Azizi Abdullah's Blog, page 2
February 2, 2011
Tubuh Tanpa Aura

TUBUH TANPA AURA
-azizi hj abdullah
( Tersiar dalam Dewan Sastera Februari 2011)
Surinam kukenal ketika aku berpeluang ke Negara Surinam 10 tahun yang lalu dalam siri lawatan bersama sasterawan dan budayawan mencari Melayu di seluruh pelusuk dunia. Aku temuinya di Universiti Surinam dalam majlis suaikenal bersama penuntut di universiti itu.
Lima hari aku bersama rombongan mencari Melayu dan hari terakhir itu dia menangis dan hampir memeluk aku kerana dia terpaksa berpisah tapi kerana lima hari itu kami terlalu rodong dan suntung.
Surinam berusia 35 tahun, lahir di Changloon Kedah hasil perkongsian Mohd. Kabil dengan seorang pensyarah Sains Sosial bernama Sarini-Sarini warga negara Surinam di UUM. Hasil perkahwinan itu lahirlah Surinam, Mobudu Surinam. Sehabis kontrak ibunya pulang ke Surinam. Bapanya ikut bersama. Dia dalam usia belum setahun, belum pandai menyebut nasi-ubi atau babi di bawa ibu bapanya ke sana. Ketika usianya dua tahun ibu bapanya meninggal akibat kemalangan jalan saya.
Dia boleh berbahasa Melayu secara melompat-lompat. Sebutannya putus-putus. Berbadan tinggi, berbibir tebal bergigi rata. Rambutnya dijalin si Kelembai, berkulit kehitaman seperti doktor-doktor berbangsa Cylon. Tubuh yang tegap dan sasa, cergas, aku pasti jika dia ke Malaysia akan digilai oleh ramai pemuda Melayu. Ramai anak muda Melayu gila perempuan kulit hitam, berbibir tebal dan berhidung kembang dengan mata terbelelang.
“Kita pasti berjumpa lagi,” katanya sambil menyeka air mata ketika aku menunggu kawan-kawan lain menaiki bas universitinya untuk ke airport.
“Bila agaknya?” aku mengusik.
“Ketika aku jadi Melayu Malaysia,” katanya dengan tegas meyakinkan aku.
“Kenapa tidak Melayu Surinam? Bukankah di sini juga ada Melayu?”
Hahhh, apa ke jadahnya tiba-tiba Surinam beredar seperti hendak terberak dalam seluar. Punggungnya yang besar dan membincul, bergembat-gembat oleh kalut tauk langkahnya.
“Suri!” aku memanggil kuat.
Dua tiga orang kawan-kawanku ketawakan aku kerana menyangka aku gilakan seorang perempuan negara Surinam yang hitam legam. Mereka sangka gadis study sosial sains tahun tiga itu merajuk.
Bodohlah aku kalau aku menghambatnya sedangkan bas sudah mula menghidupkan injin. Masakan kerana merajuknya, sampai aku tidak balik ke Malaysia. Anak biniku mahu dilempar ke mana?
Dalam bas yang membawa kami seramai 17 orang, aku tetap terbayang wajah Surinam. Dalam kehodohannya ada manis di wajahnya jika dia merajuk. Aku tidak tahu apakah merajuk begitu menunjukkan ciri-ciri wanita Melayu?
Sejak kami bertemu dia tidak mahu berenggang denganku. Aku sangat nampak dia memiliki fasa kegelisahan yang teruk. Dia pasti merasa dirinya Melayu dan aku kerap menjadi bingung kerana dia sering menghujani soalan yang aku tidak dapat menjawab.
Bagiku bukan saja sangat sukar menjadi Melayu tetapi mahu tinggal di negara Malaysia juga satu masalah yang rumit. Ia memerlukan beberapa hal yang mesti memenuhi status kerakyatan, PR atau rakyat tumpang.
“Jangan fikir itu,” kata Surinam tiga malam yang lalu, sepuluh tahun yang lalu ketika aku bersamanya di satu warong tepi sungai. Dahinya berkilat kehitaman apabila cahaya lampu menyinar kuat.
“Habis?”Surinam semacam mampu menghuraikan semua masalah, kecuali satu. Lalu dalam keserabutan berfikir itu dia mencelah; “Aku ingin menjadi Melayu, seperti anda, seperti kawan-kawan anda, seperti bangsa anda. Bukankah ayahku juga Melayu?”
Memang benar. Permintaannya ini tidak boleh ditolak. Minta masuk Melayu bagiku samalah dengan minta masuk Islam. Ini bukan masalah bersunat, tapi masalah identiti dan roh keMelayuan, begitu fikirku.
“Suri, sulit bagiku untuk menjawab,” aku bertegas. Pada hal aku tahu Surinam ini sudah tidak ada sifat Melayu lagi. Ia sudah tengkarap. Barangkali adat Melayu pun sudah tidak dikenalinya.
Dia menyedut rokok Camel panjang-panjang dan meluahkan asapnya. “Jadi, siapa yang boleh menjawab? Ismail Hussain? Dr. Mahathir atau waris Hang Tuah?” tanyanya dengan menyebut nama yang aku tidak sangka sama sekali.
Aku menggagu. Aku tidak mau mengaitkan dengan nama-nama tersebut. Mungkin ia seorang perisik. Akhirnya malam itu, sepuluh tahun yang lalu aku tinggalkan persoalan itu kerana tidak mampu memberi jawapan.
“Dahlah...takkan si hitam legam itu pun angau sakan,” tiba-tiba Penyair Samsudin Osman mengejutkan lamunanku.
Aku terkejut beruk.
Sepuluh tahun yang lalu masih lagi segar dalam ingatanku dan apabila aku temuinya dalam Facebooknya menyatakan dia berada di Malaysia dan ingin bertemu denganku, sekali lagi aku terkejut beruk.
Memang sepuluh tahun yang lalu, Surinam berusia 35 tahun. Tapi kini tentu bersama dua atau tiga anak dan suami untuk menemuiku. Hah, aku tidak dapat membayangkan kekusamannya untuk menjadi Melayu. Mungkin telinga Surinam labuh kerana digayut subang tembaga. Mungkin lubang hidungnya semakin luas memengap-mengap. Dan yang paling aku terkesan dalam ingatan ialah bagaimana punggungnya yang menonggek, melentik keding yang jika diletak setimba air pun tidak jatuh.
“Tidak, aku belum kahwin tapi bukan pula aku menunggu engkau untuk menikah,” beritahunya sambil ketawa ketika aku menyambutnya di Lapang Terbang Sultan Abd. Halim Alor Setar. Mulutnya yang luas, giginya masih berbaris putih, sumpah, nafsuku tidak akan bangkit walaupun tidur setilam denganku.
Aku menyewa sebuah homestay murah untuknya di Arau Perlis.
“Aku ke sini semata-mata mau jadi Melayu. Engkau boleh tolong usahakan?” katanya ketika kami sama-sama makan ikan bakar di gerai tepi pantai Kuala Perlis. Bahasa Melayunya agak lancar.
Sama sukarnya hendak menjawab seperti sepuluh tahun yang lalu dan kali ini mungkin Surinam sudah bersedia. Tapi apa yang harus aku lakukan. Masuk Melayu tidak seperti memeluk Islam. Aku tidak tahu mengapa Surinam beria-ria sangat hendak jadi Melayu, sedangkan bapanya Melayu. Dari segi keturunan ia sudah jadi Melayu. Cuma kad identitinya saja yang mencatat Nasional Surinam.
“Jangan fikir tentang Kedutaan Surinam atau Kementerian Dalam Negeri atau Imigresen. Yang penting Melayukan aku dan jati dirikan aku!”
Aku semakin bingung. Tidak sampai akalku ke situ.
Oleh kerana sulitnya mendapat jawapan, Surinam Malacindia menjadi bingung berpanjangan kerana dia ditunjal-tunjal dengan pertanyaan siapa Melayu? Sememangnya pun soalan itu yang perlu dijawab sekiranya dia benar-benar mahu jadi Melayu walaupun dia keturunan Melayu. Mungkin bapanya yang sudah meninggal itu tidak sempat menceritakan siapa Melayu dan keturunan Melayu itu apa.
Aku biarkan Surinam memasang angan-angan sendiri. Aku tidak mampu memberi jawapan.
“Tidak mengapa, beri aku sedikit masa,” katanya seolah-olah ‘sedikit masa’ itu dia akan khatam bacaan sebuah kitab Melayu.
Kemudian Surinam sering bersendirian mengunjungi muzium yang rasanya semua manusia di bumi ini mampu menjawab pertanyaan itu. Muzium itu muzium lama yang tidak pernah berkarat. Ia tidak berpengarah dan berkakitangan. Ia memiliki skrip sejarah dan bukan artifak dari atap pahatan seperti batu bersurat. Ia diperbaharui oleh catatan dan peristiwa setiap masa. Muzium itu membuka pintu bagi sesiapa saja memasukinya.
“Saya sudah menemui jawapan soalan itu,” tulisnya di dalam Facebook.
“Di mana?” aku hairan kerana dia telah menemuinya.
“Sejarah! Sejarahlah yang akan memberi jawapan!” tulisnya lagi.
Haram tidak pernah terfikir olehku bahawa muzium yang bernama sejarah adalah bank maklumat yang sangat tepat dapat memberi jawapan tentang siapa Melayu. Sayang aku sendiri tidak pernah menjenguk muzium sejarah itu sedangkan bangsa manusia yang memiliki jatidiri dan identiti sering menelaahnya.
