Nissa' Yusof's Blog, page 10

February 8, 2011

Intelektual Politik

Jika di bidang fiqh yang kadang-kala menghajatkan kepastian hukum, para ulama saling menghormati, apalagi masalah perbezaan pandangan politik. Di bidang yang tidak sering 'hitam putih' ini, umat Islam semestinya jauh lebih dapat saling menghargai. [Dua sisi Umar bin Khattab]


saya barangkali adalah remaja tipikal yang tidak begitu suka kepada politik kepartian. saya memang tidak gemarkan sepak terajang politik ini yang selalunya berputar belit, penuh dengan kritikan-kritikan pelik dan saling...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 08, 2011 05:00

January 31, 2011

Bukit Bintang

Ini adalah judul sajak saya dalam Tunas Cipta bulan ini. Saya memang sengaja mahu menulis tentang ini di sini kerana selain bersifat peribadi, sajak ini adalah sesuatu yang lain daripada beberapa karya saya yang pernah tersiar.

Bukit Bintang, kalau perlu dijelaskan dalam satu perkataan, adalah sajak yang jujur. Apa yang tertulis adalah apa yang sebenarnya berlaku; lokasi, waktu, suasana, watak-wataknya, malahan juga sedikit isi perbincangan kami di meja kafe. Yang mana biasanya saya akan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 31, 2011 08:51

January 22, 2011

Trivia 2010

Ya, saya tahu sekarang sudah hampir penghujung Januari. Tapi masih 'bulan 1', jadi rasanya belum terlambat untuk saya bernostalgia sedikit tentang tahun 2010. Ahaks!

Saya labelkan Journey to Space oleh angkasawan negara sebagai Book of the Year. Sebabnya, saya menunggu buku tersebut berbulan-bulan dan akhirnya dapat di PBAKL dengan autograf. Ternyata sangat berpuas hati dengan pengisiannya.Movie of the Year, barangkali Magika.Mula membaca falsafah. Tertekan juga baca buku-buku Al-Attas. Tapi...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 22, 2011 07:03

January 14, 2011

Sejarah Adalah Sejarah

saya baru sahaja mendengar cerita tentang pengalaman seseorang yang belajar Sains Komputer di zaman 1980-an. bukan lama sangat jarak masanya. sedangkan saya sendiri lahir dalam tahun 1980-an juga.

beliau bercerita bagaimana ketika sekitar 1986, hanya ada satu makmal komputer untuk pelajar sains komputer. dan komputer pada ketika itu adalah komputer yang tak dapat saya bayangkan sekarang. hard disk sebesar tin biskut, mesin seluas bilik kelas, tapi hanya boleh dioperasikan oleh 5 pengguna...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 14, 2011 20:22

January 4, 2011

Jack & Bobby

"I run because when I run, everything else goes away. Just me and the road."


Ini adalah salah satu quote kegemaran saya dalam drama bersiri Jack & Bobby. Jika tidak salah, saya mula menonton Jack & Bobby dalam tahun 2005 ketika ditayangkan di TV3, 10PM setiap Jumaat. Saya menjadi pengikut setia siri ini, malah turut memaksa adik saya menonton sekali.

Jack & Bobby memang pilihan saya. Oh, bukan kerana Jack sangat macho, walaupun hakikatnya ya, tapi garapan kisah dan permainan plotnya sangat...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 04, 2011 14:45

January 3, 2011

Tahun Baharu

Hari ini hari ketiga tahun baru. Hari pertama saya sepatutnya bekerja di tahun 2011. Sengaja saya ambil cuti. Rasa seronok pula apabila berkuasa untuk 'menunda' kerja di tahun baru ini. Hehe.

Sebetulnya hari ini saya mengisi masa untuk diri sendiri, bermuhasabah, berfikir, merancang aktiviti dan resolusi. Saya membayangkan tahun ini akan menjadi tahun yang sibuk. Sangat sibuk, barangkali. Jadi saya mahu mulakan segala-galanya dengan baik. Semoga kesudahannya juga baik.

Pastinya 2011...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 03, 2011 02:39