S.M. Zakir's Blog, page 7
October 6, 2009
TUBUH DAN SUKMA
Tadi (malam) saya kebetulan pergi makan char keuw teuw di luar. Maka tertayanglah perlawanan bolasepak Malaysia lawan Laos. Saya pun lihatlah dengan penuh semangat. Sehingga 60 min perlawanan masih seri 0-0. Malaysia serang hebat juga. Tapi masuk minit 70, Malaysia seperti kata novel shit Shahnon Ahmad mula main macam p...... Lembik, penakut, tak ada semangat dan patah hati. Saya tunggu Laos sumbat gol untuk angkat kaki. Bila Laos sumbat gol pada minit ke 80 lebih kurang saya pun angkat kaki....
Published on October 06, 2009 08:27
October 4, 2009
Buku Robert Ellwood ini banyak membanu dalam memahami fik...

Buku Robert Ellwood ini banyak membanu dalam memahami fikiran di sebalik mitos.
Saya telah berjanji dengan seorang editor yang baik hati untuk menghantar tulisan esei dalam tajuk sastera bandingan. Saya memilih untuk menulis tajuk, "Mitos dan Agama dalam Bilangan Fu dan Bedar Sukma Bisu". Di sini saya memperbandingkan antara karya Ayu Utami dan Faisal Tehrani. Ada sisi yang menarik dalam kedua-dua karya ini. Bilangan Fu menggunakan mitos untuk menerapkan idealogi spiritual kritisnya atau dalam...
Published on October 04, 2009 20:57
October 2, 2009
KELANTANISME
Pertama, saya membaca tulisan Lutfi di blognya tentang Kelantanisme. Banyak perkara yang bersalahan tanggapan di situ. Bagi saya tidak adil untuk disebut tentang Kelantanisme sedangkan ia berlaku sebagai satu sifat tabii yang sukar untuk kita huraikan. Ia bukan sahaja Kelantanisme tetapi juga Kedahisme, Jawanisme, Johorisme, Sabahisme dan sebagainya. Ketika Mahathir memerintah, Kedahisme muncul dalam wajah korporat-kapitalis kuncu Daim-Halim-Tajuddin melahap segala projek mega yang menyedut w...
Published on October 02, 2009 07:32
October 1, 2009
SALAM AIDILFITRI
Salam aidil fitri. Mohon ampun maaf zahir dan batin.
Saya kembali setelah meninggalkan blog ini hampir dua bulan. Bulan puasa membuatkan saya kurang membuka blog, berpuasa dan tidak mahu mengguris dan terguris dengan tulisan dan penulisan. Keduanya, saya menumpukan banyak masa untuk menulis karya dan tulisan. Ya, memang ketika usia saya menjangkau 40 tahun awal tahun ini. Saya terfikir tentang berapa banyak karya yang saya ada. Saya merasakan saya banyak membuang masa. Ketika saya mula-mula me...
Saya kembali setelah meninggalkan blog ini hampir dua bulan. Bulan puasa membuatkan saya kurang membuka blog, berpuasa dan tidak mahu mengguris dan terguris dengan tulisan dan penulisan. Keduanya, saya menumpukan banyak masa untuk menulis karya dan tulisan. Ya, memang ketika usia saya menjangkau 40 tahun awal tahun ini. Saya terfikir tentang berapa banyak karya yang saya ada. Saya merasakan saya banyak membuang masa. Ketika saya mula-mula me...
Published on October 01, 2009 08:03
August 20, 2009
LTTC-INTERNATIONAL CONFERENCE

Bergaya dengan Saleeh Rahamad di Seminar. Tapi sebenarnya tengah melayang merangka ucapan sebagai wakil PENA.
Pembentang-pembantang dari AS dan UK sama saja standardnya dari segi isi dan kapasiti intelektual mereka dengan sarjana-sarjana kita di Malaysia. Bezanya mereka membentang dalam bahasa Inggeris dan datang dari universiti di Amerika Syarikat dan Eropah. Jadi janganlah merasa rendah diri dan memandang tinggi sangat sarjana Barat ini. Adalah segelintir yang taraf 'superintelectual', tapi k
Published on August 20, 2009 21:28
LANGUAGE AND LANGUAGE TEACHING CONFERENCE-INTERNATIONAL

