Andi Eshak's Blog: AKU NAK MEMBEBEL NI. - Posts Tagged "membebel"

JANGGUT SAMPAI KE DADA

Aku seriously have an issue dengan orang yang berjanggut sampai ke dada, tapi suka menyakiti anak sendiri. Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi dah banyak kali aku jumpa orang sebegini.

Dan yang terbaru aku terjumpa lagi di Tesco Seremban 2 tempoh hari. Seorang bapa yang, sedang beratur di kaunter pembayaran, kemudian meminta isterinya membuat pembayaran. Kebetulan aku sedang melintas di hadapan kaunter tersebut. Apabila isterinya menyerahkan anak kecilnya kepadanya, dia merengus-rengus, macam kerja memikul anak tu susah sangat. Kemudian dia menghempas anaknya ke dalam troli.

Tersentak aku sekejap.

Tak cukup dengan itu, dia hempap lagi anaknya dengan tembikai yang baru dibayar. Menangis budak tu. Kasihan. Bukan aku seorang sahaja yang nampak. Tetapi semua orang yang beratur menjadi saksi. Benda itu betul-betul mengganggu aku. Malangnya aku tidak dapat berbuat apa-apa, kecuali berambus dari situ dan sempat menjeling kepadanya, tanda protes.

Susah sangat ke nak pegang anak? Tambahan lagi aku lihat anaknya bukan jenis yang nakal liar. Diam-diam sahaja, tak seperti anak aku. Aku semacam merasakan bahawa orang-orang agama (segelintir) yang janggut berjela, berbaju melayu ni selalunya kurang sensitif, kurang ihsan dengan keadaan sekeliling. Bukankah agama mengajar kita kasih-mengasihi. Apatah lagi anak sendiri.

Tolonglah. Kamu itu delegasi agama.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 28, 2013 21:30 Tags: membebel

AKU NAK MEMBEBEL NI.

Andi  Eshak
Apa yang aku membebel di fesbuk dan blog, juga aku bebel di sini.
Follow Andi  Eshak's blog with rss.