Andi Eshak's Blog: AKU NAK MEMBEBEL NI., page 11

July 26, 2013

MY EX BOSS 2

Gua dan konco pernah juga ikut bos tidur di rumah bini muda dia. Masa tu kami ada site visit di JB.

Bos aku ni punyalah ganas, pagi-pagi tu dalam bilik air pun jadi. Jenis tak cover line betul. Dia ingat kami ni tidur mati ke?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 26, 2013 18:18

MY EX BOSS

Cerita pasal Ashraf Muslim ni, gua teringat pada bekas bos gua.

Dia ada dua bini.
Isteri pertama di KL, isteri kedua di JB.

Isteri pertama tak tahu kewujudan isteri kedua. Tetapi isteri kedua tahu tentang isteri pertama.

Kebetulan kami dapat projek buat tasik di Segamat. Semenjak itu, bos aku menjadi orang yang paling aktif outstation. Dia beritahu ke isteri pertama hendak buat site visit di Segamat. Tetapi di pertengahan jalan dia akan telefon aku, beritahu yang dia tak masuk site, sebaliknya terus ke JB jumpa bini muda.

Dan menjadi kerja aku untuk menjawab telefon dari bini dia kalau-kalau ada spotcheck. Italian job sungguh!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 26, 2013 18:17

BERA

Tadi aku ke ekspo raya di Senawang. Ramai sangat orang di sana.

Masa tengah jalan-jalan tu, Puan Bini agak terkebelakang sedikit dari aku dan Afinna. Mungkin sudah boring, Afinna cadang pada aku;

"Babah, kita main panggil-panggil nak?"
"Macam mana tu?" aku melayan.
"Macam ni. 1..2..3 MAMA!! MAMA!!"

Damn it, dia boleh menjerit tengah-tengah orang ramai tu. Semua mata pandang aku dan Afinna.

Tak boleh bawak ke majlis betul la budak ni.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 26, 2013 18:15

DAPUR RUMAH NENEK


Aku ada peristiwa di dapur rumah nenek dahulu.

Dapur rumah nenek bukanlah dapur kegemaranku. Berlekit di sana-sini. Tikar getah lusuh tak berganti. Kalau tak pakai selipar, alamat kaki jadi hitam.

Mungkin aku masih ingat sedikit-sebanyak susun atur di dalam dapur rumah nenek. Ada almari makanan yang aku kira usianya jejak ke 10 tahun. (aku anggar berdasarkan jaring hijau / mosquito net yang menjadi pintu almari makanan tersebut yang hampir reput).

Kemudian ada satu peti ais 2 pintu. Berwarna cerah. Yang di dalamnya berterabur segala jenis rempah dan makanan. Tetapi yang paling aku ingat adalah sebuah mesin basuh bukaan hadapan berjenama Elextrolux. Aku pernah kurung kucing di situ. Kucing siapa, wallahualam.

Satu hari, aku sekeluarga baru datang dari Muar. Kemudian aku ke dapur. Masa tu Rina dan Linda tengah masak hot dog. Aku pun menyibuk sekali. Kemudian Linda teriak pada aku, "Adib, kau nak yang ireng ke biasa?"

Aku yang sememangnya buta Jawa dengan spontan menjawab "bagi yang ireng la". Aku kira 'ireng' itu 'masak sesedap rasa'.

***

Terkial-kial aku makan hot dog hangus yang Linda buat tu. Separuh lagi aku humban dalam tong sampah. Pahit!

Hai,
Sehitam-hitam kaki aku di dapur rumah nenek, adalah seputih-putih memori aku di Meru.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 26, 2013 18:15