Dari kiri; saya (SUA PENA), Prof Dr. Adisa Teo (Dekan FoLA), Datuk Bandar Hatyai, John Scaco (Duta AS di Bangkok), Dr. Paul Kei Matsuda (Arizona State Uni, USA), dan Huw Jarvis (Uni. of Salford, UK).
Pada 14-16 Ogos berlangsung Seminar Bahasa dan Pengajaran Bahasa (Language dan Language Teaching - International) di Prince of Songkhla University, Thailand. Seminar ini adalah anjuran bersama Faculty of Liberal Arts dan PENA, yang turut mendapat tajaan pelbagai pihak. PENA mendapat tajaan daripada I
Published on August 20, 2009 20:25
August 15, 2009
SAJAK DI GUNUNG LEDANG
Sdr Rusdi, sudah siap lama sajaknya. cuma tenggelam sekejap di bawah sajak 'dewi'
Kabut
Kau menyalahkan kabut
saat kita tidak dapat melihat matahari
di puncak gunung purba
yang menyimpan mitos sang puteri
langit adalah sayap suci
yang menebar di kanan dan kiri
kita; ruang putih syurga
apakah kau mampu melihat
wajahmu saat putih mengelilingi
hingga seluruh tubuh kita menjadi putih
seperti malaikat yang datang dari cahaya
kau masih menyalahkan kabut
saat kita tidak dapat lagi melihat rumput
di bawah kaki kita y
Kabut
Kau menyalahkan kabut
saat kita tidak dapat melihat matahari
di puncak gunung purba
yang menyimpan mitos sang puteri
langit adalah sayap suci
yang menebar di kanan dan kiri
kita; ruang putih syurga
apakah kau mampu melihat
wajahmu saat putih mengelilingi
hingga seluruh tubuh kita menjadi putih
seperti malaikat yang datang dari cahaya
kau masih menyalahkan kabut
saat kita tidak dapat lagi melihat rumput
di bawah kaki kita y
Published on August 15, 2009 23:42
August 12, 2009
SECAWAN KOPI MANIS
Dewi
Ruang sejuk ini bukan kayangan
yang menumpahkan cetera
seorang raja pemilik kesaktian
yang mampu menewaskan
raksasa dan bota kerana mengikut mimpi
mencari puteri di negeri nan jauh
ia hanyalah ruang sejuk
tempat kita meneguk kopi
sambil menunggu pesawat
mengangkat kita ke langit
kau adalah dewi yang tiba-tiba
jatuh dari langit angan-angan
setiap lelaki yang tiba
membawa buntilan raga
dari hati yang sering jatuh dan luruh
dalam kayangan dewa dan dewi
kopiku terasa manis saat hatiku
jatuh dan mengacau gula d
Ruang sejuk ini bukan kayangan
yang menumpahkan cetera
seorang raja pemilik kesaktian
yang mampu menewaskan
raksasa dan bota kerana mengikut mimpi
mencari puteri di negeri nan jauh
ia hanyalah ruang sejuk
tempat kita meneguk kopi
sambil menunggu pesawat
mengangkat kita ke langit
kau adalah dewi yang tiba-tiba
jatuh dari langit angan-angan
setiap lelaki yang tiba
membawa buntilan raga
dari hati yang sering jatuh dan luruh
dalam kayangan dewa dan dewi
kopiku terasa manis saat hatiku
jatuh dan mengacau gula d
Published on August 12, 2009 08:20
August 8, 2009
ANTARA BANDUNG DAN JAKARTA

Angkutan yang menjadi pengangkutan umum di Bandung - murah tapi kena banyak bertanya dan bersesak.
Pada 05 Ogos 2009, saya dan Shamsuddin Othman berlepas ke Bandung untuk mengikuti Konferensi Internasional Kesusasteraan XX Himpunan Sarjana-Kesusasteraan Indonesia (HISKI). Kami cuma datang sebagai pemerhati dan penyokong kepada Saleeh Rahamad yang membentangkan kertas kerjanya. Selebihnya kami menjadi penyokong industri beli belah di Jalan Setiabudi, Chempelas, Jalan Riau, Pasar Baru, Jalan Merdek
Published on August 08, 2009 20:07
GUNUNG LEDANG
31 Julai hingga 2 Ogos, saya, Shamsudin dan Rahimidin menyertai Amiruddin di program PPJ bersama DBP Wilayah Selatan dan Perbadanan Taman Negara Johor. Setibanya di Resort di kaki Gunung Ledang, ahli-ahli PPJ telah ada. Kami menyertai mereka dan berkenalan dengan Encik Aziz, pegawai Perbadanan yang bertanggungjawab ke atas program ini.
Resort yang indah. Merendam kaki di anak sungai yang mengalir air gunung sambil anak-anak ikan kelah menggigit kaki. Spa ikan di KL RM40 sejam. Di sini rendam lah
Resort yang indah. Merendam kaki di anak sungai yang mengalir air gunung sambil anak-anak ikan kelah menggigit kaki. Spa ikan di KL RM40 sejam. Di sini rendam lah
Published on August 08, 2009 19:43
S.M. Zakir's Blog
- S.M. Zakir's profile
- 46 followers
S.M. Zakir isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
