S.M. Zakir's Blog, page 10
May 4, 2009
MANA NOVELNYA, ZAKIR?

Di Pelabuhan Sunda Kelapa, Indonesia
Pesta buku telah berlalu. Banyak penerbit yang mengaut keuntungan yang lumayan khususnya dalam segmen buku cerita, novel dan sebagainya. Kawan-kawan penulis pun ramai yang sudah 'bersandar' senang melihat royalti daripada hasil jualan novel dan karya mereka. Sebagai seorang penulis, saya rasa tersisih daripada kemeriahan ini. Kenapa? Kerana saya tidak ada novel atau karya yang boleh dipamerkan di Pesta Buku ini. Soal laku atau tidak bukan soalnya, tetapi yang
Published on May 04, 2009 07:39
April 6, 2009
GERAI RM100.00 DI PESTA BUKU READ MALAYSIA

Kawah Tangkuban Perahu di Bandung
Pada 29 Mei hingga 7 Jun 2009 (10 hari) akan diadakan pesta buku Melayu & Inggeris di Dewan Konvensyen Mines, The Mines Balakong. Di samping syarikat-syarikat dan penerbit buku ternama yang hadir dengan pelbagai buku, pihak penganjur juga menyediakan meja untuk penulis, penerbit persendirian, dan orang perseorangan untuk menjual buku terbitan mereka sendiri, kaset, cd lagu atau filem pendek yang dihasilkan secara persendirian. Sewa meja ini cuma RM100.00 sahaja u
Published on April 06, 2009 21:45
March 27, 2009
HARAPAN SASTERA

Di Kota Singgora yang terletak di Songkhla, Thailand. Sejenak kami menjadi penulis yang tidak mempunyai apa-apa harapan kecuali merayap dan meneroka...
Sebulan kebelakangan ini saya kerap dihubungi oleh kumpulan-kumpulan mahasiswa yang perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah mereka. Tentunya tugasan sastera yang memerlukan mereka menemubual penulis-penulis. Mungkin kebetulan saya tinggal berdekatan dengan IPT mereka di Lembah Kelang ini, di samping sering bergelewat (bah
Published on March 27, 2009 07:07
March 11, 2009
BLOG BARU BELATI & BUNGA

Melaram di Hanzhou, China
Saya buat satu lagi blog baru, khusus untuk artikel-artikel yang berat dan panjang dan tak lalu orang nak baca. Isunya politik dan filem. Nama blognya Belati & Bunga. Kira ala-ala Guns n Roses le. Bole la hentam saja. Sebab sekarang ini orang mula susah nak dapat akhbar alternatif, dan tulisan-tulisan saya di media alternatif tentang politik itu dimasukkanlah ke blog Belati & Bunga. http://belatidanbunga.blogspot.com/
Tahniah Pejuang-Pejuang Gerakan Mansuh PPSMI (GMP). In
Published on March 11, 2009 22:40
March 3, 2009
PEKAN BARU


Pekan Baru sibuk dengan lalu lintas dan aktiviti seharian.
Sungai Siak yang menyimpan banyak sejarah. Sungai ini dahulunya besar dan menjadi laluan kepada Raja Kecil untuk mudik keluar menyerang Johor di bawah pimpinan anak Raja Bugis lima bersaudara.
Pada 20-23 Februari 2009 saya, shamsudin dan Dr. Ahmad Razali ke Pekan Baru. Shamsudin menghubungi Dr. Yusmar di sana dan berlangsunglah acara sastera yang menampilkan kami bertiga bersama bapak UU Hamidy.
Pertama kali saya berada di Dewan Kesenian Ri
Published on March 03, 2009 06:19
February 27, 2009
CERITA UNTUK NASSURY

Menerima cenderamata daripada Chamaipong Sankrajang, penulis wanita tersohor Thailand yang juga merupakan Presiden Persatuan Penulis Thailand (Semakhom Nakhian Thai).
Kata Nasurry dalam dewan ketika Seminar Sastera Thailand-Malaysia, "Demo tok leh ulas cerpen, sebab demo buke sarjana."
Kata saya, "Kawe seorang penulis. Seorang penulis ialah seorang ahli silap mata dan ahli silap mata boleh jadi apa sahaja yang dia mahu."
Dahulu Nassury sms, "Cerpen (Cerita untuk Teman-teman) demo tak sedap sebab t
Published on February 27, 2009 06:11
February 26, 2009
KOTA SINGGORA


Dalam seminar Sastera Thailand-Malaysia pada 15-18 Februari 2009 itu, penulis Thailand kebanyakan tidak mendapat banyak maklumat tentang sastera di Malaysia. Daripada perbualan dengan Kwan dan Susow iaitu dua orang penulis dari Phuket, rata-ratanya sastera di Thailand juga menghadapi masalah sepertimana di Malaysia iaitu buku sastera dicetak sekitar 1000 naskhah dan sukar henda
Published on February 26, 2009 17:14
February 19, 2009
PERTEMUAN DENGAN PENULIS-PENULIS THAILAND

Pertemuan penulis Thailand-Malaysia berlangsung dalam suasana yang penuh teratur dan harmoni
Pada 15-18 Februari 2009 telah berlangsung Seminar Sastera Thailand-Malaysia di Lee Gardens Hotel, Hadyai. Seminar ini dianjurkan oleh Persatuan Penulis nasional Thailand (Semakhom Nakjian Thai) dan Kementerian Kebudayaan Thailand. Seminar telah membawa pertemuan antara Semakhom dan PENA (Persatuan Penulis Nasional Malaysia).
Ternyata pertemuan antara penulis Malaysia dan Thailand ini sungguh menarik dan m
Published on February 19, 2009 07:50
February 11, 2009
KATA-KATA TEMAN

Orang sastera hidup dalam kota yang mereka cipta. Di sini mereka agung hebat tetapi di luar mereka bukanlah sesiapa.
Suasana sastera sekarang malap. Tidak kelihatan tulisan-tulisan yang menimbulkan fikiran-fikiran yang membicarakan polemik atau isu yang membangkitkan daya intelektual sasterawan mahupun sarjana sastera. Kata seorang teman, sarjana sastera kita sekarang mandom. Saya kurang pasti makna mandom dalam konteks makna teman
Published on February 11, 2009 22:42
February 4, 2009
DEMOKRASI MENUJU ANARKI

Kota Ligor di Nakhon Sithammarat, Thailand melalui proses pengembangan, kegemilangan dan keruntuhan.
Plato membahagikan peringkat negara kepada lima. Peringkat pertama, Aristokrasi iaitu negara yang terbaik di bawah pimpinan golongan terpilih iaitu ahli fasafah. Aristokrasi iaitu pemerintahan pihak terunggul kemudian merosot menjadi Timokrasi. Peringkat kedua Timokrasi ini, menyaksikan peralihan pimpinan kepada golongan berdarjat dan bukan lagi ahli falsafah atau pemikir. Timokrasi berakhir apabi
Published on February 04, 2009 17:11
S.M. Zakir's Blog
- S.M. Zakir's profile
- 46 followers
S.M. Zakir isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
