S.M. Zakir's Blog, page 4

May 7, 2010

DISKUSI DI KOTA BHARU




Membicarakan kumpulan cerpen A. Rahman CM dengan tajuk 'Di Bawah Unggun Api dari sisi Wacana Pascakolonial'.

Di Kota Bahru, saya bersama Mohamad Saleeh Rahamad dan Nasurry Ibrahim menjadi panel diskusi dalam majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Teori dan Kritikan DBP. Turut serta pegawai Bahagian Teori, Jusoh Majid. Saya dan Saleeh ditempatkan di Hotel Ridel di tepi Sungai Kelantan. Menarik juga lokasi hotel ini. Saya rasanya sudah 6 atau 8 tahun tidak pulang ke Kelantan. Tapi masa yang suntuk...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 07, 2010 21:12

SEPANJANG APRIL 2010



Berdiri: Shamsudin Othman, S.M. Zakir, Ridhuan Harun, Rahimidin Zahari.
Duduk: Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan dan Zaen Kasturi



Sepanjang April 2010 agak sibuk berkejar ke sana sini. Menyiapkan dua buku dari kumpulan esei filem untuk diterbitkan. Alhamdulillah ia diterbitkan. Juga memenuhi permintaan pengedar untuk buku-buku terbitan sebelum ini. Ia agak mengejutkan juga, kerana pada mulanya saya hanya menerbitkan kumpulan-kumpulan tulisan saya untuk dokumentasi. Tetapi apabila diterb...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 07, 2010 20:47

May 5, 2010

SAJAK PALSU

ketika saya menulis karya saya tidak menulis blog
ketika saya menulis blog saya tidak menulis karya
saya menulis blog apabila saya tidak menulis karya
saya menulis karya apabila saya tidak menulis blog
saya memilih menulis karya apabila saya tidak menulis blog
saya memilih menulis blog apabila saya tidak menulis karya
ketika ini saya menulis blog kerana saya tidak menulis karya
ketika ini saya tidak menulis karya kerana saya menulis blog
saya banyak karya apabila saya tidak menulis blog
saya tiada kar...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 05, 2010 20:07

April 18, 2010

BUKU TERBARU: FILEM DAN PEMIKIRAN




Filem dan Pemikiran menghimpunkan 17 esei filem yang tersiar di beberapa buah majalah tempatan. Tulisan-tulisan ini melihat filem dari sisi pandangan naratif, yang memperlakukan filem sebagai sebuah proses organik lebih daripada proses mekanik. Dalam kata lain filem itu wujud sebagai fiksyen etnografi. Ia menghidupkan rupa dan budaya masyarakat sekaligus menerokai semangat zamannya. Di sini filem menjadi wacana yang melihat kepada visi dan pemikiran masyarakat, di samping menyalurkan gelomban...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 18, 2010 19:02

BUKU TERBARU: SINEMA




Sinema adalah himpunan 33 buah ulasan filem yang terbit setiap bulan di majalah Milenia Muslim dari tahun 2007 hingga tahun 2009. Ulasan-ulasan ini secara umumnya melihat filem daripada landasan pemikiran sastera. Dalam kata lain pandangan seorang sasterawan yang menonton filem. Maka ia memberikan sudut dan sisi pandangan yang berbeza apabila filem dilihat sebagai sebuah karya sastera, dan diperlakukan sebagai sebuah karya sastera. Maka itu tulisan ini melihat kepada kekuatan naratif, pemikir...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 18, 2010 18:56

April 12, 2010

April 2, 2010

KEMBARA PUISI KTM-KALAM-PENA









Pada 26-28 Mac 2010 telah berlangsung Kembara Puisi melalui Kereta api Tanah Melayu. Program yang dianjurkan oleh KTM dan KALAM dengan kerjasama PENA, Esastera, Kemudi dan lain-lain mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai 73 orang peserta menyertai Kembara Puisi yang bermula dari KL Sentral Kuala Lumpur hingga Stesen Kereta Api Hadyai. Acara kemuncak baca puisi diadakan di Prince of Songkhla University (PSU), Hadyai. KTM telah menyediakan empat gerabak khas untuk membawa para peserta ter...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2010 16:40

March 24, 2010

BUKU-BUKU TERBARU







Tiga buku baru sedang dalam penerbitan. Dijangka terbit bulan april.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 24, 2010 08:14

March 22, 2010

BENCI SANGATKAH BAHASA KEBANGSAAN?

Seorang pembaca di sebuah akhbar berbahasa inggeris yang menamakan dirinya Angeline Lesslar mengkritik tindakan FINAS yang menetapkan bahawa filem yang menggunakan 70% bahasa kebangsaan sahaja akan mendapat bantuan kerajaan. Ia menyatakan tindakan tersebut sebagai suatu bentuk amalan diskriminasi. Maka ia menyatakan bahawa rakyat Malaysia ini berhak menggunakan bahasa apa pun, dan tidak harus ada keistimewaan kepada bahasa kebangsaan dalam konteks pelbagai kaum di Malaysia ini. Tindakan menet...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2010 18:57

S.M. Zakir's Blog

S.M. Zakir
S.M. Zakir isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow S.M. Zakir's blog with rss.