Azizi Abdullah's Blog, page 7
February 3, 2010
Cerita Yang Diubah Suai Dari Cerita Lain:

Cerita Yang Diubah Suai Dari Cerita Lain:
Kisah 2Z.
Entah macam mana, mereka bertemu di satu lapangan terbang ketika hati dalam keadaan merajuk, panas baran di sebabkan haba dan cuaca politik kawasan tak begitu selesa.
Si Z 1 membawa begitu banyak buah genuak. Manakala si Z 2 membawa ratusan bungkus laksa dengan kuah-kuahnya sekali. Di atas kesepakatan yang padu, mereka menyewa helikopter yang injinnya telah diganti dengan injin Kobuta disebabkan injin asalnya dicuri entah siapa.
Mereka menyewa p...
Published on February 03, 2010 06:01
January 28, 2010
Masih Panjang Umur

Masih Panjang Umur
(Ini sekadar catatan. Maaf kerana agak lama tidak menulis laman ini kerana berlaku sedikit musibah. Apapun sangat bersyukur)
1.
Kemalangan memang tak diduga. Saya seperti mati hidup semula. Pagi 25hb Januari 2010, kira-kira jam 8-30 pagi di atas jambatan Pulau Pinang, di kilometer 7.0, tak semena-mena kereta saya disondol dengan kuat, menyebabkan kereta Kelisa yang kecil macam siput ini terdorong, terhantuk di belakang sebuah kereta lain...
Published on January 28, 2010 06:24
January 22, 2010
Sekadar Perbandingan

Penerima anugerah SDK sempena keputraan tuanku sultan Kedah ke 82 pada 21.1.2010
Ketika Pas mengambil alih memerintah negeri Kedah 8 Mac 2008 yang lalu, saya kurang percaya apabila Embinya beritahu, Kedah berjaya mengurang perbelanjaan membazir. Di antara doktrin Embi ialah, jika waktu Be En perintah dulu, jamuan makan rasmi kerajaan satu kepala tidak kurang dari RM29, tetapi Pas berjaya hanya berbelanja sekitar RM9 satu kepala.
Saya anggap itu satu kelentong. Tapi kerana Embi dari Pas, mau tid...
Published on January 22, 2010 05:03
January 14, 2010
Tentang Yakjud Makjud

Ini hanya gambaran, bukan benda yang dicerita di bawah.
Anda sekelian, saya telah menerima satu e mail dari seorang kawan penyair di Terengganu. Mungkin anda sudah membaca dan menerima e mail seperti ini. Tapi apapun, ada baik ia dikongsi sebagai satu ilmu.
-azizi hj abdullah
Bismillahirrahmanir rahim…
WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untu...
Published on January 14, 2010 22:52
December 29, 2009
Tergelak Awal Tahun 2010

Sani Sudin ni tak pernah susah hati. Tergelak selalu.
Nak Tergelak 1:
Pagi itu dari Penang nak ke KL. Bukan jauh sangat, cuma ke Setapak saja. Ketika membeli tiket Mas, ada sekumpulan lelaki sedang berbual. Barangkali mereka pun nak ke KL. Pakaian baju putih tangan pendek, ada selang pangkat di bahu.
Seorang lelaki Cina yang sudah tua, baru saja membeli tiket ke Singapura, selepas saya. Lebih kurang 10 ela beredar, dekat dengan kumpulan lelaki yang kuat gebang pasal 1 Malaysia, lelaki Cina itu b...
Published on December 29, 2009 18:50
December 26, 2009
Harubiru Lagi…

Tuan Guru Nik Aziz

Salehuddin Ayub

Salam Sejahtera.
Dah mula pulak dah.
Bila ditanya, sapa pun tak mengaku. Masing-masing kata, saya tak kata macam tu.
Perihal sesuai tak sesuai, elok tak elok, bagueh tak bagueh orang luar jadi calon di Kelantan telah mencerminkan sesetengah pemimpin Pas tak tahu nak cakap apabila disua ais krim( mike) untuk dijilat-jilat.
Apa, tak ada yang lain ke yang nak cakap?
Baru saja bercakap pasal hikmat hijrah, pentingnya hijrah. Tapi soal calon hijrah.....
Apa, masih tak lu...
Published on December 26, 2009 04:21
December 23, 2009
Pusat Dokumentasi

