Azizi Abdullah's Blog, page 4

September 9, 2010

Salam Aidil Fitri






Salam Aidil Fitri Di Ucapkan Kepada Semua Yang Melayari Blog Ini



Ikhlas Daripada

Azizi Hj Abdullah Sekeluarga

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 09, 2010 03:41

TENTANG KEBENARAN DAN BETULKAH BEGITU?

Adakah yang betul itu benar? Adakah yang dikata benar itu benar-benar benar? Hakikat kebenaran itu ukurannya dengan apa?

Kini sudah sekian banyak kita menghadali delima tentang benar. Pembongkaran tentang sejarah, pemberitahu tentang kejadian Semasa, mendengar cakap dan membaca berita, sumber yang Dikata saheh, mutawatir, ahad dan sebagainya selalu juga Dipertikai tentang apakah ia benar? Sehingga Al-Qur`an yang dianggap benar dan suci itu sendiri Ada yang mempertikainya tentang kebenaran isi ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 09, 2010 03:21

August 30, 2010

SELAMAT AIDIL FITRI

SELAMAT AIDIL FITRI
Kepada pengunjung blog ini

Salam sejahtera, dengan ingatan
tulus ikhlas bersama
pohon maaf zahir batin.

Selepas ini, blog ini akan berehat
buat sementara waktu.

Salam dari saya
azizi hj abdullah
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 30, 2010 16:04

August 19, 2010

Sepi Makin Memanjang

Sepi Makin Memanjang
-Azizi Hj Abdullah



'Nikmat Panjang Umur?'

Pikun senyum sendirian. Dagunya diusap-usap. Diurut-urut janggut putihnya. Dalam keadaan terhenggung-henggung membawa sebakul sampah ke tempat membuang sampah kira-kira 110 meter dari rumahnya, Pikun terjumpa majalah Dewan Sastera lama. Bila diselak-selaknya, Pikun terbaca tajuk cerpen Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Masakan panjang umur satu nikmat! Bentaknya kepada Abdullah Hussain, penulis cerpen Dewan Sastera bulan Mei 2004 i...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 19, 2010 16:11

August 12, 2010

Umno Kedah Dan Kencing Tikus

Salah satu Lata di Kedah dipercayai dijangkiti kuman 'phatogenik leptopspira' atau kencing tikus. Entah apa bendanya phatogenik leptospira, sama dengan kita jarang tenguk tikus sedang kencing.

Kencing ialah perbuatan makhluk membuang air kecil, baik secara beradap atau tidak beradap. Anjing kencing pakai angkat sebelah kaki. Kucing juga kengkiang kaki sebelah lalu pancut di tayar kereta atau di tepi pasu bunga. Gajah kencing sampai bertimba-timba airnya yang mungkin kalau lima ekur kencing sek...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2010 17:50

August 6, 2010

Janganlah Cepat Melompat?

Orang bersilat ada tujuannya. Jika kita pandai bersilat, dengan silat juga jika menepisnya. Tapi bagaimana kita tidak mempunyai ilmu silat ini?

Saya tidak percaya orang Pas tidak tahu bersilat, tetapi yang nyata orang Pas 'terlupa' yang orang lain bersilat, lalu pakat ramai-ramai marhaban.

Bilamana isu Mufti Perak menyarankan formula perpaduan Melayu antara Umno dengan Pas ternyata silat dengan marhaban menjadi isu yang boleh diumpamakan; kalau di berada di belakang, dia sepak kaki kawan. Kala...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 06, 2010 01:48

July 31, 2010

Hujjatul Fatawa Mardudah

Hujjatul Fatawa Mardudah
(1)
Dalam tahun 1995 seorang edtior Utusan Publication mendesak saya menyertai Sayembara Sako 2 dengan hadiah lumayan, iaitu RM40 ribu tempat pertama.

Kebetulan saya sedang menulis novel satira politik bertajuk "Perkahwinan Mut`ah' yang mengesahkan pemimpin Umno sama dengan orang menikah 'mut`ah.'

Alhamdulillah akhirnya novel 'Perkahwinan Mut`ah' mendapat hadiah pertama dengan tajuk di ubah kepada 'KAWIN-KAWIN.'

Ketika saya bersalam dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Ketik...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 31, 2010 17:27

July 16, 2010

Seminar Pemikiran Azizi Abdullah


Kepada peminat sastera dan penulis, peminat buku, ilmuan dan sesiapa saja yang berminat, adalah dijemput:


Ke : SEMINAR PEMIKIRAN AZIZI ABDULLAH

Pada : 3hb Ogos 2010 (Selasa)

Tempat : Dewan Seminar, IPG (Institut Perguruan Sultan Abdul Halim) Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah

Masa : 9 pagi hingga 4 petang.

Seminar dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dengan kerjasama ASASI, 2PNP dan Institiut Perguruan Sultan Abdul Halim Sg Patani.

Ucaputama akan di sampaikan oleh...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2010 22:20

July 15, 2010

Sasau Seorang YB ( II)

Aku rasa terpanggil apabila membaca kesasauan seorang sahabatku dalam ruangan ini minggu lalu. Dalam Kamus Dewan Bahasa erti sasau ialah: Orang yang makan banyak.

Manakala pengertian sasau dalam Kamus Lengkap Bahasa Indonesia ialah selain dari makan banyak membawa erti 'kurang pikir.'

Maka bodohlah kami lima enam orang ini kalau terima makna 'kurang pikir.' Tapi yang jadahnya, cakap-cakap kami sekarang ini ramai pula yang kata 'sasau.' Kerana itu ada lebih baik aku nak hurai sedikit hal-hal ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2010 06:59

July 8, 2010

Diari Sasau Seorang Yb (1)

Sungguh-sungguh saya tidak dapat bayangkan sekiranyalah saya ini seorang YB yang telah melompat parti menjadi calon bebas, lalu hendak turun ke kawasan menemui pengundi saya.

Apa mukadimahnya hendak saya berkata jika saya bertemu dengan pengundi saya, sama ada di kedai kopi atau di masjid atau di dewan. Takkan saya akan bertemu pengundi hanya ketika Pak Husin balik dari menoreh? Takkan saya nak temui Mak Minah yang sedang cari ubi kayu di belukar? Takkan saya nak bertemu Husin yang sedang jua...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 08, 2010 03:11

Azizi Abdullah's Blog

Azizi Abdullah
Azizi Abdullah isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Azizi Abdullah's blog with rss.