Nissa' Yusof's Blog, page 8

October 23, 2011

Tapi..

ada banyak perkara yang membuat 'lintas hormat' dalam kepala saya. sangat banyak sebenarnya, yang mahu saya tulis di blog, di twitter, di status fb, cerpen, sajak dan macam-macam lagilah. tapi, ya bila ada tapi maksudnya perkara tu bukanlah sehebat yang dibayangkan.. tapi, semua perkara itu ditongkah badai segala macam teori, formula dan idea yang lebih utama. haa kan dah kata, bila ada 'tapi' maksudnya perkara tu tak jadi seperti yang diharapkan.

walau bagaimanapun, (penggunaan ini memberi...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 23, 2011 21:06

October 17, 2011

Jarum Peniti dan S.O.S

Majalah S.O.S Edisi 01 diterbitkan November 2011. Kami sudah mula menjualnya sekarang. Kami bergerak sendiri, dengan kerjasama PENA dan Soljah, membangunkan majalah ini. Dari Rumah PENA ke kedai kopi. Dari online ke offline.

Rakan-rakan sidang redaksi lain ramai yang sudah mempromosi macam-macam tentang S.O.S. Jadi tidak perlulah lagi saya mengulang hal yang sama. Jika mahu beli, kami biasanya ada di majlis-majlis seni dan sastera. Kepada yang memang mengenali saya atau sidang redaksi yang...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2011 00:47

September 29, 2011

The Story

Beberapa minggu lepas, saya membaca sebuah forum tentang Dear John. Sebuah novel tulisan Nicholas Sparks yang kemudiannya diangkat menjadi filem dengan judul yang sama. Saya membaca novelnya separuh, kemudian menonton filem dan menyambung baca. Tak sabar mahu tunggu habiskan novel untuk tonton filem...

Di forum tersebut, ada yang bertanya adakah lagu Dear John (Taylor Swift) ada kaitan dengan novel/filem Dear John. Kemudian jawapan yang diterima ialah lagu Dear John ditulis dan dinyanyikan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 29, 2011 00:05

September 17, 2011

Penerimaan

Penerimaan
Chairil Anwar

Jika kau mau, kuterima kau kembali
Dengan sepenuh hati
Aku masih tetap sendiri
Kutahu kau bukan yang dulu lagi
Bak kembang sari sudah terbagi
Jangan tunduk! Tentang aku dengan berani
Jika kau mau, kuterima kau kembali
Tapi untukku sendiri
Sedang dengan cermin aku enggan berbagi

(Maret 1943)

Penerimaan, sebuah puisi Chairil Anwar yang mungkin tidak begitu mesra dengan pembaca yang biasanya mengenal Chairil dengan "aku ini binatang jalang, dari kumpulannya terbuang". Penerimaan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 17, 2011 10:55

September 5, 2011

Lagu Raya

selamat hari raya buat pembaca blog ini. walaupun ini adalah blog peribadi, saya memohon maaf jika ada yang tidak wajar dibaca di sini.

bercerita tentang hari raya, selain makanan raya dan rancangan tv, yang menarik ialah lagu-lagu raya. saban tahun ada saja lagu-lagu baru untuk bersaing dengan lagu-lagu evergreen. walaupun saya memang boleh dikatakan pendengar radio yang tegar, saya kurang gemarkan lagu-lagu raya. terutama yang dimainkan dalam bulan ramadan dan di pusat membeli belah (sejak b...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 05, 2011 23:34

August 22, 2011

Kuliah Ramadan

saya fikir sekarang sudah ramai para penceramah yang turun ke dalam masyarakat. dan memang itulah tugas pendakwah, membetulkan masyarakat supaya masyarakat boleh membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.



tapi seharusnya kita belajar dengan lebih banyak guru supaya pemahaman lebih luas walaupun kadang-kadang keluasan pemahaman itu mendatangkan keraguan dalam diri sendiri kerana ada hal-hal yang bercanggah sesama ustaz sendiri. kalau ia berkenaan mazhab, tidak mengapa. kita boleh...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 22, 2011 00:56

August 19, 2011

Percaya

kata shakespeare (yang tiba-tiba saya jumpa), love all, trust a few, do wrong to none.



kepercayaan adalah sesuatu yang biasanya sukar diberi. ia tidak pernah datang dalam satu pakej yang mudah. kita boleh berkenalan, berkawan, bersahabat atau bercinta. tapi tidak ada sesiapa yang boleh menetapkan kepercayaan itu akan datang di fasa mana.



ahli falsafah rene descartes pernah menyebut, the senses deceive from time to time, and it is prudent never to trust wholly those who have deceived us...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 19, 2011 11:06

August 13, 2011

Pertelingkahan

Walaupun sudah masuk ke fasa kedua Ramadan, ada satu pertelingkahan yang masih belum selesai dalam kepala saya. Pertelingkahan dengan diri sendiri. Kalau dalam novel Enrique Mengundang Jauh digambarkan sebagai pertelingkahan hati kecil dan hati besar. Teringin mahu mengulang baca novel tersebut, tapi... ketebalannya membuatkan saya biarkan dulu niat itu.



Berbalik tentang pertelingkahan di dalam kepala saya tadi, saya asyik berfikir tentang trend buffet berbuka puasa. Tak kiralah di restoran ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 13, 2011 00:10

August 8, 2011

Gerhana Masih Dijual



Sempena Ramadan/Ogos yang menjadikan Gerhana sudah genap setahun di pasaran, dan selepas setahun itu saya masih belum mempunyai novel kedua (haha!), saya kembali membuka kaunter jualan. Ada beberapa naskhah yang masih ada dalam simpanan saya.



Harga buku: RM 13.50

Kos pos ekspress: RM 3.50

Harga termasuk pos: RM 17 15



Jika berminat, sila maklumkan melalui emel kepada nissa.yusof@gmail.com



Selain itu, pembelian boleh juga dibuat secara online di Bookcafe dengan diskaun 15%



Atau tentu saja ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 08, 2011 21:04

August 4, 2011

Tentang Hari Lahir

Tahun lepas, pada 1 Ramadan, Gerhana selamat diterbitkan. Tahun lepas saya juga ada menulis bahawa impian hari lahir saya adalah untuk membaca novel sendiri. Tercapai rasanya. Walaupun sedikit terlewat, beberapa hari selepas tarikh hari lahir, saya 'makan besar' dengan kawan-kawan; majlis berbuka puasa bersempena meraikan hari lahir bersekali dengan pelancaran Gerhana. 3 dalam 1. Bagaimana melancarkannya? Pada malam yang cerah itu, Gerhana telahpun direbus dalam dua perisa iaitu tom yam dan s...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2011 21:53