Surinam seperti pelajar universiti yang mahu menyiapkan tesis PhDnya. Dia menuju ke mana-mana daerah muzium sejarah mencari jawapannya. Dia menyusuri semua tapak ekologi, bangsal ekosistem, memasuki pondok biologi dan artifak-artifak. Akhirnya ia sampai ke pintu terakhir muzium sejarah lalu diketuknya.
“Hai, hallo! Hallo!” dia mengetuk dan memanggil seseorang di luar adat resam Melayu itu sendiri.
Tidak ada sesiapa pun menjawab. Panggilan hallo bukanlah wajib menjawabnya barangkali. Muzium sejarah itu kosong, lengang dalam keadaan lapang. Tiba-tiba Surinam terpisat-pisat. Dia tidak tahu lorong dan arah mana hendak keluar. Muzium sejarah itu ternyata sangat banyak pintu. Tak terfikir berapa usia muzium sejarah itu sedangkan dia berusia 45 tahun sudah terasa cukup lama.
Surinam memang terpisat-pisat dalam debu dan sesawang muzium sejarah itu bagaikan ditolak oleh serombongan bangsa yang berhadapan dengan paradigma zaman yang kian terkopak batas-batas kedaulatan ekonomi, politik, sosial, budaya yang selama ini dibenteng oleh tenaga tradisional. Ia dari gejala yang melanda papan tanda apa yang dikatakan Eropah dan Barat.
Surinam menelaahnya dengan tekun. Bangsa Amerika yang hebat kerana kuasa. Dia mampu membunuh manusia di negara lain dengan keputusan senet. Ada bangsa yang sangat gah dan hebat kerana keberanian telanjang di sepanjang pantai. Ditelaahnya lagi; ada bangsa yang hebat kerana uranium. Ada bangsa yang sudah maju sampai tidak perlu lagi keluar dari kamar tidur ketika dunia kabel dan satelit boleh membawa seseorang melintasi jarak waktu sepantas cahaya.
Dalam sesat tanpa ketahui pintu mana yang dimasuki dan pintu mana pula hendak keluar, Surinam terus menerus mencari Melayu dalam muzium sejarah itu.
“Saya mula temui Melayu,” tulisnya melalui Facebooknya kepadaku dan dia minta aku bertemu dengannya kerana ada perkara yang hendak dibincangkan.
Dalam pertemuan di Restoran Old Town sambil makan-makan Beefsteak, Surinam berkata kepadaku; “Engkau tidak harus berbangga dengan penemuan aku ini. Engkau tidak ada dalam fasa ini,” katanya.
Haram jadah punya Melayu negara Surinam ini. Kenyataannya yang jujur ini aku tidak boleh terima. Kalau dia tidak ada imuniti pelancongan, mahu aku tendang biar terperosok ke bawah meja.
“Saya temui Melayu di zaman Tom Pires 1512-1515 yang pencemburu. Kemudian Duarte Barbossa menyatakan bangsa Melayu tinggal di rumah besar, banyak kebun, kolam air. Banyak pelayan dan isteri. Tampil dalam semua pekerjaan, terlatih dalam kadar kebencian, gagah berani.”
Aku biarkan Surinam bercakap seorang seperti aku melihat seekor kucing sedang menokak tulang kepala ikan yang dilemparkan oleh sekeluarga di meja depanku.
“Tapi saya hairan pula, mengapa Raffles berkata....”
Aku terbatuk berkali-kali sampai menyebabkan Surninam terhenti.
“Teruskan.”
Dengan membuntang mata dan bibir tebal, ekor kain skaf di atas kepalanya ditiup angin, Surinam menyambung: “Riffles kata Melayu relatif primitif. Punya gagasan sederhana. Kerana tidak ada sistem undang-undang yang ditetapkan, punca utama Melayu merosot dalam perwatakan.”
Aku membeliak mata kepada Surinam tapi tidak dapat mengalah buntangnya kepadaku. Aku dapati Surinam semakin hampir untuk menjadi Melayu apabila dia amat berkenan tentang sifat sabar, lemah lembut, penyayang, menghormati sesama insan, iklas, jujur, amanah yang walaupun menurut kata Riffles semua itu kerana pengaruh Islam.
Surinam nampak lebih terbuka lagi dan ia seperti mahu esok hari mengisytiharkan dirinya sebagai Melayu di Malaysia. Dia beria-ria mengatakan perubahan yang ketara orang Melayu hanya apabila orang Inggeris datang seperti kata Clifford dan Swettenham.
“Tengok, orang Melayu berkulit sawo matang. Gempal, tidak macam saya, jujur dan menyenangkan, sering tersenyum Hampir semua lelaki berani, tidak ada sikap hamba. Hahhh!”
Aku bagaikan hendak memeluk Surinam kerana pujiannya yang tinggi. Aku kira di antara tafsirannya itu tentu sekali termasuk aku. Mahu aku akan menyuruhnya bersenam dan berdiet supaya badannya sedikit kurus. Aku mahu menikah dengannya.
"Tapi...” tiba-tiba Surinam mengerut wajahnya. Sangat jelik apabila kulit wajahnya dikendurkan sehingga menampakan garis-garis kedut. “Saudara kenal Ubadu Salam?” tanyanya.
Masakan aku kenal Ubadu Salam, penuntut tahun akhir Islamik Study di UIA. Ubadu Salam juga rakyat negara Surinam, sudah empat tahun di Malaysia. Dia selalu bertemu aku kalau ada forum berhaluan kiri di UIA.
Surinam Malacindia mengeluarkan sekeping kertas dan menunjuk padaku. Aku hampir hendak ketawa apabila yang tertulis itu sebuah puisi Sasterawan Negara Dato” Usman Awang berjudul ‘Melayu’. Dibacanya:
“Malangnya Melayu itu kuat bersorak. Terlalu ghairah pesta temasya, sedangkan kampung telah tergadai, sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual. Meski telah memiliki telaga, tangan masih memegang tali, sedang orang mencapai timba. “Apa maknanya ini?” tanyanya.
Belum sempat aku menjawab, Surinam memetik ibu jarinya minta pelayan gerai ikan bakar datang untuk membayar harga makanan. Aku menegah agar aku sahaja yang membayar tapi Surinam berkeras. Kali ini biar dia sahaja yang bayar, katanya tetapi nada itu penuh kekecewaan.
“Kenapa boleh jadi begini?” tanyanya dengan sedikit sebak. Raut wajah ala kenegroan tidak pun menampak sedih.
Aku tidak mampu menjawab.
“Memang benar saya masuk ke muzium sejarah. Tapi belum habis zamannya, saya sesat, menjadi kabur. Pahlawan Melayu dalam sejarah mula bertukar menjadi lanun, perompak,” kata Surinam. Dia berdiri di tepi tembok mengadap laut. Dibiarkan angin Kuala Perlis menyapanya dan aku mendekatinya bagaikan seorang kekasih hendak memujuk.
“Apa yang terjadi kepada bangsa sendiri. Sejarah masakan berbohong,” Surinam bagaikan seorang pensyarah tapi tetap memandang laut.
Aku yang sangat buta sejarah merasa tidak ada apa-apa seperti yang dicakapnya. Sepasang muda mudi yang berpegangan tangan melintas di depan kami. Mereka agak hairan melihat aku boleh berada di sisi Surinam yang hitam legam, yang tembun gedebok macam guni beras.
“Sejarah mula menukar kehebatan Melayu. Sesama orang kuat berkelahi. Yang kaya semakin haloba. Orang berilmu saling cemburu. Rakyat menjadi terhincit. Penguasa memelihara kroni dan berlumba-lumba menutup duit rakyat yang dikorup. Pemimpin dari berbagai parti tak tahu harga diri,” Surinam seakan melempar bait puisinya ke lumpur pantai yang airnya surut memanjang.
“Inikah kehebatan Melayu. Siapakah mahu membayar harga proses ini? Jawapannya tidak ada. Semakin lama aku dalam muzium sejarah, membaca dokumen dan artifak, monumen dan teks budaya, puisi klasik dan hikayat, aku melihat semakin jauh bangsa melayu tertinggal. Maka apakah...”
“Patut Suri menjadi Melayu, gitu?” aku cepat mencelah.
“Ubadu Salam di mana?” tanyanya.
“Dia di kampus. Dia pernah SMS padaku bertanya, jadikah engkau masuk Melayu?”
“Dia pun bercadangkah?”
“Apanya?”
“Menjadi Melayu.”
“Aku rasa tidak ada dalam kamus hidupnya, malah dia sangat fanatik dengan bangsanya. Pertanyaannya tentang engkau, macam mencurigai.”
Di dalam kereta Surinam menangis terisak-isak. Aku tahu sebabnya. Azamnya yang sangat kuat hendak menjadi Melayu telah diguris oleh cacatan yang tersimpan dalam muzium sejarah. Sungguh tidak disangkanya perwatakan Melayu yang diimpikan akan menjadi salah seorang hero di abad ini telah dimusnahkan oleh penyimpangan watak orang Melayu sendiri di abad 20, hanya kerana kurang wawasan tentang ilmu kemasyarakatan, penalaran bebas dan lupa kepada sejarah Melayu sendiri.
