Andi Eshak's Blog: AKU NAK MEMBEBEL NI., page 3
February 13, 2015
BANGLA
Aku selalu berfikir Bangla di Malaysia ini umpama kaum Yahudi di Jerman semasa pendudukan Nazi.Mula- mula mereka jalan di kaki lima. 50 tahun kemudian agaknya kita pula yang berjalan di kaki lima.
Oleh itu, jangan malas dan mari bersaing dengan Bangla, walaupun mereka berbau agak hangit sedikit.
November 25, 2014
CINA MELAKA VS CINA GUANGZHO
Lunch dengan kontraktor tadi, dia cerita tentang pengalamannya membeli sandal crocs di Guangzho. Dia pergi jumpa tauke kilang suruh tiru sebiji macam original. Sample pun dia bawa.
Dia tanya tauke kilang berapa harga. Tauke kilang balas balik, "jangan tanya harga, tapi berapa banyak awak mahu buat."
Dia cakap nak buat 5000 pasang. Tauke kilang suruh balik. Dia tanya lagi, berapa banyak pasang yang dia kena order supaya kilang tu boleh buat seperti diminta. Tauke tu cakap :
"Kalau 15000 pasang, saya baru buka harga. 20000 pasang, harga boleh bincang. 30000 pasang saya bagi murah murah punya"
Bincang punya bincang , dia order 50000 pasang, selepas tauke kata akan bagi harga rm 2.00 untuk sepasang. Pembayaran dibuat, tapi dia bayar separuh sahaja sebab masing masing baru pertama kali berjumpa. Kurang percaya.
Setelah beberapa lama, tempahan pun siap dan tiba di Port Klang. Dia pun buka kontena, dan mendapati ada 50000 biji kasut sebelah kiri sahaja. Dia rasa dia kena tipu jadi dia call balik tauke kilang tu. Tauke kilang tu kata pula:
"Awak bayar separuh sahaja. Jadi saya pun hantar sebelah sahaja. Kalau awak mahu yang sebelah kanan punya, bayar bagi separuh lah. Saya tak percaya dengan orang Malaysia. Selalu tipu. Sudah dapat barang cabut lari."
Moral: Cina Guangzho selalu kena tipu.
Moral kedua: Nasi Ayam kedai ni sedap. Sup dia ada black pepper.
September 18, 2014
#3
Cantik.
Ditambah pula dengan suaranya yang lembut. Budi bahasanya tinggi. Kadang kadang dia suka membalas pertanyaan aku dengan bahasa kias yang susah aku nak faham dan malas aku nak fikir. Yang aku boleh jawab hanya dengan membalas satu senyuman paling sweet pernah aku buat. Tak tahulah pada dia sweet ke tidak. Tapi pada aku memang paling sweet.
Kami duduk berdua di atas batu besar, menghadap ke laut sambil menanti matahari hari itu terbenam. Cantik suasana hari ini. Secantik wajah dan pekerti Maryam.
"Maryam, boleh saya tanya sesuatu?" aku tergagap gagap untuk memulakan bicara. Dia merenung mata aku. Lama. Sampai aku terpaksa melarikan pandangan aku seketika. Tak boleh tahan dengan renungan tajamnya.
"Boleh.. apa dia?" Lembut sahaja suaranya.Aku diam sebentar. Mengumpul kekuatan.
"Apa kata kalau kita berdua.. " Aku mencantumkan hujung jari telunjukku di hadapannya. Mohon dia mengerti.
"Bain.. Bain.. "Aku kaget. Tercari cari suara tadi. Siapa pula yang mengendap ni. Potong betul.
"Bain.. Bain..! " Kali ini agak keras sedikit. Ah lantak lah. Maryam masih menanti aku menyambung perbualan yang tergantung tadi.
"Bain! Bangun!" dah sembahyang Subuh belum?!" Terasa pedih belakang badanku. Cepat cepat aku menggosok mata. Cilakak, mimpi rupanya. Masa buka mata tadi, benda pertama yang aku nampak ialah mak, sambil memegang tali pinggang arwah abah. Benda tu la yang meratah belakang aku tadi.
"Mak! Apa ni mak? Kejut pakai tali pinggang pula? Sakit la." Terasa berbirat belakangku. "Kau tu apa nak jadi. Dah besar panjang pun nak kena lilit dengan rotan baru nak bangun. Dah, pergi sembahyang!" Tegas dia berpuasa, sambil berposing depan pintu bilik gaya warden asrama.
