Aku membuka jendela pagi, cahaya matahari menerjuni dadaku menikam panasnya bak belati berbisa. Setiap hari aku rasakan bahawa bumi sudah berubah plat tektoniknya, kerana pada tahun-tahun yang lepas matahari hanya membiaskan panasnya di birai berandaku. Tetapi sekarang panasnya sudah menembusi melewati beranda dan menerjah masuk sehingga ke dalam rumahku. Benar, bumi telah berubah duduknya. Cuaca juga sudah tidak mengikut musimnya yang rutin. Dahulu aku tentunya dapat membaca akhbar sambil...
Published on March 16, 2010 18:38