Saya tidak membaca buku puisi seperti membaca buku-buku lain. Buku puisi memang biasanya saya baca mengikut mood dan dipilih secara rambang saja. Tapi dalam sejarah pembacaan saya, ada dua buah buku puisi yang saya baca dari kulit ke kulit; yang pertama kumpulan puisi super tebal Pak Samad yang menghimpunkan karya beliau dalam setengah abad. Sebab saya membacanya dengan begitu berhati-hati adalah kerana terdapat nota-nota peribadi Pak Samad pada setiap puisi. Jadi, membaca buku puisi tersebut...
Published on October 17, 2013 23:26