Andi Eshak's Blog: AKU NAK MEMBEBEL NI., page 10
August 18, 2013
IBU SEGALA DILEMA.
7.20 am
Suatu Hari Isnin tahun 1992.
Aku masih di dalam kereta separa buruk yang banyak berjasa berjenama Datsun, yang berwarna merah kepunyaan keluarga. Hari itu Ma bergegas hendak menghantar aku ke sekolah. Satu rumah terbangun lewat. Semua orang mandi lebih kurang. Lepas hantar adik ke rumah penjaga, kemudian aku ke sekolah, dan kemudian hendak ke pejabat pula. Kadang-kadang, kasihan pula aku melihat Ma selalu terkejar-kejar pada waktu pagi. Abah pula selalu kerja syif. Sekali-sekala bila dia ada di waktu pagi, Abah akan menghantar aku. Barulah Ma sedikit lapang.
Tapi pagi itu memang maha kelam kabut. Aku pun pakai stokin dalam kereta, Lagi 50 meter nak sampai pagar sekolah baru sempat nak tuck in baju. Tetapi nasib baik juga la sempat sampai sebelum brader pengawas tutup pintu pagar sekolah.
Aku bergegas turun dari kereta, salam tangan Ma dan berlari melintasi pagar sekolah. Dalam 30 meter kemudian, aku toleh semula ke belakang. Kereta Datsun merah tu masih ada di pagar. Aku lihat Ma bermuka cemas.
Kereta tu buat hal lagi. Enjin terpadam dan tak boleh dihidupkan semula. Sekarang giliran aku pula yang jadi cemas.
Sebenarnya bukan cemas. Tetapi perasaan kasihan, simpati, malu, panik dan macam-macam lagi. Semuanya dicampurkan dalam periuk hati aku. Dan ia menghasilkan satu perasaan yang lain; keliru.
Apa aku nak buat? Nak tolong Ma, aku sudah berada di dalam kawasan sekolah. Lagipun satu jenis saiz spanar pun aku tak hafal. Nak minta tolong orang, yang ada di situ hanya pengawas berkaca mata tebal. Nak menemani Ma, loceng sudah berbunyi.
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berdiri tegak, 30 meter dari pagar sekolah dengan muka nak menangis mengenangkan kesusahan Ma aku. Tak sanggup rasanya aku nak biarkan Ma aku terkontang kanting seorang diri di situ. Tetapi tidak lama kemudian Ma perasan akan aku dan mengangkat tangan memberi isyarat menyuruh aku masuk ke kelas.
Demi Tuhan, itulah antara tindakan yang paling berat aku rasa pernah dibuat. Dengan berat hati, aku melangkah terus, tidak memandang ke belakang, sambil menyeka air mata di pipi.
Rasa bersalah menyelubungi aku pagi itu.

Published on August 18, 2013 21:34
August 16, 2013
CENDOL PUAKA
Cendol Kacang RM2, Cendol Jagung RM2, Cendol Pulut RM2, Cendol Pulut RM2. Cendol Special pun RM2.
"Cendol Special ni ada apa, anney?" gua tanya.
"Special kita letak telur goreng la."
Cuaca panas begini masih ada mood nak bergurau. Terajang karang.
"Cendol Special ni ada apa, anney?" gua tanya.
"Special kita letak telur goreng la."
Cuaca panas begini masih ada mood nak bergurau. Terajang karang.
Published on August 16, 2013 02:00
August 15, 2013
CILOK
Musim beraya ni, cerita jalan jem, highway sesak memang tak lari dari menjadi antara topik hangat selain daripada cerita bila nak tambah anak dan kuih raya power.
Aku berkunjung ke rumah rakan semasa raya tempoh hari. Bila dah duduk berborak, kami pun bercerita up kampung masing-masing. Masing-masing cerita kampung dia sesak la, jem 2-3 kilometer. Dalam bayak-banyak kisah tu, aku menceritakan pengalaman aku dari Muar ke Batu Pahat yang mengambil masa 3 jam. Gila.
Kawan aku memandang pelik. Dia tanya "Kenapa tak cilok ikut kiri?"
Aku merenungnya dalam-dalam. Kemudian aku mengusap wajahnya perlahan-lahan kemudian menampar laju-laju. Tapi itu dalam bayangan aku saja.
Aku balas "Ah, malas la aku nak cilok-cilok ni. Beratur je dah la." Dan topik perbualan beralih pula ke cerita Kacang Pool dan Mi Racun.
Aku sebenarnya bukan jenis yang bersopan santun apabila di atas jalanraya. Kadang-kadang aku memaki hamun juga orang yang bawa kereta slow semacam. Macam bawa dosa 3 trailer. Mencarut dalam hati ni memang tak terkira lah. Isyarat jari keluar juga kadang-kadang.
