S.M. Zakir's Blog, page 3

June 16, 2010

KOMEN PAGI KHAMIS



Pasukan bola Sek Keb Bukit Gelugor juara sekolah-sekolah di Pulau Pinang bawah 12 tahun. Saya bermain mewakili sekolah dan daerah berpengalaman dalam semua posisi. Penjaga Gol, Back, Midfield, dan Left Wing. Jadi pemain simpanan pun ada (sebab pilihan dibuat ikut senioriti bukan merit - alasan penulis). Jersi tetap merah MU selamanya.


BOLA OH BOLA

Deman Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan kini bermula. Pusingan pertama menyaksikan pasukan-pasukan pilihan masih belum menunjukkan keupayaan sebenar...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 16, 2010 18:53

June 6, 2010

SERIGALA DAN SEKUNTUM TULIP



Alhamdulillah kumpulan cerpen saya yang kelima iaitu 'Serigala dan Sekuntum Tulip' telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan boleh didapati di kedai-kedai buku DBP pada bulan hadapan. Kumpulan cerpen ini diserahkan kepada Bahagian Penerbitan Sastera DBP pada tahun lepas, dan terbit pada tahun ini. Saya berpuas hati dengan penerbitan kumpulan cerpen ini terutama kerja keras dan dedikasi yang dilakukan dengan penuh iltizam oleh editornya Md Shukuri Hamzah. Jutaan terima kasih diucapka...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 06, 2010 08:45

June 2, 2010

KOMEN PAGI KHAMIS





Israel adalah tangan Amerika Syarikat di benua Islam. Siapa berani lawan Amerika? Al-Qaeda saja yang berani. Mengapa kita takut sangat nak sebut Al-Qaeda? Kerana kita penakut.


ISRAEL-ZIONIS MENYETAN LAGI DAN LAGI

Israel-zionis sebenarnya sudah lali dengan segala kutukan dan seranah. Hari ini mereka mengganas lagi ke atas para sukarelawan kemanusiaan yang membawa bantuan kepada rakyat Palestin yang hampir nazak di Gaza. Israel ingin melihat rakyat Palestin mati perlahan-lahan. Israel-zionis tida...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2010 18:41

May 26, 2010

KOMEN PAGI KHAMIS





penulis dijamu kemudian ditipu






PENERBIT PENIPU DAN ROYALTI KOMSAS

KOMSAS muncul lagi dengan pelbagai isu. Tetapi kali ini isu besarnya ialah soal royalti kepada penulis. Langkah Kementerian memberikan royalti kepada penerbit membuka ruang kepada penipuan penerbit terhadap penulis. Kementerian membayar 8% royalti untuk setiap karya eceran yang terpilih kepada penerbit, dan memberikan kuasa kepada penerbit untuk menentukan royalti kepada penulis. Sebuah karya terbitan PENA juga terpilih. PENA da...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 26, 2010 18:22

May 24, 2010

SAJAK







kaki langi di beting kaki






Kaki Langit

Kaki langit
di beting kakiku
senja tumbuh
dari akar bumi
meraup hitam
ke muka alamku
kau datang
mencari pintu
untuk kau ketuk
dan masuk
tetapi yang kau
temui hanyalah
rumah yang tidak
boleh kau masuki

kaki langit
di beting kakiku
huruf-huruf tuhan
di garis cahaya
menutup pintu
fikiran yang diraup
malam akar hitam
jatuh di pantai
berguling menjadi
pasir dan ombak
laut dan pantai
menjadi satu
di rumah
yang tidak
berpintu ini.


Tanjung Rhu
30 April 2010
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 24, 2010 19:44

May 19, 2010

KOMEN PAGI KHAMIS




Hubungan senusantara harus dipererat dan diperluaskan



PENYERTAAN TERBUKA BENGKEL MASTERA


Dewan Bahasa dan Pustaka membuka penyertaan untuk Bengkel MASTERA di Indonesia kepada penulis dan persatuan penulis dengan biaya sendiri. Tahun lepas ketika DBP tidak dapat menghantar peserta ke Bengke MASTERA kerana masalah kewangan saya mencadangkan agar penyertaan dibuka untuk mana-mana penulis atau badan penulis mengikutinya dengan biaya mereka sendiri. Kini DBP membuka penyertaan tersebut sebagaimana s...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2010 18:55

CATATAN PENDEK MEI





waktu seperti tangga kubur. pantas bergerak menuju mati.



Bulan semakin deras bertukar. Tiba-tiba sahaja sudah berada di hujung Mei. Sedang 2010 saya rasa baru sahaja datang. Mei bererti kita sudah di pertengahan tahun.

11 Mei saya, bersama Rahimidin, Shamsudin hadir ke Majlis Sambutan Hari Persekutuan Rusia anjuran Pusat Sains dan Budaya Rusia di Malaysia di KL Convention Centre. Saya mendapat undangan daripada Pengarahnya Mr. Mikhail Popov. Kami bertiga seperti 'three Stooges' (Haji Sham kata,...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2010 00:27

May 15, 2010

SAJAK






Politik adalah jala, kita adalah ikan





Politik

Sebutir udara panas
jatuh di tubir jendela
kamar yang terkatup suram
berguling di kaki meja
seorang lelaki mengira-ngira
apa yang dapat dibelinya
dengan kuasa di parlimen
ada papan catur
yang terbuka di mejanya
untuk membuka siasah
mencatur segenap perkara
menjadi politiknya
sekolah, masjid, kuil
balairaya, jalan, bank
mahkamah, rakyat dan parlimen
adalah buah-buah caturnya
politik menjadi tuhannya
dan tuhan menjadi politiknya
sebutir udara panas
jatuh berguling di ka...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 15, 2010 22:48

May 12, 2010

KOMEN PAGI KHAMIS

BAWA SPRM SIASAT PENGSWASTAAN DAWAMA

Pendedahan Berita Harian dalam Ruangan Sastera Rabu 12 Mei 2010 tentang kegagalan penswastaan DBP kepada Dawama Sdn Bhd harus diberi pujian yang tinggi. Pengelola ruangan sastera, Salbiah Ani yang membuat pendedahan berani itu sekaligus menjadi whistleblower harus diberi pujian yang tinggi. Kerenah Dawama ini memang telah lama dan berjuta kali disuarakan oleh para penulis. Dawama tidak mencetak buku, tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab serta mementin...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 12, 2010 17:50

May 7, 2010

Tanjug Rhu dalam puisi



Pulang dari Kota Bharu 25 april, 28 april terus pula ke Tanjung Rhu, Langkawi. Projek SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan untuk membukukan puisi tentang Tanjung Rhu. Saya seperti si miskin yang terlontar ke istana, terkapai-kapai di Resort Tanjung Rhu. Mujurlah bersama kawan-kawan 'senasib' Zaen, Shamsudin, Rahimidin, Ridzuan Harun (Ridzuan tak senasib, dia timbalan SN, kami berempat ja senasib, terkapai ternganga). Tanjung Rhu memang indah, tetapi saya pada mulanya terkapai-kapai untuk menulis sajak ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 07, 2010 21:41

S.M. Zakir's Blog

S.M. Zakir
S.M. Zakir isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow S.M. Zakir's blog with rss.