Itulah mak aku. Dia sporting sebenarnya. Tapi kalau bab solat dia memang tegas. Paling kurang satu minggu mesti satu kali tali pinggang tu singgah badan aku. Lagi satu dia ni pantang tengok orang masih tidur waktu matahari dah naik. Mata dia lemas katanya. Aku pula malas nak bangun awal kalau hari minggu. Haa memang matching la tu.
***
Selesai mandi tadi, aku terus gegas ke dapur. Bau cekodok mencucuk cucuk hidung sejak aku dalam bilik air tadi. Hari ni mak buat sarapan cekodok. Cekodok biasa sahaja, cicah dengan sambal tumis. Peh, memang terliur. Kalau dah hadap ni, Maryam lalu dekat belakang pun aku tak perasan. Inikan lagi Mail Kerabu yang lalu.
Mak aku memandang aku, kemudian mengangkat muka tanda menyuruh aku memakai pakaian dahulu. Dengan lekas aku menyalin pakaian. T shirt Nice Stupid Playground menjadi pilihan hari ini. Seluar? Seluar bola sudahlah. Duduk rumah sahaja pun.Asyik betul aku lihat mak menggoreng cekodok, sambil memasang radio klasik. Sekali sekala aku lihat mulutnya cuba mengikut ikut nyanyian di dalam radio. Ah, dia orang lama. Mestilah tahu lagu lagu fesyen macam ni. Aku menarik kerusi di meja makan sambil mencedok sambal tumis ke dalam piring.
I Love you
Jantung hati cintaku sayang Hatiku goyang siang malam terbayang bayang Tidur dan baring tak boleh tenang Makan dan minum tak dapat kenyang Selalu ingat pada cik abang..
Aku tersengih sengih tatkala telingaku menangkap bait bait lagu dendangan Tiga Bidara ini. Aku juga dapat rasakan Maryam juga pasti akan tersenyum bila mendengar lagu ini.
Kalau dia bangun pagi dan dengar radio macam mak aku lah.
#2
Aku merenung kawasan Sungai Abong dari tingkap pangsapuri rumahku. Dari tingkat 10. Suasana hiruk pikuk. Jalan raya menjadi sesak. Kenderaan bermacam macam jenis, bermacam macam warna membuntuti antara satu sama lain. Jalan dua lorong menjadi satu lorong. Jalan satu lorong jadi setengah lorong.
Suasana yang biasa pada setiap hari Selasa. Hari pasar malam di Sungai Abong. Hujan pula turun dengan lebatnya sejak pukul 3 petang tadi. Tapi sekarang sudah renyai renyai. Awan sudah memberi laluan kepada matahari untuk bersiaran semula untuk 2-3 jam ini, sebelum bertukar syif dengan bulan. Aku merenung jam di tangan ku. Sudah pukul 4.30 petang.
"Dah boleh dah ni.. " bisik ku pada diri sendiri.
Sudah sampai masanya untuk aku mengemas payung khemah, meja, dan barangan jualan ke dalam van mini ku untuk ke pasar malam Sungai Abong. Sepelaung sahaja dari rumah aku jaraknya. Ikutkan hati, pukul 5 nanti baru aku nak turun, tapi bila tengok mak aku gelisah semacam je bila aku buat rilek tadi, aku pula jadi tak tentu arah. Mesti dia syak aku dah jadi pemalas, tak nak berniaga hari ini.
"Bukan tak hendak meniaga mak. Tapi tunggu lah hujan reda sedikit. Nanti Bain pergilah"Aku menjawab, tapi dalam hati je la.
Pukul 5 aku sudah terpacak di tapak pasar malam. Sambil menunggu pelanggan, aku juga menunggu seseorang yang istimewa buatku. Panjang leher ku mencari kelibatnya. Selalunya waktu orang keluar pejabat ni, mesti dia singgah di gerai ku untuk membeli mee siput power. Tetapi hingga kini, batang hidung pun belum nampak.
"Bang Bain, bang Bain"
Terkejut aku sebaik memalingkan wajahku ke atas. Aku yang dari tadi sibuk membungkus sos untuk mee siput hampir terperanjat bila dia muncul di hadapan ku.
Memperkenalkan, Maryam.
Maryam adakah salah seorang dari pelanggan aku. Tetapi pada aku dia adalah pelanggan yang paling istimewa. Kalau dia beli satu, mesti aku beri dua. Kalau beli dua, aku beri tiga. Kadang kadang aku beri sampai lima. Sampai dia malu hendak berurusan di gerai aku.