Tapi macam mana pun, aku tetap tak tergamak nak memotong di sebelah kiri, sebab pada aku hanya orang tak ada perasaan malu, tiada kesedaran sivik dan tak pergi sekolah je buat macam tu. Dan aku mungkin akan rasa malu gila bila dah potong kiri, nak masuk lorong kanan semula. Muka tebal betul masa tu.
Pelik betul macam mana kawan aku boleh muka rilek je memotong dan masuk lorong semula. Pakai topeng ke apa?
Published on August 15, 2013 01:10
August 5, 2013
HARI RAYA
Sekitar 20 tahun dahulu, pada waktu akhir-akhir Ramadhan begini, aku akan duduk depan tv pada pukul 8.30 malam untuk pengumuman Hari Raya. Lepas diumumkan sahaja kami akan melonjak gembira jerit 'Yeay! Lusa raya!!' dan terus keluar rumah main bunga api. Lagu paling standard masa main bunga api ialah 'Selamat hari raya, aidilfitri mulia' (lirik berterabur) sambil pusing-pusing bunga api cap kucing. Kemudian bengkokkan dan campak atas pokok rhu.
Sekitar 20 tahun dulu, pada waktu akhir-akhir Ramadhan begini, aku selalunya sudah mula mengira-ngira duit upah puasa yang bakal aku dapat pada 1 Syawal nanti. Satu hari dijanjikan 1 ringgit. Selalunya tak pernah cukup pun 30 ringgit. Mesti short.
Sekitar 20 tahun dahulu, pada waktu akhir-akhir Ramadhan begini, Abah dan Ma dah siapkan segala kelengkapan raya aku. Baju Melayu, songkok berlilit, T shirt Rocky One (ok, aku tipu. Aku tak pernah ada Rocky One) dan kasut. Pada malam raya pula, aku akan gayakan semua pakaian tu depan cermin di dalam bilik. Posing yang paling standard aku buat ialah gaya memegang gitar sambil buat muka rock. Aku pun tak tahu kenapa suka posing macam tu. Pergi beraya rumah orang tak pernah pula aku posing macam tu.
Sekitar 20 tahun dahulu, pada waktu akhir-akhir Ramadhan begini, selepas menggayakan semua pakaian itu, aku akan susun Baju Melayu atas katil. Siap dengan samping dan songkok. Hal kasut jalan pula, aku akan susun baeek punya tepi dinding. Dan tidur mengadap kasut sambil tersenyum.
Sekitar 20 tahun dahulu, pada waktu akhir-akhir Ramadhan begini, aku dah mula meratah biskut raya Ma aku. Banyak telap juga aku adik-beradik baham. Tapi yang paling tak boleh tahan adalah home made tempeyek. Jawa stail.
Sekitar 20 tahun dahulu, pada waktu akhir-akhir Ramadhan begini, kawan-kawan dah ramai yang pulang ke kampung mak bapak diorang. Masing-masing berjanji bila pulang dari kampung nanti akan bawa duit raya berkepuk-kepuk dan beli pistol air berbentuk kapal terbang Batman. Time tu jugak dah pilih group nak berperang.
Pagi raya, aku dah lancarkan misi kutip duit raya. Semua rumah tak kira siapa aku redah. Belum kira pakcik-makcik, atok, atok jiran, nenek jiran lagi. Rekod tertinggi aku masa tu adalah RM 500++. Kau fikir la berapa kali aku beli pistol air.
***
Tahun ni, turn aku pulak kasi anak aku rasa semua tu. Aku biasa-biasa sahaja.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Andi EshakKuih Apam Sekolah Maahad
Published on August 05, 2013 21:18
July 30, 2013
MANTERA
Abah aku ada satu mantera ajaib.
Masa aku kecil dahulu, aku jenis yang agak nakal. Dan seperti anak nakal yang lain, kadangkala aku tersepit jari, terhantuk kepala, benjol di sana sini. Jadi apabila aku menangis, abah akan panggil aku dan dia akan mandrem:
'Tungku tangkal balik pintu, budak nakal memang begitu'
Kemudian dia akan meniup, kadangkala mengulum jari aku yang bengkak. Mungkin agak menggelikan. Tetapi sebenarnya ia menenangkan.
***
Tungku Tangkal Balik Pintu
Budak Nakal Memang Begitu
Fuuhh!!
Itu juga lah yang aku nyanyikan, dengan nada tertentu, setiap kali Afinna menangis tatkala kepalanya terhantuk dinding, jari tersepit, atau terjatuh dari kerusi.
