Andi Eshak's Blog: AKU NAK MEMBEBEL NI., page 2
February 17, 2015
CELEBRATION
18.2.2015Coi San Dou (George Lam)
Di kedai makan. Aku menikmati nasi goreng dan begedil. Alfred menikmati mee goreng dan telur mata lembu. Kami minum teh o ais, dari dua gelas yang berbeza.
Esok kaum Cina akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Aku yang teruja tanya macam- macam benda pada Alfred. Dia balik kampung di mana, sudah beli baju ke belum, esok masak apa.
Dia jawab nak tak nak sahaja. satu aku tanya, satu dia balas. tak seperti hari biasa.
Kemudian aku dah tak tanya lagi. Malas ganggu fikirannya. Mungkin ada benda rumit yang berlegar di kepalanya. Biarkan dia dengan dunianya. aku dengan nasi goreng ku.
"Aiyo..! Macam mana saya boleh lupa mahu angkat leave aa? Patut semalam saya sudah balik kampung oo.."
Laa. Itu je masalahnya. Lepas makan aku suruh Alfred balik kampung (kampung di Bukuit Jalil je). Tak payah tunggu sampai petang. Aku boleh cover.
Coi San Dou, Alfred!

Published on February 17, 2015 19:38
February 13, 2015
SIHIR MAMA
Waktu kecil dahulu.
Bila aku buka peti ais nak gogok air sejuk, Ma aku akan jerit dari ruang tv:"Minum pakai cawan, jangan gogok je!"
Balik dari bermain, buka tudung saji, nak ratah lauk. Ma akan jerit dari tempat penyidai:"Tangan tu basuh dulu. Nanti kuman masuk! "
Bila aku baca komik dalam bilik instead of buat homework, Ma akan sound dari luar :"Buatlah kerja sekolah tu. Jangan baca komik je."
Bila aku terlupa tutup pili dan terus pergi tengok tv, Ma aku sound dari sofa sambil menjahit:"Air tu kenapa tak tutup. Membazir."
Ma aku ada berapa mata sebenarnya ni?

Published on February 13, 2015 20:06
FROZEN
Lepas tonton Frozen. Buat kali ke 2 kurang dari 12 jam.
"Cuba Babah buat macam ni (hentak kaki). Nanti keluar ais. "Aku pun hentak kaki. Tak ada apa apa berlaku, kecuali air Milo hampir tumpah.
"Babah tau kenapa tak jadi? ""Kenapa... "
"Sebab Babah belum mandi lagi. "
Mana la aku letak tong sampah yang muat saiz budak tadi.

Published on February 13, 2015 20:01
KANAK KANAK AKU
Makan tengahari tadi, aku terserempak dengan satu keluarga, makan di meja hadapan aku. Ada bapa, ibu dan 3 orang anaknya.
Nampak meriah, sepatutnya.
Tapi hakikatnya, si bapa, ibu dan anak anaknya masing masing melayan diri sendiri. Si bapa sibuk berbual di telefon. Ibu tersenyum sendirian, mungkin sedang bermain whatsapp dan anak anak nya bermain permainan di iPad dan telefon.
Sayangnya. Waktu begitu sepatutnya dihabiskan dengan berbual mesra sambil menunggu makanan yang dipesan sampai.
Terfikir juga aku akan keberuntungan anak anak zaman sekarang yang serba mudah, serba maju. Tidak seperti zaman aku kecil dahulu. Dan aku teringat momen momen waktu kecil dahulu.
***
Waktu aku kecil dahulu, kami sekeluarga sering makan malam bersama. Sebelum makan abah akan baca doa dahulu. Panjang juga doanya. Kadang kadang aku tidak sabar dan mencuit cuit nasi di dalam pinggan. Pasti abah akan menjeling tajam kepadaku sambil mulutnya masih terkumat kamit membaca doa.
Bila waktu makan, abah suka berbicara tentang apa sahaja. Random. Termasuklah komplen masakan mama. Tapi mama rilek je. Sebab dia tahu abah saja je nak bikin modal cerita waktu makan.
Dalam kami 3 beradik (waktu itu), kami sering berlumba, kerana siapa yang paling akhir kena basuh pinggan dan lap meja. Tapi kalau lauk sedap, aku jadi orang paling akhir pun tak apa. Apalah salahnya aku basuh pinggan kalau terpaksa habiskan asam pedas digaul bersama planta, kicap dan nasi panas.
Kalau cuaca panas, aku adalah orang yang paling rimas. Port terbaik aku masa tu ialah di peti sejuk. Aku selalu buka dan baring depan pintu peti sejuk untuk sejukkan badan. Peti sejuk ni banyak juga gunanya. Hari minggu, aku keringkan kasut sekolah di bawah peti sejuk (peti sejuk kami ialah jenis ada kaki batu di bawahnya). Tapi riwayat peti sejuk tu tak lama, bila ia tumbang semasa aku bermain sorok sorok dengan adik.
Aku tak pernah ada lego masa kecil dahulu. Lego yang aku main adalah lego rakan rakan dan sepupu. Tapi abah selalu belikan aku tanah liat. Aku cipta dinosaur, kereta dan helicopter airwolf, lengkap dengan volcano tempat persembunyian helicopter (guna kusyen).
Permainan yang paling best pernah aku ada ialah skateboard fish deck warna hijau. Beli di pasaraya Upwell. Harga 30 ringgit rasanya. Dia punya berat ya rabbi. Tayarnya kuning dan lebar macam steamroller.
Lama aku guna skateboard hinggalah patah dilanggar abah masa nak reverse kereta.
Rancangan tv aku hanyalah TV 1, 2, 3. Ntv, TV8,9 semua tak ada masa tu. Berbekalkan tv jenama National tu kami adik beradik survive, tanpa remote. Bila siaran tak sedap semua resah. Jangan ada yang bangun je, memang kena minta tolong tukarkan channel.
Mujur abah ada beli perakam video masa tu. Dan banyak video kosong untuk aku rakam semua benda. Dari cerita P. Ramlee, kartun Tom n Jerry hinggalah iklan Dorina semua aku hentam rakam. Abah juga ada belikan aku cerita Masked Rider sampai 4-5 biji untuk tontonan cuti sekolah.
Waktu petang, kami bermain galah panjang, zero point, ting ting, lumba basikal dan rounders. Ataupun pergi mencari labah labah 'King' di celahan daun pandan dan simpan di dalam kotak mancis. Makanannya adalah air liur dan semut. Ataupun bermain daun tepuk, gambar Ultraman.
Paling dah tak ada geng pun, main kapal terbang polisterin yang dijual serendah 50 sen di kedai. Ataupun layang layang. Tapi aku tak gemar main layang layang. Tak feel.
Memang jauh bezanya zaman kanak kanak aku dengan kanak kanak zaman sekarang. Tiada gajet tetapi imaginasi yang tiada limit.
Published on February 13, 2015 19:55
7 ELEVEN
27.6.2014Under Influence (Taking back Sunday)
Kadang kadang ada soalan yang kita serba salah nak jawab, contohnya:
"7 Eleven tutup pukul berapa ah? Aku nak beli ais ni. "
Apa yang kita boleh buat hanyalah renung wajahnya, usap rambutnya dengan penuh simpati.Kemudian cengkam halkumnya dan rendam kepalanya dalam larutan natrium sobiat haidrotistus terhidrat.