Gadis ini berumur 25 tahun. Sebaya denganku. Body nya sedap mata memandang. Rambutnya panjang separas bahu, bawah sedikit. Dia tinggal di kawasan bandar, dan datang kerja dengan menaiki skuter.
Maryam bekerja sebagai kerani di sebuah agensi kawalan keselamatan kepunyaan Mail Kerabu. Mail Kerabu itu pula adalah ayah saudaranya. Mail Kerabu juga ada masalah dengan aku. Aku pun ada masalah dengan Mail Kerabu. Tetapi masalah aku paling besar adalah aku sukakan Maryam. "Bagi saya mee siput dua sahaja bang. Jangan tambah. Kalau tak nanti saya tak nak beli lagi."
Aku tersenyum memandangnya. Wajahnya betul betul mencairkan hati aku. Kadang kadang terasa segan pula melihat dirinya yang kemas, berbanding diriku yang selekeh ini.
Dengan cermat aku membungkus pesanan Maryam itu. "Nah. Hari ni saya tak bagi free. Nanti awak tak datang lagi. "
Wang bertukar tangan. "Terima kasih bang Bain. " sopan sungguh.
Dan aku memerhati kelibatnya yang semakin lama semakin menjauh. Macam mana la mak aku boleh fikir aku tak nak berniaga hari ni. Melepas la aku nak menatap wajah Maryam nanti.
(bersambung)
#1
Pengunjung kedai ini juga sepanjang masa didendangkan dengan lagu lagu 50an, atau mungkin 60an melalui saluran radio Klasik Nasional. Belum pernah lagi aku dengar kedai ni pasang radio dari siaran Era, Sinar atau yang lain. Hitz Fm lagilah jauh. Dan kedatangan aku hari ini disambut dengan lagu Mengharap Sinar Menelan Kabus nyanyian Ahmad Jais. Intronya sahaja sudah membuatkan aku bersemangat tadi.
Walaupun kedai gunting rambut ini kecil sahaja, tetapi sejarahnya pada aku besar. Dari aku berumur 3 tahun dibawa oleh bapak, sampailah sekarang sudah besar panjang ni, setiaku masih di sini. Pernah juga sekali sekala aku mencuba gunting di kedai lain, tetapi feel dia tak sama. Lagi satu kedai lain tak pasang lagu Ahmad Jais.
"Ha, hang nak buat macam mana hari ni? Biasa? "
**
Ha, pakcik yang tegur aku ni namanya Pakcik Roslan. Tauke merangkap kuli kepada kedai ini. Asal dari Kedah. Orang sekitar sini memanggilnya Roslan Gusi. Sebab bila dia ketawa, orang lebih nampak gusinya dari gigi. Tapi ada juga orang panggil dia Roslan Gunting, atau Roslan Cukur, atau Roslan Sideburn atau...atau apa apa sahajalah. Pakcik Roslan tak kisah. Cuma jangan panggil dia Ros sudahlah. Kena hambat nanti. Tetapi dalam diam aku memanggilnya Pakcik Ros.
"Macam biasa la Pakcik Ros...lan. Botak. Atas pakai nombor tiga, tepi pakai nombor satu".
Aku duduk di atas kerusi empuk berwarna coklat yang dibalut dengan material dari kulit sintetik. Kalau 15-20 tahun yang lalu, aku juga duduk di atas kerusi yang sama, tetapi beralaskan bangku kayu kerana kepala kerusi lagi tinggi dari kepala aku. Bayaran pun murah. Iya lah, kepala budak kecil. Kadang kadang, kalau mood Pakcik Ros baik, dia tak ambil bayaran pun dari bapak aku.Kain alas berwarna hitam dihampar ke badan aku, kemudian disangkut di leher dengan menggunakan penyepit.
Pakcik Ros memasang tapak nombor tiga di mesin ketam sambil memandang aku tanpa sebarang ekspresi muka. Aku senyum senipis mungkin.
Ngggggggg....Mesin bertemu di kepala dan rambut pun berguguran.
Dan aku.
Nama aku Bain. Bain bin Mukmin. Seorang pemuda berumur 25 tahun yang tiada kecacatan fizikal mahupun mental. Sihat tubuh badan. Bekerja sebagai peniaga Mee Siput di pasar malam Sungai Abong. Dan aku tinggal di pangsapuri peninggalan arwah bapak bersama sama dengan emak dan adik lelaki aku, Usop. Hobi aku, pergi melepak di kedai Pakcik Ros, dan mengunting rambut gaya botak.