“Barangkali Suri percaya bangsaku mirip orang Negro Amerika?” aku bertanya. Kalaulah ia berkata ya, akan kubrek kereta dan akan kuterajang Surinam ini.
Memang aku bodoh dengan sejarah. Tapi Ubadu Salam, lelaki berusia 40an yang sesekali menampakkan anginnya cenderung kepada Surinam selalu memberitahu padaku, Surinam mungkin seorang pengintip dalam kerangka menjatuhkan bangsa Melayu dari martabat dunia. Ubadu Salam memberitahu kepadaku, ketika Surinam hendak datang ke Malaysia menemui aku, dia bertanya apa yang utama dia mengetahui?
Dan kemudiannya apabila Ubadu Salam mengetahui Surinam datang hendak menemui aku, dia mencemuh Surinam walaupun rakan senegaranya seperti dia mengharap sesuatu dari Surinam.
“Zek, bapaku orang Melayu. Aku berbaka Melayu dan kemudian aku hilang aura Melayu. Akulah tubuh tanpa aura. Tapi masakan aku mahu menghina bangsaku sendiri. Apa yang aku lakukan, aku mahukan auranya jika tidak pun identiti atau jatidiri,” dan entah rasukan apa, di luar dugaanku sama sekali, Surinam yang aku jijik dengan bentuk tubuh dan memek muka berbibir tebal ini meletak pipinya ke bahuku. Manja dan ia menangis.
“Kenapa?”
“Aku mula sedar, tidak ada pintu masuk menjadi Melayu. Kerja aku sia-sia,” katanya.
“Tidak. Bukan sia-sia. Ini bukan mustahil. Engkau sudah pun Islam. Perlembagaan negara kami Islam dan Melayu adalah bangsa Melayu,” aku meyakinkan Surinam sedangkan sebelum ini aku tidak ambil peduli. Aku lajukan kereta sedikit kerana malam sudah larut. Tidak baik kalau jiran sebelah homsteynya melihat aku menghantar Surinam seorang diri.
Aku memberi keyakinan secara logik. Jika bapanya sendiri orang Melayu tulin dan dia sendiri lahir di Changlon, tidak ada sebab dia tidak boleh dinamakan bangsa Melayu. Bangsa Melayu berasal dari keturunan, bukan permintaan.
“Zek...” Surinam memeluk aku sehingga pegangan stereng aku tidak terkawal.
“Saya boleh sediakan surat-surat dan dokumen.”
“Insyaallah.”
Kira-kira jam 1.20 minit malam kami sampai di homestay dan Surinam memberi ucap selamat malam yang sangat istimewa kepadaku. Dalam perjalanan pulang aku terfikir juga bagaimana mau menghapus bau minyak wangi buatan Surinam. Wanginya tidak ada pada minyak wangi di Malaysia. Isteriku tentu mensyaki sesuatu.
Biarlah malam ini tubuhku tanpa aura.
Pagi, selepas subuh aku dikejutkan dengan berita di Warta Berita TVI. Seorang pelancung perempuan warga negara Surinam didapati mati tergantung di bilik air.
Ya Allah...
Sehabis Warta Berita, HPku berbunyi. Nama pemanggil Ubadu Salam. Suaranya sangat ceria dan seperti berpuas hati memberitahu Surinam didapati mati tergantung di homsteynya.
Innalillahi wa inna ilaihi raji`un.
------------------------------------
Bahan rujuk:
• Mitos Pribumi Melayu, DBP-Kementerian Pendidikan Malaysia 1991
• Menjadi Manusia Indonesia, Radhar Panca Dahana LKiS Yogyakarta,2001
Published on February 02, 2011 01:41
January 22, 2011
Riaksi Terhadap Nik Aziz: Ia Adalah Cerminan Fikiran
REAKSI TERHADAP NIK AZIZ: IA ADALAH CERMINAN FIKIRAN
Apabila saya menulis di dalam blog ini tentang 'Pertemuan Blogger Dengan Kerajaan Kelantan' pada 15hb Januari 2011, ia telah mendapat reaksi yang mencerminkan kematangan berfikir dan kecangkatan, kebebalan fikiran dan sikap.
Tidak matang berfikir, bebal dan tidak berilmu secara telah mencerminkan betapa sebahagian besar kita (tentu sekali Melayu/Islam) masih diserkupi dengan jumud, terperap pemikiran, beremosi 'benci yang amat sangat' menguasai kewarasan.
Tentulah sangat dukacita, dalam era gerbang maya ini masih ada orang-orang (Melayu/Islam) yang dikuasai kebebalan kerana malas membaca, malas berfikir dan minda tidak terbuka.
Puncanya satu. Apabila saya menjawab komentar Usin 12:45 am. Usin menampakan kematangan kerana beliau membuat komen terhadap Kerajaan Pas Kelantan, malangnya lain dari itu tulisan itu penuh dengan emosi dan pandang jahat.
Apabila saya menyebut Nik Aziz itu sebagai manusia ZUHUD, maka muncullah komentar 'bebal' yang menampakan sempitnya cara berfikir. Lantas tohmahan terhadap Nik Aziz ditulis secara melampau dengan kata-kata 'Zuhud Kambing' 'Maki orang' 'Bapa sesat,' dari Anonymous 11;50. Kemudian dikatanya lagi 'Serban besar bakul tapi perut busuk macam najis, Anonymous 11;54. Kemudian Anonymous 9:45 am dari Jab Suka Pungkok mengeluarkan perkataan yang mencerminkan tidak matangnya kita berfikir.
Jika anda pernah membaca kritikan saya terhadap Pas, termasuk kepada Nik Aziz, anda akan berjumpa beberapa teguran, kritikan, hentam terhadap mereka. Saya tidak pernah memuja Nik Aziz dan Pas tidak semuanya betul. Jika anda membaca tulisan Dr.Kasim Ahmad berkenaan Najib, Kasim juga mengakui bahawa pada asasnya manusia tidaklah semuanya sempurna. Begitu juga dengan Nik Aziz.
Bagaimana dengan zuhud yang saya namakan kepadanya?
Ini adalah pandangan saya hasil dari penelitian gaya hidup, cara berfikir ketika beliau sedang berada di tengah gelombang politik, demokrasi dan material. Tapi rupanya mereka yang menyanggah dengan bebal dan emosi meluat tidak merujuk kepada pengertian zuhud.
Nik Azizlah yang menjadi sasaran komentar bebal dan tidak berilmu ini, bukan berhujah apakah sebenarnya ia zuhud atau materialistik.
Saya dukacita dan merasa terpanggil kepada mereka ini. Demi Allah, tidaklah bermaksud supaya mereka tunduk menjilat ludah Nik Aziz atau mencium tangannya. Tapi marilah kita menjadi orang yang berfikiran terbuka, matang melalui ilmu dan bukan beremosi bebal.
Saya juga tidak mahu mendesak supaya percaya kepada Nik Aziz, tapi tidak bolehkah kita bersikap terbuka, lega dan lapang berfikir di era dunia maklumat ini?
Kepada mereka ini saya syorkan mendapatkan buku KEPIMPINAN TOK GURU NIK AZIZ, Mengikut Pandangan Sarjana Kepimpinan Besar Sepanjang Zaman.
Membaca itu pintu pengetahuan alam.
Saudara! Jangan jijik, jangan bebal apabila mendengar nama Nik Aziz. Ajaklah hati dengan tenang, ajak fikiran secara terbuka, maka bacalah buku kecil setebal 76 muka, manakala bahan rujukan muka 77- 82, termasuk rujukan Yusuf Ali M.A. The Holly Qur`an.
Sdra, janganlah bebal. Mari tenangkan emosi!
Saya tidak minta anda percaya kepada buku ini, Tapi saya minta anda hormati bahan kajian sarjana, orang bijak pandai, rujukan hampir 100 buku.
Bukui ini ditulis oleh Sarjana Shaharir Mohamad Zain Mantan Prof. Matematik-Fizik Universiti Kebangsaan, Universiti Malaysia (UTM) dan Mantan Presiden Akademi Sains Islam Malaysia. Rujuk Biografinya untuk mengetahui kehebatan beliau.
Prof Shaharil Mohamad Zain
Prof Shahrir ini bukan ulama. Dia sarjana Matematik-Fizik yang tidak pernah tahu berapa hasta serban Nik Aziz. Tapi sebagai sarjana, dia telah membuat kajian bersifat adil, terbuka, tidak emosional, tidak fanatik. Dia juga bukan orang Pas.
Sdra! Juga saya tidak paksa sdra percaya, tapi bacalah dengan sifat intelektual, bacalah dengan kritis. Tak tebalpun. Kalau malas-malas baca, dua hari boleh habis. Kalau anda kaki membaca, tiga jam habis.
Baca dan kemudian berfikir, apakah tohmahan tentang 'serban Nik Aziz, kaki bohong, suka mengata kat orang, bodoh memerintah, Kelantan tak boleh maju' akan terjawab apabila anda membaca bab; Gaya Kepimpinan Nik Aziz Yang Serasi Dengan Jiwa Melayu, Aksiom Kepimpinan Sarjana Tamadun Islam dan Kepimpinan Nik Aziz, Kepimpinan Nik Aziz Mengikut Bukhary al-Jawhary, Aksiom Kepimpinan Barat Mutakhir dan Kepimpinan Nik Aziz, Cakravantin dan Kepimpinan Melayu Kini dan Natijah Kepimpinan Nik Aziz.
