Nissa' Yusof's Blog, page 7

March 4, 2012

Tragis


Buku tulisan Ivan Turgenev ini boleh saya simpulkan dengan satu perkataan - tragis!

Semasa mula membaca buku nipis ini, saya hanya mengandaikan ini adalah kisah cinta monyet yang paling tidak sekadar mempunyai konflik remaja atau ala-ala antara dua darjat.


First Love, cinta pertama tidak selalunya bertahan - tapi mendewasakan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 04, 2012 04:54

March 1, 2012

Ahad

Semasa hari berlangsungnya Borak Buku dengan Ustaz Don tempoh hari, sahabat saya yang saya panggil Kak Safi kebetulan datang ke KL. Walaupun perancangan asalnya beliau mahu turut menyertai Borak Buku, penangguhan waktu program dari petang ke malam menyebabkan rancangan itu terpaksa dibatalkan. Tapi kami sempat menyertai DOM (walaupun sampai agak-agak waktu makan), dan kemudian jalan-jalan ke kedai buku dan sekadar duduk berborak-borak sambil mencicip kopi.
Kami berkenalan semasa MPR. Duduk...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 01, 2012 19:19

February 22, 2012

Nota Tentang Hidup

Alhamdulillah, Borak Buku sudah masuk tahun kedua. Dalam seronok-seronok, kelam-kabut, penat, miscommunication, susah-payah dan senang-lenang, program ini sudah diadakan sebanyak 13 siri. Syukur atas segala nikmat dan kekuatan yang diberi kepada semua pihak. Ada banyak kesenangan disebalik kepayahan dan tentu sahaja ada banyak perkara yang mahu diperbaiki lagi.
Semasa Borak Buku dengan Ustaz Don tempoh hari, pelbagai isu yang dapat dibicarakan bermula dengan perbincangan tentang buku (kitab...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2012 08:06

February 14, 2012

Plastik

segalanya terletak pada hati dan kekuatan diri. semasa keluar membeli barangan it bersama seorang sahabat hujung minggu lalu, selain berpuas hati dengan barangan yang saya beli, saya juga sukakan beg plastik dari kedai tersebut yang cantik dan 'berkualiti'. tapi sahabat saya yang turut berpuas hati dengan barangan yang dibelinya tetap tidak boleh menerima 'kesukaan' saya kepada beg tersebut atas alasan pencemaran alam sekitar. walaupun tidak perlu berhujah panjang, setidak-tidaknya saya tahu...
 •  1 comment  •  flag
Share on Twitter
Published on February 14, 2012 08:56

January 5, 2012

Kesetiaan

Ini perkongsian semasa sarapan semalam. Ya, saya tahu, di zaman Twitter ini, hal pagi semalam memang agak ketinggalan diceritakan pagi ini. Tapi ini bukanlah sebuah 'cerita'. Sambil sarapan pagi semalam, saya membelek-belek Aksara Usia. Tapi ini tidaklah bermakna sarapan saya semata-mata dengan kopi dan puisi saja. Heh!
Saya terselak puisi berjudul 'Kesetiaan'. Em rasanya selama ini memang saya tidak pernah membaca puisi ini, ataupun mungkin pernah membaca tapi tidak menusuk jiwa.
"aku tidak...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 05, 2012 18:53

December 23, 2011

Titik Mula


Terminus A Quo – judul kumpulan puisi Raihani Mohd. Saaid . Buku ini merupakan kumpulan puisi pertama Kak Rai dan merupakan salah satu daripada hanya beberapa kumpulan puisi penyair muda wanita.
Saya belum habis membaca buku ini kerana sudah menjadi kebiasaan saya membaca buku puisi mengikut 'mood'. Cuma sementara buku ini masih 'panas' mahu juga menulis sedikit untuk kononnya menjadi 'gelombang' pertama. Ewah..
Ketika Kak Rai minta saya menulis sedikit untuk 'nota kawan-kawan' dalam buku ini...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2011 00:45

December 12, 2011

Buku Besar

Saya sedang membaca biografi Einstein. Saya sebut buku ini sebagai 'buku besar einstein' kerana sebetulnya ini adalah biografi lengkap tentang beliau yang pertama kali saya baca. Buku ini diterbitkan dengan sangat 'mewah'  dari segi kandungan dan bahan-bahannya. Contohnya seperti poskad einstein kepada Mileva yang dicetak seperti poskad asal dan diselitkan dalam buku dan begitu juga gambar-gambar, surat, faksimile dan sebagainya yang dicetak seperti dokumen asal.
Buku ini bukan sekadar buku...
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2011 02:12

November 9, 2011

Penghargaan

Saya mendengar dan membaca banyak rungutan berkenan kematian Dennis Ritchie yang sama sekali dilupakan. Di mana-mana saja orang mengingati Steve Jobs, walaupun yang tidak pernah menyentuh barangan Apple. Jobs adalah usahawan yang bertaraf selebriti, jadi ini bukanlah hal yang terlalu menghairankan. Berbanding Ritchie yang merupakan hero komputer yang sebenar. Beliau bekerja di belakang Linux, C dan lain-lain. Seorang 'geek' memanglah selalunya tidak dikenali walaupun telah memberi banyak...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 09, 2011 19:42

October 31, 2011

Mimpi Rakyat

Sepanjang dua hari mengikuti Seminar Pemikiran SN Abdullah Hussain tempoh hari, banyak masa terluang saya gunakan dengan berjalan-jalan di dalam kedai buku dbp. Memandangkan kedai buku dbp bukanlah termasuk dalam kategori yang selalu saya kunjungi, maka saya gunakan sepenuhnya peluang berada di situ. Tidak banyak buku yang saya beli, cuma beberapa buah buku puisi dan dua kumpulan cerpen yang mana kedua-duanya merupakan cerpen-cerpen Mohd. Affandi Hassan.
Saya memilih untuk membaca kumpulan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 31, 2011 08:08

October 28, 2011

Bukan Permainan

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 28, 2011 05:33