Dan ini kisah hidup aku.
(sambung, penat. )
September 12, 2014
NASIHAT POWER
Amirul sedih dengan nasib yang menimpa dirinya. Hidupnya susah. Duit selalu tak ada. Dan motorsikalnya baru sahaja hilang.
Dia pergi mengadu keluh kesahnya kepada rakannya.
"Nan, aku ni selalu bernasib malang. Duit kena curi, motor hilang. Kan bagus kalau nasib aku macam kau. Hidup bahagia, duit banyak. Tekanan pun kurang. Kan best kalau jadi macam kau. "
"Hey amirul, kau dengar sini baik baik apa aku nak nasihat ni. Don't you ever wish you were someone else tau. You ni were meant to be the way you are exactly. Ingat tu! "
Berkerut dahi Amirul mendengarkan kata kata nasihat dari Nan. Bukan kerana nasihat itu, tetapi kerana Nan yang tiba tiba terer memberi nasihat dalam bahasa Inggeris.
"Fuh, terer betul kau speaking! Ungkapan siapa ni? "
"Bangsawan Inggeris zaman dahulu. "
"Siapa? "
"Err..Jowi Makan Tayar. Kau mana tahu. Baca buku pun tidak. Sebab tu tak pandai! "
September 10, 2014
6 BULAN
Malam tadi aku belek belek gambar lama dalam hard disk. Jumpa gambar lama rumah sewa padang jawa, gambar kerja dekat segamat, gambar kahwin aku. Ada satu folder tu simpan gambar kedai photostat aku dulu.
Sedih tengok gambar tu. Sebab kedai tu dah tak ada. Kedai tu dulu sale dia pelik pelik. Paling teruk, aku pernah dapat sale 30 sen je hari tu. Sampai tak boleh tidur aku malam tu terkenangkan 30 sen tu. Pernah juga satu malam aku dapat sampai 700-800. Ah pelik lah.
Tapi, dalam banyak banyak kerja aku buat, tetap tak setabah masa aku kerja di Segamat dulu.
Aku pernah kerja gaji sangkut selama 6 bulan.
Aku pula ada bela Bangla dalam 7-8 orang masa tu. Hari hari tanya aku pasal gaji. Nak jawab macam mana pun tak tau sebab kompeni memang tengah sengkek masa tu. Nak suruh diorang buat kerja pun serba salah. Tapi kena buat jugalah sebab takde progress, takde payment.
Teruk masa tu. Kompeni hanya bagi duit makan dan petty cash untuk jalan kerja je. Selalu juga kami makan roti dengan telur scramble buat makan tengahari. Malam kadang kadang miss soru.
Tetapi kehidupan yang macam zombie selama 6 bulan tu banyak ajar aku dari segala segi. Aku jadi pandai buat design jeti sebab tak mampu nak upah orang design, jadi pandai urus duit secara minimum, pandai kelentong masa meeting, pandai jual tanah, pandai edit gambar, dan pandai masak nasi goreng.
Nasib baik kompeni baik hati. Bila dapat payment terus bayar gaji tertunggak. Bila aku pergi rumah Bangla untuk bayar gaji (aku pegang gaji masa tu) diorang punyalah happy, terus ajak aku makan kari yang diorang masak. Tapi aku menolak sebab tak selera sangat bau dia. Kekeke.
Aku? Dapat gaji terus kahwin.
September 5, 2014
FARIZA
Memperkenalkan Fariza.
Fariza adalah seorang pemudi dari selatan tanahair. Berumur 26 tahun, berbody solid, single, lincah dan periang. Fariza bekerja di salah sebuah institusi perbankan terkenal di Malaysia.
Fariza mempunyai banyak hobi. Di masa lapangnya, dia gemar memasak makanan Itali, mengambil gambar sendiri, membaca novel, mengemas rumah, mengambil gambar sendiri dan mengambil gambar diri sendiri.
Ya, hobi terbesar Fariza adalah gemar mengambil gambar sendiri. Lepas ambil gambar, dia akan edit menggunakan aplikasi Camera 360, memuat naik di Instagram dan merayu like.
Hobi Fariza yang suka mengambil gambar sendiri ini melarat larat dan tidak mengira masa. Waktu makan, waktu lepas solat, waktu lepas mandi dan waktu memasak ikan goreng fesbuk (ikan goreng yang hangus akibat leka berfesbuk).
Juadah makanan juga tidak terlepas menjadi mangsa kameranya.
