Al-Qasidah Al-Maymunah Quotes

Rate this book
Clear rating
Al-Qasidah Al-Maymunah: (Qasidah Yang Berkat) Al-Qasidah Al-Maymunah: by Shaykh Amin al-Jundi al-Himsi
4 ratings, 4.50 average rating, 1 review
Al-Qasidah Al-Maymunah Quotes Showing 1-7 of 7
“Konsep sejarah utama Sufi pernah juga menggunakan idea bahawa Baginda adalah sumber utama di dalam sejarah Islam keseluruhannya; dalam erti kata lain sejarah Islam tidak akan berasas tanpa dimensi yang terkandung di dalam sejarah dan hakikat Rasulullah, Sayyidina Muhammad dan juga, kita patut menyebutkan, lebih penting lagi ialah diri Rasulullah, yang menjadi idea, yagn telah diletakkan sebagai pengertian asas di dalam pembentukan falsafah sejarah Islam (Islamic philosophy of history).”
Baharudin Ahmad, Al-Qasidah Al-Maymunah
“Peri watak dirinya menyata seribu cerita budi pekertinya yang mulia. Katakan apa saja yang boleh dikaitkan dengan sifat budiman maka akan mengenai diri wataknya jua.”
Shaykh Amin al-Jundi al-Himsi, Al-Qasidah Al-Maymunah:
“Rasul Islam itu sekarang ini dianggap di dalam minda sekular moden sebagai seorang manusia, tidak lebih dari seorang manusia luaran sahaja, seorang yang bersifat bashari, seperti manusia lain juga oleh kerana bagi minda moden seseorang tidak akan lebih daripada realiti fizikal seperti yang direkai oleh konsep manusia menurut aliran pemikiran sains moden yang palsu. Jika dia digambarkan di dalam tradisi pemikiran lampau sebagai lebih daripada hakikat fizikal ini maka ini segera dianggap sebagai hakikat psiki, sebahagian pemikiran dan minda yang negatif, sebuah mimpi, dirinya yagn tersirat yang bersifat bayang-bayang belaka, penakkulan yang salah tentang sifat dan ciri dari diri akalnya di mana diri luarannya yang satu-satunya dianggap 'diri'.”
Baharudin Ahmad, Al-Qasidah Al-Maymunah
“Kaedah atau amalan atau cara ini mungkin tidak boleh diterima oleh kebanyakan orang Islam sekarang ini yang mengamalkan Islam luaran sahaja oleh kerana kebanyakan hadis Rasulullah tentang hakikat Rasulullah dianggap oleh mereka sebagai merendahkan kemutlakan Tuhan atau ditohmahkan ia muncul hasil dari rekaan musuh-musuh Islam.

Kita fikirkan bahawa, disebabkan beberapa kesilapan, ketidakbiasaan dengan hadis yang sebegini rupa dan fahaman yang bersifat esoterik itu biasanya tidak dibawa ke dalam semua rangkaian rantai penyampaian hadis itulah yang menyebabkan penolakan dan kecurigaan ini. Ini juga berpunca dari minda moden yang gagal memahami makna yang tersirat di dalam fahaman Sufi tentang konsep penciptaan, yang mana tidak pernah dipelajari atau didedahkan kepada minda orang Islam moden lalu menyababkan kegagalan mereka untuk menghargainya. Mereka tidak pernah terjumpa dengan fahaman yang sebegini rupa di dalam silibus falsafah dan sastera di dalam institusi pembelajaran moden atau di dalam sistem pembelajaran amnya.”
Baharudin Ahmad, Al-Qasidah Al-Maymunah
“Shaykh al-Jundi hanya seorang dari pewaris sastera jenis ini di dalam sejarah sastera Sufi yang muncul di dalam abad ke-19. Tema utama qasidah ini kekal di dalam rangka tradisi sastera Islam yang lampau oleh kerana tidak mungkin kekal 'tamaddun Islam' itu jika ia diasingkan dari tradisi yang menerbitkan jenis puisi yang sebegini rupa. Umumnya tamaddun agama berasaskan prinsip asal dengan aspek-aspek dan ciri-ciri baharu yang ditambah tanpa penambahan prinsip.”
Baharudin Ahmad, Al-Qasidah Al-Maymunah
“Sumber yang paling utama sebagai rujukan kesusasteraan spiritual di seluruh dunia Islam itu dan yang paling penting ialah al-Qur'an sendiri, diikuti dengan hadis Rasulullah terutamanya hadis Qudsi dan hadis yang berkaitan dengan fahaman dan doktrin spiritual. Selepas itu fahaman-fahaman metafizikal dan juga kosmologikal, doktrin yang telah dirumus oleh ahli-ahli metafizik Islam dan doktrin para wali Sufi berasaskan sumber keagamaan dan fahaman tradisional yang tidak bercanggah dengan doktrin spiritual kaum Sufi.”
Baharudin Ahmad, Al-Qasidah Al-Maymunah
“Ramai pengkritik sastera sekarang atau pengkritik moden pada masa lebih kurang lima puluh tahun yang lampau dilatih di dalam institusi pengajian (atau universiti moden di dalam bidang sastera dan sejarah sastera malah bidang kemanusiaan seluruhnya) dan mereka yang mendapatkan pembelajaran sekular serta mereka yang tidak pernah didedah kepada kepentingan dan keutamaan Rasul Islam di dalam tradisi sastera Islam, akan mendapati bahawa panggilan kepada 'seruan suci' ke atas Rasulullah sepertimana yang terkandung di dalam penulisan dan penerbitan sastera agak ganjil dan tidak realistik atau tidak lebih daripada cuma klise masa lampau melaung-laung kerana kehampaan.

Walhal sebelum zaman moden, setiap penyair atau pemikir Sufi, di dalam perbincangan-perbincangan mereka di dalam perkara apa saja pun, atau yang berkenaan dengan Islam, tidak akan meninggalkan atau menidakkan kepentingan mendekatkan diri dengan hakikat asal usul kejadian iaitu manusia utama yang digelar al-insan al-kamil (manusia sempurna walaupun makhluk). Bagi orang Islam, Rasul Islam adalah segalanya yang bermakna di dalam penciptaan. Tidak ada apa pun di dlam penciptaan yang tidak dikaitkan dengan Baginda dek kerana Baginda terlebih dahulu dikenali di dalam tradisi Sufi sebagai sumber segala jenis dan bentuk penciptaan; deminya yang dicipta awal itu telah diciptakan pula semua yang lain dan dia yang mulia itu adalah guru pada semua rasul dan nabi yang diutuskan Tuhan sebelum darinya; dia ciptaan yang awal dan terakhir sampai di dalam bentuk kejadian.”
Baharudin Ahmad, Al-Qasidah Al-Maymunah