YB Mansor Osman, Tim Ketua Menteri 1, Tan Sri Islamil Husain dan Cik Shukriah, Pengarah PPANP ketika melihat buku-buku di Pusat Dokumentasi
Tanggal 22 Disember 2009 Persatuan Penulis Pulau Pinang (2PNP) mencatat sejarah. Bilik yang penuh dengan buku-buku lama penulis negeri Pulau Pinang, tokoh-tokoh bahasa, politik dan sastera yang menjadi bahan Dokumentasi Penulis Negeri Pulau Pinang, telah dirasmikan oleh YB Tuan Mansor Osman, Timbalan ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Turut serta ialah Tan Sri P...
Published on December 23, 2009 20:51
Novel 'Daerah Beta'

Missalwa, cucu penulis Daerah Beta. Dah ada dalam pasaran, katanya..
Khabarnya novel terbaru Azizi Hj Abdullah sudah ada di pasaran. Harga RM45 terbitan Dewan Bahasa.
Daerah Beta diangkat dari kejadian benar, bagaimana sekumpulan rakyat di mana satu ketika dulu pihak kilang cuba menanam radioaktif ditempat mereka. Mereka bantah sehingga terjadi satu demonstrasi yang sangat hebat. Gas dan water canon menjadi mandian. FRU jadi pagar dan mahkamah tempat mengadu.
May gadis China yang berkahwin denga...
Published on December 23, 2009 20:48
December 14, 2009
Sang Wahabi Mencari Tuhan
Cerpen; Mula tulis 23hb November 2009 3 ptg
-Azizi Hj.Abdullah
(Cerpen ini tersiar di Mingguan Malaysia 13 Disember 2009)
Sangat pantas orang menuduhnya Wahabi. Tapi dia tidak peduli. "Kalau nak bercakap tentang Tuhan, mana tauliahnya?" tanya orang masjidnya.
Puncanya sejak dia balik dari di Mesir dan Jordan. Orang hairan kerana dia solat tak baca Qunut dan tidak pula buat tahlil. Yang lebih menjadi masyarakat mesjid marah, dia tak mau pakai sifat dua puluh. Yang peliknya orang menuduh...
-Azizi Hj.Abdullah

(Cerpen ini tersiar di Mingguan Malaysia 13 Disember 2009)
Sangat pantas orang menuduhnya Wahabi. Tapi dia tidak peduli. "Kalau nak bercakap tentang Tuhan, mana tauliahnya?" tanya orang masjidnya.
Puncanya sejak dia balik dari di Mesir dan Jordan. Orang hairan kerana dia solat tak baca Qunut dan tidak pula buat tahlil. Yang lebih menjadi masyarakat mesjid marah, dia tak mau pakai sifat dua puluh. Yang peliknya orang menuduh...
Published on December 14, 2009 19:13
Seorang Melayu Di Tengah Bandaraya
-Azizi Hj Abdullah
(Cerpen ini tersiar di dalam Dewan Sastera, Disember 2009)
Apabila Sirun mendongak melihat matahari dari lubang-lubang atap zing, matahari tidak nampak. Yang menyilaukan matanya itu ialah cahaya yang terang menembusi lubang-lubang zing buruk itu. Dari pengecaman itulah Sirun dapat mengangak, usia hari baru 8 pagi lebih-lebih sikit.
Menguap dua tiga kali sambil membancuh secawan kopi dengan sebuku roti, sedar tak sedar matahari sudah berubah dari lubang-lubang bumbung zin...

(Cerpen ini tersiar di dalam Dewan Sastera, Disember 2009)
Apabila Sirun mendongak melihat matahari dari lubang-lubang atap zing, matahari tidak nampak. Yang menyilaukan matanya itu ialah cahaya yang terang menembusi lubang-lubang zing buruk itu. Dari pengecaman itulah Sirun dapat mengangak, usia hari baru 8 pagi lebih-lebih sikit.
Menguap dua tiga kali sambil membancuh secawan kopi dengan sebuku roti, sedar tak sedar matahari sudah berubah dari lubang-lubang bumbung zin...
Published on December 14, 2009 19:07
Azizi Abdullah's Blog
- Azizi Abdullah's profile
- 117 followers
Azizi Abdullah isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
