Nissa' Yusof's Blog, page 5

February 12, 2013

Sehangat Asmara & Asrama

Selamat pagi Rabu. Akhir-akhir ini banyak drama dan filem yang diadaptasikan daripada novel. Ada yang berkonsepkan cinta, ada yang menambah unsur-unsur Islam (karya Islami katanya) dan pelbagai lagi.
Salah satu yang sedang hangat sekarang adalah drama bersiri Sehangat Asmara. Saya perlu berhati-hati setiap kali menaip tajuknya kerana asyik-asyik mahu tertaip ‘asrama’, kalau tajuknya jadi Sehangat Asrama, sudah tentu-tentulah hilang nuansa romantis. Tapi sesuai juga. Ahaks.
Saya pernah membaca...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 12, 2013 19:59

February 7, 2013

Tahun Baharu

Beberapa hari lagi akan ada sambutan tahun baharu cina. Semua tahun baru pun kita sambut. Its good to be Malaysian, seriously. Walaupun saya sekadar meraikan kawan-kawan dengan makan limau yang mereka berikan hampir setiap hari *wink*
Mengimbas 2 tahun baru yang telah lepas; tahun baru hijrah dan tahun baru masihi, kedua-dua peralihan tahun baru ini saya sambut di pejabat. Bunga api dari tingkap pejabat sangat cantik, betul! Tidak berazam pun untuk gila kerja, tapi nampaknya kerja yang gi...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 07, 2013 23:23

January 21, 2013

Dekat di Hati

Kita selalu terlepas pandang dengan apa yang ada dekat dengan kita. Selalunya begitu. Tak menghargai orang-orang yang rapat, gerai ais kacang sekitar rumah, shopping complex berhampiran ataupun keindahan alam yang tiap-tiap hari ditemui.
Walaupun kedengaran serius, tapi perlu diceritakan apa yang saya jumpa di tempat yang "dekat" ini. Ya, saya jumpa transformers yang fotogenik!!!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 21, 2013 02:29

January 6, 2013

Halaman

Di halaman rumah kampung, banyak bunga yang sedang berkembang mekar. Tidak pernah dapat dilihat bila mekarnya. Seperti baru semalam, ada putik bunga, tapi hari ini seperti seketika saja sudah kembang mekar. Sedangkan sebenarnya proses itu begitu perlahan dan rumit. Sehingga selepas ini bunga pasti layu dan mati.
Halaman hati juga begitu. Entah bagaimana, tapi bila kita sedari, bunga itu telah kembang mekar dan harum. Kita pun mengharap kepada yang lebih baik. Lebih kembang dan lebih harum. Ka...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 06, 2013 10:44

January 2, 2013

Negeri 5 Menara

Saya membuka 2013 dengan menonton Negeri 5 Menara. Di youtube sahaja, memandangkan tidak ada dvd yang berjaya saya temui di sini.
N5M mengisahkan Alif, “anak pandai” yang bercita-cita mahu belajar sampai ITB dan jadi seperti Pak Habibie. Tetapi impian ibunya lebih besar, mahu anaknya jadi hebat serupa Hamka. Dari situlah akhirnya Alif ‘paksa rela’ mendaftarkan diri di Pondok Madani, Ponorogo, Jawa Timur. Sebuah pesantren moden yang bukan mengajar agama semata-mata, tetapi juga melengkapkan il...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 02, 2013 11:20

December 19, 2012

Deru Angin

Selepas mendapat tahu novel ini menang tempat pertama, saya terus mencarinya di kedai buku. Terima kasihlah kepada yang sudi menemani pusing berkali-kali dalam MPH untuk cari juga walaupun staf di situ tidak jumpa buku ini dalam sistem.
Selepas sekali itu, sengaja saya tidak mencari lagi. Hajatnya untuk dibaca pada awal Januari saja. Saya menahan diri daripada membaca sebarang review, supaya tidak spoil mood membaca nanti. Tapi kebetulan kak Nisah membawa beberapa naskhah semasa perhimpunan al...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 19, 2012 07:13

December 5, 2012

Di Antara Titis Hujan

Hujan lagi di luar. Saya di depan PC, menyiapkan sesuatu untuk projek Gerhana. Satu-satunya novel yang sampai sekarang pun saya belum baca semula. Kami sedang usahakan sesuatu untuk novel ini. Kebetulan, Lifehouse sudah keluarkan video klip lagu terbaru mereka “Between The Raindrops” yang sesuai dengan musim hujan.
Teringat dahulu, saya mula kenal Lifehouse kerana seseorang yang begitu sukakan lagu You and Me. Ketika itu kami jauh, dia di KT. Tapi begitulah, apabila sudah dekat, hubungan yang...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 05, 2012 02:49

November 20, 2012

Kami

Semasa ke kedai DVD tempoh hari, saya terjumpa vcd filem Kami. Cerita anak-anak remaja yang masing-masing ada masalah peribadi. 
Ada satu babak dalam filem (atau drama?) Kami, Ali dan kakaknya dibawa ke kedai kereta terpakai oleh ayah mereka. Masing-masing boleh memilih kereta sendiri untuk digunakan. Ali memilih kereta Volvo model lama. Model sama yang pernah digunakan ayahnya lama dahulu. 
Memang janggal. Malah pilihan Ali turut dipertikaikan oleh ayah dan kakaknya. Tapi dia memberi...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 20, 2012 19:13

October 5, 2012

Nasihat dari Khalil

Sedang enak membaca Debu Cinta Bertebaran, dalam bab yang hampir akhir ini, penulis memetik sebuah sajak Khalil Gibran yang indah. Sebuah nasihat yang ditulis Khalil pabila ditanya tentang persahabatan.
Dalam novel ini, Rivai menyalin sajak ini dalam surat yang mahu dikirimkan kepada Deanne.
Persahabatan
Sahabatmu berarti kebutuhan yang dipenuhiDia adalah ladang tempat kautebarkan cintaDan berpanen dengan rasa terima kasih
Dan apabila dia bungkam tak berkata,janganlah hatimu berhentimendengarkan...
2 likes ·   •  1 comment  •  flag
Share on Twitter
Published on October 05, 2012 03:14

September 26, 2012

Membalut Buku

Tentang tajuk ini, saya bukanlah seorang yang gemar membalut buku. Sememangnya semua buku yang saya beli dan baca akan dibiarkan tidak berbalut plastik. Entah, mungkin selepas bertahun-tahun terpaksa membalut buku sekolah ketika zaman belajar dahulu, saya merasakan membalut buku tidak cool. Haha.
Tapi, semalam sebuah buku yang tidak begitu bertuah berjaya dibalut. Saya katakan tidak begitu bertuah kerana buku ini adalah buku yang sudah berbulan-bulan saya bawa di dalam beg tangan, tapi dalam...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 26, 2012 08:41