Published on February 13, 2015 19:49
ANTI ESTABLISHMENT
Dari mula mula kahwin dulu aku dah syak bini aku ni anti establishment. Mungkin juga dia fak the system. Sebab dia enggan guna blender untuk hancurkan bawang. Dia suka guna lesung batu.
Punk betul.
Masalahnya masa masak tadi, aku ditugaskan untuk buat kerja anti establishment tu.
Menjejes jejes air mata.
Punk betul.
Masalahnya masa masak tadi, aku ditugaskan untuk buat kerja anti establishment tu.
Menjejes jejes air mata.
Published on February 13, 2015 19:46
KELAM KABUT
Pinah ni huru hara la. Dari aku pergi beli makanan tadi, dia suruh cepat berbuka. Masa aku berbuka dia suruh cepat maghrib. Lepas maghrib dia suruh cepat Isyak pula. Lepas tu jalan mundar mandir dalam rumah. Tak keruan.
Sebab aku dah janji nak main bunga api selepas Isyak.
Bila dah ready nak main, dia pula yang takut. Mende tah.
Sebab aku dah janji nak main bunga api selepas Isyak.
Bila dah ready nak main, dia pula yang takut. Mende tah.
Published on February 13, 2015 19:45
PINDAH
8.8.2014Friday Im In Love (The Cure)
Jiran sebelah rumah aku nak pindah dah. Dapat transfer di kampung sendiri, di Kelantan.Pinah sudah tentu hilang kawan yang tak pernah tahu nama, tapi kenal macam dah 100 tahun.
Kejap lagi diorang nak bergerak dah. Aku bagi Pinah can main puas puas dengan kawan 'tak tahu nama tapi kenal 100 tahun ' itu. Sepuas hati mereka bermain, macam faham esok tak jumpa lagi.
Hmm, kids.
Published on February 13, 2015 19:41
REMOTE
Malam tadi aku sorok remote astro. Melilau Pinah cari remote nak tukar channel 611.Kemudian aku tukar channel secara sorok sorok. Tiba tiba dia kata dia ada kuasa tukar channel guna gerakan 'frozen '.
Dia buat move, aku tukar channel. Dia buat move lagi, aku tukar channel lagi.Punyalah riak sampai tersenyum senyum, sampai dia tertidur. Dan aku dapat tengok channel kegemaran aku.
Taktikal itu namanya 'Memberi Muka. '

Published on February 13, 2015 19:39
TERIMA KASIH
Aku suka perasaan bila aku bantu BFF aku Pinah bacakan buku, ambilkan selimut busuk, letakkan serbuk Milo dalam cawan, buatkan aiskrim batang, ajak dia pergi kedai atau apa sahaja dan dibalas dengan :
'Yeay! Terima kasih Babah.' sambil peluk aku.
Rasa berbakti betul.
'Yeay! Terima kasih Babah.' sambil peluk aku.
Rasa berbakti betul.
Published on February 13, 2015 19:20