Sekali lagi saya minta saudara jangan emosional dan jangan bebal. Saya percaya apabila anda menbaca ini setidak-tidaknya anda terfikir dan tertanya apakah anda adil menganggap Nik Aziz seperti anda tohmah itu? Kecuali jika anda hanya mencemik bila melihat buku ini dan terus bebal mengatakan Nik Aziz 'Zuhud Kambing.'
Saya tidak membela terhadap kritikan blog saya. Saya terbuka. Tapi saya amat kasihan dan bersimpati kepada saudara dan kawan-kawan yang tidak terbuka fikiran, bersifat bebal dan masih menjadi golongan yang tidak pernah tahu pemikiran orang lain.
Memang benar, Profesor Shaharir bukan Qaradawi atau Mahathir. Tapi bagi mereka yang menghormati ilmu, ternyata Prof Saharir bukan calang-calang orang. Pendapat dan penulisannya bertaraf dunia, lainlah kalau saudara masih juga bersikap bebal menolak dengan kata-kata; piirraaahhh!
Ini adalah analisis secara akdademik, bukan ulasan dari penyokong atau pengampu. Dia bukan lebai pondok Paya Tumbuh, tapi pakar Matematik-Fizik yang bukan sekadar matematik 2 x 5= 10.
Bacalah! Setidak-tidaknya anda akan mendapat keadilan berfikir. Saya sangat mengalu-ngalu pemikiran kritis tetapi bukan bebal. Kemudian terpulang kepada anda sama ada menerima atau menolaknya.
Kepada Jab, dapatkanlah buku kecil ini. Kalau sukar nak dapat, hubungi saya. Saya boleh sedekah.
Salam.

Published on January 22, 2011 05:32
January 21, 2011
SANG PENDEKAR

-Azizi Hj Abdullah
Aku tidak tahu dia berasal dari mana, berguru dengan siapa lalu dia dinamakan ' Pendekar.' Melihat sosoknya yang koro, bongkok cengkung aku nyaris-nyaris menamakan dia pendekar silat pulut.
Aku juga ragu menamakan dia pendekar walaupun namanya Pendekar.Aku tidak tahu dia sarjana silat kelas berapa. Lalu aku sebut saja Pendekar ini secara pendekar Randai Piring Si Pulut Kuning. Biarlah aku tidak memahat dalam baris, berkata dalam pusaka. Biarlah aku tidak berpegang kepada musuh jangan dicari, bersua jangan dielak atau kail sebentuk umpan seekur, sehari putus, sehari hanyut.
Kusebut saja dia Pendekar Pulut Kuning Si Pondan Sumbing, walaupun dia ada berkebolehan gerak awal,gerak tengah, gerak akhir. Dia memang berkebolehan memulih kadar nadi, membuat telapak sama paras dengan bahu,memusing telapak kanan arah belakang lalu menyiku sama paras dengan bahu.
Aku tahu dia berkebolehan duduk sesujud, tangan separas dada dan telapak memegang piring kemudian memusing telapak melawan jarum jam. Tapi dia Pendekar yang emosional, kerana itu aku pooorrraaahhh! Perangainya huduh dalam gelanggang. Dialah bukan disesar gunung berlari, hilang kabut pun masih tak nampak. Dia bukan tidur diperkalang, tidak juga berjalan dipertongkat.
Dia pendekar yang hanya tahu menepis, tidak menghibu. Dia tahu menghanduh tapi tak kuat merengkuh. Dia pendekar berhujahkan perkara dan akta.
Begitu anggan mereka yang selalu menjadi pemerhati gelanggang bersilat itu.
Memang dia diberi kuasa menggelanggang bersama anak buah pesilat yang tak tamat bertauliah. Mereka selalu buka langkah mengikut rentak gendang sumbang yang ditabuh oleh budak-budak yang hingus meleleh. Adalah lebih kurang seratus tetapi selalunya tidak hadir semua kalau tiba waktu silat.
Gelanggang itu kepunyaan seorang guru yang tidak memiliki ijazah 'maha'. Manakala tapak itu dikawal oleh seorang penyangak kawasan luar yang bernama Yahud Ocpa, selaku penasihat.
"Pendekar!" begitu disebut apabila mula berada dalam gelanggang.
Dia pun memuncungkan mulutnya. Perasan gila meroyan naik ke kepala. Megah separuh dunia. Maka dengan pongah, selendang yang diselempang di bahu itu dipegang-pegang.
Tapi jadahnya sejak akhir-akhir ini dia semakin gila sasau. Dia terasa pendekarnya tidak mampu menepis apabila beberapa orang lain yang bukan ahli masuk gelanggang.
Mengikut peraturan memang dia kena terima kemasukan mereka ke gelanggang itu. Mereka bukan calang-calang pendekar. Mereka terpilih menjadi pesilat. Tepis terajang mereka memang sakan terutama Pak KS, Kiyai An, Tetuan S dan Anak Muda Julung Berkeris.
Sepenggal dia menjadi pendekar tak diberi pun keris. " Kamu tidak layak diberi keris," kata Yahud Ocpa, penasihat gelanggang.
"Kenapa Tuan?"
"Engkau emosional. Muncung mulut kau pun sudah tahu, kau orang emosinal. Dibimbangi ketika bertepis terajang, kau guna keris. Mampus semua!"
Maka selepas itu Pendekar menjadi pendekar tak berkeris. Dia asyik main tepis-tepis sahaja walaupun kadang-kadang dia menepis angin dan sesekali menepis air liurnya sendiri. Dia tidak mahu pendekar yang masuk ke gelanggang yang bukan dari kalangan ahli Yahud Ocpa bertikam-tikam ke tepi ke tengah begitu saja. Dia mesti menghalangnya dengan tepis terajang. Jika tak terdaya, dia akan guna peraturan dan akta. Pedulikan tuduhan berat sebelah.
Memang pun dia tahu dia berat sebelah. Memang dalam gelanggang yang diperhati oleh Sang Guru dan Yahud Ocpa kena berat sebelah. Kadfang-kadang sampai berat dua bela. Dunia mencemuhnya dan memang Pendekar tahu orang mencemuhnya, meluat kepadanya. Tapi dia ada alasan. Kalau puak Penghakim Penghakam mengadili pesilat dan pendekar boleh menggunakan 'tak relevan, tak relevan' sebagai pemati hujah, maka dia juga mampu menggunakan hujah lain yang menasabah. Dia akan pakai 'menurut akta- mengikut peraturan.'
Satu hari berlakulah pertikaman dan tepis menepis. Silat harimau Putih dan Gayung pun berlaku.
" Anda tidak boleh berguling?" demikian dia menempik Pak KS yang berjanggut bermisai itu. Puncanya kerana Pak KS menggunakan silat Harimau Putih untuk membantah kependekarannya.
"Kenapa?"
"Menurut peraturan gelanggang, anda tidak boleh guna guling anak harimau. Itu silat Harimau Putih, di sini tidak."
Maka hari itu gelanggang pun riuh dengan sorak dan tepis menepis, elak mengelak, tendang menendang. Pendekar yang sememangnya kurang pendekar cukup tidak termampu hendak mengelak serangan dari empat pendekar itu. Dia mula lelah tetapi sangat malu hendak memberitahu dia lelah. Masakan seorang pendekar boleh semput dalam gelanggang.
"Pendekar, menurut peraturan, kami boleh Balik Kuang, kami boleh Cekak Musang, kami boleh Kunci Kalimah Mim dan kami boleh Guling Tenggiling! Ini buah-buah Silat Harimau!" kata Anak Muda Julung Berkeris sebagai membela kawannya.
"Tapi anda melanggar peraturan. Banyak perkara kamu dedah tentang persilatan dalam gelanggang ini yang tak sepatutnya kamu dedah. Ini rahsia. Malu kalau orang tahu!" kata Pendekar lagi dengan penuh emosi.
Maka berlakulah tepis menepis yang anih antara Pendekar tak berkeris dengan pendekar yang bukan dari kalangan anak buahnya. Dia melompat dengan kependekaran lelah, terangguk-angguk penat. Dia mengompol segala akta dan peraturan untuk ditepis ketika yang berempat itu menerajang atau penyepak.
Pemerhati di tepi gelanggang melihat penuh jijik. Tidak ada seni persilatan langsung dalam gelanggang itu. Pendekar yang kononnya pendekar tidak lngsung mengguna pendekatan mahabbah. Dia sering mengeluarkan peraturan dan akta.
"Hahhhh!" dia menempek dan menyebek-nyebek kerana penat.
"Heeeeeh!" pendekar berempat yang tidak pernah mendapat keadilan bergelanggang itu menjawab balik.
Maka atas kuasa sebagai pendekar dalam gelanggang yang mulia itu, berlakulah satu perlawanan tradisi yang tidak mempunyai seni langsung. Pendekar melibas Gunting, Pak KS mengeluar Buah Penggerun.Kiyai An melibas Amuk Harimau, Pendekar membuat Gerak 7 Penjuru.
Melompat pula Tetuan S, Pendekar mengeluar Telunjuk Tahaiyat. Di serang dengan Buah Sayap Kuku Harimau. Pendekar mengeluar Buah Kunci kalimah Dal, Kiyai An mengeluar Buah Kunci Kalimah Muhamad. Pendekar tercungap-cungap lelah, terkentut dan cirit.
"Nanti!" katanya. "Mengikut peraturan, anda tidak boleh terajang sepak dengan
kalimah yang mulia!" katanya.