Dan setiap kali aku bacakan 'mantera' itu, selalunya dia akan berhenti menangis, menjadi cool dan tak lama kemudian bermain seperti biasa.
Hebat bukan?
Ada juga orang kata aku mengajar anak aku perkara syirik. Tetapi sebenarnya secara psikologinya, aku mengajar Afinna memandang bapanya seorang yang sentiasa bersifat melindungi, menyayangi, superior, dan penenang jiwa. Secara tidak langsung, rasa hormatnya kepada ibubapa akan datang dalam dirinya.
Dan aku yakin sangat anak aku mampu berfikir seperti aku apabila dia besar kelak, yang sebenarnya mantera itu bukanlah ajaib.
Tetapi tiupan kasih sayang dan pelukan itu yang menyembuhkan dan melupakan kesakitan.
Published on July 30, 2013 00:30
July 28, 2013
TV
27/7/13
Baru sampai rumah.
Afinna sudah masuk ke dalam rumah. Aku buka tv, alih siaran ke 801. Ada siaran ulangan bola.
"eh, ada bola"
Tiba-tiba ada satu suara budak kecil sound.
"Aah..asyik nak tengok bola je. Tak boleh. Finna nak tengok Shin Chan."
Menyirap darah.

Published on July 28, 2013 21:43
•
Tags:
afinna
JANGGUT SAMPAI KE DADA
Aku seriously have an issue dengan orang yang berjanggut sampai ke dada, tapi suka menyakiti anak sendiri. Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi dah banyak kali aku jumpa orang sebegini.
Dan yang terbaru aku terjumpa lagi di Tesco Seremban 2 tempoh hari. Seorang bapa yang, sedang beratur di kaunter pembayaran, kemudian meminta isterinya membuat pembayaran. Kebetulan aku sedang melintas di hadapan kaunter tersebut. Apabila isterinya menyerahkan anak kecilnya kepadanya, dia merengus-rengus, macam kerja memikul anak tu susah sangat. Kemudian dia menghempas anaknya ke dalam troli.
Tersentak aku sekejap.
Tak cukup dengan itu, dia hempap lagi anaknya dengan tembikai yang baru dibayar. Menangis budak tu. Kasihan. Bukan aku seorang sahaja yang nampak. Tetapi semua orang yang beratur menjadi saksi. Benda itu betul-betul mengganggu aku. Malangnya aku tidak dapat berbuat apa-apa, kecuali berambus dari situ dan sempat menjeling kepadanya, tanda protes.
Susah sangat ke nak pegang anak? Tambahan lagi aku lihat anaknya bukan jenis yang nakal liar. Diam-diam sahaja, tak seperti anak aku. Aku semacam merasakan bahawa orang-orang agama (segelintir) yang janggut berjela, berbaju melayu ni selalunya kurang sensitif, kurang ihsan dengan keadaan sekeliling. Bukankah agama mengajar kita kasih-mengasihi. Apatah lagi anak sendiri.
Tolonglah. Kamu itu delegasi agama.

Published on July 28, 2013 21:30
•
Tags:
membebel
July 26, 2013
BANGI
Masa zaman aku kerja dekat Bangi dulu, bila masuk waktu rehat, berebut aku dengan Tomok nak balik rumah. Ada dua sebab:
1. Nak tidur
2. Nak tengok Kisah Benar
Pengarah Kenji Sawahi ni kalau dia reka-reka cerita dalam Kisah Benar pun bukan aku tahu.
Tak lama lepas tu, season Kisah Benar habis dan digantikan dengan Tirai Beri. Frust betul aku masa tu.

Published on July 26, 2013 18:21
BANGI 2
Aku dengan Tomok pun pernah juga kerja bodoh hari-hari beli Paddle Pop untuk kumpul batang kayu supaya boleh tebus hadiah PSP.
Satu peti aku dengan Tomok beli aiskrim, memang tak dapat punya. Setan.
Satu peti aku dengan Tomok beli aiskrim, memang tak dapat punya. Setan.
Published on July 26, 2013 18:21
MY EX BOSS 3
Bos aku cerita, dulu memang dia kahwin koboi. Pakai baju pagoda dengan seluar jeans je.
Pada aku tak cukup koboi lagi. Sebab pistol dengan kuda tak ada.
Tapi bila difikir-fikir balik, sebenarnya ada 'pistol' dan 'kuda' tu.
Pada aku tak cukup koboi lagi. Sebab pistol dengan kuda tak ada.
Tapi bila difikir-fikir balik, sebenarnya ada 'pistol' dan 'kuda' tu.
Published on July 26, 2013 18:19