Azizi Abdullah's Blog, page 8

December 12, 2009

Catatan Disember 2009

11 Disember 2009





Peserta Ijtimak Wehdah




Peserta Wehdah



Di Mentalon, rumah Menteri Besar Kedah berlangsung Konvensyen WEHDAH satu-satunya badan induk NGO di Kedah dengan tema "Kedah Yang Kita Mahu". Bagus juga inisiatif ini supaya Kerajaan Kedah yang diperintah oleh Pas sejak 8 Mac 2008 buka mata, buka telinga mendengar teguran dan saranan dari sebahagian rakyat.

Ucaputama Pengerusi Wehdah, Azmi Abdul Hamid baik sekali. Ucaputama yang mewakili pandangan berbagai NGO ini sepatutnya dijadikan landas...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2009 20:05

November 24, 2009

Pembetulan Dan Pohon Maaf.

Saya telah menerima banyak teguran apabila saya menulis DUNGUKAH JAIS, TERBURU-BURUKAH ASRI pada 10 November 2009, Di antara teguran yang saya terima dari Sdra Muhamad ialah teguran:

Tuan menulis "dari sudut ilmu dan ijtihad para ulama, apakah kita berpendapat Ahlussunnah Waljamaah saja yang betul, terpakai dan muktabar? Mau dilempar ke mana ilmu dan pemikiran ulama-ulama lain. Nak dihumban ke mana Hambali? Nak ditolak ke mana Hanafi dan ramai lagi pemikir, failasuf, ulama yang terdahulu yang ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 24, 2009 02:48

November 9, 2009

Dungukah Jais? Terburu-Burukah Asri?



-Azizi Hj Abdullah

Semakin hari semakin menjadi isu perbalahan Dr. Asri dengan JAIS. Sampai jadi melalut-lalut. Yang lain tumpang sekaki. Penulis juga naik semak serabut. Apalah kita orang Melayu Islam ini. Benda sebesar tahi hidungpun, nak tunjuk juara dan kuasa, sampai mempelengongkan orang awam.

Jalan selesainya mudah. Pegawai JPJ bagaimana kualitinya pun dalam kerja hal-hal JPJ, kalau tak ada lesen memandu, dia tetap salah. Polis boleh tangkap. Tapi ingat, ilmu JPJnya tidak terjejas. Dia te...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 09, 2009 20:47

November 4, 2009

Catatan Awal November 2009

3 November 2009.


Kulit buku Daerah Beta

DAERAH BETA: sebuah novel yang diangkat dari peristiwa sebenar di tahun 90an, bagaimana penduduk Bukit Merah, Papan dan Mengelembu berjuang menolak pembinaan Radio aktif yang penuh dengan bahan kimia yang merbahaya.. Lukimia telah menyerang penduduk kawasan itu. Ia menjadi daerah 'beta'.

May, gadis Cina, anak pekebun sayur menikah dengan pemuda Melayu, menjadi tonggak perjuangan, berdemonstrasi berjalan kaki berkilometer ke mahkamah Ipoh.

Terakhir, dia send...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 04, 2009 08:14

October 31, 2009

Persepsi Pun Kena Urus Juga


Persepsi Pun Kena Urus Juga
Oleh: Man Bom

Tuan Azizi,

Pertama sekali, minta maaf banyak-banyaklah kerana kirim surat ini dekat tuan. Tuan tak minta pun, saya yang terlebih hemoi. Tapi saya nak minta tolong dekat tuan. Saya mohon dekat tuan, tolong siarlah surat ini dalam blog tuan. Biar orang-orang Pas, orang-orang yang sokong Pas yang bukan Melayu, macam Ah Seng dan Muthu pun boleh baca.

Saya nak cakap tentang gambaran orang. Depa kata 'persepsi' orang terhadap Pas. Apakah kesan persepsi ini dal...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 31, 2009 00:52

October 24, 2009

Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendiri'?

Pindah ubah dari blog Faisal Tehrani:

Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendiri'?



Sudah tiba masanya PAS (Majlis Syura) secara serius menggantikan Mursyidul Am PAS yang kian hari kian nanar dan semakin tua. Kewibawaan beliau juga semakin pudar. Kebijaksanaan mencerna masalah sudah semakin terhakis. Beliau hanya mendengar 'acuman' satu pihak seakan-akan PAS hanya ada satu jalur. Beliau gagal menjadi bapa yang adil untuk semua anak-anaknya. Orang yang tidak patut dibela ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 24, 2009 16:29

October 15, 2009

Catatan Bagan Pinang Dan Selepasnya.


Port Dickson selepas subuh

Ramai yang menganggap, apabila Dun 31 Bagan Pinang kalah kepada BN dengan manjoriti lebih baik, saya jatuh demam kepialu, terkejut gajah sampaikan tidak meng 'entry' beberapa artikel di dalam blog ini. Bloger Barajiwa beberapa kali menyindir. Kalau Pas memang tentu saya melalak sakan, kata mereka.

Tidak pula begitu. Saya bukanlah bloger profesional. Ke Bagan Piang sejak 8 Oktober sehingga 12 Oktober, menginap di Aprt. Laguna Teluk Kemang, berhadapan markas DAP, malang...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 15, 2009 09:39

September 26, 2009

Apabila Mantan Presiden Umno Bersabda...

Saya berdiri di depan cermin, membelek wajah, meraba kedut pipi, melihat keputihan ubat di kepala. Lalu saya bertanya diri sendiri; apakah saya nyanyuk sekarang?

Ia bukan mustahil tapi saya percaya saya belum nyanyuk. Tapi ternyata saya sedang nyanyuk membaca berita Malaysiakini semalam (27 Sep 2009) Ini dia...

Mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Jika saya (Tan Sri...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 26, 2009 18:05

September 22, 2009

Kesan Calar Aidilfitri 1430

-Azizi Hj Abdullah

Aidilfitri 1430 sudah berlalu. Ada sesuatu yang tidak kena rasanya terhadap kemuliaan dan tuntutan aid itu sendiri kerana sikap dan cara sesetengah golongan umat Islam kita menyambut hari aid ini. Ternyata sesetengah umat Islam masih kuat berpegang kepada perkara yang tidak ada hujah melainkan terpengaruh dengan keseronkan..Hari aid telah ditunggang balik tujuan, adab, hikmah dan tuntutan yang sebenar. Golongan ini telah mentafsirkan hari gembira yang tak tahu hujung pang...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 22, 2009 22:59

September 10, 2009

Gedung Akal

(Petikan dari artikel yang akan disiarkan dalam Utusan Pengguna keluaran November-Disember 2009)

1.

Saya rasa orang-orang seperti ini ( rujuk tulisan dalam blog ini Saturday, September 05, 2009) tidak akan menuntut sebuah banglo atau sebuah apartment atau rumah kos rendah. Malah mereka tidak pernah menyembah kepada Pejabat Zakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hari ini mereka hidup, esok mereka makan apa yang boleh. Mereka tidak pernah bertanya esok hendak makan apa dan mereka tidak sedarpu...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2009 02:57

Azizi Abdullah's Blog

Azizi Abdullah
Azizi Abdullah isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Azizi Abdullah's blog with rss.