"Saya boleh hambat anda keluar gelanggang!"
Maka berhuhu, berhua-hualah bunyi sindiran dari pmemerhati.
Ketika dalam bilik rehat Pendekar didatangi Penasihat Gelanggang lalu memberitahunya yang sepanjang persilatan tadi Sang Guru dan Yahud Ocpa melihat melalui CNN. Katanya tepisan dan terajang Pendekar tidak berkesan. Satu kaedah lain mesti dilakukan sesuai dengan pendekar gelanggang. Yang penting empat pendekar yang bukan ahli sendiri perlu disingkir dari gelanggang. Pendekarlah yang perlu mencari kaedah. Yang paling elok hanya dengan peraturan dan akta.
Pendekar pun angguk-angguk. Soal peraturan dan akta memang sudah ada dalam kepalanya. Dia akan menggunakan nanti.
Maka ketika sessi petang bermula, anak buah Pendekar seramai seratus orang lebih yang asyik menguap dan mengantuk itu tiba-tiba memanggung kepala sebaik saja Kiyai An mula bersilat.
"Tuan Pendekar, ini buah serangan maut gayung bersambut!" kata Kiyai An lalu dia pun melompat menerajang. Dilakukan patah dayung nasi hangit, patah dayung kuda gila, lambung kuda gila, humban ketam kawah pecah dan selak duyung.
" Heee, apa ni Kiyai An. Peraturan, peraturan, perkara 7, " dia hairan. Matanya terkelip-kelip macam mata katak malam.
"Apa ni?" sembung Anak Muda Julung Berkeris. Lalu dia pun melompat dengan jinjit kuali pangku mayat, kebas selak duyung, patah alu selak duyung, sambar helang pecah kawah, kuda gila pecah tebu.
"Heee, mengikut peraturan, lagang anda mencemar alam. Mengikut akta anda tak boleh teruskan!" kata Pendekar sambil menggaru-garu lurah juburnya.
"Hoi!" tiba-tiba Tetuan S menyinga. "Aparaaaa! Ini pendekar gila. Sikit-sikit peraturan,sikit-sikit peraturan," katanya dan kemudian dia pula membuka lagang langkah kilas dayung perahu karam, patah alu tembi siku, kawah sepit patah tebu dan pulas patah tebu.
"Stop! Berkali-kali saya kata, ini peraturan. Kalau anda tidak patuh, sekarang juga saya boleh hambat dari gelanggang ini!"
"Peraturan apa?" tanya Anak Muda Julung Berkeris.
"Peraturanlah!"
Maka melompatlah sekali lagi Pak KS kerana dia seorang yang arif tentang sepak terajang dan peraturan. Lalu dia pun mendepa tangan, memberi hormat dan memulakan Buah Tapak Kunci Mati:
Dia mengilas sawa berendam.
Pendekar terlopong mulut.
Dia mengilas payung sangga maut.
Pendekar terkelip-kelip hairan.
Dia mengacip emas, patah dayung cekak bunting. Mengacip selak emas, pasung Cina, tali gantung.
Pendekar hendak tergincit cirit. Semalam memang makan asam jawa.
Pak KS membuka langkah lagi lalu dikilas dayung tali gantung, selak emas, kilas tali, tolak lintang, patah layar perahu karam.
"Heee pendekar KS. Peraturan 001, anda kena berhenti!" Pendekar memberi peringatan.
Pak KS seperti tidak dengar. Dia dengan meradang membuat patah sangga, kilas biawak, pasak mati, kilas buaya berendam. Kemudian Kiyai An melompat dan mendepa-depa dan memulakan langkah lain: Dilakukan pecah genting, pecah bata dan dengan mendengus dia pecah buluh. Dengan geram dia kopak pecah kelapa, lompat atas kaca.
Pendekar terjegil. Dia sungguh tidak mampu hendak menepis atau menerajang. Rasanya kependekarannya terlalu jauh tersentot.
Apabila Kiyai An hendak mengopak cekau batang pisang dan tumbuk kertas, Pendekar yang sememangnya berkuasa dalam gelanggang itu mehentak-hentak tumit kakinya ke tanah. Dengan penuh emosi dia berkata: "Ini gelanggang mulia. Tidak ada orang yang boleh lebih dari peraturan. Saya sendiri ikut peraturan. Nampaknya anda berempat sudah melampau langgar peraturan. Mengikut peraturan 002 + 006 berpaksi emosional, kamu berempat diperentah keluar dari helanggang ini." Katanya sambil me nyeh-nyeh hingus.
"Heee Pendekar!" Pak KS cuba menghalang.
"Enam bulan!" katanya dan kemudian melangkah keluar dari gelanggang sambil mengampu-ngampu seluar dan labuh jubahnya. Tak siapa yang tahu dia sebenarnya sudah cirit birit.
Dalam keadaan anak buahnya terpinga-pinga, Pendekar tergesa-gesa mengatur langkah. Apabila sudah melepasi pintu tandas, dia tersenyum. Dia rasa dialah yang paling bodoh dikalangan orang yang pandai dan dialah yang cukup pandai dikalangan orang yang bodoh. Tapi satu saja yang tidak dapat dilindunginya, dialah pendekar yang paling emosional ketiga berada dalam gelanggang.
"Puuttt!" dia terkentut.
'Plummm! Kelecak!' bunyi ketul tahinya jatuh.
"Haaaa...' dia melepas lega.
Published on January 21, 2011 03:43
January 16, 2011
Pertemuan Blogger Dengan Kerajaan Pas Kelantan

Bersama Rosem dan YB Kelantan di malam Blogger 15.2.2011 di Grand Season KL
PERTEMUAN BLOGGER DENGAN KERAJAAN PAS KELANTAN
Saya hampir-hampir hendak menjerit ketika melihat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan tergagah-gagah, terketar-ketar dengan tenaga lemahnya menaiki pentas di Dewan Ballroom Hotel Grand Season Kuala Lumpur pada Sabtu malam, 15.Feb 2011 yang lalu.
Mahu saya mengutuk pihak penaja yang mengadakan dialog dengan blogger kerana menjemput Tuan Guru malam itu kerana melihat kedaifannya, lemah tenaganya memaksa Tuan Guru datang. Sedangkan siangnya beliau di Terengganu dan datang ke KL untuk dialog bersama blogger, naik kereta selama 4 jam.
Kenapa tak naik saja kapal terbang?
Tapi hasrat mahu mengutuk beberapa Exco Kelantan, terutama YB Dr. Mohamed Fadzli Dato' Hassan, selaku meneraju utama malam itu, kebetulan beliaulah yang memeluk dan beramah mesra sangat dengan saya sebelum acara, apa lagi YB Zainuddin ADUN Limbong yang awal-awal lagi menyambut, tidak jadi dan perasaan saya bertukar serta merta apabila mendengar ucaputama Tuan Guru.
'Itulah Tuan Guru,' bisik saya kepada Supian dan Marzuki Sharif yang menemani saya malam itu.
Saya cuba bandingkan YB yang bertaraf menteri, exco kerajaan BN, pasti tidak akan melakukan hal seperti itu. Setidak-tidaknya sebuah bilik eksklusif bertaraf ***** disediakan untuk berehat sebelum majlis.
Kemudian apabila mendengar ucaputama mengapa setua itu pun beliau masih tidak meletak jawatan atau berhenti, saya sangat teruja walaupun itu sudah berkali-kali beliau berucap.
Pertemuan bloger malam itu, walaupun negeri-negeri lain juga mengadakannya, bagi saya ia satu peluang untuk melihat apa yang selama ini terlindung dan tidak terdedah sewaktu Pas Kelantan memerintah.
Saya hadir atas tiket blogger yang mahu mencemuh kepimpinan Pas Kelantan kerana nada memperjuangkan syariat Islam berbeza dari tahun-tahun 60an, 70an, 80an, 90an dan apa lagi setelah bersama DAP, PKR. Hudud tidak pernah saya dengar sekarang.
Ternyata kepimpinan ulama negeri Kelantan bijak dengan maqasid syariyahnya, pendekatan hikmahnya. Saya terkedu apabila 'adinda' YB Exco Takiyuddin menjelaskan satu persatu.
"Kalau tak mampu menanggung beras seguni, jangan tinggal semuanya. Bawa sekadar mampu," jelas Tuan Guru.
Saya teringat beberapa komen dalam blog saya beberapa kawan yang tidak bersetuju dan menuduh Pas sudah dicucuk hidung, sudah menggadai maruah Islam kepada DAP. Malam itu jika mereka sempat bersama, persoalan dan cemuhan ini akan menolong mereka mengerti sedikit sebanyak.
"Kalau Umno baik dengan MCA, dengan MIC, tolak Islam tak apa. Tapi kenapa Pas baik dengan DAP dan Pas tak tinggal Islam, tak boleh kita terima?" tanya Tuan Guru.
Ini pertanyaan fanatik tapi jika kita mahu menjawab dengan jujur, sangat besar ertinya.
Atas nama pentadbiran Islam, Kelantan boleh berbangga dari segi hutang, dari segi rasuah, dari segi ketelusan, dari segi amanah, dari segi kejujuran jika dibanding dengan pentadbiran negeri lain. Semua ini digarispandu oleh Islam dan hidup di dalam roh Islam dan diamal oleh tubuh-tubuh berjiwa Islam.
