Rasulullah Quotes
Quotes tagged as "rasulullah"
Showing 1-6 of 6
“Kesimpulannya, jika dikaji pada definisi ahlul-bait dalam hubungkaitnya dengan masyarakat Islam di Asia Tenggara ini, kita bolehlah menganggarkan betapa ramainya ahlul-bait Rasulullah serta 'peranakan' ahlul-bait baginda di kalangan masyarakat Melayu, walaupun pada zahirnya rupa, identiti, adat dan budaya mereka telah sebati dan secocok dengan bangsa Melayu yang asal. Namun begitu, darah Rasulullah SAW yang mengalir di tubuh mereka kadangkala tetap akan menyinarkan ciri-ciri istimewa ahlul-bait yang menjadi resam anak cucu Rasulullah SAW di merata pelosok muka bumi ini.
Sesungguhnya bumi Nusantara ini 'redup' dengan kehadiran ramainya ahlul-bait. Sedikit sebanyak ianya menyebabkan turunnya rahmat Allah SWT pada rantau ini, berlebih lagi jika kedapatan ramai ahlul-bait di sini yang masih tetap mewarisi kemolekan serta keelokan sifat mahupun pengamalan Islam pegangan nenek moyang mereka dari kalangan ahlul-bait 'awwalun' dari bumi Mekah, Madinah, Hadhramaut dan sebagainya.”
― Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu

“Konsep sejarah utama Sufi pernah juga menggunakan idea bahawa Baginda adalah sumber utama di dalam sejarah Islam keseluruhannya; dalam erti kata lain sejarah Islam tidak akan berasas tanpa dimensi yang terkandung di dalam sejarah dan hakikat Rasulullah, Sayyidina Muhammad dan juga, kita patut menyebutkan, lebih penting lagi ialah diri Rasulullah, yang menjadi idea, yagn telah diletakkan sebagai pengertian asas di dalam pembentukan falsafah sejarah Islam (Islamic philosophy of history).”
― Al-Qasidah Al-Maymunah
― Al-Qasidah Al-Maymunah
“Kaedah atau amalan atau cara ini mungkin tidak boleh diterima oleh kebanyakan orang Islam sekarang ini yang mengamalkan Islam luaran sahaja oleh kerana kebanyakan hadis Rasulullah tentang hakikat Rasulullah dianggap oleh mereka sebagai merendahkan kemutlakan Tuhan atau ditohmahkan ia muncul hasil dari rekaan musuh-musuh Islam.
Kita fikirkan bahawa, disebabkan beberapa kesilapan, ketidakbiasaan dengan hadis yang sebegini rupa dan fahaman yang bersifat esoterik itu biasanya tidak dibawa ke dalam semua rangkaian rantai penyampaian hadis itulah yang menyebabkan penolakan dan kecurigaan ini. Ini juga berpunca dari minda moden yang gagal memahami makna yang tersirat di dalam fahaman Sufi tentang konsep penciptaan, yang mana tidak pernah dipelajari atau didedahkan kepada minda orang Islam moden lalu menyababkan kegagalan mereka untuk menghargainya. Mereka tidak pernah terjumpa dengan fahaman yang sebegini rupa di dalam silibus falsafah dan sastera di dalam institusi pembelajaran moden atau di dalam sistem pembelajaran amnya.”

“Rasul Islam itu sekarang ini dianggap di dalam minda sekular moden sebagai seorang manusia, tidak lebih dari seorang manusia luaran sahaja, seorang yang bersifat bashari, seperti manusia lain juga oleh kerana bagi minda moden seseorang tidak akan lebih daripada realiti fizikal seperti yang direkai oleh konsep manusia menurut aliran pemikiran sains moden yang palsu. Jika dia digambarkan di dalam tradisi pemikiran lampau sebagai lebih daripada hakikat fizikal ini maka ini segera dianggap sebagai hakikat psiki, sebahagian pemikiran dan minda yang negatif, sebuah mimpi, dirinya yagn tersirat yang bersifat bayang-bayang belaka, penakkulan yang salah tentang sifat dan ciri dari diri akalnya di mana diri luarannya yang satu-satunya dianggap 'diri'.”
― Al-Qasidah Al-Maymunah
― Al-Qasidah Al-Maymunah
“Peri watak dirinya menyata seribu cerita budi pekertinya yang mulia. Katakan apa saja yang boleh dikaitkan dengan sifat budiman maka akan mengenai diri wataknya jua.”
― Al-Qasidah Al-Maymunah:
― Al-Qasidah Al-Maymunah:
“Sumber yang paling utama sebagai rujukan kesusasteraan spiritual di seluruh dunia Islam itu dan yang paling penting ialah al-Qur'an sendiri, diikuti dengan hadis Rasulullah terutamanya hadis Qudsi dan hadis yang berkaitan dengan fahaman dan doktrin spiritual. Selepas itu fahaman-fahaman metafizikal dan juga kosmologikal, doktrin yang telah dirumus oleh ahli-ahli metafizik Islam dan doktrin para wali Sufi berasaskan sumber keagamaan dan fahaman tradisional yang tidak bercanggah dengan doktrin spiritual kaum Sufi.”
― Al-Qasidah Al-Maymunah
― Al-Qasidah Al-Maymunah
All Quotes
|
My Quotes
|
Add A Quote
Browse By Tag
- Love Quotes 102k
- Life Quotes 80k
- Inspirational Quotes 76k
- Humor Quotes 44.5k
- Philosophy Quotes 31k
- Inspirational Quotes Quotes 29k
- God Quotes 27k
- Truth Quotes 25k
- Wisdom Quotes 25k
- Romance Quotes 24.5k
- Poetry Quotes 23.5k
- Life Lessons Quotes 22.5k
- Quotes Quotes 21k
- Death Quotes 20.5k
- Happiness Quotes 19k
- Hope Quotes 18.5k
- Faith Quotes 18.5k
- Travel Quotes 18k
- Inspiration Quotes 17.5k
- Spirituality Quotes 16k
- Relationships Quotes 15.5k
- Life Quotes Quotes 15.5k
- Motivational Quotes 15.5k
- Love Quotes Quotes 15.5k
- Religion Quotes 15.5k
- Writing Quotes 15k
- Success Quotes 14k
- Motivation Quotes 13.5k
- Time Quotes 13k
- Motivational Quotes Quotes 12.5k