S.M. Zakir's Blog, page 6
January 21, 2010
HARI TERUS BERLALU
Tanpa sedar, kita sudah hampir ke penghujung Januari 2010. Masa semakin cepat dan tidak terasa. Dua berita sedih pada tanggal 20 Januari 2010 iaitu pemergian Dr Anuar Nor Arai dan Abu Bakar Ismail. Dr. Anuar Nor Arai sarjana dan pengkritik filem yang dikenali dan disegani ramai. Saya menerima berita tentang pemergiannya daripada Ridhuan Harun melalui sms. Kemudian masuk sms Shamsudin. Mengikut Luqman al-Jefri yang menelefon saya setelah itu, Dr. Anuar antara orang yang pertama bercakap tentan...
Published on January 21, 2010 06:32
January 17, 2010
FILEM MERANTAU WARRIOR


Pada petang 12 januari 2010 baru ini saya ke Mines. Kira-kira 10 minit saja dari rumah saya di Bukit Jalil. Selalunya saya pergi mencari barang keperluan rumah di Giant, atau membeli belah ala kadar bersama anak isteri pada hujung minggu. Pada hari kerja, dalam perjalanan pulang ke rumah kadang-kadang saya melencong ke Mines untuk menonton wayang, jika ada filem yang menarik. KLCC dan Midvalley agak sesak dan memakan belanja. Di Mines tiket letak kereta cuma RM1. Panggungnya juga tidak sesak....
Published on January 17, 2010 23:42
January 11, 2010
KALIMAT ALLAH

Isu Kalimat Allah menyaksikan kegagalan umat Islam bersatu kerana perpecahan politik. Saya tidak mahu mengulas tentang politik di sini kerana saya telah 'menghidupkan' kembali tulisan politik saya di blog 'belatidanbunga.blogspot'. Hujah yang sering diberikan sebagai rasional penggunaan kalimat Allah dalam agama Kristian ini ialah, kalimat ini digunakan di Indonesia, Arab dan sebagainya. Hujah itu tidak dapat dipakai sama sekali dalam konteks Malaysia. Saya menulis sebuah artikel untuk menghu...
Published on January 11, 2010 17:22
January 7, 2010
JANUARI 2010
Saya memulakan tahun 2010 Masehi tanpa banyak cerita. Terlebih dahulu tahun baru 1431Hijrah. 2009 Masehi dan 1430 Hijrah berlalu dengan 'keletihan'nya yang tersendiri. Saya terasa lebih ingin berehat dalam 2010 ini. Menulis dan membaca. Minggu akhir 2009 dan minggu awal 2010, saya banyak merayau sendirian. Jika ada masa saya merayau ke Megamall dan kadangkalanya ke KLCC. Tempat rutin saya kedai buku MPH atau Kinokuniya, food court dan GSC di Megamall atau TGV di KLCC. Kebetulan hujung tahun i...
Published on January 07, 2010 06:20
November 25, 2009
SEUSAI PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA-3


