Mawar Safei's Blog, page 22
March 12, 2023
Masuk tahun ketiga sejak wabah. Ada sisa ketakutan yang ...
Masuk tahun ketiga sejak wabah. Ada sisa ketakutan yang saya sendiri tidak pasti mengapa dia harus masih duduk di situ. Saya coba untuk ambil pesawat sekali lagi dan menyambung terbang, sekurang kurangnya sebelum Ramadhan tiba di pintu. Insya-Allah. Benar, sebelum saya membuka jurnal Ramadhan yang saya sendiri janjikan genap pada tanggal 1 nanti, ada baiknya saya belajar daripada sekarang untuk terbang dan meninggalkan.
March 8, 2023
Kenangan duduk bersama-sama Usman Awang di ruang menulis...
Kenangan duduk bersama-sama Usman Awang di ruang menulisnya di Kampung Tunku. Itu ternyata sebaris ayat magis. Apalagi pinggan nasi makan siang saya turut diisi sendiri Usman Awang. Manis! Dan semua itu sudah berlalu hampir 30 tahun lampau. Seperti Kekasih, ia akan selalu datang dan mendekat.
February 26, 2023
Dua kuntum mawar merah. Sengaja saya letakkan di hujung k...
February 24, 2023
Memasuki Sya'aban bermakna saya harus mula bersiap, sama...
Memasuki Sya'aban bermakna saya harus mula bersiap, sama seperti tahun-tahun lalu. Mencari buku yang perlu disudahkan dalam Ramadhan nanti, di samping melanjutkan bacaan al-Qur'an yang terus dalam dakapan. Saya cuba dapatkan ini. Nanti saya akan berbahgi, insya-Allah.
February 22, 2023
Kita memasuki Sya'aban. Setapak menuju puncak - Ustaz Dr ...
February 13, 2023
dari taman kecilku ...Februari. Saya tak pasti mengapa i...
dari taman kecilku ...
Februari. Saya tak pasti mengapa ia dinamakan bulan kasih sayang. Bulan penuh cinta. Mungkin juga kerana ada tarikh khas ketika mawar dikirim sebagai tanda. Saya tidak percaya. Itu mitos yang selalu mahu memujuk dan mungkin juga lebih banyak topeng pura-pura. Beberapa ketika ini saya membaca al-Qur'an. Saya diberikan al Anbiya': 83 dan saya bertemu Yusuf: 64. Bahawa Allah itu sebaik baik penjaga dan Maha Penyang di antara para penyayang! Dan saya pastinya mahu disayangi dengan harkat yang sebegitu terhormat.
February 11, 2023
Mendakap kembali sahabat lama dan menerima salam teman b...
Mendakap kembali sahabat lama dan menerima salam teman baru, sama hangatnya. Saya masih senang meraikan apa sahaja yang menjunjung persahabatan. Terima kasih Else dan Ayu. Tak akan saya lupa, saat kita bertiga bersama-sama berdoa pada senja yang panjang itu. Kita mohon mendapatkan kelurusan. Allah yang Maha Meluruskan hati dan kaki. Menjauhkan kita daripada kebengkokan dan dusta yang berselerakan di mana-mana. Hatta sampai ke gunung dan lembah dan masuk ke pengakuan sendiri.
February 2, 2023
Fakulti kembali sepi. Cepat sekali satu semester datang ...
Fakulti kembali sepi. Cepat sekali satu semester datang dan pergi. Mudah mudahan empat belas minggu yang bermanfaat. Selepas ini bulan ujian pula. Benar, ujian sering hadir untuk menduga. Antara dengar dengan taat. Antara tulus dengan dusta. Sekali lagi saya melihat tiap aras di fakulti seperti jalan-jalan sunyi yang mengepung saya. Lalu saya tidak dapat meloloskan diri dan masih terperangkap di sini.
January 26, 2023
Bicara Tokoh KWM bersama-sama Prof Ruzy Suliza Hashim. M...
Bicara KWM bersama-sama Prof Ruzy Suliza Hashim. Terima ...
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers

