Nissa' Yusof's Blog, page 3

July 3, 2014

Rebel

Saya selalu berfikir, orang muda yang rebel, sebaiknya buatlah seperti Soe Hok Gie. Berani (dah pasti), logikal dan bertanggung jawab.
Saya mengenal Gie melalui filemnya dahulu. Filem Gie (2008) mengangkat Nicholas Saputra sebagai Soe Hok Gie. Lelaki puitis yang berani menentang dalam keadaan sememangnya sudah sedia kacau.
Kerana begitu tertarik dengan filemnya, saya memesan buku Catatan Seorang Demonstran kepada seorang rakan yang kebetulan ke Indonesia. CSD sebenarnya adalah diari milik Gie,...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 03, 2014 03:54

March 12, 2014

Perjalanan Bersama Memoir

Ketika saya menulius post ini, misi mencari MH370 masih diteruskan. Doa kita untuk mereka, semoga ada penyelesaian yang terbaik. Sebenarnya sudah sekian lama saya berhenti menulis hal-hal peribadi di sini. Saya lebih bebas (dalam zon selamat) untuk berkongsi tentang pembacaan dan refleksi yang tidak banyak. Kita tinggalkan sebentar buku-buku pemenang Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH, ataupun buku-buku avant-garde karya penulis mapan, saya baru selesai membaca karya Azizi Abdullah, Memoir Seor...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 12, 2014 07:47

February 22, 2014

Tersesat ke Ipoh

Notis: Ini bukan review. 
Bagi saya, Sepetang di Kafe Biblioholic adalah sebuah novel yang membawa kelainan. Plotnya disusun kemas dan perjalanannya sederhana. Saya rasa banyak momen yang dapat dilukis dengan begitu baik, terutamanya saat-saat menikmati teh dan kopi.

Ketepikan tentang Redza atau Umair yang menjadi pilihan. Saya hanya jatuh hati dengan Tengku Iskandar sahaja. (Eh ini cerita lain). Perasaan si watak utama, Kamellia, menikmati teh atau kopinya ditulis dengan begitu berhati-ha...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2014 00:14

January 20, 2014

Membaca Kembali TKVDW




Membaca kembali buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini lain perasaannya. Buku ini saya beli memandangkan naskhah yang pernah saya baca dahulu dipinjam orang dan masih belum dipulangkan. Tak mengapalah. Naskhah kedua yang saya ada ini lebih istimewa (jangan ada yang teka saya dapat autograf pulak) kerana saya beli di Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka yang sempat diziarahi tahun lepas. Sebuah percutian keluarga yang sangat bermakna. Saya tidak ingat sejak bila, tapi saya memang sudah lama me...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 20, 2014 04:46

January 1, 2014

Tahun Baharu

Sekali lagi, hari ini adalah hari yang baru. Sebuah tahun baru yang ada banyak signifikannya untuk diri kita masing-masing, secara teori atau praktikalnya. Saya baru baik dari demam yang agak teruk, dua kali berturut-turut dalam satu bulan. Its like a reset for me. So, here I am, a cup of coffee, and picturing myself writing a new year resolution. Yes, I do mean picturing. Sebab sebenarnya kan tengah tulis blog je. Haha...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 01, 2014 02:35

November 24, 2013

Menulis

makin lama, makin jarang saya menulis blog. bukan blog saja, makin jarang menulis karya apatah lagi fb. bukan masalah idea atau cerita. masalahnya adalah saya mempunyai terlalu banyak suara di dalam kepala, ok kedengaran sedikit ngeri.
tapi, kerana terlalu banyak hal-hal yang bertelagah dalam kepala, saya memilih jalan jauh untuk memikirkan perkara yang perlu menggunakan banyak perancangan dan mengajar saya supaya lebih sistematik - mengembara, contohnya.
setiap kali mengembara, perancangan yan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 24, 2013 23:39

October 17, 2013

Jikalau kau mau kembara jauh

Saya tidak membaca buku puisi seperti membaca buku-buku lain. Buku puisi memang biasanya saya baca mengikut mood dan dipilih secara rambang saja. Tapi dalam sejarah pembacaan saya, ada dua buah buku puisi yang saya baca dari kulit ke kulit; yang pertama kumpulan puisi super tebal Pak Samad yang menghimpunkan karya beliau dalam setengah abad. Sebab saya membacanya dengan begitu berhati-hati adalah kerana terdapat nota-nota peribadi Pak Samad pada setiap puisi. Jadi, membaca buku puisi tersebut...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2013 23:26

September 25, 2013

Backpacker

Minggu lepas saya memandu ke Pasar Seni dan Pudu. Satu ativiti yang memang selalu saya elakkan. Ya, saya memang tidak pernah memandu menuju ke kedua-dua destinasi tersebut. Tersesat pernah. Berkereta pun pernah, tapi dipandu orang lain. Tapi oleh kerana keperluan, saya redahkan saja.
Selepas menjemput tetamu di KL Sentral, saya pun membawa haluan ke Pasar Seni. Memasuki kesesakan di Jalan Hishamudin, Jalan Petaling dan yang sekitarnya itu membuka mata saya kepada beberapa perkara. Dalam sesak...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2013 05:27

September 19, 2013

Dua Biografi

Saya bukanlah jenis yang minat berniaga, walaupun darah tu ada juga sikit-sikit. Ironinya, saya selalu ended up membaca buku biografi tokoh yang berjaya dalam perniagaan. Tapi dalam beberapa tahun ini saya memang minat membaca buku biografi atau autobiografi. Bos saya tidak menggalakkan saya membaca buku begini kerana menurutnya, buku biografi ditulis dalam keadaan yang telah di”murni”kan. Boleh jadi dia risau saya terlalu over the moon dengan apa yang saya baca. Challenge accepted! Kita bole...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 19, 2013 08:08

August 17, 2013

Kehilangan

Saya dikejutkan dengan beberapa kehilangan dalam sebulan-dua ini. Ada yang memang kenalan rapat, mempunyai pertalian darah, dan ada juga yang tidak saya kenal secara peribadi. Kehilangan – boleh jadi kerana kematian atau kerana putus pertalian.
Dalam apa juga tali yang mengikat, kehilangan adalah sesuatu yang sangat perit dan sakit untuk dihadapi kerana kita perlu meneruskan hidup selepas itu.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 17, 2013 10:38