Azizi Abdullah's Blog, page 6
April 15, 2010
Jangan Bunuh Kami!

Proses Kelahiran Manusia
Seramai 2 juta kami diseluruh dunia di gugurkan setiap tahun. 750 ribu dilakukan oleh remaja yang belum berkahwin dan 6 daripada 10 gadis sudah tidak ada perawan lagi.
Kamilah, janin!!
Apa salahnya dua juta kami ini? Kami tidak berdosa dan tidak punya apa-apa dosa tetapi kamilah generasi alam rahim yang sangat malang, si janin.
Seorang cendiakwan Pilipina, Kardinal Sin berkata; "Tempat yang paling berbahaya di dunia adalah dalam rahim."
Memang benar pun. Akan kami cerita a...
Published on April 15, 2010 22:44
April 10, 2010
WOI, ISLAM ITU TINGGI MANA?

Dalam tahun 60an yang lampau, ketika saya sedang bersyarah penuh semangat di dewan Sekolah Dairatul Maarif Al Wataniah Kepala Batas Seberang Perai, (sekolah kepunyaan Allah Yarham Datuk Hj Ahmad Badawi, ayahanda kepada Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi) atas tajuk "Islam itu tinggi" (Islam, Yukla Wala Yukla Alaih) Saya menghurai secara budak-budak hingus bahawa Islam itu tinggi, tiada ada yang lebih tinggi darinya.
Hampir lima ratus orang pelajar yang mendengar. Begitu setiap Kh...
Published on April 10, 2010 23:26
April 4, 2010
Yang Buta Datang Berpimpin, Yang Capik Datang Bertongkat.
Saya cuba sedaya upaya mencari ciri-ciri intelektual ketika membaca dan meneliti ucapan Dr. Mahathir ketika beliau bercakap tentang orang Melayu dan Umno. Jika Dr. Mahathir bukan Presiden Umno, jika beliau bukan mantan Perdana Menteri, jika beliau bukan pahlawan Melayu dalam Umno, saya tentu sekali tidak hairan dan bersusah payah meneliti apa yang diucapkannya.
Bagi saya ucapan dan teguran Dr. Mahathir selepas beliau merajuk dan rujuk kembali dalam Umno sering menimbulkan tanda tanya; apakah ...
Bagi saya ucapan dan teguran Dr. Mahathir selepas beliau merajuk dan rujuk kembali dalam Umno sering menimbulkan tanda tanya; apakah ...
Published on April 04, 2010 19:57
March 24, 2010
Catatan Di Pesta Buku Antarabangsa 2010
ITNM DAN PESTA BUKU 2010
1. Bersama peminat dan pembeli di sudut bual bicara 2 novel gerai ITNM di Pesta Buku Antarabangsa 2010 PWTC pada 21 Mac 2010
I.
Kelamkabut Encik Mohd. Khir Ngadiron, orang kuat ITNM ( Insititut Terjemahan Negara) apabila mendapat tahu, tiket kapal terbang yang ditempah untuk saya, tak ada nama dalam senarai penumpang ketika saya check- in di Bayan Lepas.
Mungkin sangkanya saya nak komplen atau marah-marah. Saya ketawa berdekah-dekah. Tak apa, kesilapan yang tak...

1. Bersama peminat dan pembeli di sudut bual bicara 2 novel gerai ITNM di Pesta Buku Antarabangsa 2010 PWTC pada 21 Mac 2010
I.
Kelamkabut Encik Mohd. Khir Ngadiron, orang kuat ITNM ( Insititut Terjemahan Negara) apabila mendapat tahu, tiket kapal terbang yang ditempah untuk saya, tak ada nama dalam senarai penumpang ketika saya check- in di Bayan Lepas.
Mungkin sangkanya saya nak komplen atau marah-marah. Saya ketawa berdekah-dekah. Tak apa, kesilapan yang tak...
Published on March 24, 2010 21:04
March 15, 2010
Dua Buku Azizi Dalam Bahasa Inggeris.