Hobi mengemas juga menjadi suatu hal kepada Fariza. Akibat perangainya yang suka berkemas ini, dia tidak rela untuk berkongsi rumahnya dengan orang lain. Ini menyebabkan Fariza menyewa sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur seorang diri. Fikirnya, duduk sendiri lebih aman dan rumah sentiasa kemas. Lagipun Fariza mampu, jadi suka hati dia lah nak menyewa rumah sendiri. Sudah lebih 3 bulan dia tinggal di rumah sewa sederhana besar itu, dan dia aman.
Tetapi kebelakangan ini, ada perkara yang merunsingkan dirinya. Hingga menyebabkan dia sentiasa kelihatan gelisah di tempat kerja. Murni, rakan sekerjanya kerap melihat Fariza membelek belek telefon dengan wajah yang cemas. Ingin juga dia bertanya, tetapi takut dikata menjaga tepi blaus orang pula. Kadang kadang dia lihat Fariza menangis. Kadang kadang dia lihat Fariza merenung sesuatu di telefonnya.
***
Seminggu berlalu, dan Murni sudah tidak tahan lagi melihat keadaan Fariza. Dia menguatkan hatinya untuk bertanyakan masalah Fariza. Kalau Fariza hendak kata dia ini penyibuk pun dia tidak kisah.
"Fariza, kau ni kenapa? Dah dekat dua minggu aku tengok kau asyik bersedih. Lepas tu kadang kadang menangis. "
Fariza kelihatan agak berat mahu membuka mulut. Dia hanya merenung sahaja wajah Murni seperti meminta simpati.
"Kenapa, cuba beritahu aku. Mana tahu aku boleh tolong."
Fariza menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbit. Dia membuka aplikasi di telefon bimbitnya.
"Kau tahu kan aku tinggal seorang diri dekat Ampang kan? "
"Hah, tahu. Kenapa?"
"Kau tengok gambar gambar ni. " Fariza menghulurkan telefon bimbitnya kepada Murni.
Murni melihat ada koleksi gambar gambar selfie Fariza. Gambar tengah tidur, gambar tengah mandi, gambar tengah baca buku. Tetapi kebanyakannya gambar sewaktu tidur.
"Kenapa dengan gambar ni? Gambar kau selfie? Bukan kau memang suka selfie ke?"
"Kau tengok la betul betul.. " Fariza mendesak Murni mencari kepelikan di dalam gambar itu.
Murni terbelek belek koleksi gambar Fariza itu. Pening kepalanya mencari apa yang pelik pada gambar tersebut.
"Entah, tak tahu lah aku! " dia menyerahkan semula telefon kepada Fariza.
"Gambar ni bukan aku yang ambil sendiri.. " ujar Fariza
"Eh??!! " Murni hampir menjerit. Tetapi cepat cepat menutup mulutnya dengan tapak tangan. Bincang perbincangannya disedari rakan pejabat yang lain.
"Eh, betul lah. Kau tengah tidur. Gambar dari jauh pula tu. Ini pula gambar kau tengah... mandi. Siapa yang ambil ni. Kurang ajar! "
Fariza merenung wajah Murni kembali. Kali ini lebih cemas.
"Tak ada siapa yang ambil semua gambar ni. Aku seorang sahaja di rumah tu. "
"Kau tengok pula detail gambar ni, semuanya pukul 3.15 pagi. Apa dah jadi dengan aku ni? Apa kena dengan rumah tu??"
Fariza menangis kembali. Dan Murni pun rasa mahu ikut menangis juga.
September 2, 2014
1 STROKE 12
Pukul lapan tadi aku dan Pinah bersiap naik motor nak ke pasar malam beli rojak Singapore. Baru bergerak tak sampai sepuluh meter, tiba tiba kereta Vios putih tak basuh blok laluan aku. Pemandunya berpakaian polis. Nasib baik pula masa tu aku pakai helmet.
"Bang nak tumpang tanya ni bang." pintanya dengan gaya kerek, sambil mulut menghembus kepul kepul asap rokok. Tebal semacam asap dia. Rokok John barangkali.
Aku panas juga dengan Mamat polis ni. Main blok jalan aku semata nak tanya jalan.
"Jalan Ixora 1/12 dekat mana eh? ". Dia tanya, sambil masih kepul kepulkan asap.
Aku tak ada hati nak menjawab soalan dia. Tapi sebab dia dah blok laluan aku, aku jawab jugalah.
"Sini 1/1 sampai 1/6 je. 1/12 dekat belah atas sana."