Lebih 200 blogger malam itu, saya dapati ia merupakan angkatan yang sering mengintai kelemahan kerajaan Pas Kelantan untuk dikritik dan ditegur. Mereka nampaknya sedia membantu jika ia mempunyai satu garis panduan yang jelas.
"Sepatutnya penulis-penulis juga patut mengadakan satu dialog dengan kepimpinan Tuan Guru, seperti malam ini," kata kartunis Rosem.
Saya setuju. Mungkin YB Husam Musa atau YB Fadzli boleh pertimbangkan. Penulis yang dimaksudkan, bukan wartawan dan bukan siding pengarang akhbar atau tebloit tetapi penulis bebas.
Gambar-gambar sekitar Pertemuan Blogger dengan Kerajaan Pas Kelantan:
Published on January 16, 2011 02:22
January 9, 2011
Hal-Hal Mempelengong Awal Tahun 2011
HAL-HAL MEMPELENGONG AWAL TAHUN 2011
Satu hari dalam keadaan cuaca mendung, angin yang mati, burung-burung berhenti terbang, ikan di sawah tidak mencerus, ayam tidak berkokok, Pak Tam Sabit punya garu panau celah ketiak sampai bercalar, punya hendak memahami satu keputusan Mahkamah Koroner tentang pembunuhan, tak juga faham-faham.
Akhirnya, kerana mahkamah adalah sesuatu yang sangat dipercayai tentang meletakkan hukuman dan maha adil dan tidak ada yang lebih tinggi melainkan tingginya, tiada siapa yang boleh mengatasi melainkan ianya, maka Pak Tam Sabit menguatkan iktikadnya bahawa sanya institusi itu adalah insitusi yang patut dijadikan contoh. Berkali-kali dia membaca, atas nama kebodohannya dia pun faham:
Inkues: 5 Jan. Beng Hock Tidak Dibunuh.
Antara jatuh dengan tidak jatuh!
Selama 18 bulan punyalah kaji selidik, siasat tanya, panjat tingkat lima, turun tingkat lima, masuk koroner keluar koroner, laporan berkajang-kajang akhirnya Mahkamah Koroner mengesahkan Beng Hock yang mati menemui ajal bukan akibat dibunuh.
Ertinya, mati bukan dibunuh itu bukanlah ajal? Pak Tam Sabit terpelengong hairan.
Kemudian Mahkamah Koroner itu lagi mengesahkan menolak kemungkinan membunuh diri atau di bunuh. Dibunuh tidak bukti kukuh, membunuh diri menolak kemungkinannya.
"Laaaa…" Pak Tam Sabit melopong mulut. Hairan dia apa itu 'open verdict.' Akhirnya Pak Tam Sabit jerkah kepada bininya; " Dia tu bukan mati dan bukan hidup!"
Kerana isu pelik dan sukar mencari keputusan siapa benar siapa salah selepas keputusan Beng Hock melanda di awal tahun 2011 ini, maka Pak Tam Sabit pun menjaja seluruh permatangnya bahawa;
Apa kata heboh SUK Selangor, Datuk Muhamed Khusrin itu katakan saja;
TS Khalid & SUK Khusrin
1. Ia SUK dan bukan SUK.
2. MB Tan Sri Khalid ada kuasa dan tak ada kuasa.
3. Titah Sultan dan bukan titah Sultan.
4. Datuk Khusrin dilantik dan tidak dilantik.
5. Isu politik dan tidak politik.
6. Novel Interlok ada perkauman tidak perkauman.
7. Tak jadi teks tak apa jadi teks tak apa.
Interlok, karya SN Abdullah Hussain.
Kemudian Pak Tam Sabit merawit-rawit pula pasal perkauman, 1Malaysia, integriti, perpaduan. Perkauman musuh nombor satu kepada perpaduan, pembentukan 1Malaysia.
Yang lebih hairan, dalam keghairahan membentuk 1Malaysia, timbul pula 'Little India dan China Town.' Sedang Kampung Baru Kampong Melayu nak ditukar dengan nama bukan Melayu.
Lalu Pak Tam Sabit berazam hendak mencari mana-mana mahkamah yang boleh mengiktirafnya untuk murtad dari Melayu.

Published on January 09, 2011 14:31
January 5, 2011
NAK JADI APA, HAA?

Si Mamat baru menikah tiga bulan. Satu malam isteri senak perut. Esok bawa ke klinik. Periksa sana sini, Doktor kata mengandung.
Balik Mamat buat kenduri pulut kuning. Selepas itu berbeka-beka (merancang) jika anak lelaki nak suruh jadi apa,kalau anak perempuan nak jadi apa.
Mamat yakin anak lelaki, maka dia pun merancang masa depan anaknya. Pertama akan dinamakan Ketuanan Melayu. Tapi setiap rancangannya, ada-ada saja timbal balik dan kontra.
Mau jadi peguam - sekarang selalu hujah melalut.
Nak jadi speaker- tak pandai baca peraturan.
Nak jadi orang undang-undang - fasal selalu berubah.
Nak jadi ketua hukum, itu undang-undang kanda yang bikin.
Nak jadi orang taat setia – kebal dan istimewa sudah dirampas.
Nak jadi setiausaha - ramai yang pertikai.
Nak jadi ulama, ramai jadi pengampu.
Nak suruh jadi peniaga –harga barang selalu naik.
Nak suruh jadi ushawan - tak tahan dengan rasuah.
Nak suruh jadi orang politik- cakap jadi kupang tembaga.
Nak suruh berjuang ketuanan, ramai sangat nak jadi tuan.
Mamat pun tanya isteri, habisnya mau jadi apa? Jawab isterinya:
Jadi tukang angguk kan senang.
Jadi tukang ampu, kan selamat.
Akhirnya selepas kenduri pulut kuning, mereka pun baca doa selamat. Mamat tidak pasti bila Ketuanan Melayu akan lahir.
Published on January 05, 2011 21:00
December 27, 2010
SMS YANG MENGUJAKAN…
Isnin 27hb Disember 2010, saya dihujani SMS yang sangat menguja dan mengejutkan. Saya sangat bodoh untuk memahami ini. Saya masukkan di sini untuk sdra-sdra kongsi memahami dan kalau yang pandai tolonglah perjelaskan atau komen:
1. 6.57 pagi
Sayalah orang yang awal buat proposal puncak niaga tapi telah ditipu oleh ### dan M***. Bekas Ed PNSB R+++ ++ proxy saya dan Dato ^^^ bawa lari berjuta saham bila Terbitan Awam dilakukan. Allah Maha kaya, Maha Adil balasanNya tetap ada di dunia. Setelah kepentingan kami dikhianati R+++ ++ dengan wang berjuta, dia ditimpa penyakit leukemia. Doa 3 ribu peneroka Sungai Buaya tiada hijabnya. Tanah mereka tergadai gara-gara ^^^ dan R+++ ++ telah menggadai pada bank dan projek-projek terbengkalai di Sungai Buaya itu M*** senyap menyepi. Dialah pemegang saham terbesar PNSB dan sahabat atas nama-nama proxy Umno yang bergaji.Semua rekod ada dengan saya tapi kalau kita tidak menguasai $$$$ tiada maknalah. Saya cucuk K*** dedahkan gerand desing ini waktu di ugut Tuntaik bagi laluan pada ### bertanding lawan Kijangjuah. Tapi jerat bingkas dulu Tuntaik bertindak cepat. K*** diserang oleh ketua anjing gila.
- Hisss, lagi saya tak faham. Menatang apa proxy-proxy ini? Ini semua dunia.
2. 6.57 pagi
Saya dah masuk dalam blog pagi ini. Ini SMS pembaca kawan kita yang membaca kolum tentang gaji CEO Shabas empat ratus ribu sebulan. Mari kita oleh untuk tatapan pembaca. Anak-anak Petronas akan jadi mangsa terbaru. Itulah Umno…
-Sabar….sabar…apa nak hairan, sekarang nak buang air pun kena duit.
3. 6.58 pagi
Hal yang sama akan berulang; Petronas sekarang sedang mengapongkan anak syarikat-syarikatnya terbitan awam. Petro Chem, Gas Malaysia, Carigali.
Sedikit masa lagi termasuk Celcom dan Felda Holding. Dia tu dengan kementeriannya akan mengapongkan dulu jadi Public Listed Company. Kalau tak percaya tengok Januari 2011 Gas Malaysia dan Carigali akan dilisted. Saya dah dapat tawaran dari ****.Ini guna cari duit buat PRU13. Harganya RM2.80 seunit. Target mereka 50 sen seunit akan dilonjakkan. Keuntungan bagi kroni sedang berjalan. Oktober lalu petrol chem. Diterbitkan 51 sen seunit telah dilonjakkan. Ratusan juta saham dikuasai syarikat Umno link company dengan GLC. dan individu tertentu. Petronas akan umumkan kerugian dan pengambilan aleh dapat dilakukan oleh Tuntaik dan D** kerana mereka dah siap siaga jadi syarikat penyelamat kononnya macam Bank Bumi ditelan oleh ular lidi Bank Of Cmere. Tipah tertipu lagi.
Aku dah bagi info kepada ketua pembangkang apakan daya.
-Hoiii,saya pening dan bila saya ajukan kepada Pakteh Sahak yang jual karipap, Dia gelak sampai Nampak anak lidah. Baguslah, kita maju. Produktiviti kita meningkat, katanya.
