis puisi). Sebenarnya saya berminat membaca puisi sejak dulu. Iqbal, Tagore, Rumi, Usman Awang, Latif Mohid
Published on June 19, 2009 20:28
May 30, 2009
SAJAK-SAJAK PETUALANG: MANUSIA MIMPI

Gambar berbasikal di Pelabuhan Sunda Kelapa Jakarta.
Saya dan Rahimidin Zahari sempat menerbitkan buku puisi sebelum Perhimpunan Penulis Muda tempoh hari. Jadi dapatlah dibawa ke majlis tersebut. Alhamdulillah, terjual agak banyak juga. Rahimidin dengan kumpulan puisi Perjalanan Salik. Sementara saya dengan kumpulan puisi Sajak-sajak Petualang: Manusia Mimpi.
Sajak-sajak saya adalah satu rakaman daripada perjalanan yang dibuat di luar negara beberapa tahun kebelakangan ini. Saya memikirkan untuk
Published on May 30, 2009 22:26
May 25, 2009
Turut hadir Sharifah Khadijah dan dua orang penulis dari ...

Turut hadir Sharifah Khadijah dan dua orang penulis dari Singapura. Seorang daripada mereka turut menyumbangkan lagu puisi pada malam Baca Puisi Penyair Muda di kolam Puteri Resort. Mungkin selepas ini PENA akan mengadakan diskusi karya penulis Singapura-Malaysia melalui hubungan yang terjalin ini.[image error]
Published on May 25, 2009 20:47
S.M. Zakir's Blog
- S.M. Zakir's profile
- 46 followers
S.M. Zakir isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
