Nissa' Yusof's Blog, page 4

August 11, 2013

Membaca Bidadari Burung

“Lama dia terkaku melihat bidadari burung bersayap emas dikepung ombak. Berenang memainkan riak air. Matahari di atas redup sepertikan malu. Ketika angin menampar kepalanya, dia diterkam ilham. Kemudian perlahan-lahan dia turun ke pantai dan mengambil sayap bersepuh emas lalu pergi menyembunyikannya. Dia menunggu bidadari itu naik ke pantai.” – cerpen Bidadari Burung


Kumpulan cerpen Bidadari Burung ini antara yang saya ‘terlepas pandang’. Salah satunya kerana saya lebih banyak membaca karya S....
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 11, 2013 07:58

July 25, 2013

Separuh Mati

Salam Ramadan.

Tajuk di atas bukan kerana separuh mati berpuasa.
Tadi saya tertonton drama bersiri Maskara di RTM1. Sebelum ini ada juga beberapa kali saya tonton tapi tidak pernah menonton episod penuh. Ada saja urusan lain.
Malam ini pun sama sebenarnya. Hanya dapat tonton dari scene Lynn berkongsi masalah di gym.
Selain sebab ini drama terbitan KRU Studios, saya rasa drama ini menarik kerana mengisahkan isu-isu wanita -dengan empat orang heroin yang menjadi tunjang utama, mereka cuba mengutara...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2013 09:02

June 13, 2013

Sayang Ustazah Sayang


Kisah ini begitu lembut. Perlahan dan tenang seperti madrasah itu sendiri. Tetapi di dalamnya bergolak dengan pelbagai konflik. Memang, orang suka melabelkan bahawa penulis perempuan lebih suka bercerita seputar hal rumah tangga, tentang cinta dan derita. Tak global langsung! Tapi setelah 'letih' dengan isu-isu besar, saya lebih suka memesrai buku-buku yang bertema sederhana.
Novel ini tidak membawa isu yang besar, hanya seputar madrasah dan kehidupan ustaz-ustazahnya saja. Semasa membaca bab-...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 13, 2013 17:00

June 7, 2013

Buku Kembara

Awal tahun dahulu, saya pernah menulis bahawa saya mahu membaca buku-buku berkaitan kembara. Alhamdulillah, Eat, Pray, Love dan Ibu Melayu Mengelilingi Dunia telah berjaya dibaca. Saya tahu, banyak buku tentang kembara yang terdapat di pasaran, tetapi kehendak saya mungkin sedikit berlebihan. Saya lebih suka membaca cerita pengalaman daripada sekadar checklist atau promosi. Meskipun begitu, saya tetap ‘hormat’ kepada kepentingan Lonely Planet dan yang seumpamanya.
Jadi, semasa diberitahu baha...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 07, 2013 08:40

May 31, 2013

Taman dan Seorang Teman

Petang ini, sengaja saya membelek lagi kumpulan puisi Chairil Anwar - Aku Ini Binatang Jalang. Niat di hati, saya mahu carikan sebuah sajak Chairil yang sedikit 'lembut' untuk diberikan kepada seorang teman yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan. 
Teman saya ini, menurutnya, namanya diberikan oleh ayahnya bersempena nama Chairil Anwar, dengan salah satu sebabnya adalah kerana sajak Penerimaan.
Tapi akhirnya saya hanya menemukan sajak Taman, yang ini bukan didedikasikan untuk dia, sekad...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 31, 2013 02:10

May 25, 2013

Kemanusiaan, Budaya dan Agama dalam Ayam Patah Kepak

Tajuk: Ayam Patah KepakPenulis: Hafizah IszahanidPenerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)Tahun Terbit: 2013Nombor Resit: ITBM02000002
Ayam Patah Kepak, ini merupakan kumpulan cerpen pertama Hafizah Iszahanid. Memang saya ternanti-nanti kumpulan cerpen ini dan penantian itu ternyata berbaloi apabila naskhah berkulit putih bersih ini diterbitkan awal bulan lalu. Kebanyakan cerpen di dalam kumpulan cerpen ini mengangkat tema kemanusiaan dan lebih cenderung diisi dengan elemen buday...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 25, 2013 00:10

May 16, 2013

Lalang

..sekadar lalang ditiup angin
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 16, 2013 02:35

April 15, 2013

Ilmu

"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”

Berikut merupakan sebuah hadis Nabi, Riwayat al-Bazzar, yang menuntut kita menjadi antrara empat golongan; yang mengajarkan ilmu, yang menuntut ilmu, yang mendengar (menghadiri) majlis ilmu, atau golongan yang mencintai/membantu t...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 15, 2013 02:26

April 5, 2013

Hujan & Tak Sepadan

Di luar hujan. Renyai-renyai. Dan ketika hujan begini, rasa sayu tiba-tiba datang sendiri. Boleh jadi memang begitu padanannya; hujan dengan sedih dan sayu, matahari dengan cahaya gembira dan harapan, malam dengan rindu dan ingatan.
Jadi entah kenapa pula dalam tempias renyai-renyai hujan, saya terkenangkan baris akhir puisi Chairil Anwar - Karena kau tidak ‘kan apa-apa / Aku terpanggang tinggal rangka.
Kerana mungkin hujan datang dengan sayu, dan ketika pertama kali terbaca sajak ringkas ini,...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 05, 2013 03:16

February 17, 2013

Ibu Melayu Mengelilingi Dunia

Semasa awal tahun, saya berazam untuk membaca buku-buku berkaitan kembara. Antara yang saya senaraikan ialah Eat Pray Love dan Ibu Melayu Mengelilingi Dunia.
Ibu Melayu Mengelilingi Dunia – satu judul yang sangat legend. Tahniah kepada ITBM yang berusaha menerbitkan semula buku ini.
Tan Sri Aishah Ghani (PKMM, AWAS, UMNO, Menteri Kebajikan Masyarakat) meninggalkan tanah air dan keluarga untuk melanjutkan pelajaran di London. Catatan ini ditulis sepanjang perjalan beliau dengan kapal dari Sing...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 17, 2013 01:26