Azizi Abdullah's Blog, page 5

July 1, 2010

Kita Masih Berbohong Tentang Teater Islami.

Saya bukan ahli dalam bidang teater. Saya juga tidak ada ilmu teater, apa lagi tentang falsafah, dasar dan lain-lain lagi. Bagaimanapun saya penggemar teater dan pernah terlibat dengan satu dua teater.

Saya beragama Islam tetapi tidaklah dalam ilmu ini. Sekadar mengetahui sedikit sebanyak hukum haram halal, harus dan makruh, maka saya rasa saya mampu meletakkan apakah ianya haram, halal,sunat, makruh dalam tindakan manusia mahupun diri sendiri dalam hidup budaya seharian.

Maka apabila dikatakan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 01, 2010 07:34

June 26, 2010

Bagaimana Kalau…


Mengaji sekolah pondok dulu-dulu manalah tahu sangat tentang undang-undang. Apa lagi undang-undang sivil yang ada tentang 'mala fide', 'prima facie' apa lagi sampai hukum dan akta, seksyen, kanun dan lain-lain lagi.

Yang belajar hanyalah hukum batal wuduk, batal nikah dan hukum liwat dan hukum tuduh orang berzina.

Itupun pelaksanaannya beberapa bulan, beberapa tahun dan beberapa denda tak tahu juga. Hukum hakam itu cuma baca bukan mahu jadi hakim syarie.

Tiba-tiba apabila berlaku tentang hukum h...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 26, 2010 17:11

June 19, 2010

PENCINTA ALAM; Buku baru Azizi


'Pencinta Alam' adalah sebuah novel remaja terbaru Azizi Hj Abdullah sesuai untuk peringkat 12-18 tahun.

Ia menceritakan sekumpulan remaja sekolah menengah menghabiskan cuti sekolah pulang ke kampong Nit, beraktiviti ke sungai, memancing tetapi bertemu dengan sebuah kilang yang membuang toksik berbahaya.

Chua mengikut Nit bercuti ke kampong. Mereka sebagai ahli Persatuan Pencinta Alam sekolah. Chua mengalami satu pengalaman baru dengam alam pokok bakau, sungai dan kuala serta alam lembah...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 19, 2010 03:44

June 2, 2010

Catatan Di Hospital



Bersama Dr. Safari di KPJ Perda, Bukit Mertajam.


Masuk hospital Pulau Pinang bagi saya bukanlah pertama kali. Entah tahun berapa, ketika balik dari ceramah di KUZA Terengganu, muntah di Lapangan Antara Bangsa Bayan Lepas, saya dimasukan ke sini. Penyakit kononnya Hepatitis.

Kini,sejak 31 May dimasukkan ke dalam kategori lain, sehingga melibatkan sahabat handai melahirkan simpati, kasih sayang dengan membaca Yasin dan solat hajat di masjid-masjid.

Terima kasih.

Saya dikatakan serius. Saluran...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2010 18:18

May 30, 2010

Hari-Hari Yang Menakjubkan; Sebuah Catatan


Setelah melalui hari-hari yang menjemukan selama 3 hari, kemudiannya enam hari lagi di hospital Bukit Mertajam, akhirnya balik ke rumah dengan hasil yang tak menentu.

Syak yang paling besar tentulah akibat dari kemalangan yang sampai menghempaskan dan berguling-guling kereta yang saya pandu di atas Jambatan Pulau Pinang pada jam 8.30 pagi, 25hb Januari 2010 yang lalu. Segera terpa ke KPJ Perda, menemui pakar jantung Dr. Safari Elis. Rupanya lain pula keputusan apabila seminggu di situ.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 30, 2010 19:50

May 29, 2010

Kepada Kawan-Kawan, Sahabat Handai


Tak pernah ku duga...

Untuk kesekian kalinya, saya tidak mampu lagi menulis secara manual buat hari-hari terdekat ini di blog ini.

Yang penting bagi saya, saya memohon maaf dan anda mendapat rahmat Allah.

Saya sedang menjalani peperiksaan kesihatan sekarang.

Panjang umur, dianugerah kekuatan pemikiran, Insyaallah kita bertemu nanti.

-azizi hj abdullah
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 29, 2010 06:26

May 18, 2010

Budaya Lapor Melapor

Sekarang budaya baru sudah muncul. Dulu tak ada. Hari ini cuba kira, teliti dan analisa, siapakah yang paling banyak buat laporan polis dan berapa ratus ribu pula laporan itu dibuat, dibentang, dihantar, diunjuk dan diserah ke balai polis.

Kalau boleh buat statistik, orang Melayulah dan NGO Melayulah yang paling ramai, paling banyak, paling pandai, paling emosional, paling gatal, paling cepat mengambil kesempatan membuat laporan polis ini.

Seman derebar teksi dari Jalan Dang Wangi pernah ikut ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 18, 2010 07:05

May 4, 2010

Bukan Sahaja Yahudi, Tapi Anak Cucu Juga.


Lambang Yahudi seperti ini ada di mana-mana.

Sahabat saya, Dinsman menulis dalam ruangan 'Wacana Budaya'nya keluaran 16-18 April 2010 bilangan 1531 mengatakan bagaimana Yahudi Israel sudah masuk ke rumah kita.

'Masuk buat apa?' Tanya Makngah Piah dari Felda Gedangsa yang baru habis letih mengurus makan minum Wanita Umno di pilihanraya kecil Ulu Selangor. 'Masakan jantan Israel ada selesa nak rogol perempuan Melayu?' Tanya pula Siti Som, jiran tetangganya.

Memang pun Yahudi Israel sudah masuk ke ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 04, 2010 02:09

April 26, 2010

Catatan 25 April 2010 Di Ulu Selangor

Berkampung di Kuala Kubu Baru, menziarahi Batangkali, meninjau ke Kelompang, terkejar-kejar ke Felda Gedangsa dan lain-lain, terlajak ke Ulu Yam untuk mengikuti perkembangan pilihanraya Ulu Selangor sangat memenatkan.

Masjid Kuala Kubu Baru temuak air dari tangki najis. Tandas terpaksa beratur dan bandan sudah jadi kambing hapak.



Mereka ini tidak mendapat apa-apa pun upah, tapi bersedia berkerja.
Tiba-tiba sekitar 9 malam 25 April 2010 sudah dapat tahu PKR kalah. Ketika itu baru terdengar berden...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2010 05:11

April 20, 2010

Terima Kasih Hospital Bukit Mertajam


Di Wad 5 Hospital Bukit Mertajam 18 April 2010

Ahad 18 April 2010: 2 pagi: Tak semena-mena perut jadi mengah dan segah selepas makan sup ekur. Rasa macam nak mati kerana jantung malas berdegup. Pukul tiga pagi minta anak hantar ke hospital.

"Hospital mana?" Tanya anak.

"Hantar ke Bukit Mertajam."

"Kan hospital itu jauh, yang dekat ada, kenapa?"

"Hantar saja yang aku suruh," saya jerkah dalam keadaan sakit macam nak tercabut nyawa.

Alhamdulilah, saya amat tidak sangka begitu baik layanan kakikatanga...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 20, 2010 07:56

Azizi Abdullah's Blog

Azizi Abdullah
Azizi Abdullah isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Azizi Abdullah's blog with rss.