Kulit novel Seorang Tua di Kaki Gunung dalam bahasa Inggeris
Atas inisiatif Institut Terjemahan Negara (ITNM) dua buku Azizi Hj Abdullah baru saja siap diterjemah. Buku yang diterjemah itu ialah Seorang Tua di Kaki Gunung dan Bibit Cinta, manakala Sangeetha sudah pun diterjemah tahun lalu.
Buku ini akan menemui anda di Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC pada 19hb Mac hingga 28hb Mac 2010.
Azizi juga akan berada di gerai ITNM untuk menanda tangang...
Published on March 15, 2010 04:41
March 4, 2010
BERUK : Satu Lagi Buku Terbaru Azizi

Satu lagi buku terbaru Azizi Hj Abdullah, diterbitkan oleh Penerbitan Al-Ameen Holdings Sdn.Bhd. Pelancaran akan diadakan pada 27hb Mac 2010 jam 6 petang di Dewan Utama Pesta Buku, di PWTC.
Selain buku Azizi, novel Faisal Tehrani juga akan turut dilancarkan.
Novel BERUK berasal dari cerpen Beruk yang ditulis dalam tahun 60an dan pernah menjadi teks sastera dalam antologi Hadiah terbitan Dewan Bahasa.
Azizi telah mengembangkannya menjadi sebuah n...
Published on March 04, 2010 02:38
February 21, 2010
Siapa Mahu Ikut Salman Al Farisi?

Ketika menyelak-nyelak buku sejarah untuk menulis sebuah buku tentang 10 mereka yang berani mati, terdapat kisah seorang sahabat Rasulullah yang sebelum ini saya tidak temui. Mungkin anda sudah membacanya tapi saya, inilah baru pertama kali menemui secebis kisah ini walaupun Salman Al Farisi seorang arkitek yang masyhur dalam peperangan Khandak.
1.
Ketika beliau bertuga sebagai Amir di kota Madain, ia telah menolak untuk menerima gaji walaupun satu dirham. Ia tetap membiayai hidupnya dan...
Published on February 21, 2010 21:02
February 11, 2010
Si Pikun Itulah..

Gambar sekadar hiasan
-Azizi Hj Abdullah
(Cerpen ini hanyalah gelodak rasa. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun, sama ada yang hidup atau yang mati)
"Si Pikun itulah! Si Pikun itulah…"
Aku tergamam. Kawanku berkata berulang kali kepadaku semalam, malam semalam, malam kelmarin, kelmarin dulu dan kelmarin, kelmarin dulunya lagi. "Si Pikun itulah…" demikian dia mengulangi kepadaku.
Aku sukar hendak percaya. Penekanan 'Si Pikun itulah' bagiku hanyalah tuduhan, andaian, tidak berasas dan sangka b...
Published on February 11, 2010 07:05
February 9, 2010
Catatan

Ustaz Sidek Nor
1. TENTANG HARAM JADAH
Saya mengikuti kuliah/ceramah Ustaz Sidek Noor (Haji) di Masjid Junjung, Kulim pada Selasa malam (9hb Feb 2010). Sangat menarik dan sangat berkesan. Beliau bercakap tentang metedologi taubat dari perspekrif Al-Ghazali. Sesekali diselit cerita yang penuh iktibar.
Rupanya 'haram jadda' yang ditakuti oleh mereka yang bersopan dan berakhlak, bukanlah kata-kata biadap atau kurang ajar. Ia adalah kata-kata sopan setelah sehabis bicara mahu menamakan sesuatu...
Published on February 09, 2010 20:16
February 5, 2010
HIIKK,HIIKK,HIIKK. KAH,KAH-KAH,KAH.

Pesta ini dikatakan berlaku di Pulau Tikus. Tak buang air besar seminggu
Saiful: Dua hari tak buang air besar
Feb 5, 10 12:17pm
Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petikan di atas dipetik dari Malaysiakini pada tarikh dan masa yang tercatat.
Tidaklah ada hasrat nak ganggu perjalanan mahkamah dan tidaklah nak letak hukum sendiri, siapa yang salah dan...
Published on February 05, 2010 20:01
Azizi Abdullah's Blog
- Azizi Abdullah's profile
- 117 followers
Azizi Abdullah isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
