Azizi Abdullah's Blog, page 12

April 8, 2009

Bukan Umno Kalah Tapi Mahathirlah Yang Salah

Umno tak salah apabila kalah, baik di N. 25 Bt Selambau atau di P. 59 Bt Gantang. Yang salah, yang buat hal, yang menunjuk pandai, yang nak tunjuk juara ialah Tun Dr. Mahathir, pengasas Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ternyata matematiknya sangat lemah di Bt. Gantang dan Bt. Selambau. Beliau sudah tidak bijak lagi bermatematik bagaimana kebencian dan kepura-puraan rakyat terhadapnya.


Ini Sasterawan Negara yang dah letih dengan nasib bahasanya.

Mungkin ada orang bertanya, kenapa mesti d
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 08, 2009 07:36

March 25, 2009

Pengumuman


Anda Di Jemput Ke Pidato

Sn Datuk Hj. A.Samad Said

Bahasa Adalah Roh Agama

Pada
6hb April 2009

Di Masjid al-Huda
Kilang Lama,
Kulim Kedah
Jam 8 malam.

“ Saya bermula dengan Salina, kisah pelacuran dan berakhir dengan Al Amin, puisi panjang tentang Muhamad.”

Kenapa? [image error]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 25, 2009 05:53

March 16, 2009

Petikan Pidato Dato' A Samad Said



1.Ketika saya berteleku di hadapan Kaabah musim Haji yang lalu,tiba-tiba air mata saya mencurah keluar apabila mengenangkan diri saya. Lalu saya yakini:

“Manusia yang paling bernilai di sisi Allah SWT ialah manusia yang benar-benar jujur terhadap dirinya, ikhlas, bertanggung jawab.”

2. “Saya menulis bermula dengan Salina, kisah dunia pelacur yang kotor dan jijik dan berakhir dengan menulis puisi panjang Al Amin, kisah seorang hamba bernama Muhamad yang sangat agung.”

-Petikan dari pidato tentang PP
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 16, 2009 05:15

March 13, 2009

SPRM; BERAT RANTAI DARI BERUK.




Azizi Hj Abdullah

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut merasa malu kerana status yang diberikan kepada beliau cukup gah dan hebat sebagai ‘Ketua Suruhanjaya.’ Tetapi ramai pula mengatakan bahawa SPRM ternyata berperanan tak seimbang, tak telus atau kena mata dipejamkan, kena perut dikempiskan.

Ketua Suruhanjaya ini seperti petani yang menangkap ikan darat dalam kubang dengan perasaan terburu-buru tetapi tidak mempunyai kepakaran menangkap ikan darat dalam lumpur.

Pegang ekur terlep
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 13, 2009 20:45

February 13, 2009

ZIKIR RINDU

ZIKIR RINDU
KINI DI PASARAN! RM 10.00- 208 HALAMAN



Novel ini adalah dalam kategori : PENAJIWA
Terbitan Alaf21



“SUDAH puluhan novel saya hasilkan, tetapi hati ini masih terasa kekurangan. Masih lagi tidak terasa nikmat bercinta, rindu dan kasih sayang. Jiwa tetap terlohong. Tiba-tiba, dengan ZIKIR RINDU ini, saya mula merasainya. Adakah perasaan ini bagaikan ilusi? Tidak! Bagaikan halimunan malam? Juga tidak! Tetapi ia adalah satu realiti hidup... agar anda dengan penuh rasa tanggungjawab bisa mema
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2009 04:44

February 11, 2009

DISKUSI HALA TUJU KEBUDAYAAN KEDAH

Bertempat di D` Chalet Yan, Kedah (Rekriasi Titi Hayun), pada 26 Februari 2009 berlangsung Diskusi Minda Bengkel Hala Tuju kebudayaan Negeri Kedah.

Saya ditugaskan menyampai kertas kerja tentang hala tuju ini. Tempat sangat menarik. Seumur hidup saya, walaupun anak Negeri Kedah, tak terjejak kaki di situ. Chalet sangat murah, hanya RM60 semalam.


Dr. Hamdan dan Pegawai Daerah Yan

Membentang kertas kerja hampir sejam atas usahasama Majlis Kebudayaan Negeri Kedah di mana Exconya Dr. Hamdan Mohd Khali
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 11, 2009 22:08

Azizi Abdullah's Blog

Azizi Abdullah
Azizi Abdullah isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Azizi Abdullah's blog with rss.