Nissa' Yusof's Blog, page 6

August 28, 2012

Rumah Kampung

Rumah kampung, pada saya, selalu misteri. Di Perak, yang secara tradisinya dibina Rumah Kutai, sudah sukar ditemui yang asli. Ada beberapa pendapat yang mengatakan rumah kutai yang asli masih boleh dilihat jika rajin menghilir tebing Sungai Perak. Tapi, saya tidaklah serajin itu :)
Di kampung, rumah pusaka arwah opah saya tidak pasti jenis apa. Begitu juga rumah-rumah lain di sekitarnya yang banyak sudah bercampur binaan kayu dan batu. Biasanya di bahagian bawah sudah di’batu’kan. Tinggal ting...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 28, 2012 22:26

July 26, 2012

Menjadi Kaya

Saya percaya, orang Islam perlu jadi kaya. Asal boleh membantu diri sendiri dan orang sekeliling. Tapi jangan sampai jadi rat race.


Salam Ramadan :)


Rat Race (Potret Kuala Lumpur) 


Apabila wisel ditiupkan
berjuta tikus bertempiaran

ada yang tergelek dengan perut berburai
ada yang tergolek di tepi sungai
ada yang lapar
ada yang menelan ibunya sendiri
ada yang kenyang
ada yang mati kekenyangan
ada yang putus ekornya
ada yang menyambung ekor yang putus
ada yang memanjat kepala teman
ada yang kepalanya d...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 26, 2012 00:32

July 9, 2012

Pesanan Rumi

Sebuah pesanan Jalaluddin Rumi. Bahasa yang indah, pesanan yang menggugah.
In generosity and helping others, be like a river
In compassion and grace, be like the sun
In concealing other’s faults, be like the night
In anger and fury, be as if you have died
In modesty and humility, be like the earth
In tolerance, be like the sea
And either appear as you are, or be as you appear
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2012 01:35

July 5, 2012

Melupakan

Membiarkan dan melupakan seperti melihat bulan dari tingkap bilik saya. Yang kelihatan hanyalah samar-samar cahayanya di langit yang cantik seperti semalam. Tidak ada walau sedikit wajahnya kelihatan. Tapi semasa keluar awal pagi, bulan cantik ada di atas dengan latar langit yang sudah mula membiru.
Barangkali begitulah, membiarkan dan melupakan. Saya boleh melupakan walau ianya masih ada di sekitar diri, tapi apabila lebih berani keluar, nah, di situ ada keindahan yang lain.
Barangkali begitul...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 05, 2012 07:09

June 5, 2012

Favourite Thing

Lagu Yuna. Saya suka liriknya. Biasa-biasa tapi dekat di hati :)


It's in the way you drink your coffee 
And how you have faith in me 
And you love the camera 
And you tell me that I'm good enough 
Well you bubble wrap my heart 


And all things that I used to be afraid of 
Suddenly it all disappeared 


You'll remain my most favourite thing 
And everywhere I go you're here with me 
You'll remain my most favourite thing 
And all the time I keep you near me ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 05, 2012 07:31

May 28, 2012

Kesilapannya...

Citarasa puisi saya dan Yana selalu berbeza. Tapi ada beberapa puisi yang kami sama-sama mengerti dan boleh dibaca bersambung-sambung jika bosan terperangkap dalam kesesakan jalan-raya. Salah-satunya puisi ini, yang tiba-tiba melintas di kepala saya malam ini;

Ingatan Pada Suatu Kasih Yang Tak Jadi
Kesilapannyakau tak berdaya berterus-terangdan aku tak berdaya mentafsir
Kesilapannyakau mengatur gambar-gambardalam sebuah album yang indahsedang aku tidak pernah melihat gambar-gambar itu
Kesilapanny...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 28, 2012 09:01

May 27, 2012

Sederhana


Saya selalu cemburukan orang yang hidup sederhana, tapi sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada. Orang-orang seperti ini sangat mudah menjadi ikhlas. Tidak berbuat sesuatu untuk pangkat, tidak berhasad-dengki, tidak bercakap belakang, tidak bermuka-muka, tidak mengharap dibalas atau dipuji. Tetapi orang seperti ini tidak banyak. Dan sangat sukar untuk menjadi seperti mereka.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 27, 2012 10:21

April 23, 2012

Pesta Buku

hujung minggu ini bakal bermulanya pesta buku antarabangsa kl. tahun ini saya tidak mempunyai senarai yang panjang untuk diburu. memikirkan buku yang dibeli semasa pesta buku tahun lepas pun ada yang belum dibaca. belum termasuk yang dibeli di pesta buku tidak antarabangsa atau kedai-kedai biasa yang tidak berpesta.
saya cuma mahu memiliki beberapa buku-buku baru daripada penulis-penulis kegemaran dan harap boleh dapatkan tanda tangan mereka nanti. ehem tapi serasanya azam ini pun sama juga ma...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 23, 2012 09:36

April 1, 2012

Kopi


Saya tidak pasti sejak bila saya menggemari kopi. Boleh jadi sejak saya akrab dengan penulisan. Ironinya, dalam kesibukan sekarang yang membuatkan saya kurang aktif menulis pun, saya masih menggemari kopi.

Atas nasihat seorang teman, sekarang saya sedang cuba mengurangkan kopi. Lebih kepada untuk menyeimbangkan kesihatan. Walaupun saya bukanlah dalam kategori peminum kopi yang terlalu tegar, barangkali pengambilan yang tidak seimbang agak menjejaskan kesihatan.
Sayu pula rasanya. Haha.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 01, 2012 07:48

March 16, 2012

Cerita

Ada sebuah cerita yang pernah saya kongsikan dengan seorang sahabat baik di universiti. Ketika itu kami masing-masing sudah membawa haluan kerjaya sendiri dan masing-masing berhadapan dengan ujian dan cabaran 'hidup sebenar'.
Cerita ini saya baca di internet, dan ketika sahabat saya ini terlalu tertekan, saya ceritakan kisah ini kepadanya. Dia sangat menyukai cerita ini dan mendapat 'sesuatu' daripadanya. Ceritanya lebih kurang begini;
Seorang pegawai bank Amerika bercuti di pedalaman Mexico...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 16, 2012 18:54