July 19, 2013

KERETA FIAT

Semasa di dalam darjah 2, waktu ke sekolah masih pakai seluar pendek kaler biru, bila pulang dari sekolah aku dan adik akan dijemput oleh suami penjaga aku. Aku panggil dia Abah Mak. Sambil dia jemput aku tu, dia jemput la sekali anak dia yang sebaya dengan aku, tetapi berlainan. kelas. 
Abah Mak ni menggunakan kereta jenis Fiat jenis lama. Betul punya lama, atas sikit dari kereta Haji Bakhil je. Fiat lama yang ada tingkap kecil di pintu hadapan. Tiada air-cond. Tetapi dia install kipas kecil. Boleh flip bagi angin masuk. Lepas tu ada radio manual yang auto tune. Sekali tuner tu berpusing cari siaran, dekat 5 minit baru jumpa. bhagian dalamannya, seat masih menggunakan inti sabut kelapa. Bahagian dalam pintu pula disalut dengan plastik. Dia punya pintu Ya Rabbi berat nak mampus. Mengikut tenaga darjah dua aku waktu tu, aku terpaksa guna hampir separuh tenaga untuk menutup pintu. Pulak tu bila dah sampai rumah, semua berebut nak turun sebab nak rebutkan aiskrim Malaysia.

Aku selalu ketinggalan sebab duduk di tengah-tengah.
Ada satu hari tu, aku merancang untuk keluar dari kereta paling awal masa sampai nanti. Jadi aku pun buat-buat lambat masuk kereta. Bila semua orang dah masuk, barulah aku masuk. Dapatlah aku duduk di sebelah tepi. Dan aku sengaja tak tutup pintu kereta rapat-rapat supaya aku tak kalah dengan budak pintu sebelah sana pulak.

Beg sekolah pun aku tak bukak. Nak lincah punya pasal.

Bila semua dah naik, kereta pun bergerak. Sekali Abah Mak buat U-turn. Dan gua lupa yang pintu kereta tadi tak rapat.

Bedebab gua tergolek keluar dari kereta. Macam guni beras 10kg Cap Rambutan 5%.

Lutut gua berdarah. Nasib baik la kereta tak laju.

Semenjak itu, aku request nak duduk depan sebelah pemandu pulak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 19, 2013 00:48

July 18, 2013

GURAU RAMADHAN

Orang macam ni bukan boleh dilayan sangat.




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2013 17:24

July 4, 2013

TEORI DI NILAI 3

Tadi semasa waktu makan tengahari, gua dan Puan Bini bercadang untuk makan di Marrybrown Nilai 3. Sampai di sana, tekak gua dah mengidam nak makan ayam goreng 3 ketul. Seperti Dinner Plate di KFC.
Tapi bila sampai di kaunter untuk mengambil pesanan, ayam goreng yang dijual hanyalah 1,2.5 dan ketul-ketul yang lain. Tapi tiada set yang 3 ketul. Bana. Gua dah ternganga depan kaunter.
Peristiwa itu serta-merta mendatangkan teori kepada gua kenapa KFC ada 2 set yang berbeza : Snack Plate untuk 2 ketul dan Dinner Plate untuk 3 ketul.
Gua semacam boleh menangkap kenapa KFC tidak memberi nama 'Lunch Plate', dan kenapa Dinner Plate lebih banyak ketul ayam berbanding Snack Plate.
Dan gua menerangkan kepada Puan Bini berkenaan teori gua . 
Pertama, KFC tidak meletak perkataan 'Lunch Plate' kerana ketul ayam dalam set tersebut dijual lebih sedikit dari Dinner Plate. Secara logiknya makan tengahari sepatutnya lebih banyak dari makan malam. Jadi dia letak nama Snack Plate untuk nampak sedikit. Snek, kan sikit. KFC mungkin konfiden ayam dia laku punya waktu siang. Jadi jual satu set 2 ketul pun tak ada hal.
Kedua, KFC mempergunakan perkataan Dinner Plate supaya nampak proper untuk orang order waktu malam. Takkan nak order Lunch Plate waktu malam. Malu la. Dan KFC letak 3 ketul untuk Dinner Plate supaya ayam cepat habis, sebab kedai nak tutup dan tidak banyak ayam yang terbazir. Teori ni hanya digunapakai untuk KFC yang tidak 24 jam. Baru-baru ni je KFC mengada bukak 24 jam.
Berbuih-buih Sabery mulut gua menerangkan pada Puan Bini. Tapi dia buat rilek je suap Mi Kari dalam mulut.
Geram betul gua. Sebab gua geram, gua cakap dengan kentang goreng.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 04, 2013 00:37

AKU NAK MEMBEBEL NI.

Andi  Eshak
Apa yang aku membebel di fesbuk dan blog, juga aku bebel di sini.
Follow Andi  Eshak's blog with rss.