Sesi forum dan pembentangan kertas kerja yang penuh dan sentiasa hangat.
Sahrunizam sedang menunggu untuk memulakan persembahan.
Alhamdulillah Pertemuan Penyair Nusantara telah berlangsung dengan jayanya. En Saleeh dan Shamsudin Othman juga telah mewakili kami menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat di samping memohon jutaan ampun dan maaaf jika ada kelemahan, kekurangan dan kekhilafan kami.
Kejayaan PPN-3 ini adalah kejayaan semua yang terlibat. Saya seperti Saleeh Rah...
Published on November 25, 2009 07:11
November 11, 2009
PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA KUALA LUMPUR 2009
PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA KE-3
NUSANTARA POETRY GATHERING 2009
PENGENALAN
PENA menganjurkan Pertemuan Penyair Nusantara ke-3 (PPN3) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).
Pertemuan Penyair Nusantara (PPN) ini bermula di Medan pada tahun 2007 dengan nama Pesta Penyair Nusantara sebagai usaha untuk menghimpunkan penyair dari rantau Asia Tenggara khususnya, dan dari seluruh dunia umumnya. Acara...
NUSANTARA POETRY GATHERING 2009
PENGENALAN
PENA menganjurkan Pertemuan Penyair Nusantara ke-3 (PPN3) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).
Pertemuan Penyair Nusantara (PPN) ini bermula di Medan pada tahun 2007 dengan nama Pesta Penyair Nusantara sebagai usaha untuk menghimpunkan penyair dari rantau Asia Tenggara khususnya, dan dari seluruh dunia umumnya. Acara...
Published on November 11, 2009 17:09
November 10, 2009
ALFATIHAH UNTUK AYAHANDA RAHIMIDIN ZAHARI
Al-Fatihah untuk ayahanda Rahimidin Zahari yang kembali ke Rahmatullah pada pagi ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang soleh.
Ya Allah ampunilah dirinya dan cucurilah rahmat ke atasnya anugerahkan afiat dan maafkan dia, muliakan kedatangannya dan luaskan kuburnya, bersihkan dia dengan air rahmat-Mu dan bersihkan dia dari kesalahan seperti bersihnya kain putih dari terkena kekotoran, kurniakan kedudukan yang lebih baik dari yang ada dan masukkanlah ...
Ya Allah ampunilah dirinya dan cucurilah rahmat ke atasnya anugerahkan afiat dan maafkan dia, muliakan kedatangannya dan luaskan kuburnya, bersihkan dia dengan air rahmat-Mu dan bersihkan dia dari kesalahan seperti bersihnya kain putih dari terkena kekotoran, kurniakan kedudukan yang lebih baik dari yang ada dan masukkanlah ...
Published on November 10, 2009 07:00
November 7, 2009
AKU PENYAIR

Sebungkus Kenangan yang membakar semangat saya luar dan dalam untuk menjadi penyair; meninggalkan Sekepal Tanah, Sebenua Suluk, Setanah Nurani, Seekspresi, si al falsifusi dan semua la yang sedang tandatangan borang pencen penyair.
Saya terhenti lama menulis blog kerana sibuk menguruskan Pertemuan Penyair Nusantara di Kuala Lumpur pada 20-22 November 2009. Acara ini diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Ia merupakan anjuran PENA dengan kerjasama DBP, JKKN, ITNM. Para penyair, penu...
Published on November 07, 2009 00:37
October 20, 2009
TAHNIAH ANWAR RIDHWAN

Ini kulit edisi kedua sebenarnya.
gambar asalnya putih dengan tulisan diemboss. jadi jika lihat dari jauh kulitnya semua putih kecuali nama S.M. Zakir (kononnya macam kulit band Metallica waktu itu, yang semua hitam)
Sekalung tahniah kepada Dato' Dr. Anwar Ridhwan yang dianugerahkan Anugerah Sasterawan Negara ke-10 oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada malam tadi 20 Oktober 2009 di Hotel Palace of the Golden Horses.
Saya mengenal karya Anwar Ridhwan sejak usia belasan tahun. ...
Published on October 20, 2009 22:07
October 15, 2009
TUBUH LONGLAI SUKMA MELAYANG

Tuan Haji Shamsudin baru pulang Bandung, saya yang iri tak dapat pergi terus jawab bila Rahimidin telefon tanya 'bila balik bandung?', bukan ana sheikh tuan aji kita. Sekarang ni tuan aji pergi bandung sorang-sorang saja, tak ajak kawan dah. Heh heh rahimidin ketawa, dan seperti biasa memberi tugas lagi kepada saya untuk menulis. Tentunya saya yang tak ada kerja ni akan menulisnya heh heh saya pula yang ketawa.
Sebenarnya saya baru habis menulis artikel kajian perbandingan novel Bilangan Fu ka...
Published on October 15, 2009 20:15
S.M. Zakir's Blog
- S.M. Zakir's profile
- 46 followers
S.M. Zakir isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
