Mawar Safei's Blog, page 20
March 30, 2023
Ramadhan 8KetentuanPertahankan keyakinan dan kepercayaan...
March 29, 2023
Ramadhan 7MemaafkanSaya cepat membaca bab ini sepertinya...

Ramadhan 7
Memaafkan
Saya cepat membaca bab ini sepertinya air sungai yang nyaman menyelinap ke pada waktu dini. Mungkin juga itu yang saya lalui. Saya berasa nyaman untuk memaafkan walau sering disakiti.
March 28, 2023
Ramadhan 6PertaubatanKatanya, tidak pernah akan terlamba...

Ramadhan 6
Pertaubatan
Katanya, tidak pernah akan terlambat. Apa yang penting: melangkah masuk dengan seluruh harap. Ini adalah jalan utama Ramadhan. Datanglah dengan setiap cela, tangisan dan penyerahan. Dia menunggu selalu. Ternyata saya mengambil masa lebih panjang untuk membaca bab ini. Harus saya ulang dan ulang lagi. Masih belum selesai. Meruntun.
March 27, 2023
Ramadhan 5KetakutanImbuh ketakutan saya akan kehilangan ...

Imbuh ketakutan saya akan kehilangan arah menuju-Mu. Takutnya saya akan kehilangan cinta ini. Takutnya saya takat cinta yang tidak terpenuh. Takut saya dengan bekal harapan. Pelihara perasaan takut dan harap ini, yang Maha Pengasih. Dan lewat Ramadhan, dalam mengharapkan pengampunan, takut sekali berbuat sesuatu yang menghalang saya daripada dapat merangkulnya.
March 26, 2023
Ramadhan 4SyukurBetapa saya mahu rasa cukup. Saya mahu m...

Ramadhan 4
Syukur
Betapa saya mahu rasa cukup. Saya mahu melihat apa yang sudah saya terima dan bukan lagi mencari-cari apa yang hilang. Saya yakini, dengan lebih banyak berterima kasih, kian dapat dilihat apa yang selama ini saya terlupakan. Terima kasih kerana tidak pernah meninggalkan, malah terus melindungi. Terima kasih memberikan rasa untuk saya selalu bersyukur.
March 25, 2023
Ramadhan 3CintaBagaimana saya tidak cinta? Sukma cinta in...

Ramadhan 3
Cinta
Bagaimana saya tidak cinta? Sukma cinta ini adalah milik Dia. Saya dicintai akan si Pemiliknya. Maka, saya memilih cinta ini.
March 24, 2023
Ramadhan 2PenanggungjawabanMudah mudahan saya dianugerah...

Ramadhan 2
Penanggungjawaban
Mudah mudahan saya dianugerahkan keupayaan untuk bertanggungjawab terhadap perjalanan menuju-Nya. Saya harus bertanggungjawab atas pilihan untuk berperan. Harus belajar mengakui bahawa hanya Dia sebagai Penolong dan selalu menjadi Petunjuk. Hanya Dia.
Ramadhan 2PenanggungjawabanMudah mudahan dianugerahkan ...

Ramadhan 2
Penanggungjawaban
Mudah mudahan dianugerahkan keupayaan untuk bertanggungjawab terhadap perjalanan menuju-Nya. Saya bertanggungjawab atas pilihan untuk berperan. Harus belajar mengakui bahawa hanya Dia sebagai Penolong dan selalu menjadi Petunjuk. Hanya Dia.
March 23, 2023
Ramadhan 1PerenunganPerlunya saya berjeda dan berjarak d...

Ramadhan 1
Perenungan
Perlunya saya berjeda dan berjarak daripada rutinitas. Masuk ke ruang diam. Sangat benar kata Rumi, banyak yang dapat didengar saat sepi dan sendiri. Ruang untuk menghela nafas, menaakul dan melihat dengan cermat. Melihat apa yang seharusnya saya lihat dan sebaliknya bukan apa yang saya mahu lihat.
Ramadhan 1Perenungan. Perlunya diri berjeda dan berjarak...

Ramadhan 1
Perenungan.
Perlunya diri berjeda dan berjarak daripada rutinitas. Masuk ke ruang diam. Sangat benar kata Rumi, banyak yang dapat didengar saat sepi dan sendiri.
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