4. 10.26 pagi:
***, ++++, *** janji nak cuba cari kat stor DBP, macam mana? Saya cuba dekat Sungai Patani,, tak ada. Dah dapat Interloknya?
- Agak saya ini tentu pasal novel Interlok karya Abdullah Hussain yang nak jadi buku teks sastera di zon tengah. Novel Interlok jadi kecuh sekejap dan kononnya ada menteri nak tarik dari jadi teks sastera kononnya kerana ada dialog-dailog yang kata Melayu bodoh, haprak.
Yang syoknya ada Mantan Perdana kata Melayu haprak dan mudah lupa, masih terangkat sampai sekarang. Kononnya pasal Ketuanan Melayu kena jaga. Tapi bila Tanya, apa menatang ' ketuanan' itu? Di mana tercatatnya? Maruahkah? Kalau maruah, kenapa sudah 50 tahun maruah ini dipijak lenyai, tak gaduh pun.
5. 10.12 pagi:
SMS *** ***: Kenapa depa tak minta pandangan kami? Soal nak swastakan bahagian pendaftaran dan saman dah lama kami dengar. Ingatkan tak jadi. Kami pun tak setuju. Nanti saya cuba tulis.
Alangkah baiknya jika sdra tulis tentang saman ekor dan isu-isu lain seperti yang dibangkitkan oleh yb-yb dan timnya semasa menyerah memorandum kepada Yang Dipertuan Agung. Ini dah undang-undang. RUU penguatkuasa jalan (Pindaan) 2010. Bayangkan saman juga telah disubkan kepada kompeni. Betul-betul kerajaan subkontraktor! Semua diswastakan. Apa punya kerajaan?
Pakngah Taha Merbau Kudung tau apa
Alhamdulillah…saya tak kena saman. Jadi ada baiknya kalau saya jawab macam Pakngah Taha Merbau Kudung tentang kenaikan minyak; "Alaa, naiklah berapa pun, Pakngah bubuh lima ringgit saja."

Published on December 27, 2010 02:36
December 19, 2010
10 TONGGAK REMAJA HEBAT

Ketika menghadiri ceramah di Dewan Melenium Kepapa Batas Seberang Perai pada 19hib Disember 2010 Ahad 9 malam yang lalu saya didatangi seorang anak muda lalu menyua sebuah buku nipis setebal 58 muka.
'Terima kasih," kata saya dan kemudian saya melihat tajuknya; 10 TONGGAK REMAJA HEBAT.
Saya sangat tertarik buku kecil ini dan terpanggil untuk menelitinya kerana kehebatan tajuk yang diberikan. Rupa-rupanya penulis Sulaiman Hassim dan Adlan Abd. Aziz adalah dari kumpulan anak muda yang menamakan diri mereka melalui blog 'Pemuda Iman.' Saya mengkagumi kumpulan anak muda ini kerana meletak usaha berdakwah di agenda hadapan dalam kehidupan mereka.
Ada satu bahagian yang sangat menarik. Saya sangat berharap jika buku kecil ini dimiliki oleh anak-anak muda dan sangat berharap uslub dakwah ini didaya usaha oleh masjid-masjid, surau dan tuan-tuan guru dalam kaedah mengajak para remaja menegak tonggak kehebatan mereka.
Oleh itu sangat mustahak jika buku seperti ini ada di perpustakaan masjid, surau dan mana-mana korporat atau mereka yang berada, patut membeli dan diedarkan kepada rumah-rumah persatuan remaja.
Jabatan Belia dan Pejabat belia negeri dan daerah patut juga melihat ini sebagai bahan bantu kepada remaja yang selama ini kita mendedah hal-hal budaya dan kesenian rakyat.
Dalam bahagian 'Mendisiplinkan REMAJA' buku ini telah menyorot beberapa teori punca salah laku dan masalah pelajar. Tentang teori fungsionalisme, teori konflik, teori subbudaya, teori interaksionisme dan lain-lain lagi memungkinkan membantu remaja memahami masalah yang mereka hadapi.
Yang lebih menarik penulis menurunkan beberapa cadangan mendisiplinkan remaja supaya jadi hebat.
Saya teringat satu kata-kata Arab atau saya tidak pasti ia sebuah hadis (Maafkan saya) yang berbunyi; Laisal fata man yaqulu ka na abi…Innal fata man yaqulu ha, anaza!
Ini kehebatan remaja sebenarnya.
Ada 16 cadangan mantap, kemudian diperturunkan pula peranan remaja. Pendek kata ia merupakan sebuah buku rengkas untuk mengurus hidup dunia remaja.
Anak muda yang menulis buku ini, Sulaiman Hassim memiliki Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan manakala Adlan Abd. Aziz Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab Universiti Al-Bayt Jordan.
Menurut yang tercatat harganya RM8.00 dan boleh dihubungi melalui alitantawi.blogspot.com
Published on December 19, 2010 20:10
December 14, 2010
Ke Mana Arah Tuju Pas Dalam Pakatan?
KE MANA ARAH TUJU PAS DALAM PAKATAN?
Saya terima 2 SMS dari 2 seorang sahabat di Pahang, seorang pensyarah di pusat pengajian tinggi, seorang lagi artis terkenal di KL. Mereka ini setahu saya di mana saja ada seminar atau perjumpaan Pas, dia tidak pernah tidak hadir.
Saya terfikir juga apa yang di SMS kepada saya. Ayatnya lembut, berbahasa, tidak seperti saya yang dikatakan tahu 'tutuh' saja. SMSnya:
SMS 1:
Aduh, sedap juga patukan sahabat saya ini. Saya sangat berharap entry ini dapat dibaca oleh YB Salehhudin mahupun 2 Tuan Guru.
Sekiranya menjadi takut kepada Karpal, bererti Pas takutlah juga kepada DAP dan menyertai PR bukan kerana berkewajipan memperkenalkan konsep negara Islam tetapi kerana mahu menang nampaknya.
Seperti Kedah sekarang, imej dan dengung-dengung pemertabatan Islamiah sudah semakin sayup. Betulkah?
SMS 2:
UMNO ATAU BN? AHHH, DUA-DUA SAMA.

Pas awal-awal lagi sudah bagi amaran jangan sentuh isu negara Islam (macam pihak lain bagi amaran jangan sentuh ketuanan Melayu, kot?- saya)
Bagi Ana mengapa tak jadikan konvensyen PR pada 19hb Disember ini satu peluang untuk menjelaskan KONSEP negara Islam yang Pas impikan? (perjuangkan- saya)
Sabit itu (sebab itu) sampai sekarang Karpal Singh tak faham. Kita terpedaya,terheret sama-sama memfobia matlamat puncak menegak daulah Islamiah. Rakyat pada mulanya kabur, berjaya dibutakan apakah hala tuju Pas. Sejarah berulang. Harakah Islamiah sering mengalah dan kalah. Atas nama strategi, bertolak ansur, akhirnya ditolak beransur-ansur. Asyik jadi follower, pada hal punya kekuatan lebih dari yang lain. Negara Islam dianggap ancaman, bukan peluang oleh pejuang-pejuangnya sendiri.
Aduh, sedap juga patukan sahabat saya ini. Saya sangat berharap entry ini dapat dibaca oleh YB Salehhudin mahupun 2 Tuan Guru.

Tuan Guru Haji Hadi
Sekiranya menjadi takut kepada Karpal, bererti Pas takutlah juga kepada DAP dan menyertai PR bukan kerana berkewajipan memperkenalkan konsep negara Islam tetapi kerana mahu menang nampaknya.
Seperti Kedah sekarang, imej dan dengung-dengung pemertabatan Islamiah sudah semakin sayup. Betulkah?
SMS 2:
UMNO ATAU BN? AHHH, DUA-DUA SAMA.

Rumah di Kg Abdullah Hukum
Assalamualaikum, YB-YB, Dr-Dr dan kawan-kawan,Saya termenung membaca SMS ini. Demikianlah pemerintah yang Umno di dalamnya. Sesekali nak memartabatkan Melayu, Bahasa Melayu, sesekali ketuanan Melayu. Yang kata Melayu haprak pun turut jadi haprak.
Ini satu lagi petaka terjadi. Kampung Kerinci sudah mahu ditukar nama 'Bangsar South.' Kawasan elit dibangunkan, dipecah jadi sub bandar, The Village, The Sphere, The Harizon, The Vertikal, The Park.
Kerajaan BN (Umno tonggaknya kot?) benar-benar dikelentong pemaju yang bencikan Melayu. Budayawan Bertindak ada tugas besar.
Saya dah beritahu kawan-kawan FB, untuk program di Gelanggang Abdullah Hukum.
Gabunglah Kerinci. Kalau Bricksfeild mengimpot 'Little India', 'China Town' tapi
nama tempat Bahasa Melayu dihapuskan. Ya Rabbi....
Published on December 14, 2010 18:41
December 11, 2010
CARA BAHAGI DAN BANTU UMNO

Banjir di Kedah 2010
Perangai buruk Umno bukan saja muncul sewaktu petaka banjir yang melanda Kedah baru-baru ini. Imej buruk Umno dengan canang-gendang hendak memberi bantuan kepada mangsa petaka banjir ini, bukan saja selepas peristiwa banjir. Sebenarnya ia sudah menjadi darah daging; kalau bukan Umno, tidak akan berlaku seperti itu, demikianlah bidalan Melayu baru.. Ia 'semacam' sama dengan kata-kata; kalau tidak mungkir janji, bukan yahudi namanya!.'