"Atas? Sana? Sana? Kompom eh? "
Eh nak kompom kompom dengan aku pula. Pergilah tengok sendiri, beruk.
"Kompom eh, Jalan Ixora 1/12 atas sana? ". Katanya sambil terus pandu kereta.
Setan. Terima kasih pun tak ada. Dan aku pun teruskan perjalanan. Dalam fikiran aku, mesti wantan dengan kentang rojak dah habis.
Hampir hampir sampai di hujung taman, aku ternampak nama jalan 'Jalan Ixora 1/12'. Lah, dekat sini rupanya 1/12. Rasa bersalah pula dengan brader John tadi. Tapi bila fikir balik dia tak ucap terima kasih tadi aku pun, ah lantak kau lah.
Dan betul tekaan aku. Wantan dan kentang rojak dah habis. Celakaaaaaaa..
August 29, 2014
CABARAN RM 100
Masa kerja di Segamat dulu, aku ada satu port kedai makan kegemaran. Letaknya di belakang pasar basah Segamat. Condition kedai tu buruk, dan sedikit busuk kerana dekat dengan pasar. Buka hanya waktu malam dan orang pun tak ramai, kadang kadang hanya aku, Khidir dan Sahir sahaja menjadi pelanggan.
Walaupun begitu keadaan kedai dan pelanggannya, aku suka kerana dia ada satu menu rahsia. Nasi goreng cili padi bersama daging salai. Nasi goreng cili padi itu pula ada banyak kategorinya. Dikira dari level 1 hingga level 5. Kalau minta level satu, nanti dibuatkan nasi goreng yang biasa sahaja sedapnya. Tetapi kalau minta level 5, nasi goreng tu jadi warna hijau. Dia punya pedas memang gila. Kalau jubur tak kuat memang boleh kena buasir. Agaknya kalau perempuan makan, peranakan pun boleh jatuh. Aku selalu makan yang level 3 sahaja. Itu pun sudah tidak tahan menanggung kepedasan.
Satu hari tu brader tu masak daging landak salai dan isinya yang lain. Dia kata dia tereksiden dengan landak masa perjalanan pulang ke rumah, lalu terus sembelih di tepi jalan.
Khidir mengambil kepingan hati landak dari tempat salai dan hidang di atas meja makan kami.
"Hah, kalau terer makan la. "
Aku dan Sahir bau hati landak salai tersebut. Gila punya hanyir. Masih berbau darah. Sahir awal awal mengalah.
"Busuk siak. Kau makan la. Aku tak makan organ." aku mengelak.
Masing masing mencabar satu sama lain untuk makan hati landak. Aku semacam tak sanggup nak telan. Sedangkan organ ayam dan lembu pun aku tak makan, inikan pula landak. Gila.
"Tat, aku tau kau tak makan organ, tapi kalau kau berjaya telan sedikit hati landak ni, kami bagi kau rm 100" kata Khidir sambil memotong cebisan kecil hati landak untuk cabaran ini.
"Betul, kau tak tipu? Letak duit atas meja sekarang. "
Khidir dan Sahir seluk poket masing masing dan meletakkan not 50 di atas meja.
"Kamon Tat. Sekali ni je aku nak tengok..... "
Belum sempat dia habiskan cakap, aku terus ambil hati landak dan masukkan dalam mulut dengan rakusnya dan kemam. Apalah sangat cebisan hati landak tu berbanding rm 100. Kerja mudah.
"Hah, telan, telan! "Khidir memberi semangat.
Aku mulakan kunyahan. Terasa kehanyiran dan pahit hati landak itu. Belum sempat aku masuk kunyahan ketiga, aku dah mula rasa mual yang amat sangat.
Sejurus itu juga aku meluahkan segala isi perut yang mengandungi hati landak, bersama nasi goreng cili padi level 3, dan horlick ,ais di tepi meja makan.
"Woi, apa muntah tepi meja ni woi! "
"Gila babi. Aku tak tahan siak bau dia. Bak sini 50. Kira deposit la. " sambil tangan aku menguis not 50 kepunyaanku Khidir.
"Aaaah..kemam mana kira.! " sambil rampas semula not 50 dari tangan ku.
Itulah pertama kali aku muntah di kedai makan. Nasib baik tak ada orang lain selain kami bertiga sahaja. Tapi brader tukang masak tu geleng kepala je la tengok lambakan muntah aku tepi meja makan dia.
Aku dah cakap, aku tak boleh makan organ binatang. Itulah last aku buat kerja bodoh ni. Mulut hanyir, duit pun tak dapat.