Perangai dan imej buruk Umno ini sukar hendak buang bilamana sesuatu bencana atau bala berlaku kepada rakyat, ketika itulah perangai buruk Umno dengan imej keUmnoannya berlaku sewenang-wenangnya.
Dalam ertikata yang lain, Umno akan menjadi orang yang tidak segan dan malu menjaja kebaikan dan keikhlasan tetapi kemudiannya memungkiri dan bermain tipu pembohong. Bagi mereka dengan cara mencanang dan megah ini akan terserlahlah kebaikan Umno dan akan lenyaplah imej buruk kepada sebuah parti yang menjadi pembela rakyat.
Rupa-rupanya Umno lebih seronok mencanangkan bantuan untuk rakyat tetapi sangat bodoh ketika menyampaikan bantuan itu. Umno selalu tersalah kira dan congak yang tidak betul; dengan bantuan rakyat suka sama kita, begitu kata Wayang Kulit Asun.
Keluhan dan komplen rakyat yang menjadi mangsa banjir di Kedah melalui Sinar Harian keluaran 11 Disember 2010, bagaimana pembahagian-bantuan kepada mangsa banjir itu hanya bagi mereka yang menyokong Umno dan bukan kepada mangsa, bukan saja mencerminkan dulu, kini dan selamanya perangai bodoh sombong Umno ini, tetapi merupakan sebuah parti yang dianggotai oleh sebahagian congok dan haprak yang selalu salah perhetungan. Mereka sangka dengan bantuan kebendaan yang bercopkan 'kati' kemudian disampaikan oleh 'ketua bahagian', 'ketua cawangan,' 'ketua perhubungan' atau 'JJJJKKKKKKKK' maka rakyat akan terkerisin seronok dan akan gahlah satu dunia untuk mengatakan inilah parti yang perihatin, parti yang terbaik dalam dunia dalam membantu rakyat.
Sangat sedih apabila Perdana Menteri sekalu Presiden Umno memberitahu beratus juta bantuan kepada mangsa banjir akan diberi, tiba-tiba berlaku seperti apa yang disungutkan oleh sebahagian rakyat yang dinafikan hak mereka. Sama ada ia melalui Kelab Putera atau Kementerian Masyarakat atau Kerajaan Persekutuan, maka apabila berlaku penyelewengan dari kalangan 'cokia-cokia' peringkat negeri dan kawasan, adalah sangat memalukan Umno dan sepatutnya pemimpin bahagian, pemimpin peringkat negeri yang berbuih di mulut sama banyak dengan buih banjir yang mengatakan bantuan akan diberi tidak mengira parti.
Tradisi memberi bantuan kepada mangsa bencana nampaknya Umno masih tidak mau belajar dan sedar dari pengalaman masa lalu. Umno masih beriktiqad, yang afdalnya memberi kepada ahli dan penyokong kita, bukan kepada mangsa musibah. Kita tidak tahu kitab dari mana Umno ini belajar.
Sepatutnya 10 ulama muda dalam Umno mesti membaca kita bab sedekah, bab derma, bab memberi bantuan kepada mangsa yang diperlukan kepada ketua-ketua bahagian, ketua-ketua cawangan seperti ini. Tapi nampaknya ulama muda ini macam tidak ada ilmu tentang itu.
Inilah imej Umno, memberi bantuan, memberi apa-apa saja hanya kepada kroni, 'orang kita' dan mereka tidak peduli tentang 'orang berhak'.
Ketika kejadian THUNASI beberapa tahun yang lampau di Kuala Muda Kedah, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapat aduan dari rakyat di mana bantuan yang mereka terima tidak sepatutnya. Saya dengan beberapa pegawai lain turun ke Kuala Muda. Kami hampir menitis air mata melihat beberapa keluarga menyerah kepada kami tiga empat kilo beras yang bercampur dengan BATU-BATU TAR.
"Tengoklah, begini yang diberi untuk kami makan" kata seorang mangsa thunami. "Beras yang bercampur dengan anak-anak batu," kata mereka. Itu tidak dikira lagi bagaimana tilam-tilam bertimbun-timbun tidak diberi kepada mangsa waktu itu, tidak di kira lagi bagaimana 'pegawai' mereka membuat tuntutan sebuku sabun mandi rm2.50 ketika 'berkorban sukarela' di Kuala Muda.
Kenapa jadi begitu? Rupa-rupanya kawasan rumah tersebut dikenali sebagai puak-puak yang bukan Umno.
Dan banyak lagi tentang bantuan yang diagih dan diedarkan oleh Umno menjadi edar hanya kepada puak-puak, bukan kepada mangsa yang sepatutnya.
Kita sangat hairan, mengapa mereka yang bertanggung jawab hal ini masih bersikap begini. Apakah anggapan bahawa dengan memberi bantuan kepada 'orang kita' maka parti akan semakin kuat?
Mereka melakukan apa saja
Atas nama Umno yang berimej Umno, mereka akan melaklukan dalam semua bentuk dan semua perkara jika mereka diberi kesempatan.
Baru-baru ini saya sangat berbesar hati kerana mendapat surat DIANUGERHKAN BUDAYAWAN KEDAH dalam kategori sasterawan/penulisan. Saya diminta datang ke kedai tukang jahit di Alur Setar untuk mengukur sepersalinan baju Melayu tradisi.
Sangat berbangga kerana anugerah itu anugerah dari Kerajaan dan ia lanjutan dari anugerah yang pernah dibuat oleh kerajaan Umno dulu.
Anugerah Budayawan ini dikelolakan oleh Majlis Kebudayaan Kedah, di bawah Exco Kebudayaan, Kesenian dan Sokan, Dr. Hamdan Mohd. Khalib.
Majlis Kebudayaan Kedah ini saya pernah menjadi AJK lantikan selama dua tahun di tahun yang lalu. Majlis itu sebenarnya lanjutan majlis kebudayaan lama di zaman Umno dulu. Dalam ertikata yang lain semua AJKnya kebanyakan ahli Umno atau penyokong tegar Umno. Dr. Hamdan, walaupun Exco Kerajaan Kedah dari Pas, beliau nampaknya tidak ketauhi sangat karenah dan perjalanan Majlis Kebudayaan ini, disebabkan beliau masih baru, kurang pengalaman lagi. Bagaimanapun cara pengurusannya nampak sedikit mengalah dengan kepala-kepala 'mantan' Umno ini kerana mereka sangat pandai berpura-pura.
Apabila satu usul diluluskan tahun lalu supaya satu anugerah kepada budayawan disambung semula seperti yang diberi kepada Dato Shafie di Baling dulu dan Pak Arfini, maka tahun ini pun anugerah itu diteruskan.
Saya di antara empat orang yang dipilih diberi anugerah ini, demikian menurut surat dan diberitahu melalui telefon. Tapi apa sebenarnya yang berlaku?
Saya mendapat tahu, sebenarnya tidak ada nama Azizi Hj Abdullah. Tidak dicalonkan walaupun saya dianggap sebagai penulis dan budayawan yang agak lama berkecimpung di Kedah dan saya adalah anak Kedah.
Hanya empat nama sahaja dicalonkan. Dan nama-nama penal pemilih itu adalah dari kalangan Umno, penyokong Umno tapi kononnya di atas nama badan-badan kebudayaan. Ertinya baju lain tapi tubuh yang itu jugalah.
Saya tertanya-tanya kenapa nama saya tidak ada pun. Atas sikap terbuka dan profesional, saya menerima kerana mungkin yang dipilih itu lebih baik dari saya.
Tapi bila diselidik yang dipilih itu tak seberapa pun tapi kerana mereka adalah anggota Majlis Kebudayaan dan mereka jugalah yang menjadi pemilih, maka mereka sendirilah yang memilih mereka. Saya tertanya-tanya, kenapa tidak ada Murad Ibrahim, seorang tokoh budayawan yang menghabiskan usia dan tenaganya kepada budaya Kedah? Kenapa tidak ada tokoh lain lagi?
Kenapa pula saya yang tidak ada nama dalam senarai pemilihan, tiba-tiba tersangkut nama?
Rupa-rupanya sememangnya mereka tidak suka kepada orang Pas maka kerana itu mereka tidak memilih pun. Tetapi apabila nama-nama itu diserah kepada Menteri Besar untuk diluluskan, maka timbullah pertanyaan, mana dia Azizi Abdullah? Maka terkial-kiallah jadinya.
Dr. Hamdan sangat sedar hal itu tapi sebagai orang profesional beliau tentulah tidak mahu menunjukan besar kepalanya kerana baginya penal yang memilih itu tentulah dari kalangan profesional. Rupa-rupanya mereka hanya dari penal Umno totok.
Maka, apakah saya dianggap sebagai budayawan parti politik Pas atau bertaraf negeri?
Saya tidak mahu mengulasnya. Tetapi penal dari kalangan AJK Majlis Kebudayaan itu nampaknya tidak terbuka intelektualnya dan masih dikongkong oleh karat-karat Umno maka kerana itu mereka pilih 'orang depa' saja sebagai Budayawan Kedah. Haa...haaa...hebat.
Demikianlah apabila kita nak menyebut tentang Umno dan cara pemilihan mereka sejak dulu, kini dan selamanya.
Published on December 11, 2010 18:18
Azizi Abdullah's Blog
- Azizi Abdullah's profile
- 117 followers
Azizi Abdullah isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.